WABAK H1N1 DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH …
Transcript of WABAK H1N1 DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH …
WABAK H1N1DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH SAINS TG MUHAMMAD FARIS PETRA
PENGKALAN CHEPA, KOTA BHARU, KELANTANPADA MAC - APRIL 2011
Azman Hadi, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Unit Surveillan, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu
ABSTRAK
Kluster Influenza A H1N1 telah berlaku di Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra,
Pengkalan Chepa, Kota Bharu Kelantan pada 19 Mac, 2011 sehingga 7 April, 2011. Objektif kajian
deskriptif ini adalah menerangkan ciri-ciri demografi dan klinikal pesakit, mengenalpasti punca dan
faktor-faktor penyumbang kepada kejadian wabak serta langkah-langkah kawalan. Kes-kes yang
disaring telah diklasifikasikan sebagai kes ILI, H1N1, dan URTI berdasarkan definasi yang
ditetapkan seperti berikut :
Influenza Like Illness (ILI) - Kes yang mengalami demam kuat (suhu aural >38.0oC) DAN batuk
DAN salah satu gejala sama ada sakit tekak, selsema atau mialgia dalam tempoh bermula 19 Mac
2011 hingga 7 April, 2011.
Upper Respirotry Track Infection (URTI) – Kes yang mempunyai simptom batuk dan salah
satu gejala sama ada sakit tekak, selsema atau mialgia dan tidak semestinya mempunyai demam
yang tidak melebihi 38.0oC dalam tempoh bermula 19 Mac 2011 hingga 7 April, 2011.
Influenza A H1N1- Kes yang mempunyai simptom ILI atau URTI dan swab tekaknya positif
untuk Influenza A H1N1.
Kajian mendapati seramai 133 kes terlibat adalah pelajar, kadar serangan di kalangan pelajar
perempuan (18.0%) melebihi pelajar lelaki (16.6%). Majoriti adalah pelajar tingkatan 1(36.6%).
Pelajar melayu 131(98.5%) dan kaum lain 2(1.5%). 123 kes(92.5%) diklasifikasi sebagai kes URTI, 7
kes(5.3%) ILI manakala 3 kes(2.2%) Influenza A H1N1. Tanda-tanda klinikal utama seperti batuk
108(81.2%), selesema 106(79.7%), sakit kepala 64(48.1%), sakit tekak 55(41.4%), demam 44(33.1%),
muntah 5(3.8%) dan cirit birit 2(1.5%). Di asrama lelaki serangan paling tinggi di aras 1, 45(62.5%)
manakala aras 2 asrama perempuan paling tinggi 20(32.8%). 4(3%) kes dimasukkan ke wad untuk
rawatan lanjut manakala selebihnya, 129(97%) dipantau dan diberikan rawatan di bilik
pengasingan. 10(7.5%) diberikan rawatan ’tamiflu’. Sebanyak 7 sampel swab tekak diambil, 3
daripadanya positif Influenza A H1N1. Tindakan kawalan yang telah diambil termasuk pengesanan
kes melalui aktiviti saringan dan pemantauan berterusan, perbincangan dengan pihak pentadbiran
SMS-TMFP, pengasingan diri dan rawatan serta aktiviti pendidikan Kesihatan. Kesimpulan, wabak
bermula sebaik sahaja sesi persekolahan penggal kedua dan berpunca dari seorang pelajar Sabah.
Aktiviti kawalan yang efektif dan efisien berjaya mengawal wabak dari terus merebak.
ABSTRAK
Virus dalam keluarga Orthomyxoviridae.
Berasal dari jenis virus yang menjangkiti populasi babi. Dikenali sebagai virus influenza babi (swine influenza virus, SIV).
Pada manusia, ianya dikelaskan kepada virus influenza A, B, dan C dimana ketiga-tiganya boleh menyebabkan berlakunya wabak :
Virus influenza A - penyebab yang paling biasa influenza bermusim (Seasonal Flu) dan penyakit mirip influenza (Influenza Like Illness). Virus influenza B tidak pernah dilaporkan wujud pada babi. Virus influenza C (jarang).[1]
Strain baru Influenza A H1N1 dikesan di California pada 24 April, 2009 dimanakeputusan makmal menunjukkan gabungan gen manusia, burung dan babi.
Pada 11 Jun, 2009, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengistihar danmeningkatkan tahap amaran pandemik H1N1 ke tahap 6 seluruh dunia, iaitu yangpertama selepas kejadian Hong Kong Flu pada tahun 1968.[5]
PENGENALAN
INFLUENZA A H1N1
Di Malaysia kes pertama dikesan pada 13 Mei, 2009 yang melibatkan seorang pelajaryang baru pulang dari Amerika Syarikat.
Kes terus meningkat dan beberapa kluster H1N1 dikesan berlaku di seluruhnegara dimana majoriti melibatkan institusi.
Kes pertama H1N1 di Kelantan dikesan di Daerah Kota Bharu yang melibatkanseorang pensyarah HUSM dan mempunyai sejarah pergerakan ke Indonesia.
PENGENALAN
INFLUENZA A H1N1
Tahun 2009 2010
Bil. Kes Dilaporkan 200 (391)* 125 (360)*
Bil. Kes Positif H1N1 98 42
Bil. Kematian 4 2
Bil. Kluster H1N1 40 (68)* 6 (91)*
Situasi Kejadian Kes Dan Kluster H1N1 Di Daerah Kota Bharu, 2009 – 2010
*( ) – Data seluruh negeri KelantanSumber : Unit Survelan, PKD Kota Bharu & JKNK
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control and
Prevention – CDC), simptom selesema babi pada manusia menyerupai dengan influenza :
Demam
Batuk
Sakit kerongkong
Sengal tubuh
Sakit kepala
Seram sejuk
Kelesuan.
Beberapa pesakit lain turut melapurkan cirit-birit dan muntah.[3]
Dalam kes yang lebih teruk, influenza juga boleh menyebabkan pneumonia, yang boleh menyebabkan maut terutamanya terhadap kanak-kanak dan orang tua.
PENGENALAN
TANDA DAN GEJALA
Virus ini tersebar ke udara atau permukaan melalui titisan cecair pernafasanseseorang pesakit yang keluar apabila batuk atau bersin.
Seseorang akan dijangkiti samada melalui pernafasan atau sentuhan kepadapermukaan yang tercemar.
Masa pengeraman adalah beberapa jam hingga 3 hari
Tempoh jangkitan biasanya 1 hingga 5 hari dari tarikh mula mengalami gejala tetapidalam tempoh yang lebih lama di kalangan kanak-kanak sehingga 7 hari atau lebih.
Golongan berisiko tinggi :
Mereka yang berada dalam kumpulan yang ramai
Golongan kanak-kanak yang berumur bawah 2 tahun
Warga tua yang berumur melebihi 65 tahun,
Pesakit yang mengalami masalah asma, kegagalan organ, wanita hamil,diabetes dan penyakit kronik paru-paru juga mudah dijangkiti.
PENGENALAN
JANGKITAN
Sekolah Asrama Penuh menerima pelajar dari seluruh negara.
12 km di Pusat Bandar Kota Bharu dan 5 km dari Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa.
Bilangan terdedah : 990 orang
772 orang pelajar – Lelaki : 433, Perempuan : 339
218 kakitangan (74 orang guru, 111 orang kakitangan, 6 orang pengawal keselamatan swasta, 27orang pengendali kantin dan pengendali dapur asrama.
Pelajar Tingkatan 1 – 5 :
5 blok bangunan - 32 buah kelas.
3 blok asrama : 2 blok asrama putera, 1 blok asrama puteri
Kali terakhir kejadian kluster H1N1 di sekolah ini ialah pada 9 Ogos 2009 (16 pelajar –3 positif H1N1)
PENGENALAN
LATARBELAKANG SMS TG MUHAMAD FARIS PETRA
27 Mac 2011 jam 5.00 petang - menerima notifikasi dari Unit Survelan, JKNKmengenai seorang pelajar perempuan dari tingkatan 3, Sekolah Menengah SainsTengku Muhammad Faris Petra yang dimasukkan ke Hospital Pakar Perdana keranademam, batuk dan selesema dan didapati positif ujian swab tekak H1N1 yangdiambil pada 26 Mac 2011.
Siasatan terhadap pelajar berkenaan telah dijalankan dan mendapati beliau telahmenghadiri satu Kem Latihan St. John Ambulan Malaysia (SJAM) 2011 peringkatNegeri Kelantan di Tangok, Bachok yang bermula dari 24 Mac 2011 hingga 26 Mac2011.
Bilik Gerakan diaktifkan :
Pasukan RRT PKD Kota Bharu dan Pasukan Perubatan KK Pengkalan Chepa telahdigerakkan ke sekolah tersebut untuk mengenalpasti kehadiran kes-kes yangbaru di sana.
Pasukan Rapid Assesment Team (RAT) telah ditubuhkan bagi membuatpemantauan pelajar-pelajar sekolah lain yang menyertai Kem Latihan di Tangok,Bachok.
PENGENALAN
KRONOLOGI KEJADIAN
Kajian diskriptif telah dijalankan melalui kaedah :
Penyiasatan kes di hospital.
Pengesanan kes secara aktif (ACD) di sekolah melalui aktiviti saringan yang berterusan.
Temubual menggunakan borang soal selidik dan siasatan kes di lapangan
Penyiasatan makmal melalui pengambilan sampel tekak.
Data dianalisa menggunakan Microsoft Excell versi 2007.
Objektif kajian dijalankan adalah untuk :
Menentukan epidemiologi wabak mengikut masa, tempat dan orang yang terlibat.
Mengenalpasti punca dan faktor risiko berlakunya wabak.
Menentu dan melaksanakan tindakan kawalan dan pencegahan yang terbaiksupaya wabak terkawal dan tidak berulang.
METODOLOGI
JENIS DAN OBJEKTIF KAJIAN
Kes-kes yang disaring telah diklasifikasikan sebagai kes ILI, H1N1, dan URTIberdasarkan definasi yang ditetapkan seperti berikut :
Influenza Like Illness (ILI) :
pelajar SMS-TMFP Kota Bharu yang mengalami demam kuat (suhu aural>38.0oC) DAN batuk DAN salah satu gejala sama ada sakit tekak, selsema ataumialgia dalam tempoh bermula 19 Mac 2011 hingga 7 April, 2011.
URTI
kes yang mempunyai simptom batuk dan salah satu gejala sama ada sakittekak, selsema atau mialgia dan tidak semestinya mempunyai demam yangtidak melebihi 38.0oC dalam tempoh bermula 19 Mac 2011 hingga 7 April,2011.
Influenza A H1N1
apabila kes yang mempunyai simptom ILI atau URTI dan swab tekaknya positifuntuk Influenza A H1N1.
METODOLOGI
DEFINASI
KEPUTUSAN
VERIFIKASI
Bil SEKOLAH
JUMLAH KESELURUHAN
PESERTA /GURU PENGIRING
MENGHADIRI KEM
JUMLAH DISARINGMEMPUNYAI GEJALA
ILI / URTI
HADIR KEMTIDAK
HADIR KEMHADIR
KEMTIDAK
HADIR KEM
1 SMK Pintu Geng. Kota Bharu 7 7 7 0 0
2 SMK Kota. Kota Bharu 13 13 13 0 0
3 SMK Kubang Kerian 1. Kota Bharu 13 13 13 0 0
4 SMJK (C) Chung Cheng. Kota Bharu 22 22 22 0 0
5 SMK Dato Ahmad Maher. Kota Bharu 29 29 29 0 0
6 MRSM Pengkalan Chepa. Kota Bharu 36 36 43 3 (URTI) 0
7 SMS Tg Mohd Faris Petra 22 22 270 5 140
0
5
10
15
20
25
30
27
-Feb
28
-Feb
1-M
ar2
-Mar
3-M
ar4
-Mar
5-M
ar6
-Mar
7-M
ar8
-Mar
9-M
ar1
0-M
ar1
1-M
ar1
2-M
ar1
3-M
ar1
4-M
ar1
5-M
ar1
6-M
ar1
7-M
ar1
8-M
ar1
9-M
ar2
0-M
ar2
1-M
ar2
2-M
ar2
3-M
ar2
4-M
ar2
5-M
ar2
6-M
ar2
7-M
ar2
8-M
ar2
9-M
ar3
0-M
ar3
1-M
ar1
-Ap
r2
-Ap
r3
-Ap
r4
-Ap
r5
-Ap
r6
-Ap
r7
-Ap
r8
-Ap
r9
-Ap
r1
0-A
pr
11
-Ap
r1
2-A
pr
13
-Ap
r1
4-A
pr
15
-Ap
r1
6-A
pr
17
-Ap
r1
8-A
pr
19
-Ap
r2
0-A
pr
21
-Ap
r2
2-A
pr
23
-Ap
r2
4-A
pr
Bil
an
ga
n K
es
Tarikh Onset
URTI
ILI
H1N1
Tidak dapat dikaitkan dengan
Episod wabak
Tidak dapat dikaitkan dengan Episod
wabak
3 k
es
-2 p
ela
jar
+ g
uru
: KEPUTUSAN
KELUK EPIDEMIOLOGI
Gur
u : Rom
bong
an
keBang
kok
Thaila
nd (
12 –
16 M
ac)
Sw
ab teka
kdia
mbil
pada
31 M
ac
--v
e
Fenomena biasa : berdasarkan kepada
situasi semasa kehadiran pesakit di
KK Pengkalan Chepa
Definasi Kes
KEPUTUSAN
KELUK EPIDEMIOLOGI
0
5
10
15
20
25
30
27
-Feb
28
-Feb
1-M
ar2
-Mar
3-M
ar4
-Mar
5-M
ar6
-Mar
7-M
ar8
-Mar
9-M
ar1
0-M
ar1
1-M
ar1
2-M
ar1
3-M
ar1
4-M
ar1
5-M
ar1
6-M
ar1
7-M
ar1
8-M
ar1
9-M
ar2
0-M
ar2
1-M
ar2
2-M
ar2
3-M
ar2
4-M
ar2
5-M
ar2
6-M
ar2
7-M
ar2
8-M
ar2
9-M
ar3
0-M
ar3
1-M
ar1
-Ap
r2
-Ap
r3
-Ap
r4
-Ap
r5
-Ap
r6
-Ap
r7
-Ap
r8
-Ap
r9
-Ap
r1
0-A
pr
11
-Ap
r1
2-A
pr
13
-Ap
r1
4-A
pr
15
-Ap
r1
6-A
pr
17
-Ap
r1
8-A
pr
19
-Ap
r2
0-A
pr
21
-Ap
r2
2-A
pr
23
-Ap
r2
4-A
pr
Bil
an
ga
n K
es
Tarikh Onset
URTI
ILI
H1N1
Notifikasi diterima 5.00pm. Sisatan dan kawalan dimulakan
Ke
mL
ati
ha
nS
t. J
oh
n,
Ta
ng
ok
, Ba
cho
k
Cu
tiP
en
gg
al
Pe
rta
ma
Pe
rse
ko
loh
an
Pe
laja
rd
ari
Sa
ba
h
Ke
ste
rak
hir
ILI
: u
jia
nm
ak
ma
l-v
e
Ta
ma
t
14 hari
Ke
sU
RT
I : +
ve
H1
N1
KEPUTUSAN
SOSIODEMOGRAFI DAN CIRI KLINIKAL
133 pelajar(Kadar serangan di kalangan pelajar : 17%)
Pelajar perempuan : 18%Pelajar lelaki : 17%
PCD1
(1%)
ACD132
(99%)
Cara Pengesanan Kes
KEPUTUSAN
TANDA-TANDA KLINIKAL DAN GEJALA
ANALISA DATA
PEREBAKAN DI KELAS
Tingkatan 1 :37% kadar serangan
Tingkatan 2 :21% kadar serangan
Tingkatan 3 :15% kadar serangan
Tingkatan 4 :8% kadar serangan
Tingkatan 5 :8% kadar serangan
KelasBilangan
Pelajar
Bilangan
Kes
Kadar
Serangan1D 30 15 50.0%2L 30 12 40.0%1G 30 11 36.7%1B 30 10 33.3%1L 25 8 32.0%1A 30 9 30.0%2D 30 9 30.0%3L 28 7 25.0%4B 26 5 19.2%3A 29 5 17.2%5L 32 5 15.6%2A 30 4 13.3%2G 30 4 13.3%3B 30 4 13.3%4L 24 3 12.5%5D 24 3 12.5%3G 28 3 10.7%3D 29 3 10.3%2B 30 3 10.0%5A 20 2 10.0%4K 32 3 9.4%5G 25 2 8.0%4D 28 1 3.6%4G 29 1 3.4%5B 31 1 3.2%4A 30 0 0.0%5K 32 0 0.0%
Jumlah 772 133 17.2%
ANALISA DATA
PEREBAKAN DI ASRAMA LELAKI
TingkatBilik Asrama Lelaki
JumlahPenghuni
Bilangan KesKadar
SeranganCatatan
Aras 1 122 8 7%
Aras 2 169 19 9%
Aras 3 142 45 32% Pelajar Tingkatan 1 & 2
Jumlah 433 72 17%
ANALISA DATA
PEREBAKAN DI ASRAMA PEREMPUAN
TingkatanBilik Asrama Perempuan
JumlahPenghuni
BilanganKes
Kadar Serangan
Catatan
Aras Bawah 70 12 17%
Aras 1 69 17 25% Menempatkan kes indeks
Aras 2 98 20 20%
Aras 3 102 12 12%
Jumlah 339 61 18%
KEPUTUSAN
RAWATAN
Kriteria Kes Isolasi In-patient Jumlah
Upper Respirotry Track Infection (URTI) 121 2*** 123
Influenza Like Illness (ILI) 7 0 7*
Influenza A H1N1 1** 2 3*
Jumlah 129 4 133
* 10 kes (7 simptom ILI, 3 H1N1) – dirujuk kepada pakar perubatan dan diberikan rawatan‘tamiflu’
** Peserta kem – menjalani isolasi di rumah setelah dirujuk ke HRPZII – permintaan ahli keluarga– dipantau perkembangan kesihatan setiap hari oleh Assesment team.
** * Kes URTI yang pada awalnya menjalani isolasi di asrama, dimasukkan ke wad atas permintaankeluarga
KEPUTUSAN
SIASATAN MAKMAL
Kriteria Kes Bil.swab tekak Positif H1N1
Upper Respirotry Track Infection (URTI) 3 1
Influenza Like Illness (ILI) 4 2
Jumlah 7 3
KEPUTUSAN
TINDAKAN YANG TELAH DIAMBIL
Pengesanan kes secara aktif.
AKTIVITI SARINGAN PERINGKAT PERTAMA
Semua pelajar / guru / kakitangan : 990 orang
PEMERIKSAAN LANJUT
292 orang dibuat pemeriksaan
143 pelajar(51 perempuan, 92 lelaki)
menjalani isolasi
KEPUTUSAN
TINDAKAN YANG TELAH DIAMBIL
Pengasingan diri dan rawatan
Terdapat 5 bilik pengasingan (3 di asrama lelaki dan 2 di asrama perempuan)
Zon kuning dan merah mengikut tahap keterukan pelajar.
Pemantauan tahap kesihatan pelajar setiap hari oleh Pasukan PerubatanJika perlu, dirujuk kepada Pakar Perubatan untuk pemeriksaan lanjut.Pelajar yang didapati benar-benar sihat dibenarkan keluar.
KEPUTUSAN
TINDAKAN YANG TELAH DIAMBIL
Perbincangan dengan pihak pentadbiran SMS-TMFPPerbincangan dengan pihak SMS-TMFP telah dibuat pada 27 Mac 2011. Penjelasan mengenaipengurusan ILI diperingkat pelajar dan kakitangan sekolah untuk memastikan tiadaperebakan seterusnya berlaku dikalangan pelajar sekolah dan kakitangan.
Pendidikan KesihatanMaklumat mengenai H1N1 dan langkah-langkah pencegahan. nasihat kuarantin-kendiri,pengurangan pergaulan (social distancing), etika batuk, basuh tangan, pemakaian penutupmulut serta gejala dan tanda-tanda.
Risalah pencegahan, etika batuk, kaedah basuh tangan dan tanda-tanda bahaya ILI telahdiedarkan kepada pelajar, guru dan kakitangan sekolah.
Pelajar yang diasingkan di bilik pengasingan diberikan nasihat mengenai penilaian tahapkesihatannya dengan menggunakan Panduan Penilaian kesihatan diri dan mengenai langkah-langkah yang perlu diambil ketika pengasingan di asrama. Mereka diarah untukmemaklumkan dan menjalani pemeriksaan lanjut sekiranya mereka mempunyai tanda-tandaseperti dalam panduan penilaian kesihatan diri.
PERBINCANGAN
PENENTUAN PUNCA JANGKITAN
Wabak berlaku hanya di kalangan pelajar Sekolah Menengah Sains TengkuMuhammad Faris Petra bermula seawal sesi penggal kedua persekolahanberdasarkan :
Tiada kejadian kluster H1N1 / ILI di kalangan pelajar di sekolah lain yangmenyertai kem.
Keputusan ujian swab tekak yang diambil dari salah seorang guru yangmempunyai sejarah pergerakan ke Thailand dan mempunyai simptom URTIdidapati negatif.
Kumpulan Kes Bukan Kes Jumlah
Lawatan ke Thailand 0 16 16
Peserta Kem 5 17 22
Pelajar lain 128 622 750
PERBINCANGAN
PEREBAKAN
Kes Indeks dalam episod wabak ini merupakan seorang pelajar perempuantingkatan 1 Delta yang berasal dari Sabah.
Mengalami simptom selesema, batuk dan sakit tekak bermula pada 19 Mac, 2011iaitu semasa dalam penerbangan pulang dari Sabah ke Kota Bharu setelahmenghabiskan cuti persekolahan penggal pertama.
Semua 5 orang ahli keluarga yang lain didapati tidak mengalami simptom.
Perebakan berlaku di kalangan pelajar yang mempunyai hubungan rapat dengan kesindek iaitu di kelas dan aras bilik yang yang asrama.
PERBINCANGAN
LIMITASI & CABARAN
Kesesakan Bilik PengasinganPada peringkat awal, didapati terlalu ramai pelajar yang perlu diasingkan. Berlaku kecicirandan pertimbangan yang longgar untuk menentukan status kesihatan pelajar yang perludiletakkan di bilik pengasingan.
Lokasi Bilik Pengasingan Bilik pengasingan pelajar lelaki dan perempuan terletak di tingkat bawah blok bangunan asrama yang menjadi laluan utama keluar masuk pelajar mewujudkan risiko jangkitan kepada pelajar lain.
Penyiasatan MakmalSampel terhad – gagal untuk menentukan kejadian sebenar wabakKelewatan (7 hari selepas onset) - swab tekak kes indeks yang diambil memberikan keputusan yang meragukan dan tidak dapat dijadikan fakta.
Kekangan ibubapa mengenai rawatan pelajarCabaran paling besar yang dihadapi adalah rungutan daripada ibubapa mengenai perkembangan kesihatan dan rawatan yang diterima oleh pelajar semasa tempoh pengasingan. Terdapat ibubapa yang memohon untuk membawa pulang anak mereka bagi mendapatkan rawatan yang sempurna.
KESIMPULAN
Kluster H1N1 ini bermula sebaik sahaja sesi persekolahan penggal kedua bermula.
Ianya berpunca daripada salah seorang pelajar tingkatan 1 Delta yang mengalamisimptom selesema, batuk dan sakit tekak semasa penerbangan pulang dari Sabah keKota Bharu.
Merebak di kalangan pelajar semasa mereka menjalani aktiviti harian samada dikelas ataupun asrama.
Tidak melibatkan guru dan kakitangan sekolah atau kumpulan berisiko tinggi yanglain.
Tiada kaitan dengan aktiviti Kem Latihan SJAM di Tangok, Bachok yang disertaipelajar sebelum ini.
Tindakan segera dapat mengawal wabak dari terus merebak.
PENGHARGAAN
Unit Survelan, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Pengetua, Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid) SM Sains Tg Muhammad Faris Petra, Penyelia Asrama, SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra,Pakar Perubatan Klinik Kesihatan Pengakalan Chepa, Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Kedai Lalat, Pasukan Perubatan KK Pengakalan Chepa, Pasukan Perubatan KK Kedai Lalat dan Anggota Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu
Di atas segala bantuan, khidmat nasihat, panduan dan kerjasama yang baik yang diberikan di dalam usaha mengawal wabak ini.
RUJUKAN
*1: Heinen PP (15 September 2003). "Swine influenza: a zoonosis". Veterinary Sciences Tomorrow. ISSN 1569-0830
*2: "CDC". http://www.cdc.gov/flu/weekly/
*3. "Swine Flu and You". CDC. 2009-04-26. http://www.cdc.gov/swineflu/swineflu_you.htm. 26 April, 2009
*4. "WHO | Influenza A(H1N1) - update 19". Who.int. 2009-05-07. http://www.who.int/csr/don/2009_05_07/en/index.html. Retrieved 2010-10-16
*5. Blippitt (2009-06-11). "H1N1 Pandemic – It's Official". N/A. http://www.blippitt.com/h1n1-pandemic-official.
*6. "WHO | Pandemic (H1N1) 2009 - update 103". Who.int. http://www.who.int/csr/don/2010_06_04/en/index.html. Retrieved 2010-10-16
*7. Unit Survelan, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan
SEKIAN TERIMA KASIH