UNTUK ANGGOTA FARMASI BERURUSAN DENGAN WAKIL · PDF filePerbendaharaan dan Surat Pekeliling...
Transcript of UNTUK ANGGOTA FARMASI BERURUSAN DENGAN WAKIL · PDF filePerbendaharaan dan Surat Pekeliling...
GARIS PANDUAN UNTUK ANGGOTA FARMASI BERURUSAN
DENGAN WAKIL SYARIKAT FARMASEUTIKAL DAN PEMBEKAL,KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
(perlu dibaca bersama Garis Panduan Pemberian Dan Penerimaan Hadiah Untuk Penjawat Awam Di Bawah Program Farmasi)
Bahagian Perkhidmatan FarmasiKementerian Kesihatan Malaysia
www.pharmacy.gov.my
GARIS PANDUAN UNTUK ANGGOTA FARMASI BERURUSAN DENGAN WAKIL SYARIKAT FARMASEUTIKAL DAN PEMBEKAL,
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIAEDISI PERTAMA DISEMBER 2011
Bahagian Perkhidmatan FarmasiKementerian Kesihatan Malaysia
Lot 36, Jalan Universiti46350 Petaling JayaSelangor, Malaysia
Tel : 603-7841 3200Fax: 603-7968 2222
Website: www.pharmacy.gov.my
1
KATA-KATA ALUANPENGARAH KANAN PERKHIDMATAN FARMASI
Selaras dengan usaha Good Governance for Medicines (GGM) di Malaysia, Bahagian Perkhidmatan Farmasi telah mengambil inisiatif menerbitkan buku Garis Panduan untuk Anggota Farmasi Berurusan dengan Wakil Syarikat Farmaseutikal dan Pembekal.
Sukacita saya mengambil kesempatan disini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam penyediaan buku Garis Panduan ini. Buku ini perlu dijadikan rujukan bagi setiap penjawat awam dalam program farmasi untuk berurusan dengan wakil syarikat farmaseutikal dan pembekal.
Garis Panduan ini mengandungi maklumat secara umum mengenai tatacara anggota farmasi berurusan dengan wakil syarikat farmaseutikal dan pembekal. Ia perlulah dibaca seiring dengan Garis Panduan Pemberian dan Penerimaan Hadiah Untuk Penjawat Awam Di Bawah Program Farmasi.
Saya berharap Garis Panduan ini akan dapat dipatuhi pelaksanaannya agar objektif Garis Panduan ini tercapai.
DATO’ EISAH BINTI A. RAHMANPengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi
GARIS PANDUANUNTUK ANGGOTA FARMASI BERURUSAN DENGAN WAKIL SYARIKAT FARMASEUTIKAL DAN PEMBEKAL,KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
2
1. Dr. Salmah bt. Bahri Pengarah Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi
2. Pn. Abida Haq bt Syed M. Haq Timbalan Pengarah Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi
3. Pn. Faridah bt. Abdul Malek Timbalan Pengarah Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi
4. Pn Anis bt. Talib Timbalan Pengarah Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi
5. Cik Mariam Bintarty bt. Rushdi Timbalan Pengarah Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi
6. En. Azman b. Yahya Timbalan Pengarah Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi
7. Pn. Rohani bt. Ismail Timbalan Pengarah Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi
8. Pn. Salbiah bt. Mohd. Salleh Timbalan Pengarah Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi
9. En. Tan Ann Ling Timbalan Pengarah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan
PENGHARGAAN
10. En. Muhammad Lukmani bin Ibrahim Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasa Farmasi
11. Pn. Faridah Hanin bt Ismail Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Farmasi
12. Pn. Zawiyah bt Mat Johor Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
13. Pn. Rosnaini bt Kamarudin Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan dan Putrajaya
14. Pn. Han Li Chin Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) Jabatan Kesihatan Negeri Johor
15. Tuan Shaik Nurudin bin Shaik Shahrudin Ketua Pegawai Farmasi Hospital Tengku Ampuan Afzan
16. Pn. Rosminah bt Mohd Din Ketua Pegawai Farmasi Hospital Selayang
17. Tuan Hj. Mohd Zamri bin Baharudin Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah
18. Pn. Nor Anizah bt Osman Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak
3
19. Pn. Nurhayati bt Md Osman Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kesihatan Negeri Perak
20. Pn. Yogeswary Markandoo (telah bersara) Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
21. Pn. Fatimah bt Abdul Rahim Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi
22. Pn. Salwati bt Abdul Kadir Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi
23. En. Wan Othman bin Wan Ismail Ketua Penolong Pengarah Kanan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan
24. Pn. Sahimi bt Mohamed Pegawai Farmasi U54 Hospital Tengku Ampuan Afzan
25. Pn. Zaiton bt Shato Ketua Penolong Pengarah Kanan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling
26. Pn. Hariah bt Mohd Derus Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan Penguatkuasa Farmasi Selangor
27. Pn. Azuwana bt Supian Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi
Urus Setia
1. Cik Wan Norashikin bt Wan Abdul Kadir Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi
2. En. Shamin bin Mohd Saffian Penolong Pengarah Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi
3. Cik Leona Tan Sze Ping Penolong Pengarah Kanan Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi
GARIS PANDUANUNTUK ANGGOTA FARMASI BERURUSAN DENGAN WAKIL SYARIKAT FARMASEUTIKAL DAN PEMBEKAL,KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
4
LATAR BELAKANG
Dalam situasi sekarang, tiada garis panduan, prosedur dan polisi yang jelas bagi anggota farmasi untuk berurusan dengan wakil syarikat produk farmaseutikal dan pembekal. Aktiviti yang terlibat adalah seperti penyebaran maklumat produk, promosi produk , kajian klinikal, sesi pembelajaran berterusan (Continuous Pharmacy Education, CPE), tajaan latihan, tajaan kursus, tajaan perjalanan, pengendalian mesyuarat, seminar dan bengkel serta anjuran pameran dan sukan termasuk juga tajaan keahlian kelab.
KENYATAAN GARIS PANDUAN
Garis panduan ini baru diwujudkan dan tertakluk kepada Arahan Perbendaharaan dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Awam yang dikeluarkan dari masa ke semasa.
1
2
5
TUJUAN
Objektif umum: Memastikan penjagaan kesihatan rakyat didahulukan dan perkhidmatan farmasi diutamakan.
Objektif khusus:
1. Meningkatkan etika dan integriti anggota farmasi semasa berurusan dengan wakil syarikat dan pembekal.
2. Memastikan perhubungan di antara anggota farmasi dengan wakil syarikat dan pembekal dikendalikan secara professional.
3. Secara tidak langsung melindungi: • kesejahteraanpesakitsecaraindividu. • hubungandiantararakyatdenganhealthcareproviders. • kepentinganperkhidmatanpenjagaankesihatanrakyat.
3
GARIS PANDUANUNTUK ANGGOTA FARMASI BERURUSAN DENGAN WAKIL SYARIKAT FARMASEUTIKAL DAN PEMBEKAL,KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
6
4 DEFINISI
(i) Produk Farmaseutikal Termasuk ubat dan bukan ubat yang digunakan di Kementerian
Kesihatan Malaysia.
(ii) Produk Selain daripada produk farmaseutikal.
(iii) Perkhidmatan Semua jenis perkhidmatan yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung dengan program farmasi.
(iii) Promosi Semua jenis aktiviti yang ditaja atau dianjurkan oleh pihak
syarikat farmaseutikal dan pembekal termasuk pengedar dan pengimport dengan tujuan untuk mempengaruhi corak/tren mempreskripsi, penggunaan, penjualan, pengedaran dan pembekalan produk tersebut.
7
(iv) Wakil syarikat farmaseutikal dan pembekal Personel dari syarikat farmaseutikal dan pembekal yang
berurusan dengan anggota farmasi.
(vi) Syarikat farmaseutikal Syarikat yang membekalkan ubat-ubatan dan peralatan
perubatan. (vii) Pembekal Syarikat yang membekalkan peralatan bukan perubatan,
seperti alat tulis, peralatan ICT dan lain-lain.
(viii) Maklumat Logistik Produk Merangkumi semua maklumat berkaitan transaksi produk, data
pembelian, penggunaan dan status ketersediaan produk.
SKOP
Garis panduan ini adalah digunapakai oleh semua anggota farmasi yang bertugas di Kementerian Kesihatan Malaysia. Ia merangkumi
5
GARIS PANDUANUNTUK ANGGOTA FARMASI BERURUSAN DENGAN WAKIL SYARIKAT FARMASEUTIKAL DAN PEMBEKAL,KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
8
semua jenis urusan di antara anggota farmasi dengan semua wakil syarikat farmaseutikal dan pembekal.
PROSEDUR BERURUSAN
6.1. Anggota farmasi yang dibenarkan berurusan:
(i) Ketua Jabatan.
(ii) Pegawai Farmasi yang berkaitan dengan tugas rasminya.
(iii) Lain-lain anggota farmasi yang diberi kebenaran daripada Ketua Jabatan.
6.2. Wakil syarikat yang dibenarkan berurusan:
(i) Mendapat kebenaran daripada Ketua Jabatan seperti di Lampiran B.
(ii) Wakil syarikat mestilah mempamerkan identifikasi diri sepanjang masa ketika berurusan.
6
9
6.3 Tujuan berurusan
i) Menyampaikan maklumat/informasi berkaitan produk dan perkhidmatan farmaseutikal.
ii) Menyampaikan maklumat berkaitan kajian-kajian yang dijalankan ke atas produk farmaseutikal secara individu atau secara sesi CPE seperti Bioavailability / Bioequivalent Studies, Evidence Based Medicine, Clinical Trial, Adverse Drug Reaction Report, Periodically Safety Update Report dan Cost Effective Research.
iii) Menyampaikan maklumat berkaitan produk lain atau perkhidmatan.
GARIS PANDUANUNTUK ANGGOTA FARMASI BERURUSAN DENGAN WAKIL SYARIKAT FARMASEUTIKAL DAN PEMBEKAL,KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
10
6.4 Jadual dan Masa Berurusan
Masa berurusan hanya pada hari dan waktu yang telah ditetapkan.
ii) Semua urusan hendaklah melalui temujanji.
iii) Semua temujanji perlu direkodkan dalam Buku Temujanji Urusan Wakil Syarikat (Lampiran A).
6.5 Kawasan / Ruang berurusan
Kawasan / ruang yang telah ditetapkan oleh Ketua Jabatan.
BAHAN-BAHAN PERIHAL PRODUK
Wakil syarikat boleh mengemukakan bahan-bahan perihal produk yang lengkap seperti kajian klinikal, Bioavailability / Bioequivalent (BA/ BE) dan sebagainya sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh temujanji, jika perlu.
7
11
Sesi Continuous Pharmacy Education (CPE)
i) Wakil syarikat perlu mendaftar dengan unit yang mengendalikan latihan untuk mendapatkan jadual sesi CPE.
ii) Pemberitahuan sesi CPE perlu dilakukan oleh unit yang mengendalikan latihan.
iii) Kandungan CPE mestilah berbentuk pembelajaran dan tidak menjurus ke arah produk syarikat sahaja.
iv) Sesi CPE mesti memberi peluang untuk perbincangan terbuka di mana semua ahli dapat mengutarakan pandangan yang berkaitan.
PERKARA-PERKARA YANG DILARANG KETIKA BERURUSAN DENGAN WAKIL SYARIKAT
(i) Menerima sampel-sampel sebenar dan sampel promosi.
(ii) Menerima pelawaan serta jemputan makan dan minum secara peribadi (Sila rujuk Garis Panduan Pemberian dan Penerimaan Hadiah Untuk Penjawat Awam Di Bawah Program Farmasi).
9
8
GARIS PANDUANUNTUK ANGGOTA FARMASI BERURUSAN DENGAN WAKIL SYARIKAT FARMASEUTIKAL DAN PEMBEKAL,KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
12
(iii) Menerima apa-apa bentuk cenderahati dan penajaan kecuali yang dibenarkan di dalam garis panduan penerimaan hadiah (Sila rujuk Garis Panduan Pemberian dan Penerimaan Hadiah Untuk Penjawat Awam Di Bawah Program Farmasi).
(iv) Membawa makanan atau cenderahati kepada lain-lain kakitangan (Sila rujuk Garis Panduan Pemberian dan Penerimaan Hadiah Untuk Penjawat Awam Di Bawah Program Farmasi).
(v) Memberitahu mengenai maklumat logistik produk.
(vii) Memberitahu kedudukan peruntukan perolehan.
(viii) Memberitahu keputusan mesyuarat jawatankuasa ubat, jawatankuasa sebut harga dan tender.
RUJUKAN1. Garis Panduan Pemberian dan Penerimaan Hadiah Untuk
Penjawat Awam Di Bawah Program Farmasi
13
LAMPIRAN A
BUKU DAFTAR URUSAN WAKIL SYARIKAT TAHUN ...........
TARIKH/HARI
NAMASYARIKATMASA TUJUAN
URUSANNAMA WAKIL
SYARIKAT
PEGAWAIYANG
BERURUSAN
GARIS PANDUANUNTUK ANGGOTA FARMASI BERURUSAN DENGAN WAKIL SYARIKAT FARMASEUTIKAL DAN PEMBEKAL,KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
14