ASAS KEPIMPINAN & PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083) 2014
1.0 Pendahuluan
1.1 Konsep profesion
Profesion berasal daripada perkataan Latin „profiteor‟ yang terbahagi
kepada “pro”yang secara umum bermakna “ke arah” dan fiteor” yang
bermakna “mengakui, berjanji, mendedahkan kepada semua, berikrar”. Pada
abad ke19, istilah profesion dikhususkan untuk individu yang terlibat dalam
bidang agama, undang-undang dan perubatan sahaja .
Menurut Lieberman, 1956 (tokoh pendidik di AS);
Sesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang
mempunyai erti seperti kepentingan intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi,
khidmat yang diperlukan oleh masyarakat, menikmati autonomi individu dan
kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila
perkhidmatan
Menurut Kamus Dewan,
‘ Profesion’ ialah suatu bidang pekerjaan khas yang memerlukan pendidikan
dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan khas. Ia juga
mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tata susila perkhidmatan atau
kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri. Antara contoh profesion
adalah perundangan, perubatan dan juga perguruan.
Gilley dan Eggland (1989) mendefinisikan profesion sebagai
penguasaan sesuatu bidang ilmu, menjadi ahli sesuatu badan profesional di
mana pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh dikehendaki masyarakat
Secara ringkas definisi ini mementingkan penguasaan ilmu pengetahuan
tertentu dan aplikasi kecekapan untuk kepentingan umum
1 | NORLEHA ADAM / IPG KPI
ASAS KEPIMPINAN & PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083) 2014
1.2 Konsep Profesional
Ditakrifkan sebagai keupayaan dan kecekapan dalam sesuatu
melaksanakan tanggungjawab berdasarkan kepada ilmu dan latihan serta
kepakaran yang ada dalam diri seseorang.
Mok Soon Sang (1996) merumuskan konsep profesional sebagai
suatu pekerjaan khusus yang dijalankan oleh orang yang mempunyai
kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi,
bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai autonomi bertugas serta
mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya.
Menurut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik, atau
pengasuh manakala perkataan keguruan pula berkaitan dengan guru dan
peranan (tugas dan kelayakan) sebagai guru.
Secara umumnya keguruan merupakan suatu profesion dan guru-guru
merupakan ahli-ahli profesional dalam profesion tersebut. Perkataan
keguruan diambil daripada perkataan dasarnya iaitu guru. Profesion
perguruan adalah bidang yang memberi perkhidmatan yang unik dan
diperlukan oleh masyarakat. Keunikannya hanya akan dirasai dan diketahui
oleh mereka yang terlibat dalam profesion ini.
Hanya guru sahaja yang berkemampuan memberi perkhidmatan
pendidikan terbaik kepada masyarakat untuk membangunkan personaliti,
kebolehan mental dan fizikal setiap pelajar (Noran Fauziah dan Ahmad
Mahdzan, 1993). Profesion perguruan tidak hanya profesion yang tertua di
dunia tetapi adalah unik dan pelbagai. Guru tidak hanya penyampai ilmu
tetapi juga kaunselor, pentadbir, perangsang (motivator), dan “ibu bapa‟,
2 | NORLEHA ADAM / IPG KPI
ASAS KEPIMPINAN & PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083) 2014
Dalam konteks profesion keguruan, guru yang profesional haruslah
mempunyai tiga ciri kemahiran profesional guru iaitu ;
i. Menerima latihan sebelum diiktiraf sebagai guru bertauliah. Sebagai
contoh, seorang guru mesti mempunyai Sijil Perguruan atau Diploma
Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh
mengajar di mana-mana sekolah kerajaan seperti yang ditawarkan di
Institut Pendidikan Guru , BPG dan juga universiti, guru juga perlu
mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam pelbagai
aspek bukan sahaja mata pelajaran yang diajarnya.
ii. Bertanggungjawab dan memberikan perkhidmatan yang bermutu
tinggi.
iii. Terlatih dan mahir dalam tugas-tugas mengajar dan membimbing
murid-murid.
Di samping itu, menurut Mok Soon Sang (2007), menjelaskan bahawa guru
yang profesional perlulah mengamalkan pengajaran yang efektif. Oleh itu,
seseorang guru mestilah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang
mata pelajaran yang hendak diajarnya. Guru juga mesti mengetahui kaedah
atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat
memahami apa yang cuba disampaikan. Perkara ini boleh diperoleh melalui
latihan dan kursus-kursus yang disediakan.
Profesion perguruan juga memerlukan seseorang itu mempunyai
sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Guru
diharapkan dapat menjadi pembimbing dalam pembentukan sahsiah murid
melalui contoh teladan yang ditunjukkan. Sahsiah dan ciri-ciri kualiti peribadi
yang terpuji ini tercatat di dalam Kod Etika dan Tatasusila Profesion
Keguruan.
3 | NORLEHA ADAM / IPG KPI
ASAS KEPIMPINAN & PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083) 2014
2.0 CIRI-CIRI GURU SEBAGAI SEORANG PROFESIONAL (ETIKA, AKAUNTABILITI
DAN INTEGRITI
Setiap kerjaya profesional mempunyai kod etika yang tersendiri yang
menentukan nilai-nilai asas yang perlu dipatuhi oleh ahli-ahlinya. Guru merupakan
salah satu profesion yang sangat menekankan kod etika lantaran persekitaran kerja
yang melibatkan komuniti sosial yang meluas. Istilah guru itu sendiri memberikan
gambaran yang jelas tentang peranan utamanya dalam pembentukan modal insan
dan pembangunan sumber manusia yang akan berbakti kepada negara pada masa
hadapan.
Tidak dapat dinafikan bahawa profesion keguruan merupakan profesion yang
sangat penting kerana penglibatannya dalam proses menyebar, mendidik dan
menyerap ilmu pengetahuan ke dalam jiwa setiap anak didik akan menentukan jatuh
bangun sesebuah negara.
Justeru, guru perlu berpegang teguh kepada etika, akauntabiliti dan integriti
agar profesion ini tetap utuh kerana akauntabiliti dan integriti merupakan rumusan
kepada pemulihan martabat guru di mata masyarakat. Etika kerja professional
merupakan satu landasan kepada masyarakat yang membolehkan teknokrat
mengawal tingkah laku sendiri serta membolehkan masyarakat sosial mengawasi
dan menilai setiap tanduk mereka dari semasa ke semasa. Ia juga merupakan alat
kawalan sosial yang digunakan sebagai salah satu panduan dalam mendisiplinkan
diri ke arah yang lebih beretika.
4 | NORLEHA ADAM / IPG KPI
ASAS KEPIMPINAN & PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083) 2014
2.1 Definisi Etika Perguruan
Berikut merupakan definisi etika perguruan mengikut pandangan
beberapa orang tokoh :
RAJAH 2.1 Definisi Etika Perguruan
5 | NORLEHA ADAM / IPG KPI
prinsip-prinsip bertingkah laku yang mengawal individu atau profesion andard tingkah laku
kajian filosofikal terhadap moraliti.
Gluck (1986),
Shea (1988),
Definisi Etika
Pergurua
Kamus Dewan (1995) pula menjelaskan satu sistem dasar akhlak, adat
atau tingkah laku atau kesusilaan
Dalam konteks pekerjaan...merujuk
kepada tingkah laku baik sewaktu
menjalankan setiap amanah yang
dituntut oleh syarak.
Dari sudut Islam pula, etika ditakrifkan sebagai akhlak.
ASAS KEPIMPINAN & PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083) 2014
Istilah etika atau ethic berpunca daripada perkataan Greek ‘ethos’
yang bermaksud perwatakan atau keperibadian. Berdasarkan Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP), terdapat usaha untuk memartabatkan
profesion keguruan. Usaha ini dilakukan supaya profesion perguruan menjadi
satu profesion yang profesional. Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai
Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971),
mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion Perguruan bagi
pembentukan tatasusila guru.
Dalam memenuhi Falsafah Pendidikan Negara (FPN), iaitu melahirkan
insan yang seimbang dari segi Jasmani, Rohani, Emosi, Intelek dan Sosial,
guru sudah tentunya perlu berusaha gigih meningkatkan mutu pengajaran
dengan personaliti guru yang jitu. Usaha ini dapat dilakukan jika etika yang
diperkenalkan dalam Laporan Aziz (1971) diikuti dan diamalkan secara
menyeluruh oleh semua guru.
Guru perlu memiliki kod etika sendiri demi memartabatkan profesion
perguruan secara hitam putih dan rasmi . Kod etika ini akan membuka mata
masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan
menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.
Justeru itu, dalam konteks perguruan, penetapan etika yang dipegang
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telah dilaksanakan iaitu “Tatasusila
Profesion Keguruan”. Etika tersebut menjadi garis panduan dan dasar yang
harus dipatuhi oleh semua kakitangan perguruan. Seseorang guru yang
dapat mematuhi etika ini akan memahami tanggungjawab sebenar seorang
guru, sedia menerima segala perubahan yang akan meningkatkan
profesionalisme keguruan. Seseorang yang melanggar etika tersebut akan
dikenakan tindakan tatatertib dan dikenakan hukuman sewajarnya.
Kesimpulannya, etika keguruan seharusnya dipelajari dan diamalkan dalam
kehidupan seharian seorang guru. Keberkesanan prinsip etika keguruan
terletak pada guru itu sendiri. Tanpa disiplin diri dan kekuatan mental yang
tinggi seseorang guru itu tidak dapat mencapai tahap etika yang dikehendaki.
6 | NORLEHA ADAM / IPG KPI
ASAS KEPIMPINAN & PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083) 2014
2.2 Kod Etika Keguruan dalam profesion Perguruan
Rajah 2.2 : Kod Etika Keguruan
7 | NORLEHA ADAM / IPG KPI
Kod Etika Keguruan
Tanggungjawab kepada Pelajar
Tanggungjawab kepada ibu bapa
Tanggungjawab kepada
Masyarakat dan Negara
Tanggungjawab kepada rakan sejawat dan
profesion
ASAS KEPIMPINAN & PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083) 2014
Berikut merupakan kod etika keguruan yang menjadi garis panduan dan
pegangan saya sebagai warga Kementerian Pelajaran Malaysia.
2.2.1 Tanggungjawab kepada Pelajar
Tanggungjawab ini meliputi sikap amanah, bersih dan jujur. Amanah
bermaksud sesuatu yang diberi kepercayaan kepada orang lain untuk
melaksanakannya. Nilai amanah perlu ada pada setiap guru kerana
tugas mereka ialah mengurus dan menjaga kepentingan harta benda
awam.
Sebagai seorang guru yang amanah , maka saya perlu
mengamalkan ciri-ciri seseorang yang bersifat amanah, antaranya ialah
saya perlu menepati masa dan menggunakan waktu semasa di
sekolah dengan sebaik-baiknya. Sebagai contoh, jika kelas guru
tersebut terdiri dari murid yang sederhana atau lemah pencapaiannya,
manakala beliau sering kali lewat dan tidak menepati masa
pengajarannya di kelas, hal ini sudah pasti memberi beberapa impak
yang negatif. Pertama , objektif pengajaran dan pembelajaran tidak
dapat dicapai. Kedua, dikhuatiri murid-murid akan bermain dan
bergaduh sesama sendiri dan mengakibatkan kecederaan. Jika hal ini
berlaku, guru boleh dianggap sebagai tidak amanah , cuai dalam
menjalankan tugas dan ia akan mengikis perasaan hormat di kalangan
murid-murid mahupun para ibu bapa terhadap guru tersebut.
Sebagai seorang guru yang bersikap amanah, saya perlu
menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri
murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan.
Di sekolah, maklumat yang sering dirahsiakan ialah tentang status
murid yang bertaraf anak angkat, penceraian ibu bapa dan sebagainya.
Sekiranya nilai-nilai dan tanggungjawab itu tidak dihayati oleh guru
maka tindak tanduk guru tersebut akan menimbulkan masalah.
8 | NORLEHA ADAM / IPG KPI
ASAS KEPIMPINAN & PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083) 2014
Antaranya, murid tersebut akan merasa malu, mempunyai perasaan
rendah diri terhadap rakan-rakannya . Kesimpulannya seseorang guru
perlu mengamalkan nilai tatasusila dengan bersikap adil dan saksama
serta amanah terhadap anak murid dan ibu bapa. Guru tersebut sudah
pasti disayangi dan dihormati kerana mengamalkan sikap adil dan
saksama serta mengikut peraturan yang ditetapkan.
Selain itu ,saya juga perlu membelanjakan harta awam
mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, contohnya tidak
menggunakan wang kutipan kelas atau persatuan untuk kepentingan
peribadi, tidak melakukan penipuan, penyelewengan dan rasuah .
Saya juga harus mengelakkan tingkah laku sehingga boleh
mencemarkan sifat profesional , cuai dalam menjalankan tugas,
menyalah gunakan kuasa dan kedudukan. Kesimpulannya, dalam
semua hubungan dan tugas-tugas di atas , nilai-nilai kejujuran
merupakan tunggak utama yang perlu saya jadikan pegangan saya
sebagai seorang guru.
Amalan etika yang seterusnya ialah bersih. Sebagai guru,
saya perlu menyediakan persekitaran yang bersih, kelas yang bersih
dengan susun atur meja yang bersesuaian untuk mewujudkan suasana
pembelajaran yang kondusif. Selain itu, saya perlu sentiasa menjaga
kebersihan diri, menunjukkan cara berpakaian, pertuturan dan tingkah
laku yang baik dan bersopan santun. Ia sekaligus mempengaruhi
tingkah murid dengan personaliti guru yang jitu , supaya menjadi
contoh baik atau 'role model' kepada murid.
Guru merupakan agen moral kerana mereka terlibat dengan
manusia yang mempunyai unsur nilai iaitu nilai baik atau sebaliknya
yang berdasarkan FPN, bermatlamat untuk memenuhi tuntutan “JERI”
iaitu untuk mewujudkan insan yang seimbang (holistik) dari segi
Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek. Keadaan ini sudah tentunya
memerlukan satu tatasusila dan etika yang perlu diikuti oleh semua
guru.
9 | NORLEHA ADAM / IPG KPI
ASAS KEPIMPINAN & PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083) 2014
Tanggungjawab saya kepada pelajar yang seterusnya yang
ialah jujur. Jujur dikaitkan dengan lurus hati, tulus ikhlas, amanah,
integriti dan sentiasa memelihara kepentingan murid tanpa mengambil
peluang untuk kepentingan peribadi. Sebagai guru yang mengamalkan
sikap jujur, saya haruslah memberi perhatian, mendidik dan mengambil
tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna
kulit, jantina, bahasa, agama atau kepercayaan.
Sebagai guru seharusnya saya mengesan, menerima
perbezaan individu di kalangan murid-murid dan membimbing mereka
memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya
cipta dan lain-lain
Berdasarkan etika keguruan yang digariskan , tanggungjawab seorang
guru kepada para pelajarnya bukan sahaja perlu mengajar mata
pelajaran malah bertindak sebagai pembimbing, penasihat, pentadbir,
perangsang, ibu bapa dan sebagainya. Guru haruslah bertugas
sebagai 'pengganti ibu bapa' dalam usaha membentuk tingkah laku
murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat. Guru haruslah
menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya
mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan
berguna.
2.2.2 Tanggungjawab kepada Ibu bapa
Antara tanggungjawab guru terhadap ibu bapa ialah guru perlu
memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak
mereka. Ia termasuklah dari segi pencapaian akademik, sahsiah
mereka dan berkemungkinan masalah yang dihadapinya di sekolah.
Sekiranya guru menerima, menggunakan maklumat yang diterima
daripada ibu bapa ,haruslah diselidik dengan teliti , dirahsiakan jika
perlu dan maklumat perlu diuruskan secara bijaksana. Contohnya dari
segi pemberian wang KWAPM, RMT kepada murid miskin dan anak
yatim piatu.
10 | NORLEHA ADAM / IPG KPI
ASAS KEPIMPINAN & PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083) 2014
Seseorang guru tidak harus meminta atau menerima hadiah
daripada ibu bapa atau ahli masyarakat dalam menjalankan tugas
profesionalnya. Justeru, guru juga harus mengelakkan diri daripada
menggunakan atau dipengaruhi oleh taraf dan kedudukan ibu bapa .
Hal ini dikhuatiri akan menyebabkan seseorang guru bersikap tidak
adil kepada murid-murid dalam membuat sesuatu keputusan sama ada
untuk pemilihan jawatan tertentu , pemberian markah atau sebagainya.
Sebagai seorang guru yang mengamalkan nilai tatasusila , saya
tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada murid-murid untuk
pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu
sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan. Ia
bermaksud guru tidak harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen
atau pengajaran persendirian yang memerlukan bayaran. Seseorang
guru itu, perlu mengelakkan diri dari melakukan sesuatu yang boleh
menjejaskan kepercayaan ibu bapa kepada mereka.
2.2.3 Tanggungjawab kepada Masyarakat
Guru bertanggungjawab memupuk sikap dan nilai diri pelajar
dengan membimbing mereka menjadi warganegara yang taat setia,
bertanggungjawab dan berguna. Hal ini dapat dilakukan dengan
sentiasa memberi info dan maklumat berguna melalui ceramah , kem
motivasi dan sebagainya. Di samping itu, guru perlu menghormati
masyarakat tempat berkhidmat dan mengambil bahagian dalam
kegiatan kemasyarakatan seperti dalam aktiviti gotong-royong
penduduk taman ,menjadi anggota rukun tetangga dan sebagainya.
Senario ini, secara tidak langsung mewujudkan hubungan silaturrahim
yang erat antara warga sekolah dengan masyarakat setempat serta
perasaan saling menghormati sentiasa terpelihara.
11 | NORLEHA ADAM / IPG KPI
ASAS KEPIMPINAN & PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083) 2014
2.2.4 Tanggungjawab kepada Rakan Sejawat dan Profesion
Sebagai seorang guru , saya perlu berusaha dengan
sepenuhnya menunaikan tanggungjawab , rajin dan bersungguh dalam
melaksanakan tugas sejajar dengan kemajuan ikhtisas keguruan.
Tugas utama guru sebagai penjawat awam adalah untuk memberikan
perkhidmatan yang berkualiti. Berasaskan konsep ini, guru yang
berpengalaman dan berkemahiran ,akan dapat membantu rakan
sejawat terutama bagi yang baru menceburi dalam profesion
perguruan. Guru yang memahami dan menghayati nilai ini ,akan
menghasilkan budaya kerja yang lebih berkesan serta ikhlas. Justeru ,
sebagai pengamal ilmu, guru akan memainkan peranan sebagai agen
perubahan dengan membawa perubahan-perubahan baharu untuk
memenuhi aspirasi dan kehendak murid, masyarakat dan negara yang
semakin kompleks, meningkat , progresif dan berkembang.
Selain itu, bagi memelihara profesion perguruan , sebagai guru
saya perlu mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan
atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seorang guru di
hadapan pelajar atau ibu bapa atau berbuat sesuatu yang boleh
menjatuhkan maruah seseorang guru. Hal ini ,memerlukan saya
sentiasa mengawasi diri agar tidak mencemarkan nama baik profesion
perguruan.
12 | NORLEHA ADAM / IPG KPI
ASAS KEPIMPINAN & PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083) 2014
2.3 Akauntabiliti dan Integriti dalam Profesion Perguruan
Definisi Akauntabiliti
Menurut Kamus dwibahasa, akauntabiliti merujuk
kepada sifat bertanggungjawab kepada seseorang
atau sesuatu perkara.
Menurut Tan Sri Ahmad Sarji , konsep akauntabiliti adalah satu
obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu
tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat
jawapan dan penjelasan tersebut . Akauntabiliti juga adalah mengenai
displin dan keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima
keberrtangungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang telah
diambil.
Leslie Kaplan dan William Owings menyatakan (2001) ;akauntabiliti
sebagai kualiti guru dan kualiti pengajaran
Dalam konteks keguruan, akauntabiliti bermakna
tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh
seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud
tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan.
Akauntabiliti atau kebertanggungjawaban seorang guru yang
dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru terhadap
pelajar , diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara ,
dan profesion keguruan .
Akauntabiliti Dalam Profesion Keguruan
13 | NORLEHA ADAM / IPG KPI
ASAS KEPIMPINAN & PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083) 2014
Rajah : 2.3 – Akauntabiliti dalam Profesion Keguruan
2.3.1 Akauntabiliti Terhadap Murid
14 | NORLEHA ADAM / IPG KPI
AkauntabilitiKeguruan
Akauntabiliti Terhadap Murid
Akauntabiliti Terhadap Diri
Akauntabiliti Terhadap Sekolah
AkauntabilitiTerhadap
Masyarakat dan Negara
ASAS KEPIMPINAN & PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083) 2014
Sebagai pendidik, guru bertanggungjawab terhadap tugas yang
diamanahkan iaitu menyalur atau menyampaikan kurikulum yang telah
disediakan kepada murid dengan kaedah pengajaran yang berkesan.
Tanggungjawab ini amat menekankan agar saya menjalankan
tugas dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa
dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Saya juga haruslah
mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid
berbanding hal-hal lain.
Saya bertanggungjawab memberi contoh teladan yang baik
dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun
semasa bertugas .Tingkahlaku ini perlu dilaksanakan supaya murid
memperoleh model yang baik. Hal ini juga adalah kerana seorang guru
merupakan orang yang dihormati oleh pelajarnya. Oleh yang demikian
perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya mereka sentiasa
dihormati, dan tidak dipandang serong oleh anak murid.
2.3.2 Akauntabiliti Terhadap Diri dan Profesion Perguruan
Sebagai seorang guru, saya haruslah menjaga kebersihan
dan kesihatan diri agar dapat menjalankan tugas sebagai pendidik
dengan sempurna. Seseorang guru perlu mempunyai kemahiran
interpersonal iaitu dapat mengawal emosi serta menghindarkan diri
dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugas.
Seseorang guru, hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan
bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. Ini
adalah kerana jika guru gagal menguruskan kewangan maka guru
akan menghadapi masalah luaran yang boleh menjejaskan
tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah.
15 | NORLEHA ADAM / IPG KPI
ASAS KEPIMPINAN & PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083) 2014
Guru perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu
pengetahuan dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media
massa atau elektronik supaya mudah memberikan imput yang berguna
terhadap profesion perguruan.
Bagi profesion perguruan pula, saya haruslah meluaskan ilmu
dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata pelajaran
yang diajar. Ini termasuklah memahami selengkapnya isi pelajaran
bagi mata pelajaran yang diajar dan menyertai seminar pendidikan
seperti kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan pendidikan atau
pihak pentadbiran sekolah. Guru juga hendaklah mengajar dengan
fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang betul dan tepat.
2.3.3 Akauntabiliti Terhadap Sekolah
Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu ,
saya juga bertangungjawab terhadap tugas yang diamanahkan oleh
pentadbir sekolah. Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah ,saya
mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan kemajuan
sekolah.
Dalam hal ini, selain tugas mengajar , saya juga hendaklah
menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai guru displin,
kaunselor, setiausaha peperiksaan, setiusaha PIBG, panitia mata
pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang dilantik oleh pihak
pentadbiran sekolah. Selain menjalankan tugas rasmi dalam bidang
kurikulum, saya juga perlu melibatkan diri dan melaksanakan aktiviti
ko-kurikulum dengan menjadi guru penasihat atau pembimbing bagi
aktiviti persatuan dan permainan di sekolah.
16 | NORLEHA ADAM / IPG KPI
ASAS KEPIMPINAN & PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083) 2014
2.3.4 Akauntabiliti Terhadap Masyarakat dan Negara
Sebagai guru , saya harus bertindak menyebarkan cita
dan matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip
Rukun Negara, memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai
dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri pelajar.
Saya perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab
terhadap terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan
ajaran yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau
negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Saya
hendaklah membimbing mereka menjadi warganegara yang setia,
bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan
kebudayaan, keturunan dan agama.
Kesimpulannya, dengan memahami prinsip akauntabiliti , seseorang
guru dapat memahami tanggungjawabnya yang sebenar. Penghayatan
akauntabiliti haruslah dihayati sepenuhnya kerana akan dapat
meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini kerana
penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat menjalankan
tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan
dedikasi. Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan tingginya
kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf
profesionalisme keguruan.
2.4 Nilai Integriti dalam Profesion Perguruan
17 | NORLEHA ADAM / IPG KPI
ASAS KEPIMPINAN & PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083) 2014
Integriti menurut Wikipedia..... perkataan yang berasal daripada istilah
bahasa Inggeris yang bermaksud keutuhan dari semua segi yang baik.
Menurut Kamus dwibahasa, integriti merujuk kepada kejujuran,
ketulusan, kesempurnaan dan keutuhan. Kesimpulannya, integriti
merupakan sifat jati diri individu yang merangkumi keikhlasan,
keterbukaan, amanah, benar, tidak mudah dipengaruhi, boleh
dipercayai dan berpegang kepada prinsip.
Institut Integriti Malaysia ; integriti merujuk kepada kualiti yang wujud
secara keseluruhan dan padu kepada individu dan organisasi
Dalam bidang profesion perguruan,
Integriti guru bermaksud guru perlu melaksanakan amanah dan kuasa
yang dipertanggungjawabkan . Guru yang berintegriti akan melaksanakan
tugasnya dengan amanah dan mempunyai keprihatinan serta penuh kasih
sayang kepada pelajar.
Integriti guru sangat diperlukan dalam usaha KPM untuk meningkatkan
perpaduan masyarakat berbilang kaum. Guru sebagai pendidik perlu
memastikan diri mereka bersedia untuk berusaha lebih inovatif, proaktif,
mampu mencipta kelainan dan menjadi contoh teladan yang baik untuk
memupuk nilai jati diri murid.
18 | NORLEHA ADAM / IPG KPI
ASAS KEPIMPINAN & PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083) 2014
Guru selaku pendidik perlu bertanggungjawab dan bertindak sewajarnya
terhadap murid. Antara amalan integriti yang perlu dilaksanakan ialah
sentiasa memikirkan masa depan murid . Ini memberi gambaran tentang
peranan utama guru dalam pembangunan sumber manusia iaitu sebagai
pendidik dalam proses pembentukan dan kematangan sahsiah kepada murid.
Guru yang berintegriti akan melaksanakan tugasnya dengan amanah dan
mempunyai keprihatinan serta penuh kasih sayang.
Sebagai pendidik yang sentiasa berhadapan dengan murid, maka
adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memberikan kesedaran kepada
tentang kepentingan institusi kekeluargaan. Mereka juga boleh diterapkan
nilai-nilai kekeluargaan dengan melaksanakan setiap aktiviti di kelas
berlandaskan prinsip hubungan kekeluargaan.
Guru perlu sentiasa memberikan kesedaran kepada murid untuk terus
belajar bagi meningkatkan kualiti hidup apabila mereka dewasa kelak dan
guru sepatutnya berupaya mengubah tingkah laku murid supaya menjadi
lebih positif dan mempunyai matlamat hidup yang jelas.
Sebagai kesimpulannya, sifat-sifat beginilah yang perlu ada dalam diri
setiap insan bergelar guru. Profesion perguruan menuntut setiap guru
mempunyai nilai kebertanggungjawaban yang spesifik dan tinggi yang perlu
dilaksanakan oleh guru-guru terhadap pelbagai pihak. Ian perlu dijaga dan
perlu diberi perhatian terutamanya yang membabitkan nilai integriti profesion
keguruan itu sendiri.
19 | NORLEHA ADAM / IPG KPI
ASAS KEPIMPINAN & PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083) 2014
3.0 Kepimpinan Instruksional ke arah Kemenjadian Murid
3.1 Pengenalan
Dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun
2020, bidang pendidikan telah dikenal pasti sebagai salah satu faktor penentu
kejayaan utama. Oleh yang demikian, kerajaan melalui Kementerian
Pendidikan sentiasa merangka, merancang dan melakukan penambahbaikan
sistem pendidikan di Malaysia. Antara langkah yang diambil termasuklah
memperkenalkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP,2006-2010)
dan yang terkini Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-
2025. Kedua-dua pelan pembangunan ini dirancang untuk melonjakkan lagi
mutu pendidikan di Malaysia agar sejajar dengan kehendak global iaitu
menghasilkan sumber manusia yang berdaya saing dan mempunyai nilai
pasaran yang tinggi
Perubahan dalam sistem pendidikan yang menjurus ke arah
pendidikan abad ke 21 ini berkait rapat dengan kesediaan sekolah sebagai
wahana dan platform penggerak kejayaannya. Oleh yang demikian, guru
besar sebagai pemimpin sekolah perlulah mempunyai pengetahuan dan
kesedaran tentang pendidikan abad ke 21.
Memandangkan sekolah adalah sebuah institusi yang berfungsi untuk
membentuk dan menghasilkan pelajar ke arah kemenjadian sahsiah,
akademik dan bakat serta kepimpinan, maka model dan amalan
kepemimpinan sekolah perlulah benar-benar sesuai dan selari dengan
fungsinya yang subjektif. Oleh itu, kepimpinan instruksional perlu menjadi
teras dan perlu dikuasai dengan terbaik oleh setiap orang pemimpin sekolah
khususnya Guru Besar. Malah ia perlu difahami dengan jelas oleh penggubal
dasar, pegawai profesional di semua peringkat dan institusi latihan pendidikan
20 | NORLEHA ADAM / IPG KPI
ASAS KEPIMPINAN & PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083) 2014
3.2 Definisi Kepimpinan Instruksional
Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada ‘pimpin’. Pimpin bererti
bimbing, pandu, atau tunjuk. Memimpin diberi erti sebagai memegang tangan
dan membawa berjalan menuju ke suatu tempat. Kepimpinan membawa erti
‘keupayaan sebagai pemimpin, daya serang pemimpin (Kamus Dewan 1994).
Kepimpinan juga boleh dimaksudkan sebagai kebolehan mempengaruhi
orang lain untuk melaksanakan sesuatu tugas bagi mencapai matlamat.
Manakala instruksional boleh di definisikan sebagai ‘the act of
instructing (to teach, to educate, to impart knowledge or information) or
teaching’.
Menurut (Blasé, 1998), kepimpinan instruksional boleh didefinisikan
sebagai ‘gabungan penyeliaan, pembangunan staf dan perkembangan
kurikulum’
Manakala (Gupton, 2003) pula mengatakan bahawa kepimpinaan
instruksional ialah ‘gelagat secara langsung atau tidak langsung yang
mempengaruhi pendekatan guru mengajar dan menghasilkan pembelajaran
murid serta peningkatan potensi’
Manakala Hussien (1989) mengatakan bahawa kepimpinan
instruksional sebagai ‘usaha yang diambil oleh pemimpin sekolah untuk
menyediakan inovasi kurikulum dan untuk memperkembangkan proses
pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan menjayakan matlamat sekolah.
Berdasarkan pandangan beberapa tokoh di atas, bagi menjamin
keberkesanan untuk kepimpinan instruksional adalah berfokuskan kepada
kepimpinan yang boleh menggerakkan guru ke arah pemikiran kreatif dan
kritis dan sentiasa mengamalkan sikap positif dan inovatif. Dalam usaha
menjana modal insan cemerlang, kepimpinan sekolah memainkan peranan
penting. Pemimpin sekolah perlu menetapkan standard yang tinggi dalam
aspek pencapaian intelektual jasmani, rohani dan emosi.
21 | NORLEHA ADAM / IPG KPI
ASAS KEPIMPINAN & PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083) 2014
3.3 Amalan Kepimpinan instruksional di Sekolah dan kesannya
Peranan utama kepimpinan sekolah adalah sebagai Pemimpin Instruksional
yang memastikan guru mengajar dan pelajar belajar secara berkesan. Oleh
kerana itu, pemimpin instruksional perlu menguasai kemahiran-kemahiran
merancang, menelola, memimpin dan mengawal kurikulum. Pemimoin
Instruksional perlu menumpukan kepada kecemerlangan akademik dan
keperibadaian tinggi pelajarnya selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Keberkesanan tindakan seseorang guru besar yang mengamalkan
kepimpinan instruksional boleh diukur melalui penglibatan dalam dua proses
memimpin iaitu pencapaian matlamat dan kesejahteraaan anggota ( Robiah
Sidin, 2003).
Justeru, dalam usaha untuk mencapai matlamat sekolah cemerlang
dan aspek kemenjadian murid , guru besar perlu menyelaras program
pengajaran, menitikberatkan pencapaian akademik pelajar, sentiasa menilai
kemajuan pelajar, mewujudkan suasana sekolah yang aman dan tenteram,
memeta dan merencanakan strategi program pengajaran, dan memberi
sokongan terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh para guru. Hal ini
bermakna, kepimpinan guru besar akan berfokus kepada kualiti pengajaran
dan pencapaian akademik pelajar-pelajarnya.
Sehubungan itu, kepimpinan sekolah juga perlu merancang pelbagai
program peningkatan untuk pelajar seperti kelas tambahan, pemantauan
buku latihan pelajar secara berkala, ujian bulanan dan program strategi
menjawab bagi kelas peperiksaan.
22 | NORLEHA ADAM / IPG KPI
ASAS KEPIMPINAN & PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083) 2014
Bagi meningkatkan kualiti guru di sekolahnya, kepimipinan sekolah
perlu merancang pelbagai kursus peningkatan profesionalisme guru misalnya
dalam aspek penyampaian pengajaran. Sehubungan itu, kepimpinan
sekolah juga perlu menekankan tentang Kemahiran Berfikiran Aras
Tinggi (HOTS) dalam kalangan guru dan murid-murid. Sebagai
langkah pertama , kursus berkenaan HOTS dianjurkan bagi
memberikan pendedahan kepada semua guru agar mereka dapat
menggunakannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dalam kelas masing-masing. Di samping, merancang beberapa
program untuk murid bagi membudayakan HOTS ini dalam proses
pembelajaran mereka. Tenaga kepakaran dalam melaksanakan
program ini diperoleh dengan jalinan kerjasama institusi pengajian
tinggi yang berdekatan.
Selain itu, guru besar juga perlu menyediakan pelbagai kemudahan
bagi membolehkan pelajar belajar dalam suasanan kondusif misalnya
menyediakan makmal komputer, makmal sains dan perpustakaan yang serba
lengkap dengan bahan rujukan dan bank soalan. Hal ini akan memberi
kemudahan kepada murid untuk belajar dengan selesa dan berkesan.
Kepimpinan sekolah juga perlu menjalankan penyeliaan kepada guru-
guru bagi meningkatkan tahap penyampaian pengajaran guru melalui
perkongsian maklumat terhadap aspek yang perlu ditambah baik
Pengurusan, penyelarasan dan pemantauan kurikulum yang
dilakukan akan menampakkan impak ke atas sesuatu program yang
dilaksanakan kerana bagi setiap satu program yang hendak
laksanakan, pelbagai faktor telah diambil kira dan pemantauan juga
dilaksanakan sepanjang masa oleh barisan pentadbir dengan
bantuan ketua panitia mata pelajaran.
Kepimpinan sekolah juga, perlu sentiasa memberi penekanan
kepada guru tentang kepentingan melindungi masa instruksional
murid ( MMI) seperti yang diarahkan oleh pihak Jabatan Pendidikan
23 | NORLEHA ADAM / IPG KPI
ASAS KEPIMPINAN & PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083) 2014
Negeri. Pihak sekolah juga diminta memberikan laporan keberadaan
guru di sekolah kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah bagi setiap
bulan.
Hal ini bertujuan agar murid mendapat masa pembelajaran yang
maksimum dan berkualiti jika diamalkan dengan berkesan di
sekolah. Amalan MMI ini sudah tentu menyokong ke arah
kemenjadian murid diharap-harapkan.
Guru Besar sebagai the central figure dalam pentadbiran dan
pengurusan sekolah berperanan sebagai pemimpin instruksional serta
menjadi tempat rujukan, pakar runding, tempat berbincang dan berbicara,
tempat rujukan, tempat mendapat khidmat nasihat sebagai kepimpinan
instruksional.
Guru Besar berperanan mewujudkan dan melaksana perkhidmatan
penyayang di sekolah. Guru Besar seharusnya menghargai dan mengiktiraf
perkhidmatan yang diberikan oleh warga sekolah. Perkhidmatan penyayang
boleh memotivasi dan membangkit serta membugar semangat guru-guru
bekerja dan melahirkan perasaan penghormatan kepada kepemimpinan
sekolah .Hal yang demikian, akan mendorong para guru untuk berusaha
bersungguh –sunguuh dan menyokong pengurusan sekolah ke arah
matlamat yang ingin dicapai.
Guru Besar bukan sahaja sebagai seorang Lone Ranger tetapi lebih
sebagai seorang ketua yang mempunyai pelbagai peranan sebagai Manager
–Coach Mentor- Leader. Guru besar mempunyai tugas dan kewajipan untuk
mengembang dan mengilapkan guru-gurunya menjadi pemimpin. Untuk
mencapai hasrat tersebut , pemimpin mempunyai pelbagai cara seperti
memberi pujian, semangat, sokongan , ganjaran, menunjukkan model yang
baik dan menjelaskan matlamat yang dikehendaki .Guru Besar berperanan
sebagai ‘Lesdership Develop’ dan wajar membina kepimpinan guru secara
bersengaja dan sistematik. Kepimpinan guru dapat dibentuk oleh kepimpinan
24 | NORLEHA ADAM / IPG KPI
ASAS KEPIMPINAN & PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083) 2014
sekolah seperti Ketua Panitia, Guru Cemerlang dari guru biasa yang
berpengalaman dan pakar dalam sesuatu mata pelajaran.
Ketua Panitia , Guru Cemerlang ini dapat menggerakkan guru-guru lain
bagi meningkatkan prestasi sekolah khususnya pengajaran dan
pembelajaran. Kedua-dua pemimpin ini adalah terdiri daripada guru yang
profesional , berpengetahuan dalam kaedah-kaedah pembelajaran dan
menguasai mata pelajaran yang diajar secara mendalam. Mereka seharusnya
membentuk hubungan kolaboratif dengan guru-guru lain dan melihat masalah
sebagai peluang untuk membuat sesuatu perubahan.
Sebagai ketua paniia yang mengamalkan kepimpinan instruksional ,
mereka berkeupayaan merancang perancangan mengajar (RPT dan RPH) ,
program peningkatan mata pelajaran yang diajar dan menyediakan Pelan
Taktikal dan Pelan Operasi . Mereka bertanggungjawab dengan memastikan
segala peraturan, panduan, dipatuhi oleh guru-guru dan dilaksanakan secara
konsisiten, realistik, tegas dan adil. Justeru , di sinilah peranan penting yang
perlu dipikul oleh mereka dalam melaksanakan pendidikan berkualiti dan
cemerlang.
Namun begitu, hakikatnya guru baiasa juga memainkan peranan
sebagai pemimpin instruksional di kelasnya. Ini kerana , guru kelas
bertanggungjawab mendorong kejayaan pelajarnya. Mereka
bertanggungjawab dalam mengurus dan mengawal disiplin murid di tahap
yang baik supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan
dengan baik dan berkesan. Di samping itu, mereka juga berkeupayaan
membimbing murid yang lemah dalam pelajaran dengan menggunakan
sumber dan peralatan yang berkualiti untuk memberi pengajaran yang terbaik
kepada murid. Untuk itu, mereka akan melaksanakan penilaian berterusan
terhadap pencapaian murid dan menilai keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran sama ada melalui penilaian formatif mahupun penilaian sumatif.
25 | NORLEHA ADAM / IPG KPI
ASAS KEPIMPINAN & PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083) 2014
Justeru, dengan sokongan padu oleh guru-guru, keupayaan
membimbing oleh ketua panitia dan kepimpinan interaksional yang berkesan
oleh guru besar fungsi sekolah untuk membentuk dan menghasilkan pelajar
ke arah kemenjadian sahsiah, akademik dan bakat serta kepimpinan,maka
misi dan visi ke arah kemenjadian akan menjadi kenyataan.
Kesimpulan pengurusan dan kepimpinan yang berkesan di sekolah
akan menghasilkan sekolah yang cemerlang. Hal ini menunjukkan bahawa
pengurusan yang baik akan membawa kepada peningkatan kualiti sekolah
dan kemenjadian pelajar-pelajarnya. Kepimpinan Guru Besar yang cemerlang
akan dapat mengubah sekolahnya dari sekolah biasa kepada sekolah
cemerlang. Malah pemimpin yang berkesan akan dapat mempengaruhi
subordinatnya untuk menerima arahan dan melaksanakan arahan tersebut
dengan penuh kesediaan dan kemahuan. Oleh itu, setiap pemimpin
sekolah ,harus mengkaji gaya kepimpinan yang sesuai diaplikasikan di
sekolah mereka bagi mencapai matlamat, ke arah kemenjadian murid.
Dalam kata lain, seorang pemimpin yang baik perlu meneliti
keseluruhan orang bawahannya, mendekati pekerjanya dalam
setiap tugasan yang diberi, memilih stail kepimpinan, berbincang dengan
orang bawahannya dalam situasi yang berbeza dan kemudiannya
melaksanakan perancangan secara bersama. Sekolah berkesan mempunyai
guru besar sebagai kepimpinan instruksional yang memberi tumpuan kepada
pengajaran dan pembelajaran bermatlamat. Murid-murid akan dibentuk
supaya mempunyai perwatakan cemerlang seperti berbudi pekerti mulia,
berpegang kepada prinsip agama dan Tuhan, berilmu dan mempunyai tahap
intelektual yang tinggi, memiliki ketahanan fizikal, semangat kesukanan dan
kegiatan luar dengan berpaksikan disiplin yang kental. Sekolah boleh
menjadi sekolah berkesan apabila guru besar menjadi pemimpin berkesan.
26 | NORLEHA ADAM / IPG KPI
ASAS KEPIMPINAN & PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083) 2014
4.0 PENULISAN REFLEKSI
Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T. Tuhan semesta alam. Selawat serta salam buat
junjungan mulia, Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat
Ilahi kerana limpah kurnia serta izin-Nya maka dapatlah saya menyempurnakan
tugasan projek bagi subjek EDU-3083 iaitu Asas Kepimpinan dan Perkembangan
Profesional Guru ini dengan jayanya mengikut tarikh yang ditetapkan. Terima kasih
kepada Tuhan atas nikmat kesihatan dan kelapangan masa yang telah diberikan
oleh-Nya.
Terima kasih yang tidak terhingga saya tujukan kepada Pn. Hashimah binti
Hashim selaku pensyarah subjek yang sangat berpengalaman, tidak pernah jemu
memberi tunjuk ajar serta sentiasa bersedia mencurahkan ilmu yang sangat
bermakna ini .
Kerja kursus ini telah diberikan kepada saya dan rakan-rakan bermula dari
tarikh 9 Ogos 2014 hingga 15 Sept 2014. Menerusi tugasan yang diperoleh, saya
perlu menghuraikan Ciri-ciri profesion keguruan berdasarkan konsep etika,
akauntabiliti dan integriti profesion perguruan Seterusnya, saya perlu menerangkan
tentang Pengertian Kepimpinan Instruksional ke arah kemenjadian murid.
Sebelum memulakan proses penulisan ilmiah, saya perlu membaca serta
memahami terlebih dahulu maksud dan ciri-ciri etika , akauntabiliti dan integriti
dalam profesion perguruan. Saya telah menggunakan sumber rujukan yang pelbagai
untuk memudahkan proses pemahaman. Selain itu, saya juga turut membuat
rujukan berdasarkan sumber-sumber lain seperti internet dan bahan bacaan yang
lain.
Sewaktu menyempurnakan tugasan pertama, ia telah memberi peluang
kepada saya memperluaskan pengalaman, pengetahuan dan menyedarkan
saya akan tanggungjawab seseorang guru dalam profesion perguruan.
27 | NORLEHA ADAM / IPG KPI
ASAS KEPIMPINAN & PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083) 2014
Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa
dipertingkatkan dari semasa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi.
Martabat yang tinggi akan menjadikan profesionalisme itu disanjung
tinggi, mempunyai nilai dan berkualiti tinggi.
Hal ini menuntut para guru memahami , menghayati dan mematuhi kod
etika perkhidmatan dan melaksanakan tugas dengan penuh integriti.
Kod etika dianggap penting kerana telah menyediakan garis
panduan bagaimana guru harus bertingkah laku dalam profesion
perguruan. Kod etika perguruan menyatakan dengan jelas tentang
akauntabiliti guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan.
Pematuhan kepada etika serta memenuhi segala akauntabiliti terhadap
keperluan murid menjadikan bidang keguruan dilihat sebagai kerjaya
profesional . Seseorang guru yang berpegang kuat kepada etika dan
integriti perkhidmatan akan dapat mengatasi segala rintangan untuk
mencapai segala kejayaan.
Sesungguhnya tugasan ini menyedarkan saya, tentang
tanggungjawab saya untuk memantapkan kualiti diri sebagai seorang
yang profesional. Globalisasi dan perubahan dalam dasar pendidikan Malaysia
yang menuju ke arah kemajuan sosio ekonomi pula membuktikan guru perlu
meningkatkan profesionalisme diri untuk seiring dengan ledakan maklumat terkini.
Antara strategi yang membolehkan peningkatan profesionalisme diri termasuk
melibatkan diri dalam latihan dalaman, kursus pendek kelolaan maktab,
Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan
Daerah, penyelidikan tindakan, latihan profesionalisme berterusan, perkembangan
professional “on-line” dan aktiviti Pusat Kegiatan Guru. Penglibatan seperti ini dapat
menajamkan kecekapan serta keyakinan seseorang guru untuk menjadi
lebih kreatif, reflektif dan berinovasi dalam amalan pengajaran .
Guru mampu memperbaiki kualiti diri sebagai pelajar dalam paradigma
belajar seumur hidup. Mereka perlu meningkatkan pengetahuan dan keterampilan
28 | NORLEHA ADAM / IPG KPI
ASAS KEPIMPINAN & PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083) 2014
khususnya dalam era globalisasi dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kini,
dan sebagai guru, kita harus mempertajam kemahiran mengajar melalui ICT,
meneroka dan menukar maklumat dengan guru-guru lain yang lebih berpengalaman.
Berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang pentadbir di sekolah , sistem
pementoran ternyata memberi kelebihan dalam meningkatkan kualiti guru di mana
semua Guru Penolong Kanan bertindak sebagai seorang mentor.
Di sini, kami boleh mengadakan perbincangan intelektual dengan guru yang
dibimbing mengenai kaedah pengajaran , teknik-teknik dan pengetahuan baru dalam
pembinaan item soalan dan sebagainya. Di samping itu, kami sentiasa memberi
nasihat dan bimbingan berterusan , agar dapat meningkatkan tahap profesionalisme
mereka.
Implikasi dari tugasan ini menyedarkan saya bahawa dalam memantapkan
kualiti diri ,setiap guru harus bersedia mendalami ilmu pengetahuan dengan banyak
membaca dan mendapat maklumat terkini bagi menyediakan diri agar taraf
pendidikan di Malaysia diiktiraf sebagai pendidikan berkualiti. Di samping itu, amalan
membaca ini dapat meningkatkan kemahiran melakukan penyelidikan tindakan
untuk memperluaskan pengalaman, pengetahuan dan pandangan guru terhadap
bidang masing-masing.
Manakala bagi tugasan kedua pula , bagi meningkat kualiti diri sebagai
seorang pemimpin yang profesional, kepimpinan sekolah dituntut agar
melengkapkan diri dengan ilmu, berkemahiran tinggi, cekap, berketerampilan,
berwawasan dan berfikiran positif untuk meningkat prestasi sekolah. Pemimpin yang
mempunyai kualiti dan ciri peribadi yang baik mesti memiliki kredibiliti dan kompeten
dengan kemahiran pentadbiran, pengurusan dan kepimpinan. Maka ia secara
langsung dapat mempamerkan gaya kepimpinan yang baik, cemerlang, berkesan
dan lestari.
Ternyata kemahiran kepimpinan Instruksional adalah satu gaya kepimpinan
yang komprehensif dan perlu dimantapkan bagi meningkatkan keberkesanan
sesebuah sekolah. Seterusnya modal insan berkualiti akan terhasil bergantung pada
29 | NORLEHA ADAM / IPG KPI
ASAS KEPIMPINAN & PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083) 2014
kejayaan kepimpinan dalam pendidikan, menghasilkan individu yang mempunyai jati
diri yang kukuh dan berketerampilan.
In sha Allah segala pengetahuan dan pengalaman yang saya peroleh
sewaktu menyempurnakan tugasan ini akan saya kongsi dan aplikasikan bersama
guru-guru di sekolah saya. Akhirnya , sekali lagi saya mengambil kesempatan untuk
merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn. Hashimah bt Hashim atas
pengajarannya yang ternyata berjaya menarik perhatian saya , mewujudkan situasi
pengajaran yang tidak pernah membosankan dengan caranya yang tersendiri
menyampaikan ilmu dengan penuh keikhlasan. Saya berharap hasil tugasan saya
ini dapat memberi manfaat dan maklumat yang berguna kepada sesiapa yang
membacanya. Sekian, terima kasih
PENUTUP
Secara kesimpulannya , para guru perlulah berfikiran global dan
bertindak secara terarah dengan menjadikan bidang keguruan sebagai
wadah untuk membentuk warganegara dengan ciri-ciri individu dan
masyarakat bangsa Malaysia. Pematuhan kepada etika serta memenuhi
segala akauntabiliti terhadap keperluan murid menjadikan bidang
keguruan dilihat sebagai kerjaya profesional. Kewibawaan guru
merupakan tunggak kepada profesionalisme guru.
Dari sudut kepimpinan sekolah pula, kualiti kepimpinan sekolah dan
guru adalah asas kecemerlangan pelajar dan sekolah. Guru sentiasa perlu
membuat refleksi mendalam tentang diri sendiri dan amalan pengajaran–
pembelajaran. Usaha guru untuk meningkatkan profesionalisme diri dari
segi keilmuan, ketrampilan dan kemahiran serta pembentukan sahsiah
yang berakhlak mulia adalah amalan baik yang perlu diteruskan. Dengan
30 | NORLEHA ADAM / IPG KPI
ASAS KEPIMPINAN & PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083) 2014
ini, guru dapat bergerak seiring dengan arus perubahan dalam era
teknologi dan globalisasi.
31 | NORLEHA ADAM / IPG KPI
Top Related