Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-Bukan ICT 1
Menjadikan Alor Gajah Perbandaran Mampan
Ke arah Teknologi Hijau Menjelang 2020
Menyediakan perkhidmatan perbandaran yang cekap dan
berkualiti serta berteknologi hijau kepada
warga Alor Gajah
Alor Gajah Dinamik - Progresif - Holistik
a) LATAR BELAKANG MPAG
Majlis Daerah Alor Gajah telah dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Alor Gajah
pada 1 Mei, 2003 semasa pentadbiran Ketua Menteri Melaka sekarang iaitu
Datuk Seri Utama Ir. Haji Idris bin Haji Haron selaku Yang Dipertua Majlis
Perbandaran Alor Gajah yang pertama ketika itu.
Kawasan operasi Majlis Perbandaran Alor Gajah adalah seluas 635.84 km
persegi di mana anggaran penduduk kawasan pentadbiran Majlis berjumlah
198,400 orang yang juga merupakan pelanggan kepada Majlis Perbandaran Alor
Gajah.
Sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Perbandaran Alor Gajah
bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan perbandaran serta
membangunkan kemudahan infrastruktur dan sosial bagi penduduk Alor Gajah
dengan memaksimumkan segala usaha untuk membangunkan daerah bagi
mencapai kemajuan dan kemakmuran.
i. VISI, MISI DAN SLOGAN
Bagi memastikan Majlis Perbandaran Alor Gajah memberi perkhidmatan
perbandaran yang terbaik kepada warganya dan membangun selaras dengan
pengisytiharan Melaka sebagai Negeri Maju, Majlis Perbandaran Alor Gajah
telah menetapkan visi, misi dan objektif seperti berikut:-
PENGENALAN
VISI
MISI
SLOGAN
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-Bukan ICT 2
ii. PENJAWATAN
MPAG mempunyai seramai 345 pegawai dan kakitangan yang terbahagi kepada
tiga (4) unit dan dua belas (12) jabatan seperti di Rajah 1.
Rajah 1- CARTA ORGANISASI
MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-Bukan ICT 3
BIL. PERKHIDMATAN TEMPOH
1. Memproses dan membuat keputusan permohonan pelan tambahan dan ubah suai rumah teres
14 hari
2. Memproses dan membuat keputusan permohonan pelan tambahan kediaman dan bukan kediaman
14 hari
3. Memproses dan membuat keputusan permohonan pelan bangunan sesebuah
14 hari
4. Memproses dan membuat keputusan permohonan pelan bangunan perumahan / bangunan selain kediaman melalui Mesyuarat Jawatankuasa Setempat (OSC)
37 hari
5. Memproses dan membuat keputusan pelan bangunan industri / bengkel
37 hari
6. Memproses dan membuat keputusan permohonan Permit Sementara Bangunan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Setempat (OSC)
37 hari
7. Memberi ulasan permohonan perancangan pembangunan seperti permohonan tanah kerajaan, permohonan rumah sesebuah, pecah sempadan dan pecah bahagian
14 hari
8. Memproses dan membuat ulasan permohonan Kebenaran Merancang di peringkat J/K Pusat Setempat
14 hari
9. Memproses dan memberi ulasan permohonan Kebenaran Merancang di bawah subseksyen 124A dan 204D, Kanun Tanah Negara melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC)
57 hari
10. Memberi perkhidmatan pengeluaran bil cukai taksiran 2 kali setahun
(15 Jan &15 Julai setiap tahun)
BIL. PERKHIDMATAN TEMPOH
11. Memproses permohonan pindah milik pegangan berkadar 14 hari
12. Pengeluaran surat tawaran sewa selepas keputusan temuduga gerai
21 hari
13. Memproses dan membuat keputusan permohonan lesen premis perniagaan
14 hari
14. Memproses dan membuat keputusan permohonan lesen premis perniagaan tidak berisiko
15 minit
15. Memproses dan membuat keputusan permohonan kelulusan pelan kejuruteraan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Setempat (OSC)
57 hari
16. Memproses dan membuat keputusan permohonan kelulusan pelan landskap melalui Mesyuarat Jawatankuasa Setempat (OSC)
57 hari
17. Memproses bayaran 10 hari
18. Memberi maklumbalas status aduan awam 14 hari
19. Pemotongan rumput dibawah seliaan MPAG 2 kali sebulan
iii. PIAGAM PELANGGAN
Bagi memperkasakan lagi sistem penyampaian perkhidmatan, piagam
pelanggan Majlis Perbandaran Alor Gajah telah dibentuk berteraskan
perkhidmatan terbaik kepada pelanggan-pelanggannya seperti di Rajah 2.
Rajah 2 - PIAGAM PELANGGAN MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-Bukan ICT 4
PENGENALAN JABATAN KEBERSIHAN DAN KESIHATAN
Jabatan Kebersihan Dan Kesihatan diketuai oleh Pengarah Kebersihan
dan Kesihatan dan dianggotai seramai 36 orang kakitangan yang
terbahagi kepada tiga (3) bahagian iaitu:-
Bahagian Kebersihan
Bahagian Vektor
Bahagian Tandas dan Alam Sekitar
Jabatan ini bertanggunjawab melaksanakan program-program
kebersihan dan kesihatan yang lebih menyeluruh bagi meningkatkan
tahap kualiti kebersihan daerah Alor Gajah melalui fungsi kebersihan dan
kesihatan yang cekap dan efisien menjurus kepada aspirasi, menjadikan
Alor Gajah Bandar Bersih, Indah dan Sejahtera.
‘EZZY CUTTER’ adalah produk yang diperbuat daripada besi rod dan cutter.
Ianya dicantumkan untuk dijadikan alat pemotong tali tangsi. Ini bertujuan untuk
memudahkan dan mempercepatkan proses pemotongan tali tangsi . Selain dari
mempercepatkan proses pemotongan, ianya juga dapat mengelakkan dari
berlaku kecederaan semasa proses pemotongan tali tangsi dijalankan dan
berfungsi sebagai alat pengukur.
PENGENALAN
PENGENALAN MENGENAI INOVASI
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-Bukan ICT 5
Tujuan projek inovasi adalah untuk mempercepatkan proses pemotongan tali
tangsi untuk memotong rumput. Disamping itu juga inovasi ini dapat
mengelakkan berlakunya kecederaan semasa proses pemotongan tali tangsi
berlaku dan ia juga berfungsi sebagai alat pengukur untuk mengukur panjang tali
tangsi yang bersesuaian semasa proses pemotongan rumput dijalankan. Apabila
rumput-rumput dipotong dapat dipotong dengan seragam dan sekata maka
secara tidak langsung dapat meningkatkan imej negeri Melaka dan Majlis
Perbandaran Alor Gajah. Selain itu penjimatan kos, tenaga dan masa
pemotongan tali tangsi dapat dijimatkan.
TUJUAN PROJEK INOVASI
PROSES PELAKSANAAN
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-Bukan ICT 7
PELAN TINDAKAN UJICUBA KEDUA
Kaedah penambahbaikan ujicuba kedua. Rod besi 1 meter digunakan untuk
memasukkan tali tangsi sebagai alat memudahkan memotong dan alat pengukur
dan rod besi sebanyak 0.5 meter digunakan sebagai alat memudahkan untuk
menyimpul tali tangsi dalam satu alat sahaja. Rekabentuk besi rod dan juga
cutter di cantumkan untuk memudahkan proses pemotongan tali tangsi dan
panjang tali tangsi juga memainkan peranan semasa kerja-kerja pemotongan
rumput dijalankan kerana dengan adanya tali tangsi yang sama panjang dan
sekata pemotongan rumput menjadi lebih kemas dan seragam ini sekaligus
menjimatkan kos tali tangsi.
1 meter
0.5 meter
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-Bukan ICT 9
GRAF PENCAPAIAN
Hasil daripada cadangan pertama dan penambahbaikan cadangan kedua graf
menunjukan keputusan sangat positif, dimana masa cadangan pertama semasa
tiada tapak menyimpul tali tangsi adalah 75 minit bersamaan dengan 1505 utas
tali tangsi (3 gulung) dapat mengurangkan masa sebanyak 60 minit bersamaan
dengan 1505 utas tali tangsi (3 gulung) . Perubahan ini dapat mengurangkan
masa pemotongan dan menyimpul tali tangsi sekaligus dengan hanya dalam
satu alat sahaja.
DATA KUTIPAN SELEPAS PROJEK
Hasil daripada pemantauan dan pemeriksaan tersebut masa pemotongan dari
sebelum projek dilaksanakan sebanyak 210 minit dan selepas projek
dilaksanakan pengurangan masa dapat dikurangkan sebanyak 75 minit pada
ujicuba pertama dan ditambahbaikan pada alat maka pengurang masa dapat
dipendekkan kepada 60 minit.
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-Bukan ICT 10
IMPLIKASI KEWANGAN
KOS PEMBUATAN EZZY CUTTER
1. Besi Rod (1 meter) x 3 = RM 18.00
2. Cutter = RM 9.00
3. Welding = RM 10.00
JUMLAH = RM 37.00
1 meter
0.5 meter
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-Bukan ICT 11
PENJIMATAN KOS SEMASA PEMOTONGAN TALI TANGSI
3040.25 minit adalah masa yang diambil untuk pemotongan tali tangsi dalam tempoh
masa setahun dan dapat dikurangkan sebanyak 2080.25 minit. Ini merangkumi
penghasilan tali tangsi yang akan dihasilkan dalam tempoh setahun jabatan dapat jimat
sebanyak 2175 utas tali tangsi.
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-Bukan ICT 12
PENJIMATAN TENAGA PEKERJA
Keperluan tenaga pekerja sebelum projek adalah 3 orang diperlukan untuk mengukur
menggunakan pembaris, memotong dan menyimpul dengan menggunakan tangan dan
selepas projek dilaksanakan hanya menggunakan seorang tenaga pekerja sahaja
dengan nenggunakan satu alat yang telah mempunyai pembaris untuk mengukur, cutter
untuk memotong dan tapak untuk menyimpul tali tangsi. Gaji pekerja untuk 3 orang
sebanyak RM58,400.00 dalam setahun dan apabila pekerja digunakan seorang sahaja
maka penjimatan dapat dijimatkan sebanyak RM33,600.00 dalam setahun.
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-Bukan ICT 13
KOLABORASI BERSAMA AGENSI LUAR
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-Bukan ICT 16
BECHMARKING BERSAMA KONTRAKTOR PEMOTONGAN RUMPUT YANG
DILANTIK OLEH MPAG
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-Bukan ICT 17
Peluang:
Inovasi ini telah mendapat peluang dan perhatian oleh kontraktor
pemotongan rumput. Inovasi ini adalah peneraju kepada kontraktor
pemotongan rumput dimana mereka boleh menggunakan alat pemotong tali
tangsi ini untuk menyelesaikan masalah kelewatan pemotongan tali tangsi
untuk kegunaan pemotongan rumput.
Peluang :
Inovasi ini juga telah mendapat perhatian dari jabatan kejuteraan, MPAG
dimana alat inovasi ini digunakan semasa pemotongan wayar-wayar untuk
kerja-kerja elektrikal.
IMPAK INOVASI (KEPADA STAKE HOLDER)
CEKAL SEJAMBAK ENTERPRICE (Zon 7)
WASTERLISE
ENTERPRICE
(Zon 3)
NADZLEY ENTERPRICE
(Zon 1)
KONTRAKTOR
PEMOTONGAN
RUMPUT
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-Bukan ICT 18
i) Kewangan
Bagi menggalakan pemikiran dan penghasilan produk / perkhidmatan
yang berinovatif bagi pegawai dan kakitangan, pihak Majlis telah
memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM50,000.00 bagi tujuan
melaksanakan program-program berkaitan inovasi.
ii) Pengurusan Sumber Manusia
Pihak Majlis sentiasa memastikan setiap anggota Majlis mempunyai
kemahiran dan pengetahuan yang tinggi bagi memberikan perkhidmatan
yang berkualiti dan berinovasi dalam meningkatkan imej Majlis di mata
masyarakat. Kursus, taklimat dan bengkel berkaitan inovasi yang telah
dihadiri oleh pegawai-pegawai Majlis Perbandaran Alor Gajah pada tahun
2015 adalah seperti berikut:-
Kursus Pengenalan MS ISO 9001 : 2015 Bengkel Pengenalan EKSA
KOMITMEN
1.
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-Bukan ICT 19
Bil. Kursus Tarikh
1. Kursus Pengenalan Pelaksanaan EKSA 02.02.2016
2. Kursus Pengenalan dan Pemahaman Standard
Baru MS ISO 9001 : 2015
23 – 24.02.2016
3. Bengkel Pengenalan Pelaksanaan Konvensyen
KIK Siri 1/2016
04 – 05.04.2016
4. Kursus Kesedaran Amalan Hijau Pejabat 11.04.2016
5. Kursus Pengenalan Pelaksanaan EKSA 04.05.2016
6. Bengkel Pengenalan Pelaksanaan Konvensyen
KIK Siri 2/2016
18 – 19.05.2016
7. Bengkel Pengenalan Pelaksanaan Konvensyen
KIK Siri 3/2016
01 – 02.06.2016
8. Bengkel Semakan Pelan Strategik MPAG 2016 -
2020
22.07.2016
9. Kursus Paparan EKSA 10.08.2016
10. Bengkel Pelan Strategik MPAG 2016 - 2020 22.11.2016
iii) Insentif
Sebagai penghargaan kepada usaha penghasilan inovasi, pelbagai
insentif dan galakan diberi kepada warga kerja MPAG. Antaranya adalah
kemudahan lawatan penandarasan ke Jabatan / Agensi luar yang
mempunyai keistimewaan pengurusan kualiti, penyediaan sijil
penghargaan, serta insentif dalam bentuk wang tunai yang diberikan
kepada warga kerja yang memenangi pertandingan-pertandingan yang
dianjurkan secara dalaman. Di antara hadiah dalam bentuk wang tunai
adalah seperti berikut : -
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-Bukan ICT 20
Anugerah Inovasi Majlis Perbandaran Alor Gajah
Tempat pertama : RM500
Tempat kedua : RM400
Tempat ketiga : RM300
Tempat keempat : RM200
Tempat kelima : RM100
Bank Inovasi
Inovasi Terpilih : RM100
Zon EKSA Terbaik
Tempat pertama : RM500
Tempat kedua : RM400
Tempat ketiga : RM300
Workstation EKSA Terbaik
Tempat pertama : RM100
Tempat kedua : RM70
Tempat ketiga : RM50
Bilik EKSA Terbaik
Tempat pertama : RM100
Tempat kedua : RM70
Tempat ketiga : RM50
Tandas EKSA Terbaik
Tempat pertama : RM100
Tempat kedua : RM70
Tempat ketiga : RM50
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-Bukan ICT 21
Kreativiti & Go Green EKSA Terbaik
Tempat pertama : RM100
Tempat kedua : RM100
Tempat ketiga : RM100
Hadiah-Hadiah ini disampaikan semasa Majlis Makan Malam Tahunan MPAG dan
Perhimpunan Pagi bagi menggalakkan dan mempertingkatkan momentum untuk terus
berinovasi.
iv) Penghargaan
MPAG mengiktiraf setiap idea dan inovasi yang dihasilkan oleh
anggotanya dengan pemberian sijil penghargaan dan wang tunai,
keutamaan mengikuti lawatan penanda arasan ke agensi terbaik dan turut
menggalakkan Ketua Jabatan mengambilkira penilaian di dalam Laporan
Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) anggota serta penilaian anggota
terbaik bulanan.
v) Peralatan
Bagi memudahcara inovasi yang telah dihasilkan, MPAG tiada halangan
untuk menyediakan peralatan-peralatan yang diperlukan oleh pegawai
MPAG seperti pinjaman komputer riba, penggunaan kenderaan pejabat di
samping membenarkan pembelian peralatan berkaitan inovasi di bawah
peruntukan Jabatan / Unit masing-masing.
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-Bukan ICT 22
Pencapaian dan pengiktirafan yang diterima MPAG ke atas pelaksanaan serta
penghasilan daripada program-program inovasi adalah seperti berikut :-
Peringkat Antarabangsa
Penyertaan Pencapaian Tahun
Anugerah Green Apple Award For
Environment Best Practice
Bronze Winner
2014
Green World Awards 2015 National and
Regional Government
Gold Winner 2015
Peringkat Kebangsaan
Penyertaan Pencapaian Tahun
Konvensyen Team Excellent ICC
Peringkat Kebangsaan
Tahun 2014
(Kumpulan O2)
2 Bintang
2014
Konvensyen Team Excellent ICC
Peringkat Kebangsaan
Tahun 2015
(Kumpulan Green Touch)
Anugerah Emas
(3 Bintang)
2015
PENGIKTIRAFAN YANG DITERIMA MPAG
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-Bukan ICT 23
Penyertaan Pencapaian Tahun
Penganugerahan Malaysian Institute of
Planners (MIP) Planning Execellence
Awards 2014 bagi kategori Design
Excellence
Anugerah Khas
Melaka World
Volar Valley
(MWSV)
2014
Happy Community Award 2013
Tempat Pertama
(Kategori
Perbandaran)
2014
Anugerah Bandar Mampan Kategori
Perbandaran Tertinggi
Pertama
Tertinggi
2015
Peringkat Negeri
Penyertaan Pencapaian Tahun
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri
Melaka - Kategori ICT
(e-SPAN)
Tempat Ketiga 2014
Pertandingan Pejabat Terbaik Kerajaan
Negeri Melaka
Tahun 2013
Johan 2014
Konvensyen Team Excellent ICC Wilayah
Selatan Tahun 2014
Anugerah
Emas
2014
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-Bukan ICT 24
Penyertaan Pencapaian Tahun
Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan
Kreatif (KIK) Peringkat Negeri Melaka
Tahun 2014 (Kumpulan O2)
Anugerah
Emas
2014
Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan
Kreatif (KIK) Peringkat Negeri Melaka
Tahun 2014 (Kumpulan ANT)
Anugerah
Emas
2014
Penyertaan Pencapaian Tahun
Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka
(Inovasi : Transformasi Bandar Melalui
Pendekatan Teknologi Hijau)
Johan 2015
Pejabat Terbaik Kerajaan Negeri Melaka Naib Johan 2015
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri
Melaka (Kategori ICT)
- e-Iklan
Tempat Ketiga 2015
Pertandingan Anugerah Hijau Negeri
Melaka Tahun 2015
Kategori Kerajaan
Tempat Ketiga 2015
Konvesyen Team Excellent (ICC)
Wilayah Selatan 2015
(Kumpulan Green Touch)
Anugerah Emas
2015
Konvesyen Team Excellent (ICC)
Wilayah Selatan 2015
(Kumpulan Authentic)
Anugerah Emas
2015
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-Bukan ICT 25
Penyertaan Pencapaian Tahun
Konvensyen Kumpulan Kreatif & Inovatif
(KIK) Peringkat Negeri Melaka Tahun
2015 (Kategori Teknikal)
Kumpulan Green Touch
Johan 2015
Konvensyen Kumpulan Kreatif & Inovatif
(KIK) Peringkat Negeri Melaka Tahun
2015 (Kategori Teknikal)
Kumpulan Aircondsave
Naib Johan 2015
Konvensyen Kumpulan Kreatif & Inovatif
(KIK) Peringkat Negeri Melaka Tahun
2015 (Kategori Pengurusan)
Kumpulan Authentic
Naib Johan 2015
Konvensyen Team Excellent (ICC)
Kebangsaan 2015
(Kumpulan Green Touch)
Emas (3 Bintang) 2015
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-Bukan ICT 26
PENYERTAAN
PENCAPAIAN TARIKH
TERIMA
Anugerah Hijau Negeri Melaka Tahun
2016
Ketiga 2016
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri
Melaka (Kategori ICT)
Johan 2016
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri
Melaka (Kategori Bukan ICT)
Tempat Kedua 2016
Konvensyen Kumpulan Kreatif & Inovatif
(KIK) Peringkat Negeri Melaka Tahun
2015 (Kategori Pengurusan)
Kumpulan Green Horizon
Naib Johan 2016
Sijil Penghargaan Anugerah Inovasi
Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT)
Tahun 2016
Calon Senarai
Pendek
(8 PBT)
2016
Dengan adanya Ezzy Cutter proses kerja pemotongan tali tangsi menjadi lebih cepat,
mudah dan selamat. Penjimatan masa dapat dijimatkan sebanyak 2080.25 minit
setahun, penghasilan tali tangsi meningkat sebanyak 2175 utas setahun, penjimatan
kos penggunaan tali tangsi dapat dijimatkan sebanyak RM 327.68 setahun, hanya
memerlukan 2 orang tenaga pekerja sahaja dan kos gaji pekerja dapat dijimatkan
sebanyak RM33,600 setahun. Kepentingan kepada jabatan adalah kepuasan pekerja
dan kontraktor pemotongan rumput ini sekali gus boleh menaikkan imej jabatan dan
menjadikan bandar Alor Gajah bersih dan cantik.
KESIMPULAN
Top Related