LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PANDUAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK
ii
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA
SURAT
1.0
2.0
3.0
4.0
5.0
6.0
PENGENALAN
UJIAN PSIKOMETRIK
2.1 Latar belakang
2.2 Definisi
2.3 Tujuan Pentaksiran
2.4 Komponen Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
2.4.1 Ujian Aptitud
a. Ujian Aptitud Am
b. Ujian Aptitud Khusus
KECERDASAN PELBAGAI
3.1 Pendekatan Teori Kecerdasan Pelbagai Howard
Gardner
3.2 Instrumen Kecerdasan Pelbagai
3.3 Kaedah Pentadbiran
3.4 Pengiraan Skor
3.5 Definisi Tafsiran Skor
3.6 Fungsi Kepintaran Pelbagai Dalam Pembelajaran Dan
Pengajaran (PdP)
3.7 Interpretasi skor Kecerdasan Pelbagai (IKeP) Tahun 6
PROSEDUR PENTADBIRAN IKeP TAHUN 6
PERANAN BAHAGIAN
5.1 Jabatan Pendidikan Negeri
5.2 Pejabat Pendidikan Daerah
5.3 Guru Besar
5.4 Guru Bimbingan Dan Kaunseling
5.5 Guru
PERNYATAAN SKOR PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK IKeP
TAHUN 6
Rujukan
Panel penggubal
1
3
3 3 3 4 4 5 5
6 7
11 13 14 15 25
26
27
29 29 29 29 30 30
30
32
34
1
1.0. PENGENALAN
Sistem pendidikan yang memberi fokus kepada pembangunan modal insan seperti yang
dihasratkan dalam Misi Nasional dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan amat memerlukan
pentaksiran kapasiti insan atau keupayaan insan yang bersifat holistik. Menurut Kamus Dewan
(2005), istilah holistik membawa makna bersifat saling berkait antara satu sama lain sebagai satu
sistem bersepadu yang menyeluruh dan bukan sekadar menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja.
Kualiti seseorang murid tidak sepatutnya dilihat daripada keupayaan intelek yang digambarkan
dalam keputusan peperiksaan bertulis semata-mata (Hanizah Hamzah, 2011a dan 2011b).
Sebaliknya, kualiti manusia boleh dinilai dengan mengambil kira pelbagai dimensi yang
menjadikan individu itu seorang insan yang berilmu pengetahuan, berkemahiran, mempunyai
sikap dan tingkah laku terpuji, mempunyai nilai kerohanian, mempunyai tahap kesihatan dan
kecergasan yang tinggi, beremosi stabil, berkeupayaan berfikir, dan berkeupayaan hidup
bermasyarakat. Oleh kerana apa yang hendak dibina ialah insan, maka pentaksirannya juga
hendaklah mengambil kira ciri-ciri dan sifat keinsanan yang pelbagai. Ini bertepatan dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan individu yang seimbang, berpotensi dan
bersepadu .
Pelan Pembangunan Pendidikan dilakarkan berdasarkan dapatan kajian-kajian UNESCO,
OECD, Bank Dunia, Institusi Pendidikan Awam tempatan dan Dialog Nasional Pendidikan
Negara. Lima ciri Aspirasi Utama Pendidikan yang akan diberi perhatian bermula 2013 iaitu
akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Pada peringkat murid pula, pelan ini memberi
fokus kepada pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa,
etika dan kerohanian dan identiti nasional. Bagi merealisasikan aspirasi ini sebelas anjakan perlu
dilakukan iaitu :
1. Akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Setiap murid profisien dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
3. Rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Kepimpinan prestasi tinggi.
6. Mengupaya Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah.
7. Teknologi maklumat dan komunikasi untuk kualiti pembelajaran.
8. Kapasiti penyampaian Kementerian Pendidikan Malaysia.
9. Kerjasama ibubapa, komuniti dan swasta.
2
10. Nilai untuk setiap ringgit yang dibelanjakan, dan
11. Ketelusan untuk akauntabiliti.
Melalui inisiatif mentransformasi pentaksiran, Lembaga Peperiksaan (LP) telah memulakan
langkah melaksanakan satu sistem pentaksiran yang holistik, direka bentuk untuk menyediakan
maklumat supaya kita dapat mengenal profil murid, membantu pembelajaran murid, memantau
perkembangan murid dan mengiktiraf pencapaian murid dalam pelbagai bidang. Justeru,
pencapaian akademik murid bukanlah satu-satunya aspek kritikal dalam pembangunan manusia.
Lantaran itu, satu jenis ujian bagi mengumpul maklumat tret psikologi yang dinamakan
Pentaksiran Psikometrik (PPsi) digunakan untuk mengukur dimensi ini.
3
2.0 UJIAN PSIKOMETRIK
2.1 Latar belakang
Konsep Pentaksiran Psikometrik telah diperkenalkan pada tahun 2007. Kementerian Pendidikan
Malaysia telah mengambil langkah untuk mengumpul maklumat tentang tret psikologi murid
melalui kaedah pentaksiran psikometrik. Fungsi pentaksiran psikometrik ialah mengumpul data
yang akan menyumbang kepada maklumat profil murid. Maklumat profil murid yang lengkap
dan menyeluruh akan dapat membantu warga pendidik mengenal pasti potensi murid dan
menggilap potensi ini.
2.2 Definisi
Ujian Psikometrik ialah kaedah sistematik yang digunakan untuk mengumpul maklumat yang
dapat menggambarkan ciri, atribut atau tret psikologi seseorang, sama ada dalam domain
kognitif atau afektif. Menurut British Psychological Society, ujian psikometrik adalah instrumen
yang direka bentuk untuk menghasilkan penilaian kuantitatif tentang beberapa atribut psikologi.
Ujian psikologikal boleh didefinisikan sebagai ujian yang boleh memberi maklumat tentang
kapasiti, kemampuan atau kecenderungan untuk bertindak, bertindak balas, kemungkinan
melalui pengalaman atau menstruktur pemikiran dan perilaku dengan cara tertentu (Lewis &
Crozier, 1999).
Pentaksiran psikometrik dalam sistem pendidikan negara ini, merujuk kepada aktiviti
pentaksiran yang digunakan untuk mengenal pasti kebolehan semula jadi murid, personaliti,
bakat, minat dan kecenderungan (KPM,2012). Selain tret psikologi atau kebolehan murid yang
bersifat semula jadi, pentaksiran psikometrik juga digunakan untuk mengenal pasti tret yang
boleh dikembangkan secara tidak langsung melalui aktiviti pembelajaran di sekolah.
2.3 Tujuan Pentaksiran
Pentaksiran Psikometrik diperkenalkan dalam sistem pendidikan adalah bertujuan untuk;
i. mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperolehi
(acquired ability) seperti personaliti, minat kerjaya, aptitud atau kebolehan, kemahiran
menyelesaikan masalah, dan kemahiran berfikir.
ii. mendapatkan deskripsi yang tepat mengenai profil psikologi individu atau kumpulan.
iii. memahami kekuatan dan potensi murid yang boleh dibangunkan bagi meningkatkan
perkembangan pembelajaran dan pertumbuhan peribadi murid.
4
iv. menjadi panduan murid dalam membuat kerjaya pilihan yang praktikal atau realistik.
v. meningkatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang sifat dan perbezaan individu,
dan
vi. menyediakan maklumat tentang personaliti kerjaya yang realistik bagi meluaskan aspirasi
kerjaya murid.
2.4 Komponen Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
Komponen PPsi terdiri daripada Ujian Aptitud dan Inventori Personaliti seperti yang tertera pada
Rajah 1.
Rajah 1: Komponen Pentaksiran Psikometrik
2.4.1 Ujian Aptitud
Secara umum, aptitud ialah komponen kompetensi sama ada yang bersifat
semula jadi atau yang diperoleh, dipelajari atau dibangunkan melalui proses
pembelajaran. Ujian ini memperihalkan kesediaan dan potensi murid dari segi
mental atau fizikal untuk mempelajari sesuatu perkara atau melakukan sesuatu
kerja pada tahap tertentu pada masa akan datang.
5
a. Ujian Aptitud Am
Aptitud adalah kebolehan atau bakat semula jadi untuk belajar atau melakukan
sesuatu perkara tertentu dengan mudah dan cepat. Ia kurang berkaitan dengan
ilmu, budaya dan pendidikan, sebaliknya sangat berkaitan dengan kebolehan atau
bakat dalaman yang diwarisi. Ujian Aptitud Am mengukur kebolehan minda
seperti kemahiran menaakul dan verbal yang boleh digunakan untuk meramal
prestasi pendidikan murid pada masa hadapan.
b. Ujian Aptitud Khusus
Ujian Aptitud Khusus pula mengukur ciri yang menggambarkan potensi
seseorang murid untuk menceburi bidang pembelajaran, aliran atau pekerjaan
pada masa akan datang. Dalam bidang persekolahan, ujian ini digunakan untuk
mengenal pasti dan menilai kesediaan, potensi, kesesuaian atau meramal kejayaan
murid dalam pembelajaran seterusnya. Hasil ujian ini juga boleh dijadikan
rujukan oleh guru dalam merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai mengikut kecenderungan murid. Ujian Aptitud Khusus direka bentuk untuk
mengenal pasti sama ada murid memiliki kecerdasan berikut:
i. Verbal Linguistik
ii. Visual Ruang
iii. Logik Matematik
iv. Muzik
v. Naturalis
vi. Kinestatik
vii. Interpersonal
viii. Intrapersonal dan
ix. Eksistensial
6
3.0 KECERDASAN PELBAGAI
Kecerdasan Pelbagai merupakan satu potensi yang ada dalam diri individu. Setiap individu
mempunyai kecerdasan yang tersendiri dan unik untuk menyelesaikan persoalan atau masalah
yang mereka hadapi. Gardner (1983) mendefinisikan kecerdasan pelbagai sebagai satu
kecenderungan kecerdasan individu. Menurut beliau, kecerdasan adalah kebolehan untuk
menyelesaikan masalah atau menghasilkan produk yang dinilai (dihargai) oleh satu atau pelbagai
budaya.
“An intelligence is the ability to solve problems, or to create products that are valued
within one or more cultural setting”
Kamus Dewan (2005), pula mendefinisikan kecerdasan sebagai kebolehan untuk
melakukan pemikiran secara mujarad (abstrak), kebolehan untuk membuat penyeluruhan dan
cara tindakan terhadap sesuatu situasi yang bermasalah.
Menurut David Wechsler (1974), kecerdasan ialah kebolehan individu memahami diri,
persekitarannya, dan kepakaran yang ada padanya untuk menghadapi cabaran hidup dan
menyelesaikan masalah. Kebolehan ini adalah bersifat sejagat atau pun universal. Binet (1905)
pula, mendefinisikan kecerdasan sebagai kebolehan memahami dan membuat penaakulan yang
baik bagi menyesuaikan diri dengan situasi atau persekitaran.
Dapatlah disimpulkan bahawa kecerdasan adalah keupayaan manusia menggunakan
bakat dan kebolehan yang ada pada dirinya untuk menyelesaikan masalah. Faktor yang
membantu manusia menyelesaikan masalah ialah kebolehan dan keupayaan untuk membuat
penaakulan, pemahaman dan penilaian terhadap sesuatu situasi dan keadaan yang dihadapi.
Setiap murid mempunyai kecerdasan yang berbeza. Setiap kecerdasan itu perlu dinilai dan
diadili secara sama rata. Kecerdasan murid-murid dapat dipertingkatkan melalui peluang-
peluang pendidikan seperti menyediakan persekitaran yang kaya dengan bahan dan aktiviti yang
menyeronokkan. Instrumen yang dibangunkan untuk mengenal pasti kecerdasan murid Tahun 6
adalah bersandarkan teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner (1993) dan Smith & Smith
(2002).
7
3.1 Pendekatan Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner
Teori Kecerdasan Pelbagai telah dikemukakan oleh Howard Gardner (1993, 1999).
Beliau mengemukakan lapan kecerdasan manusia yang dapat diperkembangkan sepanjang hayat.
Menurut Gardner, manusia mempunyai kesemua lapan kecerdasan. Smith & Smith (2002),
telah menambahkan satu lagi kecerdasan iaitu eksistensial dan menjadikannya sembilan.
Gardner telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak
biasa dan istimewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa. Gardner
juga mengatakan bahawa kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi tetapi boleh dipupuk dan
dikembangkan.
Ada murid mencapai tahap yang tinggi dalam beberapa kecerdasan dan tahap yang
rendah dalam kecerdasan yang lain. Manakala terdapat pula murid yang mempunyai kecerdasan
yang tinggi dalam hampir kesemua sembilan kecerdasan ini. Setiap murid boleh
diperkembangkan dalam kesembilan kecerdasan yang disenaraikan ke tahap yang tinggi
sekiranya diberi galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai. Kesembilan-sembilan
kecerdasan adalah saling berkait secara bersepadu semasa murid-murid melakukan sesuatu
aktiviti.
Teori kecerdasan pelbagai ini mengiktiraf kesemua kecerdasan yang terdapat pada
individu, dan mempunyai kelebihan apabila diaplikasikan dalam pendidikan. Kecerdasan
pelbagai boleh bertindak sebagai petunjuk kepada potensi seseorang. Murid boleh menggunakan
kecerdasan yang dimiliki untuk membantu menguasai sesuatu yang dipelajari. Oleh itu murid
boleh mengembangkan setiap kecerdasan ke tahap yang lebih tinggi melalui latihan dan
keupayaan sendiri.
3.1.1 Verbal linguistik
Kecerdasan Verbal - Linguistik merujuk kepada kebolehan murid menggunakan bahasa dengan
efektif secara lisan dan bertulis.
i. Murid mempunyai kemahiran mendengar, berfikir dalam bentuk perkataan,
bercakap, menulis, bercerita, menerangkan, mengingat maklumat dan memahami
perkataan.
8
ii. Murid sensitif terhadap makna perkataan dan mahir untuk memanipulasikannya.
iii. Murid cenderung untuk belajar dengan lebih baik melalui pembacaan, mengambil
nota, berbincang dan berdebat mengenai apa yang mereka pelajari.
iv. Murid mampu mempelajari bahasa asing dengan mudah kerana mempunyai
kebolehan untuk memahami dan memanipulasi sintaks.
v. Murid pandai berbicara, gemar bercerita dan tekun mendengar cerita atau
membaca.
3.1.2 Visual Ruang
Kecerdasan Visual Ruang ialah kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan
corak.
i. Murid mampu untuk membentuk model secara visual dan mengaplikasikan model
itu kepada dunia fizikal, seperti memahami peta, carta, gambar, video dan filem
serta boleh melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual.
ii. Murid berkeupayaan membuat penilaian tentang ruang dan membayangkan dalam
mindanya.
iii. Murid mahir dalam menyelesaikan puzzle dan pembinaan struktur serta bijak
menghubungkaitkan antara objek-objek dalam ruang.
iv. Murid berkebolehan menceritakan dan menggambarkan pengalaman yang pernah
dilalui serta mempersembahkan idea-idea visual ruang dalam bentuk imaginatif
dan kreatif.
3.1.3 Logik Matematik
Kecerdasan Logik Matematik merupakan kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak. Ini
membolehkan murid menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan
abstrak.
i. Murid yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah
kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat
9
perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesiskan, mengira dan menggunakan
komputer dengan cekap.
ii. Murid yang mempunyai kecerdasan Logik Matematik yang tinggi
memperlihatkan minat yang besar terhadap kegiatan yang berbentuk eksplorasi.
iii. Murid sering bertanya tentang berbagai-bagai fenomena yang berlaku di
persekitaran, suka menuntut penjelasan logik dari setiap pertanyaan dan suka
mengklasifikasikan benda.
3.1.4 Muzik
Kecerdasan Muzik berkaitan dengan sensitiviti terhadap bunyi, irama, melodi, dan lagu. Murid
yang mempunyai kecerdasan Muzik berkebolehan mengesan dan membezakan bunyi, muzik
serta irama yang terdapat di persekitarannya.
i. Murid berkebolehan meluahkan perasaan melalui muzik dan berupaya bermain
alat muzik serta menghafal lirik dengan baik walaupun tanpa latihan.
ii. Murid boleh menggubah rentak, tempo, mengenali dan mengingati nada-nada
bunyi atau muzik.
3.1.5 Naturalis
Kecerdasan Naturalis adalah berkaitan dengan minat terhadap alam semula jadi.
i. Murid yang mempunyai kecerdasan Naturalis yang tinggi biasanya merupakan
individu pencinta alam sekitar yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan
flora, fauna, dan galian.
ii. Murid sangat menghargai alam sekitar, lebih banyak menghabiskan masa di luar
dan gemar mendengar bunyi-bunyian alam semula jadi.
iii. Individu Naturalis sensitif terhadap alam sekitar dan boleh menghubungkaitkan
antara kehidupan flora dan fauna.
10
3.1.6 Kinestetik
Kecerdasan Kinestetik adalah berkaitan dengan kebolehan murid menggunakan sebahagian atau
keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah.
i. Murid cekap menginterpretasi pergerakan anggota atau tubuh, lebih cenderung
melakukan aktiviti yang berkait dengan pergerakan badan seperti bersukan,
menari, gimrama dan lain-lain.
ii. Murid mahir memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara
pergerakan fizikal dengan mental.
iii. Murid boleh belajar dengan lebih berkesan melalui aktiviti yang melibatkan
pergerakan otot seperti sukan atau tarian.
3.1.7 Interpersonal
Kecerdasan Interpersonal adalah berkaitan dengan kebolehan individu memahami perasaan,
sikap, tabiat serta hasrat orang lain.
i. Murid dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain
untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah serta dapat memberi motivasi kepada
orang lain.
ii. Individu mampu membezakan pelbagai petanda interpersonal dan boleh memberi
maklum balas terhadap petanda tersebut.
iii. Murid mempunyai kecerdasan interpersonal yang tinggi biasanya boleh
berkomunikasi dan berinteraksi dengan berkesan.
iv. Murid mempunyai empati yang tinggi, suka menolong orang lain dan minat
membina hubungan sosial dengan orang lain.
v. Murid boleh belajar dengan berkesan melalui kaedah berkumpulan.
3.1.8 Intrapersonal
Kecerdasan Intrapersonal adalah berkaitan dengan kesedaran tentang diri sendiri dan
berkebolehan untuk menilai diri sendiri.
11
i. Murid mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan tentang
kekuatan dan kelemahan diri sendiri.
ii. Murid mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap kebolehan mereka sendiri.
iii. Murid berpegang teguh pada prinsip kehidupan, mempunyai azam yang kuat,
berdikari dan mempunyai hala tuju yang jelas.
iv. Murid lebih menyukai kaedah belajar secara bersendirian dan gemar melakukan
refleksi kendiri (muhasabah diri).
v. Murid adalah seorang yang introvert dan suka melakukan tugasan secara
bersendirian.
3.1.9 Eksistensial
Kecerdasan Eksistensial adalah berkaitan dengan kebolehan memahami erti kewujudan manusia
dan alam, memahami makna sesuatu kejadian, menggunakan daya intuisi yang tinggi dalam
memahami realiti kehidupan.
i. Murid menghargai dan menghayati nilai-nilai agama, nilai-nilai sejagat dan
norma masyarakat.
ii. Murid meletakkan nilai-nilai ketuhanan dan kemanusiaan yang tinggi dalam
mempertimbangkan sesuatu keputusan dalam kehidupan.
iii. Murid suka membaca buku-buku bercorak falsafah, bahan-bahan keagamaan,
nilai-nilai tradisi dan suka mengamati sesuatu kejadian secara mendalam.
iv. Murid boleh belajar dengan berkesan melalui kaedah penyoalan, pemerhatian,
renungan kendiri, inkuiri penemuan dan kaedah perkongsian.
3.2 Instrumen Kecerdasan Pelbagai
Satu lagi instrumen yang digunakan untuk mengumpul maklumat murid ialah Inventori
Kecerdasan Pelbagai (IKeP). Instrumen ini dibangunkan berdasarkan teori Kecerdasan Pelbagai
(MI) oleh Howard Gardner (1985) dan Smith dan Smith (2002).
i. Instrumen ini terdiri daripada 90 item persepsi yang mewakili konstruk Ruang,
Visual, Muzik, Naturalis, Intrapersonal, Interpersonal, Kinestatik dan Existential.
ii. Setiap konstruk mengandungi 10 item.
12
iii. Murid hanya perlu menjawab YA atau TIDAK pada penyataan mengenai diri
mereka di atas borang jawapan yang diberikan.
iv. Masa yang diperuntukkan adalah 45 minit.
Item Kecerdasan Pelbagai ini telah di pra uji kepada murid Tahun 6 mengikut kaedah
persampelan berstrata . Sekolah yang dipilih untuk menguji item inventori ini terdiri daripada
sekolah rendah di bandar, luar bandar, sekolah yang mempunyai prestasi tinggi, prestasi rendah
dan prestasi sederhana, murid lelaki dan murid perempuan di Malaysia pada 2016. Data daripada
pra ujian ini telah dianalisis untuk mendapatkan nilai kebolehpercayaan iaitu Kuder-Richardson
20 (KR-20) dan kesahan item iaitu Mean fit square (MNSQ) . Item yang mempunyai darjah
kesahan dan kebolehpercayaan yang baik dipilih untuk dijadikan instrumen.
13
3.3 Kaedah Pentadbiran IKeP Tahun 6
Rajah 2 Carta Alir Pentadbiran IKeP Tahun 6
Sasaran : Murid Tahun 6
Tempat : Sesuai dan kondusif
( Dewan/Bilik Peperiksaan)
Istilah : 1. Guru Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa
(GBKSM) 2. Guru Bimbingan Lantikan Sekolah/Lantikan
Dalaman (GBLS/GBLD) 3. Guru Penyelaras (GP)
- Arahan menjawab mengikut keperluan inventori
- Menjawab di atas borang jawapan
- Inventori tidak boleh diconteng dan perlu dikembalikan
- Masa : 45 minit
- Murid berkeperluan khas diberikan tambahan masa 30 peratus
daripada waktu yang diperuntukkan bagi murid biasa
- Murid mengira skor dengan bimbingan GBKSM/GBLS/
GBLD/GP
- GBKSM/GBLS/GBLD/GP akan memberikan tafsiran skor
secara umum tentang konstruk IKeP
- GBKSM/GBLS/ GBLD/GP menganalisis skor.
- Fail unit Bimbingan & Kaunseling
- Pengesahan/tandatangan GBKSM/GBLS/ GBLD/GP
- Pengesahan/tandatangan GBKSM/GBLS/ GBLD/GP
- Simpan di dalam fail mengikut kelas,disusun secara turutan
abjad
- Disimpan di Unit Bimbingan dan Kaunseling
- GBKSM/GBLS/ GBLD/GP membentangkan analisis skor
kepada murid dan guru.
Murid dikumpulkan
Murid dikumpulkan
Edaran Inventori dan borang
jawapan
Murid menjawab soalan
Penerangan
Pengumpulan borang jawapan
Pentafsiran Skor
Penyimpanan Fail
Intervensi
14
3.4 Pengiraan Skor
3.4.1 Kertas Persepsi - 45 minit
Item berformat dwi pilihan respon iaitu YA / TIDAK
Jadual 1 : Format Item
ITEM KONSTRUK
1, 10, 19, 28, 37, 46, 55, 64, 73, 82 Kecerdasan Verbal Linguistik
2, 11, 20, 29, 38, 47, 56, 65, 74, 83 Kecerdasan Logik Matematik
3, 12, 21, 30, 39, 48, 57, 66, 75, 84 Kecerdasan Intrapersonal
4, 13, 22, 31, 40, 49, 58, 67, 76, 85 Kecerdasan Visual Ruang
5, 14, 23, 32, 41, 50, 59, 68, 77, 86 Kecerdasan Naturalis
6, 15, 24, 33, 42, 51, 60, 69, 78, 87 Kecerdasan Interpersonal
7, 16, 25, 34, 43, 52, 61, 70, 79, 88 Kecerdasan Kinestatik
8, 17, 26, 35, 44, 53, 62, 71, 80, 89 Kecerdasan Muzik
9, 18, 27, 36, 45, 54, 63, 72, 81, 90 Kecerdasan Existential
GBKSM/GBLS/ GBLD/GP perlu merekod skor setiap murid di dalam sistem offline yang
dibekalkan. Analisis akan ditafsirkan dalam bentuk peratus.
15
3.5 Definisi Tafsiran Skor
Jadual 2 Definisi Tafsiran Skor
KONSTRUK DIFINISI OPERASIONAL INTERPRETASI SKOR
Verbal-
linguistik
Kebolehan menggunakan bahasa
dengan efektif sama ada secara
lisan dan bertulis. Individu ini
mempunyai kemahiran
mendengar dan berfikir dalam
bentuk perkataan. Kemahirannya
meliputi mendengar, bercakap,
menulis, bercerita, menerangkan,
mengingat maklumat dan
memahami perkataan.
Tokoh : Munshi Abdullah dan
William Shakespeare.
Kerjaya : pengarang,
pensyarah, wartawan,
penyunting, penyair, penulis
skrip dan novelis.
Tinggi
75% - 100%
Individu ini mempunyai
kecerdasan yang tinggi
untuk menggunakan
bahasa dengan efektif
secara verbal dan bertulis,
boleh berkomunikasi
dengan lancar, suka
berdebat dan berceramah.
Sederhana
50% - 74%
Individu ini mempunyai
kecerdasan yang
sederhana dalam aspek
komunikasi.
Rendah
0% - 49%
Individu ini mempunyai
kecerdasan yang rendah
dalam menggunakan
bahasa secara verbal dan
bertulis.
Visual- ruang
Kebolehan untuk berfikir secara
gambaran, imej, bentuk dan
paten(corak). Kebolehan untuk
membentuk model secara visual
dan mengaplikasikan model itu
kepada dunia fizikal. Individu ini
gemar melihat peta, carta,
gambar, video dan filem.
Kebolehan individu ini termasuk
membaca, menulis, memahami
carta dan graf, melakar, melukis
dan menterjemah imej secara
visual.
Tokoh : Galileo Galilei dan
Leornado Da Vinci
Tinggi
75% - 100%
Individu mempunyai daya
imaginasi yang tinggi
terhadap sesuatu ruang
dan banyak idea yang
kreatif, suka kepada
gambar, graf, video dan
filem, mempunyai
kemahiran mereka cipta.
Sederhana
50% - 74%
Individu ini mempunyai
tahap kecerdasan yang
sederhana dalam
imiginasi, membentuk
model secara visual dan
mengaplikasi model itu
kepada dunia fizikal.
16
Kerjaya : Arkitek, jurugambar,
pengukir,pereka pakaian, pereka
dalaman, kartunis, perancang
Bandar, pelumba motor,
jurusolek,juruterbang,ahli
pelayaran,angkasawan, dan
pelukis
Rendah
0% - 49%
Individu ini mempunyai
daya imaginasi yang
rendah dan tidak suka
menggunakan gambaran
atau rajah dalam sesuatu
penyelesaian.
Logik
Matematik
Kebolehan yang dominan di
bahagian kiri otak ini
membolehkan seseorang
menaakul secara deduktif dan
induktif serta berfikir secara
konseptual dan abstrak. Individu
yang cenderung dalam
kecerdasan ini boleh
menyelesaikan masalah
kompleks yang berkaitan dengan
matematik dengan mudah serta
boleh membuat perkaitan,
menyoal, menganalisis,
mensintesis, mengira dan
menggunakan komputer dengan
cekap.
Tokoh : Bill Gates dan Warren
Buffet
Kerjaya : Saintis, pakar statistik,
ahli ekonomi, juru audit,
akauntan dan aktuaris
Tinggi
75% - 100%
Individu yang mempunyai
kecerdasan yang tinggi
dalam menaakul,
mentafsir, menyelesaikan
masalah yang berkaitan
dengan nombor. Individu
juga suka kepada perkara
berstruktur, rutin dan
terperinci serta berjadual.
Sederhana
50% - 74%
Individu ini mempunyai
kecerdasan yang
sederhana dalam
menaakul, menyelesaikan
masalah yang kompleks
dan penggunaan perisian
yang sederhana.
Rendah
0% - 49%
Individu ini tidak berminat
menggunakan domain
dalam otak kiri dan dalam
menyelesaikan masalah.
Muzik
Kebolehan untuk berfikir dalam
bentuk muzikal, mendengar dan
mengecam paten, membezakan
antara bunyi dan cipta Muzik.
Sensitif dengan bunyi di
persekitaran. Kemahiran
individu ini ialah menyanyi,
bersiul, mengubah muzik,
mengingati melodi, memahami
struktur dan rentak muzik.
Tokoh: Tan Sri P.Ramlee,
Ramli MS, Habsah Hassan,
Beethovan, Kitaro dan Kenny G.
Tinggi
75% - 100%
Individu ini mempunyai
kecekapan berkaitan
dengan muzik serta
berkebolehan dalam
mengendalikan alat
muzik.
Sederhana
50% - 74%
Individu ini mempunyai
kecerdasan yang
sederhana dalam muzik
seperti menyanyi dan
bermain alat muzik.
17
Kerjaya : Pencipta lagu,
komposer dan ahli Muzik Rendah
0% - 49%
Individu ini tidak peka
kepada bunyi-bunyian,
nyanyian serta tidak boleh
bermain alat muzik dan
mengubah lagu.
Naturalis
Seseorang pencinta alam yang
dapat mengenali dan
mengklasifikasikan flora, fauna
dan galian dengan mudah. Lebih
menghabiskan masa di luar dan
gemar mendengar bunyi-bunyian
yang terdapat di alam sekitar.
Individu yang sensitif terhadap
alam sekitar dan dapat
menghubungkaitkan antara
kehidupan flora dan fauna.
Tokoh: Steve Irwin
Kerjaya: Ahli biologi, zoologi,
ahli botani, ahli geologi,doktor
haiwan, nelayan, pendaki
gunung ,renjer hutan,ahli
astronomi, juru foto alam, tukang
kebun dan veterinari
Tinggi
75% - 100%
Individu ini mempunyai
kecerdasan yang tinggi
terhadap kehidupan alam
sekitar dalam kategori
flora, fauna dan galian,
seorang pencinta alam dan
juga seorang yang
penyayang kepada
kehidupan.
Sederhana
50% - 74%
Individu yang mempunyai
kecerdasan sederhana
terhadap kehidupan alam
sekitar dalam kategori
flora, fauna dan galian,
seorang pencinta alam dan
juga seorang yang
penyayang kepada
kehidupan.
Rendah
0% - 49%
Individu yang kurang peka
terhadap kehidupan alam
sekitar dalam kategori
flora, fauna dan galian,
seorang pencinta alam dan
juga seorang yang
penyayang kepada
kehidupan.
Kinestetik
Kebolehan menggunakan
sebahagian atau keseluruhan
anggota tubuh badan untuk
berkomunikasi dan
menyelesaikan masalah. Cekap
menginterpretasikan pergerakan
anggota atau tubuh. Lebih
cenderung melakukan aktiviti
Tinggi
75% - 100%
Individu mempunyai
kecerdasan yang tinggi
dalam menggunakan
sebahagian atau
keseluruhan anggota
badan dalam
menyelesaikan masalah.
18
yang berkaitan dengan
pergerakan badan seperti
bersukan, menari, gimrama dan
lain-lain. Seseorang individu
juga cekap memanipulasi objek
fizikal dan dapat mengimbangi
antara pergerakan fizikal dengan
mental.
Tokoh: Datuk Nicole David,
Shalin Zulkifli, Datuk Lim
Chong Wei, Micheal Jordan dan
Michael Jackson.
Kerjaya : Ahli sukan dan
jurutari
Sederhana
50% - 74%
Individu ini mempunyai
kecerdasan yang
sederhana dalam aktiviti
pergerakan badan,
memanipulasi objek
fizikal dan imbangan
badan.
Rendah
0% - 49%
Individu ini tidak mampu
menggunakan anggota
badan dalam
menyelesaikan masalah
dan tidak berminat
terhadap pergerakan
badan seperti bersukan,
menari dan lain-lain.
Interpersonal
Kecerdasan interpersonal
melibatkan kemahiran atau
kebolehan individu
berkomunikasi, menjalin
hubungan dan membina
kepercayaan dengan orang lain.
Individu ini mampu memahami
orang lain, sensitif kepada
perasaan, kepercayaan, penilaian
dan matlamat orang lain.
Individu ini cekap menilai
emosi, motivasi dan keinginan
orang di sekeliling.
Tokoh : Dato’ Dr. Fadzilah
Kamsah, Dr. Azizan Osman
dan Oprah Winfrey
Kerjaya: Pakar motivasi,
kaunselor, ahli politik, guru dan
pegawai diplomatik .
Tinggi
75% - 100%
Individu yang mempunyai
kecerdasan tinggi dalam
berkomunikasi, menjalin
hubungan dan membina
kepercayaan dengan orang
lain.
Sederhana
50% - 74%
Individu ini mempunyai
kecerdasan yang
sederhana dalam
berkomunikasi, menjalin
hubungan dan membina
kepercayaan dengan orang
lain.
Rendah
0% - 49%
Individu yang mempunyai
kecerdasan rendah dalam
berkomunikasi, menjalin
hubungan dan membina
kepercayaan dengan orang
lain.
19
Intrapersonal
Berkebolehan untuk membuat
penilaian kendiri dan
menggunakan maklumat tersebut
untuk mengawal diri dan
membuat pertimbangan kendiri
dari aspek kelemahan dan
kekuatan yang ada. Individu ini
mempunyai kesedaran diri yang
tinggi tentang perasaan, sikap,
penampilan luaran, mengawal
naluri diri, kebolehan memantau
pemikiran, tindakan dan
perasaan. Individu ini
mempunyai gerak hati / intuisi
dan imaginasi yang tinggi, boleh
mengawal emosi dan
mempunyai autonomi yang
tinggi serta berdikari.
Tokoh : Aristotle dan Hamka
Kerjaya : Pakar psikologi, ahli
falsafah dan pendeta.
Tinggi
75% - 100%
Individu ini mempunyai
kecerdasan yang tinggi
untuk membuat penilaian
kendiri dan menggunakan
maklumat untuk
mengawal diri serta
membuat pertimbangan
kendiri.
Sederhana
50% - 74%
Individu ini mempunyai
kecerdasan yang
sederhana untuk membuat
penilaian kendiri dan
menggunakan maklumat
untuk mengawal diri serta
membuat pertimbangan
kendiri.
Rendah
0% - 49%
Individu ini mempunyai
kecerdasan yang rendah
untuk membuat penilaian
kendiri dan menggunakan
maklumat untuk
mengawal diri serta
membuat pertimbangan
kendiri.
Eksistensial
Kecerdasan kewujudan ialah
keupayaan atau kebolehan untuk
memahami dan menimbang tara
perkara-perkara berunsur
falsafah yang berkaitan dengan
kewujudan Tuhan dan fitrah
makhluk (manusia, haiwan,
tumbuhan, alam semesta dll)
berkaitan kehidupan, tujuan, dan
kematian.
Tokoh : Socrates, Dr. Zakir
Naik dan Mother Theresa
Kerjaya : Imam, pemimpin dan
ahli agama.
Tinggi
75% - 100%
Individu ini mempunyai
kecerdasan yang tinggi
dalam keupayaan atau
kebolehan untuk
memahami dan
menimbang tara perkara-
perkara berunsur falsafah
yang berkaitan kewujudan
Tuhan dan fitrah makhluk.
Sederhana
50% - 74%
Individu ini mempunyai
kecerdasan yang
sederhana dalam
keupayaan atau kebolehan
untuk memahami dan
menimbang tara perkara-
perkara berunsur falsafah
yang berkaitan kewujudan
Tuhan dan fitrah makhluk.
20
Rendah
0% - 49%
Individu ini mempunyai
kecerdasan yang rendah
kurang keupayaan atau
kebolehan untuk
memahami dan
menimbang tara perkara-
perkara berunsur falsafah
yang berkaitan kewujudan
Tuhan dan fitrah makhluk.
Jadual 3 Penerangan mengenai kecerdasan pelbagai
KECERDASAN MURID
SUKA
TINDAKAN
GURU
KEMAHIRAN
MURID
BIDANG
KERJAYA
Verbal linguistik
Berfikir dengan
perkataan
Guna pelbagai
bentuk bahasa
dan perkataan
untuk melahirkan
makna yang
kompleks dan
indah
Teka-teki, teka
kata,
Membaca,
menulis dan
bercerita
Guna tatabahasa
yang luas
Bermain
permainan bahasa
Cipta puisi dan
cerita dengan
menggunakan
bunyi dan imejan
perkataan
Memberi
projek bacaan
dan penulisan
Membantu
murid
menyediakan
ucapan, dan
syarahan
Memupuk
minat dalam
debat
Menyediakan
permainan
bahasa, teka
silang kata dan
mencari
perkataan
Menggalakkan
pelajar bermain
dengan kata-
kata, dan kiasan
Merakam
percakapan
sendiri dan
mendengar
semula sebutan
dan intonasi
Mengajar kawan
atau ahli
keluarga
membaca
Mengadakan
sesi bercerita
bersama kawan
atau keluarga
Peguam
Guru
Pemberita
Penyunting
Wartawan
Penyajak
21
Visual-Ruang
Dapat
mengesan dunia
visual dengan
tepat
Mencipta imej
mental
Berfikir dalam 3
Dimensi
Peka pertalian
antara objek
dalam ruang
Menconteng,
melukis,
mewarnakan atau
mencipta
gambaran 3D
Melihat peta
Menyusun suai
gambar (jigsaw
puzzle), teka kata
dan menyudahkan
permainan
berselirat (maze)
Membuka dan
memasang semula
sesuatu
Memasukkan
aktiviti melukis
peta dan
permainan
berselirat
Memimpin
aktiviti
visualisasi
Memberi
peluang kepada
murid untuk
menunjukkan
kefahaman
melalui lukisan
Memberi murid
peluang mereka
cipta sesuatu
seperti fesyen
pakaian,
bangunan,
kawasan
bermain dan
pemandangan
Memaparkan isi
kandungan
bahan yang
dibaca dalam
bentuk visual
Mereka model
3D dari ciptaan
atau projek
sekolah
Cuba
mendapatkan
sesuatu dari
bilik atau rumah
dengan mata
tertutup
Cari imej atau
gambar dalam
awan, dari alas
meja atau
retakan di
dinding
Kerjaya
Pengacara
Arkitek
Pengurusan
Grafik
Pelukis
kartun
Ahli bedah
Logik Matematik
Mendekati
masalah secara
logik
Faham nombor
dan pola abstrak
Mengecam dan
menyelesaikan
masalah yang
memerlukan
penaakulan
Bekerja dengan
nombor,
menganalisis
situasi
Hendak tahu
bagaimana sesuatu
itu berfungsi
Bertanya
‘Mengapa’
Tunjuk ketepatan
dalam
menyelesaikan
masalah
Bekerja dalam
situasi yang
memerlukan
penyelesaian tepat
Membina rajah
Venn
Menggunakan
permainan
strategi
Melibatkan
murid
menunjukkan
kefahaman
tentang sesatu
dengan
menggunakan
objek konkrit
Rekod
maklumat
dalam graf
Wujudkan
aktiviti
membuat garis
masa dan
melukis peta
Menjumlahkan
pembelian
semasa ibu bapa
memasukkan
barang ke dalam
troli
Membayarkan
barangan yang
dibeli di
pasaraya
Memulakan
akaun bank dan
adakan sasaran
simpanan
setiap bulan
Akauntan
Juruwang
Jurutera
Ahli fizik
Pencipta
Pengaturcara
22
Muzik
Peka kepada
bunyi bukan
verbal dalam
persekitaran
termasuk melodi
dan nada
Sedar akan pola
pada nada dan
timbre
Mendengar dan
bermain Muzik
Memadankan
perasaan kepada
Muzik dan ritma
Bernyanyi,
bersenandung dan
bergerak mengikut
Muzik berlainan
Mencipta dan
mereplikakan lagu
Memasukkan
aktiviti menulis
semula lirik lagu
untuk mengajar
konsep tertentu
Menggalakkan
murid
menggunakan
Muzik dalam
lakonan
Mengajar
sejarah
menggunakan
Muzik zaman
itu
Menggalakkan
murid belajar
Muzik dan
tarian rakyat
negara lain
Mengadakan sesi
menyanyi
bersama kawan
dan keluarga
Menggunakan
satu jam
seminggu untuk
mendengar jenis
Muzik yang
berlainan
Memberi
perhatian kepada
bunyi di
sekeliling seperti
bunyi kipas,
orang berjalan,
jam berdetik
Penggubah
lagu
Penyanyi
Ahli Muzik
Penerbit
Konduktor
Muzik
Naturalis
Peka kepada
alam semula jadi
Nampak
pertalian dan
pola dalam alam
tumbuhan-
tumbuhan dan
haiwan
Menghabiskan
masa di luar
Memerhati
tumbuh-
tumbuhan, kumpul
batu-batuan,
menangkap
serangga dan
memelihara
haiwan peliharaan
Mengesan
pertalian dalam
alam semula jadi
Mengesan
pertalian dalam
alam semula jadi
Mengkelaskan dan
mengkategorikan
flora dan fauna
Menggunakan
persekitaran
sebagai bilik
darjah
Memberi murid
tanggungjawab
mengendalikan
sudut-sudut
tumbuhan-
tumbuhan dan
haiwan di dalam
kelas
Menjalankan
eksperimen
Sains secara
hands-on
Menggalakkan
murid mereka
bentuk landskap
kawasan
persekitaran
Memelihara dan
memerhati
kitaran hidup
rama-rama atau
katak
Menjaga dan
memerhatikan
proses
pertumbuhan
kacang yang
disemai
Memerhati dan
mencatat fasa
bulan
Petani
Doktor
haiwan
Pendaki
gunung
Peramal
cuaca
Ahli ekologi
Ahli zoologi
23
Kinestatik
Guna pergerakan
badan untuk
berkomunikasi
dan
menyelesaikan
masalah
Mahir dengan
objek dan aktiviti
yang melibatkan
kecekapan motor
halus dan motor
kasar
Bersukan dan
aktiviti fizikal
aktif
Guna bahasa
badan
Buat kraf dan
projek mekanikal
(manipulatif)
Menari, berlakon
dan mimos
(mime)
Memberi
aktiviti sentuhan
dan pergerakan
Memberi
peluang main
peranan dan
berlakon
Memberi murid
bekerja sambil
bergerak
Menggunakan
aktiviti yang
melibatkan
kecekapan
motor halus dan
motor kasar
seperti menjahit
dan membuat
model
Menolong ibu
bapa memasak,
berkebun dan
membaiki
perkakas rumah
Atlet
Pelakon
Penari
Mekanik
Bomba
Interpersonal
Peka terhadap
perasaan dan
mood orang lain
Faham dan
berinteraksi
secara berkesan
dengan orang
lain
Berkawan
Memimpin,
berkongsi dan
menjadi orang
pengantara
Membina
sepersetujuan dan
berasa empati
dengan orang lain
Bekerja sebagai
ahli kumpulan
yang berkesan
Pembelajaran
koperatif
Memberi projek
berkumpulan
Memberi murid
peluang
mengajar rakan
sebaya
Menyediakan
aktiviti sumbang
saran untuk
menyelesaikan
masalah
Mewujudkan
situasi di mana
murid mendapat
maklum balas
pihak lain
Berinteraksi
dengan orang
ramai di tempat
awam
Aktif dalam
permainan yang
memerlukan
kerjasama
Bertukar
peranan dengan
ahli keluarga
atau kawan
untuk sehari
(role play)
Kaunselor
Ahli Politik
Jurujual/
Peniaga
Pengawal
keselamatan
Intrapersonal
Tahu kekuatan
dan kelemahan
kendiri
Guna
pengetahuan
kendiri sebagai
panduan
membuat
Kawal emosi dan
mood kendiri
Mendalami dan
meneruskan minat
peribadi dan
menetapkan
agenda sendiri
Belajar melalui
pemerhatian dan
mendengar
Memberi murid
belajar pada
kadar kendiri
Memberi projek
individu
berbentuk
arahan kendiri
Membantu
murid
menetapkan
Tulis
autobiografi
tentang diri
sendiri
Duduk
bersendirian
untuk sesi
refleksi 5 minit
sehari
Catatkan
Ahli
Psikologi
Penyelidik
Usahawan
Novelis
Penulis
Pendakwah
Ahli falsafah
24
keputusan dan
menetapkan
matlamat
Menggunakan
kecekapan meta
kognitif
matlamat
Memberi
peluang murid
mendapat
maklum balas
antara satu sama
lain
Melibatkan
murid dalam
menulis jurnal
dan lain bentuk
refleksi
perasaan,
kenangan, visi
dan buah fikiran
dalam dairi
harian
Eksistensial
Lihat sesuatu
secara holistik
Memahami nilai-
nilai kebenaran,
kebaikan dan
keindahan
Keupayaan untuk
meringkaskan
maklumat ke
dalam
pemahaman yang
lebih besar
Kesedaran kualiti
tidak ketara
manusia, sama
ada bertindak
balas kepada
seni, kemuliaan
falsafah atau
rukun agama
Mendapatkan
makna dalam
kehidupan
seharian
Mencari
sambungan antara
pengalaman
mereka
Sering menikmati
sastera dan adat
dari budaya lain
Berhubung dengan
keluarga dan
rakan-rakan
Menyatakan rasa
kekitaan kepada
masyarakat global
Suka melibatkan
diri dengan sebab-
sebab sosial dan
politik
Mempunyai
komitmen yang
kuat untuk
kesihatan dan
kesejahteraan
Sumbang saran
dan
perbincangan
untuk menjana
minda
Memberi
tugasan
penyelidikan
Aktiviti
membaca,
melukis dan
bersyair
Memberi
pendapat dan
idea yang
memberangsang
kan
berlandaskan
agama
Menghargai
estetika
persekitaran
Menghormati
orang lain dan
bersopan-santun
Ahli falsafah,
Ahli teologi
25
3.6 Fungsi Kecerdasan Pelbagai Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran (PdP)
Guru boleh memilih strategi PdP yang sesuai dan memadankan dengan kecerdasan murid. Guru
perlu mengenal pasti dahulu kecerdasan pelbagai murid. Dengan ini, guru boleh
memperkembangkan potensi murid dalam kecerdasan lain yang belum menyerlah. Maklumat
daripada IKeP boleh digunakan untuk :
i. Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan keperluan murid.
ii. Menerima persamaan dan perbezaan antara individu dengan mengakui bahawa setiap
murid adalah unik dan belajar dengan cara yang berlainan.
iii. Meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang dan menyedari bahawa potensinya tidak
terbatas.
iv. Meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui PdP yang menyeronokkan.
v. Meningkatkan profesionalisme guru dan menggalakkan inovasi dan penyelidikan dalam
PdP.
vi. Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah.
vii. Mempelbagaikan cara pentaksiran.
Selain daripada itu Kecerdasan Pelbagai boleh juga dikenal pasti melalui :
i. Pemerhatian tingkah laku murid semasa belajar
ii. Aktiviti yang digemari murid pada masa lapang
iii. Laporan prestasi murid
iv. Profil kecerdasan murid
Maklumat daripada IKeP ini boleh digunakan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran .
26
3.7 Interpretasi Skor Kecerdasan Pelbagai IKeP Tahun 6
Interpretasi skor yang diperoleh daripada murid berkaitan dengan tahap persetujuan untuk
sesuatu pernyataan kecerdasan tertera dalam Jadual 3.29. Norma yang selalu digunakan dapat
menjelaskan kedudukan sesuatu skor itu berbanding dengan skor yang lain (Tuckman 1999).
Berdasarkan kepada norma lazim, skor 50% dianggap skor min, manakala skor 75% ke atas
dianggap terletak dalam kuartal tertinggi (Gay & Airasian 2003). Dengan itu, interpretasi bagi
peratus dibuat seperti yang dipaparkan dalam Jadual 4.
Jadual 4 Interpretasi Skor Peratusan
Skor Peratusan Interpretasi Skor
75% hingga 100% Tinggi
50% hingga 74% Sederhana
0% hingga 49% Rendah
Sumber : Alias Baba (1999), Tuckman (1999) dan Gay & Airasian (2003) dalam
Mohd. Sani Ismail (2011).
27
4.0 PROSEDUR PENTADBIRAN IKeP TAHUN 6
PERKARA TINDAKAN
Mesyuarat
pengoperasian Perbincangan bersama pentadbir
Penyediaan jadual pelaksanaan
Makluman kepada guru dan murid
GBKSM/GBKLS/GP memuat turun IKeP Tahun 6
GBKSM/GBKLS/GP menyemak instrumen yang dimuat turun
Instrumen diperbanyakkan mengikut jumlah murid
Pentadbiran ujian Sediakan tempat ujian yang selesa, sesuai dan kondusif.
Murid perlu berada di tempat ujian 15 minit sebelum ujian
Edarkan inventori dan borang jawapan kepada setiap murid.
Beri arahan kepada murid:
a. tulis nama dan kelas di borang jawapan
b. bulatkan semua jawapan di borang jawapan
c. jangan meniru
d. semak jumlah halaman kertas soalan
e. masa ujian ialah 45 minit
* Murid berkeperluan khas diberikan tambahan masa 30
peratus daripada waktu yang diperuntukkan..
Apabila masa ujian telah tamat, mohon murid supaya berhenti
menulis dengan meletakkan pensel di atas meja.
Murid menjawab
IKeP dan
pengiraan skor
Murid menjawab IKeP Tahun 6
Murid mengira skor dengan bimbingan GBKSM/GBKLS/GP
Pentaksiran skor GBKSM/GBKLS/GP memberi pendedahan umum tentang
tafsiran setiap konstruk
Pengumpulan set
Inventori dan
Borang Jawapan
Diserahkan kepada GBKSM/GBKLS/GP
Pelaporan GBKSM/GBKLS/GP menganalisis skor IKeP murid
Pengisian data dalam sistem pelaporan yang dibekalkan
GBKSM/GBKLS/GP mencetak 2 salinan pelaporan skor IKeP
murid
1 salinan untuk simpanan GBKSM/GBKLS/GP untuk dijadikan
eviden.
1 lagi salinan untuk diserahkan kepada murid bersama-sama
28
keputusan UPSR
Pelaporan IKeP Tahun 6 hendaklah ditandatangani oleh
GBKSM/GBKLS/GP dan disahkan oleh Guru Besar.
Penyimpanan
Fail Penyimpanan dibuat di dalam fail mengikut kelas, disusun
mengikut susunan abjad
Dokumen menjadi rujukan dan panduan semasa membuat
intervensi
Intervensi Meningkatkan kefahaman tentang persepsi kecerdasan pelbagai
Modifikasi persepsi kecerdasan pelbagai mengikut kebolehan,
bakat dan minat murid
Membantu murid meningkatkan/menyeimbangkan kecerdasan
pelbagai bagi mengembangkan potensi diri.
* GBKSM - Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa GBKSL - Guru Bimbingan dan Kaunseling Lantikan Sekolah GP - Guru Penyelaras
29
5.0 PERANAN BAHAGIAN
5.1 Jabatan Pendidikan Negeri (Pegawai Kaunseling, Unit Hem )
5.1.1 Memberi taklimat kepada Pegawai Pendidikan Daerah (Penolong Pegawai
Pendidikan Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya Murid) dengan dibantu
oleh pegawai yang telah mengikuti sesi penataran.
5.1.2 Mengedarkan bahan manual Pentaksiran Psikometrik IKeP Tahun 6
kepada Penolong Pegawai Pendidikan Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya
Murid.
5.1.3 Pemantauan pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik IKeP Tahun 6 di
peringkat PPD.
5.2 Pejabat Pendidikan Daerah ( Penolong Pegawai Kaunseling Dan Kerjaya
Murid )
5.2.1 Memastikan semua sekolah di bawah PPD masing-masing menerima
bahan Pentaksiran Psikometrik IKeP Tahun 6.
5.2.2 Mengadakan taklimat kepada semua Guru Besar/GBKSM/GBKLS/GP di
PPD masing-masing berkaitan Pentaksiran Psikometrik IKeP Tahun 6
5.2.3 Memastikan pelaksanaan di peringkat sekolah.
5.3 Guru Besar
5.3.1 Mengadakan perbincangan bersama GBKSM/GBKLS/GP di sekolah
masing-masing mengenai pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik IKeP
Tahun 6.
5.3.2 Mengadakan taklimat kepada semua guru mengenai Pentaksiran
Psikometrik IKeP Tahun 6.
5.3.3 Memastikan GBKSM/GBKLS/GP melaksanakan Pentaksiran Psikometrik
IKeP Tahun 6 berdasarkan prosedur kerja yang telah ditetapkan.
30
5.4 GBKSM/GBKLS/GP
5.4.1 Berbincang bersama Guru Besar tentang prosedur pelaksanaan
Pentaksiran Psikometrik IKeP Tahun 6
5.4.2 Memberi taklimat kepada semua guru mengenai Pentaksiran Psikometrik
IKeP Tahun 6.
5.4.3 Memberi taklimat kepada murid mengenai Pentaksiran Psikometrik IKeP
Tahun 6
5.4.4 Mentadbir Pentaksiran Psikometrik IKeP Tahun 6.
5.4.5 Membuat pelaporan IKeP.
5.4.6 Membuat intervensi, konsultasi dan sesi berdasarkan dapatan skor murid.
5.4.7 Menyimpan skor murid di tempat yang selamat sebagai eviden.
5.4.8 Menyerahkan sesalinan slip skor IKeP Tahun 6 kepada murid.
5.5 Guru
5.5.1 Menggunakan hasil dapatan skor murid yang telah dibincangkan bersama
GBKSM/GBKLS/GP untuk penambahbaikan serta perancangan
pengajaran dan pembelajaran.
5.5.2 Menggunakan hasil dapatan skor murid yang telah dibincangkan bersama
GBKSM/GBKLS/GP untuk perkembangan murid.
31
6.0 PERNYATAAN KEPUTUSAN SKOR PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK IKeP
TAHUN 6
Pernyataan keputusan Skor Pentaksiran Psikometrik IKeP Tahun 6 setiap murid akan
dikeluarkan oleh pihak sekolah.
PENTING:
Skor Pentaksiran Psikometrik IKeP Tahun 6 akan dilaporkan secara berasingan.
Instrumen Pentaksiran Psikometrik IKeP Tahun 6 adalah HAK CIPTA
TERPELIHARA Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Sesiapa
sahaja tidak dibenarkan memetik mana-mana bahagian dalam bentuk apa juga dan
dengan cara apa baik secara elektronik, fotologi, mekanik, rakaman atau yang lain-lain
dan sebagainya sebelum mendapat izin bertulis daripada pihak Lembaga Peperiksaan
Malaysia.
32
Rujukan
Amla Mohad. Salleh. 2007. Pendidikan Kerjaya dan Pembangunan Modal Insan. Bangi:
Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia. Selangor.
Binet (1905) dalam Wolf, T. H. (1969), "The emergence of Binet's conception and measurement
of intelligence: a case history of the creative process", Journal of the history of the behavioral
sciences (Apr 1969) 5 (2): 113–34.
Costa, P.T. and McCrae, R.R. 1992. NEO personality Inventory professional manual. Odessa,
FL: Psychological Assessment Resources.
Gardner, H. 1983. Frames of Mind. New York: Basic Books Inc.
Gardner, H. (1993). Frame Of Mind: The theory of multiple intelligences. New York, NY: Basic
Book.
Gardner, H. 1999. Intelligence Reframed.USA: Basic Books.
Hanizah Hamzah (2011a). Mentaksir ciri tret psikologi murid: penerokaan dimensi baru.
Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Hanizah Hamzah (2011b). Profil: Kenali murid. tingkatkan prestasi. Lembaga Peperiksaan,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Hair, Black and Babin. 2010. Multivariate Data Analysis : A Global Perspective. 7th.
Edition.U.S: Pearson Publication
Holland,J.L. (1973). Making Vocational Choice: A Theory of Career. Englewood Cliff, New
Jersey: Prentice Hall Inc.
Holland,J.L. (1985). Manual for the Vocational Preference Inventory. Odessa, Florida:
Psychological Assessment Resources.
Holland, J.L. (1996). Making Vocational Choice: A Theory of Vocational Personality and Work
Environment. Edessa, Florida: Psychological Assessment Resources.
Mohd Ali Jaamat. (2009). Pembinaan Modul Kesedaran Kerjaya Untuk Pelajar Sekolah
Menengah Di Negeri Sembilan. Kertas Kerja Konvensyen PERKAMA Ke 14. UPM.
Mohd. Sani bin Ismail. (2011).Kematangan kerjaya, efikasi kendiri kerjaya dan penglibatan
pelajar dalam aktiviti program bimbingan dan kaunseling kerjaya . Tesis Doktor Falsafah
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012a. Manual Pentaksiran Psikometrik. Lembaga
Peperiksaan.
33
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012b. Inventori Minat Kerjaya. Lembaga Peperiksaan.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia -2013-2025.
Sidek Mohd Noah (2002). Perkembangan kerjaya : Teori & Praktis. Serdang. Penerbit
Universiti Putra Malaysia.
Parsons, F. 1909. Choosing a vocation. Boston, MA, US: Houghton, Mifflin and Company
Smith L.G. and Smith J.K. 1994. Lives in education. A narrative people and ideas Second
Edition.New York:St Martin’s Press.
Smith, M.K. 2002. Howard Gardner and Multiple intelligences’ The Encyclopaedia of informal
education.
Super, D. E. 1957. The psychology of careers: An introduction to vocational development. New
York: Harper & Brothers
Super, D.E. 1971.The psychology of career. New York: Harper & Row Publisher.
Super.D.E. 1990. A life-space, Life Space Approach toCareer Development. In D. Brown,L.
Brooks & Associations (Eds.) Career Choice and Development (3rd
Ed). San
Francisco:Jossey-Bass Inc.
Sidek Mohd Noah. (2002). Perkembangan Kerjaya: Teori dan Praktis. Universiti Putra Malaysia,
Serdang, selangor Darul Ehsan.
Super, D.E. (1984). Career and life Development. Dalam Career Choice and Development,
disunting oleh D.Brown, L. Brooks, and Associates. San Francisco, CA: Jossey-Bass.
Wechsler,D.1974. Manual for the Wechsler intelligence scale for children –Revised.
34
Panel penggubal:
1. Prof. Madya Dr. Rorlinda binti Yusof Pusat Permata Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia
2. Dr. Zainuriyah binti Abdul Khatab
Malaysian Open University, Selangor 3. Dr. Ramlan bin Hamzah IPG Kampus Teknik, Kuala Lumpur 4. Pn. Norliza binti Jaafar IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur 5. Pn. Sharifah Hanizah binti Syed Jaafar SMKA Dato’ Hj Abu Hassan Hj Sail, Rembau, Negeri Sembilan 6. Pn. Najahah binti Shafie SMK Perempuan Kapar, Klang, Selangor 7. Pn. Inah Kuala Abdullah SMK Puteri, Negeri Sembilan 8. En. Ahmad Sulaiman bin Mohammed SK Rahang, Negeri Sembilan 9. Pn. Yusnizal binti Ismail SK Tanjung Minyak 2, Melaka 10. En. M. Fazuli bin Khamis SK Taman Molek, Johor 11. En. Mohd Zahari Safuan bin Draffar SK Ganun, Melaka 12. En. Azizi bin Lamat SK Taman Paroi Jaya, Negeri Sembilan 13. En. Safar Ershad bin Majeran SK Senaling, Negeri Sembilan 14. En. Hafrul Nizam bin Mohd Isa SMK Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur 15. Pn. Siti Hajar binti Mohd Basir SK Undang Jelebu, Negeri Sembilan 16. Pn. Suziana binti Marni SK Taman Pelangi Indah, Johor
35
17. Pn. Nor Juliati binti Ahmad SK King George V, Negeri Sembilan 18. Pn. Norbaya binti Hj Abd. Shattar SK St Paul, Negeri Sembilan Urusetia
1. En. Abd Aziz bin Mohd Hassan
Lembaga Peperiksaan Malaysia
2. En. Suhaimi bin Yop
Lembaga Peperiksaan Malaysia
3. En. Hamzah bin Ishak
Lembaga Peperiksaan Malaysia
Top Related