APLIKASI KONSEP HALAL DALAM PRODUK MAKANAN DAN MINUMAN
PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS) BUMIPUTERA DI JOHOR
BAHRU
ROSZILA BINTI SELAMAT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan
tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan
penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda ( PSM ).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL APLIKASI KONSEP HALAL DALAM PRODUK MAKANAN DAN
MINUMAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS)
BUMIPUTERA DI JOHOR BAHRU
SESI PENGAJIAN : 2011 / 2012
Saya ROSZILA BINTI SELAMAT
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah) ini disimpan di Perpustakaan
Kolej Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di
antara institusi pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( √ )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan
atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di
dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 )
(Mengandungi maklumat TERHAD yang
telah ditentukan oleh organisasi/badan di
mana penyelidikan dijalankan )
Disahkan oleh:
( TANDATANGAN PENULIS ) ( TANDATANGAN PENYELIA )
CIK SARIMAH ISMAIL
(Nama Penyelia)
Tarikh: 19 JANUARI 2012 Tarikh: 19 JANUARI 2012
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Alamat Tetap:
358, Felda Air Tawar 3, 81920 Kota
Tinggi Johor
√
TERHAD
TIDAK TERHAD
SULIT
i
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).”
Tandatangan : ....................................................
Nama Penyelia : CIK SARIMAH ISMAIL
Tarikh : 19 JANUARI 2012
ii
APLIKASI KONSEP HALAL DALAM PRODUK MAKANAN DAN MINUMAN
PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS) BUMIPUTERA DI JOHOR
BAHRU
ROSZILA BINTI SELAMAT
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana MudaTeknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
JANUARI, 2012
iii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :………………………..
Nama Penulis : ROSZILA BINTI SELAMAT
Tarikh : 19 JANUARI 2012
iv
DEDIKASI
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Selawat dan Salam atas Rasul Junjungan Nabi Muhammad S.A.W
Setinggi tinggi penghargaan kutujukan buat Ayahanda dan Bonda yang dikasihi
Selamat Bin Karim dan Khatijah Binti Garif
Terima kasih atas pengorbananmu
Restu dan doamu amat kuharapkan dalam menempuhi segala dugaan dan
cabaran yang mendatang
Buat Saudara-saudaraku yang dikasihi
Terima kasih atas dorongan
Semoga kita sekeluarga akan sentiasa dirahmati olehNya
Buat Cik Sarimah Ismail yang dikasihi
Terima kasih atas segala bimbingan, dorongan, semangat dan doa yang tidak
pernah putus
Doakan yang terbaik untuk anak didikmu ini
Buat teman-teman seperjuangan
Kenangan bersama kalian akan kekal di dalam
ingatan
AMIN
v
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Lagi Maha Penyayang
Bersyukur saya kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah saya
menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dalam tempoh yang ditetapkan. Terlebih dahulu
saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya En. Selamat
bin Karim dan Khatijah bt. Garif yang tidak pernah jemu memberi galakan, dorongan
dan semangat kepada saya dalam menempuhi segala dugaan dan cabaran yang datang.
Setinggi penghargaan juga ditujukan kepada penyelia projek ini iaitu Cik Sarimah bt.
Ismail di atas segala bimbingan, panduan, tunjuk ajar dan nasihat sepanjang tempoh saya
menyiapkan penyelidikan ini. Semoga segala ilmu yang dicurahkan tidak akan luput dari
ingatan.
Terima kasih juga dirakamkan kepada pihak Jabatan Agama Johor, SME Corp,
Jabatan Pertanian Negeri Johor dan Jabatan Perikanan Negeri Johor yang telah memberi
kerjasama yang terbaik sepanjang proses kajian projek ini dijalankan.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi
bantuan, dorongan dan pandangan yang membina disaat saya memerlukan. Jasa kalian
hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalasnya.
vi
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti aplikasi konsep halal dalam produk
makanan dan minuman Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bumiputera di Johor
Bahru. Terdapat empat objektif yang dikaji iaitu penggunaan bahan ramuan, penggunaan
peralatan, kaedah pemprosesan dan kebersihan. Kajian ini dijalankan secara deskriptif
dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian yang diedarkan
kepada 65 orang responden. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package
for The Social Sciences (SPSS) versi 16 dan dipersembahkan dalam bentuk jadual yang
mengandungi kekerapan dan peratusan. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi
instrumen kajian ini adalah 0.84. Hasil kajian mendapati usahawan PKS bumiputera di
Johor Bahru mengaplikasikan konsep halal dalam penghasilan produk makanan dan
minuman bagi tiga objektif yang dikaji iaitu penggunaan bahan ramuan, peralatan dan
kaedah pemprosesan. Walaubagaimanapun aspek amalan kebersihan yang diamalkan
oleh usahawan PKS bumiputera di Johor Bahru adalah pada tahap sederhana. Di akhir
laporan penyelidikan ini beberapa cadangan dikemukakan kepada pihak-pihak yang
berkaitan bagi tujuan penambahbaikkan.
vii
ABSTRACT
This research was conducted to identify the aplication of halal concept in Small and
Medium Enterprise (SME) for food and beverage bumiputera product at Johor Bahru.
There are four objectives that have been looking which includes ingredients, utensils,
processing methods and hygiene. This research was a descriptive with questionaire as a
research instrument that distribute to 65 respondents. Data were analyzed using
Statistical Package for The Social Sciences (SPSS) version 16 and presented in tables
which contain frequencies and percentages. The Cronbach Alpha value for this research
is 0.84. The results of this research shows that SMEs Entrepreneurs in Johor Bahru was
applied halal concept in food processing in terms of the use of ingredients, utensils and
processing methods in which the percentage is high. However, hygiene practice by
SMEs Entrepreneurs in Johor Bahru is moderate level. At the end of this research report
some of suggestions are presenting to relevant parties for the improvement.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA i
JUDUL ii
PENGAKUAN PENULIS iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii-xii
SENARAI JADUAL xiii-xiv
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1-2
1.2 Latar Belakang Masalah 3-7
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 8-9
ix
1.6 Kepentingan Kajian
1.6.1 Pihak berkuasa 10
1.6.2 Usahawan PKS 10
1.6.3 Pengguna 11
1.7 Skop Kajian 11
1.8 Batasan Kajian 12-13
1.9 Kerangka Konsep 14-16
1.10 Definisi Istilah
1.10.1 Aplikasi 17
1.10.2 Konsep 17
1.10.3 Halal 18
1.10.4 Aplikasi Konsep Halal 18
1.10.5 Produk Makanan dan Minuman 18
1.10.6 PKS 19
1.10.7 Hukum Syarak 19
1.10.8 Bahan Ramuan 19-20
1.10.9 Peralatan 20
1.10.10Kaedah Pemprosesan 20
1.10.11Kebersihan 21
1.10 Kesimpulan 21
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 22
2.2 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) 23-24
2.3 Industri Makanan Halal 24-27
2.4 Hukum Halal, Haram dan Syubhah 28-29
2.5 Konsep dan Kategori Makanan Halal, Haram dan Syubhah 29-30
2.6 Standard Pemprosesan Makanan Yang Berkaitan Dengan 30-31
x
Konsep Halal
2.7 Kepentingan Makanan Halal 31-33
2.8 Penentuan Status Halal Haram Dalam Makanan 33-34
2.9 Bahan Ramuan Makanan Yang Menepati Konsep Halal 35-39
2.10 Peralatan Memproses Makanan Yang Menepati Konsep Halal 39-42
2.11 Kaedah Pemprosesan Makanan Yang Menepati Konsep Halal 42-43
2.13 Kebersihan Yang Menepati Konsep Halal 44-46
2.13 Kesimpulan 46
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 47
3.2 Rekabentuk Kajian 48
3.3 Tempat Kajian 48
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 48-49
3.5 Prosedur Menjalankan Kajian 50-52
3.6 Instrumen Kajian
3.6.1 Bahagian A 53
3.6.2 Bahagian B 53-54
3.7 Kesahan Borang Soal Selidik 54-55
3.8 Kajian Rintis 55
3.9 Kebolehpercayaan Soal Selidik 56-57
3.10 Analisis Data 58-59
3.11 Kesimpulan 59
xi
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 60-61
4.2 Dapatan Analisis Data Bahagian A
4.2.1 Taburan Kekerapan Mengikut Jantina 61-62
4.2.2 Taburan Kekerapan Mengikut Umur 62
4.2.3 Taburan Kekerapan Mengikut Status 63
4.2.4 Taburan Kekerapan Mengikut Lokasi Premis 64
4.2.5 Taburan Kekerapan Mengikut Tempoh 65
Menjalankan Perniagaan
4.2.6 Taburan Kekerapan Mengikut Bilangan Pekerja 66
4.2.7 Taburan Kekerapan Mengikut Sebab Belum 67
Mendapat Pengiktirafan Sijil Halal
4.3 Dapatan Analisis Data Bahagian B
4.3.1 Adakah Usahawan PKS Bumiputera Di Johor 68-70
Bahru Menggunakan Bahan Ramuan Halal
Di Dalam Penghasilan Produk Makanan Dan
Minuman?
4.3.2 Adakah Usahawan PKS Bumiputera Di Johor 71-74
Bahru Menggunakan Peralatan Yang Halal
Di Dalam Penghasilan Produk Makanan Dan
Minuman?
4.3.3 Adakah Usahawan PKS Bumiputera Di Johor 75-77
Bahru Menjalankan Kaedah Pemprosesan Yang
Menepati Konsep Halal Di Dalam Penghasilan
Produk Makanan Dan Minuman?
4.3.4 Adakah Usahawan PKS Bumiputera Di Johor 78-81
Bahru Mengamalkan Kebersihan Yang Menepati
Konsep Halal Di Dalam Penghasilan Produk
Makanan Dan Minuman?
4.4 Ringkasan Dapatan Kajian 82
xii
4.5 Kesimpulan 82
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 83
5.2 Rumusan 84-85
5.3 Perbincangan
5.3.1 Latar Belakang Responden 86-87
5.3.2 Bahagian B
5.3.2.1 Penggunaan bahan yang menepati 87-89
konsep halal
5.3.2.2 Penggunaan peralatan yang menepati 89-90
konsep halal
5.3.2.3 Kaedah pemprosesan yang menepati 90-91
konsep halal
5.3.2.4 Kebersihan yang menepati 92-93
konsep halal
5.4 Cadangan
5.4.1 Pihak Berkuasa 94
5.4.2 Usahawan PKS 94-95
5.4.3 Pengguna Islam 95
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 95-96
5.6 Penutup 96
BIBLIOGRAFI 97-104
LAMPIRAN 105-117
xiii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK HALAMAN
1.1 Statistik Usahawan PKS di Malaysia Mengikut Kategori 5
Yang Telah Membuat Permohonan Sijil Halal Kepada
JAKIM 2010
1.2 Statistik Usahawan PKS Bumiputera di Negeri Johor 6
Yang Berdaftar Dengan SME CORP, Jabatan Perikanan
dan Jabatan Pertanian
1.3 Statistik Usahawan PKS Yang Berdaftar Dengan 6
SME CORP, Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan
Yang Telah Mendapat Sijil Pengesahan Halal Oleh Jabatan
Agama Johor 2011
2.1 Sumbangan Sub Sektor Pembuatan Utama PKS 24
Kepada Jumlah Pengeluaran PKS
2.2 Populasi Penduduk Islam Dunia 2010 25
2.3 Statistik Penduduk Malaysia Mengikut Negeri 2010 26
2.4 Statistik Penduduk Malaysia Mengikut Agama 27
3.1 Taburan Item Soal Selidik Bahagian A 53
3.2 Pecahan Item Bahagian B Berdasarkan Pembolehubah 54
Dalam Soalan Kajian
3.3 Pekali Alpha Cronbach 56
xiv
3.4 Keputusan Analisa Alpha Cronbach 57
3.5 Penentuan Tahap Min 58
4.1 Kekerapan Dan Peratusan Responden 61
Mengikut Jantina
4.2 Kekerapan Dan Peratusan Responden 62
Mengikut Umur
4.3 Kekerapan Dan Peratusan Responden 63
Mengikut Status
4.4 Kekerapan Dan Peratusan Responden 64
Mengikut Lokasi Premis
4.5 Kekerapan Dan Peratusan Responden 65
Mengikut Tempoh Menjalankan Perniagaan
4.6 Kekerapan Dan Peratusan Responden 66
Mengikut Bilangan Pekerja
4.7 Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Sebab 67
Belum Mendapat Pengiktirafan Sijil Halal
4.8 Kekerapan Dan Peratusan Penggunaan Bahan Ramuan 68-69
Yang Halal Dalam Penghasilan Produk Makanan Dan
Minuman
4.9 Kekerapan Dan Peratusan Penggunaan Peralatan Yang 71-72
Menepati Konsep Halal Dalam Penghasilan
Produk Makanan Dan Minuman
4.10 Kekerapan Dan Peratusan Kaedah Pemprosesan Yang 75-76
Halal Dalam Penghasilan Produk Makanan Dan Minuman
4.11 Kekerapan Dan Peratusan Kebersihan Yang Halal Dalam 78-80
Penghasilan Produk Makanan Dan Minuman
4.12 Ringkasan Dapatan Kajian 82
xv
SENARAI RAJAH
NO JADUAL TAJUK HALAMAN
1.1 Kerangka Konsep 14
3.1 Carta Alir Prosedur Menjalankan Kajian 50
xvi
SENARAI SINGKATAN
PKS - Perusahaan Kecil dan Sederhana
JAKIM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
JAIN - Jabatan Agama Islam Negeri
SME CORP - Small Medium Enterprise Corporation
MATRADE - Perbadanan Kemajuan Perdagangan Luar Malaysia
MOA - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
KDNK -Keluaran Dalam Negara Kasar
IPPH - Institut Penyelidikan Halal Malaysia
JAJ - Jabatan Agama Johor
MITI - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia
KKLW - Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah
NPC - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
GHP - Good Hygience Practice
GMP - Good Manufacturing Practices
HACCP - Hazard Analysis Critical Control Point
S.W.T - Subhanahu Wa Ta’ala
SPSS - Statistical Package For Social Science
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A BORANG SOAL SELIDIK 105-110
B SURAT MENDAPATKAN MAKLUMAT 111-113
C SURAT PENGESAHAN PAKAR BIDANG 114-117
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Mencari yang halal merupakan kewajipan bagi setiap muslim (Ahmad Adnan
Fadzil, 2009). Di Malaysia beberapa takrifan telah digunakan bagi menerangkan maksud
halal iaitu sesuatu yang dibenarkan dan tidak dilarang oleh Allah (Abdul Hamid Al-
Bilali) dan tindakan yang dibenarkan oleh undang-undang syariah dan pelakunya tidak
akan dikenakan hukuman (Standard Halal MS 1500:2004). Istilah ini lebih banyak
digunakan dalam perkara yang berkaitan dengan makanan dan minuman berbanding
pada pakaian dan kosmetik (Ahmad Adnan Fadzil, 2009).
Makanan halal dalam Standard Halal MS 1500:2004 iaitu dokumen yang
dijadikan rujukan dalam perkara-perkara berkaitan proses pensijilan halal adalah:
a) Makanan atau ramuan yang tidak mengandungi apa-apa bahagian haiwan yang
tidak halal dimakan oleh hukum syarak atau tidak disembelih mengikut hukum
syarak.
2
b) Makanan yang tidak mengandungi benda-benda yang dihukumkan najis oleh
syarak.
c) Makanan tersebut tidak disedia, diproses atau dikilangkan dengan menggunakan
peralatan yang tidak bebas daripada najis mengikut hukum syarak.
d) Makanan tersebut selamat untuk dimakan dan tidak memudaratkan.
e) Semasa menyedia, memproses dan menyimpan, makanan tidak bersentuhan atau
berdekatan makanan yang tidak memenuhi kehendak yang dinyatakan di atas
atau apa-apa yang dihukum sebagai najis oleh hukum syarak.
Konsep makanan halal bukan sahaja tertakluk kepada makanan yang bebas
daripada haiwan yang telah dijelaskan haram dalam Al-Quran tetapi juga meliputi cara
pengurusan makanan dan pemprosesannya yang terhindar daripada penggunaan bahan
ramuan yang tidak halal dan najis (Ainal Marhaton Abd Ghani, Harian Metro, 20
November, 2009), bersih, suci dan berkhasiat (Angelina Sinyang, Utusan Malaysia, 28
April, 2008). Pernyataan ini turut disokong oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang
(2006) yang menyatakan bahawa sifat semulajadi makanan, cara pemprosesan,
pengedaran dan punca sumber tersebut diperolehi hendaklah bertepatan dengan garis
panduan yang telah ditentukan oleh Islam iaitu :
a) Sumber bahan mentah dan ramuan mestilah dari sumber yang halal.
b) Binatang yang halal untuk dimakan mestilah disembelih mengikut hukum Islam.
c) Bahan ramuan halal tidak bercampur dengan bahan-bahan haram seperti unsur
khinzir dan anjing semasa menyimpan, mengangkut, memasak dan
menghidangkannya.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Konsep makanan halal bukan sahaja terbatas kepada bahan asas yang digunakan
dalam penghasilan produk tetapi juga merangkumi proses penyediaan, pemprosesan,
pembungkusan, penyimpanan dan pengangkutan yang melibatkan kebersihan dan
kesucian (Mohd. Saiful Mohd. Sahak, Utusan Malaysia, 17 Julai 2007).
Isu berkenaan halal dan haram dalam produk makanan tidak pernah surut
diperkatakan oleh masyarakat dari dahulu sehingga kini. Menurut Hayati Abdul Talib et
al. , (2008) keraguan tentang status kehalalan suatu makanan boleh berlaku dalam setiap
aspek bermula dengan penggunaan bahan ramuan, pemprosesan dan pengendalian
makanan sehingga menjadi produk siap yang boleh dimakan. Keadaan ini terjadi
disebabkan terdapat pengeluar yang menyelewengkan konsep halal dalam pembuatan
produk mereka.
Teknologi pembuatan produk makanan yang semakin moden seperti
penggunaan bahan tambah makanan bagi tujuan menambah kualiti pada makanan juga
telah menimbulkan keraguan dalam mendapatkan makanan yang benar-benar halal
khususnya kepada pengguna Muslim. Isu yang menyebabkan keraguan adalah berkaitan
dengan sumber asal bahan tersebut diperolehi sama ada daripada tumbuh-tumbuhan atau
haiwan seperti lemak, minyak dan enzim (Tuan Mohd Khairi Tuan Soh, 2011).
Kajian oleh Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia
mendapati 12 sampel surimi yang digunakan untuk mnghasilkan bebola ikan
mengandungi plasma darah haiwan yang tidak halal (Jami’ah Shukri, Berita Harian, 28
Disember 2009). Penggunaan usus khinzir juga dikesan dalam penghasilan sarung sosej
4
(Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Muhd Izawan Baharin, Berita Harian, 15 Mac
2005).
Pada tahun 2005 pula, Jawatankuasa Syariah Perak telah mengesahkan berus
buatan China dan Taiwan yang digunakan dalam pembuatan kek dan roti dihasilkan
daripada bulu binatang yang tidak halal dimakan (Rasheffa Abd Rashid, Berita Harian,
4 Mac, 2005).
Hasil serbuan penguatkuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ke atas
sebuah kilang yang telah mendapat pengiktirafan sijil halal mendapati kilang tersebut
telah menyimpan daging babi di dalam peti sejuk bersama-sama dengan makanan halal
seperti mee, kuetiau, bebola ikan dan kek ikan (Mohamad Jamilul Anbia, Utusan
Malaysia, 14 Jun, 2010).
Penemuan kilang memproses Tauhu yang terletak bersebelahan dengan kandang
anjing pula didapati tidak mematuhi konsep halal dari aspek kebersihan dengan keadaan
sekitar premis yang tidak teratur, bahan mentah dikerumuni lalat serta sistem pengaliran
tidak berfungsi dengan baik (Badrul Hizar Ab Jabar dan Mohd Zaini Ya’acob, Berita
Harian, 9 April, 2010). Lapan buah syarikat pengeluar air berbungkus pula telah
dibatalkan lesen perniagaan mereka kerana beroperasi di dalam premis yang kotor
(Rafidah Mat Ruzki, Berita Harian, 26 November, 2008). Pengabaian dalam kebersihan
yang mematuhi konsep halal telah menyebabkan status halal sesuatu produk makanan
tidak dapat ditentukan.
Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada
tahun 2010 menunjukkan bahawa 734 orang usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana
(PKS) di seluruh Malaysia yang mengeluarkan produk termasuk produk makanan dan
5
minuman telah membuat permohonan bagi mendapatkan pengiktirafan sijil halal.
Namun begitu, hanya 565 daripadanya telah diluluskan dan selebihnya masih dalam
proses atau ditolak (Ahmad Shahrul Nizam Muhammad, Metro Ahad, 27 Februari 2011)
(rujuk Jadual 1.1). Keadaan yang sama juga berlaku di negeri Johor yang mempunyai
seramai 932 orang usahawan yang berdaftar dengan SME CORP, Jabatan Pertanian dan
Jabatan Perikanan (rujuk Jadual 1.2). Daripada jumlah tersebut, 131 orang daripadanya
adalah dari kalangan usahawan Bumiputera daerah Johor Bahru. Walaubagaimanapun,
statistik yang dikeluarkan oleh JAKIM dan Jabatan Agama Johor (JAJ) pada 2011
menunjukkan hanya 31 orang daripada keseluruhan usahawan PKS Bumiputera tersebut
telah mendapat sijil pengiktirafan halal (rujuk Jadual 1.3).
Jadual 1.1 : Statistik Usahawan PKS Malaysia Mengikut Kategori Yang Telah
Memohon Sijil Halal JAKIM 2010.
Sumber : Metro Ahad (2011)
Kategori IKS
Permohonan Pengesahan Sijil Halal
Permohonan Diluluskan Dalam Proses Ditolak
Produk 734 565 17 152
Premis Makanan 87 44 3 40
Rumah
Sembelihan
9 8 1 0
Logistik 1 1 0 0
Jumlah 831 618 21 192
6
Jadual 1.2 : Statistik Usahawan PKS Bumiputera Negeri Johor Berdaftar Dengan SME
CORP, Jabatan Perikanan dan Jabatan Pertanian.
Daerah Bilangan Pengusaha PKS
SME CORP Jabatan Perikanan Jabatan Pertanian Jumlah
Johor Bahru 40 7 84 131
Kota Tinggi 2 5 60 67
Batu Pahat 16 7 100 123
Kluang 6 3 60 69
Mersing 3 25 93 121
Muar 11 10 107 128
Pontian 25 2 79 106
Segamat 5 - 90 95
Pasir
Gudang
2 2 10 14
Kulai 8 - 60 68
Jumlah 120 61 729 932
Sumber : Perbadanan Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana, Jabatan
Perikanan Negeri Johor dan Jabatan Pertanian Negeri Johor (2011)
Jadual 1.3: Statistik Usahawan PKS Berdaftar Dengan SME CORP, Jabatan Pertanian
dan Jabatan Perikanan Yang Telah Mendapat Pengesahan Sijil Halal JAKIM dan
Jabatan Agama Johor 2011.
Agensi Pengesahan Halal JAKIM Pengesahan Halal JAJ
SME CORP 20 8
Jabatan Pertanian - 1
Jabatan Perikanan - 2
Jumlah 20 11
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Jabatan Agama Johor (2011)
7
Kedua-dua keadaan di atas menunjukkan bahawa masih ramai usahawan PKS
yang tidak mendapat pengiktirafan sijil halal disebabkan beberapa faktor seperti gagal
mengaplikasikan konsep halal dalam penghasilan produk makanan dan minuman
mereka. Melihat kepada situasi tersebut ditambah dengan statistik yang menunjukkan
bahawa produk makanan dan minuman mencatatkan pengeluaran yang paling tinggi
dalam keseluruhan pengeluaran sektor pembuatan PKS dan penglibatan usahawan PKS
bukan Islam yang tinggi dalam mengeluarkan produk makanan yang boleh diragukan
kehalalannya, maka kajian ke atas aplikasi konsep halal dalam produk makanan dan
minuman PKS perlu dijalankan.
1.3 Pernyataan Masalah
Status halal sesuatu produk makanan boleh diragui melalui cara penghasilan
produk makanan dari awal pemprosesan sehingga terhasilnya produk akhir. Berdasarkan
kepada empat masalah utama yang telah dikenalpasti iaitu bahan ramuan yang
digunakan, peralatan yang digunakan, kaedah pemprosesan dan kebersihan maka satu
kajian berkaitan perlu dijalankan. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti sama ada
usahawan PKS bumiputera makanan dan minuman di Johor Bahru yang belum
mendapat sijil pengiktirafan halal mengaplikasikan konsep halal dalam penghasilan
produk mereka dari aspek bahan ramuan yang digunakan, peralatan yang digunakan,
kaedah pemprosesan dan kebersihan. Kajian ini dijalankan ke atas usahawan PKS
bumiputera di Johor Bahru yang mengeluarkan produk berasaskan makanan dan
minuman yang belum mendapat pengiktirafan sijil halal.
8
1.4 Objektif Kajian
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti :
a) Penggunaan bahan ramuan yang halal dalam penghasilan produk makanan dan
minuman dalam kalangan usahawan PKS bumiputera di Johor Bahru.
b) Penggunaan peralatan yang halal dalam penghasilan produk makanan dan
minuman dalam kalangan usahawan PKS bumiputera di Johor Bahru.
c) Kaedah pemprosesan yang halal dalam penghasilan produk makanan dan
minuman dalam kalangan usahawan PKS bumiputera di Johor Bahru.
d) Kebersihan yang halal dalam penghasilan produk makanan dan minuman dalam
kalangan usahawan PKS bumiputera di Johor Bahru.
1.5 Persoalan Kajian
Terdapat empat persoalan kajian yang akan menjawab pernyataan masalah yang telah
dinyatakan iaitu:
a) Adakah usahawan PKS bumiputera di Johor Bahru menggunakan bahan
ramuan yang halal dalam penghasilan produk makanan dan minuman?
9
b) Adakah usahawan PKS bumiputera di Johor Bahru menggunakan peralatan
yang halal dalam penghasilan produk makanan dan minuman?
c) Adakah usahawan PKS bumiputera di Johor Bahru menjalankan kaedah
pemprosesan yang halal dalam penghasilan produk makanan dan minuman?
d) Adakah usahawan PKS bumiputera di Johor Bahru mengamalkan kebersihan
yang halal dalam penghasilan produk makanan dan minuman?
Top Related