Ruangan Disewakan, Sewa Ruangan, Sewa Kantor, Sewa Ruang Usaha
VERSI1/OCT2017/EiPLAN UNTUK INSURANS GAP SEWA BELI · PDF fileTransaksi EiPlan untuk Insurans...
Transcript of VERSI1/OCT2017/EiPLAN UNTUK INSURANS GAP SEWA BELI · PDF fileTransaksi EiPlan untuk Insurans...
VERSI1/OCT2017/EiPLAN UNTUK INSURANS GAP SEWA BELI/FAQ
Page 1 of 2 Copyright 2017 Affin Bank Berhad (25046-T)
SOALAN LAZIM - PROGRAM PELAN ANSURAN MUDAH AFFINBANK (EIPLAN) UNTUK INSURANS
GAP SEWA BELI
1. Apakah Program Pelan Ansuran Mudah AFFINBANK (EiPlan) untuk Insurans GAP Sewa Beli?
Pelan Ansuran Mudah AFFINBANK (EiPlan) untuk Insurans GAP Sewa Beli adalah program yang
memberi Ahli Kad fleksibiliti menggunakan Kad Kredit AFFINBANK untuk membeli Insurans GAP
daripada AXA Affin General Insurance Berhad dan kemudiannya membayar semula secara ansuran
dalam tempoh tertentu. Kad Kredit AFFINBANK mesti diaktifkan sebelum pembelian Insurans GAP
dibuat.
2. Apakah Insurans GAP Sewa Beli?
Insurans GAP atau Jaminan Perlindungan Aset adalah suatu produk insurans yang ditawarkan kepada
pelanggan sewa beli yang menyediakan pelindungan untuk membayar jumlah wang yang tidak
mencukupi antara jumlah yang diterima daripada Polisi Insurans Motor Komprehensif dengan Harga
Invois Asal Kenderaan sekiranya berlaku kerugian menyeluruh atau kecurian.
3. Siapakah yang layak untuk menyertai Program EiPlan ini?
Program ini terbuka kepada semua Ahli Kad Utama AFFINBANK yang baharu dan sedia ada (Ahli Kad
Utama dan Tambahan) yang membeli Insurans GAP daripada AXA Affin General Insurance Berhad.
4. Apakah tempoh bayaran, jumlah transaksi minimum dan kadar faedah untuk Program EiPlan?
Tempoh bayaran, jumlah transaksi minimum dan kadar faedah untuk Program EiPlan adalah seperti
berikut:
Tempoh (Bulan) Amaun Transaksi Minimum Kadar Faedah Dikenakan
Sekali
6
RM500 4% 12
18
5. Bagaimanakah Ahli Kad boleh memohon Program EiPlan?
Untuk menukar amaun transaksi kepada EiPlan, Ahli Kad dikehendaki untuk membeli Insurance GAP
daripada AXA Affin General Insurance Berhad dengan transaksi minimum sebanyak RM500 dengan Kad
Kredit AFFINBANK. Ahli Kad kemudiannya boleh:
menghubungi Pusat Panggilan AFFINBANK di 03-5522 3000 atau 03-5517 9999 (untuk Ahli Kad
AFFINBANK World Mastercard); atau
e-mel borang permohonan EiPlan untuk Insurance GAP Sewa Beli kepada
[email protected] atau [email protected] (untuk kad AFFINBANK World
Mastercard); atau
mel borang permohonan EiPlan untuk Insurance GAP Sewa Beli kepada AFFIN BANK BERHAD,
Jabatan Perniagaan Kad, Tingakat 1 Menara Affin, No. 80, Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur.
VERSI1/OCT2017/EiPLAN UNTUK INSURANS GAP SEWA BELI/FAQ
Page 2 of 2 Copyright 2017 Affin Bank Berhad (25046-T)
6. Bagaimana untuk mendapatkan Borang Permohonan EiPlan untuk Insurans GAP Sewa Beli?
Borang Permohonan EiPlan Insurans GAP Sewa Beli boleh didapati daripada laman sesawang
AFFINBANK, cawangan AFFINBANK dan Hub Sewa Beli AFFINBANK.
7. Bilakah Ahli Kad boleh menukar transaksi Insurans GAP kepada EiPlan?
Ahli Kad perlu menukar transaksi Insurans GAP kepada EiPlan sebelum tarikh penyata kad kredit.
8. Bilakah Ahli Kad perlu mula membayar bayaran ansuran?
Bayaran ansuran EiPlan perlu dibayar oleh Ahli Kad apabila amaun ansuran EiPlan (termasuk kadar
faedah dikenakan sekali untuk ansuran bulan pertama) diposkan ke dalam penyata bulanan.
9. Bagaimanakah Ahli Kad mengetahui samada permohonan EiPlan untuk Insurans GAP Sewa Beli
telah diluluskan?
Transaksi EiPlan untuk Insurans GAP Sewa Beli yang telah diluluskan akan dinyatakan di dalam
penyata bulanan kad kredit Ahli Kad. Ahli Kad dinasihatkan untuk memeriksa penyata bulanan kad kredit
dengan kerap.
10. Apakah yang akan berlaku sekiranya jumlah ansuran bulanan EiPlan untuk Insurans GAP Sewa
Beli tertunggak atau tidak dibayar penuh?
Caj kewangan semasa akan dikenakan (mengikut jenis kad kredit Ahli Kad) ke atas jumlah ansuran
EiPlan tertunggak atau baki tertunggak tidak dibayar sepenuhnya. Ahli Kad dinasihatkan untuk
membayar jumlah ansuran bulanan EiPlan untuk Insurans GAP Sewa Beli sepenuhnya untuk
mengelakkan daripada dicaj caj kewangan.
11. Adakah denda akan dikenakan sekiranya jumlah EiPlan untuk GAP Sewa Beli dibayar penuh atau
Ahli Kad membatalkan permohonan EiPlan selepas diluluskan atau kad kredit dibatalkan
sebelum tempoh pelan tamat?
Ya. Denda sebanyak RM50 untuk setiap pelan akan dikenakan apabila kad kredit dibatalkan atau
sekiranya bayaran penuh dibuat sebelum tempoh bayaran ansuran yang dipilih tamat.
12. Siapakah yang boleh dihubungi untuk sebarang pertanyaan mengenai Program ini?
Untuk bantuan, maklum balas dan/atau aduan mengenai Program ini, Ahli Kad boleh menghubungi
Pusat Panggilan AFFINBANK di 03-5522 3000 atau 03-5517 9999 (untuk kad AFFINBANK World
Mastercard) atau e-mel kepada [email protected] atau [email protected]
(untuk kad AFFINBANK World Mastercard).
13. Dimanakah Ahli Kad boleh mendapatkan maklumat penuh dan Terma dan Syarat untuk Program
ini?
Ahli Kad boleh merujuk kepada www.affinbank.com.my dari semasa ke semasa untuk mendapatkan
maklumat dan Terma dan Syarat terkini.