ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2017
PROGRAM MELAKA TANPA BEG PLASTIK DAN POLISTERIN DAN
PELAKSANAAN PRODUK BIODEGRADASI
NO. NAMA
1. Encik Mohd Hafizam bin Mustaffa
2. Puan Aeisha binti Md Sharip
3. Puan Siti Aishah binti Mihat
4 Mohd Arif bin Mhd Nasir
Tarikh: 07 Julai 2017
1
TAJUK INOVA
SI: PROGRAM MELAKA TANPA BEG PLASTIK DAN POLISTERIN DAN
PELAKSANAAN PRODUK BIODEGRADASI
1.0 PENGENALAN
1.1 PENERANGAN MENGENAI JABATAN
Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (dahulu dikenali sebagai Perbadanan
Hang Tuah Jaya) merupakan satu Badan Berkanun Negeri Melaka yang ditubuhkan
oleh Kerajaan Negeri Melaka selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 3 Akta
Pemerbadanan (Kewibawaan Badan Perundangan Negeri) 1952 (Akta 380).
Enakmen Perbadanan Hang Tuah Jaya 2005 telah diluluskan di dalam Persidangan
Dewan Undangan Negeri Melaka pada 29 Mac 2005 dan diwartakan pada 28 April
2005. Perbadanan Hang Tuah Jaya mula berkuatkuasa pada 1 Jun 2005 melalui
keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang pada 11 Mei 2005.
Perbadanan Hang Tuah Jaya telah ditukar nama dan fungsi melalui Enakmen
Perbadanan Hang Tuah Jaya (Pindaan) 2013 yang telah diluluskan di dalam
Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka pada 25 Oktober 2013 dan ianya
diwartakan pada 07 November 2013. Perbadanan Teknologi Hijau Melaka mula
berkuatkuasa secara rasmi pada 08 November 2013.
Ini bagi memudahkan PTHM menjadi agensi peneraju dalam pembangunan
teknologi hijau di Negeri Melaka. Objektif penubuhan PTHM adalah untuk
melaksanakan polisi dan dasar teknologi hijau seperti mana yang telah ditetapkan
oleh Majlis Teknologi Hijau Malaysia Melaka (Dipengerusikan oleh YAB Ketua
Menteri Melaka).
2
VISI
“Menjadi agensi peneraju dan pemangkin ke arah pertumbuhan sosio-ekonomi hijau
di peringkat negeri, Negara dan antarabangsa”
MISI
“Menjadikan Negeri Melaka sebagai hub pertumbuhan teknologi hijau di dalam
negara, serantau dan antarabangsa menjelang 2020”
Objektif:
1. Merancang dan melaksana dasar-dasar teknologi hijau negeri.
2. Meningkatkan pengetahuan, kesedaran serta komitmen masyarakat dalam
teknologi hijau secara meluas.
3. Merancang dan memantau inisiatif dan pembangunan teknologi hijau di
Negeri Melaka.
4. Mempelopori perniagaan dan pelaburan dalam teknologi hijau.
5. Menyediakan peluang dan prasarana untuk meningkatkan skil dan melahirkan
graduan-graduan teknologi hijau.
Fungsi Perbadanan Teknologi Hijau Melaka:
1. Menjadi sekreatariat Majlis Teknologi Hijau Negeri
2. Menyediakan Laporan Karbon Inventori Negeri
3. Memantau perlaksanaan inisiatif hijau berdasarkan indikator UEA, Indeks
Penanda Aras dan GCAP
4. Merancang serta menarik pelaburan hijau ke dalam negeri
5. Melaksana projek-projek pembangunan teknologi hijau
6. Menganjurkan kursus, seminar, latihan dan program kesedaran teknologi
hijau
7. Menyediakan modul dan melatih bakal-bakal graduan untuk industri hijau
3
Aktiviti-aktiviti Perbadanan Teknologi Hijau Melaka:
1. Merancang dan memantau pelaksanaan 21 Pelan Tindakan Hijau Negeri
Melaka berdasarkan 7 sektor utama (UEA) iaitu:
i Tenaga (Tenaga Boleh Baharu & Kecekapan Tenaga)
ii Pengurangan Sisa
iii Rekabentuk Bandar
iv Perbandaran Hijau
v Pengangkutan
vi Alam Sekitar
vii Pengurusan Air
2. Mengadakan kursus, seminar dan latihan kesedaran dan pembangunan
teknologi hijau.
3. Menjalankan projek-projek pembangunan teknologi hijau di Melaka seperti;
i -Projek Tenaga Boleh diperbaharui (Renewable Energy)
ii -Projek Kecekapan Tenaga (Energy Performing Contract)
iii -Projek Perumahan, Bangunan dan Bandar Hijau
iv -Projek Kajian Pengurusan Karbon (Carbon Inventory)
4. Merupakan Sekretariat kepada Majlis Teknologi Hijau Malaysia Melaka
5. Merupakan Sekretariat kepada United Nations-Urban Environmental Accords
Members Alliance (UEAMA) bagi Negeri Melaka
6. Merupakan Ahli International Council For Local Environmental Initiatives
(ICLEI).
4
Piagam pelanggan Program Melaka Tanpa Beg Plastik Dan Polisterin
1. Memberi perkhidmatan yang berkualiti, mesra dan segera.
2. Menyiasat dan mengambil tindakan setiap aduan yang diterima dalam
masa yang berpatutan dan munasabah.
3. Bersedia menyelesaikan masalah yang berkaitan
4. Menganjurkan mesyuarat dan bengkel, dan melaksanakan projek-
projek kesedaran yang memenuhi tujuan program.
5. Melaksanakan program-program yang dirancang dengan teliti dan
bertanggungjawab.
6. Menggunakan bahan-bahan pameran yang bersifat interaktif supaya
mudah difahami di setiap peringkat masyarakat bagi memupuk
kesedaran.
7. Memastikan program-program kesedaran dan latihan dapat
dilaksanakan dengan jayanya.
8. Membuka peluang kepada mana-mana badan, syarikat dan organisasi
untuk terlibat sama dalam program ini.
9. Sedia menerima sebarang pandangan demi memperkasakan program.
5
1.2 PENGENALAN MENGENAI INOVASI
Berkuatkuasa bermula 1 Januari 2016, Kerajaan Negeri Melaka telah
melaksanakan Program Melaka Tanpa Beg Plastik dan Polisterin secara
menyeluruh. Program ini adalah lanjutan dari kempen Hari Tanpa Beg Plastik pada
setiap hari sabtu di semua pasaraya seluruh negeri di Malaysia oleh Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Kerajaan Negeri Melaka melalui Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Melaka
(MMKN) telah meluluskan kertas cadangan Perbadanan Teknologi Hijau Melaka
supaya Program “Hari Tanpa Beg Plastik” di negeri Melaka ditambah secara
berperingkat sepertimana di jadual berikut:
Hari Tarikh Pelaksanaan Penglibatan
Jumaat & Sabtu 1 April 2014 Semua Pasaraya
Jumaat, Sabtu & Ahad 1 Januari 2015 Semua Pasaraya
Setiap Hari 1 Januari 2016 Seluruh Negeri Melaka
Negeri Melaka telah menambah satu lagi inisiatif hijau dengan meluluskan
kertas cadangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 25 Mac 2015
mengenai Cadangan Pelaksanaan Program Menghentikan Penggunaan Bekas
Polisterin di Seluruh Negeri Melaka. Program Melaka Tanpa Polisterin telah bermula
pada 1 September 2015 di seluruh Negeri Melaka.
Beberapa bengkel dan mesyuarat telah dijalankan bagi membincangkan
pelaksanaan program Melaka Tanpa Beg Plastik Dan Polisterin serta tugas dan
peranan jabatan yang terlibat dalam memastikan kejayaan program tersebut.
Bengkel dan mesyuarat yang diadakan melibatkan penyertaan daripada pasaraya,
penjaja, kedai runcit, pembekal barangan biodegradasi serta agensi kerajaan yang
terlibat.
Lanjutan daripada itu, Program Melaka Tanpa Beg Plastik dan Polisterin
dilaksanakan di seluruh Negeri Melaka berkuatkuasa 1 Januari 2016 pada setiap
hari. Sebagai alternatif, Kerajaan Negeri menggalakkan penggunaan secara meluas
6
beg kertas dan produk biodegradasi sebagai bahan pengganti kepada beg plastik
dan polisterin. Produk biodegradasi merupakan produk yang mudah kompos dan
mesra alam. Produk ini juga menggunakan sumber dari bahan yang boleh
diperbaharui seperti sumber dari tumbuhan seperti jagung, ubi kayu, tebu, kelapa
sawit dan sebagainya. Penggunaan produk biodegradasi ini boleh mengurangkan
jumlah sisa pelupusan sampah dan menjimatkan kawasan tapak pelupusan
Program Melaka Tanpa Beg Plastik Dan Polisterin ni bertujuan untuk memupuk
kesedaran kepada pengguna dari segenap usia akan bahaya penggunaan beg
plastik dan polisterin kepada manusia dan alam sekitar seiring dengan visi Melaka
Negeri Bandar Teknologi Hijau menjelang tahun 2020. Semua pihak perlu
bekerjasama memainkan peranan dalam memastikan kejayaan program tersebut.
Justeru itu, Kerajaan Negeri Melaka menyeru rakyat negeri untuk menyokong usaha
Kerajaan Negeri Melaka dalam meningkatkan kualiti alam sekitar kita.
7
1.2.1 TUJUAN INOVASI
1. Mengurangkan pencemaran alam sekitar
Dalam Blueprint Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau
(2011-2020), Kerajaan Negeri telah menetapkan salah satu initiatif Pelan Kitar
Semula dibawah sektor Pengurangan Sisa. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan
adalah menggalakkan kempen penguranggan penggunaan beg plastik. Selain itu,
„Zero Waste‟ juga merupakan salah satu indikator yang digunakan dalam Green City
Action Plan for Melaka (GCAP). Matlamat „zero Waste‟ adalah untuk menjadikan
negeri Melaka sebagai negeri bebas sisa dan mengurangkan pembebasan emisi
gas rumah hijau yang berpunca dari tapak pelupusan sampah. Kerajaan Negeri
Melaka juga merupakan negeri terawal yang menyokong Dasar Teknologi Hijau
Negara di mana salah satu sektor utama yang ditekankan adalah sektor air dan
pengurusan sisa.
Rakyat Malaysia dilaporkan menghasilkan 33,000 tan sisa pepejal dalam sehari
pada tahun 2012. Ini adalah bersamaan dengan 12 juta setahun. Manakala
penduduk Melaka menghasilkan 900 tan sisa pepejal sehari pada tahun 2013.
Daripada jumlah tersebut sebanyak 24 peratus terdiri dari sisa plastik.
Statistik menunjukkan sekurang-kurangnya 95% - 97% sisa pepejal di
Semenanjung Malaysia berakhir di tapak pelupusan. Hanya 3.5% yang diproses di
kilang kitar semula.
Beg plastik mengambil masa selama 400 hingga 1000 tahun untuk terurai.
Apabila plastik (seperti polyethylene) terurai, bahan toksik boleh meresap ke dalam
tanah dan menyebabkan pencemaran sumber air minuman.
Negeri Melaka sendiri mempunyai dua lokasi tapak pelupusan sisa pepejal iaitu
tapak pelupusan mukim Krubong yang telah beroperasi semenjak Februari 1993 dan
ditutup pada 2015. Lokasi tapak pelupusan kedua pula terletak di Sungai Udang
yang telah mula beroperasi pada 1 April 2015. Inisiatif ini bertujuan untuk
mengurangkan kadar sisa pepejal yang semakin meningkat saban tahun.
8
2. Mengurangkan penggunaan beg plastik dan polisterin
Kebergantungan orang ramai terhadap penggunaan beg plastik dan bekas
makanan polisterin dilihat sebagai satu keperluan yang wajib ada dalam kehidupan
seharian. Walaubagaimanapun, penggunaannya memberi lebih banyak kesan buruk
sekiranya ingin dibandingkan dengan penggunaan produk berasaskan bahan
organik. Beg plastik dan polisterin juga sering dikaitkan dalam isu pencemaran serta
boleh mengancam kualiti alam sekitar dan boleh menjejaskan kesihatan manusia.
Polisterin dan beg plastik diperbuat daripada bahan berasakan petroleum iaitu
styrene dan benzin yang merupakan bahan yang tidak dapat hancur dan reput tanpa
dikenakan tindakan kimia terhadapnya.
3. Mengggalakkan penggunaan produk biodegradasi sebagai alternatif
Menurut Jabatan Standard Malaysia, definisi plastik biodegradasi boleh kompos
sepertimana yang ditetapkan di MS 2073 : 2008 adalah
“Plastics that undergo degradation by biological processes during composting to
yield carbon dioxide, water, inorganic compounds, and biomass at a rate consistent
with other known compostable materials and leave no visible, distinguishable or toxic
residue.“
Plastik yang menjalani degradasi melalui proses biologi secara kompos untuk
menghasilkan karbon dioksida, air, bahan kumuh organik dan biomass pada kadar
yang konsisten dengan bahan kompos yang lain dan tidak meninggalkan kesan
nyata dan bertoksik.
Beg dan bekas makanan biodegradasi boleh kompos merupakan produk mesra
alam yang mudah kompos seawal masa tiga bulan dan mengalami biodegradasi
sepenuhnya dalam masa enam hingga satu tahun. Produk ini juga menggunakan
sumber dari bahan yang boleh diperbaharui seperti sumber dari tumbuhan seperti
jagung, ubi kayu, tebu, kelapa sawit dan sebagainya.
Polisterin pula adalah sejenis polimer boleh dibentuk secara termoplastik
daripada sumber monomer petroleum iaitu stirena. Dalam keadaan pepejal, ia tidak
berwarna dan pejal dan boleh bertukar dalam bentuk cecair apabila dipanaskan dan
9
boleh digunakan untuk dibentuk oleh mesin. Polisterina ini digunakan secara meluas
dalam industri makanan untuk pembungkusan makanan.
(Polystyrene) is a type of polymer with thermoplastik properties produced from
the petroleum-derived monomer, styrene. In solid form, it is a colourless and rigid
plastik, but it may also be returned to a liquid state by heating, and used again for
molding or extrusion.
Produk biodegradasi sebagai bahan pengganti kepada beg plastik dan
polisterin. Produk biodegradasi merupakan produk yang mudah kompos dan mesra
alam. Penggunaan produk biodegradasi ini boleh mengurangkan jumlah sisa
pelupusan sampah dan menjimatkan kawasan tapak pelupusan.
4. Menggalakkan dan mewujudkan budaya membawa beg sendiri
semasa membeli belah
Melalui pelaksanaan program ini, orang ramai digalakkan untuk membawa beg
sendiri ketika membeli belah dan menjadikannya sebagai budaya hidup hijau dalam
kehidupan seharian.
Amalan hijau ini perlulah diterapkan seawal yang boleh bermula dari peringkat
sekolah dimana para pelajar diberikan taklimat mengenai kebaikan penggunaan
produk biodegradasi dan keburukan penggunaan beg plastik dan polisterin.
Malaysia bukanlah merupakan negeri pertama yang melaksanakan program
yang melarang penggunaan beg plastik dan polisterin. Penggunaan beg
biodegradasi dan beg kertas sebagai contoh telah dilaksanakan di negara luar
seperti Itali, German dan juga Amerika Syarikat.
10
1.2.2 OBJEKTIF INOVASI
Menangani cabaran sosial melibatkan 4 kumpulan sasar seperti berikut:
1. Pengguna
Kesedaran dan pengetahuan mengenai program ini perlu dipupuk seawal
mungkin terutamanya kepada golongan pelajar sekolah. Golongan ini telah diberikan
pendedahan tentang risiko penggunaan beg plastik. Melalui pendedahan awal ini,
kita dapat mendidik jiwa mereka dan menggalakkan amalan membawa beg atau
bakul sendiri ketika membeli-belah sebagai satu budaya, sepertimana ketika
penggunaan beg plastik belum lagi popular seperti sekarang.
Tempoh mereput yang lama bagi beg plastik dan polisterin memberi impak buruk
kepada alam sekitar. Penggunaan beg plastic memberi kesan dimana lebih 70
peratus daripada bahan buangan di tapak pelupusan sampah adalah bahan
daripada plastik. Secara logiknya, sekiranya penggunaan bahan berasaskan plastik
seperti beg plastik dapat dikurangkan sekaligus dapat mengurangkan bahan
buangan di tapak pelupusan sampah itu sendiri.
Antara cabaran utama bagi para pengguna di Negeri Melaka terhadap program
ini adalah untuk mengubah pemikiran dan sikap masyarakat yang sudah sebati
dalam menggunakan beg plastik dalam kehidupan harian. Di peringkat global,
amalan membungkus barangan dengan beg plastik sudah menjadi lazim dalam
kalangan masyarakat bertahun-tahun lamanya kerana kos penghasilan yang mudah
dan murah. Namun begitu, sikap masyarakat yang mengambil ringan ketika
melupuskan bahan ini telah menyumbang kepada pelbagai masalah pencemaran
kerana plastik dihasilkan daripada pelbagai bahan kimia yang kebanyakannya
bertoksik. Antara bahan yang digunakan dalam penghasilan beg plastik adalah
xylene, ethylene oxide dan benzene. Beg plastik konvensional juga memerlukan
jangka masa antara 400 hingga 1000 tahun untuk mereput sepenuhnya.
Oleh itu, usaha ini dapat dilihat bukan untuk membebankan rakyat tetapi untuk
meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat serta membantu mengurangkan
pencemaran melibatkan penggunaan plastik seterusnya mengekalkan kehijauan
persekitaran yang kita ada sekarang. Sehubungan dengan itu, masyarakat diseru
11
untuk menyokong inisiatif kerajaan ini bagi memastikan program ini mendapat
tempat di hati masyarakat seterusnya dipraktikkan dalam jangka masa yang panjang
kerana usaha memelihara dan memulihara alam sekitar merupakan tanggungjawab
bersama daripada semua pihak bagi menjamin kelestarian bumi sebelum
mewariskannya kepada generasi yang akan datang. Budaya membawa beg kitar
semula atau beg sendiri juga perlu dihidupkan semula agar dapat menjadi pilihan
utama para pengguna, bukan sebagai alternatif sahaja sekaligus melestarikan lagi
kualiti alam sekitar dan kehidupan segenap masyarakat.
2. Pembekal dan Pengilang
Sebelum Kerajaan Negeri melaksanakan polisi Melaka Tanpa Beg Plastik dan
Polisterin, beberapa sesi bengkel, mesyuarat dan taklimat telah dijalankan untuk
memberi penerangan dan menggalakkan pengilang-pengilang di Melaka
terutamanya dan seluruh Malaysia khasnya, untuk beralih kepada produk
biodegradasi untuk dipasarkan di Melaka. Tempoh selama 2 tahun telah diberikan
kepada mereka untuk membuat perubahan dan persiapan sebelum Kerajaan Negeri
memulakan penguatkuasaan Program Melaka Tanpa Beg Plastik dan Polisterin.
Kerajaan tidak berniat untuk menghentikan operasi penghasilan beg plastik, namun
sebaliknya menukarkan ia kepada produk yang lebih mesra alam.
Oleh sebab itu, Perbadanan Teknologi Hijau Melaka telah pun mengenalpasti 13
pembekal utama produk biodegradasi di dalam dan luar Melaka yang berupaya
membekalkan bekas makanan dan beg biodegradasi.
12
3. Peniaga
Kerajaan Negeri telah memberikan pelbagai hebahan, maklumat dan peluang
yang cukup lama kepada para peniaga berkenaan program Melaka Tanpa Beg
Plastik dan Polisterin untuk bersedia dengan amalan hijau yang cuba diterapkan
dalam kalangan rakyat Melaka sejak lebih dua tahun lepas.
Bermula 1 Jun 2016, pemantauan lebih ketat setiap hari selain menarik balik
lesen perniagaan pasar raya dan peniaga di negeri ini yang gagal menyediakan beg
biodegradasi atau beg kertas kepada pelanggan, akan dilakukan oleh Kerajaan
Negeri Melaka. Kompaun maksimum RM250.00 akan dikenakan terhadap peniaga
yang gagal mematuhi penguatkuasaan berkenaan selepas notis peringatan
diberikan pihak berkuasa terlibat.
Selain itu, Kerajaan Negeri Melaka juga mengambil langkah proaktif terhadap
masalah yang dihadapi peniaga iaitu mereka tidak langsung mempunyai alternatif
lain bagi menggantikan beg plastik untuk membungkus barangan atau makanan
yang dijual dengan produk biodegradasi dengan membekalkan bekas makanan dan
beg biodegradasi kepada peniaga di seluruh negeri Melaka. Orang ramai yang
berdepan dengan keengganan peniaga menyediakan beg biodegradasi atau beg
kertas kepada mereka boleh membuat aduan kepada Pihak Berkuasa Tempatan di
negeri ini dan Perbadanan Teknologi Hijau Melaka.
4. Pemimpin Masyarakat
Penjagaan dan pemeliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama.
Sesebuah kerajaan yang bertanggungjawab perlu memikirkan dasar dan undang-
undang bagi memastikan masalah alam sekitar seperti pencemaran, jerebu,
pembakaran terbuka dan lain-lain dapat ditangani. Fenomena pemanasan global
merupakan antara kesan negatif untama yang dihadapi negara-negara sekarang
dan ia wajar dibaik pulihkan. Isu ini sudah lama dibincangkan secara serius di
negeri-negeri maju seperti di Eropah, Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan dan
sebagainya. Usaha yang bersepadu dan konsisten wajar dilaksanakan daripada
mengurangkan penggunaan beg plastik dan polisterin untuk mengatasi masalah
pengurusan sisa sampah.
13
Seperti di Melaka, pelaksanaan teknologi hijau diyakini boleh mengatasi masalah
kemusnahan alam sekitar dan sumber asli, meningkatkan tahap kesihatan dan
kehidupan, memelihara ekosistem, serta bebanan kos kepada kerajaan dalam
usaha menangani kesan negatif daripada pembangunan dan berperanan sebagai
alternatif bagi meningkatkan ekonomi negara tanpa menjejaskan alam sekitar.
Pemimpin masyarakat perlulah mengambil langkah bersama dengan pelbagai
pihak yang berkaitan dalam menjalankan promosi dan kesedaran awam yang
merupakan dua tunjang utama dalam mempengaruhi kejayaan pembangunan
teknologi hijau. Hal ini penting kerana perkara tersebut memerlukan perubahan
pemikiran masyarakat melalui pelbagai pendekatan termasuklah:
i. Melibatkan media, pertubuhan bukan kerajaan dan pihak berkepentingan
yang efektif untuk mempromosikan teknologi hijau.
ii. Program melatih semula dan skim pelapis untuk meningkatkan kemahiran
sumber manusia yang separa terlatih bagi memenuhi keperluan industri
teknologi hijau.
iii. Memupuk budaya menghayati teknologi hijau dalam kalangan pelajar
pada setiap peringkat melalui pembangunan sistem sukatan pelajaran
yang efektif.
iv. Program demonstrasi secara efektif dalam aplikasi teknologi hijau.
v. Menerima pakai teknologi hijau dalam semua kemudahan kerajaan dan
entiti yang berhubung dengan kerajaan.
14
1.2.3 PROSES PELAKSANAAN INOVASI
Out-source
Sejak 2011, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kepenggunaan
(KPDNKK) telah melancarkan Hari Tanpa Beg Plastik setiap hari Sabtu dimana beg
plastik tidak lagi dibekalkan secara percuma kepada pengguna di semua pasar raya
besar, pasar raya, kedai serbaneka dan premis perniagaan terpilih di seluruh
negara.
Setelah 4 tahun program ini dilaksanakan, Kerajaan Negeri telah menambah
Hari Tanpa Beg Plastik daripada satu hari setiap Sabtu sedia ada kepada 2 hari iaitu
pada setiap Jumaat dan Sabtu mulai 1 April 2014.
Seterusnya, Kerajaan Negeri telah menambah satu lagi hari tanpa beg plastik
dari 2 hari ke 3 hari iaitu pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad mulai 1 Januari 2015.
Kerajaan Negeri juga telah menetapkan mulai 1 September 2015 seluruh
pasar raya tidak dibenarkan membuat kutipan RM 0.20 sen daripada para
pelanggan dan melarang membekalkan beg plastik pada hari tanpa beg plastik.
Arahan ini terpaksa dilaksanakan kerana pihak pasar raya gagal
membekalkan beg biodegradasi atau beg kertas sebagai pembungkus alternatif
kepada para pelanggan walaupun caj sebanyak RM 0.20 sen telah dikenakan.
Mulai 1 Januari 2016 Kerajaan Negeri telah berjaya melaksanakan
sepenuhnya kempen tanpa beg plastik setiap hari.
Oleh itu, sebagai alternatif orang ramai diggalakkan membawa beg sendiri
ketika membeli belah. Manakala pihak peniaga pula adalah diminta menyediakan
kelonsong kertas ataupun beg biodegradasi sebagai gantian kepada beg plastik dan
menggunakan bekas makanan biodegradasi bagi menggantikan polisterin.
15
1.2.4 TEMPOH PELAKSANAAN
Rentetan dari “Hari Tanpa Beg Plastik” yang telah dilancarkan oleh KPDNKK
pada 1 Januari 2011, Kerajaan Negeri Melaka telah melaksanakan Program Melaka
Tanpa Beg Plastik Dan Polisterin. Program ini telah dilaksanakan secara
berperingkat bermula dari 1 April 2014 pada hari Jumaat dan Sabtu di semua
pasaraya di negeri Melaka. Pihak pasaraya telah diberikan notis dan surat
berkenaan Program Melaka Tanpa Beg Plastik dan Polisterin.
Selain itu, pihak pasaraya juga telah dipanggil untuk diberikan taklimat dan
penerangan berkenaan Program Melaka Tanpa Beg Plastik dan Polisterin yang akan
dilaksanakan. Antara pasaraya yang terlibat dalam program ini adalah Mydin, Giant
dan juga Tesco.
Pada 1 Januari 2015, program ini kemudian dilanjutkan kepada tiga hari iaitu
pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Pelaksanaan ini juga hanya melibatkan
pasaraya yang ada di Negeri Melaka. Bermula 1 Januari 2016, program ini
kemudiannya telah dilaksanakan secara menyeluruh di negeri Melaka pada setiap
hari.
Sebagai alternatif, pasaraya digalakkan membekalkan pembungkus daripada
bahan biodegradasi seperti, beg kertas, kotak, beg biodegradasi atau sebagainya.
16
1.2.5 PERINGKAT PELAKSANAAN
1. Kajian
Tapak pelupusan sampah di Malaysia terutamanya di Melaka perlu
penambahbaikan, perlu ada langkah alternatif untuk menguruskan sisa pepejal
terutamanya plastik. Tapak pelupusan sampah di Krubong Melaka telah ditutup dari
beroperasi dan tapak pelupusan baru telah dibuka di kawasan Sg. Udang bagi
menampung sisa yang dihasilkan di seluruh Melaka. Berapa banyak tapak
pelupusan yang perlu kerajaan buka untuk menangani masalah ini? Beg plastik dan
polisterin sering dikaitkan dengan isu pencemaran dan penggunaannya boleh
mengancam kualiti alam sekitar dan boleh menjejaskan kesihatan manusia.
Mengurangkan penggunaan polisterin dan beg plastik dikira dapat mengurangkan
kadar pencemaran yang memberi kesan terhadap alam sekitar secara jangka
pendek seperti meninggalkan pemandangan kurang enak jika dibuang merata-rata
tempat. Kesan jangka panjang pula merujuk kepada isu-isu memusnahkan hidupan
akuatik jika dibuang ke dalam laut serta isu saliran tersumbat dan sebagainya.
Produk biodegradasi atau beg kelongsong kertas merupakan produk gantian
yang lebih mesra alam dan mudah terurai. Ia boleh terurai dalam masa yang lebih
singkat dan secara tidak langsung dapat memanjangkan tempoh hayat tapak
pelupusan itu sendiri.
2. Cadangan
Tindakan agresif Kerajaan Negeri dalam menghentikan penggunaan beg plastik
dan polisterina adalah bersesuaian dan tepat. Ini kerana mengharapkan masyarakat
melakukan perubahan dan anjakan paradigma dalam mengubah gaya hidup bagi
memastikan alam sekitar terpelihara adalah amat sukar kerana ia telah menjadi satu
tabiat.
Seperti kebanyakkan negara maju dan membangun yang lain mereka telah lama
mengamalkan dan mempraktikkan penggunaan beg kelongsong kertas dan beg
biodegradasi. Pertubuhan alam sekitar antarabangsa, Carlifornians Against Waste
misalnya telah mengklasifikasikan polisterin ini sebagai ancaman masa depan yang
17
mampu mewujudkan revolusi hijau yang menggangu gugat elemen pembangunan
mampan.
Selain itu, menurut kajian yang dijalankan oleh Institute for Energy and
Environmental Research (IEER) pada tahun 1992, polisterin yang dihasilkan
menggunakan HCFC-22 berkeupayaan mengancam persekitaran 3 hingga 5 kali
lebih tinggi berbanding bahan-bahan yang lain.
Manakala Foundation for Advancements In Science and Education (FASE)
menyatakan bahawa, styrene, iaitu komponen utama dalam polisterina berpotensi
untuk meresap dan bercampur dengan makanan panas yang dimasukkan ke dalam
bekas polisterina. Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat
menyenaraikan polisterin sebagai bahan buangan yang kelima paling bahaya bagi
persekitaran serta mengancam sumber semulajadi.
Hasil daripada perkongsian idea dan kajian dari negara luar inilah yang
membawa kepada tercetusnya idea penggunaan produk biodgradasi dan beg
kelongsong kertas bagi menggantikan beg plastik dan bekas makanan polisterina.
3. Pengekalan
Antara objektif utama pelaksanaan Program Melaka Tanpa Beg Plastik dan
Polisterin ini adalah untuk menggalakkan dan mewujudkan budaya membawa beg
sendiri ketika membeli belah. Justeru itu, dengan pelaksanaan program ini diharap
dapat mengubah cara hidup rakyat negeri Melaka.
Program Melaka Tanpa Beg Plastik dan Polisterin ini telah mendapat sokongan
daripada pemimpin teratas Kerajaan Negeri iaitu Ketua Menteri Melaka. Pelbagai
cara telah dilakukan untuk mempromosikkan Program Melaka Tanpa Beg Plastik
dan Polisterin ini.
4. Pengkomersilan
Pelaksanaan Program Melaka Tanpa Beg Plastik dan Polisterin ini telah
memperkenalkan produk biodegradasi sebagai ganti kepada beg plastik
konvensional dan polisterin. Program ini telah membuka peluang kepada pengilang
dan pembekal beg plastik dan polisterin khususnya untuk menceburi bidang baru
18
iaitu produk biodegradasi yang digunakan sebagai ganti kepada beg plastik
konvensional dan bekas makanan polisterin. Penggunaan produk biodegradasi
sebagai ganti kepada beg plastik konvensional dan polisterin ini adalah sesuai
dengan objektif utama pelaksanaan program ini iaitu untuk mengurangkan
pencemaran alam sekitar, mengurangkan penggunaan beg plastik dan polisterin
serta menggalakkan penggunaan produk biodegradasi sebagai alternatif.
5. Perubahan teratur
Diperingkat awal pelaksanaan program inovasi ini Kerajaan Negeri telah
bersetuju untuk melaksanakannya secara berperingkat dan menggunapakai
penetapan Standart ASTM 6400 & EN 13432 bagi setiap produk biodegradasi yang
ingin dipasarkan di Melaka. ini kerana penggunaan produk biodegradasi di Melaka
masih baru dan pengetahuan mengenainya sangat minimal. Pelaksanaan ini
dijalankan seiring dengan program kesedaran kepada masyarakat supaya lebih
bersedia dengan perubahan yang akan berlaku. Wawaran, taklimat, bengkel,
pameran, siaran radio dan sebagainya telah dibuat bagi memastikan maklumat
sampai kepada semua pelusuk masyarakat.
Bagi mengelakkan kekeliruan masyarakat terhadap jenis produk biodegradasi
yang dibenarkan, Kerajaan Negeri memutuskan untuk menggunapakai penetapan
standart ASTM 6400 & EN13432 seperti justifikasi berikut:
ASTM 6400
This specification covers plastics and products made from plastics that are
designed to be composted in municipal and industrial aerobic composting facilities.
The properties in this specification are those required to determine if plastics and
products made from plastics will compost satisfactorily, including biodegrading at a
rate comparable to known compostable materials. The purpose of this specification
is to establish standards for identifying products and materials that will compost
satisfactorily in commercial and municipal composting facilities.
19
EN 13432
Requirements for packaging recoverable through composting and
biodegradation - Test scheme and evaluation criteria for the final acceptance of
packaging - This European Standard specifies requirements and procedures to
determine the compostability and anaerobic treatability of packaging and packaging
materials by addressing four characteristics:
1) biodegradability;
2) disintegration during biological treatment;
3) effect on the biological treatment process;
4) effect on the quality of the resulting compost. In case of a
packaging formed by different components, some of which are
compostable and some other not, the packaging itself, as a
whole is not compostable.
Penambahbaikan dibuat melalui perbincangan bersama pihak Sirim Berhad
untuk menggunapakai penetapan standart SIRIM ECO LABLE 001 bagi beg
biodegradasi dan SIRIM ECO LABLE 009 untuk bekas makanan mesra alam
(tableware). Ini dilaksanakan bagi mengatasi lambakan produk yang sebelum ini
tidak menepati syarat biodegradasi dan memudahkan pihak penguatkuasa membuat
pemantauan.
20
1.2.6 KAEDAH PENCETUSAN IDEA
Pengurusan atasan
Keputusan adalah dibuat hasil dari mesyuarat Majlis Teknologi Hijau Negeri
Melaka dan seterusnya dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk
diluluskan pelaksanaannya. Pada 1 Januari 2016, Program Melaka Tanpa Beg
Plastik dan Polisterin telah dilancarkan dan dilaksanakan secara menyeluruh di
Negeri Melaka.
21
1.2.7 ELEMEN KOLABORASI
1. Kerjasama dengan MIGHT dan SIRIM
Perbadanan Teknologi Hijau Melaka telah menjalinkan kerjasama dengan
Malaysia Industry-Government of High Technology (MIGHT) dan Scientific and
Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM) untuk menetapkan standard
kepada produk biodegradasi. Standard ini adalah standard yang digunapakai di
seluruh negeri di Malaysia dan pengeluar atau pengilang produk biodegradasi perlu
mengikut standard yang telah ditetapkan ini.
2. Kerjasama dengan pembekal
Pihak pembekal telah diberi makluman dan penerangan berkenaan pelaksanaan
program ini melalui edaran surat, sesi taklimat dan juga bengkel. Pihak pembekal
beg plastik dan polisterin di seluruh Negeri Melaka juga telah diberikan tempoh
sehingga 31 Disember 2016 untuk membekalkan beg plastik dan bekas makanan
mengikut piawaian yang telah ditetapkan.
Pihak Perbadanan Teknologi Hijau Melaka dan Perbadanan Bioteknologi Melaka
memperkenalkan produk mesra alam yang lebih selamat berbanding polisterin
seperti produk biodegradasi yang diperbuat daripada hampas tebu, jagung, kertas
dan sebagainya kepada pengguna dan pasaraya melalui taklimat kesedaran dan
pameran.
Pihak Perbadanan Bioteknologi melaka telah diarahkan untuk menyelaras dalam
mengedarkan produk biodegrasi untuk memudahkan orang ramai, para peniaga dan
jabatan kerajaan mendapatkan stok dan menjalankan promosi kesedaran mengenai
22
penggunaan produk biodegrasi kepada masyarakat. Para pembekal lain juga
dibenarkan membekalkan produk biodegradasi untuk memberikan kelebihan kepada
pengguna dan mengelakkan manipulasi harga oleh pihak pembekal.
Hasil dari kerjasama antara Perbadanan Teknologi Hijau Melaka dan SIRIM, satu
standard khas telah dikeluarkan. Justeru, semua pembekal beg plastik dan polisterin
di Melaka perlu mendapatkan kelulusan dari SIRIM untuk setiap produk mereka.
3. Kerjasama dengan premis perniagaan untuk menjayakan program
Premis perniagaan dan pasaraya di seluruh negeri Melaka telah dimaklumkan
mengenai pelaksanaan Program Melaka Tanpa Beg Plastik dan Polisterin melalui
edaran surat serta taklimat dan bengkel. Pihak pasaraya hanya dibenarkan untuk
membekalkan kelongsong kertas atau beg plastik jenis biodegradasi kepada
pelanggan mereka. Tindakan akan diambil sekiranya premis perniagaan atau
pasraya gagal mengambil langkah tersebut dan akan dikenakan kompaun.
Selain itu, pihak Perbadanan Teknologi Hijau Melaka juga telah mengedarkan
pelekat berkenaan Program Melaka Tanapa Beg Plastik dan Polisterin untuk
ditampal di premis perniagaan mereka sabgai salah satu cara wawaran atau
peringatan kepada pelanggan. Pihak Perbadanan Teknologi Hijau juga telah
mengedarkan banner gergasi bersaiz 10x20 ft untuk dipamerkan di premis
perniagaan mereka.
23
1.2.8 KATEGORI INOVASI
Inovasi sosial
Sebelum pelaksanaan Program Melaka Tanpa beg Plastik dan polisterin,
pengguna dan pasaraya serta premis perniagaan menggunakan beg plastik
konvensional di premis perniagaan mereka. Kedai-kedai makan pula menggunakan
bekas makanan polisterin untuk membungkus makanan.
Setelah pelaksanaan program ini, kualiti kehidupan seharian rakyat Melaka
dapat ditingkatkan dengan penggunaan produk biodegradasi. Produk biodegradasi
ini jelas lebih mesra alam berbanding dengan beg plastik dan bekas polisterin.
1.2.9 INDIKATOR/CIRI-CIRI UTAMA INOVASI
1. Memberi impak ketara kepada pelanggan
Penggunaan produk biodegradasi
Para pelanggan di negeri Melaka sememangnya beruntung kerana Kerajaan
Negeri telah menggalakkan penggunaan secara meluas produk biodegradasi seperti
beg kertas, kotak, dan beg biodegradasi sebagai salah satu alternatif untuk
menggantikan beg plastik dan polisterin dalam program ini. Antara manfaat yang
boleh dinikmati para pelanggan adalah pengurangan masalah dan risiko bahaya
terhasil daripada beg plastik dan polisterin yang melanda masyarakat kerana ianya
selari dengan pengurangan bilangan beg plastik dan polisterin yang dibuang setiap
hari.
Beg plastik konvensional dan polisterin mengambil masa yang sangat lama untuk
terurai dan tidak dapat lupus dengan sendirinya. Hal ini menyumbang kepada
peningkatan jumlah sisa buangan di tempat pengumpulan sampah dan kemudian
menjejaskan kadar udara segar di dalam persekitaran dan kesihatan masyarakat.
Oleh itu, Program Melaka Tanpa Beg Plastik dan Polisterin adalah suatu langkah
proaktif bagi menghentikan penggunaan dan bilangan beg plastik konvensional
polisterin di negeri Melaka. Usaha ini tidak boleh dilakukan secara berseorangan,
sebaliknya semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam
menyedarkan bahaya penggunaan plastik konvensional dan polisterin.
24
Pengguna membawa beg sendiri ketika membeli-belah
Budaya membawa beg sendiri ketika membeli-belah masih asing dalam
kalangan pengguna di Malaysia pada masa kini dan keadaan ini sangat berbeza
dengan beberapa negara di benua Eropah yang telah menetapkan peraturan seperti
mewajibkan pengguna membawa beg sendiri yang digelar beg hijau sebagai ganti
beg plastik ketika membeli-belah. Budaya penggunaan beg hijau secara meluas di
negara-negara ini telah berjaya mengurangkan pencemaran alam sekitar yang
melibatkan beg plastik sehingga 30 peratus di negara-negara terbabit.
Antara manfaat budaya membawa beg sendiri ini adalah masyarakat boleh
mengurangkan sampah beg plastik dan polisterin di dalam rumah kerana biasanya
mereka tidak akan digunakan semula. Selain itu, membungkus makanan dalam beg
yang kita bawa sendiri lebih terjamin dari aspek kebersihan kerana kita sendiri yang
mencuci beg tersebut, malah masa membeli di kedai atau pasaraya juga dapat
dijimatkan. Antara langkah mudah dan berkesan yang boleh menarik minat
pengguna adalah dengan memperkenalkan kepelbagaian trend seperti reka bentuk
beg yang tahan lama, berwarna-warni, boleh dimasukkan ke dalam beg bimbit,
dilipat dan pelbagai lagi.
Hakikatnya, untuk membudayakan sesuatu amalan pasti memakan masa yang
lama. Justeru, budaya membawa beg sendiri hendaklah bermula dari rumah,
sekolah dan seterusnya komuniti. Budaya ini juga diharap dapat mendidik pengguna
supaya peka tentang kepentingan dan kesannya terhadap alam sekitar.
2. Memanfaatkan penggunaan teknologi
Produk biodegradasi adalah antara jenis produk yang baru diperkenalkan di
Malaysia dan kadar perlaksanaannya belum meluas ke seluruh negara lagi. Sifat
istimewa produk ini adalah ia merupakan produk mudah kompos dan mesra alam
kerana berupaya terurai semula jadi dalam jangka masa 10 hingga ke 12 minggu.
Faedah daripada sifat mudah lupus secara biodergradasi ini adalah dapat
mengurangkan jumlah timbunan sampah dan sisa pepejal yang semakin meningkat
dengan kaedah yang mesra alam dan memberi keselamatan kepada para pengguna
dan alam sekitar. Penghasilannya yang diperbuat daripada bahan yang berasaskan
25
semulajadi, ia dapat menambah nilai kepada produk tersebut. Selain itu, produk ini
juga menggunakan sumber daripada bahan yang boleh diperbaharui seperti sumber
dari tumbuhan seperti jagung, ubi kayu, tebu, kelapa sawit dan sebagainya. Melalui
bahan-bahan ini, kadar kebergantungan terhadap sumber minyak yang digunakan
dalam membuat plastik konvensional dapat dikurangkan.
3. Memperkenalkan pendekatan baharu
Negeri Melaka adalah satu-satunya negeri yang menguatkuasakan
pengharamkan penggunaan beg plastik dan polisterin di seluruh negeri, sebuah
langkah yang selaras dengan status negeri ini sebagai Bandar Teknologi Hijau.
Penguatkuasaan secara menyeluruh yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Melaka
melalui Perbadanan Teknologi Hijau Melaka dengan kerjasama SWCorp Negeri
Melaka itu telah bermula sejak 1 Januari 2016 berdasarkan hasil kajian pelbagai
pihak yang mendapati penggunaan beg plastik serta bekas makanan dan minuman
daripada polisterin memberi kesan yang tidak baik terhadap kesihatan dan
penjagaan alam sekitar.
Terdahulu, Kerajaan Negeri Melaka sudah pun melaksanakan pengharaman
secara berperingkat terhadap kedua-dua produk ini, iaitu;
1. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan
(KPDNKK) telah melancarkan Hari Tanpa Beg Plastik setiap Sabtu di
mana beg plastik tidak lagi dibekalkan secara percuma kepada
pengguna di semua pasar raya besar, pasar raya, kedai serbaneka dan
premis perniagaan terpilih di seluruh negara sejak 2011
2. Kerajaan Negeri telah meluluskan cadangan menambah Hari Tanpa Beg
Plastik daripada satu (1) hari kepada dua (2) hari iaitu pada setiap
Jumaat dan Sabtu mulai 1 April 2014, seterusnya kepada tiga (3) hari
iaitu pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad mulai 1 Januari 2015.
3. Kerajaan Negeri telah menguatkuasakan pelaksanaan Program
Larangan Penggunaan Polisterin bagi negeri Melaka mulai 1 September
2015.
4. Kerajaan Negeri juga sudah memaklumkan kepada peniaga, pengeluar,
pembekal, pengilang, pengurus pasar raya termasuk masyarakat
26
setempat sebagai langkah bersedia sebelum setiap pelaksanaan
program mula dikuatkuasakan. Program-program ini dilaksanakan agar
selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri dalam usaha pelaksanaan dasar
teknologi hijau di samping memberi kebaikan semua pihak, terutamanya
kepada para pengguna di negeri Melaka.
1.2.10 INPUT PELANGGAN DIAMBIL KIRA DALAM PERINGKAT PENGHASILAN
Peringkat akhir
Input pelanggan diambil kira di peringkat akhir penghasilan inovasi. Hal ini
kerana pelaksanaan program ini adalah bertujuan untuk mengurangkan penggunaan
beg plastik dan polisterin yang ternyata banyak kesan buruknya. Oleh itu, oleh itu,
dengan pelaksanaan program ini diharap pengguna mampu untuk mengubah cara
hidup mereka dan mula untuk membudayakan amalan membawa beg sendiri ketika
membeli belah dan mengamalkan penggunaan produk biodegradasi.
Pelaksanaan program ini juga merupakan salah satu cara penyelesaian untuk
menangani masalah berbangkit berkaitan dengan beg plastik dan polisterin. Isu-isu
seperti bahaya beg plastik dan polisterin kepada kesihatan manusia, ancaman
kepada pencemaran alam dan system pengairan serta masalah pelupusan di tapak
pelupusan sampah dipercayai mampu untuk diatasi dengan terlaksananya program
seumpama ini.
Setelah pelaksanaan program ini, pihak Perbadanan Teknologi Hijau Melaka
menerima banyak aduan dari pengguna terutamanya. Antara tindakan yang diambil
oleh pihak Perbadanan Teknologi Hijau Melaka adalah dengan memberi nasihat dan
membantu memberi panduan kepada pengadu berkenaan program ini.
27
1.2.11 MEKANISME MAKLUM BALAS PELANGGAN
Bermula dari awal pelaksanaan Program Melaka Tanpa Beg Plastik dan
Polisterin, pihak Perbadanan Teknologi Hijau Melaka telah menerima banyak aduan
dan maklumbalas dari pada pembekal, pengilang dan pengguna terutamanya
mengenai pelaksanaan program ini. Anatar mekanisme maklum balas yang
digunakan adalah:
1. Facebook
2. Whatsapp
3. E-mel
4. Taklimat/bengkel/seminar
28
2.0 IMPAK SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI DIHASILKAN
Pelaksanaan Program Melaka Tanpa Beg Plastik dan Polisterin yang tidak
membenarkan penggunaan beg plastik dan bekas polisterin telah menjadikan
produk biodegradasi sebagai ganti. Pelaksanaan ini telah memberi manfaat kepada
pengguna dan juga pihak kerajaan. Kos pengurusan sisa pepejal dapat dikurangkan
melalui pelaksanaan program ini. Selain itu, pengguna juga dapat menikmati kualiti
hidup yang lebih baik dengan menggunakan produk biodegradasi yang ternyata
lebih mesra alam dan selamat kepada kesihatan mereka.
Setelah hampir dua tahun pelaksanaan program ini, pengguna dilihat mula untuk
mengamalkan budaya membawa beg sendiri ketika membeli belah. Hal ini
menunjukkan bahawa program ini diterima baik oleh rakyat. Ianya juga hasil dari
inisiatif-inisiatif lain yang telah dijalankan seperti pameran, taklimat dan juga
bengkel.
29
3.0 IMPAK INOVASI
1. Rakyat/perniagaan
Setelah pelaksanaan program ini, Perbadanan Teknologi Hijau Melaka dengan
kerjasama SIRIM telah Berjaya mewujudkan satu standard khas untuk produk
biodegradasi. Standard yang ditetapkan oleh SIRIM ini adalah selaras di seluruh
Malaysia dan bukan hanya tertakluk kepada Negeri Melaka sahaja. Dengan
mengunapakai standard yang ditetapkan oleh SIRIM ini, pengilang dapat
mengurangkan kos operasi mereka dengan menghasilkan produk biodegradasi
dengan kualiti yang banyak. Hal ini kerana produk mereka boleh digunakan di
seluruh negeri di Malaysia dan bukannya Melaka sahaja.
2. Agensi/jabatan
Inisiatif ini telah membuka peluang kepada Perbadanan Teknologi Hijau Melaka
untuk menjalinkan kerjasama dengan jabatan dan organisasi luar. Kerjasama ini
bukan sahaja terhad kepada kerjasama di peringkat negeri, malah juga diperingkat
persekutuan. Antara organisasi yang terlibat dan bekerjasama dengan Perbadanan
Teknologi Hijau Melaka adalah Malaysia Industry-Government Group for High
Technology (MIGHT), Scientific and Industrial Research Institute of Malaysia
(SIRIM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi
(KPDNKK) dan juga BIOEKONOMI
3. Perkhidmatan awam
Perbadanan Teknologi Hijau Melaka telah mengadakan kerjasama dengan
Bioekonomi Malaysia dan Malaysia Industry Government for High Technology
(MIGHT), untuk menyelaraskan pelaksanaan program ini di peringkat nasional.
Selain itu, Kementerian Wilayah Perseketuan juga dalam proses pelaksanaan
program ini di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur. Kementerian Wilayah Persekutuan akan menggunapakai model yang
sama dengan Negeri Melaka di dua Wilayah Persekutuan tersebut. Selain itu,
Kerajaan Negeri Perak dan Johor juga telah mengadakan lawatan rasmi ke Negeri
Melaka dan bercadang u ntuk melaksanakan program ini di negeri masing-masing
berdasarkan model yang digunakan di Negeri Melaka.
30
4.0 ELEMEN INOVASI
4.1 INOVATIF/KREATIF
Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, beg plastik ialah suatu keperluan semasa
membeli belah. Justeru itu permintaan beg plastik memang tinggi dalam kalangan
pengguna dengan purata penggunaan lapan beg plastik seminggu seorang individu,
namun apa yang membimbangkan ialah kegunaan beg plastik yang terlampau akan
memberi kesan buruk terhadap alam sekitar.
Menurut pakar, beg plastik memerlukan 100 hingga 500 tahun untuk
dilupuskan sepenuhnya dan sekiranya ditanam atau dibakar pula akan
mengeluarkan gas karbon dioksida yang boleh meningkatkan kadar pemanasan
suhu bumi.
Dianggarkan setiap rakyat Malaysia menghasilkan 19,000 tan sisa pepejal
setiap tahun dan 24 peratus daripada jumlah itu ialah plastik. Usaha dan komitmen
yang diberikan semua pihak dalam menjayakan kempen ini perlu diambil kira
sebagai permulaan yang baik ke arah memartabatkan kepentingan alam.
Justeru, penggunaan beg yang mesra alam atau alternatif lain perlu
dilaksanakan dalam usaha mengurangkan penggunaan beg plastik.
4.2 KEBERKESANAN
Pelaksanaan Program Melaka Tanpa Beg Plastik dan Polisterin mampu
untuk mengurangkan kadar sampah yang dihantar ke pusat pelupusan sampah. Hal
ini kerana Program Melaka Tanpa Beg Plastik dan Polisterin ini melarang
penggunaan beg plastik dan polisterin yang mana mengambil masa yang lama untuk
terurai tanpa dikenakan tindakan kimia ke atasnya. Dengan alternatif yang diambil
iaitu penggunaan produk biodegradasi, kos pelupusan beg plastik dan polisterin
dapat dikurangkan.
31
4.3 SIGNIFIKAN
Dengan pelaksanaan Program Melaka Tanpa Beg Plastik dan Polisterin,
Kerajaan Negeri dapat mengurangkan kos perkhidmatan menguruskan sisa atau
sampah yang berpunca dari beg plastik dan juga polisterin. Dalam masa yang sama,
program ini juga mampu untuk mengatasi masalah pencemaran seperti saliran
tersumbat yang boleh menyebabkan bencana alam seperti banjir kilat.
Program ini juga berjaya memenuhi objektif yang telah ditetapkan. Pengguna
dilihat mula menerima pelaksanaan program ini dan membudayakan amalan
membawa beg sendiri ketika membeli belah di pasaraya. Pengetahuan pengguna
berkenaan dengan bahaya beg plastik dan produk biodegradasi juga dilihat semakin
meningkat hasil dari program kesedaran yang dianjurkan seperti taklimat, pameran
dan juga promosi media.
4.4 RELEVAN
Program Melaka Tanpa Beg Plastik dan Polisterin ini adalah sesuai dengan
Blueprint Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau (2011-
2020), Kerajaan Negeri telah menetapkan salah satu initiatif Pelan Kitar Semula
dibawah sektor Pengurangan Sisa yang perlu dilaksanakan adalah menggalakkan
kempen pengurangan penggunaan beg plastik.
Selain itu, program ini juga menyokong salah satu indikator yang digunakan
dalam Green City Action Plan for Melaka (GCAP) dan juga Dasar Teknologi Hijau
Negara iaitu sektor air dan pengurusan sisa.
32
5.0 PENUTUP
Kerajaan Negeri Melaka telah melaksanakan inisiatif program Melaka Tanpa
Beg Plastik dan Polisterin sepenuhnya berkuatkuasa pada 1 Januari 2016 dengan
tidak lagi membenarkan beg plastik, plastik oxo-degradable dan bekas makanan
yang diperbuat daripada polisterina. Para pengguna digalakkan membawa beg
sendiri ketika membeli belah dan bekas makanan biodegradasi sebagai alternatif.
Ianya selaras dengan visi Kerajaan Negeri Melaka iaitu Melaka Maju Fasa II negeri
Bandar Teknologi Hijau bagi menjamin kehidupan yang lebih sihat dan berkualiti.
Disediakan oleh:
Nama Pegawai/Unit terlibat: Mohd Hafizam Bin Mustaffa
Tel: 06-2322580
Emel: [email protected]
Nama Pegawai/Unit terlibat: Aeisha Binti Md Sharip
Tel: 06-2322580
Emel: [email protected]
Nama Pegawai/Unit terlibat: Siti Aishah Binti Mihat
Tel: 06-2325251
Emel: [email protected]
Nama Pegawai/Unit terlibat: Mohd Arif Bin Mhd Nasir
Tel: 06-2325251
Emel: [email protected]
Top Related