KURSUS ASAS BAHASA ISYARAT Tempat : Bilik Seminar, ULPL, PIS Disediakan Oleh: Naksa binti Ahmad
30 April 2014 Politeknik Ibrahim Sultan bukan
sahaja istimewa kerana merupakan satu-
satunya politeknik yang menawarkan program-
program rekabentuk tetapi juga kerana
mempunyai pelajar-pelajar istimewa iaitu
pelajar-pelajar kelainan upaya yang cacat
pendengaran ataupun bisu. Pelajar-pelajar khas
ini perlu mengambil kursus Aplikasi Komputer
(BK101) di JMSK semasa berada di semester
satu. Walaubagaimanapun, tidak semua
pensyarah berpeluang mengajar pelajar-pelajar
tersebut kerana bilangan mereka yang sedikit.
Sungguhpun begitu, pelajar-pelajar khas ini
sering datang ke pejabat samada mahu
bertemu dengan pensyarah mereka ataupun
ingin membuat jualan hasil dari aktiviti jabatan
mereka. Ini menimbulkan kesukaran kerana
kebanyakan staf di JMSK tidak mempunyai
kemahiran berbahasa isyarat untuk
berkomunikasi dengan mereka.
Oleh itu, Kursus Asas Bahasa Isyarat telah
diadakan untuk melatih staf di JMSK supaya
dapat berkomunikasi dengan pelajar-pelajar
khas ini dengan menggunakan bahasa isyarat
yang paling asas. Kursus ini telah dikendalikan
oleh Pn Siti Suhaila binti Samian dan dihadiri
oleh 35 orang peserta.
Walaupun kursus berlangsung hanya sehari,
banyak perkataan-perkataan dalam bahasa
isyarat yang telah dipelajari termasuklah
nombor, kata nama, kata perbuatan dan
perkataan-perkataan yang sering digunakan
dalam kehidupan seharian.
Diharap dengan kursus ini, staf di JMSK dapat
berinteraksi dengan lebih baik dengan pelajar-
pelajar khas yang datang ke jabatan. Kursus ini
juga diharapkan dapat meningkatkan lagi kualiti
diri staf di JMSK dengan menjadi insan yang luas
pengetahuan dan serba boleh.
Top Related