UNSUR SENI KE-3
description
Transcript of UNSUR SENI KE-3
UNSUR SENI KE-3
WARNA
1. PENGENALAN
Manusia menggunakan warna untuk pelbagai tujuan:
Sebagai simbol Sebagai unsur menarik perhatian Menggambarkan perasaan Menggambarkan budaya masyarakat
2. RODA WARNA
Roda warna merupakan bahan rujukan asas dalam menganalisa dan memilih warna yang sesuai.
Jenis-jenis warna yang terkandung dalam roda warna ialah: Warna utama (asas) Warna Sekunder Warna Tertier
Gambar rajah Roda Warna
2.1 - WARNA UTAMA (ASAS)
Warna ini tidak boleh dihasilkan dengan campuran warna-warna lain tetapi warna-warna ini dapat menghasilkan warna lain.
2.2 - WARNA SEKUNDER
Dihasilkan melalui campuran dua warna utama (asas)
Warna-warna itu: Jingga, Ungu dan Hijau
2.3 - WARNA TERTIER Dihasilkan melalui campuran satu warna asas
dan satu warna sekunder iaitu warna yang bersebelahan dalam roda warna.
3. NILAI WARNA
Nilai warna terbahagi kepada dua iaitu: Tona warna Kroma warna
3.1 – TONA WARNA
Kadar kegelapan dan kecerahan warna
Ton warna cerah hasil campuran dengan warna cerah iaitu putih
Ton warna gelap hasil campuran dengan warna gelap iaitu hitam
3.2 – KROMA WARNA
Nilai ukuran kuasa sesuatu warna dan ia merujuk kepada kecerahan dan kepudaran warna
Campuran warna-warna penggenap menurunkan nilai kuasa (kroma) warna.
4. GUBAHAN WARNA
Gubahan warna boleh ditafsirkan melalui tiga cara iaitu: Gubahan sewarna
dan monokroma Warna penggenap Warna harmoni
Gubahan yang menggunakan satu warna dalam beberapa ton.
4.1 – GUBAHAN SEWARNA ATAU MONOKROMA
Kesan gubahan satu warna yang dihasilkan dalam pelbagai ton
Dapat dihasilkan dengan mencampurkan warna putih atau air untuk mendapatkan kesan terang dan campuran warna hitam untuk melahirkan warna gelap.
Teknik warna sewarna menghasilkan kesan
ruang jauh dan dekat.
4.2 – WARNA PENGGENAP
Warna-warna yang bertentangan dalam Roda Warna
Memberi kesan kontra, kejelasan, pertentangan dan getaran.
Campuran dua warna penggenap akan menghasilkan warna neutral
4.3 – WARNA HARMONI Warna-warna yang terletak bersebelahan
dalam roda warna dan dikenali sebagai warna sekeluarga.
Menimbulkan rasa selesa, tenang, tenteram, lembut dll.
5. SUHU WARNA Terdapat dua jenis suhu.
Warna panas Warna sejuk
Warna sejuk memberi ilusi kebelakangan, jauh, aman, tenteram dan dingin.
Warna kuning, jingga dan merah dikaitkan dengan warna
matahari, api dan kepanasan.
6. WARNA BERTINDAK Warna bertindak ialah kesan yang timbul dari
penggunaan dua atau lebih warna
7. PERSPEKTIF WARNA Warna boleh
menimbulkan ilusi ruang, jarak dan perspektif.
Warna-warna gelap, jelas dan panas menunjukkan jarak yang dekat manakala warna yang cair, kabut, lembut dan sejuk menunjukkan jarak yang jauh.