KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU SG BULOH
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
47000, SELANGOR
DIPLOMA JURUPULIH PERUBATAN CARA KERJA
APLIKASI PEDIATRIK– OTAK 3113
“LEARNING DISABILITY – ALPHABET LEARNING”
DISEDIAKAN OLEH;
AMIRUL ZAKRI ISMAIL
MOHD IRWAN ABD RAHMAN
MOHD YUSRI
ELEN CHAI ANAK NEROSE
DISEDIAKAN UNTUK;
CIK FAEISHAH KHALID
PENGAJAR U41
PROGRAM PEMULIHAN CARA KERJA
KSKB SG. BULOH
TARIKH;
18 FEBRUARI 2011
1
Pendahuluan
Mengenali abjad merupakan salah satu asas yang diperlukan untuk
membaca. Sekiranya seorang kanak-kanak itu tidak mempunyai
pengetahuan asas tentang abjad, ia akan menimbulkan kesukaran bagi
kanak-kanak tersebut dalam hamper kesemua aspek pemahaman dan
tatabahasa. Pengetahuan asas tentang abjad adalah:
Mengenali bentuk abjad
Mengenali nama abjad
Mengenali bunyi abjad
Kebolehan untuk menulis abjad
Kebolehan untuk menamakan abjad dengan pantas
Oleh yang demikian, projek ini telah dihasilkan bagi membantu kanak-
kanak terutamanya yang mengalami masalah pembelajaran untuk
memudahkan mereka dalam mempelajari abjad dari segi pemahaman dan
juga penulisan. Projek ini juga boleh digunakan oleh jurupulih carakerja
sebagai salah satu teknik penilaian tidak standard ataupun sebagai kaedah
intervensi.
Manual Penggunaan
Projek ini memfokuskan pada kanak-kanak berusia seawal 4 tahun untuk
membantu mereka mengenali serta menulis abjad. Didalam projek ini, ia
akan meliputi pengenalan mengenai 26 abjad rumi dari segi bentuk dan
nama pada Bahagian I – Kenali Huruf Besar & Kecil.
Apabila seseorang kanak-kanak itu mengenali kesemua abjad-abjad yang
ada, mereka boleh mempelajari tentng teknik dan cara yang betul untuk
menghasilkan ataupun menulis abjad-abjad pada Bahagian II – Teknik
Penullisan Abjad dimana pada setiap rajah abjad, terdapat garisan serta
nombor dimana ia merupakan aturan untuk menulis atau menghasilkan
abjad tersebut.
Mereka boleh mencuba untuk menulis sendiri kesemua 26 abjad yang ada
pada Bahagian III – Penulisan Abjad dengan cara line imitating mengikut rajah
yang disediakan. Terdapat 2 jenis borang disediakan iaitu plain form dan
train form. Kedua-dua borang ini mempunyai tujuan yang sama, tetapi
mempunyai persembahan yang berbeza iaitu plain form menggunakan
pendekatan seperti warna untuk menarik minat kanak-kanak manakala
train form pula menggunakan gambarajah yang menarik.
2
Setelah kanak-kanak itu telah menguasai teknik penulisan abjad yang
betul, mereka boleh mencuba untuk menulis sendiri abjad-abjad yang telah
dipelajari samada mengikut turutan atau atas kehendak pengajar diatas
notepad yang disediakan pada Bahagian IV – Latihan Penulisan. Pada
bahagian ini, terdapat 3 pecahan iaitu Bahagian IVa dimana pada borang
yang disediakan, terdapat penanda bagi kanak-kanak menulis pada ruang
yang ditetapkan iaitu 5 abjad pada setiap barisan. Bahgian IVb pula tidak
terdapat penanda tersebut dimana kanak-kanak perlu menjarakkan sendiri
abjad-abjad yang hendak ditulis dan pada Bahagian IVc, ruang diantara
garisan telah dikecilkan bagi membolehkan kanak-kanak menghasilkan
abjad dengan lebih mencabar
Langkah Berjaga-jaga
Sebagai langkah berjaga-jaga, seorang pengajar perlulah:
Lebih asertif dan kreatif bagi memastikan kanak-kanak yang
melakukan aktiviti ini tidak mudah bosan.
Tidak memarahi kanak-kanak dan bersabar dalam mengajar
Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mencuba
Membantu dan membimbing kanak-kanak dalam pembelajarannya.
3
Bahagian I - Kenali Huruf Besar & Kecil
A B C D E F G H I J
K L M N O P Q R S T
U V W X Y Z
a b c d e f g h I j
k l m n o p q r s t
u v w x y z
4
Bahagian II – Teknik Penulisan Abjad
5
6
7
8
9
10
11
Bahagian III – Penulisan Abjad
12
13
14
15
Bahagian IVa – Latihan Penulisan
16
17
Bahagian IVb – Latihan Penulisan
18
19
Bahagian IVc – Latihan Penulisan
20