KEKUATAN OTOT.
1. PENGENALAN
Kekuatan merupakan faktor yang paling penting dalam prestasi
kemahiran fizikal (Johnson & Nelson, 1986). Pengekalan tahap kekuatan yang
secukupnya dapat memberi sumbangan terhadap kesihatan dan
kesejahteraan seseorang sepanjang hayat. Pencapaian prestasi yang tinggi
bagi seseorang atlet bergantung kepada kualiti fizikal yang dimiliki dan
diantaranya ialah kekuatan. Setiap perlakuan sama ada larian, lompatan,
balingan dan pergerakan anaerobik yang lain memerlukan tahap kekuatan
tertentu untuk mengatasi sebarang rintangan sama ada dari luaran atau
dalaman seseorang atlet. Keperluan kepada tahap kekuatan ini adalah untuk
menghasilkan satu pencapaian yang optimum. Kekuatan juga penting untuk
mencegah kecederaan yang mungkin akan menjejaskan program senaman
anaerobik.
2. DEFINISI KEKUATAN OTOT
Kekuatan didefinisikan oleh O’Shea (1976) sebagai fungsi otot rangka
dan keupayaan untuk menghasilkan daya atau kuasa otot. Manakala Johnson
& Nelson (1976) mendefinisikan kekuatan sebagai kuasa otot yang dikenakan
terhadap objek yang boleh digerakkan. Singer (1980), pula berpendapat
bahawa kekuatan adalah merupakan keperluan yang asas bagi semua lakuan
motor tetapi ianya sangat berbeza di antara satu aktiviti dengan aktiviti yang
1
lain. Perbezaan dari segi kekuatan ini adalah kerana setiap aktiviti melibatkan
otot atau sekumpulan otot tertentu sahaja.
Kirkley & Goodbody (1985), pula mendefinisikan kekuatan sebagai
keupayaan otot menggunakan daya untuk menentang rintangan. Wilmore
(1982), menyatakan bahawa kekuatan adalah sebagai keupayaan maksimum
bagi menggunakan dan menentang daya. Fox & Mathews (1981), pula
berpendapat bahawa kekuatan merupakan jumlah daya yang dihasilkan oleh
sekumpulan otot untuk mengatasi rintangan. Keupayaan daya untuk
mengatasi sesuatu rintangan ini boleh dijadikan sebagai satu petunjuk kepada
kekuatan otot dalam sesuatu perlakuan seperti larian pecut, melompat dan
membaling. Dalam larian pecut misalnya, ketinggian dan kelajuan atlet
ditentukan oleh faktor anthropometric iaitu panjang jangkauan kakinya yang
memerlukan kekuatan otot hasil daripada keupayaan daya untuk mengatasi
rintangan bagi mendapatkan kuasa.
Menurut Safrit (1981), Fleishman (1980) menyatakan bahawa kuasa
sebenarnya adalah kekuatan semerta kerana kekuatan hanyalah salah satu
komponen yang menentukan kuasa. Menurut Safrit lagi, Huesner (1979)
menyatakan bahawa kekuatan statik adalah sebagai penggunaan daya yang
maksimum untuk dikenakan kepada sesuatu benda yang berada dalam
keadaan pegun, kekuatan dinamik pula adalah pergerakan beban yang
maksimum kepada jarak tertentu dari sendi anggota. Glen Sefcik menyatakan
bahawa kekuatan adalah keupayaan untuk mengaplikasi kuasa sebagai
(F=Mass x Acceleration). Setiap kali langkah-langkah di laksanakan
2
bertepatan dengan kapasiti kerja, fleksibiliti dan koordinasi maka aplikasi
prinsip kekuatan dapat dihasilkan dengan berkesan.
Fox & Mathews (1981), pula menyatakan bahawa kekuatan otot
merupakan kuasa atau ketegangan satu otot atau sekumpulan otot terhadap
sesuatu rintangan dalam satu usaha maksimum. Terdapat beberapa jenis
penguncupan otot. Diantaranya ialah isotonik, isometrik, dan isokinetik.
Berdasarkan pengertian dan definisi yang diperolehi dari pelbagai sumber
dapatlah dirumuskan bahawa kekuatan mempunyai hubungkait yang rapat
dengan proses penguncupan otot dan ia merupakan salah satu komponen
kecergasan fizikal yang amat penting dan perlu untuk melakukan aktiviti-aktiviti
seharian serta kemahiran sukan.
Kemampuan otot untuk mengatasi rintangan yang menunjukkan
kekuatan adalah perlu untuk membantu pencapaian perlakuan motor yang
diharapkan. Kekuatan otot yang maksimum adalah penting bagi seseorang
atlet muda dalam apa jua bidang sukan sebagai asas kecergasan fizikal dalam
menentukan pencapaian prestasi yang tinggi. Berdasarkan kenyataan ini
pendekatan program latihan yang saintifik, sistematik dan teliti perlu disusun
bagi mancapai maksud tersebut.
Justeru itu latihan bebanan adalah merupakan salah satu program
latihan yang dapat membina dan mengekalkan kekuatan otot. Menurut
O’Shea (1976), Russ Hodge, Johan Kebangsaan AAU bagi Dekathlon
menyatakan “ Weight training is a must for all athletes, it has enabled me to
gain sufficient strength to compensate for lack of skill in some events” (m.s.
82).
3
Frank W. Dick (1980), mengklasifikasikan jenis kekuatan kepada tiga
bahagian:
a) Kekuatan maksimum.
b) Kekuatan elastik dan
c) Kekuatan dayatahan.
Beliau turut mencadangkan beberapa pendekatan untuk mengukur kekuatan
iaitu:
a) Untuk mengukur kekuatan maksimum, gunakan dinamometer.
b) Untuk mengukur kekuatan elastik, gunakan cara lompat menegak
dan berdiri lompat jauh.
c) Untuk mengukur kekuatan dayatahan, gunakan cara ulangan
maksimum dalam suatu tempoh masa atau selama mana seseorang
subjek dapat mengekalkan sesuatu kedudukan statik.
Beberapa kajian lampau menunjukkan bahawa dengan bertambahnya
komponen kekuatan melalui latihan bebanan isotonik dan isometrik,
komponen-komponen kecergasan lain juga akan turut bertambah. Kajian oleh
Johnson (1964) dan Meadow (1959) telah membuktikan bahawa latihan
isotonik dan isometrik akan menambah kecepatan pergerakan dan
memendekkan masa tindakbalas. Terdapat juga kajian yang menunjukkan
latihan bebanan yang sistematik boleh meningkatkan prestasi kuasa. Dua
kajian lagi menunjukkan bahawa penambahan kekuatan statik dan kekuatan
dinamik akan menambah kuasa kaki dengan berkesan. Ini membuktikan
bahawa komponen kekuatan merupakan satu faktor yang penting dalam
pengukuran kuasa otot. Terdapat kajian lain yang menunjukkan bahawa
4
dengan penambahan kekuatan otot, kelembutan dan ketangkasan juga
bertambah baik.
Berdasarkan penjelasan tersebut membuktikan bahawa untuk
mencapai kekuatan otot yang tertentu memerlukan program latihan bebanan
yang sistematik lagi teliti. Kualiti asas fizikal yang menekankan kepada
kekuatan sebagai aspek yang penting dalam olahraga untuk mendapatkan
kuasa, selalunya tidak diberi penekanan yang serius dalam program latihan.
Ketidakmampuan untuk mencapai tahap yang lebih cemerlang selalu dijadikan
pengukuran kegagalan program latihan keseluruhannya, tanpa melihat
keupayaan sebenar atlet dari segi kekuatan otot.
Pencapaian prestasi yang tinggi bagi seseorang atlit olahraga
bergantung sebahagiannya kepada kualiti-kualiti fizikal asas yang di milikinya
seperti kekuatan, stamina, kelajuan dan juga kelembutan. Justeru itu setiap
perlakuan sama ada larian pecut, melompat atau membaling memerlukan
tahap kekuatan tertentu untuk mengatasi sebarang rintangan sama ada dari
luar atau dalam. Keperluan kepada tahap kekuatan ini adalah untuk
menghasilkan satu pencapaian yang optimum. Kekuatan yang dimaksudkan
ini adalah merupakan kekuatan otot yang ada pada mana-mana bahagian
yang tertentu.
5
3. FUNGSI OTOT DI DALAM PERGERAKAN
3.1 Agonis
Kumpulan otot penggerak utama. Otot-otot utama menguncup untuk
menghasilkan pergerakan khusus. Tindakan agonis menghasilkan lebih daya
untuk pergerakan khusus. Cth: bisep brachii (fleksi lengan).
3.2 Antagonis
Kumpulan otot yang bertindak berlawanan dengan otot penggerak
utama. Bergerak serentak dengan otot agonis. Cth: trisep brachii (fleksi
lengan).
3.3 Sinergi
Kumpulan otot yang terlibat dalam sesuatu pergerakan bagi
menjalankan tugas sebagai pembantu untuk menstabilkan (stabilizer),
meneutralkan (neutralizer), dan menetapkan (fixator). Cth: brakioradialis,
bisep brachii dan brakialis (fleksi sendi siku).
4. PENGECUTAN-PENGECUTAN OTOT DAN PENGHASILAN DAYA
(KEKUATAN).
4.1 ISOMETRIK
6
Penguncupan yang menghasilkan daya tetapi tidak mengubah panjang
fiber otot semasa mengatasi rintangan yang statik.
Cth: menolak dinding dengan kedudukan siku bengkok. Dinding tidak
bergerak tetapi otot-otot trisep tidak dapat memendek untuk meluruskan siku.
Penguncupan otot trisep berlaku secara isometrik.
4.2 ISOTONIK
Bentuk penguncupan di mana fiber-fiber otot memendek bagi
menghasilkan daya mengatasi rintangan yang bergerak. Penguncupan
isotonik boleh berlaku secara konsentrik atau esentrik. Penguncupan
konsentrik melibatkan pemendekan fiber-fiber otot ketengah pusat pergerakan
contohnya penguncupan bisep semasa mengangkat “dumbell ”. Manakala
esentrik melibatkan pemanjangan fiber-fiber otot ke arah luar pusat
pergerakan. Ujian kekuatan isotonik yang dijalankan adalah seperti ujian
mendagu, pull up test, ujian bangkit tubi, bench press test, dip test, standing
vertical arm press test. Selain itu, Spring Scale Test juga digunakan untuk
mengukur kekuatan seperti ujian tarik atas kepala overhead pull test dan ujian
tolakan tangan ‘two hand push test’.
4.3 ISOKINETIK
Isokinetik adalah penguncupan otot pada kelajuan yang tetap
(iso – sama, kinetik – pergerakan) sepanjang masa pergerakan berlaku untuk
menghasilkan satu pengucupan isokinetik yang terkawal. Cybex II merupakan
7
mesin yang boleh memberi rintangan untuk mengukur kekuatan pelbagai
bahagian badan semasa melakukan pergerakan isokinetik. Pengukuran ini
membekalkan ukuran torque kumpulan otot bagi julat pergerakan aktif yang
memerlukan penguncupan otot yang maksimum.
Pada masa kini, pengukuran dan pengujian kekuatan isokinetik
semakin popular. Contohnya dalam persediaan klinikal untuk pemulihan
akibat kecederaan atau pembedahan. Selain itu ahli terapi fizikal dan
instruktor atlet juga menggunakan ujian isokinetik untuk menentukan
kesediaan atlit sebelum kembali menjalankan latihan dan pertandingan.
Begitu juga dalam latihan untuk meningkatkan kekuatan atau kelajuan.
4.4 KEKUATAN RELATIF DAN KEKUATAN MUTLAK
Kekuatan merupakan salah satu komponen dalam kecergasan
fizikal yang seharusnya dihubungkaitkan dengan setiap individu. Setiap
individu mempunyai berat, rupa dan ketinggian yang berbeza. Kenyataan ini
secara langsung menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai tahap
kekuatan yang berlainan. Sesungguhnya, pengukur kekuatan adalah berat
badan seseorang. Dengan itu kekuatan relatif dan kekuatan mutlak adalah
penting dalam menentukan kekuatan seseorang individu.
Kekuatan relatif dapat dijelaskan sebagai daya yang diusahakan
ke atas sesuatu objek atau beban dan ia berhubung kait dengan berat badan
seseorang atau ‘per unit of muscle cross – relation’. Manakala kekuatan
mutlak merujuk kepada jumlah daya maksimum yang dapat diusahakan iaitu
maksimum bilangan paun atau kilogram yang dapat diangkat. Sebagai
8
contoh, seorang yang berat badannya 100 kg. dapat mengangkat bebanan
seberat 250 kg., maka 2.5 kg. bagi setiap kilogram berat badannya
mempunyai kekuatan relatif yang lebih berbanding dengan seseorang yang
berat badannya 250 kg dapat mengangkat objek seberat 500 kg. atau 2 kg.
bagi setiap kilogram berat badannya tetapi mempunyai kekuatan mutlak yang
lebih.
Kesimpulannya kekuatan mutlak bermakna kemampuan otot
untuk mengatasi rintangan tanpa mengambil kira faktor lain manakala faktor
berat badan diambilkira dalam kekuatan relatif.
Kekuatan Relatif = Kekuatan Mutlak
Berat Badan
5 . CIRI-CIRI FISIOLOGI OTOT
5.1 Pengenalan
Otot adalah tisu yang paling banyak didapati di dalam badan.
Kira-kira 2/3 jumlah berat badan manusia terdiri daripada serat otot. Segala
aktiviti manusia samada bekerja atau bersukan bergantung kepada proses
penguncupan otot untuk membekalkan kuasa-kuasa gerakan. Tenaga
diperlukan untuk pergerakan otot. Tenaga dihasilkan sama ada dengan
penggunaan oksigen atau tanpa oksigen untuk membolehkan otot menukar
tenaga kimia kepada tenaga mekanikal. Kita haruslah memahami fungsi
sistem tenaga jenis-jenis otot dan unit motor dengan lebih jelas untuk
mengetahui tentang pergerakan otot dengan lebih mendalam.
9
5.2 Sistem Tenaga
ATP (Adenosine triphosphate) merupakan punca utama untuk
penguncupan otot dan ianya dibentuk oleh rangkaian phosphate bertenaga
tinggi. Uraian kumpulan phosphate dari ATP membekalkan tenaga sementara
kepada otot.
5.2.1 Sistem Tenaga Anaerobik Alaktik.
Terdapat kompaun bertenaga tinggi dalam otot yang dikenali
sebagai ‘creatine phosphate’ (CP). CP membekalkan punca sementara untuk
membentuk kembali ATP. Pindahan phosphate dari CP kepada ADP
(Adenosine Diphosphate) untuk membentuk kembali ATP yang akan diurai
semula bagi penghasilan tenaga dan ADP. Dalam menjalankan kerja atau
latihan yang mempunyai intensiti yang tinggi, proses tadi berterusan sehingga
kehabisan CP. Enzim yang bertanggungjawab dalam penguraian dan
pindahan untuk membentuk kembali ATP adalah ‘creatine kinase’ (CK).
Pembentukkan kembali ATP melalui proses akan kekal selama
kira-kira 4 hingga 5 saat sahaja apabila daya yang digunakan adalah
maksimum. Ditambah dengan tenaga 1 hingga 2 saat tenaga yang ada di
dalam otot ia menjadi kira-kira 7 saat tenaga yang diperlukan. Proses ini
dikenali sebagai sistem tenaga kerja alaktik.
5.2.2 Sistem Tenaga Anaerobik Laktik (Glycolysis).
Proses ini melibatkan uraian glikogen atau glukos dalam
keadaan anaerobik, untuk menghasilkan tenaga dan laktik serta ion hidrogen.
10
Ion hidrogen menjadikan otot berasid dan dengan itu menghentikan sistem ini.
Untuk setiap laktik yang dihasilkan akan membentuk satu ion hidrogen. Ini
berlaku dalam sitoplasma otot dan tindakkan kimianya adalah seperti berikut:
Glukose + 2P * 2ADP 2ATP + 2 Laktik + 2 h+
Pembentukkan laktik bukan semestinya untuk bekalan tenaga
tetapi sebagai stor hidrogen untuk memastikan sistem bekalan tenaga ini
berjalan dengan baik. Dalam keadaan anaerobik, penempuan ion hidrogen
merupakan faktor yang menghadkan lakuan dan juga merupakan punca utama
kelesuan atau keletihan. Tubuh manusia mempunyai sistem tersendiri di
mana bahan penumpuan laktik akan memberhentikan sistem anaerobik itu
selepas 40 hingga 50 saat bekerja pada tahap yang maksima.
5.2.3 Sistem Tenaga Aerobik
Intensiti gerakkerja akan menentukan sistem yang mana dicabar
dan penghasilan ATP untuk penguncupan otot. Dalam sistem aerobik
‘pyruvate’, hasil dari glikogen, glukos dan asid lemak ditukarkan kepada
Acetyle CoA, yang kemudiannya dioksidakan kepada karbon dioksida dan air.
Oksida Acetyle CoA berlaku dalam kitaran krebs dan sistem pengangkutan
elektron yang terdapat dalam mitokondria sel otot. Untuk membolehkan
sistem ini menjalankan fungsinya ia memerlukan oksigen. Walaupun semua
sistem tenaga akan digerakkaan atau dihidupkan serentak, ia berdasarkan
‘progressive recruitment’ apabila sesuatu sistem itu tercabar lebih, sistem yang
11
lain akan mengambil alih peranan pula. Juga boleh dikatakan, keperluan
untuk tenaga akan menentukan sistem tenaga yang mana akan dikehendaki
dan otot-otot akan mengubahsuai kepada sistem tenaga berkenaan.
5.3 Jenis-Jenis Otot
Terdapat dua jenis otot dalam tubuh manusia iaitu otot gerak laju
(fast twitch muscle) atau fiber otot putih yang mempunyai tempoh
penguncupan dan pengenduran yang pendek berbanding dengan otot-otot
gerak perlahan (slow twitch muscle) atau fiber otot merah. Jika persediaan
otot terpencil dirangsangkan dengan rangsangan tunggal melalui saraf
motornya, otot itu menguncup dan satu urutan penguncupan berlaku. Urutan
ini dikenali sebagai sentak otot.
Sentak otot terbahagi kepada tiga fasa, iaitu tempoh pendek,
tempoh penguncupan dan tempoh pengenduran. Tempoh pendam
menandakan masa yang diambil untuk impuls bergerak melalui saraf sehingga
pengaktifan mekanisma penguncupan otot. Biasanya tempuh ini memakan
masa lebih kurang 5 hingga 10 milisaat. Kira-kira 30 hingga 40 milisaat untuk
daya penguncupan memuncak dan 50 hingga 60 milisaat untuk pengenduran
sepenuhnya berlaku.
Pada umumnya corak urutan penguncupan hingga pengenduran
adalah serupa untuk semua otot rangka dalam badan, tetapi tempohnya
bergantung kepada jenis otot berkenaan.
12
5.4 Unit Motor
Unit motor merupakan elemen asas berfungsinya otot rangka.
Setiap unit motor terdiri daripada satu saraf motor dan serat-serat motot yang
disarafinya. Kehadiran impuls di dalam satu saraf motor akan menyebabkan
semua serat otot dalam unit motor tersebut menguncup. Saiz sesuatu unit
motor, iaitu jumlah serat otot yang disarafi oleh satu saraf motor ditentukan
oleh fungsi otot tersebut. Pemilihan pergerakan dilakukan oleh CNS (central
nervous system), bila impuls dari CNS untuk penguncupan sampai ke
sacrolemma serat otot, ia akan bergerak dengan pantas ke semua sacrome.
Di dalam semua sacrome terdapat satu sistem yang di kenali sebagai
retikulum sakroplasmik. Retikulum sakroplasmik ini mengandungi ion
kalsium. Apabila impuls sampai ion kalsium akan dibebaskan dan ini akan
memulakan reaksi enzim dengan miosin yang mana mengakibatkan
penguraian ATP ke ADP dan menghasilkan tenaga. Kekuatan bergantung
kepada banyaknya unit motor yang direkrut, lebih banyak pengrekrutan unit
motor lebih banyak daya dihasilkan. Keadaan ini dikawal oleh tendon golgi
yang mana akan mengawal otot dari menggunakannya secara maksimum
untuk mengelakkan otot daripada cedera. Keadaan ini dikenali sebagai
kawalan autogenik
6 . PERBEZAAN KEKUATAN OTOT DENGAN DAYATAHAN OTOT
Setelah meneliti definisi kekuatan otot, dapatlah dibuat
kesimpulan akan perbezaan antara kekuatan otot dengan daya tahan otot.
Kekuatan otot adalah kuasa maksima yang dihasilkan oleh otot dalam satu
13
penguncupan. Manakala daya tahan otot pula adalah penguncupan otot yang
berulang-ulang semasa melawan atau menentang halangan.
Selain dari itu daya tahan otot dan kekuatan otot dapat
dibezakan dari beberapa aspek. Perbezaan utama ialah gentian yang
membentuk otot tersebut. Daya tahan otot tidak bergantung kepada saiz
gentian, tetapi memperolehinya melalui kemampuan gentian otot menguncup
secara berulang-ulang iaitu dengan bekalan oksigen yang diperolehi secara
berterusan. Gentian yang terlibat adalah jenis gentian otot slow twitch.
Manakala kekuatan otot pula memerlukan jenis gentian fast twitch yang sesuai
untuk melakukan aktiviti dalam jangkamasa pendek tetapi berintensiti tinggi.
Gentian jenis ini mempunyai saiz otot yang lebih besar dan berupaya
menguncup dengan pantas tetapi kekurangan kapilari dan cepat lesu.
Daya tahan otot bergantung kepada jumlah mitokondria dan
kecekapan sistem enzim aerobik untuk membekalkan tenaga tetapi kekuatan
otot bergantung kepada jumlah filamen protein (aktin dan miosin) yang
membentuk otot itu.
Jangkamasa dan intensiti latihan adalah dua faktor yang
membezakan jenis sesuatu latihan samada ke arah pembentukkan kekuatan
ataupun daya tahan otot. Latihan membina kekuatan melibatkan intensiti
bebanan yang lebih tinggi dalam jangka masa pendek tetapi latihan daya
tahan dilakukan dalam jangkamasa yang panjang dengan bebanan yang lebih
rendah.
Kesimpulannya, daya tahan otot adalah keupayaan otot
melakukan kerja yang berulang-ulang dalam satu jangka masa statik ataupun
14
dinamik manakala kekuatan otot pula ialah keupayaan otot menguncup
dengan kuasa yang semaksimum mungkin untuk mendapatkan kekuatan.
7 . DEFINISI TERMINOLOGI
Definisi-definisi di bawah ini digunakan dalam penulisan ini.
7.1 Kekuatan
Kemampuan otot mengatasi sesuatu rintangan
7.2 Kekuatan Maksimum
Daya maksimum sesuatu sistem otot saraf mampu menguncup
7.3 Kekuatan Elastik
Kebolehan sesuatu sistem otot saraf mengatasi rintangan
dengan kelajuan yang tinggi.
7.4 Kekuatan dayatahan
Kebolehan organisma menahan kelesuan
8. SEJARAH DAN PERKEMBANGAN UJIAN
Mengikut sejarah Pendidikan Jasmani kajian tentang kekuatan
otot bermula sejak zanian purba Greek dan Rome lagi. Pada masa itu seorang
ahli gusti bangsa Greek yang berasal dan Croton yang bernama Miio telah
membina kekuatan dengan menggunakan anak lembu sebagai beban. Pada
1699 pula seorang saintis berbangsa Perancis yang bernama De La Hire telah
menjalankan pengukuran kekuatan yang berasaskan kaedah saintifik iaitu 15
beliau membandingkan kekuatan kuda dengan manusia dalam aktiviti
mengangkat dan membawa beban.
Sargent (1873), pula telah membentuk satu ujian kekuatan
khusus bagi lelaki sahaja yang dikenali sebagai ujian kekuatan antara kolej.
Ujian mi mengukur kekuatan bahagian belakang badan dan kaki dengan
mengguna dinamometer, cekak tangan kanan dan kiri dengan menggunakan
manuometer, kapasiti paru-paru dengan menggunakan spirometer dan
kekuatan lengan dengan bilangan mendagu/pull-up’ dan ‘dips’ yang boleh
dilakukan oleh subjek (Mathews, 1978). Manakala, Kellogg (1894) telah
menggunakan hasil ciptaannya sendiri iaitu dinamometer universal untuk
mengukur kekuatan isometrik otot-otot tertentu.
Mulai tahun 1905, penekanan terhadap kekuatan semakin
berkurangan untuk beberapa ketika. Itu disebabkan pengukuran kekuatan
tidak mengambil kira daya tahan kardiovaskular serta perkembangan jantung
dan paru-paru. Tambahn pula pada masa itu itu terdapat segolongan yang
bertanggapan bahawa latihan kekuatan akan menyebabkan pembinaan otot
berlebihan. Ini secara tidak langsung menghalang pencapaian seseorang
dalam bidang sukan (Mathew, 1978).
Rogers (1925), memperkenalkan Indeks Kecergasan Fizikal dan
Indeks Kekuatan yang bertujuan untuk mengukur kemampuan atlet. McCloy
(1925) pula, cuba memperbaiki ujian kekuatan yang telah diperkenalkan oleh
Rogers dan segi pengelolaan skor dan keesahannya di mana isipadu paru-
panu tidak diambil kira sebagai kriteria dalam bidang pengukuran kekuatan,
termasuk juga aktiviti mendagu yang lebih merujuk kepada pengukuran daya
16
tahan otot. Akhirnya hanya tiga aktiviti ujian yang masih boleh digunakan iaitu,
kekuatan belakang, kekuatan kaki dan kekuatan cekak ‘grip strength’ (Johnson
& Nelson, 1986).
Delmor (1951), telah memperkenalkan pengukuran kekuatan
dan pembinaan kekuatan isotonik dalam pemulihan askar-askar yang
tercedera semasa perang dunia kedua. Beliau terkenal dalam membentuk
kaedah moden latihan isotonik. ( Montoye, 1978).
Clarke (1969), telah membentuk satu ujian untuk mengukur
kumpulan otot yang berkaitan dengan 38 pergerakan. Goniometer telah
digunakan untuk menentukan sudut sendi yang tepat agar kumpulan otot
dapat menghasilkan daya tarikan yang optimum.
9. KAJIAN-KAJIAN LAMPAU.
Bagi setiap ahli sukan, penguasaan kemahiran tidak dapat
menjamin prestasi yang tinggi sebaliknya memerlukan kekuatan pada anggota
tertentu terutamanya bahagian kaki. Kekuatan pada bahagian ini
membolehkan seseorang atlit itu bergerak dengan cergas dan pantas.
Mengikut Don Howe dan Gordon Banks (1978), kekuatan badan
harus ada pada setiap atlit sukan terutamanya kekuatan kaki. Kekuatan ini
membolehkan seseorang pemain atau atlit itu berpusing dan mengalihkan
dirinya dengan lebih berkesan bagi mengelakkan diri dari sebarang tekanan.
Mengikut Barrow dan McGee (1979) kepentingan tentang
kekuatan mula mendapat perhatian bila berlakunya perubahan dalam bidang
pengukuran. Pada tahun 1880, bidang pengukuran telah berubah dari aspek
17
saiz dan simetri dalam pengukuran anthropometrik kepada kekuatan yang
dipelopori oleh Dudley Sargent. Beliau bersama Brigham telah menjalankan
kajian dengan menggunakan alat pengukuran dinamometer dan telah
membentuk bateri ujian untuk kekuatan. Bateri ujian mi mengandungi
pengukuran kekuatan kaki, belakang, cengkaman tangan dan juga cara
mengukur isipadu vital paru-paru. Pada tahun 1920, ujian kekuatan telah
dimajukan secara saintifik oleh Fredrick Rand Rogers dengan menetapkan
norma-norma bagi setiap ujian sebagai “Physical Fitness Index” dan “Strength
Index”.
Sejak itu banyak kajian telah dijalankan. Mathews (1978) telah
mengutarakan ujian yang dijalankan oleh Clarke untuk mengukur kumpulan
otot bagi tiga puluh lapan pergerakan sendi menggunakan “tensiometer”. Ujian
ini mempunyai julat koefisien korelasi daripada 0.74 kepada 0.99. Alat
“goniometer” digunakan bagi menentukan sudut sendi yang tepat mengukur
daya tarikan terkuat bagi kumpulan otot.
Pada tahun 1950-an, Kraus dan Hirschland yang
memperkenalkan “Kraus-Weber Test” telah mengemukakan ujian kecergasan
yang minimum menunjukkan tahap kekuatan dan kelembutan kumpulan otot
tertentu menggunakan enam bateri ujian kekuatan otot. Ujian ini dijalankan ke
atas 4458 kanak-kanak sekolah di Amerika dan Kraus berpendapat kanak-
kanak sekolah di Amerika secara fizikalnya kurang baik jika dibandingkan
dengan kanak-kanak sekolah di Eropah.
18
Berdasarkan kepada pengukuran ke atas kekuatan isometrik
maka banyak kajian telah dijalankan bagi mencari jawapan terhadap füngsi
dan kesan latihan dinamik terhadap kekuatan otot. O’Shea (1976) telah
mengutarakan kajian yang dijalankan oleh De Lorme pada tahun 1948 yang
menyatakan bahawa kekuatan boleh dicapai melalui latihan bebanan yang
maksimum dengan ulangan dan satu hingga tiga kali dalam tiga hingga empat
set. Ertinya untuk membina kekuatan otat, bebanan adalah tinggi dengan
ulangan yang rendah. Pada tahun 1962, Berger manyatakan bahawa ulangan
dan lima hingga enam kali dalam tiga hingga empat set adalah penting dan
berkesan untuk latihan bebanan bagi mencapai kambinasi kekuatan dan daya
tahan otot. Tetapi Zinoveiff pada tahu 1955 berpendapat cara De Lorme ini
adalah meletihkan kerana ulangan seperti ini adalah membebankan.
Beliau dengan itu telah mengubah sistem De Lorme ini dengan
membentuk satu teknik yang dikenali sebagai “Oxford Technique”. Prinsip
beban dikekalkan tetapi sebaliknya telah mengubah prosedurnya dengan
mengadakan aktiviti memanaskan badan dan memulakan ujian dengan
menggunakan beban yang tinggi kemudiannya dikurangkan secara perlahan.
Sistem De Lorme dan “Oxford Technique” dibuat perbandingan dan kajian oleh
McMorris dan Elkins pada tahun 1964 dan merumuskan ‘Oxford Technique”
dapat meningkatkan 5.5% kekuatan.
Peningkatan kekuatan dalam latihan memperlihatkan pentingnya
latihan b,ebanan bagi mencapai prestasi fizikal yang memuaskan. Casady
(1974) menyatakan latihan bebanan memberi kesan dalam latihan untuk
meningkatkan prestasi fizikal atlit. Harre (1982) pula menyatakan bahawa
19
pelari pecut dalam olahraga, kekuatan otot yang maksimum sebagai asas
pencapaian berbanding daripada pelari maraton. Kenyataan O’Shea (1976)
dibuktikan oleh Smith dan Eiithley pada tahun 1965 melalui percubaan yang
dijalankan dan mereka mendapati bahawa terdapatnya peningkatan 6% dan
segi kepantasan apabila berlaku peningkatan kekuatan otot sebanyak 22%.
Walau bagaimanapun, pada tahun 1964, Chui menyatakan peningkatan dalam
kekuatan yang dihasilkan melalui latihan isometrik dan dinamik adalah berkait
rapat dengan jenis pergerakan dan kederasannya. Menurut Tucker (1967),
mendapati latihan isometrik meningkatkan kekuatan tetapi tidak memberi
kesan pada kuasa maksimum, kepantasan atau kelajuan
Menurut Johnson & Nelson (1979) pula, kajian Morgan &
Anderson (1957) menyatakan bahawa kuasa pada kaki ada kaitannya dengan
kelajuan dan kekuatan. Untuk mendapatkan kelajuan yanq lebih dan serta
merta, kuasa eksplosif adalah penting. Bagaimanapun untuk mendapatkan
kuasa eksplosif ini kita memerlukan kekuatan yang maksimum. Im bererti
kelajuan boleh ditingkatkan dengan peningkatan pada kekuatan. Ini bermakna
peningkatan tahap kekuatan otot adalah penting dalam menigkatkan kuasa
eksplosif. O’Shea (1976) mendapati bahawa gabungan kekuatan, daya tahan,
kelembutan dan ketangkasan boleh mengekalkan tahap kekuatan. Latihan-
latihan haruslah diberi kepada otot sasaran di samping penumpuan kepada
otot utama dalam sesuatu lakuan. Latihan ini juga dapat menentukan tahap
kekuatan sesuatu anggota atau otot yang terlibat.
Menurut Fox (1979) sesuatu latihan bebanan yang berkesan
haruslah mempertimbangkan empat prinsip iaitu lebihan beban, halangan
20
pragresif, penumpuan latihan dan juga pengkhususan latihan. Menurutnya
lagi, untuk melakukan aktiviti tersebut dengan berpandukan prinsipnya adalah
penting bagi atlit mengetahui konsep latihan tahap ambang. Latihan ke tahap
ambang melibatkan tiga faktor utama iaitu intensti, kekerapan dan juga tempoh
latihan.
Clarke (1974) pula telah merumuskan kajian yang dibuat oleh
Berger pada tahun 1967 iaitu jika menggunakan beban sebanyak 67%
daripada kekuatan maksimum, kekerapan latihan dua kali seminggu adalah
sama dengan kekerapan latihan sekali seminggu dan menggunakan beban
yang maksimum. Ia akan memberi kesan yang sama jika latihan itu dilakukan
tiga kali seminggu. Akan tetapi,jika menggunakan beban sebanyak 67%
daripada kekuatan maksimum, kekerapan latihan tiga kali seminggu ianya
tidak dapat meningkatkan kekuatan. Peningkatan yang optimum memerlukan
beban antara tiga dan empat ulangan maksimum pada lima hingga enam set
bagi kekerapan latihan tiga kali seminggu.
Menurut O’Shea (1976) pula, Nobert Schemansky yang
menggunakan latihan berasaskan sistem De Lorme dengan sedikit
pengubahsuaian. Latihannya adalah lima kali seminggu dengan bebanan
maksimum, satu hingga tiga ulangan pada tiga hingga lima set.
Sesuatu program latihan itu mestilah mengambilkira perbezaan
individu dari segi jantina. Mengikut Harre (1982) perempuan mempunyai
prestasi kekuatan yang rendah jika dibandingkan dengan lelaki dan perbezaan
itu akan meningkat selaras dengan latihan. Menurutnya, Tittel mendapati
daripada 272 perempuan dan 253 lelaki yang dikajinya kekuatan maksimum
21
perempuan adalah 40% kurang daripada lelaki.
Brooks dan Fahey (1984) pula menyatakan kekuatan lelaki
adalah melebihi 50% daripada kekuatan perempuan pada kebanyakan otot. Ini
adalah disebabkan oleh terdapatnya perbezaan harmon androgen yang ketara
bagi kedua-dua jantina.
Fox dan Mathews (1981) menyatakan perbezaan kekuatan
antara lelaki dan perempuan perlulah dilihat dan segi kekuatan mutlak,
kekuatan dan hubungannya dengan saiz dan komposisi badan serta
hubungannya dengan saiz otot. Menurutnya kekuatan otat bagi perempuan
adalah dua pertiga sahaja jika dibandingkan dengan lelaki. Akan tetapi
kekuatan jika dibandingkan dengan saiz otot adalah sama bagi perempuan
dan lelaki. Menurut O’Shea (1976), Hilmore semasa menilai kesan pragram
latihan bebanan selama 10 minggu ke atas kekuatan bagi lelaki dan
perempuan, mendapati kedua-dua kumpulan meningkat kekuatannya.
Perempuan menunjukkan peningkatan kekuatan yang besar bagi ‘leg press’
dan bench press’.
Dengan meneliti beberapa kajian lampau, dapatlah kita
memahami beberapa prinsip mekanikal serta dapat menilai kesan latihan
bebanan ke atas kekuatan otot, berdasarkan kepada penyusunan program
latihan dan perbezaan individu.
10. KAJIAN-KAJIAN TERKINI
Faigenbaum, Westcott, Micheli, Outerbridge, Long Larosa-Loud,
dan Zaichkowsky (1996) telah membuat kajian untuk melihat kesan latihan
22
kekuatan dan tiada latihan kekuatan di kalangan budak yang berumur di
antara 1 hingga 12 tahun. Pengukuran dijalankan ke atas kekuatan (leg
extentsion and chest press), prestasi motor (vertical jump) dan kelembutan (sit
and reach).
Pengukuran itu dijalankan selepas tempoh latihan dan juga
selepas tempoh tiada latihan. Kajian mendapati budakbudak yang menjalani
latihan kekuatan mengalami peningkatan kekuatan yang banyak.
Bagaimanapun tiada perbezaan penting ke atas prestasi motor dan
kelembutan. Tahap kekuatan kembali merosot selepas berhenti menjalani
latihan kekuatan.
Koenig, Jahn, Dohmeier, dan Cleland (1995) telah membuat
penyelidikan ke atas kesan aerobik anjal bangku terhadap kekuatan otot,
kuasa dan daya tahan. Seramai 24 orang dewasa berumur di antara 24 hingga
61 tahun menjalani latihan itu selama 10 minggu. Pengukuran dijalankan ke
atas kekuatan otot, kuasa dan daya tahm pada bahagian kuadrisep dan
hamstring ( A cybex 340 isokinetic dynamometer). Kajian mendapati tiada
perubahan ketara ke atas kekuatan otot, kuasa dan daya tahan daripada
aerobik anjal bangku. Bagaimanapun kajian mendapati peratusan lemak
badan mengalami penurunan yang jelas.
Hoff, dan Almasbakk (1995) telah membuat kajian untuk melihat
kesan latihan kekuatan maksimum terhadap kelajuan (velocity lontaran dan
kekuatan otot di kalangan remaja wanita bola baling. Seramai 16 pemain bola
baling wanita berumur di antara 17 hingga 26 tahun dipilih menjalani latihan
rintangan progresif berat maksimum dengan berat bebas selama tiga bulan.
23
Pengukuran dijalankan ke atas halaju membaling secara berdiri, halaju
membaling dengan berlari tiga langkah dan satu ulangan maksimum dalam ‘
bench press’. Kajian mendapati subjek yang menjalani latihan telah mengalami
peningkatan dari segi velocity lontaran dan kekuatan otot di kalangan pemain
itu.
Tenenbaum, Bar-Eli, Hoffman, Jablonovski, Sade, dan Shitrit
(1995) pula telah membuat penyelidikan ke atas kesan teknik kognitif dan
psikik somatik terhadap prestasi kekuatan isokinetik kaki. Ia bertujuan melihat
sama ada maklum balas prestasi (KP-kognitif) dan latihan relaksasi - visualisis
dan autogenik (RVA - somatik) mempunyai hubungan dalam peningkatan daya
kemuncak (peak force) dan kuasa kemuncak (peak power).
Pengukuran dijalankan ke atas kekuatan ekstensi lutut
( Isokinetik dynamometer). Kajian mendapati kumpulan kawalan memperolehi
paling banyak peningkatan kepentingan kemuncak daya berbanding dengan
dua kumpulaan lain. Kumpulan KP memperolehi peningkatan kepentingan
lebih dari kumpulan RVA. Bagaimanpun ketiga-tiga kumpulan tidak
mempunyai peningkatan kepentingan dalam kuasa kemuncak. Keputusan ini
mengesyorkan bahawa teknik persediaan mental tanpa latihan kekuatan telah
menjejaskan prestasi kekuatan optimum akibat pemindahan konsentrasi dar
ipada pergerakan latihan.
Hunter, dan Treuth (1995) telah membuat penyelidikan ke atas
perhubungan intensiti latihan dan peningkatan kekuatan di kalangan wanita
tua yang berumur di antara 60 hingga 77 tahun. Mereka menjalani 16 minggu
latihan program penyesuaian kekuatan ( strength condition program) dengan
24
intensiti latihan daripada 50-80%. Kajian mendapati mereka mencapai
peningkatan kekuatan purata 48% pada bahagian atas badan dan 60% pada
bahagian bawah badan. Selain itu, subjek yang berlatih dengan intensiti 50%-
60% mencapai peningkatan kekuatan lebih daripada mereka yang menjalani
intensiti latihan antara 70-80% .
Williams dan Singh (1997) tclah membuat kajian ke atas
kekuatan badan (trunk) di kalangan kumpulan elit dalam 3 jenis sukan dan
kumpulan rekreasi yang aktif. Tiga jenis sukan itu terdiri daripada bola sepak,
bola sepak Kanadian dan pelari jarak jauh dan sederhana. Penguncupan
konsentrik dilakukan untuk mengukur kekuatan trunk fleksor dan ekstensor
( KinCom trunk testing dynamometer). Hasil kajian mendapati kekuatan fleksor
konsentrik dan esentrik pemain bola sepak Kanadian dan bola sepak lebih
tinggi daripada pelari. Kekuatan daya fleksor esentrik pemain bola sepak
berhubung dengan jisim badan lebih tinggi jika dibandingkan dengan
kumpulan pelari dan kumpulan rekreasi.
Ben-Sira, Ayalon dan Tavi (1995) telah membuat penyelidikan ke
atas kesan pelbagai jenis latihan kekuatan terhadap kekuatan konsentrik
wanita. Mereka dibahagikan kepada 4 kumpulan yang berasingan untuk
menjalani latihan konsentrik, esentrik, konvensional, dan esentrik supra
maksimum. Mereka berlatih dan menjalani pengukuran dengan satu mesin
ekstensi lutut Schnell. Kajian mendapati kumpulan yang menjalani latihan
esentrik supra maksimum dan konvensional mengalami peningkatan kekuatan
otot secara dinamik berbanding tahap kekuatan otot pada mulanya. Tiada
perbezaan pada ukuran lilitan paha dan berat badan di antara kumpulan itu
25
11 . KEGUNAAN UJIAN KEKUATAN OTOT
Terdapat banyak kegunaan ujian kekuatan otot dalam bidang
perubatan dan pendidikan jasmani. Dalam bidang Pendidikan Jasmani
kegunaanya adalah seperti berikut:
11.1. Sebagai faktor asas dalam ujian kecergasan.
11.2. Sebagai langkah bersedia individu untuk menghadapi aktiviti yang lebih
mencabar menjelang pertandingan di peringkat tinggi. Contohnya dalam
Sukan SEA, seseorang pelontar peluru harus mempunyai kekuatan otot
yang kuat terutamanya di bahagian tangan untuk melakukan lontaran yang
kemas dan jauh.
11.3 . Membantu guru mengesan tahap pencapaian pelajar di dalam kemahiran-
kemahiran tertentu.
11.4. Memastikan pemilihan aktiviti yang dijalankan bersesuaian dengan
keupayaan pelajar.
115. Menilai keberkesanan kaedah pengajaran di mana ia boleh ditentukan
dengan membandingkan keputusan pelajar yang sama yang didapati dari
kaedah-kaedah pengajaran yang berbeza.
26
11.6. Menentukan keberkesanan sesuatu program latihan.
12. LIMITASI UJIAN KEKUATAN OTOT
12.1 Garis panduan mestilah diikuti dengan sepenuhnya semasa menjalani
ujian kekuatan otot, memandangkan penyimpangan yang sedikit dengan
cara dan prosedur yang sepatutunya mungkin akan menyebabkan kesan
yang besar ke atas keputusan akhir.
12.2 Sesetengah ujian kekuatan otot mengambil kira masa untuk dijalankan.
Oleh itu kita harus memperuntukkan masa untuk menghadapi ujian
tersebut.
12.3 Dalam sesetengah situasi, penguji memilih senaman yang menggunakan
kekuatan otot dinamik dalam program latihan tetapi mengukur
keberkesanan mereka dengan ujian kekuatan statik
12.4 Kebanyakkan norma yang digunakan adalah ketinggalan zaman atau
terhad kepada kes-kes tertentu sahaja. Oleh satu norma baru diperlukan
untuk kedua-dua ujian baru dan lama.
27
12.5 Sesetengah aktiviti dalam kekuatan otot bergantung kepada kekuatan
seperti tekan tubi dan lain-lain, maka agak sukar untuk mengklasifikasikan
perkataan kekuatan otot dalam pengukuran. Oleh itu kita sepatutnya
menyatakan bahawa seseorang itu tidak mempunyai kekuatan otot,
sekiranya kurang kekuatan dalam membuat tekan tubi.
12.6 Kebolehpercayaan dan kesahan ujian bergantung kepada kecekapan dan
kemahiran penguji.
12.7 Setiap subjek digalakkan membuat aktiviti memanaskan badan sebelum
melakukan sebarang aktiviti agar tidak mengelakkan keputusan ujian.
12.8 Kejujuran dan kesungguhan sesetengah subjek dalam melakukan ujian
dipersoalkan.
12.9 Gangguan daripada subjek yang lain akan menjejaskan tumpuan subjek.
12.10 Ralat yang terdapat semasa membuat ujian pengukuran akan
menjejaskan keputusan.
12.11 Kesempurnaan alat ukur mempengaruhi keputusan.
28
13 . MATLAMAT UJIAN KEKUATAN OTOT
13.1 Kita dapat mengetahui dan memahami sejarah dalam perkembangan dan
penyelidikan yang berkaitan dengan pengukuran kekuatan otot.
13.2 Mengetahui konsep kekuatan otot dan kaitan serta kepentingannya dalam
pendidikan jasmani.
13.3 Memahami, mengetahui dan mengaplikasikan kaedah-kaedah
pengelolaan ujian dengan betul
13.4 Dapat mengenali potensi dan tahap diri pelajar supaya dapat
meletakkannuya dalam bidang sukan yang sesuai.
13.5 Mengetahui tahap kecergasan sendiri dan membandingkan dengan
kecergasan pelajar-pelajar lain.
14 . OBJEKTIF UJIAN KEKUATAN OTOT
14.1 Menyatakan kepentingan kekuatan otot dalam melakukan tugas-tugas
harian dan aktiviti-aktiviti sukan masing-masin.
29
14.2 Sebagai satu pengetahuan bahawa ujian daya tahan otot dapat
dipertingkatkan dengan mengikuti latihan-latihan yang sisitematik.
14.3 Mengenal pasti jenis aktiviti khusus yang perlu diikuti dalam latihan untuk
mempertingkatkan daya tahan otot.
14.4 Mengetahui cara melakukan ujian serta mengaplikasikannya di dalam
ujian dengan prosedur yang betul.
14.5 Dapat mengetahui tahap kekuatan otot masing-masing dan
membandingkannya dengan daya tahan pelajar-pelajar sebaya.
14.6 Mengenal pasti limitasi ujian daya tahan otot dan kaedah untuk
mengatasinya.
14.7 Sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan sebarang kecederaan
yang berkemungkinan besar timbul daripada ujian kekuatan otot.
14.8 Menerangkan apa itu kekuatan otot.
14.9 Mengetahui kegunaan ujian kekuatan otot.
30
15 . PROSIDUR UJIAN-UJIAN UNTUK MENGUJI KEKUATAN OTOT
15.1.Ujian Kekuatan Otot Tangan
Perkara Keterangan Catatan
Objektif Di akhir ujian, pelajar dapat mengukur kekuatan otot tangan dengan betul dan tepat.
Keesahan Keesahan lahir diterimaKebolehpercayaan Dilaporkan r=91Kaedah 1. Subjek berdiri tegak memandang ke
hadapan2. Dinamometer dicekak selesa.
Permukaannya menghala ke luar3. Dinamometer diletak sisi badan dengan
tangan lurus4. Subjek dikehendaki mencekak
dinamometer dengan seberapa kuat.5. Aktiviti ini dilakukan sebanyak 6 kali
oleh subjek, iaitu:
I . 3 percubaan untuk tangan kanan
II . 3 percubaan untuk tangan kiri
Jade rehat antara percubaan = I minit
Alatan 1 . Dinamimeter genggaman tangan ( Hand Drip)
Pengukuran Bacaan terbaik dari 3 kali percubaan untuk setiap belah tangan direkodkan.
Limitasi 1 . Pastikan pelaku tidak membengkokkan kaki atau menghayunkan badan semasa membuat cenggkaman.
2 . Penguji perlu memastikan tangan pelaku lurus
3 . Ada subjek yang cuba menghayunkan tangan atau mengenjut semasa membuat percubaan. Jika ini berlaku, bacaan yang diperolehi tidak tepat.
Keselamatan Subjek perlu diawasi agar genggaman yang dibuat adalah betul dan akatan tidak terlepas dari tangannya semasa membuat percubaan
31
15.2 Ujian Kekuatan Otot Kaki
Perkara Keterangan Catatan
Objektif Di akhir ujian, pelajar dapat mengukur kekuatan otot quadriceps (paha) dengan betul.
Keesahan Keesahan Lahir diterimaKebolehpercayaan Dilaporkan r = 90Kaedah 1. Subjek berdiri di atas tapak yang
disediakan
2. Subjek mengenggam pemegang alat pengukur dengan posisi tapak tangan menghala ke bawah
3. Rantai pemegang disuaikan supaya palang berada pada pangkal peha
4. Tubuh subjek mestilah tegak, muka pandang ke hadapan, lutut bengkok antara 115 – 125 darjah.
5. Pemegang berada diatas paha semasa subjek melakukan tarikan keatas
6. Semasa melakukan aktiviti, badan sentiasa tegak lutut diluruskan
Ulang ujian sebanyak 3 kali
Pengukuran Skor dicatat dan diambil purata
Alatan 1. Dinamometer Leg/Back - Lift
Limitasi 1. Pastikan subjek tidak menghayun tangan semasa membuat cengkaman
2. Ada pelajar yang membengkokkan badan ke depan dan belakang serta kekiri atau kekanan untuk mendapatkan cengkaman yang kuat. Pastikan keadaan ini tidak berlaku,
32
3. Pencatat perlu cekap melihat catatan yang dibuat kerana catatan cengkaman ini berlaku dengan pantas
Keselamatan Dua orang pembantu perlu bersedia berdiri depan dan belakang subjek untuk menjaga jika terdapat kerosakan seperti rantai terputus atau paku tercabut yang boleh menyebabkan kemalangan berlaku.
15.3 Ujian Kekuatan Otot Belakang
Perkara Keterangan catatan
Objektif Di akhir ujian, subjek dapat mengukur kekuatan otot bahu dengan betul dan tepat
Keesahan Keesahan Lahir diterima
Kebolehpercayaan Dilaporkan r = 90
Kaedah 1. Terlebih dahulu penunjukcara akan menunjuk prosedur yang betul untuk menjalankan aktiviti.
2. Subjek berdiri tegak di atas tapak yang disediakan.
3 3. subjek menggenggam pemegang alat pengukur dengan posisi tapak tangan menghala kebawah.
3. Rantai pemegang disuaikan supaya palang berada pada pangkal paha.
4. Bengkokan badan sejauh 30° dengan lutut berkeadaan lurus.
5. Pemeggang alat pengukur berada di atas paha semasa subjek melakukan tarikan keatas.
6. Tarik dengan seberapa kuat yang boleh
7. Ulang aktiviti ini sebanyak 2 kali
33
8. Jeda rehat I minit antara setiap percubaanPengukuran Setiap bacaan dicatatkan dan skor diambil dari
percubaan yang terbaikAlatan Dynamometer back liftLimitasi 1. Pastikan subjek tidak menghayun tangan
semasa membuat aktiviti.
2. Ada pelajar yang membengkokkan kaki dan menghayun badan kekiri atau ke kanan untuk mendapatkan cengkeman yang kuat. Pastikan perkara.keadaan ini tidak berlaku.
Keselamatan Seorang pembantu perlu bersedia berdiri di hadapan subjek. Kadang kala ada pelajar yang hampir terjatuh ketika cuba membuat cubaan
16. NORMA-NORMA UNTUK UJIAN-UJIAN
16.1 Norma Untuk Ujian Kekuatan Cekak Tangan – “Hand Grip”
Norma Kekuatan Statik ( Static Strenght Norms)
34
Klasifikasi Lelaki PerempuanCekan Kiri
(kg)Cekak Kanan
(kg)Cekak Kiri
(kg)Cekak Kanan
kg)Cemerlang >68 >70 >37 >41Baik 56-67 62-69 34-36 38-40Sederhana 43-55 48-61 22-33 25-37Lemah 39-42 41-47 18-21 22-24Sangat Lemah
<39 <41 <18 <22
Nota: Data dari Corbin, Dowell, Lindsay dan Tolson (1978). Untuk individu 50tahun ke atas, kurangkan skor 10% untuk disesuaikan dengan kehilangan tisu otot di sebabkan peningkatan usia
Rujukan : Heyward, V.H. (1991), Advanced Fitness Asessment and Presciption, 2nd ed. Hampagne, Ilinois: Human Kinetic Book.
16.2 Norma Untuk Ujian Kekuatan Otot Kaki
Norma Kekuatan Statik ( Static Strenght Norma )
Klasifikasi Lelaki PerempuanCemerlang >241 kg >136 kg
Baik 214 – 240 114 - 135Sederhana 160 - 213 66 – 113
Lemah 137 – 159 49 – 65Sangat Lemah <137 <49
Nota : Data dari Corbin, Dowell, Lindsay dan Tolson (1978). Untuk individu 50 tahun ke atas, kurangkan skor 10% untuk disesuaikan dengan kehilangan tisu otot disebabkan peningkatan usia
Rujukan : Heyward, V.H. (1991), Advanced Fitness Asessment and Presciption, 2nd En. Hampagne, Ilionois: Human Kinetic Book.
NORMA UJIAN KEKUATAN STATIK
Lelaki
Klasifikasi Cekak kiri
Cekak kanan
Kekuatan bahu
Kekuatan kaki
Kekuatan keseluruhan
Kekuatan relatif
Cemerlang >68 >70 >209 kg >241 kg >587 >7.50
35
Baik 56-67 62-69 117-208 214-240 508-586 7.10-7.49
Sederhana 43-55 48-61 126-176 160-213 375-507 5.21-7.09
Lemah 39-42 41-47 91-125 137-159 307-374 4.81-5.20
Sangat lemah
<39 <41 <91 <137 <307 <4.81
Perempuan
Klasifikasi Cekak kiri
Cekak kanan
Kekuatan bahu
Kekuatan kaki
Kekuatan keseluruhan
Kekuatan relatif
Cemerlang >37 38-40 >111 kg >136 kg >324 >5.50
Baik 34-36 38-40 98-110 14-135 282-323 4.80-5.49
Sederhana 22-33 25-37 52-97 66-113 164-281 2.90-4.79
Lemah 18-21 22-24 39-51 49-65 117-163 2.10-2.89
Sangat Lemah
<18 <22 <39 <49 <117 <2.10
17 . RUMUSAN KAJIAN KEKUATAN OTOT
Berdasar kajian yang dijalankan, didapati kekuatan dapat
dipertingkatkan tanpa mengira umur dan jantina melalui latihan beban. Jenis
latihan beban yang berbeza akanmneghasilkan tahap kekuatan yang berbeza.
36
Latihan beban berintangan tinggi dan ulangan yang rendah dapat meningkatkan
kekuatan otot. Manakala latihan berintangan rendah dan ulangan tinggi memberi
kesan kepada pembinaan daya tahan otot.
Faktor psokologi tidak mempengaruhi tahap kekuatan subjek
semasa latihan kerana motivasi berkadar terus dengan kekuatan. Kajian
didapati individu yang terlibat dalam permainan/sukan yang berbeza mempunyai
jenis kekuatan yang berbeza. Selain itu, didapati bahawa latihan jenis
supramaximum esentrik dan gabungan kosentrik dan esentrtik lebih
meningkatkan kekuatan dinamik.
Jurulatih dan pendidik perlu mengetahui faktor yang mempengaruhi
kekuatan otot serta kesan latihan terhadap kekuatan pelajar supaya segala
program yang dujalankan dapat membantu dalam peningkatan prestasi.
BORANG SKOR
UJIAN KEKUATAN OTOT
NAMA UJIAN: Cekak Tangan
TARIKH: …………………………………………….
37
MASA : …………………………………………….
Dapatan ujian daripada Kumpulan Subjek
Percubaan Skor
tertinggi
Bil Nama Pelaku
Kiri Kanan
1 2 3 1 2 3
01
02
03
04 05
Kekuatan Total
Kekuatan Relatif
Pencatat: …………………………………….
NAMA UJIAN : Ujian Kekuatan Kaki
TARIKH : …………………………………….
MASA : …………………………………….
Dapatan ujian daripada Kumpulan Subjek
Percubaan Skor
38
Tertinggi Bil Nama Pelajar 1 2 3
01
02
03
04
05
Kekuatan Total
Kekuatan Relatif
Pencatat : …………………………………..
NAMA UJIAN : Ujian Kekuatan Otot Belakang
TARIKH :………………………………………………
MASA :………………………………………………
39
Dapatan ujian daripada kumpulan subjek
Percubaan Skor Tertinggi Bil Nama pelaku 1 2 3
01
02
03
04
05
Pencatat : …………………………………...
Organisasi Ujian
Stesen 1 – Ujian Kekuatan Cekak Tangan
Penyelaras
Penguji
40
Pencatat
Pembantu
Keselamatan
Subjek
Stesen 2 - Ujian Kekuatan Otot Kaki
Penyelaras
41
Penguji
Pencatat
Pembantu
Keselamatan
Subjek
Kad Skor Pengukuran Kekuatan Otot
1 Nama
2 No Matrik
3 Jantina
42
4 Tarikh Lahir
5 Umur
6 Tinggi
7 Berat
Tarikh Cubaan
Pertama
Cubaan
Kedua
Cubaan
KetigaCekak kiri
Cekak kanan
Kekuatan BahuKekuatan Kaki Kekuatan Total
Kekuatan Relatif
Tandatangan Guru/Penguji
……………………………
43
Top Related