3.6 KAEDAH JUALAN
ualan Tunai
ualan Tunai boleh ditakrifkan sebagai pertukaran barang atau
perkhidmatan dengan wang tunai pada masa urusniaga itu berlaku.
Contohnya, jika pengguna membeli sehelai baju, baju tersebut akan
diperoleh setelah wang tunai di bayar.
agi perkhimatan pula, pengguna tidak mendapat sebarang
perkhidmatan bentuk fizikal tetapi mendapat nilai faedah atas
perkhidmatan yang ditukarkan dengan wang tunai. Contohnya, jika
pengguna menaiki bas, dia akan membayar harga tiket. Harga tiket
yang di bayar merupakan bayaram perkhidmatan bas tersebut
bukannya membeli bas.
JUALAN TUNAI
ualan Kredit
ualan kredit boleh ditakrifkan sebagai beli sekarang dan bayar kemudian. Dalam kaedah
ini, pembeli akan membayar sejumlah wang yang dikenali sebagai wang pendahuluan atau
deposit. Selepas itu, pembeli akan menerima barang yang dibeli dan boleh menggunakannya.
Bayaran selebihnya akan dibayar secara beransur-ansur setiap bulan mengikut perjanjian yang
telah dibuat. Terdapat dua jenis jualan kredit iaitu sewa beli dan bayaran tertunda.
ewa beli merupakan suatu bentuk perniagaan ansuran yang menjual barang-barang tahan
lama dan mempunyai nilai jual semula yang baik. Pembayaran dibuat secara beransur-ansur.
Pembeli ialah penyewa barang dan penjual ialah yang empunya barang. Penyewa perlu
membayar sedikit wang pendahuluan dan selepas bayaran pertama diterima, barang tersebut
boleh digunakan serta merta. Hak milik hanya akan diperoleh oleh penyewa setelah semua
bayaran dijelaskan. Penjual atau pembiaya boleh menarik balik barang itu jika penyewa tidak
membayar ansuran dua bulan berturut-turut selepas diberi notis. Akta Sewa Beli 1967
mensyaratkan bahawa persetujuan sewa beli mestilah diwujudkan dalam bentuk tulisan dan
mestilah ditandatangani oleh semua pihak yang terlibat dalam perjanjian tersebut.
JUALAN KREDIT
ayaran tertunda ialah suatu bentuk perniagaan secara ansuran
bagi barang-barang yang tidak tahan lama yang mempunyai nilai
semula yang rendah. Contoh barang-barang ini adalah seperti kasut,
baju, perabot, cermin mata, dan lain-lain. Sebaik sahaja bayaran
pertama dibuat, barangan itu menjadi hak milik pembeli walaupun
bayaran sepenuhnya belum dijelaskan. Bayaran berikutnya boleh
dibuat secara beransur-ansur. Sekiranya pembeli tidak menjelaskan
ansurannya, penjual tidak berhak menarik balik barang itu, tetapi
boleh mendakwa pembeli di mahkamah.
BAYARAN TERTUNDAKELEBIHAN
KEPADAKEKURANGAN
KEPADA
SEWA BELI
ualan Prabayar
ualan Prabayar ialah bayar sekarang tetapi guna kemudian. Ini bermaksud pelanggan
akan membayar terlebih dahulu harga barang atau perkhidmatan yang dikehendaki dan akan
menerima barang atau perkhidmatan itu kemudian. Contohnya, penggunaan telefon bimbit
prabayar atau kad tol ‘Touch n’ Go’. Pelanggan akan membayar sejumlah wang untuk membeli
kad tersebut dan boleh menggunakan perkhidmatan tersebut sehingga jumlah yang tercatat habis
digunakan. Perkhidmatan ini memudahkan urusniaga seta boleh menjimatkan masa pengguna.
JUALAN PRABAYARKELEBIHAN
KEPADAKEKURANGAN
KEPADA
ualan Kosainan
ualan kosainan ialah barangan hanya dibayar jika barangan tersebut telah dijual kepada
pengguna. Jika barangan tidak habis dijual, barangan hendaklah dipulangkan kepada
pembekalnya. Pembekal atau pengeluar barang dinamakan kosainsor, manakalao penjual
dinamakan kosaini.
ontoh : Seorang penjual majalah (kosaini) akan mendapat bekalan majalah daripada
pengeluar (kosainor). Selepas satu tempoh jika majalah-majalah tersebut tidak habis dijual,
penjual akan memulangkan lebihan majalah tersebut kepada pengeluar. Bayaran hanya akan
dikenakan ke atas majalah-majalah yang telah habis dijual sahaja. Penjual juga akan menerima
komisen ke atas majalah yang telah dijual. Contoh perniagaan lain yang menggunakan kaedah
ini ialah penjual buku-buku, roti dan pemborong jober para.
JUALAN KONSAINAN
Faktor pemilihan kaedah jualan.
enis Barang
Barang yang bernilai tinggi dan tahan lama seperti perabot dan barangan elektrik
sesuai dijual menggunakan kaedah jualan secara kredit.
Barang yang mudah rosak seperti sayur-sayuran sesuai dijual secara tunai.
odal Peniaga
Jika modal kecil, sesuai menggunakan kaedah jualan prabayar atau tunai.
Jika modal besar, boleh menggunakan kaedah jualan secara kredit.
ersaingan
Jika banyak persaingan di pasaran, jualan secara kosainan, e-dagang dan jualan kredit
sesuai digunakan.
Jika kurang saingan, kaedah jualan tunai dan prabayar boleh digunakan.
aiz Pasaran
Jika saiz pasaran luas, sesuai menggunakan jualan tunai untuk mengelakkan risiko
hutang lapuk.
Jika saiz pasaran kecil, sesuai menggunakan jualan kredit.
ewangan Pembeli
Barang yang murah sesuai dijual secara tunai kerana mampu
dibeli semua orang.
Barang yang mahal dijual secara kredit supaya lebih ramai orang
dapat membeli.
eraturan dan undang-undang
Peraturan kaedah jualan yang digunakan mestilah berlandaskan
dengan kehendak undang-undang.
Contohnya, Akta Sewa Beli 1967 dapat mengawal penjualan
barang secara sewa beli.
Top Related