11.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Penggunaan kaedah gambar bersiri dalam proses pengajaran dan
pembelajaran sains diharap berkesan dalam membantu murid-murid Tahun Tiga
menyatakan struktur, jenis dan fungsi gigi. Secara keseluruhannya, kajian ini berjaya
mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan. Namun begitu, terdapat beberapa
cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan ke atas pelaksanaan kaedah gambar
bersiri sekiranya kajian seumpama ini ingin dijalankan pada masa hadapan.
Kaedah gambar bersiri boleh dipermuliakan lagi apabila model gigi yang
sebenar digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Kaedah gambar bersiri
kurang berkesan bagi murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran seperti
mempunyai penglihatan yang pudar, murid-murid yang kurang berupaya dan murid-
murid yang sukar untuk mengimaginasi. Walaupun gambar yang ditunjuk adalah
jelas tetapi model akan membantu murid-murid untuk mengalami situasi seakan
sebenar dan membantu meningkatkan lagi kefahaman mereka. Selain itu, murid-
murid yang sukar membaca atau menulis juga boleh mudah untuk meningati struktur,
jenis dan fungsi gigi tersebut.
Seterusnya, penggunaan slaid Power Point untuk menunjukkan bahagian-
bahagian gigi secara berperingkat boleh diperbaiki dengan mencetak dan
memberikannya kepada murid supaya mereka dapat melibatkan diri untuk
mencantumkan bahagian-bahagian gigi dengan betul sebelum penerangan diberikan.
Kaedah ini digunakan dalam kajian ini tetapi perlu diperbaiki dari segi saiz kertas
69
yang digunakan. Saiz kertas yang kecil tidak begitu jelas menunjukkan bahagian-
bahagian
70
gigi. Oleh itu, apabila gambar gigi dicetak, saiz gambar tersebut perlu lebih besar
daripada saiz A4 dan menunjukkan bahagian-bahagian gigi dengan jelas. Saiz kertas
A3 adalah sesuai. Hal ini amat penting untuk mengelakkan miskonsepsi berlaku
dalam kognitif kalangan murid-murid. Tambahan pula, gambar yang berwarna boleh
menarik minat murid-murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan.
Slaid yang dihasilkan perlu berwarna warni dan transisi juga perlu sesuai bagi
kandungan yang diajar. Transisi yang sama perlu dielakkan kerana kemungkinan
besar ia akan membosankan murid-murid.
Selain itu, apabila menjalankan temu bual, pengkaji perlu memilih tempat
yang senyap dan sunyi dan sesuai dengan tahap murid-murid. Dalam kajian ini,
penkaji telah menjalankan temu bual di perpustakaan sekolah. Hal ini boleh
menjejaskan data yang dikutip daripada responden kerana mereka tidak selesa
dengan keadaan perpustakaan yang panas dan sempit. Oleh itu, faktor-faktor ini perlu
dipertimbangkan agar responden selesa apabila menjawab soalan semasa sesi temu
bual.
Tambahan pula, kajian ini juga boleh dilaksanakan di sekolah aliran lain
seperti Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina). Hal ini demikian
kerana, hasil kajian di sekolah lain mungkin akan menunjukkan keberkesanan kaedah
ini dengan lebih jitu kerana suasana dan persekitaran yang berbeza. Selain itu,
bilangan murid perlu ditingkatkan kepada lebih daripada 30 orang untuk
mengelakkan perbezaan yang ketara dalam data yang diperoleh.
Secara kesimpulannya, langkah pelaksanaan kaedah gambar bersiri yang
dibuat penambahbaikan ini dapat diperkenalkan kepada murid-murid yang
menghadapi kesukaran untuk memahami struktur, jenis dan fungsi gigi.
70
Top Related