JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
TEKS KHUTBAH
Tajuk :
AL-QURAN DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI
(Sempena Nuzul Al-Quran)
Tarikh Dibaca :
12 RAMADAN 1440H/
17 MEI 2019M
Disediakan oleh :
Cawangan Khutbah Dan Latihan
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
Khutbah Jumaat Al-Quran Dihayati, Ummah Diberkati
1
AL-QURAN DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI
Sempena Nuzul Al-Quran
17 Mei 2019M/ 12 Ramadan 1440H
ل ا،ج و ع ه ل ل ع ج ي م ل و تاب الك ه د ب ع ىل ع ل ز ن يأ الذ ل ه ل د م ح ال ن أ ش ه د إل اإل أ االل ه هل ه ، ي ك ش ر ل ا ر ف م ه ل ك ن م ه ل ل ع ج ه ي ل ع ل ك و ت و اه ق ات ن م و ح د ه جا ، ن ش ه د أ و أ
و ل ه و ر س ع ب د ه د ا ا م ح م إي ب س آن ر الق ذ خ ت ر ل لا س ا.ج ه ن م و ه ب ى ع ل ى ص ل ه م د د ي ا لل م ح م ن ال م ت و س ح ب ه و ص ا.ير ث اك م ي ل س و ع ل ىآل ه
الل ه اب ع د ،ف ي اع ب اد م ق و االل ه ،أ ،ا ت اع ت ه و ط ب ت ق و ىالل ه و ن ف س ي ي ك م ل ع ف ب اه ق ات ن م ف ا و ص ا.يم ظ ع زا و ف از ف د ق ف ياه و الن اب ن ت اج و ر ام و أ ال
ڃ ڃ ڃ چ چ
ٺ ٺ ٺ ٿ ٿ ٿ ٿ ٹ ٹ ٹ ٹ ڤ ڤ ڤ ڤ
ڦ ڦ
Sidang Jemaah yang berbahagia,
Pada hari yang mulia ini marilah kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah
SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala
larangan-Nya. Mudah-mudahan dengan ibadah puasa yang dilaksanakan ini,
kita tergolong dalam kalangan mereka yang bertakwa dan beroleh
kebahagiaan hidup di dunia hingga akhirat.
Khutbah Jumaat Al-Quran Dihayati, Ummah Diberkati
2
Khatib pada hari ini mengajak sidang Jemaah sekalian untuk sama-sama
menghayati khutbah yang bertajuk: “Al-Quran Dihayati, Ummah
Diberkati”.
Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,
AL-Quran adalah kitab agung umat Islam yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad SAW. Sebagai seorang mukmin, kita yakin bahawa al-Quran
merupakan kitab pedoman daripada Allah SWT. Kehebatan al-Quran tiada
tandingannya sehingga tiada manusia yang berupaya untuk mencipta
setanding dengannya walau pun beberapa ayat pendek. Penurunan al-Quran
kepada manusia merupakan satu rahmat yang amat besar. KIta dituntut
untuk membaca dan mengamalkan isi kandungan al-Quran supaya kita boleh
menjadikannya sebagai rujukan asas dalam menjalani kehidupan seharian.
Allah berfirman dalam surah al-Nahl ayat 89:
ڦ ڦ ڦ ڄ ڄ ڄ ڄ ڃ ڃ ڃ ڃ
Bermaksud: “Dan Kami turunkan kepada kamu al-Quran menjelaskan tiap-
tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat dan
berita yang menggembirakan bagi orang Islam.”
Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,
Budaya penghayatan al-Quran berkembang dengan baik dalam masyarakat
kita hari ini. Banyak majlis rasmi yang dianjurkan dimulakan dengan bacaan
al-Quran. Perkara ini wajar diberikan pujian dan patut dikekalkan. Alunan al-
Quran melalui kelas pengajian Tarannum, kelas Tajwid, tafsir al-Quran dan
sebagainya memberi gambaran bahawa usaha-usaha menghayati al-Quran
sentiasa dilaksanakan. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadan ini, program
tadarus al-Quran sangat rancak dianjurkan. Sebagai mukmin, kita dituntut
Khutbah Jumaat Al-Quran Dihayati, Ummah Diberkati
3
untuk menghayati dan membudayakan al-Quran dalam kehidupan kita serta
ahli keluarga dengan menggiatkan beberapa usaha, antaranya:
Pertama: Sentiasalah melazimi membaca al-Quran.
Pembacaan al-Quran akan memberi kekuatan dalaman yang luar biasa bagi
pembacanya. Dekatilah al-Quran dengan membacanya setiap hari semampu
yang boleh. Ibnu Hibban meriwayatkan daripada Abu Zar RA bahawa Nabi
SAW berpesan kepadanya dengan bersabda:
ه ال ق ر آن ف إن ب ت لاو ة ع ل ي ك ر ،و ذ خ ر ض ف يالأ م اء ن ورل ك ف يالس .ل ك Bermaksud: “Kamu wajib melazimkan dirimu membaca Al-Quran kerana ia
adalah cahaya untuk kamu di bumi dan perbendaharaan untuk kamu di
langit.”
Allah SWT dan RasulNya telah memberikan jaminan syafaat yang begitu
banyak hanya dengan membaca al-Quran. Renungkanlah hadis riwayat
Imam Muslim daripada Abu Umamah al-Bahili RA bahawa Nabi SAW
bersabda:
ح اب ه ص ف يع ال أ ش ال ق ي ام ة ي أت يي و م ه ف إن اق ر ء واال ق ر آن
Bermaksud : “Bacalah al-Quran kerana ia akan datang pada hari akhirat
kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.”
Alangkah ruginya kita jika kita dapat meluangkan masa untuk menonton
televisyen, melayari internet, whatsapp, instagram dan lain-lain lagi, tetapi
kita tidak boleh memperuntukkan sedikit masa untuk membaca al-Quran.
Kedua: Fahamilah al-Quran.
Khutbah Jumaat Al-Quran Dihayati, Ummah Diberkati
4
Al-Quran mengandungi ilmu dan petunjuk dalam pelbagai ilmu seperti tauhid,
hukum-hakam, syariat, kisah bangsa-bangsa terdahulu, sains dan banyak
lagi. Oleh kerana itu berusahalah sebaik mungkin untuk memahaminya. Yang
pasti al-Quran akan sentiasa memberi pedoman kepada para pembaca
setiap kali mereka membacanya dengan penuh tadabbur. Firman Allah SWT
dalam surah Saad ayat 29:
ڄ ڄ ڄ ڄ ڃ ڃ ڃ ڃ چ چ
Bermaksud: "(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu
(dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan
manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-
ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil
iktibar. "
Dengan ledakan Revolusi Industri 4.0 hari ini, al-Quran beserta
terjemahannya amat mudah untuk didapati. Jika dahulu mungkin agak
mencabar untuk membawa al-Quran, tetapi hari ini kita mempunyai telefon
bimbit yang boleh menyimpan pelbagai aplikasi al-Quran. Oleh itu, jadikanlah
pembacaan dan pemahaman al-Quran sebahagian daripada gaya hidup kita.
Ketiga: Amalkan al-Quran.
Mengamalkan al-Quran merupakan elemen paling penting dalam
penghayatan al-Quran. Bagi memastikan kita dapat mengamalkan al-Quran
dengan baik, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh bagaimana untuk
memahami ajarannya. Lantaran itu, kita perlu menekuni kisah-kisah, hukum
hakam dan mengambil ibrah serta pengajaran daripada al-Quran untuk
diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Jadikan al-Quran tempat rujukan
Khutbah Jumaat Al-Quran Dihayati, Ummah Diberkati
5
utama dalam menghadapi segala kesulitan dan permasalahan. Nescaya
agama dan kehidupan kita akan terpandu dan menjamin maqasid al-Syariah.
Keempat : Aplikasikan tuntutan al-Quran dalam interaksi sosial.
Masyarakat Islam khususnya di Negara ini adalah terdiri daripada pelbagai
bangsa dan keturunan. Kepelbagaian ini mewujudkan jurang perbezaan di
antara kaum dari aspek sosial, adat dan pemikiran. Namun, Allah SWT telah
memberi panduan dan pengajaran kepada kita melalui al-Quran supaya
perbezaan-perbezaan tersebut dapat diharmonikan. Al-Quran sangat
mementingkan aspek persaudaraan, perdamaian, kebersamaan, tolak ansur,
tolong-menolong, belas kasihan dan sebagainya. Malah, al-Quran juga
mendidik manusia supaya menghindari daripada perpecahan, perbalahan,
kezaliman, diskriminasi, perbuatan khianat, dengki dan lain-lain. Ingatlah
firman Allah SWT di dalam surah al-Hujurat ayat 13 :
ڇ ڍ ڍ ڌ ڇڄ ڃ ڃ ڃ ڃ چ چ چ چ ڇ ڇ
ڎ ڈ ڈ ژ ژ ڎڌ
Bermaksud : “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan
kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai
bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah
mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di
sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih
keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi
Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”
Para tetamu Allah yang diberkati,
Khutbah Jumaat Al-Quran Dihayati, Ummah Diberkati
6
Ramadan adalah bulan terbaik untuk kita lebih mendekati al-Quran. Inilah
masanya kita berusaha untuk mengkhatamkan al-Quran dengan cara dan
kaedah yang sesuai seperti mengambil masa selepas solat fardhu untuk
membaca al-Quran sekurang-kurang empat halaman al-Quran. Bahkan,
waktu sebelum berbuka puasa juga adalah sangat sesuai sambil menunggu
azan berkumandang. Jika disiplin ini kita berjaya lakukan, insyaAllah kita
berjaya mengkhatamkan al-Quran pada bulan yang penuh keberkatan ini.
Mengakhiri khutbahmarilah kita menghayati beberapa kesimpulan
bersempena dengan peristiwa Nuzul Al-Quran sebagai pedoman untuk
menghidupkan Ramadan, antaranya:
Pertama : Penurunan al-Quran merupakan anugerah agung dari Allah SWT
kepada Rasulullah SAW dan seluruh umat baginda yang menjadi rahmat
kepada sekalian alam.
Kedua : Kita hendaklah membudayakan pembacaan dan pemahaman al-
Quran. Yakinlah bahawa al-Quran adalah petunjuk dalam kehidupan muslim.
Ketiga : Yakinlah, jika kita mentadabbur dan mengamalkan al-Quran, pasti
al-Quran akan menjadi syafaat kepada kita di akhirat kelak.
Firman Allah SWT di dalam surah Ibrahim ayat 1 :
ڃ ڃ ڃ چ چ
ٿ ٿ ٹ ٹ ٹ ٹ ڤ ڤ ڤ ڤ ڦ ڦ ٿٿ
ڦ ڦ ڄ ڄ
Bermaksud : “Alif, Lam, Ra. Ini adalah kitab (al-Quran) Kami turunkan kepada
kamu (Muhammad) supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya
Khutbah Jumaat Al-Quran Dihayati, Ummah Diberkati
7
daripada gelap gelita kufur kepada cahaya iman dengan izin Tuhan mereka
ke jalan Allah yang Maha Kuasa Lagi Amat Terpuji .”
اب و الذ ك ر م ن الآي ات ف ي ه ب م ا اك م و ن ف ع ن يو إي الع ظ ي م ، ل يو ل ك م ب الق ر ء ان ه الل ي م ،ل ار ك ح ق و ل ي ق و ل الع ل ي م .أ م ي ع الس ه و ه إن و م ن ك م ت لا و ت ه م ن ي ل ل ي و ت ق ب ال ع ظ ي م ه الل ت غ ف ر س ه ذ او أ
ل م ات و ال م س ل م ي ن ال م س ج م ي ع و ل ك م و ل و ال م ؤ م ن ات ت غ و ال م ؤ م ن ي ن ال م س ف ي اف و ز ت غ ف ر وه ف اس ف ر ائ ب ي ن . الت ج اة و ي ان
KHUTBAH KEDUA
ل ل ه ال ع ال م ين الحم د ح ين ، ر ب ال الص ل وم ين و ل ي ال م ظ و الس ،و ن اص ر ل اة و الص ي ي الن ع لى ل ام اه ر ح اب ه الط ص آل ه و أ و ع ل ى ، ق ين ال م ت و إم ام ل ين و ة ال م ر س ص ف م ين ، اب ع ين ،ال أ الت و ع ل ى
. الد إل ىي و م س ان ب إح ت ب ع ه م و م ن
ن ش ه د أ إلا أ إله ا ي د ن االل ه ل س ش ه د أن و أ ال م ب ين ، ح ق ال ال م ل ك ل ه ، ي ك ش ر لا و ح د هم ين . ا لأ ال و ع د اد ق ول ه ،الص و ر س د اع ب د ه م ح م
ا م أ الل ه ق وا ا ت الل ه ، ع ب اد ف ي ا و اه ب ع د ، ت ق ح ق ل اة ا، ص ع لى م و ح اف ظ و ا ون وا،اع ة ل ج و ك ف يالل ه و ان ام ت ح اب ين ب ن ف إخ ف ي ه ب د أ م ر ب أ م ر ك م و ت ع ال ىأ ب ح ان ه س ن الل ه أ .و اع ل م وا ه ،و س
ت ه ب ق د س ه ب م لا ئ يل ه :ال م س ب ح ة ت ن ز ت ع ال ىف يم ح ك م ،ف ق ال الل ه
ڄ ڄ ڄ ڃ ڃڃ ڃ چ چ چ چ ڇ ڇ ڄ
ڇ
Khutbah Jumaat Al-Quran Dihayati, Ummah Diberkati
8
و ع ل ى د ي د ن ام ح م ع ل ىس ص ل ه م ب ر اه ي م آا لل ي د ن اإ ع ل ىس ي ت ل م اص ك د ي د ن ام ح م ل آو ع ل ىل س و ع ل ى د م ح م ي د ن ا س ع ل ى و ب ار ك ب ر اه ي م إ ي د ن ا ي آس س ع ل ىل ت ب ار ك م ا ك د م ح م ي د ن اد ن ا س
و ع ل ى ب ر اه ي م ح م ي دم ج ي د.آإ ك إن ف يال ع ال م ي ن ب ر اه ي م ي د ن اإ ل س
و ع ل ي و ع ث م ان ب ك ر و ع م ر ب ي أ : الم ه د ي ين اش د خ ل ف اء الر ال ع ن ه م الل ،و ار ض و ار ض م ع ين ، ج أ ح اب ة الص ئ ر سا ع ن ه م االل ع ن و ار ض س ان إل ىي و م الد ت ب ع ه م ب إح م و م ن ع ه م
ك ر م ين ال أ ك ر م ي اأ س ان ك و إح وك ر م ك .ب م ن ك
ل م ات و الم س ل م ين ل ل م س اغ ف ر ه م .الل م و ات و الأ م ن ه م ي اء ح الأ و الم ؤ م ن ات و الم ؤ م ن ين
م ل ن اك باوهد ول ييڠم ه ام ل ام ة و الس ة ح و الص و ال ه د اي ة و ف ي ق الت ب د و ام ي د أ ه م لياوالل الل هر ع اي الد السريڤدوكبڬيندايڠدڤرتواناڬوڠ،الس لط انع ب د ط ف ىب الل هة م ص
ت ع ي نبالل ه. اهال م س م دش ح أ ل ط انح اج س ب اها ش
م م ه ا يڠ د ول ي ك باوه اڬوڠ،وو ك ذل ك ڤرمايسوري راج بڬيندا ڤدوك سري لياال م ر (Tunku)ت ونو ب ن ت ي ة ن د ر م ي م و ن ة إس م ي ن ة أ ع ز ي ز ة ع ل ىحاجه ال م ت و ك ل ح و م
ن د ر الح اج. ل ط انإس الل هس
و ال ل م ات و ال م س ل م ين ال م س م ن و ر ع اي اه ال ه و ع م ات ه و ق ض و و ز ر اء ه ع ل م اء ه ف ظ اح ه م ؤ م ن ين م الل م ين اح الر ر ح م ي اأ م ت ك ب ر ح .و ال م ؤ م ن ات
ب ل د ن ا ع ل اج ه م ي االل ،م ال يز م ان و أ م ن و إيم ان ،و أ ل ع د ر خ اء ،د ار خ اء ا،س م ئ ن م ط آم نال م ين . ال م س ب ل اد ئ ر ا و س
Khutbah Jumaat Al-Quran Dihayati, Ummah Diberkati
9
ي ن ،وان ص ر م ن و ح م ك ان ك ل ل م ي ن ف ي و ال م س ل ام ال إس ع ز أ ه م الد ،و االل ن ص ر خ ذ ل . الد ع د اء أ ع د اء ك أ ،و د م ر الد إل ىي و م ع ل ك ل م ت ك ل م ي ن ،و أ خ ذ ل ال م س م ن
ال ج ن ام ن ،و ن لام الس ب ل ب ي ن ن ا،و اه د ن اس ذ ات ل ح ص ب ن ا،و أ ب ي ن ق ل و ل ف أ ه م ظ الل ل م ات ار ن ا، ب ص م اع ن ا،و أ س ،و ب ار ك ل ن اف يأ م ن ه او م اب ط ن ه ر م اظ ن ب ن اال ف و اح ش ور ،و ج إل ىالن
ا ع ل ن اش يم ،و اج ح الر اب و الت ن ت أ ع ل ي ن اإن ك ات ن ا،و ت ب ي ن ا،و ذ ر ز و اج ب ن ا،و أ ك و ق ل و ر ه اع ل ي ن ا ت م ،ق اب ل ين ل ه او أ ،م ث ن ين ب ه اع ل ي ك ن ي اح ل ن ع م ك ن اآت ن اف يالد .ر ب ر ة و ف يالآخ س ن ة
ار . الن و ق ن اع ذ اب ح س ن ة
الل ه ، ع ب اد
چ چ چ ڇ ڇ ڇ ڇ ڍ ڍ ڌ ڌ ڎ
ڎڈ ڈ ژ ژ ڑ
ف اذ ك ر وا ل ه ي ع ط ك م ف ض م ن ل وه أ و اس ن ع م ه ي ز د ك م ، ع ل ى ك ر وه و اش ي ذ ك ر ك م ، ال ع ظ ي م الل هن ع ون . م ات ص ي ع ل م ب ر ،و الل ه ك أ الل ه و ل ذ ك ر
Top Related