PELANSTRATEGIK2016-2020
P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L4
KATA ALU-ALUAN PENGERUSI 4
KATA PENGANTAR KETUA EKSEKUTIF 5
PENGENALAN 6
Ringkasan Eksekutif 6Latar Belakang PTPTN 7Carta Organisasi 9Fungsi dan Peranan 10Punca Kuasa 11Pihak Berkepentingan 11Pelanggan 12Rakan Strategik Baharu 12
SENARIO PERSEKITARAN 13
Isu dan Cabaran Strategik Berdasarkan 14Analisa Persekitaran Perkembangan Sosiopolitik 14Perkembangan Sosioekonomi 14Perkembangan Teknologi 15Pembangunan Modal Insan 15Pemantapan Tadbir Urus 15
HALA TUJU STRATEGIK 17
Visi 18Misi 18Moto 18Nilai-nilai Bersama 19P – Profesionalisme 19T – Tadbir Urus Strategik & Berintegriti 19P – Pelanggan Diutamakan 19
T – Tepat dan Cekap 19N – Nilai Tambah 19Dasar Kualiti 20Piagam Pelanggan 20
TERAS STRATEGIK PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN) 21
Teras Strategik Pertama 23Teras Strategik Kedua 27Teras Strategik Ketiga 29Teras Strategik Keempat 31Teras Strategik Kelima 33
ELEMEN PENENTU KEJAYAAN 37
Komitmen Pengurusan Atasan 38Modal Insan Yang Kompeten 39Penetapan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) 39Sistem dan Prosedur Kerja 40Penyelidikan 40Pemantapan Tadbir Urus 40Sokongan dan Kerjasama Pelbagai Pihak 40
MEKANISME PELAKSANAAN 41
MEMANDANG KE HADAPAN 43
PENUTUP 45
KANDUNGAN
PELANSTRATEGIK2016-2020
P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L 5
Pelan Strategik ini akan dapat merealisasikan misi tersebut seterusnya memberi fokus kepada peningkatan dan pemerkasaan serta nilai tambah yang dapat menjulang kualiti pendidikan ke tahap yang lebih gemilang.
KATA ALU-ALUANPENGERUSIPERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan inayat dan izin-Nya, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah berjaya menghasilkan Pelan Strategik PTPTN 2016-2020. Sekalung tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menyumbang idea, tenaga dan masa bagi menghasilkan dokumen yang sangat penting ini.
Sepertimana sedia maklum, kita perlu memastikan sistem pendidikan berada pada landasan yang kukuh, mantap dan berkesan dalam usaha memastikan misi mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah negara maju menjelang 2020. Negara perlu sentiasa bersedia menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang menerusi struktur sistem dan strategi pendidikan yang efektif.
Selaras dengan kesedaran tersebut, saya yakin strategi dan tindakan yang telah digariskan di dalam Pelan Strategik ini akan dapat merealisasikan misi tersebut seterusnya memberi fokus kepada peningkatan dan pemerkasaan serta nilai tambah yang dapat menjulang kualiti pendidikan ke tahap yang lebih gemilang.
Saya amat berharap penerbitan buku Pelan Strategik PTPTN 2016-2020 ini akan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya dan semua strategi serta sasaran tindakan akan sentiasa difahami dan dihayati oleh semua pelaksana.
Sekian. Terima kasih.
YB. Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
PELANSTRATEGIK2016-2020
P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L6
PELANSTRATEGIK2016-2020
PELANSTRATEGIK2016-2020
Pelan Strategik ini menyaksikan transformasi ke atas visi, misi dan nilai bersama bagi menghadapi perubahan persekitaran dan cabaran masa kini khusus ke arah memartabatkan dan menyokong aspirasi Kerajaan dalam meningkatkan kualiti pendidikan tinggi di Malaysia
KATA PENGANTARKETUA EKSEKUTIFPERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL
Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,
Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya Pelan Strategik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) 2016-2020 dapat dihasilkan dengan jayanya. Pelan Strategik ini adalah merupakan kesinambungan kepada Pelan Strategik PTPTN 2011-2015 yang menetapkan hala tuju warga PTPTN ke arah usaha memperkasakan pengurusan dana dan tabung pendidikan tinggi menjelang tahun 2020.
Pelan Strategik ini menyaksikan transformasi ke atas visi, misi dan nilai bersama bagi menghadapi perubahan persekitaran dan cabaran masa kini khusus ke arah memartabatkan dan menyokong aspirasi kerajaan dalam meningkatkan kualiti pendidikan tinggi di Malaysia. Selain itu, perancangan strategi dan inisiatif di dalam pelan ini telah diteliti secara terperinci bagi memastikan pelaksanaannya terus relevan dengan persekitaran semasa dan kehendak pelanggan/stakeholders.
Adalah menjadi harapan saya agar Pelan Strategik ini dapat memberi panduan yang jelas kepada warga PTPTN untuk terus memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan. Akhir kata, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang idea, tenaga dan masa terutamanya kepada pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) di atas bimbingan dan kerjasama baik yang telah diberikan bagi menjayakan penghasilan Pelan Strategik PTPTN 2016-2020 ini.
Sekian. Terima kasih.
Wan Ahmad bin Wan Yusoff
PELANSTRATEGIK2016-2020
P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L 7
PELAN
2016-2020PELANSTRATEGIK2016-2020
Pelan Strategik PTPTN merupakan sebuah dokumen yang menjadi garis panduan utama semua warga dalam membuat perancangan, pelaksanaan program serta aktiviti yang bertunjangkan strategi yang telah disediakan. Dengan cara ini, pengurusan dan warga PTPTN akan seiring melangkah dalam merealisasikan visi dan misi organisasi. Pelan Strategik ini juga merupakan nilai bersama yang dikongsi oleh pihak berkepentingan, pelanggan dan rakan strategik PTPTN.
Terdapat lima (5) teras strategik yang telah digariskan iaitu:
i) Memperkukuhkan Pengurusan Bayaran Balik Bagi Membolehkan Pengagihan Pinjaman Pendidikan Tinggi Dibuat Secara Saksama;
ii) Melonjakkan Keupayaan Tabung Pendidikan Sebagai Sumber Utama Pinjaman Pendidikan Tinggi;
iii) Membangun Dan Mempelbagaikan Produk Bagi Meningkatkan Kualiti Penyampaian Perkhidmatan;
iv) Memantapkan Tadbir Urus Kewangan Ke Arah Kelestarian Dana Dan Tabung Pendidikan;
v) Memperkasakan Pengurusan Organisasi Melalui Tadbir Urus Strategik
Pelan Strategik PTPTN akan menjadi kejayaan apabila ia mampu merealisasikan visi PTPTN iaitu menjadi Peneraju dalam Pengurusan Dana dan Tabung Pendidikan Tinggi menjelang tahun 2020. Ia juga menjadi pemangkin dalam memacu PTPTN untuk merealisasikan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) serta Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pengajian Tinggi) (PPPMPT).
RINGKASAN EKSEKUTIF
Pelan Strategik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tahun 2016-2020 adalah kesinambungan daripada Pelan Strategik sebelumnya yang digubal untuk tahun 2011-2015. Menyedari kepentingan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih efisien, Pelan Strategik ini memberi tumpuan kepada pelaksanaan perancangan yang lebih inklusif dan saksama yang membawa hala tuju PTPTN selari dengan kemajuan sistem pendidikan tinggi Malaysia.
PENGENALAN
8
PELANSTRATEGIK2016-2020
8 P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L
PELANSTRATEGIK2016-2020
LATAR BELAKANG PTPTN
PTPTN merupakan salah sebuah agensi yang bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. PTPTN telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang berkuatkuasa mulai 1 Julai 1997 dan memulakan operasinya pada 1 November 1997.
Penubuhan PTPTN merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan dalammemastikan tidak ada pelajar yang tercicir untuk meneruskan pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) disebabkan masalah kewangan. Dalam memenuhi hasrat ini, PTPTN telah diberikan tanggungjawab untuk membantu para pelajar yang memasuki IPT dengan menyediakan dana pendidikan dalam bentuk pinjaman pendidikan dan bantuan kewangan yang lain. Setakat ini, PTPTN telah menyediakan satu skim pinjaman yang dikenali sebagai Skim Pinjaman Pendidikan (SPP), manakala bantuan kewangan pula adalah dalam bentuk wang pendahuluan atau dipanggil Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP).
Selain menyediakan pinjaman pendidikan kepada para pelajar yang memasuki IPT, PTPTN juga turut diberi tanggungjawab untuk menyedia dan menguruskan skim simpanan bagi maksud pendidikan tinggi. Sehubungan itu, Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) telah dilancarkan pada 6 Ogos 2004 oleh YBhg. Tun Dato’ Sri Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia kelima. Skim ini bermatlamat untuk membantu ibu bapa membuat perancangan awal dalam aspek kewangan bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak mereka pada masa hadapan.
Setelah produk SSPN-i memperoleh kejayaan yang memberangsangkan, PTPTN telah memperkenalkan Skim SSPN-iPlus pada 8 Jun 2015 yang dirasmikan oleh YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohammad Yassin, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Skim SSPN-iPlus menawarkan perlindungan insuran takaful selain mengekalkan fungsi utama iaitu simpanan bagi tujuan pendidikan tinggi.
PELANSTRATEGIK2016-2020
P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L 9
PELANSTRATEGIK2016-2020
Timbalan Ketua Eksekutif(Dasar & Operasi)
Mastura binti Mohd Khalid
JABATAN PENTADBIRANKHIDMAT KORPORAT
BAHAGIANPENTADBIRAN
BAHAGIANPENYELARASAN DASAR
DAN SSPN-i
WP KUALALUMPUR KELANTAN KEDAH / PERLIS
BAHAGIAN PEMASARAN
BAHAGIAN PEROLEHAN BAHAGIANPEMBIAYAAN
SELANGOR TERENGGANU SABAH
BAHAGIANPERHUBUNGAN AWAM
& MEDIA
BAHAGIAN ASET & STOR BAHAGIAN KUTIPANBALIK
JOHOR PAHANG SARAWAK
PUSAT KHIDMATPELANGGAN
BAHAGIANDOKUMENTASI BAHAGIAN SSPN-i plus
NEGERI SEMBILAN PERAK MELAKA
PULAU PINANG
PEJABAT PTPTN NEGERI JABATAN PEMASARAN &KOMUNIKASI STRATEGIK JABATAN DASAR & PRODUK
BAHAGIAN PENGURUSANKUALITI & PENGAWASAN
PELANSTRATEGIK2016-2020
10 P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L
PELANSTRATEGIK2016-2020
Ketua EksekutifWan Ahmad bin Wan Yusoff
Timbalan Ketua Eksekutif(Kewangan & Khidmat Sokongan)
Wan Mustapha bin Hj. Yusoff
BAHAGIAN AUDIT DALAM
BAHAGIAN PENGURUSANINTEGRITI
BAHAGIANPENGURUSAN
PORTFOLIO PELABURAN
BAHAGIAN OPERASISUMBER MANUSIA
BAHAGIANPEMBANGUNAN STRATEGIK &
ARKITEKTUR ICT
BAHAGIAN PENDANAAN& BELANJAWAN
BAHAGIANPENGURUSAN PRESTASI
& INSENTIF
BAHAGIAN PROSESPINJAMAN (PERMOHONAN/BAYARAN
PINJAMAN/KUTIPAN BALIK)
BAHAGIANPENGURUSAN TAKAFUL
BAHAGIAN PEMBANGUNANKERJAYA & KEURUSETIAAN
BAHAGIAN PROSESANICT
BAHAGIAN AKAUNBAHAGIAN
PENYELARASAN & KHIDMAT SOKONGAN ICT
BAHAGIAN TERIMAAN &POTONGAN GAJI
BAHAGIANPENGURUSAN
MAKLUMAT KREDIT
BAHAGIAN PENGURUSANRISIKO
BAHAGIAN PERUNDANGAN& PENDAKWAAN
JABATAN PERBENDAHARAAN
JABATAN TEKNOLOGIMAKLUMAT JABATAN MODAL INSAN
CARTA ORGANISASIPERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)
PELANSTRATEGIK2016-2020
11P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L
PELANSTRATEGIK2016-2020
-
-(i) menguruskan pinjaman untuk tujuan pendidikan
tinggi dan seterusnya memungut bayaran balik
pinjaman;
FUNGSI DAN PERANANSebagai sebuah agensi yang menguruskan pinjaman pendidikan, PTPTN memainkan peranan penting dalam mendokong hasrat Kerajaan di dalam memastikan kelestarian pendidikan tinggi. Fungsi dan peranan PTPTN ialah:
(ii) menyediakan skim
simpanan dan mengurus deposit
untuk tujuan pendidikan tinggi;
dan
(iii) melaksanakan apa-apa fungsi lain yang
diberikan kepada PTPTN oleh mana-
mana undang-undang bertulis.
PELANSTRATEGIK2016-2020
P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L12
PELANSTRATEGIK2016-2020
PUNCA KUASA• Perlembagaan Malaysia• Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional 1997 [Akta 566]• Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]• Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
[Akta 30]• Akta Institut Teknologi MARA 1976 [Akta 173]• Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996
[Akta 555]• Akta Badan-Badan Berkanun(Tatatertib dan
Surcaj) 2000 [Akta 605]• Peraturan-Peraturan Skim Simpanan
Pendidikan Nasional 2004 [P.U (A)268/2004]• Pekeliling dan Surat Pekeliling PTPTN• Undang-undang dan peraturan-peraturan
lain yang berkaitan
PIHAK BERKEPENTINGAN• Jemaah Menteri• YB Menteri Kewangan• YB Menteri Pendidikan Tinggi• Kementerian Kewangan Malaysia• Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia• Ahli Lembaga Pengurusan PTPTN
PELANSTRATEGIK2016-2020
P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L 13
PELANSTRATEGIK2016-2020
RAKAN STRATEGIK BAHARU• Agensi Kerajaan• Institusi Kewangan Tempatan• Institusi Pendidikan Tinggi• Institusi Penajaan Kepada Penerima Biaya
PTPTN• Yayasan Kerajaan dan Swasta• Pertubuhan Bukan Kerajaan• Media• SAHABAT PTPTN• Syarikat Swasta
PELANGGAN• Pendeposit SSPN-i• Penerima Manfaat SSPN-i• Ibu-bapa/Penjaga• Pelajar
PELANSTRATEGIK2016-2020
14 P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L
PELANSTRATEGIK2016-2020
-
S E N A R I OP E R S E K I T A R AN
PELANSTRATEGIK2016-2020
P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L 15
PELANSTRATEGIK2016-2020
ISU DAN CABARAN STRATEGIK BERDASARKAN ANALISA PERSEKITARAN
PTPTN sentiasa peka terhadap pelbagai cabaran semasa yang memberi kesan kepada perubahan struktur dan fokus utama tugasan PTPTN sama ada di peringkat ibu pejabat atau negeri. Antara isu dan cabaran strategik yang akan dihadapi oleh PTPTN bagi tempoh lima tahun akan datang berdasarkan senario persekitaran semasa adalah seperti berikut:
PERKEMBANGAN SOSIOPOLITIK
Perubahan landskap sosiopolitik telah memberikan cabaran baru kepada PTPTN agar fungsi utama PTPTN dapat dilaksanakan iaitu pengurusan pinjaman, kutipan bayaran balik dan penyediaan skim simpanan untuk tujuan pendidikan tinggi. Bertindak sebagai pelaksana (executioner) kepada dasar-dasar Kerajaan, PTPTN perlu bijak untuk membuat penyesuaian kaedah pelaksanaan dasar-dasar yang digariskan bagi memastikan objektif yang ditetapkan dapat dicapai tanpa menimbulkan sebarang konflik.
PERKEMBANGAN SOSIOEKONOMI
Perkembangan sosioekonomi di dalam dan luar negara Malaysia merupakan antara faktor terpenting di dalam memastikan PTPTN dapat meningkatkan prestasi kutipan bayaran balik pinjaman dan penabungan skim simpanan. Kenaikan kos dalam bidang pendidikan tinggi dan sara hidup pelajar yang semakin meningkat akan menyebabkan terdapat permintaan untuk menaikkan jumlah pinjaman. Sebarang pertambahan dalam jumlah pinjaman akan menyebabkan PTPTN perlu menyediakan lebih banyak peruntukan untuk membiayai pelajar. Keadaan ini juga akan mempengaruhi keupayaan peminjam untuk membuat bayaran balik. Ini akan menjejaskan keupayaan PTPTN untuk membiayai pelajar-pelajar baru dan sedia ada.
Selain itu, keadaan ekonomi semasa yang kurang stabil juga menyumbang kepada pelaksanaan strategi pemasaran yang berkesan untuk meningkatkan kesedaran bayaran balik pinjaman dan menggalakkan budaya penabungan dalam masyarakat. Sehubungan itu, di samping menumpukan aspek kelestarian, PTPTN sebagai salah sebuah agensi yang mendukung aspirasi Kerajaan juga perlu peka dan sensitif terhadap kebajikan dan keadaan ekonomi rakyat.
SENARIO PERSEKITARAN
PELANSTRATEGIK2016-2020
16 P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L
PELANSTRATEGIK2016-2020
PERKEMBANGAN TEKNOLOGI
Perkembangan teknologi masa kini yang semakin pantas merupakan salah satu keperluan penting di dalam organisasi. Penggunaan ICT yang terkini dapat membantu meningkatkan produktiviti dan mempercepatkan proses kerja serta mengurangkan kos operasi. Organisasi yang dapat menjangka arus perubahan ICT akan membantu kejayaan organisasi dalam membuat perancangan dan mencapai hala tujunya.
Oleh itu, PTPTN perlu memastikan ICT yang diguna pakai adalah relevan dengan keadaan dan keperluan semasa apatah lagi jika proses kerja yang dilakukan melibatkan perkongsian dengan pihak lain. PTPTN juga perlu mempunyai warga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam menguruskan atau menangani isu-isu yang berkaitan dengan ICT.
PEMBANGUNAN MODAL INSAN
Modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran, berintegriti dan profesional amat perlu dibangunkan selari dengan peningkatan perkembangan kemahiran dan layanan perkhidmatan kepada pelanggan. Hubungan yang harmoni juga penting untuk meningkatkan motivasi warga ke arah penyampaian sistem perkhidmatan yang berkesan. Sehubungan itu, PTPTN perlu mempunyai perancangan sistematik bagi melahirkan modal insan jabatan yang lebih berkualiti dan berkemahiran.
PEMANTAPAN TADBIR URUS
Tadbir urus yang terbaik adalah penting bagi membolehkan PTPTN memenuhi hasrat dan harapan stakeholders dengan berkesan. Salah satu tumpuan utama Kerajaan pada masa kini adalah untuk meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam. Melalui pelaksanaan tadbir urus yang terbaik akan memastikan sistem penyampaian perkhidmatan yang cemerlang dapat dicapai. Amalan terbaik tadbir urus termasuklah mewujudkan hubungan yang erat dengan stakeholders, bertanggungjawab kepada institusi luar seperti parlimen dan Jawatankuasa Kira-kira Awam, pematuhan kepada akauntabiliti dalaman, pelaksanaan pengurusan strategik dan pemantauan prestasi serta pengurusan risiko.
Bagi membolehkan PTPTN berdaya saing dan berada pada tahap yang cemerlang dan terbilang, PTPTN perlu mempunyai tenaga kerja yang pakar dalam bidang tertentu seperti pengurusan, kewangan dan teknologi maklumat.
PELANSTRATEGIK2016-2020
P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L 17
PELANSTRATEGIK2016-2020
PELANSTRATEGIK2016-2020
P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L18
PELANSTRATEGIK2016-2020PELANSTRATEGIK2016-2020
HA LA T U J US T R AT E G I K
PELANSTRATEGIK2016-2020
P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L 19
PELANSTRATEGIK2016-2020
HALA TUJU STRATEGIK
MOTO
Dana Pendidikan Pemangkin Pembangunan Negara
Menjadi Institusi Peneraju dalam Pengurusan Dana dan Tabung Pendidikan Tinggi Menjelang Tahun 2020
Mengurus Dana dan Tabung Pendidikan Bagi Tujuan Pinjaman Pendidikan Tinggi Melalui Pengurusan Kewangan Yang Strategik dan Inovatif
VISI
MISI
PELANSTRATEGIK2016-2020
20 P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L
NILAI-NILAI BERSAMA
Nilai-nilai bersama merupakan nilai yang perlu dihayati dan diamalkan oleh seluruh warga PTPTN. Nilai-nilai tersebut adalah:
P – PROFESIONALISMEProfesionalisme bermaksud mempunyai kemampuan atau kemahiran khusus untuk melaksanakan tugas yang telah diamanahkan. PTPTN mementingkan perkhidmatan yang dihasilkan oleh warga yang berkemahiran, berpengetahuan dan berkeupayaan dalam tugas yang dilakukannya. Melalui iltizam yang tinggi dalam menjalankan tugas akan memberikan perkhidmatan yang terbaik dan kepuasan kepada pelanggan, stakeholders dan rakyat.
T – TADBIR URUS STRATEGIK & BERINTEGRITIPTPTN amat mementingkan tadbir urus yang strategik dan berintegriti bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan secara telus, amanah, jujur dan berakhlak mulia.
P – PELANGGAN DIUTAMAKANPelanggan diutamakan membawa maksud penyediaan dan layanan perkhidmatan yang terbaik diberikan kepada pelanggan. Ia merujuk kepada aspek kecekapan masa, responsif dan proaktif dalam tindakan serta peka dengan kehendak pelanggan.
T – TEPAT DAN CEKAPTepat dan cekap membawa maksud telus, mahir, berwibawa dan berketrampilan dalam melaksanakan serta menyelesaikan semua tugasan yang diberikan. PTPTN mengutamakan hasil perkhidmatan yang berkualiti melalui pengendalian sumber secara bijaksana.
N – NILAI TAMBAHPTPTN mengutamakan nilai tambah yang cemerlang dan unggul melalui prestasi kerja terbaik, mengutamakan pelanggan, mempelbagaikan kemahiran bagi melaksanakan tugas, berdedikasi dan berdisiplin tinggi.
P ProfesionalismeT Tadbir Urus Strategik & BerintegritiP Pelanggan DiutamakanT Tepat & CekapN Nilai Tambah
PELANSTRATEGIK2016-2020
P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L 21
DASAR KUALITI
PTPTN komited untuk memastikan pengurusan Skim Pinjaman Pendidikan dan Skim Simpanan Pendidikan Nasional menepati akta dan piagam yang ditetapkan serta sentiasa berusaha secara berterusan untuk meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan kepada pelanggan.
PIAGAM PELANGGAN
PTPTN komited untuk menguruskan pinjaman pendidikan kepada pelajar, menerima deposit untuk skim simpanan dan lain-lain fungsi mengikut Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) dengan profesionalisme serta akauntabiliti yang tinggi dan berkesan.
Kami berjanji akan:
(i) Memproses permohonan pinjaman yang lengkap dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas tarikh tutup permohonan mengikut kelompok yang ditetapkan;
(ii) Memaparkan keputusan permohonan pinjaman pada hari bekerja pertama selepas tarikh akhir proses permohonan;
(iii) Memastikan pengeluaran pinjaman baru dibuat tidak melebihi 21 hari bekerja selepas dokumen perjanjian pinjaman yang sempurna diterima;
(iv) Memastikan pengeluaran pinjaman berikutnya dibuat tidak melebihi tujuh (7) hari bekerja dari tarikh pemprosesan pengeluaran pinjaman;
(v) Memproses permohonan pembukaan akaun SSPN-i tidak lebih 14 hari bekerja selepas penerimaan dokumen permohonan yang lengkap;
(vi) Memproses permohonan pengeluaran deposit SSPN-i tidak lebih 14 hari bekerja selepas penerimaan borang permohonan yang lengkap; dan
(vii) Memberi jawapan segera ke atas sebarang pertanyaan/aduan pelanggan dalam tempoh tidak lewat dari tujuh (7) hari bekerja selepas pertanyaan/aduan diterima.
PELANSTRATEGIK2016-2020
P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L22
PTPTN telah mengenal pasti lima (5) teras strategik bagi memastikan misi dan visi dapat direalisasikan ke arah menjadikan PTPTN sebagai organisasi yang menguruskan pinjaman dan simpanan pendidikan tinggi yang strategik dan inovatif menjelang tahun 2020.
TERAS STRATEGIK PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)
01
02
03
04
05Memperkukuhkan Pengurusan Bayaran Balik Bagi Membolehkan Pengagihan Pinjaman Pendidikan Tinggi Dibuat
Secara Saksama
Melonjakkan Keupayaan Tabung Pendidikan Sebagai
Sumber Utama Pinjaman Pendidikan Tinggi.
Membangun DanMempelbagaikan Produk Bagi Meningkatkan Kualiti Penyampaian Perkhidmatan
Memantapkan Tadbir Urus Kewangan Ke
Arah Kelestarian Dana Dan Tabung Pendidikan
Memperkasakan Pengurusan Organisasi Melalui Tadbir Urus Strategik
TERASSTRATEGIK
PELANSTRATEGIK2016-2020
23P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L
PELANSTRATEGIK2016-2020
PELANSTRATEGIK2016-2020
P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L24
1T E R A S ST R AT E G I KP E R T A M A
PELANSTRATEGIK2016-2020
25P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L
PELANSTRATEGIK2016-2020
TERAS STRATEGIK PERTAMA
MEMPERKUKUHKAN PENGURUSAN BAYARAN BALIK BAGI MEMBOLEHKAN PENGAGIHAN PINJAMAN PENDIDIKAN TINGGI DIBUAT SECARA SAKSAMA
Teras Strategik pertama ialah memperkukuhkan pengurusan bayaran balik bagi membolehkan pengagihan pinjaman pendidikan tinggi dibuat secara saksama melalui strategi-strategi berikut:
1. Memperkasakan aktiviti penguatkuasaan.2. Mempergiatkan libat urus dengan peminjam bagi memastikan pelaksanaan bayaran balik berjalan lancar.3. Memantapkan pengurusan bayaran balik pinjaman pendidikan.4. Meningkatkan kolaborasi dengan rakan strategik.5. Memfokuskan pinjaman pendidikan tinggi berdasarkan prestasi bayaran balik dengan merujuk kepada ketetapan
dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).6. Meluluskan pinjaman pendidikan berdasarkan kriteria yang ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).7. Memperkasakan urusan pinjaman pendidikan ke arah menjadikan PTPTN sebagai pembiaya tunggal pendidikan tinggi
di dalam negara (One Stop Agency) berdasarkan ketetapan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).
TERASSTRATEGIK 1
MEMPERKUKUHKAN PENGURUSAN BAYARAN BALIK BAGI MEMBOLEHKAN PENGAGIHAN PINJAMAN PENDIDIKAN TINGGI DIBUAT SECARA SAKSAMA
STRATEGI TINDAKAN / PROGRAM INDIKATOR SASARAN /TAHUN SASARAN
PIHAKBERTANGGUNGJAWAB
1. Memperkasakan aktiviti penguatkuasaan
Meningkatkan tindakanpenguatkuasaan
Penurunan jumlahtunggakan bayaran balik
5% penurunan jumlah tunggakan setiap tahun dalam tempoh 2016 sehingga 2020
JDP, JTM, BPP dan JPKS
Peningkatan bayaran balik pinjaman pendidikan
Peningkatan 10% kutipan bayaran balik setiap tahundalam tempoh 2016 sehingga 2020
JDP, JTM, BPPdan JPKS
Peningkatan 10% bilangan peminjam yang membuatbayaran balik setiap tahun dalam tempoh 2016 sehingga 2020
JDP, JTM, BPP dan JPKS
PELANSTRATEGIK2016-2020
P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L26
TERASSTRATEGIK 1
MEMPERKUKUHKAN PENGURUSAN BAYARAN BALIK BAGI MEMBOLEHKAN PENGAGIHAN PINJAMAN PENDIDIKAN TINGGI DIBUAT SECARA SAKSAMA
STRATEGI TINDAKAN / PROGRAM INDIKATOR SASARAN /TAHUN SASARAN
PIHAKBERTANGGUNGJAWAB
2. Mempergiatkan libat urus dengan peminjam bagi memastikan pelaksanaan bayaran balik berjalan lancar
a) Pengeluaran notis (Notis tuntutan dan peringatan)
Peratus notis yangdikeluarkan
100% setahun pada tahun 2017 JTM
b) Outbound call Peratus peminjamyang berjayadihubungi melaluioutbound call
70% daripada jumlah peminjam tegar pada tahun2017 PKP
3. Memantapkan pengurusan bayaran balik pinjaman pendidikan
Memperluaskan skoppenyenaraian CCRIS
Peningkatanprestasi bayaranbalik
80% daripada jumlah patut kutip dalam tempoh 2016sehingga 2020 JDP dan JTM
4. Meningkatkan kolaborasi dengan rakan strategik
a) Kolaborasi dengan agensi yang berkepentingan
Bilangan agensiberkolaborasi
Tiga (3) agensi dalam tempoh 2016 sehingga 2020 JDP
b) Kolaborasi dengan majikan
Bilangan majikanberkolaborasi
300 majikan setahun dalamtempoh 2016 sehingga 2020 PPN
60% melalui potongan gajidalam tempoh 2016 sehingga 2020
JTM
5. Memfokuskan pinjaman pendidikan tinggi berdasarkan prestasi bayaran balik dengan merujuk kepada ketetapan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11)
a) Jumlah pinjaman adalah berdasarkan jumlah bayaran balik siswazah terdahulu
Peratus bilanganpeminjam yangmembuat bayaranbalik berdasarkankebolehpasarankursus
100% dalamtempoh 2016sehingga 2020 JDP
Peratus penawaranpinjaman kepadakursus yang mencapai sekurang kurangnya80% bayaran balik
100% dalamtempoh 2016sehingga 2020 JDP
PELANSTRATEGIK2016-2020
P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L 27
TERASSTRATEGIK 1
MEMPERKUKUHKAN PENGURUSAN BAYARAN BALIK BAGI MEMBOLEHKAN PENGAGIHAN PINJAMAN PENDIDIKAN TINGGI DIBUAT SECARA SAKSAMA
STRATEGI TINDAKAN / PROGRAM INDIKATOR SASARAN /TAHUN SASARAN
PIHAKBERTANGGUNGJAWAB
b) Menyediakan pinjaman pendidikan kepada pelajar IPT berdasarkan penarafan IPT melalui SETARA/ POLYRATE/MYQUEST
Peratus pinjamankepada pelajar
Peratus bilanganIPT yang mendapat 4 Tier ke atas
100% dalam tempoh 2016sehingga 2020
100% dalam tempoh 2016sehingga 2020
JDP
JDP
6. Meluluskan pinjaman pendidikan berdasarkan kriteria yang ditetapkan dalam Rancangan Malaysia
Ke-11 (RMK-11)
Menyediakan pinjamanpendidikan mengikutkategori berdasarkankepada pendapatan isirumah, pangkalan data e-kasih dan BantuanRakyat 1Malaysia(BR1M)
Peratus pemberianpinjaman pendidikan bagikategori yanglayak
100% dalam tempoh 2016sehingga 2020
JTM
7. Memperkasakan urusan pinjaman pendidikan ke arah menjadikan PTPTN sebagai pembiaya tunggal pendidikan tinggi di dalam negara (One Stop Agency) berdasarkan ketetapan dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11)
a) Menjalinkan kerjasama dengan penaja pinjaman pendidikan
Peratus bilanganpenaja yangbekerjasamadengan PTPTN
100% dalam tempoh 2016sehingga 2020 JDP
b) Menjadi pusat perkongsian maklumat data peminjam antara penaja-penaja.
Peratus bilanganpenaja berkongsidata denganPTPTN
100% dalam tempoh 2016sehingga 2020
JDP
PELANSTRATEGIK2016-2020
P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L28
2T E R A S ST R AT E G I KK E D U A
PELANSTRATEGIK2016-2020
29P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L
PELANSTRATEGIK2016-2020
TERASSTRATEGIK 2
MELONJAKKAN KEUPAYAAN TABUNG PENDIDIKAN SEBAGAI SUMBER UTAMA PINJAMAN PENDIDIKAN TINGGI
STRATEGI TINDAKAN / PROGRAM INDIKATOR SASARAN /TAHUN SASARAN
PIHAKBERTANGGUNGJAWAB
1. Meningkatkan tabungan pendidikan melalui simpanan yang konsisten
Menggalakkanpenabungan melaluipotongan gaji
Peratus peningkatanbilangan pendepositsetiap tahun
5% peningkatanbilangan pendepositdalam tempoh 2016sehingga 2020
JDP, PPN, JTMdan JPKS
2. Memantapkan pengurusan tabungan
a) Meningkatkan kolaborasi dengan rakan strategik PTPTN sebagai penyumbang tabungan
Jumlah rakanstrategik baharu
20 rakan strategik baharu dalam tempoh 2016sehingga 2020 JDP, PPN dan JPKS
b) Menawarkan dividen yang kompetitif
Pulanganpelaburan
Pulangan pelaburanmelebihi simpanantetap dengan kadar0.5% dalam tempoh2016 sehingga 2020
JP
c) Menjalankan kajian untuk melaksanakan caruman wajib majikan kepada pekerja sepertimana kaedah pelaksanaan potongan KWSP
Peratus proseskajian dijalankan
100% pada tahun2016
JDP
TERAS STRATEGIK KEDUA
MELONJAKKAN KEUPAYAAN TABUNG PENDIDIKAN SEBAGAI SUMBER UTAMA PINJAMAN PENDIDIKAN TINGGI
Teras Strategik kedua ialah melonjakkan keupayaan tabung pendidikan sebagai sumber utama pinjaman pendidikan tinggi melalui strategi-strategi berikut:
1. Meningkatkan tabungan pendidikan melalui simpanan yang konsisten.2. Memantapkan pengurusan tabungan.
PELANSTRATEGIK2016-2020
P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L30
3T E R A S ST R AT E G I KK E T I GA
PELANSTRATEGIK2016-2020
31P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L
PELANSTRATEGIK2016-2020
TERASSTRATEGIK 3
MEMBANGUN DAN MEMPELBAGAIKAN PRODUK BAGI MENINGKATKAN KUALITI PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
STRATEGI TINDAKAN / PROGRAM INDIKATOR SASARAN /TAHUN SASARAN
PIHAKBERTANGGUNGJAWAB
1. Mewujudkan produk yang kompetitif dan inovatif
a) Melaksanakan penyelidikan
Bilanganpenyelidikan
Dua (2) penyelidikandalam tempoh 2016sehingga 2018
JDP
b) Membangun dan mempelbagaikan produk
Bilangan produk Satu (1) produkdalam tempoh 2018sehingga 2020
JDP
2. Melaksanakan penilaian keberkesanan produk dan perkhidmatan
a) Melaksanakan kajian impak produk
Bilangan kajianimpak
Dua (2) kajian impakdalam tempoh 2016sehingga 2020
JDP
b) Melaksanakan kajian impak perkhidmatan
Bilangan kajianimpak
Dua (2) kajian impakdalam tempoh 2016sehingga 2020
JDP, BPKP dan JPKS
3. Mempergiatkan libat urus dengan pelanggan
Memperkemaskanhebahan maklumat melalui media baharu
Peratus peningkatanfollowers/likersdi dalam mediabaharu
10% setiap tahundalam tempoh 2016sehingga 2020 JPKS
TERAS STRATEGIK KETIGA
MEMBANGUN DAN MEMPELBAGAIKAN PRODUK BAGI MENINGKATKAN KUALITI PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
Teras Strategik ketiga ialah membangun dan mempelbagaikan produk bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan melaluistrategi-strategi berikut:
1. Mewujudkan produk yang kompetitif dan inovatif.2. Melaksanakan penilaian keberkesanan produk dan perkhidmatan.3. Mempergiatkan libat urus dengan pelanggan.
PELANSTRATEGIK2016-2020
P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L32
PELANSTRATEGIK2016-2020PELANSTRATEGIK2016-2020
4T E R A S ST R AT E G I KK E E M PAT
PELANSTRATEGIK2016-2020
33P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L
TERASSTRATEGIK 4 MEMANTAPKAN TADBIR URUS KEWANGAN KE ARAH KELESTARIAN DANA DAN TABUNG PENDIDIKAN
STRATEGI TINDAKAN / PROGRAM INDIKATOR SASARAN /TAHUN SASARAN
PIHAKBERTANGGUNGJAWAB
1. Mempelbagaikan sumber kewangan
a) Mempergiatkan pelaburan dalam ekuiti dan instrumen pelaburan
Peningkatandalam pulanganpelaburan
Pulangan pelaburan melebihi simpanan tetap dengan kadar 1% dalam tempoh 2016 sehingga2020
JP
b) Membuat kajian tentang pelaksanaan kaedah Securitization
Bilangan kajian Satu (1) kajian padatahun 2018 JP
2. Memperkasakan tadbir urus belanja mengurus
Mengurangkan kosoverhead danmengoptimumkanperbelanjaan kewangan
Peratuspeningkatankecekapanperbelanjaan
0.5% setiap tahun melalui Efficiency Ratio (ER) dalamtempoh 2016 sehingga 2020 Semua Jabatan
TERAS STRATEGIK KEEMPAT
MEMANTAPKAN TADBIR URUS KEWANGAN KE ARAH KELESTARIAN DANA DAN TABUNG PENDIDIKAN
Teras Strategik keempat ialah memantapkan tadbir urus kewangan ke arah kelestarian dana dan tabung pendidikan melalui strategi-strategi berikut:
1. Mempelbagaikan sumber kewangan.2. Memperkasakan tadbir urus belanja mengurus.
PELANSTRATEGIK2016-2020
P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L34
5T E R A S ST R AT E G I KK E L I M A
PELANSTRATEGIK2016-2020
35P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L
PELANSTRATEGIK2016-2020PELANSTRATEGIK2016-2020
TERASSTRATEGIK 5 MEMPERKASAKAN PENGURUSAN ORGANISASI MELALUI TADBIR URUS STRATEGIK
STRATEGI TINDAKAN / PROGRAM INDIKATOR SASARAN /TAHUN SASARAN
PIHAKBERTANGGUNGJAWAB
1. Memperkemaskan mekanisme tadbir urus, sistem kawalan dalaman dan pembangunan organisasi
a) Skim saraan diasingkan daripada Kerajaan
Badan berkanunyang diasingkansaraan
100% dalam tempoh2016 sehingga 2020 JMI
b) Penetapan dan pelaksanaan KPI bagi setiap peringkat
Jabatan 100% pada tahun2016 JMI
Individu 100% pada tahun2017 JMI
c) Memantapkan aktiviti pematuhan terhadap sistem kawalan dalaman
Peratusketidakpatuhan jumlah prosedurkerja yangdiaudit
<5% ketidakpatuhansetiap tahun dalam tempoh 2016 sehingga 2020 Semua Jabatan
2. Memantapkan modal insan ke arah pencapaian matlamat strategik organisasi
a) Memantapkan Program Pembangunan Kompetensi
PelaksanaanPelan OperasiLatihan
100% dalam tempoh2016 sehingga 2020 JMI
PewujudanPelan Penggantianyang komprehensif
Satu (1) Pelan dalamtempoh 2016sehingga 2020
JMI
b) Mempelbagaikan insentif bagi meningkatkan prestasi pencapaian
Bilangan insentifbaharu
Tiga (3) insentifbaharu dalamtempoh 2016sehingga 2020
JMI
TERAS STRATEGIK KELIMA
MEMPERKASAKAN PENGURUSAN ORGANISASI MELALUI TADBIR URUS STRATEGIK
Teras Strategik kelima ialah memperkasakan pengurusan organisasi melalui tadbir urus strategik dengan merujuk kepada strategi-strategi berikut:
1. Memperkemaskan mekanisme tadbir urus, sistem kawalan dalaman dan pembangunan organisasi.2. Memantapkan modal insan ke arah pencapaian matlamat strategik organisasi.3. Memperkukuhkan proses kerja perkhidmatan teras dan sokongan.
PELANSTRATEGIK2016-2020
P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L36
TERASSTRATEGIK 5 MEMPERKASAKAN PENGURUSAN ORGANISASI MELALUI TADBIR URUS STRATEGIK
STRATEGI TINDAKAN / PROGRAM INDIKATOR SASARAN /TAHUN SASARAN
PIHAKBERTANGGUNGJAWAB
3. Memperkukuhkan proses kerja perkhidmatan teras dan sokongan
a) Perekayasaan proses kerja (Business Process
Re-engineering (BPR)
PelaksanaanBengkel BPR
Satu (1) Bengkelpada tahun 2016 BPKP
Pelaksanaan BPR 100% dalam tempoh2017 sehingga 2020 BPKP
Pengurangankos operasi
20% dalam tempoh2017 sehingga 2020 BPKP
b) Pengautomasian proses kerja pasca BPR
Peratus proseskerja yangdiautomasikan
100% dalam tempoh2018 sehingga 2020 BPKP dan JTM
c) Memantapkan pemantauan keselamatan sistem dan rangkaian secara berpusat
Peratus pemantauankeselamatan sistem dan rangkaian
100% pada tahun2016
JTM
JPKKJABATANPENTADBIRAN KHIDMATKORPORAT
PPNPEJABATPTPTN NEGERI
JPKSJABATAN PEMASARAN& KOMUNIKASISTRATEGI
JDP
JP
JTM
JMI
BPKP
BAD
BPR
BPI
BPP
JABATAN DASAR & PRODUK
JABATANPERBENDAHARAAN
JABATANTEKNOLOGIMAKLUMAT
JABATANMODALINSAN
BAHAGIANAUDITDALAM
BAHAGIANPENGURUSANRISIKO
BAHAGIAN PERUNDANGAN& PENDAKWAAN
BAHAGIAN PENGURUSAN KUALITI& PENGAWASAN
BAHAGIAN PENGURUSAN INTEGRITI
SENARAINAMA
JABATAN (PIHAK BERTANGGUNGJAWAB)
PELANSTRATEGIK2016-2020
P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L 37
PELANSTRATEGIK2016-2020
P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L38
E L E M E N P E N E N T UK E J AYA AN
PELANSTRATEGIK2016-2020
P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L 39
PELANSTRATEGIK2016-2020
Komponen utama yang dikenal pasti sebagai penyumbang kepada kejayaan pelaksanaan perancangan strategik ini adalah seperti berikut:
KOMITMEN PENGURUSAN ATASAN
Pengurusan atasan PTPTN memberikan perhatian yang serius serta menunjukkan komitmen yang tinggi bagi menjayakan perancangan strategik ini. Kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan oleh pengurusan atasan memberi petunjuk bahawa pencapaian matlamat perancangan strategik adalah penting dan ini perlu difahami oleh semua peringkat kakitangan keseluruhannya.
ELEMEN PENENTU KEJAYAAN
PELANSTRATEGIK2016-2020
40 P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L
PELANSTRATEGIK2016-2020
MODAL INSAN YANG KOMPETEN
Tumpuan akan diberikan kepada peningkatan ilmu dan kepakaran modal insan PTPTN melalui program pembangunan kompetensi yang sesuai dalam bidang-bidang kritikal dan strategik. Ini termasuklah perancangan strategik, Business Process Re-engineering / Improvement, metodologi penyelidikan, perancangan dan pengurusan ICT serta pengurusan prestasi. Strategi perancangan sumber manusia akan meliputi pengambilan dan pemilihan, latihan, pembangunan kerjaya, pengurusan prestasi dan pengiktirafan.
Setiap warga kerja juga hendaklah mempunyai ‘minda kelas pertama’ iaitu mempunyai tahap penguasaan ilmu yang tinggi, bersikap proaktif, memiliki kekayaan moraliti dan mengamalkan budaya menyumbang untuk kepentingan bersama serta pembangunan yang bersifat holistik. Sikap inilah yang akan mewujudkan budaya kerja berprestasi tinggi yang dapat menyumbang ke arah kecemerlangan organisasi.
PENETAPAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI)
Penetapan KPI PTPTN akan disemak setiap tahun dengan mengambil kira keadaan ekonomi semasa dan perubahan dasar-dasar baharu Kerajaan. PTPTN sentiasa berusaha dan komited dalam memastikan bahawa KPI yang ditetapkan akan dapat dicapai melalui pelbagai strategi yang digarap. Ia antara langkah proaktif PTPTN dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan di samping memperkasakan kutipan balik dan skim simpanan bagi tujuan pendidikan.
PELANSTRATEGIK2016-2020
P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L 41
PELANSTRATEGIK2016-2020
SISTEM DAN PROSEDUR KERJA
Sistem dan prosedur kerja perlu sentiasa dikaji semula supaya sesuai dengan perkembangan semasa. Sistem dan prosedur yang cepat dan cekap akan dapat meningkatkan tahap keberkesanan warga kerja dan organisasi.
PENYELIDIKAN
PTPTN perlu membangun dan mempelbagaikan produk baharu dari semasa ke semasa agar kompetitif dengan senario semasa di samping penambahbaikan terhadap produk sedia ada. Penyelidikan yang berterusan akan membantu PTPTN dalam mengenal pasti permasalahan yang timbul atau mencari kaedah baharu yang akan dapat memperkukuhkan lagi peranan dan fungsi sedia ada.
PEMANTAPAN TADBIR URUS
Tumpuan utama Kerajaan pada masa kini adalah untuk meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam. Pelaksanaan tadbir urus yang baik adalah penting bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan yang cemerlang dapat dicapai. Pendekatan yang mengutamakan tadbir urus yang baik adalah cerminan kepada respon terhadap cabaran dan tuntutan kesan daripada kepesatan perubahan yang berlaku tanpa batasan.
SOKONGAN DAN KERJASAMA PELBAGAI PIHAK
Sokongan dan kerjasama daripada stakeholders, agensi-agensi Kerajaan dan pihak swasta adalah amat penting dalam menjayakan Pelan Strategik yang dirancang. Tanpa sokongan dan kerjasama pelbagai pihak adalah sukar untuk menentukan hala tuju dalam mencapai matlamat yang telah disasarkan oleh agensi.
PELANSTRATEGIK2016-2020
P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L42
PELANSTRATEGIK2016-2020
M E K AN I S M EP E L A K S AN A AN
PELANSTRATEGIK2016-2020
43P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L
PELANSTRATEGIK2016-2020
MEKANISME PELAKSANAANKejayaan Pelan Strategik ini amat bergantung kepada kaedah pelaksanaan dan pemantauan yang berkesan. Pemantauan hendaklah diadakan secara berkala dan penambahbaikan dibuat pada setiap peringkat pelaksanaan supaya ia sentiasa berada pada hala tuju sebenar. Dalam memastikan setiap peringkat di PTPTN memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing, strategi dan pelan tindakan yang dirangka akan dipantau dan disemak semula mengikut jadual perancangan seperti di Jadual 1. Penilaian pencapaian akan dijalankan setiap enam (6) bulan manakala kajian semakan semula akan dibuat pada tahun 2018 yang akan mengambil kira senario semasa.
Jadual 1: Jadual Perancangan Pemantauan dan Penilaian Pelan Strategik
Pelan Strategik PTPTN 2016-2020 merupakan rujukan utama jabatan untuk mencapai matlamat dan sasaran yang telah ditetapkan. Dalam tempoh pelaksanaan Pelan Strategik ini, elemen pemantauan dan penambahbaikan akan diberi perhatian dari semasa ke semasa. Justeru, pemantauan terhadap pelaksanaannya akan dibuat oleh satu Jawatankuasa Pemantauan Pelan Strategik seperti Jadual 2 di bawah:
Jadual 2: Keahlian Jawatankuasa Pemantauan Pelan Strategik
BIL PERKARA TARIKH CADANGAN
1 Mesyuarat Pemantauan Pelan Strategik Setiap enam (6) bulan
2 Penilaian keberkesanan / semakan semula 2018
Pengerusi
Ketua Eksekutif Timbalan Pengerusi
Timbalan Ketua Eksekutif (Kewangan &
Khidmat Sokongan)
Pengurus Besar ( Jabatan Modal Insan)
Setiausaha Ahli-ahli
Ahli Mesyuarat Pengurusan
PELANSTRATEGIK2016-2020
P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L44
M E M AN D AN GK E H A D A PAN
PELANSTRATEGIK2016-2020
45P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L
PELANSTRATEGIK2016-2020
MEMANDANG KE HADAPANPTPTN diharap akan menjadi sebuah institusi yang menguruskan pinjaman dan simpanan pendidikan tinggi yang strategik dan inovatif menjelang tahun 2020. Usaha pembaharuan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan terus dipergiat bagi menangani isu kemampanan kewangan, pengagihan secara saksama dan kecekapan operasi selaras dengan ketetapan di dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).
Melalui perancangan dan pelaksanaan aktiviti secara terancang, segala usaha dan strategi yang digariskan di bawah pelan tindakan ini merupakan satu proses penjajaran yang berterusan ke arah pencapaian matlamat strategik organisasi serta hala tuju negara dalam tempoh lima (5) tahun akan datang.
Selepas lima (5) tahun tempoh pelaksanaan, PTPTN diharap akan berupaya melonjak ke tahap berikut:
(i) Mencapai KPI mengikut sasaran yang ditetapkan;
(ii) Tabung Pendidikan berupaya menjadi sumber utama pinjaman pendidikan tinggi;
(iii) Perkhidmatan yang berkesan dan efektif melalui penggunaan ICT secara meluas; dan
(iv) Semua warga PTPTN dapat menghayati dan mengorak langkah untuk bersama-sama melaksanakan transformasi minda, sikap dan budaya kerja bagi melonjak prestasi organisasi ke tahap terunggul.
PELANSTRATEGIK2016-2020
46 P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L
PELANSTRATEGIK2016-2020
P E N U T U P
PELANSTRATEGIK2016-2020
47P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L
PELANSTRATEGIK2016-2020
PENUTUP
Komitmen serta dedikasi yang tinggi daripada semua peringkat kakitangan PTPTN adalah sangat penting dalam usaha memberikan impak positif terhadap pelaksanaan aktiviti dan program PTPTN. Ia juga bagi memenuhi tuntutan dan ekspektasi pelanggan serta stakeholders yang menjadi semakin sukar (complicated) dan mencabar. Justeru, Pelan Strategik PTPTN 2016-2020 telah menggariskan beberapa strategi yang perlu dilaksanakan dalam usaha merealisasikan visi dan misi PTPTN ke arah mencapai aspirasi negara maju yang inklusif dan mampan menjelang tahun 2020. Sebagai kesinambungankepada Pelan Strategik yang lepas, Pelan Strategik PTPTN 2016-2020 dibangunkan untuk mengurus program-program pembangunan secara komprehensif bagi tempoh lima (5) tahun akan datang bermula pada tahun 2016. Pelan Strategik ini juga akan dijadikan sebagai rangka kerja utama kepada pengurusan tertinggi untuk memantau hala tuju organisasi serta meningkatkan keupayaan dalamannya bagi mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan.
Untuk meningkatkan keberkesanannya, pelaksanaan Pelan Strategik ini perlu dipantau secara berkala oleh suatu jawatankuasa khas, dikaji dan dibuat penambahbaikan secara berterusan supaya selari dengan senario perubahan dan keperluan strategik semasa PTPTN.
PELANSTRATEGIK2016-2020
P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L48
C A T A T A N
PELANSTRATEGIK2016-2020
P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L 49
C A T A T A N
PELANSTRATEGIK2016-2020
P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L50
Top Related