UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · PDF filehubungan antara motivasi pembelajaran,...
Transcript of UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · PDF filehubungan antara motivasi pembelajaran,...
PSZ 19 : 16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : HUBUNGAN ANTARA MOTIVASI PEMBELAJARAN, GAYA
KEIBUBAPAAN DAN SIKAP DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
Saya NURUL AIN BINTI HAMSARI
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara Institusi
Pengajian Tinggi. 4. Sila tandakan ( / ) ** SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan Oleh
/
_______________________________ ________________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :
NO. 359 JALAN DESA 11, TAMAN DESA KULAI, 81000 KULAI, JOHOR.
Tarikh : 28 APRIL 2008
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. **Jika tesis ini SULIT atau TERH berkuasa/organisasi berkenaan ini perlu dikelaskan sebagai SU♦ Tesis dimaksudkan sebagai tcs
secara penyelidikan, atau diserpenyelidikan, atau Laporan Pro
PROF. MADYA DR. AZIZI BIN YAHAYA
NAMA PENYELIATarikh : 28 APRIL 2008
AD, sila lampirkan surat daripada pihak dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis LIT atau TERHAD.
is bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana tasi bagi pengajian secara kerja kursus dan jek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)”
Tandatangan : ……………………………………................
Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. AZIZI BIN YAHAYA
Tarikh : 28 APRIL 2008
HUBUNGAN ANTARA MOTIVASI PEMBELAJARAN,
GAYA KEIBUBAPAAN DAN SIKAP DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK
DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH
NURUL AIN BINTI HAMSARI
Laporan Projek ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
ii
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satu telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : …………………………………..
Nama Penulis : NURUL AIN BINTI HAMSARI
Tarikh : 28 APRIL 2008
iii
DEDIKASI
Khas buat ibu dan abah tersayang
Roshidah binti Hj. Abbas
dan
Hamsari bin Hj. Amir
Yang tidak jemu-jemu menitipkan
Kata-kata semangat buat anakmu ini
Tanpa kalian perjuanganku ini tak mungkin berjaya
Semoga segala jasa, bakti, pengorbanan dan kesabaran kalian
diberkati Allah S. W. T.
Buat adik yang dikasihi
Nur Hidayah binti Hamsari
Yang sentiasa memberikan dorongan dan sokongan
Yang tidak berbelah bahagi.
Buat rakan-rakan seperjuangan
Nurfaizah binti Abdul Majid
Norliza binti Othman dan Norlaily binti Ahmad
Yang sentiasa memberikan buah fikiran dan idea yang bernas
Semoga usaha ini menjadi peringatan untuk pendidikan sepanjang hayat
Terima kasih untuk segalanya.
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan izin-Nya,
kajian ini dapat disempurnakan dengan jayanya. Selawat dan salam ke atas
junjungan Nabi Muhammad S. A. W. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih
diucapkan kepada Profesor Madya Dr. Azizi bin Yahaya selaku penyelia Projek
Sarjana Muda ini, yang begitu berdedikasi dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan,
bantuan dan nasihat sepanjang kajian ini disiapkan. Segala curahan ilmu yang
diberikan amat berharga dan akan dikenang sepanjang hayat.
Penghargaan juga turut diberikan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia,
Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan pihak pentadbir bagi setiap sekolah yang terpilih
kerana telah memberi kebenaran untuk menjalankan kajian ini. Sekalung terima
kasih juga diucapkan kepada para pelajar yang telah menjawab soal selidik kerana
sudi memberi kerjasama sepanjang perlaksanaan kajian ini.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada bonda dan ayahanda yang
disayangi kerana banyak memberi dorongan dan galakan yang tidak terhingga
sehingga tamatnya kajian ini. Buat rakan-rakan yang dikasihi, terima kasih atas
segala bantuan, sokongan dan sikap toleransi yang diberikan selama ini. Terima
kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam menjalankan kajian ini. Semoga Allah S. W. T. sahaja yang dapat
membalas budi baik kalian. Amin.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui hubungan antara motivasi pembelajaran, gaya keibubapaan dan sikap dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar sekolah. Seramai 291 orang pelajar di lapan buah sekolah menengah di daerah Kulai, Johor telah dipilih secara rawak berkelompok. Kajian rintis dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan dan kesesuaian soal selidik. Manakala Alpha Cronbach digunakan untuk mengukur ketekalan dalaman soal selidik. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi keseluruhan soal selidik ini ialah 0.948. Soal selidik berkaitan aspek motivasi pembelajaran dan sikap pelajar dibina sendiri dan diubahsuai berpandukan instrumen yang digunakan oleh penyelidik terdahulu dalam kajian-kajian lepas dan pendekatan psikologi bagi menyediakan pelbagai jenis soalan berdasarkan objektif kajian. Manakala soal selidik bagi aspek gaya keibubapaan diambil dan diubahsuai daripada Family Style Questionnaire yang telah dibina oleh Steinberg (1991). Statistik deskriptif iaitu min, frekuensi, peratusan dan sisihan piawai digunakan untuk menganalisis faktor yang paling dominan dalam motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik serta tahap pencapaian akademik pelajar. Manakala statistik inferensi iaitu analisis korelasi Pearson digunakan pada aras signifikan 0.05 bagi mengetahui hubungan antara motivasi pembelajaran, gaya keibubapaan dan sikap dengan pencapaian akademik pelajar. Selain itu, ujian-t juga digunakan untuk mengetahui perbezaan signifikan antara motivasi pembelajaran, gaya keibubapaan dan sikap di kalangan pelajar sekolah mengikut lokasi tempat tinggal. Hasil kajian mendapati bahawa faktor matlamat merupakan faktor yang paling dominan dalam motivasi intrinsik, manakala faktor gred merupakan faktor yang paling dominan dalam motivasi ekstrinsik. Analisis korelasi Pearson mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi pembelajaran, gaya keibubapaan dan sikap dengan pencapaian akademik pelajar. Oleh itu, beberapa cadangan telah dikemukakan dalam kajian ini dalam usaha untuk meningkatkan motivasi pembelajaran dan pencapaian akademik di kalangan pelajar sekolah.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research is to determine the relationship between learning motivation, parenting styles and attitudes of students with academic achievement. The sample of this research were chosen stratified randomly from 291 fourth formers from eight secondary schools in Kulai district, Johor. The pilot study was done in order to determine the reliability and suitability of the questionnaires. Meanwhile Cronbach Alpha was used to determine the internal consistency of the questionnaires. The reliability value of Cronbach Alpha for the whole set of questionnaires used was 0.948. The questionnaires for learning motivation and attitudes of students were created and modified based on the instrument that had been used by the other researchers in the previous studies and pyschological approached in order to prepare many level of questions based on the objectives of the research. Meanwhile the questionnaire for parenting style was adapted and modified from Family Style Questionnaire that was created by Steinberg (1991). Data analysis was done descriptively by using the means, frequencies, percentages and standard deviations in order to analyze the dominant factors in intrinsic motivation and extrinsic motivation and level of students’ academic achievement. Meanwhile the inferential statistical such as Pearson correlations were used at the significant level 0.05 in order to determine the relationship between learning motivation, parenting styles and attitudes of students with academic achievement. Other than that, t-test was also used to determine the significant difference between learning motivation, parenting styles and attitudes of students according to their home location. Research results showed that the aim factor was the dominant factor in intrinsic motivation, meanwhile the grade factor was the dominant factor in extrinsic motivation. Pearson correlations analysis showed no significant relationship between learning motivation, parenting styles and attitudes of students with academic achievement. Therefore, the research suggested that efforts have to be done in improving the learning motivation and academic achievement among the students.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xviii
SENARAI RAJAH xxiv
SENARAI SINGKATAN xxv
SENARAI LAMPIRAN xxvi
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 7
1.3 Pernyataan Masalah 12
1.4 Objektif Kajian 14
viii
1.5 Persoalan Kajian 15
1.6 Hipotesis Kajian 16
1.7 Rasional Kajian 18
1.8 Kepentingan Kajian 19
1.9 Skop Kajian 24
1.10 Batasan Kajian 24
1.11 Definisi Istilah 25
1.11.1 Pelajar 25
1.11.2 Sekolah 25
1.11.3 Guru 26
1.11.4 Hubungan 26
1.11.5 Tahap 27
1.11.6 Lokasi Tempat Tinggal 27
1.11.6.1 Bandar 27
1.11.6.2 Luar Bandar 27
1.11.7 Motivasi 28
1.11.7.1 Motivasi Intrinsik 28
1.11.7.2 Motivasi Ekstrinsik 29
1.11.8 Pembelajaran 30
1.11.9 Gaya Keibubapaan 31
1.11.9.1 Gaya Autoritatif 31
1.11.9.2 Gaya Autoritarian 32
1.11.9.3 Gaya Permisif-Responsif 33
1.11.9.4 Gaya Permisif-Mengabaikan 33
1.11.10 Taraf Sosio Ekonomi 34
1.11.10.1 Pendapatan Ibu Bapa/Penjaga 34
1.11.11 Sikap 35
1.11.12 Pencapaian Akademik 35
1.12 Penutup 36
ix
2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 37
2.2 Teori-Teori Motivasi 38
2.2.1 Teori Hierarki Keperluan Maslow 38
2.2.2 Teori Kognitif 43
2.2.3 Teori Motivasi Pencapaian McClelland 44
2.3 Teori Hierarki Keperluan Maslow 48
Sebagai Model Kajian
2.3.1 Kerangka Model Kajian 53
2.4 Penggunaan Teori Hierarki Keperluan Maslow 54
Sebagai Model Kajian
2.5 Sorotan Kajian Dalam Negara 58
2.6 Sorotan Kajian Luar Negara 66
2.7 Penutup 76
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 77
3.2 Rekabentuk Kajian 77
3.3 Tempat Kajian 78
3.4 Subjek Kajian 79
3.4.1 Populasi Kajian 79
3.4.2 Sampel Kajian 79
3.5 Instrumen Kajian 82
3.5.1 Bahagian A: Soal Selidik Latar 82
Belakang Responden Dan Keluarga
3.5.2 Bahagian B: Soal Selidik Motivasi 83
Pembelajaran, Gaya Keibubapaan Dan
Sikap Pelajar
x
3.5.2.1 Soal Selidik Motivasi 83
Pembelajaran Iaitu
Motivasi Intrinsik Dan
Motivasi Ekstrinsik
3.5.2.2 Soal Selidik Gaya 85
Keibubapaan
Seperti Autoritatif,
Autoritarian,
Permisif-Responsif Dan
Permisif-Mengabaikan
3.5.2.3 Soal Selidik Sikap Pelajar 87
3.5.3 Pemarkatan Skor Faktor-Faktor Paling 89
Dominan
3.5.4 Pemarkatan Skor Gaya Keibubapaan 89
3.5.5 Penentuan Skor Gred Mata Pelajaran 90
3.6 Kajian Rintis 91
3.6.1 Kesahan Instrumen 92
3.6.2 Kebolehpercayaan Instrumen 93
3.7 Prosedur Pengumpulan Data 94
3.8 Analisis Data 95
3.8.1 Min 96
3.8.2 Korelasi Pearson 97
3.8.3 Ujian-t 99
3.9 Penutup 100
4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 101
4.2 Analisis Deskriptif Huraian Latar Belakang 102
Responden
4.2.1 Jantina 102
4.2.2 Umur 103
xi
4.2.3 Bangsa 103
4.2.4 Pencapaian Akademik 104
4.2.5 Lokasi Tempat Tinggal 107
4.2.6 Jenis Pekerjaan Bapa/Penjaga 107
4.2.7 Jenis Pekerjaan Ibu 108
4.2.8 Taraf Pendidikan Bapa/Penjaga 109
4.2.9 Taraf Pendidikan Ibu 111
4.2.10 Jumlah Pendapatan Keluarga 112
4.3 Analisis Data Berasaskan Persoalan Kajian 115
4.3.1 Persoalan Kajian 1:- 115
Apakah Faktor Yang Paling Dominan
Dalam Motivasi Intrinsik Seperti
Matlamat, Minat Dan Usaha Di
Kalangan Pelajar Sekolah
4.3.1.1 Apakah Faktor Yang Dominan 115
Dalam Motivasi Intrinsik
Seperti Matlamat Di Kalangan
Pelajar Sekolah
4.3.1.2 Taburan Tahap Motivasi 117
Intrinsik Dari Aspek Faktor
Matlamat Di Kalangan Pelajar
Sekolah
4.3.1.3 Apakah Faktor Yang Dominan 118
Dalam Motivasi Intrinsik
Seperti Minat Di Kalangan
Pelajar Sekolah
4.3.1.4 Taburan Tahap Motivasi 120
Intrinsik Dari Aspek Faktor
Minat Di Kalangan Pelajar
Sekolah
4.3.1.5 Apakah Faktor Yang Dominan 120
Dalam Motivasi Intrinsik
Seperti Usaha Di Kalangan
Pelajar Sekolah
xii
4.3.1.6 Taburan Tahap Motivasi 122
Intrinsik Dari Aspek Faktor
Usaha Di Kalangan Pelajar
Sekolah
4.3.1.7 Apakah Faktor Yang Paling 123
Dominan Dalam Motivasi
Intrinsik Di Kalangan Pelajar
Sekolah
4.3.2 Persoalan Kajian 2:- 124
Apakah Faktor Yang Paling Dominan
Dalam Motivasi Ekstrinsik Seperti
Ganjaran, Pujian Dan Gred Di
Kalangan Pelajar Sekolah
4.3.2.1 Apakah Faktor Yang Dominan 124
Dalam Motivasi Ekstrinsik
Seperti Ganjaran Di Kalangan
Pelajar Sekolah
4.3.2.2 Taburan Tahap Motivasi 126
Ekstrinsik Dari Aspek Faktor
Ganjaran Di Kalangan Pelajar
Sekolah
4.3.2.3 Apakah Faktor Yang Dominan 127
Dalam Motivasi Ekstrinsik
Seperti Pujian Di Kalangan
Pelajar Sekolah
4.3.2.4 Taburan Tahap Motivasi 129
Ekstrinsik Dari Aspek Faktor
Pujian Di Kalangan Pelajar
Sekolah
4.3.2.5 Apakah Faktor Yang Dominan 129
Dalam Motivasi Ekstrinsik
Seperti Gred Di Kalangan
Pelajar Sekolah
xiii
4.3.2.6 Taburan Tahap Motivasi 131
Ekstrinsik Dari Aspek Faktor
Gred Di Kalangan Pelajar
Sekolah
4.3.2.7 Apakah Faktor Yang Paling 132
Dominan Dalam Motivasi
Ekstrinsik Di Kalangan
Pelajar Sekolah
4.3.3 Persoalan Kajian 3:- 133
Apakah Gaya Keibubapaan Yang
Diamalkan Oleh Ibu Bapa Atau
Penjaga Pelajar Sekolah Seperti
Autoritatif, Autoritarian,
Permisif-Responsif Dan
Permisif-Mengabaikan
4.3.3.1 Apakah Gaya Keibubapaan 133
Dari Aspek Mengarah Yang
Diamalkan Oleh Ibu Bapa
Atau Penjaga Pelajar Sekolah
4.3.3.2 Taburan Tahap Gaya 135
Keibubapaan Dari Aspek
Mengarah Yang Diamalkan
Oleh Ibu Bapa Atau Penjaga
Pelajar Sekolah
4.3.3.3 Apakah Gaya Keibubapaan 136
Dari Aspek Responsif Yang
Diamalkan Oleh Ibu Bapa
Atau Penjaga Pelajar Sekolah
4.3.3.4 Taburan Tahap Gaya 138
Keibubapaan Dari Aspek
Responsif Yang Diamalkan
Oleh Ibu Bapa Atau Penjaga
Pelajar Sekolah
xiv
4.3.3.5 Apakah Gaya Keibubapaan 139
Keseluruhan Yang Diamalkan
Oleh Ibu Bapa Atau Penjaga
Pelajar Sekolah
4.3.4 Persoalan Kajian 4:- 139
Apakah Sikap Yang Diamalkan
Di Kalangan Pelajar Sekolah
4.3.4.1 Taburan Tahap Sikap Yang 142
Diamalkan Di Kalangan
Pelajar Sekolah
4.3.5 Persoalan Kajian 5:- 142
Apakah Tahap Pencapaian
Akademik Di Kalangan Pelajar
Sekolah
4.3.6 Persoalan Kajian 6:- 143
Apakah Tahap Pencapaian
Akademik Di Kalangan Pelajar
Sekolah Mengikut Lokasi
Tempat Tinggal
4.3.7 Persoalan Kajian 7:- 145
Adakah Terdapat Hubungan
Yang Signifikan Antara Motivasi
Pembelajaran, Gaya Keibubapaan
Dan Sikap Dengan Pencapaian
Akademik Di Kalangan Pelajar
Sekolah
4.3.7.1 Pengujian Hipotesis Nol 1:- 145
Tidak Terdapat Hubungan
Yang Signifikan Antara Motivasi
Pembelajaran, Gaya
Keibubapaan Dan Sikap
Dengan Pencapaian Akademik
Di Kalangan Pelajar Sekolah
xv
4.3.8 Persoalan Kajian 8:- 149
Adakah Terdapat Hubungan
Yang Signifikan Antara Motivasi
Pembelajaran, Gaya Keibubapaan
Dan Sikap Dengan Taraf Sosio
Ekonomi Iaitu Jumlah Pendapatan
Keluarga
4.3.8.1 Pengujian Hipotesis Nol 2:- 149
Tidak Terdapat Hubungan
Yang Signifikan Antara
Motivasi Pembelajaran, Gaya
Keibubapaan Dan Sikap Di
Kalangan Pelajar Sekolah
Dengan Taraf Sosio Ekonomi
Iaitu Jumlah Pendapatan
Keluarga
4.3.9 Persoalan Kajian 9:- 154
Adakah Terdapat Perbezaan Yang
Signifikan Antara Motivasi
Pembelajaran, Gaya Keibubapaan
Dan Sikap Mengikut Lokasi
Tempat Tinggal
4.3.9.1 Pengujian Hipotesis Nol 3:- 154
Tidak Terdapat Perbezaan
Yang Signifikan Antara
Motivasi Pembelajaran, Gaya
Keibubapaan Dan Sikap Di
Kalangan Pelajar Sekolah
Mengikut Lokasi Tempat
Tinggal
4.4 Penutup 158
xvi
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 159
5.2 Perbincangan Hasil Kajian 160
5.2.1 Perbincangan Latar Belakang 161
Responden
5.2.2 Perbincangan Hasil Kajian Bagi 162
Faktor Yang Paling Dominan
Dalam Motivasi Intrinsik Seperti
Matlamat, Minat Dan Usaha Di
Kalangan Pelajar Sekolah
5.2.3 Perbincangan Hasil Kajian Bagi 164
Faktor Yang Paling Dominan
Dalam Motivasi Ekstrinsik Seperti
Ganjaran, Pujian Dan Gred Di
Kalangan Pelajar Sekolah
5.2.4 Perbincangan Hasil Kajian Bagi 165
Gaya Keibubapaan Yang Diamalkan
Oleh Ibu Bapa Atau Penjaga Pelajar
Sekolah Seperti Autoritatif,
Autoritarian, Permisif-Responsif
Dan Permisif-Mengabaikan
5.2.5 Perbincangan Hasil Kajian Bagi 167
Sikap Yang Diamalkan Di Kalangan
Pelajar Sekolah
5.2.6 Perbincangan Hasil Kajian Bagi 168
Tahap Pencapaian Akademik
Di Kalangan Pelajar Sekolah
5.2.7 Perbincangan Hasil Kajian Bagi 169
Tahap Pencapaian Akademik
Di Kalangan Pelajar Sekolah
Mengikut Lokasi Tempat Tinggal
xvii
5.2.8 Perbincangan Hasil Kajian 171
Sama Ada Terdapat Hubungan
Yang Signifikan Antara Motivasi
Pembelajaran, Gaya Keibubapaan
Dan Sikap Dengan Pencapaian
Akademik Di Kalangan Pelajar
Sekolah
5.2.9 Perbincangan Hasil Kajian 176
Sama Ada Terdapat Hubungan
Yang Signifikan Antara Motivasi
Pembelajaran, Gaya Keibubapaan
Dan Sikap Di Kalangan Pelajar
Sekolah Dengan Taraf Sosio Ekonomi
Iaitu Jumlah Pendapatan Keluarga
5.2.10 Perbincangan Hasil Kajian 180
Sama Ada Terdapat Perbezaan
Yang Signifikan Antara Motivasi
Pembelajaran, Gaya Keibubapaan
Dan Sikap Di Kalangan Pelajar
Sekolah Mengikut Lokasi Tempat
Tinggal
5.3 Rumusan 185
5.4 Cadangan Kajian 188
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 194
5.6 Penutup 196
RUJUKAN 197
LAMPIRAN 215
xviii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Taburan Sampel Bagi Setiap Sekolah 79
3.2 Penentuan Jumlah Sampel Daripada Populasi 81
3.3 Pemberian Markah Mengikut Bentuk Pilihan
Jawapan Bagi Item Positif Soal Selidik
Motivasi Intrinsik Dan Motivasi Ekstrinsik
84
3.4 Taburan Item Mengikut Soal Selidik Motivasi
Intrinsik (Matlamat, Minat dan Usaha)
84
3.5 Taburan Item Mengikut Soal Selidik Motivasi
Ekstrinsik (Ganjaran, Pujian dan Gred)
85
3.6 Taburan Item Mengikut Soal Selidik Gaya
Keibubapaan Iaitu Aspek Mengarah Dan
Responsif
86
3.7 Klasifikasi Corak Keibubapaan Oleh Maccoby
Dan Martin (1983)
86
3.8 Pemberian Markah Mengikut Bentuk Pilihan
Jawapan Bagi Item Positif Soal Selidik Gaya
Keibubapaan
87
3.9 Taburan Item Mengikut Soal Selidik Sikap
Pelajar
88
3.10 Pemberian Markah Mengikut Bentuk Pilihan
88
xix
Jawapan Bagi Item Positif Soal Selidik Sikap
Pelajar
3.11 Pemarkatan Skor Dan Tahap 89
3.12 Pemarkatan Skor Dan Tahap Bagi Gaya
Keibubapaan
90
3.13 Skor (Nilai) Bagi Setiap Gred Mata Pelajaran
PMR
90
3.14 Penentuan Tahap Pencapaian Akademik Dalam
Peperiksaan PMR
91
3.15 Jadual Keputusan Analisis Nilai
Kebolehpercayaan Kajian
94
3.16 Jadual Ringkasan Pengujian Statistik
Berdasarkan Persoalan Kajian
96
3.17 Penentuan Nilai Pekali Korelasi (r) 97
3.18 Penentuan Hipotesis Nol Berdasarkan Nilai
Signifikan
98
3.19 Kekuatan Hubungan Dalam Kaedah Korelasi 98
3.20 Penentuan Hipotesis Nol Berdasarkan Nilai
Signifikan
99
3.21 Jadual Ringkasan Pengujian Statistik
Berdasarkan Hipotesis Kajian
100
4.1 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Responden
Mengikut Jantina
102
4.2 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Responden
Mengikut Umur
103
4.3 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Responden
Mengikut Bangsa
104
4.4 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Responden
Mengikut Pencapaian Akademik Dalam
Peperiksaan PMR
106
4.5 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Responden
Mengikut Lokasi Tempat Tinggal
107
xx
4.6 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Responden
Mengikut Jenis Pekerjaan Bapa/Penjaga
108
4.7 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Responden
Mengikut Jenis Pekerjaan Ibu
109
4.8 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Responden
Mengikut Taraf Pendidikan Bapa/Penjaga
110
4.9 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Responden
Mengikut Taraf Pendidikan Ibu
112
4.10 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Responden
Mengikut Jumlah Pendapatan Keluarga
114
4.11 Taburan Responden Mengikut Peratusan, Min
Dan Sisihan Piawai Bagi Faktor Yang Dominan
Dalam Motivasi Intrinsik Seperti Matlamat
(n = 291)
116
4.12 Tahap Motivasi Intrinsik Dari Aspek Faktor
Matlamat
117
4.13 Taburan Responden Mengikut Peratusan, Min
Dan Sisihan Piawai Bagi Faktor Yang Dominan
Dalam Motivasi Intrinsik Seperti Minat
(n = 291)
119
4.14 Tahap Motivasi Intrinsik Dari Aspek Faktor
Minat
120
4.15 Taburan Responden Mengikut Peratusan, Min
Dan Sisihan Piawai Bagi Faktor Yang Dominan
Dalam Motivasi Intrinsik Seperti Usaha
(n = 291)
122
4.16 Tahap Motivasi Intrinsik Dari Aspek Faktor
Usaha
123
4.17 Min Bagi Setiap Faktor Dalam Motivasi
Intrinsik
123
4.18 Taburan Responden Mengikut Peratusan, Min
Dan Sisihan Piawai Bagi Faktor Yang Dominan
125
xxi
Dalam Motivasi Ekstrinsik Seperti Ganjaran
(n = 291)
4.19 Tahap Motivasi Ekstrinsik Dari Aspek Faktor
Ganjaran
126
4.20 Taburan Responden Mengikut Peratusan, Min
Dan Sisihan Piawai Bagi Faktor Yang Dominan
Dalam Motivasi Ekstrinsik Seperti Pujian
(n = 291)
128
4.21 Tahap Motivasi Ekstrinsik Dari Aspek Faktor
Pujian
129
4.22 Taburan Responden Mengikut Peratusan, Min
Dan Sisihan Piawai Bagi Faktor Yang Dominan
Dalam Motivasi Ekstrinsik Seperti Gred
(n = 291)
131
4.23 Tahap Motivasi Ekstrinsik Dari Aspek Faktor
Gred
132
4.24 Min Bagi Setiap Faktor Dalam Motivasi
Ekstrinsik
132
4.25 Taburan Responden Mengikut Peratusan, Min
Dan Sisihan Piawai Bagi Gaya Keibubapaan
Dari Aspek Mengarah (n = 291)
134
4.26 Tahap Gaya Keibubapaan Dari Aspek
Mengarah
135
4.27 Taburan Responden Mengikut Peratusan, Min
Dan Sisihan Piawai Bagi Gaya Keibubapaan
Dari Aspek Responsif (n = 291)
137
4.28 Tahap Gaya Keibubapaan Dari Aspek
Responsif
138
4.29 Min Bagi Setiap Aspek Dalam Gaya
Keibubapaan
139
4.30 Taburan Responden Mengikut Peratusan, Min
Dan Sisihan Piawai Bagi Sikap Yang
Diamalkan (n = 291)
141
xxii
4.31 Tahap Pengamalan Sikap 142
4.32 Tahap Pencapaian Akademik Dalam
Peperiksaan PMR
143
4.33 Tahap Pencapaian Akademik Mengikut Lokasi
Tempat Tinggal
144
4.34 Korelasi Antara Motivasi Pembelajaran Dengan
Pencapaian Akademik (n = 291)
145
4.35 Korelasi Antara Motivasi Intrinsik Dengan
Pencapaian Akademik (n = 291)
146
4.36 Korelasi Antara Motivasi Ekstrinsik Dengan
Pencapaian Akademik (n = 291)
146
4.37 Korelasi Antara Gaya Keibubapaan Dengan
Pencapaian Akademik (n = 291)
147
4.38 Korelasi Antara Sikap Dengan Pencapaian
Akademik (n = 291)
148
4.39 Korelasi Antara Motivasi Pembelajaran Di
Kalangan Pelajar Sekolah Dengan Taraf Sosio
Ekonomi Iaitu Jumlah Pendapatan Keluarga
(n = 291)
149
4.40 Korelasi Antara Motivasi Intrinsik Di Kalangan
Pelajar Sekolah Dengan Taraf Sosio Ekonomi
Iaitu Jumlah Pendapatan Keluarga (n = 291)
150
4.41 Korelasi Antara Motivasi Ekstrinsik Di
Kalangan Pelajar Sekolah Dengan Taraf Sosio
Ekonomi Iaitu Jumlah Pendapatan
Keluarga (n = 291)
151
4.42 Korelasi Antara Gaya Keibubapaan Yang
Diamalkan Oleh Ibu Bapa Atau Penjaga Pelajar
Sekolah Dengan Taraf Sosio Ekonomi Iaitu
Jumlah Pendapatan Keluarga (n = 291)
152
4.43 Korelasi Antara Sikap Di Kalangan Pelajar
Sekolah Dengan Taraf Sosio Ekonomi Iaitu
Jumlah Pendapatan Keluarga (n = 291)
153
xxiii
4.44 Taburan Min Dan Nilai Signifikan (ujian-t)
Bagi Perbezaan Signifikan Antara Motivasi
Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Sekolah
Mengikut Lokasi Tempat Tinggal (n = 291)
154
4.45 Taburan Min Dan Nilai Signifikan (ujian-t)
Bagi Perbezaan Signifikan Antara Motivasi
Intrinsik Di Kalangan Pelajar Sekolah
Mengikut Lokasi Tempat Tinggal (n = 291)
155
4.46 Taburan Min Dan Nilai Signifikan (ujian-t)
Bagi Perbezaan Signifikan Antara Motivasi
Ekstrinsik Di Kalangan Pelajar Sekolah
Mengikut Lokasi Tempat Tinggal (n = 291)
155
4.47 Taburan Min Dan Nilai Signifikan (ujian-t)
Bagi Perbezaan Signifikan Antara Gaya
Keibubapaan Yang Diamalkan Oleh Ibu Bapa
Atau Penjaga Pelajar Sekolah Mengikut Lokasi
Tempat Tinggal (n = 291)
156
4.48 Taburan Min Dan Nilai Signifikan (ujian-t)
Bagi Perbezaan Signifikan Antara Sikap Di
Kalangan Pelajar Sekolah Mengikut Lokasi
Tempat Tinggal (n = 291)
157
xxiv
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Teori Hierarki Keperluan Maslow 40
2.2 Proses Teori Motivasi Pencapaian McClelland 47
2.3 Kerangka Model Kajian Mengenai Motivasi
Pembelajaran, Gaya Keibubapaan Dan Sikap Di
Kalangan Pelajar Sekolah Mengikut Teori
Hierarki Keperluan Maslow
53
xxv
SENARAI SINGKATAN
SPSS Statistical Package for Social Science
UPSR Ujian Penilaian Sekolah Rendah
PMR Penilaian Menengah Rendah
SRP Sijil Rendah Pelajaran
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
EPRD Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
JPNJ Jabatan Pelajaran Negeri Johor
FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan
UTM Universiti Teknologi Malaysia
xxvi
SENARAI LAMPIRAN
NO LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Soal Selidik Kajian 215
B Surat Pengesahan Item Soal Selidik 223
C Kebolehpercayaan Soal Selidik
(Nilai Alpha Cronbach)
224
D Surat Kebenaran Menjalankan Kajian
Daripada EPRD, KPM
225
E Surat Kebenaran Menjalankan Kajian
Daripada JPNJ
227
F Surat Akuan Pelajar Daripada Fakulti
Pendidikan, UTM, Skudai
228
G Surat Kebenaran Menulis Laporan Akhir
Projek Sarjana Muda (PSM) Melebihi 100
Muka Surat
229
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Menurut A. Kadir (1974), pendidikan sebenarnya tidaklah mempunyai suatu
pengertian yang tetap dan tegas, kerana pengertiannya sering didapati berlainan dan
berubah menurut aliran, tujuan dan tugas-tugas pendidikan pada sesuatu bangsa dan
masa. Hal ini kerana menurut bahasa, pendidikan boleh diertikan sebagai
pertumbuhan pemeliharaan, pengasuhan dan penyuburan. Sehubungan itu, Abdul
Rahman dan Zakaria (2002), menyatakan bahawa pendidikan bukanlah suatu objek
atau benda fizikal, tetapi merupakan suatu idea.
Robiah (1998), mendefinisikan pendidikan sebagai interaksi antara individu
dengan kumpulan-kumpulan sosial tertentu. Tujuan interaksi ini adalah untuk
perkembangan individu dan seterusnya perkembangan masyarakat atau negara.
Dalam konteks di atas, pendidikan diertikan sebagai suatu proses, sosialisasi atau
pemasyarakatan dalam jargon atau istilah sosiologi. Rentetan itu, Amla dan Puteh
(1992), mengemukakan fungsi sesebuah integrasi pendidikan adalah untuk
menyumbang sepenuhnya kepada integrasi budaya pelajar. Menurut Amir (2006),
pendidikan merupakan suatu medium untuk membolehkan seseorang itu bertindak
2
secara adil dan saksama, mahir serta bertimbang rasa dalam segala bidang kerja sama
ada dalam sektor awam atau swasta, pada masa damai dan perang.
Hal ini kerana kestabilan sosial dan keupayaan untuk bertindak secara tolong-
menolong sebagai satu negara bergantung pada setiap individu yang mempunyai
persefahaman umum, sikap, kepercayaan dan kemahiran. Maka, sistem pendidikan
kini amat mementingkan konsep pembelajaran bermakna yang menggabungjalin
unsur-unsur kesepaduan akademik dan nilai-nilai murni dalam pembelajaran bagi
membolehkan pelajar mengaplikasikan setiap teori yang dipelajari di sekolah dalam
kehidupan seharian mereka.
Meor Ibrahim (2001), menyatakan bahawa pembelajaran berlaku apabila
seseorang itu menerima sesuatu yang baru, atau mengubahsuai pola tingkah laku
yang mempunyai pengaruh terhadap sikap atau pencapaian akan datang. Hal ini
kerana pembelajaran merangkumi perkara yang tidak disedari sama ada melibatkan
tingkah laku yang baik atau buruk dan sikap yang terbuka ataupun terselindung.
Oleh itu, guru perlu menyediakan pengalaman yang terancang dan tersusun demi
mempercepatkan berlakunya proses pembelajaran berkesan untuk membolehkan
pelajar memilih beberapa alternatif dalam usaha menyelesaikan masalah harian.
Walau bagaimanapun, sistem pendidikan yang dibangunkan haruslah
melibatkan ibu bapa secara aktif bagi membolehkan usaha untuk membentuk
generasi yang cemerlang dapat diteruskan dengan jayanya. Selaras dengan itu,
pendidikan kekeluargaan memainkan peranan penting dalam membangunkan modal
insan di kalangan pelajar sekolah secara khususnya. Menurut Yahya (2006), institusi
kekeluargaan yang bahagia dan sempurna merupakan aspek utama dalam membentuk
remaja yang cemerlang seiring dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK). Ekoran daripada itu, interaksi dua hala yang sihat antara ibu bapa perlu
wujud bagi membina hubungan baik yang sudah semestinya mencetuskan kemesraan
yang mendalam.
3
Mustafa (1997), juga menjelaskan bahawa pembinaan dan pembentukan
ummah bermula daripada institusi kekeluargaan. Hal ini bertitik tolak daripada
hakikat, rumahtangga adalah institusi terawal dan terpenting yang bertanggungjawab
membentuk peribadi individu sama ada dari segi aqidah, syara’ atau akhlak. Hal ini
disebabkan oleh keluarga merupakan unit asas sesebuah masyarakat dan disusun atur
sehingga beroperasi sebagai sebuah masyarakat kecil (Azmi Shah, 1996). Abdullah
(1988), pula berpendapat institusi kekeluargaan dapat dibentuk dengan sempurna
dengan kerjasama yang erat antara suami dan isteri. Hal ini kerana pendidikan
adalah penting untuk kesinambungan generasi yang akan datang.
Yahya (2006), menyatakan bahawa ibu bapa seharusnya memberi peluang
yang mencukupi bagi anak-anak mengasah kemahiran interaksi sosial untuk
membolehkan perkembangan kendiri anak tersebut mencapai tahap maksimum bagi
membina sifat yang terpuji di kalangan anak tersebut. Farrant (1981), mendapati
sikap atau sahsiah bagi seorang anak jelas kelihatan apabila kanak-kanak tersebut
melalui proses kematangan yang berlaku disebabkan oleh kesan persekitaran yang
dialaminya.
Namun begitu, menurut Rogers (1951) dalam Atan (1982), menerangkan
bahawa intisari sahsiah atau pembentukan sikap seseorang adalah konsep kendirinya
iaitu bagaimana seseorang itu berpendapat dan menganggap tentang dirinya
berdasarkan kesedaran tentang kelebihan dan kekurangannya serta maklumat tentang
dirinya yang diterima oleh orang lain. Sejajar itu, Chowdhury dan Mohammed
(2006), mendapati sifat keperibadian dilihat sebagai penilaian kendiri dan dikenali
juga sebagai trait personaliti.
Walaupun begitu, proses pembinaan sikap seseorang individu terdiri daripada
empat unsur dasar iaitu membina akidah (kepercayaan), ibadah (ritual), akhlak (etika
dan moral) dan penampilan (mazhar). Mohd Ismail (2005), menerangkan proses
mengembangkan sahsiah insan cemerlang terdiri daripada proses perkembangan
hamba Allah yang cemerlang, diikuti proses perkembangan anak cemerlang dan
4
seterusnya proses perkembangan individu cemerlang. Atan (1982), pula mendapati
sikap seseorang itu bermula daripada keadaan yang tekal dan stabil.
Justeru, pembentukan sikap seseorang individu dapat dikenal pasti dari satu
situasi dengan situasi yang lain oleh sifat sahsiah yang tekal dan nyata di dalam
tingkah lakunya. Namun begitu, ketekalan sikap individu itu akan sentiasa
cenderung kepada perubahan (Rosilawati, 2006). Oleh itu, sekolah berfungsi sebagai
tempat membentuk masyarakat pelajar yang sentiasa bersedia menghadapi perubahan
dan pembaharuan. Hal ini menyebabkan guru-guru perlu sentiasa kreatif dalam
melakukan pelbagai pembaharuan yang melibatkan pelajar.
Para guru hendaklah memainkan peranan penting dalam menentukan bilik
darjahnya terkawal. Ini adalah kerana suasana yang terkawal dapat memotivasikan
pengajaran dan pembelajaran pelajar (Saniah et al., 2000). Istilah motivasi berasal
daripada perkataan Latin, movere yang bermaksud menggerakkan. Secara umumnya,
Saadiah (2003), menyatakan motivasi merupakan sesuatu keadaan atau faktor yang
menggerakkan, mengekalkan dan mengarah tingkah laku individu seperti pemikiran,
perasaan dan tindakan kepada sesuatu matlamat.
Motivasi dirangsang oleh dua aspek yang meliputi motif dan insentif.
Insentif adalah galakan yang mendesak individu berusaha untuk mendapatkan
ganjaran seperti markah, gred, hadiah, sijil dan sebagainya. Manakala motif pula
terdiri daripada keperluan dan dorongan (Pokay dan Blumenfeld, 1990). Menurut
Habibah (1983), motif timbul daripada dorongan semula jadi atau minat yang
diperolehi daripada kuasa dinamis yang mempengaruhi pemikiran, emosi dan tingkah
laku.
Walaupun Ainon (2005), menyatakan motivasi adalah suatu perkara yang
amat kompleks dan sukar hendak difahami, namun Ames dan Ames (1989), pula
menerangkan motivasi merupakan kemampuan pelajar untuk mencapai kejayaan
5
dalam akademik mahupun aktiviti-aktiviti di sekolah. Merujuk kepada Azizi dan
Jaafar Sidek (2006), motivasi merupakan penggerak kepada kemahuan dan keinginan
untuk berjaya ataupun mencapai sesuatu matlamat. Motivasi boleh juga dikatakan
sebagai rancangan untuk kejayaan seseorang atau rangsangan bagi mengelakkan diri
daripada kegagalan (Irfahaizah, 2003).
Selain itu juga, Yahya (2006) mendefinisikan motivasi sebagai kecekapan
bagi mencapai pengalaman tetapi secara terus didorong oleh model, harapan dalam
komunikasi dan pengajaran yang berterusan atau sosialisasi daripada seseorang yang
penting terutama ibu bapa dan guru. Hal ini kerana Taylor (2001), mendapati kesan
daripada motivasi membolehkan pelajar mempertingkatkan kekerapan pembacaan.
Oleh itu, perkembangan motivasi dan pembentukan sikap pelajar bermula di rumah.
Apabila ibu bapa mendidik pelajar, mereka secara semula jadi akan mengambil tahu
berkaitan kewujudan dunia ini, melakukan penjelajahan dan memperkenalkan
sumber yang dapat membesarkan dunia mereka (Siti Marsita, 2002).
Walaupun begitu, Afidah (2005), berpendapat kelas atau status sosio ekonomi
sosial adalah pendapatan individu, pekerjaan, pendidikan dan kedudukan dalam
masyarakat. Faktor ini adalah seiring tetapi kebiasaannya status ekonomi sosial
adalah merangkumi kombinasi antara pendapatan individu dan tempoh mendapat
pendidikan atau tahap kelulusan individu (Barjoyai dan Mohd Fairuz, 1996).
Mohd Daud (1990), menyatakan keluarga merupakan unsur yang banyak
memberikan sumbangan ke arah pemasyarakatan seorang kanak-kanak, maka unsur
ini sudah tentunya mempengaruhi motif pencapaian akademik dan sikap kanak-kanak
tersebut. Chang (1986) yang dipetik oleh Mohd Daud (1990), mendapati bukti di
kalangan kanak-kanak di Singapura bahawa unsur-unsur seperti harapan ibu bapa
dan galakan daripada mereka membina motif untuk mencapai kejayaan.
6
Di samping itu, Mohd Daud (1990), juga menegaskan perkaitan yang rapat
antara dorongan pencapaian dengan latihan-latihan yang baik di rumah untuk
pembelajaran pemasyarakatan atau di sekolah untuk mendapat kecemerlangan dalam
pembelajaran akademik. Urban, Solek dan Schoenfelder (2007), menerangkan
motivasi pembelajaran meliputi komitmen pelajar untuk belajar, menyiapkan tugasan
guru dengan bimbingan ibu bapa dan kemampuan mereka untuk mencapai kejayaan
yang konsisten di sekolah.
Kajian Dandy dan Nettlebeck (2002), menyatakan bahawa sistem
kekeluargaan yang bahagia dan harmoni serta latihan tugasan yang diberikan oleh
guru menyebabkan anak-anak mereka semakin bermotivasi untuk meneruskan
persekolahan dengan jayanya. Kajian yang sama turut dijalankan oleh Grolnick,
Ryan dan Deci (1983), yang menjelaskan dorongan pembabitan ahli keluarga
khususnya ibu bapa dapat meningkatkan prestasi serta pencapaian pelajar di sekolah.
Menurut Pintrich dan Groot (1990), pembentukan kognitif dan metakognitif
amat mempengaruhi motivasi para pelajar dan seterusnya ia membantu mereka untuk
mendapat kejayaan cemerlang dalam pelajaran. Oleh yang demikian, motivasi
pembelajaran pelajar di sekolah akan dikaji secara terperinci dalam kajian ini. Selain
itu, aspek kekeluargaan khususnya gaya keibubapaan serta pembentukan sikap dan
hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar akan turut dikupas dalam
penyelidikan ini.
7
1.2 Latar Belakang Masalah
Motivasi mempengaruhi bidang pertumbuhan, perkembangan, pembelajaran
dan pencapaian manusia. Menurut Saniah et al. (2000), para guru pada dasarnya
bersetuju bahawa semua jenis tingkah laku adalah disebabkan oleh motivasi. Pelajar
yang dianggap kurang bermotivasi adalah pelajar yang kurang bermotivasi untuk
membuat sesuatu yang dijangkakan oleh guru. Kaedah nasihat, berbual-bual dan
berdamping dengan pelajar merupakan langkah yang sesuai bagi membolehkan guru
meningkatkan motivasi pelajar-pelajarnya. Hal ini kerana memotivasikan diri sendiri
adalah tenaga yang mengangkat diri seseorang itu ke tahap yang diingininya (Azizi et
al., 2005).
Namun, motivasi pembelajaran seseorang pelajar adalah bergantung kepada
keinginan perubahan sikap yang perlu dilakukan oleh pelajar tersebut. Menurut
Rahmat (2002), kebanyakan pelajar mengatakan bahawa mereka telah mengubah
sikap walaupun pada realitinya masih di tahap lama. Beliau mendapati ada di
kalangan mereka telah menghadiri kem motivasi beberapa kali tetapi berubah dalam
jangka masa pendek khususnya selama beberapa hari, minggu atau bulan dan
seterusnya mengamalkan sikap lama yang pasif.
Menurut beliau lagi, perubahan sikap yang bertahan lama hanya boleh
berlaku menerusi keinsafan dalam diri seseorang. Ini bermaksud, sokongan dari
luaran seperti ibu bapa, guru, kawan-kawan dan keperitan hidup hanya bersifat
sementara. Sesuatu yang jelas di sini adalah pelajar atau remaja berkenaan tidak
bermotivasi. Hal ini kerana Esa (2003), mengklasifikasikan seseorang yang
bermotivasi adalah merupakan individu yang sentiasa tergerak untuk melakukan apa-
apa jua aktiviti sama ada diarah ataupun tidak diarah, asalkan bertujuan untuk meraih
kejayaan bagi mencapai matlamat.
8
Esa (2003), merumuskan bahawa terdapat beberapa sebab seseorang pelajar
itu tidak bermotivasi. Antaranya adalah kabur matlamat, kabur potensi diri, kabur
amanah diri, kabur perancangan dan pengurusan diri, kabur coping skills, kabur
pemilihan keutamaan, kabur pemilihan persekitaran dan kabur pemilihan rakan
sebaya. Kelapan-lapan faktor kekaburan ini menjadikan pelajar tidak bermatlamat
walaupun mereka masih lagi berkeupayaan untuk mencipta kejayaan di sekolah. Hal
ini kerana menurut Esa (2003) lagi, beliau menyatakan cara seseorang itu berfikir
terhadap peristiwa yang menimpanya adalah berdasarkan faktor-faktor yang boleh
mempengaruhi cara berperasaan, bertingkah laku dan pengamalan sikap tertentu.
Mohd Ismail (2005), berpendapat masalah belia dan remaja kini sering
dikaitkan dengan tingkah laku nakal, bertentangan dengan undang-undang atau
terkeluar daripada batas susila masyarakat. Azariyanti (2003), menyebut tentang
sikap ibu bapa yang kurang memberi perhatian kepada aktiviti-aktiviti anak-anak
mereka mengakibatkan anak-anak mereka sering terjebak dalam gejala keruntuhan
akhlak.
Hal ini menyebabkan anak-anak mereka semakin kurang bermotivasi untuk
belajar di rumah memandangkan tidak mendapat sokongan dan dorongan daripada
ibu bapa. Tambahan pula, motivasi yang berterusan diperlukan supaya dapat
menolong pelajar menumpukan perhatian terhadap bahan pelajaran (Habibah, 1983).
Merujuk Esa (2002), walaupun kajian yang dilakukan menyatakan angka penglibatan
remaja dalam kes jenayah dan kegiatan salah laku tidak sampai 0.1 peratus daripada
keseluruhan remaja di negara ini, namun menurut pepatah Melayu, kerana nila
setitik, rosak susu sebelanga. Pandangan ini juga disokong oleh Nora (2003), yang
menyatakan bahawa punca jenayah yang berlaku di kalangan remaja adalah
disebabkan oleh ibu bapa yang bermasalah.
Fenomena ini berlaku akibat ketidaksempurnaan institusi kekeluargaan yang
dibina dan kurangnya aspek penerapan disiplin di kalangan ahli keluarga tersebut.
Hal ini kerana didikan agama tidak diterapkan dalam keharmonian rumahtangga dan
9
ibu bapa sendiri bersikap permisif iaitu mengabaikan tanggungjawab mereka dalam
membentuk disiplin diri anak-anak (Azizi dan Jaafar Sidek, 2006). Remaja yang
dibentuk dalam suasana keluarga yang seperti ini tidak pandai menyesuaikan diri
dalam sebarang suasana, kurang cekap dalam akademik dan gemar melanggar
peraturan sekolah. Justeru, mereka akan tidak bermotivasi untuk meneruskan
persekolahan hanya disebabkan oleh sifat malas yang semakin menebal di dalam diri
(Norlida, 2004).
Nooraini (2002), menerangkan laporan dalam akhbar Berita Harian 30 Mei,
2002 yang berkisar mengenai permasalahan belia, termasuk salah laku remaja yang
berlaku kini dikaitkan dengan kurangnya hubungan dengan keluarga. Sasse (1994),
menyatakan kebanyakan ibu bapa tidak mengetahui cara mengurus remaja yang
sebenarnya. Hal ini mengakibatkan ibu bapa menganggap remaja sebagai pemarah,
sering bersikap negatif serta menimbulkan konflik dalaman dan konflik dalam
hubungan keluarga.
Tambahan pula, Nora (2003), berpendapat remaja yang berasal daripada latar
belakang keluarga kelas yang rendah kurang mendapat rangsangan di rumah dari segi
akademik dan mereka juga mudah terlupa tentang pelajaran yang mereka pelajari
sewaktu di sekolah. Afidah (2005), juga turut menerangkan keluarga daripada kelas
menengah adalah keluarga yang banyak membantu anak-anak dan mereka diasuh
supaya menumpukan perhatian mereka kepada tugas-tugas pembelajaran. Pendapat
ini disokong oleh Habibah dan Rahil (1990), yang menerangkan bahawa matlamat
pencapaian seseorang dapat ditentukan melalui sikap serta nilai yang terbentuk pada
diri individu tersebut dan berkait rapat dengan faktor-faktor keluarga.
Kajian yang dijalankan oleh Mohd Ismail (2005), di sebuah FELDA yang
melibatkan responden seramai 162 orang pada tahun 1998 mendapati 35.0 peratus
responden tidak mendapat sokongan keluarga dan ini menjadi salah satu alasan
mengapa mereka tidak bermotivasi untuk meneruskan pembelajaran di sekolah.
Selain itu, latar belakang pendidikan ibu bapa juga menunjukkan sebanyak 44.0
10
peratus ibu bapa tidak pernah bersekolah dan hanya enam peratus sahaja ibu bapa
yang tamat persekolahan tingkatan tiga. Secara tidak langsung, faktor latar belakang
keluarga ini mempengaruhi didikan ibu bapa terhadap anak-anak dan seterusnya
menyebabkan mereka tidak mendorong anak-anak untuk mendapatkan tahap
pencapaian akademik yang lebih tinggi daripada mereka.
Selain itu, kajian seterusnya yang dijalankan oleh Mohd Ismail (2005),
terhadap 6110 remaja yang dipilih dari semua negeri, bandar kecil, kampung
tradisional dan FELDA mendapati sebanyak 41.0 peratus remaja yang berumur
lingkungan 16 tahun sehingga 18 tahun melepak di pusat-pusat membeli-belah.
Sementara 28.0 peratus lagi remaja yang berumur 19 tahun sehingga 21 tahun terlibat
dalam gejala sosial yang sama iaitu melepak. Fenomena sedemikian berlaku kerana
ibu bapa yang tidak menghalang perbuatan tersebut, memandangkan mereka melayan
segala tuntutan emosi daripada anak-anak tanpa batasan dengan tanggapan bahawa
perbuatan itu sebagai tanda mereka menyayangi dan memahami anak-anak (Azizi
dan Jaafar Sidek, 2006).
Hal ini menyebabkan ibu bapa kurang mementingkan aspek didikan dalam
kekeluargaan dan mengamalkan gaya keibubapaan seperti permisif-responsif, iaitu
membiarkan anak-anak tanpa bimbingan dan tidak terlibat dalam membentuk disiplin
anak-anak tetapi mereka masih lagi bersifat penyayang dan responsif (Azizi dan
Jaafar Sidek, 2006). Maka, anak-anak yang terhasil akan menjadi tidak bersemangat
untuk belajar memandangkan tiada penerapan disiplin yang tegas dalam keluarga.
Kegagalan ibu bapa dalam mendidik anak-anak menyebabkan ibu bapa tidak
dapat memahami dikatakan mempunyai perkaitan dengan peningkatan kes juvana
seperti mencuri, lari dari rumah dan bergaduh. Hal ini kerana pertambahan kes bagi
tingkah laku delinkuen berpunca daripada sikap ibu bapa yang kurang prihatin dalam
mengawasi anak-anak, kurang menghabiskan masa bersama, tidak mengambil berat
tentang pelajaran anak-anak, kawan-kawan dan aktiviti yang dilakukan oleh anak-
anak mereka di luar rumah. Menurut kajian yang dibuat oleh Fadilah dan Hamidah
11
(2001), sebanyak 617 pesalah laku yang terdiri daripada remaja di bawah umur 18
tahun terlibat dengan kes juvana di negeri Johor. Statistik ini memberi gambaran
bahawa masalah sosial yang berlaku di kalangan remaja kini berpunca daripada
kegagalan ibu bapa dalam memainkan peranan yang baik dalam membina nilai-nilai
moral kepada anak-anak mereka.
Walau bagaimanapun, Tengku Jailani (2000), juga berpendapat latar belakang
keluarga seperti pekerjaan ibu bapa, pendapatan dan tempat tinggal juga turut
mempengaruhi corak pembelajaran seseorang pelajar. Hal ini kerana ibu bapa
memainkan peranan penting untuk memupuk minat dan motivasi pelajar terhadap
pelajaran. Selain itu, beliau merumuskan bahawa masalah status sosio ekonomi ibu
bapa banyak memberi kesan terhadap pencapaian pelajar secara keseluruhannya.
Selanjutnya, Meskon (2000), menyatakan terdapat perkaitan antara pendapatan ibu
bapa dengan kemudahan pembelajaran yang diberikan kepada anak-anak yang
seterusnya dapat meningkatkan pencapaian anak-anak tersebut.
Siti Fatimah (1994), juga menyatakan ibu bapa yang berkarier dan gabungan
pendapatan yang tinggi akan dapat memberikan pendidikan yang sempurna kepada
anak-anak mereka. Maka, hal ini menyebabkan sikap anak-anak tersebut adalah pada
tahap yang memuaskan. Tambahan pula, Mohd Ismail (2005), turut menyatakan
bahawa taraf sosio ekonomi tetap dikatakan amat mempengaruhi proses
perkembangan sahsiah individu khususnya remaja. Hal ini kerana kedudukan
kewangan keluarga menentukan tahap motivasi pembelajaran anak-anak. Secara
keseluruhannya, motivasi pembelajaran amat mempengaruhi pencapaian akademik
para pelajar.
Menurut Robiah (1998), usaha meningkatkan kecemerlangan adalah suatu
proses yang dilakukan oleh individu itu sendiri atau digerakkan atas dorongan
persekitarannya untuk individu tersebut meningkatkan tahap akademiknya kepada
yang lebih tinggi atau yang lebih baik. Noraini (2002), mendapati bahawa bagi anak-
anak yang cemerlang, ibu bapa sentiasa menekankan anak-anak mereka untuk sering
12
membuat dan menghasilkan kerja yang terbaik serta berusaha setiap kali untuk
melebihi prestasi yang sebelumnya.
Oleh yang demikian, pencapaian akademik para pelajar pada dasarnya bukan
hanya bergantung kepada bagaimana proses pengajaran di dalam bilik darjah
dilakukan, malahan juga ia bergantung kepada bagaimana proses keperibadian
individu itu terbentuk dan aspek kekeluargaan diterapkan yang seterusnya
mempengaruhi motivasi pembelajaran pelajar itu sendiri (Amy, 2000). Dalam kajian
ini, penyelidik akan mengkaji hubungan motivasi pembelajaran, gaya keibubapaan
dan sikap pelajar dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar sekolah. Konteks
kajian ini juga akan meliputi status sosio ekonomi khususnya pendapatan yang
diperolehi ibu bapa dalam tempoh sebulan dan lokasi tempat tinggal pelajar.
1.3 Pernyataan Masalah
Menurut Marden (2006), persekitaran dan kekeluargaan merupakan aspek
penting dalam penentuan cita-cita dan pencapaian seseorang individu. Esa (2003),
mendapati suatu cita-cita itu hendaklah boleh diukur pencapaiannya dan mampu
dicapai berdasarkan personaliti, minat, sikap dan sahsiah yang dimiliki oleh individu
tersebut. Maka, aspek motivasi pembelajaran dan gaya asuhan atau gaya
keibubapaan yang diterapkan semasa di rumah boleh mempengaruhi tahap
pencapaian akademik seseorang pelajar itu di sekolah.
Hal ini kerana motivasi mempunyai perkaitan dengan sikap yang bertindak
sebagai sebab dan juga akibat kepada tingkah laku yang merupakan perkara
berbentuk peribadi. Taylor (2001), menyatakan bahawa motivasi intrinsik adalah
motivasi yang datang daripada perasaan memiliki matlamat, harga diri dan keazaman
diri yang tinggi. Justeru, motivasi secara keseluruhannya memberi kesan mendalam
13
yang mendorong seseorang pelajar itu untuk berjaya. Kesannya, prestasi akademik
pelajar tersebut akan meningkat. Ekoran daripada itu, faktor-faktor seperti matlamat,
minat dan usaha mempunyai pengaruh besar terhadap dorongan dalaman seseorang
pelajar itu. Namun, faktor-faktor luaran khususnya ganjaran dan gred juga dikatakan
sebagai penyumbang kepada peningkatan motivasi seseorang pelajar untuk mencapai
kejayaan.
Di samping itu, aspek kekeluargaan terutamanya gaya keibubapaan
merupakan perkara utama yang perlu diamalkan dalam sesebuah institusi keluarga.
Azizi dan Jaafar Sidek (2006), mengelaskan empat gaya keibubapaan iaitu autoritatif,
autoritarian, permisif-responsif dan permisif-mengabaikan. Walau bagaimanapun,
gaya keibubapaan yang manakah diamalkan oleh ibu bapa untuk membantu anak-
anak dalam pelajaran? Hal ini kerana sikap ibu bapa yang positif terhadap
pendidikan anak-anak serta galakan yang diberikan terhadap pembelajaran akan
meningkatkan lagi pencapaian akademik mereka.
Selain itu juga, pembentukan sikap seseorang remaja adalah berkaitan dengan
aspek didikan yang diterapkan sewaktu berada di rumah. Hal ini kerana anak-anak
yang dibesarkan dalam suasana yang harmonis dan mesra akan membesar sebagai
remaja yang mempunyai peribadi yang baik. Rentetan daripada itu, sikap seseorang
remaja boleh mempengaruhi prestasi akademik semasa berada di sekolah. Hal ini
disebabkan oleh sikap positif yang ditunjukkan terhadap sesuatu mata pelajaran akan
berkeupayaan untuk mempengaruhi tingkah laku dan sahsiahnya. Ini bermakna
pelajar yang mempunyai sikap positif terhadap pelajaran tidak akan terlibat dalam
masalah tingkah laku. Sehubungan itu, berdasarkan kepada pernyataan-pernyataan di
atas, kajian ini akan meneroka dengan lebih mendalam tentang faktor yang dominan
dalam motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik serta gaya keibubapaan yang
diamalkan oleh ibu bapa pelajar. Kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui
hubungan antara motivasi pembelajaran, gaya keibubapaan dan sikap dengan
pencapaian akademik di kalangan pelajar sekolah.
14
1.4 Objektif Kajian
Berdasarkan perbincangan di atas, objektif kajian ini adalah untuk:-
1.4.1 Mengenal pasti faktor yang paling dominan dalam motivasi intrinsik seperti
matlamat, minat dan usaha di kalangan pelajar sekolah.
1.4.2 Mengenal pasti faktor yang paling dominan dalam motivasi ekstrinsik seperti
ganjaran, pujian dan gred di kalangan pelajar sekolah.
1.4.3 Mengenal pasti gaya keibubapaan yang diamalkan oleh ibu bapa atau penjaga
pelajar sekolah seperti autoritatif, autoritarian, permisif-responsif dan
permisif-mengabaikan.
1.4.4 Mengenal pasti sikap yang diamalkan di kalangan pelajar sekolah.
1.4.5 Mengenal pasti tahap pencapaian akademik di kalangan pelajar sekolah.
1.4.6 Mengenal pasti tahap pencapaian akademik di kalangan pelajar sekolah
mengikut lokasi tempat tinggal.
1.4.7 Mengetahui hubungan yang signifikan antara motivasi pembelajaran, gaya
keibubapaan dan sikap dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar
sekolah.
15
1.5 Persoalan Kajian
Di dalam kajian ini, penyelidik akan menjawab beberapa persoalan kajian
yang dinyatakan dalam objektif kajian. Ia meliputi:-
1.5.1 Apakah faktor yang paling dominan dalam motivasi intrinsik seperti
matlamat, minat dan usaha di kalangan pelajar sekolah?
1.5.2 Apakah faktor yang paling dominan dalam motivasi ekstrinsik seperti
ganjaran, pujian dan gred di kalangan pelajar sekolah?
1.5.3 Apakah gaya keibubapaan yang diamalkan oleh ibu bapa atau penjaga pelajar
sekolah seperti autoritatif, autoritarian, permisif-responsif dan permisif-
mengabaikan?
1.5.4 Apakah sikap yang diamalkan di kalangan pelajar sekolah?
1.5.5 Apakah tahap pencapaian akademik di kalangan pelajar sekolah?
1.5.6 Apakah tahap pencapaian akademik di kalangan pelajar sekolah mengikut
lokasi tempat tinggal?
1.5.7 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi pembelajaran,
gaya keibubapaan dan sikap dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar
sekolah?
1.5.8 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi pembelajaran,
gaya keibubapaan dan sikap di kalangan pelajar sekolah dengan taraf sosio
ekonomi iaitu jumlah pendapatan keluarga?
16
1.5.9 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara motivasi pembelajaran,
gaya keibubapaan dan sikap di kalangan pelajar sekolah mengikut lokasi
tempat tinggal?