i
LAMPIRAN A
AKADEMI PIDATO DAN
PERTANDINGAN GEGAR PIDATO PERINGKAT PIALA PUSINGAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM
SEMPENA BULAN BAHASA KEBANGSAAN PERINGKAT SEKTOR PERKHIDMATAN AWAM 2015
FORMAT DAN SYARAT AKADEMI DAN PERTANDINGAN PIDATO
1. Format Akademi Pidato
1.1 Semua peserta yang telah mendaftar akan menjalani sesi pengenalan,
sesi latihan (dari segi gaya persembahan dan penulisan skrip pidato) di INTAN Bukit Kiara bermula dari 9 Oktober (Jumaat) hingga 11 Oktober 2015 (Ahad).
1.2 Sesi saringan akan diadakan pada 11 Oktober 2015 (Ahad).
1.3 Pemenang sesi saringan akan bertanding di Pertandingan Gegar Pidato 2015 pada 12 Oktober 2015 (Isnin) di Jabatan Perkhidmatan Awam.
2. Format Pertandingan Gegar Pidato
2.1 Peserta pertandingan terdiri daripada wakil agensi sektor awam. 2.2 Pidato dilakukan berasaskan tema Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11)
2.3 Hanya tiga (3) orang peserta yang terbaik akan dipilih. 2.4 Pemidato yang terbaik akan dipilih oleh juri yang dilantik dan keputusan
hakim adalah muktamad. 2.5 Juara pemidato perlu berpidato di Majlis Genta Bahasa II.
ii
3. Kaedah Pertandingan
3.1 Peserta akan menyampaikan pidato masing-masing berasaskan tema RMK-11;
3.2 Peserta diberi masa tujuh (7) minit untuk berpidato;
3.3 Loceng akan dibunyikan sekali, satu (1) minit sebelum tamat, dan
dua kali setelah tamat masa yang diperuntukkan untuk menyampaikan pidato.
3.4 Penyampaian pidato selepas loceng penamat dibunyikan tidak akan
diberi markah. 3.5 Hakim pertandingan berhak memberhentikan pidato peserta pada
bila-bila masa sekiranya pemidato melanggar sebarang syarat pertandingan.
4. Syarat Pertandingan
4.1 Sebarang kritikan terhadap isu sensitif yang berkaitan dengan agama, bangsa dan kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah adab dipotong.
4.2 Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalah dilarang.
Kesalahan ini akan menyebabkan markah adab dipotong.
4.3 Peserta yang membaca nota atau teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut atau mana-mana satu daripadanya), tidak layak untuk diumumkan sebagai pemenang pertandingan.
4.4 Peserta pidato diwajibkan memakai pakaian pejabat.
4.5 Pengerusi majlis berhak menegur peserta yang melanggar mana-mana peraturan di atas.
4.6 Hakim pertandingan berhak memberhentikan pidato yang
disampaikan sekiranya idea/isi yang dikemukakan menyentuh isu sensitif secara keterlaluan.
iii
5. Permarkahan
5.1 Idea / Isi
Peserta pidato akan diadili dari segi pengutaraan tiga idea atau isi. Isi/idea hendaklah bernas yang disokong oleh data / bahan yang tepat / logik sebagai peneguh huraiannya.
5.2 Bahasa
Peserta pidato akan diadili dari segi bahasa yang jelas, baku (struktur dan sebutan), gaya bahasa yang berkesan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.
5.3 Penyampaian dan Persembahan
Peserta pidato akan diadili dari segi persembahan yang lancar, kesesuaian nada, meyakinkan, gaya yang menarik dan susunan isi yang tertib. Peserta WAJIB memberi salam dan kata-kata aluan sebelum memulakan pidato. Lima markah maksimum akan dipotong jika peserta tidak memberi salam/kata-kata aluan atau menyentuh isu sensitive serta menunjukkan pelakuan/tutur kata yang kurang sopan.
Top Related