UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · pelaksanaan PEKA PMR berasaskan Pentaksiran...
Transcript of UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · pelaksanaan PEKA PMR berasaskan Pentaksiran...
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: KESEDIAAN GURU DALAM MELAKSANAKAN PEKA SAINS PMR DI
SEKOLAH MENENGAH KUALA TERENGGANU
SESI PENGAJIAN: 2009/2010 Saya WAN NORAINE BT WAN MOHD NOR (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD Disahkan oleh, __________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: 2577-A KAMPUNG BUKIT BAYAS PM. AZIZ BIN NORDIN 21100 KUALA TERENGGANU Nama Penyelia TERENGGANU Tarikh: 29 MAC 2010 Tarikh: 29 MAC 2010
PENGESAHAN PENYELIA
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Kimia)”
Tandatangan :
Nama Penyelia : PM. Aziz Nordin
Tarikh : 29 MAC 2010
KESEDIAAN GURU DALAM MELAKSANAKAN PEKA SAINS PMR DI
SEKOLAH MENENGAH KUALA TERENGGANU
WAN NORAINE BT WAN MOHD NOR
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai
Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan Sains (Kimia)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSTI TEKNOLOGI MALAYSIA
MAC 2010
ii
PENGAKUAN
“ Saya akui karya ini adalah kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah
saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan :
Nama Penulis : Wan Noraine bt Wan Mohd Nor
Tarikh : 29 MAC 2010
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah. Setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurnianya dan rahmatnya, laporan penyelidikan ini dapat disiapkan dalam tempoh yang
ditetapkan. Dalam menyiapkan laporan kajian ini banyak perkara baru yang saya dapati
dan pelajari. Berkat kesabaran dan tunjuk ajar yang diberikan laporan kajian
penyelidikan ini berjaya disiapkan.
Ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada PM Aziz Bin Nordin kerana telah
banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar sepanjang kajian ini dijalankan. Beliau yang
bertindak sebagai pensyarah pembimbing banyak memberikan panduan dalam
menyempurnakan laporan kajian ini.
Ucapan terima kasih juga kepada para responden yang banyak memberi
kerjasama sewaktu proses mengumpulkan data-data kajian dilakukan.
Akhir kata, ucapan terima kasih ditujukan kepada ahli keluarga yang banyak
memberi dorongan dan galakan bagi menyiapkan laporan penyelidikan ini dengan
sempurna.
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesediaan guru Sains terhadap
pelaksanaan PEKA PMR berasaskan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik dan soalan temubual.
Tahap kesediaan dikaji daripada aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap guru Sains
terhadap pelaksanaan PEKA. Seramai 120 orang guru Sains daripada 25 buah
sekolah di daerah Kuala Terengganu dipilih sebagai responden. Data yang diperolehi
dianalisis untuk mendapatkan frekuensi min, dan sisihan piawai. Manakala ujian-t
dan korelasi Pearson digunakan untuk menganalisis hipotesis. Hasil kajian mendapati
bahawa tahap kesediaan guru Sains terhadap pelaksanaan PEKA berada di tahap
tinggi dari aspek kesediaan pengetahuan dan kemahiran, manakala tahap kesediaan
sikap guru berada di tahap sederhana. Analisis data juga mendapati bahawa tidak
terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor jantina, pengalaman mengajar dan
faktor persekitaran sekolah dengan tahap kesediaan guru dari segi kemahiran dan
sikap. Namun, terdapat perbezaan yang signifikan dari segi kesediaan pengetahuan
dengan faktor pengalaman dan faktor persekitaran sekolah. Selain itu, faktor
kesediaan guru dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap didapati mempunyai
hubungan yang signifikan dengan permasalahan yang guru hadapi ketika
melaksanakan PEKA Sains. Masalah utama pelaksanaan PEKA Sains adalah
pengurusan aktiviti oleh guru, manakala strategi bagi memantapkan lagi penilaian
PEKA adalah dengan guru merancang pengurusan PEKA dengan lebih teliti.
Berikutan itu, jangkaan yang guru harapkan terhadap PEKA Sains pada masa akan
datang dapat melahirkan kualiti pelajar berkemahiran Sains.
ABSTRACT
The purpose of this study is to identify the readiness level of science teachers to carry
out PEKA. The research instruments used are questionnaire and interview questions
to measure the readiness level of respondents. Readiness level investigated comprises
of three related aspects such as knowledge, skills and interest to conduct PEKA
based on the School Based Assessment (SBA). A total of 120 science teachers from
25 schools in Kuala Terengganu were chosen to be the respondents. Data that had
been collected is analyzed to obtain the mean, frequency and standard deviation.
Besides, t-test and Pearson correlation were used to analyze the hypothesis. The
findings showed that the readiness knowledge and skills level of teachers to conduct
PEKA is high, while the readiness interest level is medium. As for the hypothesis,
there are no significant differences between the readiness of skills and interest level
with gender, teaching experiences and school surroundings. However, there are
significant differences between the readiness of knowledge level with teaching
experiences and school surroundings. Besides that, the readinesses of knowledge,
skill and interest have significant correlations with the problems that teachers faced
during conducting the PEKA. The finding shows that organizing the PEKA is the
main problem faced by the teachers. According to settle the problem, the
management of PEKA need to organize properly by the teachers. The teachers’ hope
that PEKA is produced the quality of Science skill students in the future.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i
PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
SENARAI SINGKATAN TATANAMA xvi
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 11
1.5 Persoalan Kajian 12
1.6 Hipotesis Kajian 13
1.7 Kerangka Teori Kajian 15
1.8 Kepentingan Kajian 18
1.9 Batasan Kajian 20
1.10 Definisi Istilah 21
1.10.1 Pentaksiran 21
1.10.2 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 21
1.10.3 Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) 22
1.10.4 Guru Sains 22
1.10.5 Kesediaan 23
viii
1.10.6 Pengetahuan 23
1.10.7 Kemahiran 23
1.10.8 Sikap 24
1.11 Penutup 24
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 25
2.2 Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) 27
2.2.1 Transformasi Kurikulum Kebangsaan dan SPPK 29
2.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 30
2.4 Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) Sains 32
2.5 Kesediaan Guru 35
2.5.1 Kesediaan Pengetahuan dan Kemahiran Guru 38
2.5.2 Kesediaan Sikap guru 39
2.6 Faktor Perbezaan Jantina Terhadap Kesediaan Guru 41
2.7 Faktor Perbezaan Pengalaman Mengajar Terhadap
Kesediaan Guru 42
2.8 Faktor Perbezaan Persekitaran Sekolah 44
2.9 Permasalahan yang Dihadapi Guru Ketika Melaksanakan
PEKA Sains 47
2.10 Penutup 49
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 50
3.2 Reka Bentuk Kajian 51
3.3 Populasi Kajian 51
3.3.1 Sampel Kajian 52
ix
3.4 Instrumen Kajian 52
3.4.1 Permarkahan Skor Tahap Kesediaan dan
Permasalahan Guru 54
3.4.2 Interprestasi Jadual 55
3.5 Tatacara Kajian 55
3.6 Kajian Rintis 57
3.6.1 Kebolehpercayaan Alat Kajian 58
3.6.2 Kesahan Alat Kajian 59
3.7 Kajian Sebenar 60
3.8 Analisis Data 60
3.9 Rumusan 61
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 62
4.2 Analisis Deskriptif 66
4.2.1 Demografi Responden (Bahagian 1) 66
4.2.1.1 Jantina 66
4.2.1.2 Bangsa 67
4.2.1.3 Persekitaran Sekolah 67
4.2.1.4 Pengalaman Mengajar 68
4.2.1.5 Kelulusan Akademik 69
4.2.1.6 Kehadiran Kursus/Bengkel PEKA 69
4.2.1.7 Tingkatan Mengajar 70
4.2.2 PEKA (Bahagian 2) 70
4.2.2.1 Tahap Kesediaan Pengetahuan 71
4.2.2.2 Tahap Kesediaan Kemahiran 77
4.2.2.3 Tahap Kesediaan Sikap 82
4.2.3 Masalah dan Kekangan Pelaksanaan PEKA Sains 88 4.2.4 Jangkaan Guru Terhadap Pelaksanaan PEKA Pada Masa Depan 101
x
4.2.5 Strategi bagi Menambahbaik Sistem Penilaian PEKA 110
4.3 Analisis Hipotesis 111
4.4 Rumusan 121
4.5 Penutup 123
5 PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 124
5.2 Perbincangan 124
5.2.1 Perbezaan Faktor Demografi Responden Dengan Tahap
Kesediaan Guru Dalam Melaksanakan PEKA 125
5.2.2 Tahap Kesediaan 127
5.2.2.1 Tahap Kesediaan Pengetahuan 127
5.2.2.2 Tahap Kesediaan Kemahiran 129
5.2.2.3 Tahap Kesediaan Sikap 130
5.2.3 Permasalahan Guru 131
5.2.3.1 Hubungan Antara Tahap Kesediaan Guru Dengan
Permasalahan 135
5.2.4 Jangkaan Guru Terhadap Pelaksanaan PEKA
Pada Masa Depan 136
5.2.5 Strategi bagi Menambahbaik Penilaian PEKA
Sains Pasa Masa Depan 137
5.3 Implikasi Kajian 138
5.4 Cadangan Kajian 140
5.5 Penutup 142
RUJUKAN 143
LAMPIRAN 152
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Konstruk dan Kriteria Elemen 1 40
2.2 Konstruk dan Kriteria Elemen 2 42
2.3 Konstruk dan Kriteria Elemen 3 43
3.1 Skor Skala Lima Mata 51
3.2 Permarkahan Skor 53
3.3 Garis Panduan Guilford’s Rule of Thumb 54
3.4 Nilai Statistik Alpha Cronbach 57
3.5 Jadual Ringkasan Pengujian Statistik Objektif Kajian 60
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 66
4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 67
4.3 Taburan Responden Mengikut Persekitaran Sekolah 67
4.4 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 68
4.5 Taburan Responden Mengikut Kelulusan Akademik 69
4.6 Taburan Responden Mengikut Kehadiran Kursus PEKA 69
4.7 Taburan Responden Mengikut Tingkatan Mengajar 70
4.8 Analisis Peratus Jawapan Mengikut Item (Kesediaan
Pengetahuan) 71
4.9 Analisis Tahap Kesediaan Pengetahuan Responden 75
4.10 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kesediaan
Pengetahuan 76
xii
4.11 Analisis Peratus Jawapan Mengikut Item
(Tahap Kesediaan Kemahiran) 77
4.12 Analisis Tahap Kesediaan Kemahiran Responden 81
4.13 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kesediaan Kemahiran 82
4.14 Analisis Peratus Jawapan Mengikut Item
(Tahap Kesediaan Sikap) 82
4.15 Analisis Tahap Kesediaan Sikap Responden 87
4.16 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kesediaan Sikap 88
4.17 Analisis Peratus Jawapan Mengikut Item bagi
Permasalahan Guru 89
4.18 Analisis Peratus Jawapan Item Terbuka bagi
Permasalahan Guru 99
4.19 Analisis Tahap Permasalahan Guru 99
4.20 Analisis Statistik Deskriptif Permasalahan Guru 100
4.21 Analisis Peratus Jawapan Mengikut Item bagi
Jangkaan Guru 101
4.22 Analisis Peratus Jawapan Item Terbuka bagi
Jangkaan Guru 108
4.23 Analisis Tahap Jangkaan Guru 109
4.24 Analisis Statistik Deskriptif Jangkaan Guru 110
4.25 Analisis Peratus Jawapan Item Terbuka bagi
Strategi 110
4.26 Perbezaan Faktor Jantina dengan Tahap Kesediaan
Pengetahuan Guru 111
4.27 Perbezaan Faktor Jantina dengan Tahap Kesediaan
Kemahiran Guru 112
xiii
4.28 Perbezaan Faktor Jantina dengan Tahap Kesediaan
Sikap Guru 113
4.29 Perbezaan Faktor Pengalaman Mengajar dengan Tahap
Kesediaan Pengetahuan 113
4.30 Perbezaan Faktor Pengalaman Mengajar dengan Tahap
Kesediaan Kemahiran 114
4.31 Perbezaan Faktor Pengalaman Mengajar dengan Tahap
Kesediaan Sikap 114
4.32 Perbezaan Faktor Persekitaran Sekolah dengan Tahap
Kesediaan Pengetahuan 115
4.33 Perbezaan Faktor Persekitaran Sekolah dengan Tahap
Kesediaan Kemahiran 116
4.34 Perbezaan Faktor Persekitaran Sekolah dengan Tahap
Kesediaan Sikap 116
4.35 Korelasi Tahap Kesediaan Pengetahuan dengan
Permasalahan Guru 117
4.36 Korelasi Tahap Kesediaan Kemahiran dengan
Permasalahan Guru 118
4.37 Korelasi Tahap Kesediaan Sikap dengan
Permasalahan Guru 119
5.1 Keputusan Perbezaan Faktor Demografi Responden Dengan
Tahap Kesediaan Guru 124
5.2 Hubungan Antara tahap Kesediaan Guru Dengan Permasalahan
134
xiv
SENARAI RAJAH
RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Kerangka Kajian 16
3.1 Tatacara Kajian 55
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Borang soal selidik
B Hasil Temubual
C Pengesahan Status Soal selidik
xvi
SENARAI TATANAMA
BPK Bahagian Pembangunan Kurikulum
FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan
JPN - Jabatan Pendidikan Negeri
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
LPM Lembaga Peperiksaan Malaysia
P&P Pengajaran dan Pembelajaran
PBS Pentaksiran Berasaskan Sekolah
PEKA Pentaksiran Kerja Amali
PMR Penilaian Menengah Rendah
SP Sukatan Pelajaran
SPKK Sistem Penilaian Kurikulum Kebangsaan
SPSS - Statistic Package for the Social Science
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kurikulum merupakan suatu elemen terpenting dalam sistem pendidikan. Ia
merupakan nadi kepada sistem pendidikan yang mencorakkan generasi akan datang.
Bagi menjana suatu sistem pendidikan yang berkualiti, kurikulum itu sendiri perlu
bersifat dinamik dan relevan dengan kehendak semasa mahupun keperluan masa
akan datang. Kurikulum di Malaysia ditakrifkan sebagai suatu program pendidikan
yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, dan nilai-nilai kebudayaan serta
kepercayaan untuk membantu perkembangan potensi seseorang murid secara
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).
2
Kurikulum pendidikan sentiasa mengalami perubahan dan pembaharuan
mengikut perkembangan semasa. Menurut Razali (1996), perubahan kurikulum ialah
penukaran kurikulum yang sedia ada, sementara konsep pembaharuan kurikulum
ialah ia memberi gambaran bahawa kurikulum yang sedia ada itu akan diberi
elemen-elemen baru. Selain itu, mengikut Taba (1962), menyatakan pembaharuan
kurikulum bermaksud perubahan bahagian tertentu di dalam kurikulum tanpa
perubahan konsep-konsep asas kurikulum atau organisasi.
Perkembangan dasar kerajaan juga boleh mempengaruhi di dalam
pembaharuan kurikulum. Dasar kerajaan sangat mempengaruhi di dalam
pembaharuan kurikulum. Dasar kerajaan sangat terpengaruh dengan tuntutan
perkembangan dunia semasa, keperluan nasional sesebuah negara dan perkembangan
sains dan teknologi. Idea-idea baru yang diperkenalkan oleh pakar-pakar pendidikan
adalah satu rancangan pihak penggubal kurikulum untuk melakukan pembaharuan.
Dengan itu, pengubahsuaian kurikulum perlu dibuat terutama isi kandungan dan
mata pelajaran yang terbabit. Kelemahan yang terdapat dalam sistem perkembangan
kurikulum yang sedia ada juga mendorong usaha-usaha bagi memperbaharui
kurikulum seperti pemilihan objektif.
Ke arah itu, satu bentuk pengubahsuaian sedang dijalankan. Dari aspek
kurikulum sekolah, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) sedang berusaha
membangunkan satu bentuk kurikulum baru yang lebih berpusatkan murid, lebih
memberikan peluang kepada murid untuk meneroka bidang ilmu tersebut dengan
lebih mendalam, dan kurikulum yang menyeronokkan dan tidak berorientasikan
peperiksaan. Berdasarkan keperluan ini, BPK membangunkan konsep Transformasi
Kurikulum Kebangsaan yang membawa cadangan perubahan kepada konsep, bentuk,
struktur dan operasi kurikulum persekolahan kebangsaan.
3
Bermula 2011, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian
Menengah Rendah (PMR), masing-masing akan ditukar nama kepada Pentaksiran
Sekolah Rendah (PSR) dan Pentaksiran Sekolah Menengah Rendah (PSMR). Ketua
Penolong Pengarah Unit Psikometri Sektor Pengurusan Dasar dan Perkembangan
Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), Dr. Jamil Adimin berkata, perubahan itu
dibuat atas kehendak awam dan sejajar dengan pelaksanaan Sistem Pentaksiran
Pendidikan Kebangsaan (SPPK). Beliau berkata, berdasarkan SPPK, peperiksaan-
peperiksaan utama itu tidak lagi menekankan kecemerlangan akademik semata-mata,
sebaliknya turut mengambil kira kecemerlangan sahsiah, kokurikulum, jasmani dan
ujian psikometrik.
Perkembangan dan pembaharuan kurikulum Sains mengambil kira perubahan
dan kehendak semasa untuk meningkatkan kecermelangan dalam pendidikan Sains.
Langkah-langkah yang diambil setakat ini telah menjadikan kurikulum Sains sekolah
setanding dengan kurikulum Sains negara maju. Perubahan telah dibuat pada isi
kandungan, objektif dan pendekatan. Selari dengan kehendak Kementerian Pelajaran
Malaysia dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Kurikulum Sains
telah menetapkan Penilaian Kerja Amali (PEKA) sebagai satu instrumen untuk
mentaksir pencapaian pelajar. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
memperkenalkan sistem PEKA Sains bagi pelajar PMR. PEKA Sains ini baru sahaja
diperkenalkan pada tahun 2007 untuk memenuhi perlaksanaan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah.
Sistem pendidikan yang mantap dan berkesinambungan dapat melahirkan
generasi muda sebagai modal insan yang berwibawa, berpengetahuan, berkemahiran
dan berketerampilan. Menurut Datuk Seri Abdullah dalam perutusan buku Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010, pembangunan modal insan amat
bergantung kepada kualiti sistem pendidikan negara yang juga perlu mampu
membangunkan modal insan bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika
4
tinggi (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, 2006). Justeru itu
pendidikan adalah sangat penting kepada golongan pelajar sejajar dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan ke arah memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan dapat memberikan
sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan negara (Pusat Perkembangan
Kurikulum, 2002).
1.2 LATAR BELAKANG MASALAH
Seperti yang diumumkan usaha melaksanakan transformasi kurikulum dan
pentaksiran telah bermula secara rintis bermula di peringkat prasekolah dan Tahun
Satu di sekolah yang sama. Sebanyak 50 buah sekolah terlibat pada tahun 2008 dan
500 buah lagi dijangka terlibat dalam tahun 2009. Ujian rintis bagi tingkatan satu
pula dijangka bermula pada tahun 2010. Sekiranya tidak terdapat sebarang masalah
yang rumit, mungkin ia akan dilaksanakan di prasekolah dan tahun satu pada tahun
2010 dan tingkatan satu pada tahun 2012.
Boleh dikatakan proses transformasi ini agak kompleks kerana ia melibatkan
dua bahagian yang paling penting dalam Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM),
iaitu Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) dan Lembaga Peperiksaan Malaysia
(LPM). Bagi memastikan kejayaannya, mahu tidak mahu, kedua-dua bahagian ini
perlu berkerja sama secara erat dan efektif. Keduanya juga perlu jujur dengan
5
dapatan masing-masing bagi memastikan rumusan yang terbaik dapat dibuat bagi
menjamin masa depan anak-anak kita di sekolah.
Dari segi konsep, difahamkan bahawa transformasi kurikulum melibatkan
aspek pengkajian semula kurikulum agar seimbang, bersifat holistik dan tidak terlalu
akademik atau membebankan. Konsepnya masih berlandaskan prinsip-prinsip
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang selari dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK). Bentuk kurikulum ini dibahagikan kepada Enam
Tunjang Pembelajaran, iaitu aspek komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai,
kemanusiaan, literasi sains dan teknologi, fizikal dan estetika serta ketrampilan diri.
Difahamkan juga akan terdapat sedikit perbezaan dari segi susunan
kandungan kurikulum pada setiap tahap pembelajaran. Bagaimanapun perbezaan
yang paling ketara adalah dari aspek organisasi kurikulum. Dalam KBSR, misalnya,
aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) diasaskan kepada hasil pembelajaran
yang dihasratkan dalam Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian SP manakala dalam
transformasi, ia akan dilaksanakan berasaskan standard kandungan (perkara yang
murid patut ketahui) dan standard pembelajaran (satu penetapan kriteria yang perlu
dicapai oleh murid). Kurikulum di sekolah akan disusun dalam bentuk yang modular
dan mungkin melibatkan penyusunan semula jadual waktu di sekolah.
Menurut Lembaga Peperiksaan Kementerian Malaysia (LPKM) (1999),
PEKA ialah instrumen pentaksiran berasaskan sekolah yang menggunakan
pendekatan Rujukan Kriteria yang menjurus kepada penjaminan kualiti. Instrumen
pentaksiran dalam pendidikan ialah perkara atau bahan yang digunakan dalam
mendapatkan dan memberi maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan
6
berhubung dengan sesuatu proses pendidikan (Lembaga Peperiksaan Kemeterian
Pendidikan Malaysia, 1999). PEKA Sains merupakan satu pendekatan baru yang
digubal oleh KPM bagi memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran Sains PMR di sekolah. PEKA digubal adalah bertujuan untuk
menggantikan peperiksaan amali bagi mata pelajaran Sains PMR. Ini kerana
penaksiran mata pelajaran Sains PMR sebelum ini hanya dinilai melalui kertas
peperiksaan Sains PMR sahaja.
Di samping itu, memandangkan pelaksanaan PEKA Sains PMR ini baru
dilaksanakan namun masih banyak masalah yang timbul. Ini apatah lagi Kementerian
ingin melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pada 2010, di mana
penilaian terhadap kertas peperiksaan PMR hanya diambil 50% dan peperiksaan
SPM hanya diambil 70%. Selebihnya permarkahan itu pula daripada hasil PBS
mengikut subjek. Sehubungan dengan itu PEKA Sains juga merupakan salah satu
permarkahan yang diperlukan untuk penilaian pelajar. Ini berhubungan dengan
hasrat KPM supaya sistem pendidikan negara kita tidak hanya berorientasikan
peperiksaan sahaja.
Dalam pemerhatian guru penaksir dan laporan amali yang dibuat oleh pelajar,
guru penaksir boleh mencari petunjuk-petunjuk prestasi bagi membuktikan
penguasaan pelajar terhadap sesuatu kriteria. Tahap penguasaan sesuatu aspek adalah
berdasarkan kriteria-kriteria yang ditetapkan. Kriteria-kriteria merupakan penyataan
yang menunjukkan satu aras minimum yang mesti dikuasai oleh pelajar. Dapatan
daripada PEKA akan diambil kira dalam pemberian gred bagi mata pelajaran yang
berkenaan. Selain daripada itu, dapatan PEKA digunakan oleh guru untuk mengesan
penguasaan dan pencapaian pelajar dalam elemen yang diukur. Di samping itu,
PEKA juga digunakan untuk mengetahui keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran dan seterusnya mengambil tindakan susulan untuk mengatasi
kelemahan tersebut.
7
Hanya melalui kaedah pentaksiran yang baik, guru dapat menentukan tahap
penguasaan murid terhadap modul-modul yang telah dilaksanakan. Namun, adakah
para guru telah bersedia untuk memikul tanggungjawab ini? Adakah guru telah
diberikan pendedahan yang cukup untuk menjalankan pentaksiran ini? Kemahiran
guru diperlukan untuk mengenalpasti murid yang bermasalah dan kesabaran guru
diperlukan untuk memastikan murid ini tidak ketinggalan berbanding murid-murid
yang lebih maju di dalam kelas dan berjaya menguasai pengetahuan dan kemahiran
yang disampaikan. Selain itu, kesediaan guru dari segi pengetahuan mereka dan
sikap terhadap pelaksanaan PEKA amat diperlukan bagi menjayakan hasrat ini.
Begitupun transformasi kurikulum ini tidak akan berjaya jika ia berjalan
secara sendirian. Oleh kerana ia akan dilaksanakan berdasarkan kandungan piawaian
(standard based), bukan lagi secara berdasarkan hasil (outcome based), maka elemen
yang amat penting untuk dilaksanakan serentak adalah pentaksiran.
1.3 Pernyataan Masalah
Menurut ucapan Teks Perutusan Tahun Baru 2008 oleh Y.B.Dato’
Hishamuddin Tun Hussein (Menteri Pelajaran Malaysisa) (Januari 2008), sistem
pentaksiran yang ingin dilaksanakan nanti diharap dapat mengurangkan risiko
keciciran, melahirkan pelajar yang benar-benar menguasai ilmu pengetahuan dan
kemahiran, menjadikan guru sebagai pemudah cara yang berkesan, mengurangkan
peperiksaan berpusat dan sekaligus mengurangkan tekanan peperiksaan yang
8
dihadapi oleh pelajar, guru dan ibu bapa. Dengan PBS, pentaksiran yang bersifat
alternatif dan autentik seperti pentaksiran kerja kursus, projek, persembahan, aktiviti
jasmani, kokurikulum, sahsiah, budi pekerti dan pembinaan jati diri murid boleh
dilaksanakan. Melalui pentaksiran itu bukan sahaja penguasaan murid dapat
dilaporkan, malahan proses pembinaan modal insan dapat diteruskan. Sehubungan
itu, KPM memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Sistem PBS bukanlah perkara baru bagi warga pendidik, pendekatan ini telah
pun diamalkan secara berperingkat-peringkat oleh sekolah terutamanya yang
melibatkan mata pelajaran bersifat amali seperti Sains. Sungguhpun begitu
pelaksanaan sistem PBS memberi cabaran besar kepada guru-guru Sains yang
dilantik sebagai pentaksir kerana PEKA Sains adalah aspek penting dalam
menentukan kejayaan pelajar memperolehi gred yang baik dalam PMR.
Secara umumnya, pentaksiran terhadap pembelajaran lazimnya dijalankan
ketika peperiksaan penggal atau peperiksaan akhir iaitu setelah keseluruhan atau
sebahagian besar topik pengajaran selesai disampaikan. Pentaksiran untuk
pembelajaran pula berlaku ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah sedang berlangsung. Walau bagaimanapun menurut Stiggins (2002) dan Black
dan Wiliam (1998), guru-guru di sekolah lebih menumpukan kepada pentaksiran
terhadap pembelajaran berbanding pentaksiran untuk pembelajaran iaitu guru lebih
mengutamakan fungsi pemberian gred dan kurang memberatkan aspek-aspek
pembaikpulihan pengajaran dan menggalakkan pembelajaran pelajar. Di Malaysia,
kajian yang dijalankan oleh Azman Wan Chik (1989) memperolehi dapatan yang
hampir sama. Selain itu kajian yang dijalankan oleh Bhasah Abu Bakar (2003)
terhadap pelajar Tingkatan Empat juga menunjukkan fungsi pemberian gred masih
menjadi tumpuan utama.
9
Sebagai melambangkan betapa tidak prihatinnya guru terhadap pentaksiran
untuk pembelajaran, Isaacson (1999) menyatakan bahawa sebilangan besar guru
tidak menggunakan sepenuhnya maklumat daripada pentaksiran semasa proses
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah untuk memantau pembelajaran pelajar,
menilai keberkesanan pelbagai kaedah pengajaran guru dan sebagai panduan
membuat keputusan-keputusan berkenaan pengajaran. Menurut Abu Bakar Nordin
(1986), implikasi yang dahsyat daripada budaya ini ialah pelajar yang lemah akan
terus tertinggal atau terus diketepikan, kelemahan pengajaran guru tidak diperbaiki
dan guru lebih cenderung untuk meletakkan kesalahan pada bahu pelajar semata-
mata apabila keputusan peperiksaan kurang memuaskan.
Perbincangan di atas menggambarkan bahawa pemberian gred begitu
ditekankan dalam proses pentaksiran di sekolah sehingga menjurus kepada fenomena
kurikulum berpacukan ujian (test driven curriculum) atau instruksi berpacukan
pentaksiran (assessment driven instruction) (Omar Mohd Hashim, 2003) yang
mungkin bertentangan dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dengan lain
perkataan, fenomena ini menyebabkan guru memfokuskan proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah kepada kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan
berbanding untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan dalam sukatan
pelajaran. Guru juga mungkin tidak rnenyedari bahawa kecemerlangan pelajar boleh
ditingkatkan melalui proses pentaksiran.
Hanya melalui kaedah pentaksiran yang baik, guru dapat menentukan tahap
penguasaan murid terhadap modul-modul yang telah dilaksanakan. Kemahiran guru
diperlukan untuk mengenalpasti murid yang bermasalah dan kesabaran guru
diperlukan untuk memastikan murid ini tidak ketinggalan berbanding murid-murid
yang lebih maju di dalam kelas dan berjaya menguasai pengetahuan dan kemahiran
10
yang disampaikan. Bagi memastikan ini dapat dilaksanakan dengan baik, KPM perlu
memberikan tumpuan terhadap usaha melatih semula guru-guru dan mempersiapkan
mereka dengan kemahiran-kemahiran baru yang diperlukan.
Sehubungan itu, bahan sokongan seperti bahan multimedia, buku panduan
guru dan buku aktiviti yang sesuai perlu disediakan. Ia melibatkan implikasi
perjawatan bagi memastikan pembangunan dan pelaksanaan transformasi ini dapat
terlaksana mengikut tempoh dirancang selain implikasi kewangan untuk mengadakan
penanda arasan, pembinaan bahan, uji rintis, kajian semula geran per kapita (PCG)
dan latihan guru.
Bertitik tolak dari kewujudan PBS yang bakal diadakan pada tahun 2010,
maka penyelidikan ini dijalankan. Penyelidik ingin memastikan sama ada
pelaksanaan PBS iaitu salah satunya PEKA Sains ini benar-benar berkesan atau
sebaliknya berdasarkan kepada penerimaan guru dan pelajar terhadap perubahan
dalam kurikulum. Penyelidik juga ingin melihat tahap kesediaan dari segi
pengetahuan, kemahiran dan sikap guru untuk mentaksir mata pelajaran Sains