NO. MATRIKULASI : 710302025120001
NO. KAD PENGENALAN : 710302-02-5120
NO. TELEFON : 0195722371
E-MEL : [email protected]
NAMA TUTORS DR LEE SENG SENG
PUSAT PEMBELAJARAN : PERAK LEARNING CENTRE
FAKULTI BAHASA MELAYU
SEMESTER 2 MEI 2011
HBEF3203
PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN
ISI KANDUNGAN
BIL MUKA SURAT
1.0 Pengenalan
1.1 Objektif Pengajaran
1.2 Pengukuran
1.3 Penilaian
1.4 Pengujian
2.0 Jenis Ujian
2.1 Objektif
2.2 Subjektif
2.3 Langkah langkah Pembinaan Ujian
2.4 Tujuan Ujian
3.0 JPU /JSU
4.0 Rekod Keputusan Ujian / Tadbir Ujian
4.1 Indeks Kesukaran Item
4.1.1 Contoh Pengiraan Item
4.1.2 Analisa Jawapan Ujian
4.1.3 Analisa Indeks Kesukaran
4.1.4 Ulasan Analisa Indeks Kesukaran
4.2 Indeks Diskriminasi
4.2.1 a) 27% Pencapaian Tertinggi
b) 27% Pencapaian Terendah
4.2.2 Contoh Pengiraan
4.2.3 Analisa Indeks Diskriminasi
4.2.4 Ulasan Analisa Indeks Kesukaran
5.0 Kesimpulan / Rumusan
6.0
7.0
Rujukan
Lampiran A) Bahagian Sukatan Pelajaran yanh dipilih
B) JPU
C) Kertas Soalan
D) Skema Pemarkahan
E) Tiga Sampel Jawapan Murid
F) Item-item Yang Diubahsuai
1.0 Pengenalan
Pengujian , pengukuran dan penilaian adalah salah satu bahagian dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Ketiga-tiga konsep, walaupun mempunyai tafsiran berbeza dari segi
pengertian, tujuan dan ciri-ciri, sememangnya ada kaitan rapat dengan proses
pelaksanaan.Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu sistem pendidikan yang
sangat berkesan bagi melihat pencapaian murid.
1.1 Objektif Pengajaran
Objektif pengajaran adalah perubahan tingkah laku pelajar yang ingin dicapai oleh guru
dalam satu-satu proses pembelajaran. Perubahan ini boleh dicapai melalui aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang dirancang dengan baik. Setiap perubahan atau kemajuan pelajar itu
perlu dinilai dari semasa ke semasa.
Penilaian berterusan akan menentukan tahap keberkesanan pengajaran guru dan
pembelajaran pelajar atau murid. Kemajuan pelajar perlu dinilai dari semasa ke semasa. Ini
jelas menunjukkan wujudnya hubungan antara objektif pengajaran , pengujian, pengukuran
dan penilaian.
1.2 Pengukuran
Pengukuran ialah satu proses atau sistem yang digunakan untuk menentukan nilai kuantitatif
sesuatu benda, perkara atau keadaan. Nilai kuantitatif ini biasanya dinyatakan dalam sesuatu
unit angka yang tetap dengan menggunakan alat pengukuran yang berkaitan.
Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pengukuran merangkumi segala aspek
pengujian, termasuk penggunaan skel ordinal atau skel selang.Ringkas kata, skel ordinan
digunakan berdasarkan prestasi atau pencapaian mereka. Skel selang yang meliputi markah
dan gred, digunakan unutk menentukan peringkat pencapaian di antara pelajar.
1.3 Penilaian
Di dalam buku Education Evaluation and Decision Making yang disuntingoleh D.
Stufflebean, penilaian ditakrifkan sebagai proses menentukan, mendapatkan dan memberikan
maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan
selanjutnya.Penilaian adalah satu proses yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam
mentafsir hasil pengukuran. Tujuan penilaian ialah unutk memberi maklumat tentang
pencapaian akademik, kemahiran dan sikap.
1.4 Pengujian
Mengikut R. M. Gagne dalam bukunya The Conditions of Learning, pengujian ialah suatu
cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang individu. Di dalam
kelas, pengujian ini digunakan untuk mengukur perubahan tingkah laku yang berkaitan
dengan aktiviti pembelajaran pelajar-pelajar.
Dalam melaksanakan penilaian, guru perlu membuat ujian terlebih dahulu. Terdapat
beberapa kriteria dalam pembinaan ujian. Untuk menggubal sesuatu kertas ujian, ia perlu
mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan antaranya ialah ujian yang hendak ditadbir
sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran. Ini dibuat untuk memastikan para pelajar
diuji dengan menggunakan soalan-soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran atau
objektif pengajaran.
2.0 Jenis Ujian
Di dalam sekolah, pelbagai jenis ujian digunakan untuk membuat penilaian sama ada penilaian
formatif atau penilaian sumatif. Pada dasarnya jenis-jenis ujian ini adalah dirangka dengan
tujuan mengesan penguasaan, kemajuan dan pencapaian pelajar tentang sesuatu bidang
pelajaran. Jenis-jenis ujian ini tidak terlepas daripada ciri-ciri yang terkandung dalam ujian
rujukan norma atau rujukan kriteria.
Ujian yang digunakan untuk menentukan pencapaian murid dijalankan dengan cara ujian
bertulis. Jenis ujian bertulis bertulis boleh dibahagikan kepada dua sahaja:
i) Ujian Objektif / Aneka Pilihan
ii) Ujian Subjektif
2.1 Ujian Objektif
Ujian objektif bermaksud item yang soalan yang mempunyai jawapan yang tepat, tertentu
atau spesifik. Ujian yang dijalankan adalah untuk menguji pengetahuan, kefahaman, aplikasi
analisis, sintesis dan penilaian. Soalan item bagi ujian objektif boleh dibahagikan kepada
empat iaitu:
i) Soalan aneka pilihan jawapan secara tepat, soalan sukar dibina dan dijawab tetapi
mudah diperiksa.
ii) Item Betul / Salah - sesuai digunakan untuk menguji fakta yang menghendaki
Pelajar menentukan sama ada pernyataan yang diberikan adalah
betul atau salah.
iii) Item mengisi ruang kosong amat sesuai digunakan untuk menguji fakta yang
menghendaki pelajar memberi jawapan pendek yang
tepat.
iv) Item Padanan sesuai untuk mengukur kefahaman dan keupayaan pelajar mengaitkan
fakta konsep.
2.2 Ujian Subjektif
Ujian subjektif pula dikenali sebagai ujian esei, boleh ditakrifkan sebagai ujian esei,
boleh ditakrifkan sebagai ujian yang memerlukan calon memberi jawapan dalam bentuk
perkataan atau karangan dengan tulisan sendiri. Jawapan tersebut boleh dinyatakan dalam
satu ayat, perenggan atau karangan yang lengkap.
Ujian subjektif adalah sesuai digunakan untuk menguji kefahaman dan kemahiran menyusun
idea dan pendapat calon mengenai sesuatu topik dalam mata pelajaran yang telah dipelajari.
Ciri utama ujian subjektif ialah memberi kebebasan calon menjawab soalan, iaitu calon bebas
memilih, merancang dan menyusun isi jawapan mengikut pendapat dan idea sendiri.
2.3 Langkah langkah Pembinaan Ujian
Terdapat langkah-langkah yang telah disusun dengan teratur sebelum membina ujian agar
penggubal atau guru boleh melaksanakan ujian dengan baik. Langkah langkah tersebut
ialah:
1) Menyediakan Jadual Penentu Ujian / Jadual Spesikasi Ujian.
2) Menulis item / soalan ujian
3) Menyemak item / soalan ujian
4) Menilai item / soalan ujian
Sebelum membina item / soalan, guru perlu menyediakan Jadual Penentu Ujian terlebih
dahulu. Ini adalah kerana Jadual Penentu Ujian dapat:
1. Mengelakkan ujian dibina secara sembarangan.
2. Menjamin Kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
3. Menjadi panduan kepada penggubal soalan
4. Menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.
5. Membolehkan ujian yang sama dibuat.
6. Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan yang lain.
2.4 Tujuan Ujian
Ujian ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang prestasi murid mengenai
pencapaian kemahiran yang telah mereka pelajari dalam satu-satu pelajaran.
Untuk tugasan kerja kursus ini saya memilih mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun empat
yang terdiri daripada 40 orang murid kelas 4 Terbilang. Soalan ujian yang dijalankan adalah
seperti di lampiran. Berdasarkan ujian itu dapatlah direkodkan keputusan markah ujian
seperti jadual 4.0.
3.0 Jadual Penentu Ujian (JPU)
Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan. Beberapa
pertimbangan perlu dibuat, seperti ujian yang hendak ditadbirkan sebaiknya mewakili
keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi komponen pengetahuan,
kemahiran dan sikap yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat untuk memastikan para
pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang releven dengan sukatan pelajaran atau
objektif pengajaran.
Menurut Kubiszyn dan Borich (2003), JPU adalah carta dua-hala yang mengaitkan objektif
pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini menyenaraikan objektif-objektif
pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar
dan ingin diukur.
Jadual penentu ujian menjadi panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang telah
diajar dan objektif pengajaran yang perlu dicapai oleh pelajar. Dengan menggunakan JPU
guru akan dapat membina item soalan yang merangkumi semua kandungan pengajaran yang
telah diajar. Dalam pembinaan JPU, terdapat empat (4) langkah perlu diambil kira;
a) Mengkaji sukatan pelajaran
b) Menganalisis objektif pengajaran
c) Menentukan jenis soalan dan
d) Menentukan bilangan soalan
4.0 Jadual / Rekod Keputusan Ujian Tahun Empat
Bil Nama Pelajar No Item MarkhBah A
MarkhBah B
JumlahMrkh
No Item 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20Jawapan betul C B C B A A C B D C D A C A B B A C D C 50 30 100
1 Qamarina C B C B A A C B D A D A C A B B A A D C 45 24 862 Firdaus Wahid C B C B A A C B D A D A C A B B A A D C 45 22 843 Firdaus Fazli C B C B A A C B D A D A C A B B A C D C 45 22 844 Asyiratul C B C B A A C B D A D A C A B B A D D C 45 22 845 Atasha C B C B A A C B D A D A C A B B B A D C 45 22 846 Eizral C B C B A A C B D A D A C C B B A A D C 45 22 847 Shakira Afiqah C B C B A A C B C A D A C A B B A A D C 43 22 818 Dayana C B C B A A C B D A B A B C B B A A D C 38 22 759 Siti Sarah C B C B A A C C D A D C B A B B A D D C 38 22 75
10 Rushaida C B A B A A C B D C D C B C B B A D D C 38 22 7511 Nur Adriana A B C B A A C C D A D C C C B B D D D C 33 18 6412 Anis Atheerah C B C B A A C B D A B C B C B B A D A B 33 18 6413 Syafawati A B C B A C C C D A D A C D B B D D A C 33 18 6414 Afif Farhan A B B B A C A B D C A A C C A B A C D C 33 18 6415 Fatin Sakira C B A B A A A B D A B A C A B B A A D A 33 18 6416 Fatihah A B A B A A A B C A D A C D D B B C D C 33 18 6417 Siti Fatimah C B B B A A A B D A B A C A D A A D D C 33 18 6418 Nur Iwani A B A B A A C C A A D A B C B B A C A C 33 18 6419 Haris Izham C B C C A A C B D A B A C B B B A D A C 33 18 6420 Asyraf Hakim C B C C A A C B A C D A C C D B B D A C 33 18 6421 Syazwina C B C B A A C B D A D A C C A A B A D C 33 18 6422 Diang C B C B A A C C D A D A C C D A A D A C 33 18 6423 Nur Umaira C B A B A C C B D A B A C A A A A D A B 30 16 5824 Nur Anisah C B A B A A C C D A D A C C B A D A A A 30 16 5825 Nur Zahra C B A B A A C D D A A A C A B A D D A B 30 16 5826 Zulfa Sofea C B A B A A C B D A D A B C B A D A A A 30 16 5827 Fizah Auni A B A B A A C C D A D A B A B A B A D B 30 16 5828 Maisara C B A B A A C C D A D A C C D A D D D C 30 16 5829 Nur Iffah C B A B A C C B D A B A C A D A B A D B 30 16 5830 Izzat Azri C B A B A A C D D A D A C D D A B B A C 30 16 5831 Ikram A B A B A B C B C C B D B A A A A D A C 25 14 4932 Nur Nadiah A B C B A B C C B A B D B A A A A C A B 23 14 4633 Khasyfee C B C B A A C C B A D A B A D A B A A B 23 14 4634 Dayana Fatini C B B B A B C C D C D A B D D B A A A B 23 14 4635 Danish C B A B A A A D D A B D C D B B A C D B 23 14 4636 Faeez Hakim A B D B A B A B B C C A C D A B A D D A 23 14 4637 Umi Humaira C B A B A A C D D A B D C D D B B A D C 23 14 4638 Fatin Nadia C B A B A A C D D A D A C A A A B D D B 23 14 4639 Nurul Aimaan C B C B A A A D B A D A B C B A A C D B 20 14 4340 Atif Ilman C B A B B B A D B A D A B D B C A C D B 20 14 43
Jumlah betul 31
40
19 39 39 31 32 22 29 6 26 32 27 17 23 25 25
7 25 24
Markah purata bahagian A = Jumlah markah = 2037= 51Jumlah murid 40
Markah purata bahagian B = Jumlah markah = 706 = 18Jumlah murid 40
4.1 Indek kesukaran item
(Bahagian A Soalan Objektif)
Sesuatu soalan yang digubal akan kita ketahui aras kesukarannya dengan menggunakan indeks
kesukaran untuk setiap soalan. Indeks ini dapat menunjukkan aras kesukaran sesuatu item, iaitu
sama ada sesuatu item itu mudah dijawab atau susah dijawab. Indeks ini dikira dengan
menggunakan nisbah bilangan calon yang memberi jawapan betul bagi item tertentu kepada
jumlah calon yang menjawab item tersebut .Pengiraannya adalah seperti persamaan berikut:
p = BILANGAN CALON YANG MENJAWAB BETUL
JUMLAH CALON YANG MENJAWAB
Nilai (p) Pengkelasan Item
0.00 0.20 Terlalu Sukar
0.21 0.40 Sukar
0.41 0.60 Sederhana sukar
0.61 0.80 Mudah
0.81 1.00 Terlalu mudah
Jadual Aras Kesukaran dan Pengkelasan Item
Berdasarkan analisa dan rekod ujian yang dijalankan kepada murid tahun 4 Terbilang (40 orang
murid). SK. Kpg. Dato Seri Kamaruddin, Seri Manjung, disediakan Indek Kesukaran dan
seterusnya Indek Diskkriminasi.
4.1.1 Contoh Pengiraan Indeks Kesukaran: (Item Objektif)
P = Bilangan calon jawapan betul
Jumlah calon
1. Item 1 soalan 17
P = 33 = 0.8
40
Item kesukaran , nilai p adalah 0.8, menunjukkan item yang dijawab dengan betul oleh 80%
pelajar, item ini dikelaskan aras mudah.
2. Item 2 soalan 8
P = 25 = 0.6
40
Item kesukaran, nilai p adalah 0.6. menunjukkan item yang dijawab dengan betul oleh
60% pelajar, item ini dikelaskan aras sederhana.
3. Item 3 soalan 14
P = 22 = 0.55
40
Item kesukaran, nilai p adalah 0.4, menunjukkan item yang dijawab dengan betul oleh
40% pelajar, item ini dikelaskan aras sukar.
4.1.2 Analisa Indeks Kesukaran Item Objektif
Item Bilangan Menjawab
Betul (n)
Indeks
Kesukaran Item (P)
Pengkelasan
Item
Keputusan
1 31/40 0.78 Mudah Terima
2 40/40 1.00 Terlalu mudah Ubah suai
3 19/40 0.48 Sederhana sukar Terima
4 39/40 0.98 Terlalu mudah Ubah suai
5 40/40 1.00 Terlalu mudah Ubah suai
6 31/40 0.78 Mudah Terima
7 32/40 0.80 Mudah Terima
8 22/40 0.55 Sederhana sukar Terima
9 31/40 0.78 Mudah Terima
10 6/40 0.15 Terlalu sukar Ubah suai
11 26/40 0.65 Mudah Terima
12 32/40 0.80 Mudah Terima
13 27/40 0.80 Mudah Terima
14 17/40 0.42 Sederhana sukar Terima
15 23/40 0.58 Sederhana sukar Terima
16 23/40 0.58 Sederhana sukar Terima
17 24/40 0.6 Sederhana sukar Terima
18 7/40 0.18 Terlalu sukar Ubah suai
19 25/40 0.62 Mudah Terima
20 24/40 0.60 Sederhana sukar Terima
Jadual di atas adalah Analisa Indeks Kesukaran berdasarkan item yang telah diuji ke atas 40
orang murid murid Tahun 4 Terbilang, Sekolah Kebangsaan Kpg. Dato Seri Kamaruddin.
Indeks Kesukaran Item Subjektif
Contoh Pengiraan item subjektif:
Indeks kesukaran item (p) = Markah Purata____
Julat Markah Penuh
Markah Purata = Jumlah Markah = 206 = 20.6
Jumlah Pelajar 10
Julat Markah Penuh = Markah Maksimum Markah Minimum = 30 0 = 30
Indeks Kesukaran = Markah Purata__ = 20.6 = 0.69 = 69%
Julat Markah Penuh 30
Jumlah Markah: Bahagian B
= 15 x 2 = 30
Berbeza daripada indeks kesukaran item objektif, indeks kesukaran item subjektif
menggambarkan markah purata bagi sesuatu item dalam peratus. Contohnya, markah purata
20.6 (daripada 10) ialah 69%.
4.1.3 Ulasan Analisa Item Indeks Kesukaran
Berdasarkan analisa tersebut didapati item 4 dan 5, indeks kesukarannya 0.98 1.00
merupakan aras yang terlalu mudah sehingga hampir semua pelajar menjawab dengan
betul dan perlu diubahsuai. Item 10 da 17 juga perlu diubah suai kerana soalannya terlalu
sukar, hanya 6 -7 orang yang menjawab betul. Item lain yang berada dalam kategori
mudah, sederhana dan sukar, ia akan disimpan terus ke dalam bank soalan dan digunakan
pada bila-bila masa dikehendaki. Aras kesukaran ini ada yang tidak sama dengan JPU.
Soalan yang dikira sukar dalam JPU, apabila ditadbirkan menjadi aras mudah kerana
Pelajar P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8 P9 P10 Jumlah
Markah 24 22 22 22 22 22 18 18 18 18 206
pelajar ramai yang dapat menjawabnya. Begitu juga dengan soalan yang dikira sederhana
arasnya dalam JPU, contoh dalam item 10 menjadi terlalu sukar apabila ditadbirkan kerana
ramai yang tidak dapat menjawabnya.
4.2 Indeks Diskriminasi
Melalui item soalan yang baik kita akan dapat membezakan atau mendiskriminasikan antara
pelajar yang berkeupayaan rendah dan berkeupayaan tinggi. Indeks yang digunakan untuk
menentukan keupayaan pelajar ini ialah indeks diskriminasi item. Untuk menentukan Indeks
diskriminasi item tersebut kita boleh mengira melalui langkah-langkah Mehrens & Lemann,
Contoh pengiraan indeks diskriminasi item;
20 orang murid mengambil ujian ini, iaitu 10 orang murid berpencapaian tinggi (Ru) dan 10
orang murid berpencapaian rendah (RL). Bagi soalan 1, 10 orang murid berpencapaian tinggi
menjawab dengan betul (Ru = 10). Seterusnya 8 orang murid berpencapaian rendah menjawab
dengan betul (RL = 8). Jumlah murid berpencapaian tinggi dan rendah ialah 20 orang ( T(L+U) =
10 + 10 = 20 ). Indeks diskriminasi boleh dikira seperti berikut;
Indeks Diskriminasi : D = Ru - RL
(Tu + TL)
Jadual Aras Diskriminasi dan Pengkelasan Item
Nilai (D) Pengkelasan Item
0.00 0.10 Tidak baik
0.11 0.20 Kurang baik
0.21 0.30 Sederhana baik
0.31 0.40 Baik
0.41 1.00 Sangat baik
4.2.1 a) Jadual 27% (10 orang) Pencapaian Jadual Pelajar Tertinggi
Keputusan 27% (10 orang) Pencapaian Tertinggi Soalan Objektif
4.2.1 b) Jadual Keputusan 27% (10 orang) Pencapaian Terendah Soalan Objektif
Bil Nama Pelajar No Item1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 1
415 16 17 18 19 20
1 Qamarina x x2 Firdaus Wahid x x3 Firdaus Fazli x4 Asyiratul x x5 Atasha x x x6 Eizral x x x7 Shakira Afiqah x x8 Dayana x x x x x9 Siti Sarah x x x x
10 Rushaida x x x xJumlah betul 10 10 9 10 10 10 10 9 10 1 9 8 7 7 10 10 9 3 10 10
Bil Nama Pelajar No Item1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
1 Ikram x x x x x x x x x x x2 Nur Nadiah x x x x x x x x x x x x3 Khasyfee x x x x x x x x x4 Dayana Fatini x x x x x x x x x x5 Danish x x x x x x x x6 Faeez Hakim x x x x x x x x x x7 Umi Humaira x x x x x x x x x x8 Fatin Nadia x x x x x x x x9 Nurul Aimaan x x x x x x x10 Atif Ilman x x x x x x x x x x x x
Jumlah betul 7 10 3 10 9 5 6 2 4 3 5 6 4 4 3 4 6 4 6 1
Berdasarkan Ujian yang dijalankan ke atas murid empat Terrbilang yang terdiri daripada (40
orang murid dapat dikategorikan seperti berikut:
Bilangan pelajar 1 hingga 10 merupakan pelajar berpencapaian tinggi. (RL)
Bilangan pelajar 11 hingga 30 merupakan pelajar berpencapaian sederhana
Bilangan pelajar 31 hingga 40 merupakan pelajar berpencapaian rendah.(Ru)
Jumlah pelajar : 40 orang
Pelajar berpencapaian tinggi (Tu) = 10 orang
Pelajar berpencapaian rendah (TL) = 10 orang
Ru : Jawab betul (Pelajar berpencapaian tinggi)
Rl : Jawab betul (Pelajar berpencapaian rendah)
4.2.2 Contoh Pengiraan: Indeks Diskriminasi : D = Ru - RL
(Tu + TL)
Item 1 soalan 10 (soalan objektif)
Item 1
Pilihan Jawapan
A B C* D
Kumpulan Berpencapaian Tinggi (Tu) 9 0 1 0
Kumpulan Berpencapaian Rendah (TL) 7 0 3 0
* Jawapan betul
D = 1 3__ = -2 = -0.2
(10+10)
Indeks Diskriminasi bernilai -0.2 dikelaskan tidak baik. Ini menunjukkan pelajar
berpencapaian rendah lebih ramai dapat menjawab dengan betul daripada pelajar
berpencapaian tinggi. Soalan ini dikatakan tidak baik kerana ia secara songsang membezakan
pelajar pandai daripada pelajar lemah. Justeru, Pembina soalan perlu memperbaiki atau
menggantikan soalan yang mempunyai Indeks Diskriminasi Rendah atau negatif.
Item 2 soalan 18(soalan objektif)
Item 2
Pilihan Jawapan
A B C* D
Kumpulan Berpencapaian Tinggi (Tu) 6 0 1 3
Kumpulan Berpencapaian Rendah (Tl) 3 0 4 3
* Jawapan betul
D = 1 4_ = -2 = -0.3
(10+10) 10
Indeks Diskriminasi bernilai -0.2 dikelaskan tidak baik. Ini menunjukkan pelajar
berpencapaian rendah lebih ramai dapat menjawab dengan betul daripada pelajar
berpencapaian tinggi. Soalan ini dikatakan tidak baik kerana ia secara songsang membezakan
pelajar pandai daripada pelajar lemah. Justeru, Pembina soalan perlu memperbaiki atau
menggantikan soalan yang mempunyai Indeks Diskriminasi Rendah atau negatif.
Item 3 soalan 14(soalan objektif)
Item 3
Pilihan Jawapan
A* B C D
Kumpulan Berpencapaian Tinggi (Tu) 7 3 0 0
Kumpulan Berpencapaian Rendah (Tl) 4 0 1 5
* Jawapan betul
D = 7 4_ = 3 = 0.3
(10+10) 10
Indeks Diskriminasi bernilai 0.3 dikelaskan sederhana baik. Ini menunjukkan pelajar
berpencapaian tinggi lebih ramai dapat menjawab dengan betul daripada pelajar
berpencapaian rendah. Soalan ini dikatakan sederhana baik kerana dapat membezakan pelajar
berpencapaian tinggi atau pandai daripada pelajar berpencapaian rendah atau lemah.
4.2.3 Analisa Indeks Diskriminasi Item
Jadual menunjukkan analisa Indeks Diskriminasi terhadap item.Berdasarkan jadual di atas,
Indeks Diskriminasi baik dan item yang diberi boleh diterima oleh semua pelajar.
Item Jawapan betul
Pencapaian Tinggi
(Right Upper) Ru
Jawapan betul
Pencapaian Rendah
(Right Lower) RL
D=Ru RL
(TL + Tu)
Pengkelasan Keputusan
1 10 7 0.30 Sederhana baik Terima
2 10 10 0.00 Tidak baik Ubahsuai
3 9 3 0.60 Sangat baik Terima
4 10 10 0.00 Tidak baik Ubahsuai
5 10 9 0.10 Tidak baik Ubahsuai
6 10 5 0.50 Sangat baik Terima
7 10 6 0.40 Baik Terima
8 9 2 0.70 Sangat baik Terima
9 10 4 0.60 Sangat baik Terima
10 1 3 -0.20 Tidak baik Ubahsuai
11 9 5 0.40 Baik Terima
12 8 6 0.20 Kurang baik Terima
13 7 4 0.30 Sederhana baik Terima
14 7 4 0.30 Sederhana baik Terima
15 10 3 0.70 Sangat baik Terima
16 10 4 0.60 Sangat baik Terima
17 9 6 0.30 Sederhana baik Terima
18 3 4 -0.10 Tidak baik Ubahsuai
19 10 6 0.40 Baik Terima
20 10 1 0.90 Sangat baik Terima
4.2.4 Ulasan Analisa Indeks Diskriminasi
Berdasarkan jadual analisa indeks Diskriminasi, secara keseluruhan set kertas soalan atau
item yang dibina adalah baik kerana mengandungi hanya 25% di aras diskriminasi (0.00
0.10) dan 10% di aras kurang baik (0.11 0.20). Lebih daripada separuh iaitu (0.11 0.20).
Lebih daripada separuh iaitu 65%, di mana 10% soalan sederhana baik, 30% soalan baik dan
25% adalah yang sangat baik.
5.0 Kesimpulan / Rumusan
Penilaian atau pengujian memerlukan beberapa proses sistematik dari awal hingga akhir.
Dengan adanya langkah-langkah yang sistematik akan terbentuknya satu set ujian yang
berkuliti. Ini adalah kerana member ujian adalah sebahagian dari proses pengajaran dan
pembelajaran. Dalam mengendalikan ujian guru mestilah mengenal pasti soalan-soalan yang
dibina menepati objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan.
Berdasarkan jadual analisa indeks kesukaran dan indeks diskriminasi didapati soalan yang
dibina adalah baik dan sesuai untuk digunakan oleh pelajar bagi tujuan pengujian. Ini kerana
indeks tersebut tidak menunjukkan indeks kesukaran / perbezaan yang melampau.
(3969 Patah perkataan)
6.0 Rujukan
Azizi Ahmad. ( 2011). HBEF3203 Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan.
Selangor Darul Ehsan: Open University Malaysia.
Curriculum Development Centre,. (2006). Integrated Curriculum For Primary
Schools. Putrajaya: Curriculum Development Centre, Ministry of Education
Malaysia.
Lee Shok Mee & Mok Soon Sang. (1989). Pengujian dan Penilaian Dalam
Pendidikan. Subang Jaya: Kumpulan Budiman, Sdn. Bhd.
Lim Guat Ping. (2009). Topikal Practice Mathematics Year 6. Selangor Darul Ehsan:
Pelangi Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. (2003). Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 4.
Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Wee E.L. & Rohana A. (2009). Replika Soalan UPSR 3G Mathematics. Selangor
Darul Ehsan: Marshall Cavendish (Malaysia)Sdn. Bhd.
Top Related