WAJ3104 Literasi Bahasa
-
Upload
mohd-nizam-omar -
Category
Documents
-
view
39 -
download
4
description
Transcript of WAJ3104 Literasi Bahasa
MODUL
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH
WAJ3104
LITERASI BAHASA
INSTITUT PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
i
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.
Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.
Cetakan Jun 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
ii
Cetakan Jun 2011 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia
MODUL PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL PEMBELAJARAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Falsafah Pendidikan Guru
Panduan Pelajar
Pengenalan
Tajuk Pembelajaran
Tajuk 1 Melaksanakan Aktiviti Prabacaan
1.0 Sipnosis
1.1 Hasil Pembelajaran
1.2 Kerangka Tajuk
……………………………….
……………………………….
Tajuk 1 xxxxxxxxxx
2.0 Sipnosis
2.1 Hasil Pembelajaran
2.2 Kerangka Tajuk
……………………………….
……………………………….
Bibliografi
Panel Penulis Modul
Ikon Modul
KANDUNGAN MUKA SURAT
vi
PENGENALAN Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. SASARAN KURSUS Pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah Program Pensiswazahan Guru (PPG). JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP) Berdasarkan standard IPG KPM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Anggaran peruntukan jam pembelajaran adalah seperti dalam Jadual 1:
PANDUAN PELAJAR
vii
* Latihan amali akan dijalankan pada hari Ahad atau melalui kursus intensif. SUSUNAN TAJUK MODUL Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. IKON Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat.
Aktiviti-aktiviti Pembelajaran
Agihan Jam pembelajaran
Mengikut Kredit Kursus
3 Kredit 2 Kredit 1 Kredit
Tanpa
Amali
(3+0)
Ada
Amali
(2+1)
(1+2)
(0+3)
Tanpa
Amali
(2+0)
Ada
Amali
(1+1)
(0+2)
Tanpa
Amali
(1+0)
Ada
Amali
(0+1)
Membaca modul
pembelajaran dan
menyiapkan latihan /
tugasan terarah / amali
70
60
70
62
70
65
Menghadiri kelas interaksi
bersemuka (5 kali) 10 10 5 5 5 5
Latihan Amali* - 10 - 8 - 5
Perbincangan Atas Talian 7½ 7½ 5½ 5½ 5½ 5½
Kerja Kursus 20 20 20 20 15 15
Ulangkaji 10 10 10 10 5 5
Amali/Peperiksaan 2½ 2½ 2½ 2½ 2½ 2½
Jumlah Jam Pembelajaran 120 80 40
viii
PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga perbincangan Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.
1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.
2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri
pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.
3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira
sasaran pembelajaran anda.
4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.
5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda.
Teliti maklumat yang diterima.
6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan yang bermakna.
7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.
Pengenalan Memberikan penerangan ringkas dan padat mengenai kursus ini serta tajuk-tajuk dipilih untuk dimodulkan. Perkara-perkara yang perlu ditulis merangkumi aspek yang berikut:
1. Penerangan ringkas kursus berkenaan; 2. Tajuk-tajuk dalam modul; 3. Keperluan kursus ( Nature of Subject) berkenaan; 4. Bahan sokongan atau kemudahan yang dapat membantu pembelajaran
kendiri modul itu; 5. Maklumat tentang aktivit atau latihan dalam modul ini.
Kod & Nama Kursus: _______________________________________________ Kandungan modul ini dibahagi kepada _____ tajuk/topik. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.
AGIHAN TAJUK
INTERAKSI TAJUK/TOPIK
JUMLAH JAMMENGIKUT
PRO FORMA KURSUS
1
1. Melaksanakan Aktiviti Prabacaan
Pengamatan Penglihatan
Pengamatan Pendengaran
Pergerakan Tangan dan Mata
2. Bengkel Asas Membaca : Kaedah Fonik 3. Bengkel Asas Membaca : Kaedah Abjad
2
2
4. Bengkel Asas Membaca : Kaedah Pandang dan Sebut 5. Bengkel Aktiviti Pratulisan 6. Bengkel Aktiviti Mekanis
2
3
7. Bengkel Penyerapan Pemulihan dan Menulis dalam Mata Pelajaran Pendidikan Muzik 8. Bengkel Penyerapan Pemulihan dan Menulis dalam Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual 9. Bengkel Penyerapan Pemulihan dan Menulis dalam Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
2
4
10. Membina dan Menggunakan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bukan Elektronik 11. Bengkel Pengajaran Menggunakan Boneka 12. Bengkel Pembelajaran Secara Individu, Berpasangan dan Berkumpulan
2
5
13. Bengkel Pembinaan Bahan Pemulihan dengan Power Point 14. Membuat Rakaman Bunyi-bunyi dengan Menggunakan Alat Perakam Digital 15. Seminar dan Pameran Bahan Pemulihan Bahasa Melayu
2
JUMLAH 10
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
TAJUK 1 MELAKSANAKAN AKTIVITI PRABACAAN
SINOPSIS
HASIL PEMBELAJARAN ( UNTUK TAJUK INI)
KERANGKA TAJUK-TAJUK ( dengan peta minda yang sesuai
seperti contoh di bawah)
KANDUNGAN ISI (Panduan: aktiviti-aktiviti boleh disediakan untuk membantu pelajar memahami tajuk tertentu, dan 2 latihan ( pengetahuan dan aplikasi) boleh diberikan pada akhir modul untuk menguji kefahaman pelajar. Jawapan aktiviti / latihan boleh dihantar kepada pensyarah untuk semakan melalui emel, OLL atau serahan ketika berkursus di IPG. Jawapan tersebut perlu disimpan dalam portfolio pelajar sebagai bahan bukti. Aktiviti dan latihan yang diberi perlu mengambil kira beban pembelajaran pelajar.)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------ CATATAN:
1. ISI PELAJARAN SETIAP TAJUK PERLU MELIPUTI 4 PERKARA DI ATAS.
2. LAYOUT SETTING MENGIKUT KETETAPAN YANG BERIKUT: a) FONT : ARIAL b) SAIZ FONT : TAJUK UTAMA – 14
SUB TAJUK – 12 ISI KANDUNGAN – 12
c) SPACING : 1.5 3. BOLEH MENGGUNAKAN IKON YANG DILAMPIRKAN.
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
TAJUK 1 MELAKSANAKAN AKTIVITI PRABACAAN
1.1 SINOPSIS
Tajuk ini membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:
Konsep Prabacaan
Bentuk Aktiviti Prabacaan
Aktiviti-Aktiviti Prabacaan
Kesediaan membaca merujuk kepada kemampuan seseorang murid menerima
pengajaran dan pembelajaran dari segi mental, emosi dan fizikal, yang
melibatkan peringkat mendirikan asas membaca, memperkukuh asas membaca
dan seterusnya, peringkat-peringkat yang lebih tinggi. Kesediaan mental dilihat
sebagai potensi seseorang untuk mengingat apa-apa yang diberitahu dan
berkebolehan menyatakan semula maklumat yang diketahui. Kesediaan emosi
dikaitkan dengan minat mereka terhadap bahan-bahan bacaan, sama ada
membelek-beleknya sahaja atau tertarik akan gambar yang dilihat dan berminat
mendengar cerita yang dibacakan. Kesediaan fizikal pula merujuk kepada
kemampuan kanak-kanak menggunakan alat-alat sebutan untuk menghasilkan
bunyi-bunyi yang diajarkan, keupayaan mata mengecam bentuk, saiz, perbezaan
atau persamaan bentuk dan keupayaan pendengaran untuk mengecam pelbagai
bunyi seperti alat-alat muzik, haiwan, kenderaan, suara (mekanis, semula jadi
dan buatan).
Syed Abu Bakar (1994) menyatakan bahawa peringkat kesediaan
membaca sangat penting. Menurutnya, “Jika tahap ini tidak dicapai terlebih
dahulu, usaha untuk mengajarkan kemahiran membaca bukan sahaja sia-sia,
malah boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada kanak-kanak, ibu
bapa dan guru. Konsep kesediaan membaca ini samalah dengan keadaan
semula jadi yang dialami oleh kanak-kanak dalam perkembangan otot-otot tubuh
mereka.
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
Peringkat prabacaan dapat difahami berdasarkan maklumat di bawah.
Rajah 1.1 Peringkat Kesediaan Membaca
Menurut Syed Abu Bakar (1994) mengkategorikan aktiviti kesediaan
membaca kepada dua, iaitu peringkat prabacaan dan peringkat bacaan.
Peringkat prabacaan meliputi kemahiran pengamatan penglihatan, kemahiran
pengamatan pendengaran, aktiviti pergerakan koordinasi psikomotor (mata dan
tangan), latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan.
Peringkat bacaan meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat.
Ismail Zakaria, Salmah Othman dan Elly Chong (1992) menetapkan
bahawa tahap prabacaan merupakan satu tempoh menyediakan murid untuk
membaca. Menegaskan istilah tahap prabacaan dan kesediaan membaca
adalah sama.
Juriah Long et. al (1994) menjelaskan bahawa konsep kesediaan
membaca bukan sahaja meliputi pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum
bacaan, tetapi juga merangkumi setiap kemahiran sebelum kemahiran secara
khusus dan berterusan.
Meniarap (aktiviti kesediaan membaca)
Merangkak (aktiviti mendirikan kemahiran
asas membaca)
Berdiri (aktiviti pengukuhan kemahiran asas membaca)
Berjalan (kemahiran membaca peringkat rendah)
Berlari (kemahiran
membaca peringkat tinggi)
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (1979) telah mengenal pasti kemahiran kesediaan membaca, iaitu;
I. Kemahiran melihat dan mengenal pasti bentuk-bentuk yang sama dan berbeza.
II. Kemahiran mendengar dan mengenal pasti bunyi-bunyi yang sama dan berbeza.
III. Kemahiran menghubungkan bentuk huruf dan bunyi.
IV. Kemahiran mengenal semua huruf.
V. Kemahiran menggabungkan bunyi huruf menjadi suku kata dan kemudiannya menjadi kata yang bermakna.
VI. Kemahiran mencerakin bentuk kata kepada suku kata dan seterusnya huruf dan bunyi.
VII. Kemahiran pengamatan bentuk-bentuk yang sama dan berbeza yang membandingkan perbezaan makna.
VIII. Kemahiran pergerakan motor bagi mengukuhkan penglihatan dan pengamatan murid.
1.2 HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan konsep prabacaan.
2. Memahami dan menghuraikan bentuk-bentuk prabacaan.
3. Menyenaraikan aktiviti-aktiviti bagi setiap bentuk prabacaan.
4. Membina dan menghasilkan bahan bantu mengajar serta melaksanakan
strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
1.3 KERANGKA TAJUK-TAJUK
Untuk memahami aktiviti prabacaan, sila teliti kerangka tajuk di bawah.
Rajah 1.2 Kerangka Tajuk
1.4 KANDUNGAN ISI
Kandungan isi untuk tajuk ini merangkumi huraian dan penjelasan tentang
konsep pengamatan, bentuk-bentuk pengamatan, jenis-jenis aktiviti bagi setiap
pengamatan dan contoh-contoh aplikasi bahan.
1.4.1 Konsep Pengamatan
Pengamatan merupakan proses untuk mengenal maklumat daripada tindak
balas pancaindera dengan bantuan kuasa intelek. Proses berlaku apabila
wujudnya rangsangan luar yang boleh kesan dan bertindak dengan organ-organ
deria, hasil proses mental dan neurologi yang mempengaruhi pembentukan
konsep-konsep yang jelas dan tepat (Janet W. Leaner, 1971).
Rajah 1.3 Proses Pengamatan Janet W. Leaner
Pengamatan Penglihatan
Pengamatan Pendengaran
Pergerakan Tangan dan
Mata
BENTUK PRABACAAN
Membina dan Menggunakan Bahan Bantu Mengajar
Laksanakan Latihan
Menerima Rangsangan
Merakam Maklumat
Bertindak Balas (Respon)
Memproses Maklumat
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
Pengamatan juga bermaksud proses yang memberikan makna
kepadatugas-tugas pancaindera dengan bantuan pengalaman-pengalaman lalu
yang berhubungan rapat dengan pemikiran kita.Oleh itu, pengamatan sebagai
proses pengawasan dan penelitian. Memberi gambaran atau bayangan dalam
hati atau fikiran tentang sesuatu dan pandangan atau tanggapan pancaindera
(Noresah Baharom et al, 2002).
Rajah 1.4 Proses Pengamatan Noresah Baharom et al.
1.4.2 Komponen dan Bentuk Pengamatan
Berikut ialah komponen dan bentuk-bentuk pengamatan yang dapat
diaplikasikan dalam melaksanakan aktiviti prabacaan.
I. Penglihatan (diskriminasi penglihatan, ingatan penglihatan dan integrasi
visual-motor dan visual-kinestetik)
II. Pendengaran (diskriminasi pendengaran, ingatan pendengaran dan integrasi
visual-pendengaran)
III. Pergerakan tangan dan mata.
1.4.3 Jenis Aktiviti dalam Bentuk Pengamatan.
1.4.3.1 Bentuk Pengamatan Penglihatan.
Terdapat empat belas jenis aktiviti yang setiap satunya mempunyai
tujuannya yang tersendiri dan langkah melaksanakannya, iaitu diskriminasi
penglihatan, ingat kembali, orientasi kedudukan,turutanmenyudahkan atau
melengkapkan, rajah ayau latar bertindih, kordibasi mata dan tangan, pertalian
jarak (ruang), ketetapanbentuk atau kedudukan dalam rajah, gambar bersiri,
pembalikan, mazing atau mencari jalan keluar danbenda tersembunyi.
(a) Diskriminasi Penglihatan.
Penerimaan Proses Data Tindak Balas
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
Aktiviti visual ini melibatkan keupayaan murid untuk melihat dan mengamati
persamaan dan perbezaan sesuatu objek, bentuk geometri, gambar, huruf dan
perkataan.
(i) Aktiviti Mendiskriminasi yang Sama.
Contoh 1:
Bulatkan Gambar yang Sama
Contoh 2:
Bulatkan Bentuk yang Sama
Contoh 3:
Tandakan ( ) warna yang sama
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
(ii) Aktiviti Mendiskriminasi yang Tidak Sama.
Contoh 1:
Tunjukkan saiz yang tidak sama
Contoh 2:
Bulatkan bentuk yang tidak sama
Contoh 3:
Tandakan (x) yang ganjil
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
(b) Ingat Kembali.
Bertujuan melatih murid supaya dapat mengingat kembali apa yang telah diamati.
Guru boleh menggunakan himpunan bahan maujud dan keratan gambar. Murid
meneliti bahan-bahan maujud dan menyebutnya kembali tanpa melihatnya. Guru
boleh menggunakan kad imbasan yang mengandungi pelbagai gambar dan
murid menunjukkan gambar lain yang sepadan dengan kad gambar.
Contoh 1: Lihat dan ingat gambar (c) Orientasi Kedudukan.
Menguji kebolehan murid membezakan kedudukan sesuatu objek atau gambar.
Berdasarkan beberapa keping gambar yang mempunyai ciri-ciri yang sama,
murid-murid mengesan kedudukan gambar yang berbeza.
Contoh 1: Tunjukkan gambar yang berbeza kedudukan Contoh 2: Tunjukkan objek yang berbeza kedudukan
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
(d) Mazing atau Cari Jalan Keluar
Dalam aktiviti ini, murid-murid perlu mencari jalan keluar atau jalan pulang, ibu
mencari anak atau mencari makanan dengan selamat. Tujuan aktiviti ini adalah
untuk menguji kesabaran dan pengamatan penglihatan sebagai kemahiran
menyelesaikan masalah.
Latihan
1.4.3.2 Bentuk Pengamatan Pendengaran.
Terdapat enam aktiviti yang boleh dilaksanakan bagi menjayakan pengamatan
pendengaran, iaitu diskriminasi pendengaran, penerimaan pendengaran,
perkaitan pendengaran, ingatan pendengaran, melengkapkan pendengaran dan
percantuman bunyi.
(a) Diskriminasi Pendengaran
Tujuannya adalah untuk melihat keupayaan murid-murid mengenali dan
mengecam persamaan dan perbezaan bunyi yang didengar
Contoh 1: Mendiskriminasi bunyi haiwan yang sama
Dengar bunyi dan namakan haiwan
Berdasarkan aktiviti di atas, bina satu bahan pengajaran yang sesuai dan hantar pada interaksi seterusnya.
Ayam Betina
Anak Ayam
Ayam Jantan
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
Contoh 2: Mendiskriminasi bunyi haiwan yang berbeza
Dengar bunyi dan namakan haiwan
1.4.3.3 Bentuk Pergerakan Tangan dan Mata.
Tujuannya adalah untuk membantu murid menguasai kemahiran asas
pergerakan tangan secara kemas, berpandu, terarah dan berfokus. Terdapat dua
yang boleh dilaksanakan untuk tujuan itu, iaitu menyambungkan titik dan
menyalin corak.
(a) Menyambung Titik.
Aktiviti ini memerlukan murid menyambungkan titik-titik mengikut nombor atau
abjad pada gambar dengan membuat garisan bagi menghasilkan sebuah
gambar, objek atau huruf yang lengkap. Oleh itu, guru perlu menyedikan bahan
pertama dengan banyak titik, diikuti dengan sederhana titik dan akhir sekali,
kurang titik.
BUAT BBM
1. HURUF
2. GAMBAR
(b) Menyalin Corak.
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
TAJUK 2 BENGKEL ASAS MEMBACA : KAEDAH FONETIK
2.1 SINOPSIS
Secara ringkas bengkel asas membaca menggunakan kaedah fonetik
menekankan beberapa aspek berikut:
Latihan membunyikan huruf dan asosiasi benda dengan bunyi huruf.
Latihan membatang suku kata dan perkataan.
Latihan membaca frasa dan ayat.
Latihan menggunakan bahan bantu belajar untuk melaksanakan
kaedah fonetik.
Bengkel asas membaca kaedah fonetik memerlukan pelajar membuat latihan
membunyikan huruf dan mengasosiasikan benda/ objek dengan bunyi huruf.
Pelajar juga dikehendaki membatang suku kata dan perkataan, membaca frasa
dan ayat.
Seterusnya bagi melaksanakan kaedah fonetik ini, pelajar dikehendaki
menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai.
2.2 HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan dan menghuraikan kaedah fonetik dalam kemahiran asas
KIA2M.
2. Membina bahan bukan elektronik dan bahan elektronik KIA2M.
3. Menilai dan memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
untuk melaksanakan KIA2M.
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
Arahan Pembelajaran:
1. Anda perlu membina bahan bantu mengajar untuk melaksanakan
setiap aktiviti yang terdapat dalam modul ini.
2. Bahan tersebut perlu didokumentasikan sebagai bukti di dalam
portfolio anda.
3. Segala hasil kerja akan dipamerkan dalam Seminar dan Pameran
Bahan Penulisan Bahasa Melayu pada akhir Kursus WAJ 3104.
2.3 KERANGKA TAJUK-TAJUK
Untuk memahami kaedah fonetik, sila teliti kerangka konsep berikut:
Latihan membaca
frasa dan ayat
Latihan membatang suku kata dan
perkataan
Latihan menggunakan bahan bantu belajar untuk melaksanakan kaedah fonetik
Latihan membunyikan huruf dan asosiasi benda dengan bunyi huruf
KAEDAH FONETIK
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
2.4 KANDUNGAN ISI
Kandungan isi untuk tajuk ini merangkumi konsep membaca kaedah abjad dan
diikuti dengan melaksanakan aktiviti latihan membaca berdasarkan bahan yang
disediakan.
2.4.1 Konsep Membaca Kaedah Fonetik
Kaedah fonetik ialah kaedah yang menekan penguasaan murid terhadap
hubungan antara huruf-huruf dan bunyi-bunyinya. Kaedah fonetik hanya
mensyaratkan murid mengenal dan mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa
mengingat nama huruf.
Kaedah fonetik berasaskan teori bahawa belajar membaca melibatkan
kebolehan mengenal kod (lambang), hubungan antara bunyi dan lambang yang
dilihat.
Kaedah fonetik ini menekankan kepada setiap bunyi-bunyi abjad yang terdapat
dalam bahasa. Setiap abjad mempunyai bunyi-bunyi tertentu dan ada juga abjad
yang mempunyai lebih daripada satu bunyi terutama dalam bahasa Inggeris.
Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan bunyi huruf vokal kepada murid,
diikuti dengan pengenalan bunyi huruf konsonan, seperti berikut:
Bunyi vokal
a aaaa
e eeee
i iiiii
o oooo
u uuuu
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
Bunyi konsonan
b beh n en
c ceh p peh
d deh q qeh
f feh r rer
g geh s sss
h heh t the
j jeh v vev
k keh w weh
l el y yeh
m em z zez
Kemudian bunyi-bunyi huruf tersebut digabungkan untuk membentuk suku kata,
dan seterusnya kepada pembentukan perkataan yang bermakna.
Bagi menarik minat murid-murid kaedah ini amat sesuai menggunakan gambar
sebagai sokongan.
Contoh:
Perkataan “baju” dieja dengan bunyi huruf:
[ b ] (beh), [ a ] (aaa) = [ ba ]
[ j ] (jeh), [ u ] (uuu) = [ ju ]
= [ ba ] + [ ju ]
= [ baju ]
Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf, sebaliknya diajar ‘bunyi-bunyi’ huruf.
Setelah mereka tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, suku kata pula
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
dibina, kemudian baru digabungkan suku-suku kata ini menjadi perkataan-
perkataan.
Seterusnya murid-murid diberi latihan membaca ayat-ayat mudah yang
menggunakan perkataan-perkataan ini.
Contoh:
Ini baju saya
Berikut adalah antara kelebihan dan kelemahan kaedah ini:
Kelebihan
Sesuai dengan susuk bahasa Melayu kerana bahasa Melayu yang
bersifat fonemik.
Membolehkan murid-murid membaca perkataan-perkataan baharu,
walaupun belum dipelajarinya kerana mereka dapat membunyikan huruf
vokal dan konsonan dengan baik.
Kaedah ini memberi asas dan binaan yang kukuh dalam membaca.
Memudahkan murid-murid menguasai kemahiran membaca serta
memberi keyakinan kepada murid-murid.
Kelemahan:
Murid-murid keliru antara kaedah fonetik dengan cara tradisional (kaedah
abjad) tanpa memahami apa yang dibacanya.
Murid-murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja.
Peringkat awal bacaan murid-murid tidak lancar.
Tidak menarik minat murid-murid kerana bunyi huruf yang diajar tidak
mempunyai makna
Sukar untuk membunyikan fonem diftong dan digraf
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
Perbincangan
2.4.2 BENGKEL ASAS MEMBACA KAEDAH FONETIK
Dalam bengkel kaedah fonetik pelajar perlu melaksanakan beberapa
latihan/aktiviti berikut:
2.4.2.1 Latihan Membunyikan Huruf dan Asosiasi Benda dengan
Bunyi Huruf
Dengan menggunakan bahan bantu belajar, pelajar dikehendaki melaksanakan
latihan/aktiviti berikut:
(a) Latihan/aktiviti Membunyikan Huruf a – z
Contoh:
i. Membunyikan huruf vokal:
a e o
e i u
ii. Membunyikan huruf konsonan
b f h
d g j
Pernah anda melaksanakan kaedah fonetik dalam pengajaran
bahasa Melayu, bagaimana anda melaksanakannya?
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
Kemudian, selesai membunyikan kesemua huruf, pelajar dikehendaki
melaksanakan latihan/aktiviti berikut:
(b) Latihan Mengasosiasikan Benda dengan Bunyi Huruf .
Contoh:
2.4.2.2 Latihan Membatangkan Suku Kata dan Perkataan
Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai, pelajar dikehendaki
melaksanakan latihan/aktiviti berikut:
(a) Latihan membatang suku kata
Contoh:
a e i o u
d da de di do du
g ga ge gi go gu
k ka ke ki ko ku
(b) Latihan menyebut dan menyembunyikan perkataan tanpa membatang suku
kata.
Contoh:
dada dadu daki kaki kaku
gigi kuku dagu kuda duka
a i u
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
2.4.2.3 Latihan Membaca Frasa dan Ayat
Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai, pelajar dikehendaki
melaksanakan latihan/aktiviti berikut:
(a) Latihan membaca frasa.
Contoh:
ini kuda kuda Ali lari laju
(b) Latihan membaca ayat yang lengkap.
Contoh:
Ini kuda Ali
Kuda Ali lari laju
2.4.2.4 Latihan Menggunakan Bahan Bantu Belajar untuk
Melaksanakan Kaedah Fonetik
Setelah pelajar mahir melaksanakan latihan dan langlah-langkah dalam kaedah
fonetik, dengan kreativiti tersendiri pelajar dikehendaki:
(a) Membina bahan bantu belajar bagi melaksanakan langkah-langkah
kaedah fonetik
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
(b) Menggunakan bahan bantu tersebut untuk melaksanakan kaedah fonetik
seperti yang telah anda pelajari.
Latihan
http://blog.cepatbaca.com.my/20070808/jom-kenali-kaedah-
mengajar-membaca-sukukata/ .
http://cmslib.uum.edu.my/psb/index2.php?option=com_content&do
_pdf=1&id=56
www.geocities.com/masihadayangsayang/kaedah_membaca
1. Cadangkan beberapa contoh bahan bantu belajar yang sesuai digunakan untuk melaksanakan kaedah fonetik, dan anda dikehendaki membina satu bahan bantu belajar tersebut. 2. Dengan menggunakan bahan bantu belajar bukan eletroni dan eletronikyang anda bina sendiri, anda dikehendaki melaksanakan kaedah fonetik secara simulasi di dalam bilik darjah.
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
TAJUK 3 BENGKEL ASAS MEMBACA : KAEDAH ABJAD
3.1 SINOPSIS
Tajuk ini membincangkan bengkel asas membaca kaedah abjad yang
memerlukan pelajar memahami dan menguasai aspek-aspek berikut:
Menyebut nama huruf abjad a hingga z: huruf kecil dan huruf besar.
Latihan menyebut pola suku kata v dan kv.
Latihan mengeja suku kata, perkataan dan frasa.
Latihan membaca ayat
3.2 HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:
1. Memahami dan menguasai konsep membaca kaedah abjad.
2. Memahami dan menjelaskan kemahiran asas dalam bengkel membaca
kaedah abjad.
3. Membina bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan
pengetahuan murid.
4. Melaksanakan langkah pengajaran dengan tepat, berkesan dan difahami.
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
3.3 KERANGKA TAJUK
Untuk memahami aktiviti bengkel kemahiran asas membaca, sila teliti kerangka
tajuk di bawah.
3.4 KANDUNGAN ISI
Kandungan isi untuk tajuk ini merangkumi konsep membaca kaedah abjad dan
diikuti dengan melaksanakan aktiviti latihan membaca berdasarkan bahan yang
disediakan.
3.4.1 Konsep Membaca Kaedah Abjad.
Kaedah ini dijalankan dengan memperkenalkan huruf-huruf (26) bahasa Melayu
dan diikuti dengan menyebut nama huruf-huruf tersebut. Setelah itu
diperkenalkan pula huruf-huruf vokal dan huruf-huruf konsonan. Murid-murid
tidak perlu menghafal semua huruf, sebaliknya menguasai beberapa beberapa
huruf sahaja untuk mempelajari suku kata, perkataan dan ayat. Menurut Juriah
Long et. al (1994), murid-murid mempelajari dan menguasai huruf-huruf yang
terkandung dalam suku kata dan perkataan.
Kaedah Abjad
Menyebut nama huruf abjad a
hingga z: huruf kecil dan huruf besar.
Latihan menyebut pola suku kata v
dan kv.
Latihan mengeja
suku kata, perkataan
dan frasa.
Latihan
membaca
ayat
Menggunakan Bahan Bantu B l j
Laksana Latihan
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
Kaedah ini merupakan kaedah klasik yang paling tua digunakan oleh
manusia untuk mengajar membaca dalam kalangan kanak-kanak dan digemari
oleh banyak guru yang mengajar membaca di peringkat permulaan.
Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), biasanya, huruf besar
diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan. Manakala, Raminah
Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula berpendapat bahawa kedua-dua
bentuk huruf kecil dan besar didedahkan serentak. Teknik latih tubi menyebut
nama huruf, mengeja suku kata dan perkataan untuk meningkatkan penguasaan
dan pemahaman murid. Zulkifley hamid (1994) berpendapat, kaedah abjad
berpegang kepada prinsip bahawa setiap perkataan terdiri daripada beberapa
huruf. Untuk membolehkan murid-murid membaca perkataan, mereka terlebih
dahulu diperkenalkan dengan huruf-huruf yang menjadi unsur-unsur perkataan.
Dengan kata lain, murid-murid perlu menghafal nama-nama huruf sebelum
didedahkan kepada peringkat membaca perkataan-perkataan mudah.
Berikut adalah antara kelebihan dan kelemahan kaedah ini:
Kelebihan
Sesuai dengan susuk bahasa Melayu kerana bahasa Melayu terdiri
daripada suku-suku kata yang hampir tetap bunyinya.
Membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baharu,
walaupun belum dipelajarinya kerana mereka dapat mengenal huruf-huruf
dan membunyikan vokal dan konsonan dengan baik.
Kaedah ini memberi asas dan binaan yang kukuh dalam membaca.
Tercapai kecekapan dan kemahiran membaca serta memberi keyakinan
kepada murid-murid.
Kelemahan:
Murid-murid membaca dengan lancar mengikut cara tradisional tanpa
memahami apa yang dibacanya. Mereka hanya mementingkan sebutan
dan kelancaran membaca.
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
Murid-murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja. Ini
menyebabkan mereka membaca merangkak-rangkak dan tidak faham
apa yang dibaca.
Kaedah ini dikatakan tidak sesuai dengan kehendak pendidikan dan
psikologi murid-murid kerana pengajaran tidak secara keseluruhan yang
bermakna.
Boleh membosankan murid-murid terutamanya apabila mereka diberi latih
tubi yang berlebihan.
3.4.2 Latihan Menyebut Nama Huruf A hingga Z.
(a) Memperkenalkan huruf besar dan huruf kecil
Contoh 1: Sebut huruf-huruf di bawah
(b) Menyebut nama-nama huruf
Contoh 1: Sebut nama-nama huruf.
3.4.3 Latihan Menyebut Pola Suku Kata V dan KV.
(a) Mengenal dan menyebut huruf-huruf vokal dan konsonan
Contoh 1: Sebut nama huruf-huruf vokal dan konsonsn
A B C D E F G H I J K L M N O a b c d e f g h i j k l m n o P Q R S T U V W X Y Z p q r s t u v w x y z
Aa = e Jj = jay Ss = es Bb = bi Ky = kay Tt = ti Cc = si Ll = el Uu = yu Dd = di Mm = em Vv = vi Ee = ei Nn = en Ww = dabliu Ff = ef Oo = o Xx = ex Gg = gi Pp = pi Yy = wai Hh = ech Qq = kiu Yy = zek Ii = ai Rr = ar
Huruf Vokal Aa Ee Ii Oo Uu Ee
Huruf Konsonan Bb Cc Dd Ff Gg Hh Jj Ky Ll Mm Nn Pp Qq Rr Ss Tt
Vv Ww Xx Yy Zz
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
(b) Mengenal dan menyebut pola suku kata v dan kv
Contoh 1: Sebut suku kata di bawah
3.4.4 Latihan Menyebut Suku Kata, Perkataan dan Frasa.
(a) Menyebut suku kata, perkataan dan frasa
Contoh 1: Sebut suku kata, perkataan dan frasa
a....bu i....bu na.....si na.....ni ku....ku
ka....ki sa....ni
ini abu ibu nasi nani kuku kaki sani
ini ibu nasi kuku
abu sani nani kaki
ini abu ibu sani nasi nani kuku kaki
bu da a ci lu ya
ji bi u da lu
bu na i tu sa
i.....ni a ..... bu i .....bu sa ...... ni ku ......ku ka ...... ki ma ....... na na ....... si na ...... ni sa..... na
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
3.4.5 Latihan Membaca Ayat.
(a) Membaca ayat
ini mana ini ibu nasi kuku abu sani kaki ini ibu abu. ibu sani mana mana nasi sani ibu. ini kuku kaki sani ibu ini abu nasi sani sani mana ibu abu, sani. ini nasi nani.
BIBLIOGRAFI ( IKUT FORMAT APA)
PANEL PENULIS MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
(XXX PENDIDIKAN RENDAH)
NAMA KELAYAKAN
SHEIKH ROSLAM SHEIKH ABDULLAH PENSYARAH JABATAN PENGAJIAN MELAYU INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS KOTA BHARU. EMEL: [email protected]
Kelulusan: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu (dengan kepujian) Universiti Malaya Diploma Pendidikan - Pengajian Melayu Institut Bahasa Sarjana Pendidikan - Kesusasteraan Melayu (UPSI) PENGALAMAN KERJA: Guru Bahasa Melayu - 14 Tahun Pensyarah - 5 Tahun
AMINUDDIN BIN MAMAT PENSYARAH, JABATAN PENGAJIAN MELAYU INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS KOTA BHARU EMEL: [email protected]
KELULUSAN: Bacelor Pendidikan (PBMP) UPM Master Sastera UPM Sijil Perguruan IBKL PENGALAMAN KERJA: Guru Bahasa Melayu/Sastera Melayu - 21 Tahun Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu - 5 Tahun
(NAMA) (JAWATAN) (EMEL)
(KELULUSAN) PHD/SARJANA/SARJANA MUDA/DIPLOMA/SIJIL (PENGALAMAN KERJA)
IKON
Rehat
Perbincangan
Bahan Bacaan
Buku Rujukan
Latihan
Membuat Nota
Senarai Semakan
Layari Internet
Panduan Pengguna
Mengumpul Maklumat
Tutorial
Memikir
Tamat