APLIKASI PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH DI KOLEJ KOMUNITI
TEMERLOH BAGI MODUL SPA 106 (PEMBANGUNAN DIRI 1)
Oleh :
Nor Aishah Binti Othman
Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran
Kolej Komuniti Temerloh
ABSTRAK
Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) merupakan satu inovasi yang signifikan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dalam bidang seperti perubatan, kejuruteraan,
sains komputer, undang-undang dan kemahiran insaniah. Pelajar akan didedahkan
dengan dunia sebenar dengan menyelesaikan masalah yang diberikan. Masalah dunia
sebenar ini akan menjadi pemandu utama ke arah pembelajaran pelajar. Secara tidak
langsung, pelajar boleh mengaplikasikan ilmu yang mereka perolehi dalam kehidupan
seharian mereka. Selain itu juga, proses Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) ini juga
dapat melahirkan pelajar yang yang berdikari, bertanggungjawab, berfikiran secara
kreatif, kritis dan berani serta mempunyai kemahiran komunikasi yang positif sesama
mereka tidak kira bangsa, agama dan keturunan. Beberapa model telah dicadangkan
untuk membentuk satu proses yang kukuh ke arah pembangunan insaniah dan didapati
bahawa pendekatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan proses Pembelajaran
Berasaskan Masalah ini adalah sesuai untuk diaplikasikan kepada pelajar. Oleh itu, di
dalam kertas kertas kerja ini, disediakan mengenai sejarah, objektif, ciri-ciri utama proses
pembelajaran berasakan masalah, teknik-teknik menyelesaikan masalah bagi kaedah
Pembelajaran Berasaskan masalah ( PBL) dan kelebihan yang diperolehi daripada hasil
penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan masalah ( PBL ). Selain itu juga, kertas
kerja ini juga bertujuan menerangkan proses pembelajaran berasaskan masalah yang
diaplikasikan di Kolej Komuniti Temerloh di dalam Modul Pembangunan Diri 1 (SPA 106)
bagi pelajar semester 1 daripada kursus sijil Teknologi Maklumat.
1.0 PENDAHULUAN
Sistem pendidikan di Malaysia
adalah berorientasikan peperiksaan iaitu
pelajar wajib menduduki peperiksaan
awam seperti Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR), Penilaian Menengah
Rendah ( PMR ), Sijil Pelajaran Malaysia (
SPM ) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (
STPM ). Kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang biasa digunakan ialah
kaedah pembelajaran berpusatkan
pensyarah seperti kuliah. Hasil dari
pembelajaran kaedah pengajaran secara
kuliah didapati masih terdapat
kelemahan dalam melahirkan graduan
yang menguasai kemahiran generik
walaupun pencapaian akademik yang
terbaik (Hasyamudin dan Rahifa, 2005).
Menurut bekas Menteri Pengajian
Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed dalam
kenyataan akhbar menyatakan bahawa
beliau mahu melihat perubahan dalam
corak pendidikan agar melahirkan pelajar
yang berani, mempunyai kemahiran dan
berpengetahuan (Hasyamudin dan Rahifa,
2005).
Selain itu juga, Komitmen untuk
menggalakkan kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif telah menjadi satu
agenda utama pendidikan di Malaysia.
Para pendidik bersetuju bahawa
kemahiran berfikir kritis dan kreatif
dapat dipertingkatkan dikalangan pelajar
melalui proses pengajaran secara
eksplisit yang menggunakan situasi
harian sebagai konteks pembelajaran
(Ristow, 1988). Pelajar dikatakan
berkeupayaan mempelajari kemahiran
berfikir jika kurikulum menegaskan dan
memberikan tumpuan cara bagaimana
ianya boleh dilakukan (Presseisen, 1986).
Justeru, pelbagai strategi pengajaran dan
pembelajaran telah direkabentuk untuk
membantu perkembangan kemahiran
berfikir kritis dan kreatif (Costa, 1988).
Oleh hal yang demikian, para
pendidik perlu mengorak langkah bagi
memperbaiki dan meningkatkan proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P)
supaya ianya seiring dengan teknologi
terkini dan perkembangan semasa.
Menjadi tanggungjawab pendidik untuk
menggunakan dan mempelbagaikan
kaedah P&P bagi melahirkan pelajar yang
berkualiti. Antara kaedah P&P yang
digunapakai ialah Pembelajaran
Berasaskan Masalah (PBL) yang
merupakan salah satu contoh yang baik
untuk proses pembelajaran secara
pengalaman dan pendekatan berpusatkan
pelajar.
Selain itu juga, melalui kaedah
Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL),
pelajar akan berusaha untuk mencari
maklumat dan menyelesaikan masalah
dengan usaha sendiri. Proses tersebut
akan menggalakan pelajar berfikir secara
kritis dan kreatif (KUiTTHO, 2005).
Diperkukuhkan lagi apabila Lynda Wee
(2004) menyatakan bahawa PBL adalah
satu pendekatan pemusatan pelajar yang
merupakan pendekatan yang berkesan
dalam meningkatkan kualiti
pembelajaran, menggalakkan penglibatan
aktif, bekerjasama, maklum balas yang
cepat terhadap proses pembelajaran,
pemahaman yang mendalam terhadap
subjek dan merujuk kesesuaian
pembelajaran pelajar melalui
pembelajaran kendiri.
Oleh itu, amatlah sesuai untuk
pensyarah di Kolej Komuniti Temerloh
khususnya mengaplikasikan kaedah
pembelajaran berasaskan masalah
kepada pelajar kolej tersebut bagi
mecapai hasrat dan objektif yang telah
dinyatakan di atas.
2.0 PENGENALAN
Pembelajaran Berasaskan Masalah
(PBL) mula diperkenalkan dalam
pembelajaran tradisional sekitar tahun
1960-an di McMaster University, Canada
(Barrow & Tamblyn, 1980). Merujuk
kepada buletin KUiTTHO (2005), kaedah
ini diperkenalkan oleh Professor Howard
Barrow. Pada mulanya, kaedah ini ditolak
oleh semua orang. Namun begitu, beliau
menggunakan kaedah ini kepada pelajar
perubatan di bawah seliaannya dan
mendapat reaksi yang positif di kalangan
pelajar tersebut. Pendekatan ini telah
membuka mata dan menarik minat para
pendidik yang lain untuk
menggunakannya. Kesannya, pendekatan
ini telah digunakan dalam pelbagai
bidang terutamanya dalam bidang
kejuruteraan. Kini, Professor Barrow
menjadi role model bagi PBL dan
Universiti McMaster menjadi perintis
kepada PBL. Selain itu, Don Wood
merupakan bapa kepada PBL dalam
bidang kimia.
3.0 OBJEKTIF PEMBELAJARAN
BERASASKAN MASALAH (PBL)
Menurut Barrow & Tamblyn (1980),
antara objektif pendidikan kaedah ini
diperkenalkan ialah:
a) Mengukuhkan kemahiran pelajar
untuk mempelajari sesuatu
prinsip, konsep dan belajar
menggunakan maklumat dalam
pelbagai situasi
b) Memperkembangkan kemahiran
pelajar memberi hujah dan
pendapat, berfikiran kritis, serta
kemahiran membuat keputusan
c) Memperkembangkan kemahiran
pelajar mengintegrasikan
pengetahuan dalam pelbagai
disiplin ilmu dan kefahaman yang
baik tentang peranan sikap
kemanusian terhadap kemajuan
profesionalisme.
d) Menyediakan pelajar kepada
konsep pembelajaran sepanjang
hayat.
e) Menggalakkan pembelajaran
kumpulan kecil, keperluan kepada
keberkesanan kerja berpasukan
dan pembelajaran secara
kolaboratif (Barrow & Tamblyn
dipetik daripada Suhaimi
Makminin, 2005)
4.0 CIRI- CIRI PEMBELAJARAN
BERASASKAN MASALAH (PBL)
Selain itu juga, berdasarkan
definisi awal Pembelajaran Berasaskan
Masalah (PBL) yang diperkenalkan
melalui Model Klasik oleh Barrow dan
Tamblyn, 1980 yang dinyatakan dalam
penulisan Baden dan Mojor (2004),
Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)
mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
a) Situasi masalah sebenar yang
kompleks iaitu tidak
mempunyai jawapan yang
betul atau salah
b) Pelajar bekerja dalam
kumpulan untuk menangani
masalah, mengenalpasti jurang
pembelajaran dan
mengembangkan pelbagai
penyelesaian
c) Pelajar memperolehi informasi
baru melalui pembelajaran
kendiri
d) Pensyarah sebagai
pembimbing
e) Masalah akan memandu ke
arah perkembangan
keupayaan penyelesaian
masalah ilmu perubatan.
5.0 TUJUH LANGKAH DALAM
PROSES PEMBELAJARAN
BERASASKAN MASALAH (PBL)
Terdapat beberapa langkah dalam
perlaksanaan Pembelajaran Berasaskan
Masalah (PBL). Menurut Lynda Wee
(2004), terdapat tujuh langkah dalam
menerangkan proses PBL. Langkah-
langkah tersebut ialah seperti berikut:
a) Pembahagian Kumpulan
Pada peringkat ini, pelajar akan
mengenali di antara satu sama lain dan
pelajar akan membentuk kumpulan
masing-masing. Seterusnya, ketua
kumpulan dan pencatat akan dilantik dan
peraturan-peraturan kumpulan akan
dibentuk.
b) Mengenalpasti Masalah
Pelajar akan dikemukakan dengan
masalah untuk diselesaikan. Pelajar perlu
mengenalpasti dan mengesahkan masalah
tersebut dan menyatakan masalah
tersebut berdasarkan fakta-fakta yang
diperolehi. Proses mengenalpasti masalah
melibatkan elemen-elemen pencetus idea
terhadap masalah yang ingin dikaji, juga
dikenali sebagai trigger. Trigger boleh
didapati dalam bentuk gambar, petikan
surat khabar, klip video, petikan jurnal
dan juga kejadian sebenar yang berlaku.
Trigger ini akan menyebabkan sesuatu
isu dipersoalkan, diperdebatkan dan
memberi petunjuk kepada penyelesaian
masalah tersebut.
c) Menjana Idea
Pada peringkat ini, pelajar akan
mengeluarkan idea-idea yang dapat
membantu dalam proses penyelesaian
masalah tersebut.
d) Isu Pelajaran
Pelajar perlu mengenalpasti apakah yang
perlu dipelajari dan mencari isu-isu yang
dapat membantu mereka untuk
menyelesaikan masalah serta mengetahui
apakah langkah-langkah yang perlu
diambil bagi menyelesaikan masalah
tersebut. Seterusnya, pelajar akan
mengenalpasti tindakan yang sesuai
untuk menyelesaikan masalah yang
diberikan.
e) Pembelajaran Kendiri
Pada peringkat ini, pelajar akan mencari
dan merumuskan informasi-informasi
yang relevan dan logik dengan masalah
yang diberikan.
f) Sintesis dan Aplikasi
Punca-punca informasi perlu disahkan
kesahihannya terutamanya daripada
Internet. Pelajar akan mula berkongsi
maklumat dengan pelajar yang lain dan
mengaplikasikan maklumat yang
diperolehi untuk menyelesaikan masalah
tersebut. Seterusnya, pelajar akan
berbincang, membangunkan penyelesaian
dan membuat penerangan terhadap
penyelesaian yang diambil.
g) Refleksi dan Tindak Balas
Pada peringkat ini, pelajar akan memberi
tindak balas terhadap kerja kumpulan,
kerja individu, penjanaan pengetahuan,
penyelesaian masalah dan juga peranan
fasilitator. Seterusnya, perbincangan akan
dilakukan dalam kumpulan masing-
masing.
Ini jelas menunjukkan bahawa
kemahiran yang paling diperlukan ialah
kemahiran menyelesaikan masalah.
Diperkukuhkan lagi apabila Nor Ratna
Masrom (2006) telah membuat kajian
yang bertajuk "Problem Solving Skill in
ICT and Multimedia Application”
mendapati bahawa tanpa pengetahuan
dan kemahiran penyelesaian masalah,
pelajar tidak mampu untuk melaksanakan
dan mengaplikasikan kaedah PBL dengan
sempurna dan cekap.
6.0 KELEBIHAN KAEDAH
PEMBELAJARAN BERASASKAN
MASALAH (PBL)
Kaedah Pembelajaran Berasaskan
Masalah (PBL) mempunyai pelbagai
kelebihan. Menurut Montgomery (2000),
antara kelebihan utama kaedah
Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)
berbanding strategi pembelajaran lain
seperti teori konstruktivisme ialah
rangsangan atau stimulasi yang berjaya
dihasilkan olehnya dapat membentuk
kognitif pelajar agar lebih bersifat ingin
tahu. Ini seterusnya dapat meningkatkan
minat atau motivasi pelajar untuk terus
belajar dan mencari ilmu.
Selain itu juga, masalah yang
menyerupai masalah dunia sebenar yang
digunakan pula membolehkan pelajar
mencuba pelbagai jalan penyelesaian
dalam persekitaran pembelajaran yang
lebih selamat (Jamalludin Harun, et al,
2005). Contohnya, sekiranya pelajar
belajar mengenai cirri – citri kepimpinan
yang berkesan, pelajar boleh
mengaplikasikasikan ilmu tersebut di
dalam kehidupan mereka. Pelajar juga
mampu untuk menggunakan ilmu
tersebut apabila mereka berada di alam
pekerjaan pada suatu hari nanti.
Menurut Prof Madya Dr Khairiyah
Mohd Yusof di dalam Berita Harian 25 Jan
2007, menyatakan keinginan
menyelesaikan masalah mendorong
pelajar melaksanakan pembelajaran
kendiri dan pengajaran antara rakan
sebaya (peer teaching) dalam kumpulan
dan antara kumpulan. Pelajar akan
berkomunikasi di antara mereka untuk
menyelesaikan masalah yang diberi.
Secara tidak langsung, kaedah
pembelajaran Berasaskan Masalah dapat
melahirkan pelajar yang berani dan
pelajar dapat bergaul dengan mereka
dalam pergaulan yang sihat.
Tambahan pula, pelajar yang
melalui kaedah Pembelajaran Berasakan
Masalah (PBL) dapat membina kemahiran
pemikiran kritis dan kreatif, menganalisis
dan menyelesaikan masalah. Tse dan
Chan, (2003) menyatakan bahawa kaedah
PBL sangat berkesan dalam
meningkatkan pemahaman dan
pengetahuan teknikal pelajar. Melalui
kaedah ini, setiap pelajar diberi banyak
peluang untuk mempraktikan teknik
pembelajaran kendiri yang merupakan
elemen penting dalam menentukan
kerjaya masa depan mereka. Selain itu,
kebolehupayaan pembelajaran pelajar
dapat ditingkatkan melalui kerjasama
dalam kumpulan.
Secara amnya, jelas membuktikan
bahawa Pembelajaran Berasaskan
Masalah (PBL) mampu untuk melahirkan
dan mendidik pelajar menjadi seorang
pemimpin yang mempunyai kemahiran
menyelesaikan masalah. Selain itu, pelajar
dapat meningkatkan minat dan motivasi
untuk terus belajar, membina kemahiran
pemikiran kritis dan kreatif, menganalisis
dan menyelesaikan masalah. Oleh hal
demikian, pelajar dapat meningkatkan
pemahaman dan pengetahuan isi
pelajaran bagi sesuatu matapelajaran
dengan mudah dan mendalam. Secara
tidak langsung dapat meningkatkan
pencapaian akademik pelajar tersebut.
Penyataan ini disokong dengan kajian
yang dilakukan oleh Ward dan Lee (2004)
menyatakan bahawa pelajar yang
mengikuti kaedah PBL dapat memahami
isi pelajaran dengan lebih mendalam bagi
matapelajaran Teknologi Makanan dan
Nutrisi.
Banyak kajian yang membuktikan
bahawa kaedah PBL mampu
meningkatkan kemahiran generik para
pelajar terutamanya dalam kemahiran
menyelesaikan masalah. Kenyataan ini
disokong oleh Hasyamuddin dan Rahifa
(2005) bertajuk “Kemahiran Generik
Dalam Kelas Bercirikan Pembelajaran
Berasaskan Masalah (PBL) di Kalangan
Pelajar Kolej Universiti Teknologi Tun
Hussein Onn (KUiTTHO) mendapati
bahawa PBL membantu pelajar dalam
memperolehi kemahiran generik dan
penglibatan aktif dalam kelas berbanding
pelajar yang menggunakan kaedah kuliah.
Oleh itu, bagi mencapai hasrat ini,
pensyarah di Kolej Komuniti Temerloh
tidak ketinggalan dalam mengaplikasikan
kaedah Pembelajaran Berasaskan
Masalah (PBL) kepada pelajar mereka
terutamanya di dalam modul
Pembangunan Diri 1 ( SPA 106 ).
7.0 APLIKASI PEMBELAJARAN
BERASASKAN MASALAH DI
KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH
BAGI MODUL SPA 106
(PEMBANGUNAN DIRI 1)
7.1 Latar belakang Modul
Modul Pembangunan Diri I (SPA
106) adalah disediakan untuk semua
pelajar di Kolej Komuniti Temerloh bagi
semua program iaitu Program Fesyen &
Pakaian, Teknologi Maklumat,
Penyelenggaraan Bangunan dan Perabot.
7.2 Modul
Modul ini adalah salah satu modul
yang wajib dipelajari oleh setiap pelajar
di Kolej Komuniti Temerloh. Modul ini
adalah bersifat dinamik dan fleksibel
kerana ia boleh diperbaiki dari semasa ke
semasa bagi tujuan penambahbaikan dan
mengikut peredaran masa.
7.3 Objektif modul
Di akhir modul ini, pelajar–pelajar
boleh menilai potensi diri dan seterusnya
menyumbang kepada pembentukan
kendiri yang positif, bermotivasi, dinamik
dan berkeyakinan terhadap keupayaan
diri sendiri. Selain itu, pelajar akan
memperoleh pengetahuan dan kemahiran
penting untuk persedian belajar secara
sistematik dan berkesan.
Tambahan pula, modul
pembangunan diri (SPA 106) adalah
untuk melahirkan pelajar yang dapat
mengaplikasikan nilai –nilai murni dalam
kehidupan seharian seperti menguruskan
diri dengan tersusun dari segi
pengurusan secara fizikal, stres dan masa.
Selain itu juga, modul ini bertujuan untuk
memberi kesedaran kepada pelajar
tentang kepentingan matlamat dalam
hidup mereka. Mereka perlu membuat
perancangan dalam hidup supaya
menjadi pelajar yang berjaya. Oleh itu,
modul ini disediakan untuk pelajar bagi
mencapai objektif di atas.
Oleh itu, di dalam modul
pembangunan Diri I, tugasan berbentuk
masalah atau persoalan (projek PBL)
diberikan kepada pelajar. Pelajar perlu
menyiapakan tugasan tersebut secara
berkumpulan.
7.4 Konsep Kajian
Kerangka teori penyelidikan
dibina berasaskan andaian-andaian
berikut:
(1) Pendekatan penyelesaian masalah
dalam modul pembangunan Diri I
dapat meningkatkan kemahiran-
kemahiran berfikir kritis dan
kreatif, kemahiran proses
komunikasi dan pengetahuan.
(2) Pendekatan penyelesaian masalah
dalam modul pembangunan Diri I
melibatkan pelajar secara aktif
mengaplikasikan pengetahuan
kedalam situasi baru.
Oleh itu hipotesis kajian ini telah
dibina seperti berikut: “selepas
menggunakan kaedah pembelajaran
berasaskan masalah (PBL), kemahiran
berfikir kritis dan kreatif, kemahiran
proses komunikasi dan pencapaian dalam
modul pembangunan Diri 1 akan
meningkat.
Pembelajaran berasaskan masalah
merupakan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berpusatkan kepada
pelajar. Pensyarah berperanan sebagai
fasilitator dengan memberi bimbingan
dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dengan menggalakkan
pelajar supaya berfikir, meninjau dan
membuat penerokaan sendiri. Proses
pengajaran ini berpusatkan kepada
pelajar seperti rajah 2. Pensyarah
membantu pelajar mendefinisi masalah
yang bermakna, mengenal pasti sumber
data dan ilmu yang relevan, mentafsir dan
menilai ketepatan data , dan merumuskan
kesimpulan. Sebagai contoh, di dalam
topik pengurusan stres, pelajar perlu
mendefinisi apakah masalah stres
dikalangan remaja dengan mengenalpasti
jenis –jenis stres, tanda –tanda dan gejala
stres dan punca- punca stres.
Rajah 2 : Proses pengajaran berpusatkan
pelajar
PENSYARAH
PELAJAR PELAJAR
Selain itu juga, modul ini
menerapkan kepada pelajar tentang
pengurusan masa yang baik.
Kecemerlangan seseorang individu di
dalam bidangnya mempunyai perkaitan
yang rapat dengan kebijaksanaannya
menguruskan masa dengan baik. Seorang
pelajar yang cemerlang akan bijak
menguruskan masa demi mencapai
kejayaan. Oleh itu, kaedah – kaedah
pengurusan masa diterapkan kepada
pelajar iaitu tentukan sasaran tugas dan
berikan keutamaan, rancangkan kerja
sebelum memulakan, lakukan kerja anda
mengikut kesesuain waktu yang produktif
dan jadualkan masa berhenti dan berehat.
Melalui pengajaran ini, pelajar akan
mengamalkan ilmu yang mereka perolehi
dengan merancang dan membuat satu
jadual waktu harian bagi memastikan
pengurusan masa dapat dilksanakan
dengan baik. Oleh itu, modul ini terbukti
mendorong pelajar untuk mempraktikan
ilmu yang mereka perolehi.
8.0 Tugasan pelajar
Sejajar dengan ini, pelajar
diberikan masalah dan perlu
menyelesaikan masalah tersebut. Antara
masalah yang diberikan adalah
berdasarkan sukatan modul yang
terdapat di dalam subjek pembangunan
diri 1 iaitu:
1) Tajuk : Pengurusan Masa
Masalah : Sebagai pelajar Kolej
Komuniti Temerloh,
bagaimanakah anda ingin
melahirkan pelajar datang awal
ke kelas?
Cara penyelesaian :
1) Mendefinisikan masalah
Mendefinisikan masalah
dengan menggunakan teknik
5w 1h iaitu What, Why, When,
Who, Where dan How.
Apakah punca masalah
tersebut?
Kenapa pelajar kolej
Komuniti Temerloh datang
lewat ke kelas?
Siapakah yang terlibat
dengan masalah tersebut?
Dimanakah pelajar selalu
menghadapi masalah
tersebut?
Bagaimanakah untuk
mengatasi masalah
tersebut?
2) Penerokaan
Mencari maklumat dari
pelbagai sumber dan menilai
maklumat yang diperolehi
3) Penyelesaian masalah
Mensintesis dan
mencadangkan penyelesaian
masalah
4) Refleksi
Menilai sama ada penyelesaian
itu adakah yang terbaik atau
adakah terdapat alternatif-
alternatif lain.
2) Tajuk : Kemahiran Belajar
Masalah : Mengapakah nota
pelajar tidak kemas?
Cara penyelesaian :
1) Mendefinisikan masalah
Apakah punca masalah
tersebut?
Kenapa pelajar kolej
Komuniti Temerloh
mempunyai nota yang tidak
kemas ?
Siapakah yang terlibat
dengan masalah tersebut?
Dimanakah pelajar selalu
menghadapi masalah
tersebut?
Bagaimanakah untuk
mengatasi masalah
tersebut?
2) Menyediakan rancangan
penyelesaian
Pelajar perlu didedahkan
dengan teknik mencatat nota.
Antara teknik mencatat nota
dengan baik ialah ;
Teknik Gambarajah
Pemetaan Minda
Carta Aliran Neumonik,
Akronim
Akrostik
3) Melaksanakan rancangan
Pelajar mengapllikasikan dua
kaedah mencatat nota iaitu:
Teknik Gambarajah
Pemetaan Minda
4) Refleksi
Menilai sama ada penyelesaian
itu adakah yang terbaik.
Adakah alternatif-alternatif
lain diperlukan.
3) Tajuk : Pengurusan Stres
Masalah : Mengapakah pelajar
Kolej Komuniti Temerloh
menghadapi tekanan?
Cara penyelesaian:
1) Mendefinisikan masalah
Apakah punca masalah
tekanan?
Kenapa pelajar kolej
Komuniti Temerloh
menghadapi tekanan?
Siapakah yang terlibat
dengan masalah tersebut?
Dimanakah pelajar selalu
menghadapi masalah
tersebut?
Bagaimanakah untuk
mengatasi masalah
tersebut?
2) Membuat keputusan
Di antara teknik pengurusan
stres ialah:
bersukan dan bersenam
belajar untuk berehat
komunikasi yang efektif,
sembahyang
berdoa
berbual untuk meluahkan
perasaan
3) Mengenalpasti penyelesaian
yang terbaik
Menilai sama ada
penyelesaian itu adakah
yang terbaik.
4) Melaksanakan keputusan
Melaksanakan keputusan yang
terbaik. Antaranya ialah :
belajar untuk berehat
komunikasi yang efektif,
sembahyang
berdoa
berbual untuk meluahkan
perasaan.
4) Tajuk : Motivasi
Masalah : Mengapakah terdapat
pelajar yang gagal dalam
pelajaran?
Cara penyelesaian:
1) Mengenalpasti Masalah
Mengenalpasti masalah dengan
menganalisis punca – punca.
Antara punca – puncanya ialah:
mempunyai tahap emosi
yang rendah
mempunyai masalah
keluarga.
merasa tekanan dengan
kehidupan yang dilaluinya.
tidak seronok apabila hadir
ke kelas
Pelajar tersebut merasa
tekanan.
gangguan daripada
persekitaran seperti bunyi
bising daripada television
dan ibu bapa yang
bergaduh.
2) Mensintesis dan
mencadangkan penyelesaian
masalah.
Antara jalan penyelesaian yang
boleh di ambil ialah :
mengadakan ceramah
motivasi dengan
memaparkan video – video
berkaitan dengan tokoh –
tokoh yang berjaya.
perbincangan antara ibu
bapa juga penting supaya
ibu bapa dapat memahami
kehendak anak- anak
dengan menyediakan
persekitaran yang selesa
dan selamat kepada anak –
anak untuk belajar.
ibu bapa perlu mengambil
berat tentang kebajikan
anak- anak dengan
menanyakan pelajar –
pelajar mengenai perkara
yang berlaku di sekolah.
3) Penilaian
Menilai sama ada penyelesaian itu
adakah yang terbaik dan adakah
terdapat alternatif-alternatif lain.
5) Tajuk : Matlamat jangka
panjang dan jangka pendek
Masalah : Mengapakah
terdapatnya pelajar yang
ketinggalan dalam pendidikan?
Cara penyelesaian:
1) Mendefinisikan masalah
dengan
Antara punca yang terjadi
adalah disebabakan oleh:
kurangnya kesedaran oleh
pelajar itu sendiri.
institusi keluarga kurang
memainkan peranan dalam
menguruskan anak- anak
terutamanya dalam bidang
pendidikan.
anak–anak hadir ke sekolah
tanpa ada tujuan, matlamat
dan perancangan dalam
hidupnya.
2) Penerokaan
Mencari maklumat dari
pelbagai sumber dan menilai
maklumat yang diperolehi.
3) Penyelesaian masalah
Mensintesis dan
mencadangkan penyelesaian
masalah dengan:
memberikan kesedaran
kepada pelajar yang
mundur tentang
kepentingan ilmu dan
kejayaan.
pelajar perlu mengisi hidup
mereka dengan susunan
jadual yang sistematik
4) Refleksi
Menilai sama ada penyelesaian
itu adakah yang terbaik atau
adakah terdapat alternatif-
alternatif lain
9.0 PENILAIAN PELAJAR
Pelajar akan dinilai berdasarkan hasil
tugasan yang telah disiapkan. Bagi
laporan projek PBL, kriteria penilaian
ialah:
a) Isi kandungan
b) Rekabentuk sistem
c) Analisis masalah
d) Perbincangan
e) Kesimpulan
f) Format dan susunan penulisan
Manakala kriteria penilaian
terhadap pembentangan berkumpulan
ialah dengan mengambil kira gaya
pembentangan dan isi kandungan
pembentangan.
Selain itu juga, di dalam kaedah
Pembelajaran Berasaskan Masalah,
pelajar masih digalakkan berjumpa
dengan pensyarah sekiranya ada masalah
berkaitan dengan tugasan yang diberi.
Perkara ini juga akan dinilai oleh
pensyarah. Semasa perjumpaan tersebut,
penilaian boleh dibuat dari segi:
a) Kekerapan perjumpaan
b) Mempunyai idea yang bernas (ahli
kumpulan yang aktif)
c) Berkebolehan berkomunikasi secara
efektif
d) Berkebolehan mengenalpasti
masalah/isu persekitaran
e) Berkebolehan bekerja dalam
kumpulan
Oleh itu, di dalam melaksanakan
kaedah Pembelajaran Bersaskan Masalah
(PBL), pelajar akan dinilai oleh pensyarah
berdasarkan criteria – criteria yang telah
dinyatakan di atas. Diharapkan agar
pelajar Kolej Komuniti Temerloh
khususnya dapat menggunakan kaedah
Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)
dengan sebaik mungkin di dalam modul
yang lain juga seperti modul perisian
aplikasi komputer, sains dan matematik
10.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, kaedah PBL
banyak menekankan dan
menitikberatkan cara pelajar
menganalisis masalah dan
menyelesaikannya. Kemahiran ini adalah
penting bagi melahirkan dan mendidik
bakal-bakal pemimpin yang
bertanggungjawab dan berkeyakinan
dalam menyelesaikan masalah dan
mampu untuk membuat keputusan yang
tepat dan adil. Secara amnya, kaedah PBL
boleh dijadikan salah satu pendekatan
dan latihan yang berkesan untuk
melahirkan pemimpin-pemimpin yang
mempunyai jati diri yang kuat,
berwawasan tinggi, mengamalkan cara
komunikasi yang betul, dan berkemahiran
membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah dengan tepat. Ciri-ciri tersebut
merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam
diri seseorang pemimpin yang disenangi
dan disukai oleh pengikut-pengikutnya.
Oleh hal yang demikian, orang-orang yang
dipimpin akan lebih menghormati dan
berasa selamat di bawah jagaannya.
Selain itu juga, peranan pensyarah
ke arah meningkatkan kualiti graduan
adalah sangat mencabar. Kemampuan
pelajar menggunakan ilmu yang dipelajari
adalah pengukur kepada keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran yang
dilakukan.Kaedah pengajaran dan
pembelajaran di dalam Modul
Pembangunan Diri 1 mampu memberi
kefahaman dan kebolehan kepada pelajar
mengenalpasti punca-punca pelajar
dating lewat ke kelas dan cara – cara
untuk mengatasinya.
Tambahan pula, dalam
menyelesaikan permasalahan yang diberi,
pelajar secara tidak langsung perlu
menyedari tugas, tanggungjawab
professional dan etika sebagai seorang
pelajar, juga boleh berkomunikasi dengan
yakin.
Tambahan pula, pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan dilihat
mampu mendorong dan melatih pelajar
berfikiran kritis, mendorong pelajar
bersikap aktif di dalam kelas dan boleh
bekerjasama dalam kumpulan.
Selain itu juga, cara pembelajaran
ini juga dapat meningkatkan kemahiran
berinteraksi dan berkomunikasi secara
lisan. Kemahiran berkomunikasi adalah
penting dan menjadi kriteria utama oleh
majikan-majikan untuk memilih pekerja.
Kesedaran mereka terhadap penjagaan
masa boleh ditingkatkan dengan
mengadakan aktiviti-aktiviti
pembelajaran seperti ini. Tidak dinafikan
ada juga segelintir pelajar yang sukar
untuk menerima cara pengajaran seperti
ini yang memerlukan perbincangan dan
perjumpaan dengan pensyarah.
Selain itu juga, melaui kaedah
pembelajaran berasaskan masalah ini
juga, pelajar tidak akan bergantung
kepada pensyarah secara
keseluruhannya. Mereka akan berdikari
dalam menyelesaikan masalah yang
diberikan. Secara tidak langsung, Kolej
Komuniti Temerloh bukan sahaja mampu
melahirkan pelajar yang berkemahiran
tetapi juga dapat melahirkan pelajar yang
berpandangan jauh dan dapat
mengaplikasikan ilmu yang ada di dalam
kehidupan seharian.
Selain itu juga, Pembelajaran
Berasaskan Masalah ini telah banyak
memberi peluang kepada pelajar untuk
berfikir dan memberi kebebasan kepada
pelajar untuk membuat keputusan.
Pelajar dapat mengembangkan ilmu yang
mereka perolehi dari modul
pembangunan diri ( SPA 106 ) untuk
menyelesaikan masalah sosial, politik,
teknologi dan sebagainya. Oleh itu,
Pembelajaran Berasaskan Masalah ini
amat penting dalam usaha untuk
melahirkan pelajar yang mampu
berhadapan dengan pelbagai situasi.
Sebagaimana yang diketahui, dunia pada
hari in adalah dunia yang penuh dengan
cabaran. Sekiranya kita tidak mampu
untuk melahirkan pelajar yang mampu
berhadapan dengan masalah tersebut,
negara kita akan ketinggalan dan pelajar
tersebut juga akan tertindas. Oleh itu,
Pembelajaran Berasaskan Masalah ini
amatlah penting untuk diterapakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di
kolej komuniti khususnya.
Secara kesimpulannya,
Pembelajaran Berasaskan Masalah dapat
melatih pelajar unruk berfikir dan
menyelesaikan masalah yang dihadapi .
Kita memberikan mereka kebebasan
kerana proses Pembelajaran Berasaskan
Masalah adalah berpusatkan kepada
pelajar. Ia berbeza dengan pendekatan
secara traditional seperti perenialisme
dan essnsialisme yang lebih kepada
berpusatkan kepada pensyarah. Ini
adalah bertujuan unttuk melahirkan
pelajar yang berani, berdaya saing dan
mampu untuk membuat keputusan demi
kejayaan diri sendiri dan negara serta
agama.
Selain itu juga, ilmu ini dapat
digunakan oleh para pelajar untuk
mengadakan perbincangan bersama-
sama mengenai isu–isu semasa yang
boleh diselesaikan dengan ilmu yang
telah dipelajari. Sebagai contoh, guru
memberi satu masalah kepada pelajar
untuk dibincang bersama bagi jalan
penyelesaiannya iaitu masalah buli di
Kolej Komuniti Temerloh. Berdasarkan
ilmu yang ada, pelajar dapat mengaitkan
perkara tersebut dengan perwatakan dan
sahsiah seseorang. Sekiranya seseorang
itu mempunyai perwatakan yang baik, isu
buli tidak akan berlaku di sekolah.
Secara keseluruhannya,
pengalaman menyelesaikan
permasalahan yang diberikan kepada
pelajar mampu melahirkan pelajar Kolej
Komuniti Temerloh yang berdikari,
bertanggungjawab, berfikiran secara
kreatif dan kritis serta berani. Selain itu,
Pembelajaran Berasaskan Masalah ini
telah menggalakan pelajar untuk
berusaha mencari jalan penyesaian jika
menghadapi sebarang masalah.
RUJUKAN
1. Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman. (
2003 ). Falsafah pendidikan dan
kurikulum. Tanjong Malim : Quantum
Books.
2. Barrows, H.S. & Tamblyn, R.M. (1980).
Problem-based learning : An approach
to medical education. New York :
Springer Publishing Company, Inc.
3. http://www.udel.edu/pbl/cte/spr9
6-bisc2.html
4. http://id.answers.yahoo.com/questio
n/index
5. KUiTTHO. (2005). “Problem-Based
Learning: 10 Disember 2004. Buletin
Pusat Pengajaran dan
Pembelajaran”.Vol 3. pg 5.
6. Nurul Aini K. Azhari. (2007).
Mengurus Diri dan Masa. Selangor :
PTS Millennia Sdn.Bhd.
7. Shahabudin Hashim, Dr. Rohizani
Yaakub & Mohd. Zohir Ahmad. ( 2005
). Pedagogi : Strategi dan Teknik
Mengajar dengan berkesan. Bentong :
PTS Publications Sdn.
8. Torrance, E.P. (1990). Thinking
creatively with words manual.
Benseville, IL : Scholastic Testing
Service, Inc.
Zaidi Hj. Fadzil & Abu Bakar Hj. Hashim. (
2002 ). Pengajian Am : Pembangunan Diri
1. Putrajaya : Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia.
Top Related