USRAHVERSITY Remaja DIY Bab2... · 3. Iblis musuh yang nyata : Ia bersumpah akan bersungguh-sungguh...
Transcript of USRAHVERSITY Remaja DIY Bab2... · 3. Iblis musuh yang nyata : Ia bersumpah akan bersungguh-sungguh...
-
USRAHVERSITY
-
BAB 2
PENCIPTAAN ADAM A.S.
USRAH REMAJA
-
HAKIKAT KEHIDUPAN
Penciptaan Nabi Adam a.s.
Kehidupan di Dunia
Alam Akhirat
-
PENCIPTAAN ADAM
Ceritakan kisah penciptaan Nabi Adam a.s.
• Kenapa Allah cipta Adam?
• Apakah respon Malaikat bila dapat tahu penciptaan Adam?
• Apa berlaku kepada Nabi Adam ketika di syurga?
• Bagaimana dia tertipu?
• Apakah janji Iblis?
-
PENCIPTAAN ADAM
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada
Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang
khalifah di bumi". Mereka bertanya:
"Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di
bumi itu orang yang akan membuat bencana dan
menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami
sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?".
Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan
apa yang kamu tidak mengetahuinya".
(Al-Baqarah 2:30)
-
REAKSI IBLIS
Kami berfirman kepada malaikat-malaikat:
"Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka
sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam
golongan yang sujud.
Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang
menyekatmu daripada sujud ketika Aku
perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik
daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan
daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari
tanah."
Allah berfirman: "Turunlah engkau dari
Syurga ini, kerana tidak patut engkau
berlaku sombong di dalamnya; oleh
sebab itu keluarlah, sesungguhnya
engkau dari golongan yang hina".
(Al-A'raaf 7:11-13)
-
PENCIPTAAN ADAM
"Dan wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta
makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan
janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan
menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim".
(Al-A'raaf 7:19-22)
-
HELAH IBLIS
Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya
(dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian
lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata:
"Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini,
melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi
dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)".
Dan ia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): "Sesungguhnya aku
adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua".
(Al-A'raaf 7:19-22)
-
PENCIPTAAN ADAM
Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan)
dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah
kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya
dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka:
"Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku
katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang
nyata?"
(Al-A'raaf 7:19-22)
-
JANJI IBLIS
Iblis menjawab: Kerana Engkau telah
menghukum aku tersesat, maka aku akan
benar-benar (menghalangi) mereka dari jalan
Engkau yang lurus. Kemudian aku akan
mendatangi mereka, dari kiri dan kanan
mereka.
Dan Engkau tidak akan mendapati
kebanyakan mereka bersyukur (taat).
(Al-A'raaf 7:16-17)
-
PENCIPTAAN ADAM
Apakah pengajaran utama dari Penciptaan Adam?
-
Apakah pengajaran utama dari Penciptaan Adam?
1. Manusia dicipta untuk menjadi khalifah di muka bumi, suatu tanggungjawab dan amanah yang amat berat.
2. Soalan dari para Malaikat menunjukkan sifat semula jadi manusia suka melakukan kerosakan. Tetapi Allah lebih mengetahui, masih ada manusia yang akan beramal soleh.
3. Iblis musuh yang nyata : Ia bersumpah akan bersungguh-sungguh menyesatkan umat manusia.
4. Lihat bagaimana Iblis memperdaya Adam dan Hawa, begitu licik sekali. Maka manusia perlu berhati-hati.
5. Keterlanjuran Nabi Adam a.s. di syurga menunjukkan manusia bersifat lemah, pelupa dan mudah melakukan kesilapan.
-
Ketahuilah kita sebagai Manusia
adalah lemah.
Sama seperti Manusia memerlukan
udara untuk bernafas, makanan dan
minuman untuk hidup,
Manusia juga memerlukan
Hidayah petunjuk, Peringatan,
Perlindungan
dari Allah untuk selamat.
Itulah -> ISLAM
-
Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu
dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah
mengeluarkan ibubapamu daripada syurga, ia
menanggalkan pakaian untuk diperlihatkan
aurat keduanya.
Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya
melihat kamu dari suatu tempat yang kamu
tak bisa melihat mereka.
Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-
syaitan itu pemimpin bagi orang-orang yang
tidak beriman.
(Al-A’raaf 7:27)
Nota: Tukarkan anak Adam kepada nama sendiri.
-
PENCIPTAAN ADAM A.S.
RUMUSAN
1. Manusia diciptakan mempunyai tujuan, iaitu
untuk menjadi khalifah di Bumi.
2. Iblis adalah musuh yang nyata dan telah
berjanji akan menyesatkan anak-anak Adam.
3. Manusia bersifat lemah. Belajar dari kesilapan
Adam. Perlu berpegang pada ISLAM.