UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my filekursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana...
Transcript of UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my filekursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana...
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: KAJIAN MENGENAI FAKTOR IBU BAPA, GURU DAN RAKAN SEBAYA DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN DUA LUAR BANDAR DALAM PENCAPAIAN MATA PELAJARAN SAINS
SESI PENGAJIAN: 2005/2006
Saya SITI HASYAFIZA BINTI YA’COB (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
Disahkan oleh,
__________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: 673/2, QRTS JABATAN PERTANIAN, PROF. MADYA AZIZ BIN NORDIN 43400 SERDANG, SELANGOR. (Nama Penyelia) Tarikh: 21 APRIL 2006 Tarikh: 21 APRIL 2006
PENGESAHAN PENYELIA
" Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Serta Pendidikan (Kimia)”
Tandatangan : ________________________
Nama Penyelia : P.M. AZIZ BIN NORDIN
Tarikh : 21 APRIL 2006
KAJIAN MENGENAI FAKTOR IBU BAPA, GURU DAN RAKAN SEBAYA DI
KALANGAN PELAJAR TINGKATAN DUA LUAR BANDAR DALAM
PENCAPAIAN MATA PELAJARAN SAINS
SITI HASYAFIZA BINTI YA’COB
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai
Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
21 APRIL 2006
ii
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya
jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : _____________________________
Nama Penulis : SITI HASYAFIZA BINTI YA’COB
Tarikh : 21 APRIL 2006
iii
ISTIMEWA KEPADA:
Ayah & Bonda Tercinta:
Ya’cob bin Yahaya & Hasnah bt Osman
Adinda-Adinda Yang Dikasihi:
Siti Syafinaz bt Ya’cob
Mohd Hafiz bin Ya’cob
Siti Syahirah bt Ya’cob
Siti Sakinah bt Ya’cob
Siti Syazana bt Ya’cob
Siti Syamimi bt Ya’cob
Mohd Syukri bin Ya’cob
Siti Aisyah bt Ya’cob
Penyelia Yang Banyak Membantu:
P.M Aziz bin Nordin
Serta rakan-rakan sekalian…..
Terima Kasih…
iv
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah saya ucapkan kehadrat Ilahi kerana dengan izin dan
pertolongan dari-Nya, berjaya juga akhirnya saya menyiapkan buku projek ini. Melalui
kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi
perhargaan kepada P.M Aziz bin Nordin selaku penyelia Projek Sarjana Muda ini.
Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar, nasihat dan bimbingan kepada saya dalam
menjayakan penyelidikan ini. Projek Sarjana Muda ini telah meluaskan ilmu
pengetahuan saya ketika saya membuat kajian sambil belajar.
Kerjasama daripada Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan, Kementerian
Pendidikan Malaysia, guru-guru sains, pelajar serta pihak pentadbir sekolah-sekolah
yang terlibat di dalam kajian ini amatlah dihargai.
Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada ibu bapa, keluarga saya serta rakan-
rakan sekalian yang memberi sokongan kepada saya.
Akhir sekali penghargaan ini juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama
ada secara langsung atau tidak langsung membantu menyiapkan Laporan Projek Sarjana
Muda ini.
v
ABSTRAK
Kajian ini secara khususnya adalah bertujuan untuk mengenalpasti permasalahan
yang wujud di kalangan pelajar luar Bandar yang mempunyai tahap pencapaian yang
rendah dalam mata pelajaran Sains dari tiga aspek iaitu ibu bapa, guru dan rakan sebaya.
Kajian ini dijalankan kepada pelajar tingkatan dua. Alat kajian soal selidik skala 5 Likert
digunakan untuk mengumpul data. Data-data yang telah diperolehi dianalisis
menggunakan ‘Statistical Package for Social Science’ (SPSS) untuk mendapatkan
peratusan dan purata min. Sebanyak 135 orang responden dari tiga buah sekolah di
sekitar negeri Johor telah terlibat di dalam kajian ini. Daripada dapatan kajian didapati
bahawa terdapat beberapa permasalahan yang wujud kepada pelajar pencapaian rendah
dari aspek ibu bapa, guru dan rakan sebaya. Dari aspek ibu bapa, kajian mendapati
bahawa ibu bapa pelajar pelajar pencapaian rendah tidak menyediakan tempat belajar
yang selesa di rumah, tidak memberi masa yang lebih untuk belajar dan tidak
menyediakan bahan-bahan ilmiah yang mencukupi kepada anak-anak mereka. Dari
aspek guru pula, didapati bahawa pelajar pencapaian rendah kurang memahami
penerangan yang diberi guru kerana guru sains jarang mengaitkan Sains dengan
kehidupan seharian. Dari aspek rakan sebaya, kajian mendapati bahawa pelajar
pencapaian rendah mempunyai rakan yang kurang minat dan pandai dalam mata
pelajaran Sains. Beberapa cadangan kajian lanjutan telah turut dikemukakan.
vi
ABSTRACT
This study is designed specifically to identify the problems arising among two
secondary students with low performances in Science from rural areas based on three
aspects which are the parents, teachers and their peers. A set of questionnaire based on a
scale five Likert was used as the instrument to obtain data and was then administered to
135 respondents from three rural schools around the state of Johor. Data obtained from
this study was analyzed using the ‘Statistical Package for Social Science’ (SPSS) to
derive the percentage and the average mean. The result shows that parents of these
students do not accommodate a proper learning environment, do not spare enough time
for their children to revise on their studies and they don’t provide educational books at
home. Teachers on the other hand, rarely relate Science to our daily life causing students
to face difficulties in understanding scientific concepts. Majority of these students peers
shares poor interest toward science and has poor achievement in the subject. Suggestions
of further researches also put forward.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
TAJUK LAPORAN i
PENGAKUAN DIRI ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI LAMPIRAN xiii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Skop Kajian 6
1.6 Persoalan Kajian 6
1.7 Rasional Kajian 7
1.8 Definisi Istilah 7
viii
2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 9
2.2 Objektif Kurikulum Sains Sekolah Malaysia 9
2.3 Matlamat Sains KBSM 10
2.4 Kajian-Kajian Mengenai Pencapaian Pelajar 11
Dalam Mata Pelajaran Sains
2.5 Kajian-Kajian Mengenai Aspek Ibu Bapa 14
2.6 Kajian-Kajian Mengenai Aspek Guru 17
2.7 Kajian-Kajian Mengenai Aspek Rakan Sebaya 19
2.8 Rumusan 20
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 21
3.2 RekabentukKajian 21
3.3 Lokasi Kajian 21
3.4 Sampel Kajian 22
3.5 Instrumen Kajian 22
3.6 Kajian Rintis 23
3.7 Prosedur Kajian 23
3.8 Kaedah Pengumpulan Data 24
3.9 Analisis Data 24
ix
4 ANALISIS KAJIAN
4.1 Pengenalan 25
4.2 Analisis Bahagian A 26
4.2.1 Sekolah 26
4.2.2 Bangsa 27
4.2.3 Jantina 27
4.2.4 Keputusan UPSR 28
4.2.5 Keputusan Peperiksaan Akhir 28
4.2.6 Pendapatan Bapa 29
4.2.7 Pendapatan Ibu 29
4.2.8 Pendidikan Bapa 30
4.2.9 Pendidikan Ibu 30
4.3 Analisis Bahagian B ( Secara Umum ) 31
4.3.1 Aspek Ibu Bapa 32
4.3.2 Aspek Guru 34
4.3.3 Aspek Rakan Sebaya 36
4.4 Analisis Bahagian B (Mengikut Tahap Pencapaian) 38
4.4.1 Aspek Ibu Bapa 39
4.4.1.1 Tahap Pencapaian Tinggi 39
4.4.1.2 Tahap Pencapaian Rendah 41
4.4.2 Aspek Guru 43
4.4.2.1 Tahap Pencapaian Tinggi 43
4.4.2.2 Tahap Pencapaian Rendah 45
4.4.3 Aspek Rakan Sebaya 47
4.4.3.1 Tahap Pencapaian Tinggi 47
4.4.3.2 Tahap Pencapaian Rendah 49
4.5 Analisis Perbezaan Antara Responden Tahap 51
Pencapaian Tinggi Dengan Responden Tahap
Pencapaian Rendah
4.5.1 Aspek Ibu Bapa 51
x
4.5.2 Aspek Guru 53
4.5.3 Aspek Rakan Sebaya 55
4.6 Permasalahan Yang Timbul Bagi Pelajar 56
Pencapaian Rendah
4.7 Rumusan 57
5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 58
5.2 Perbincangan 58
5.3 Cadangan Penyelesaian Masalah 66
5.4 Kesimpulan Kajian 67
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 67
RUJUKAN 69
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Taburan item-item soal selidik 23
4.1 Taburan kekerapan responden mengikut sekolah 26
4.2 Taburan kekerapan responden mengikut bangsa 27
4.3 Taburan kekerapan responden mengikut jantina 27
4.4 Taburan kekerapan responden mengikut keputusan 28
UPSR
4.5 Taburan kekerapan responden mengikut keputusan 28
peperiksaan akhir
4.6 Taburan kekerapan responden mengikut 29
pendapatan bapa
4.7 Taburan kekerapan responden mengikut 29
pendapatan ibu
4.8 Taburan kekerapan responden mengikut 30
pendidikan bapa
4.9 Taburan kekerapan responden mengikut 30
pendidikan ibu
4.10 Peratusan setiap item bagi aspek ibu bapa 32
4.11 Peratusan setiap item bagi aspek guru 34
4.12 Peratusan setiap item bagi aspek faktor 36
rakan sebaya
4.13 Peratusan setiap item aspek ibu bapa bagi 39
responden tahap pencapaian tinggi
xii
4.14 Peratusan setiap item aspek ibu bapa bagi 41
responden tahap pencapaian rendah
4.15 Peratusan setiap item aspek guru bagi 43
responden tahap pencapaian tinggi
4.16 Peratusan setiap item aspek guru bagi 45
responden tahap pencapaian rendah
4.17 Peratusan setiap item aspek rakan sebaya bagi 47
responden tahap pencapaian tinggi
4.18 Peratusan setiap item aspek rakan sebaya bagi 49
responden tahap pencapaian rendah
4.19 Perbandingan paratusan antara responden tahap 51
pencapaian tinggi dan rendah bagi aspek ibu bapa
4.20 Perbandingan paratusan antara responden tahap 53
pencapaian tinggi dan rendah bagi aspek guru
4.21 Perbandingan paratusan antara responden tahap 55
pencapaian tinggi dan rendah bagi aspek rakan sebaya
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sains adalah satu bidang yang merangkumi pengetahuan, kemahiran sikap
saintifik dan nilai murni. Sains juga merupakan cabang ilmu pengetahuan yang
melibatkan pemerhatian dan eksperimen untuk membuat rumusan idea, penerangan dan
pemahaman terhadap fenomena alam semula jadi. Sains merangkumi bidang
pengetahuan yang berkaitan dengan sebatian, kehidupan dan alam, yang dikaji secara
bersistem, dengan menggunakan kaedah saintifik. Dengan kata lain, sains adalah ilmu
pengetahuan penting yang membolehkan pelajar memahami serta mendalami apa yang
berlaku di sekeliling mereka (Abu Hassan bin Kassim, 1999). Menurut bekas Menteri
Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad, sains dan teknologi merupakan ilmu-ilmu yang
membolehkan sesebuah bangsa itu maju (Utusan Malaysia, November 2002).
Oleh sebab itu, pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan supaya ilmu sains
ini dapat diterapkan dengan sempurna di dalam diri setiap pelajar. Ini adalah sejajar
dengan objektif Kurikulum Sains Sekolah Malaysia yang di antaranya ialah untuk
menghasilkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek serta berupaya berfikiran secara logis, analitis, kreatif, inovatif serta memiliki
ilmu pengetahuan.
2
Jika dikaji sejarah, pendidikan Sains terawal yang dikesan di sekolah Malaya
bermula dari tahun 1931 di mana hanya melibatkan Kurikulum Sains Asas Bersepadu
sahaja. Bermula dari itu, pelbagai perubahan dilakukan, antaranya perlaksanaan
kurikulum Sains Moden (iaitu Sukatan Pelajaran Malaysia, yang diadaptasikan daripada
Sains Nuffield Britain) pada tahun 1972. Pada tahun 1979, berlaku perubahan
kurikulum sains di New Zealand. Hasil daripada perubahan itulah Malaysia membuat
reformasi pendidikan sains sekali lagi sehingga terhasilnya Sains KBSM yang
dilaksanakan di semua sekolah di Malaysia. Sains KBSM mula dilaksanakan di
peringkat sekolah menengah rendah pada tahun 1982/83 dan peringkat menengah atas
pada tahun 1989. Sejak dari itu, Sains KBSM dilaksanakan di semua sekolah menengah
di Malaysia sehinggalah pada tahun 1999, Sains KBSM dikaji dan disemak semula
untuk terus digunakan di sekolah-sekolah. Kemudian, pada tahun 2003, Kementerian
Pendidikan Malaysia telah mewajibkan segala proses pengajaran dan pembelajaran
Sains dan Matematik dijalankan menggunakan Bahasa Inggeris.
Asas kepada hasrat untuk melahirkan rakyat Malaysia yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah adalah melalui penguasaan ilmu sains itu
sendiri. Ini terbukti di mana pada tahun 2002, Kementerian Pendidikan telah
mewajibkan semua murid-murid di sekolah rendah mempelajari Sains mulai dari tahun
1. Seterusnya sains juga diajar di peringkat menengah rendah dan juga menengah atas.
Dari segi kurikulum di sekolah didapati bahawa kerajaan sesungguhnya menekankan
kepentingan dan penggunaan sains dan teknologi (Pusat Perkembangan Kurikulum
2001). Kurikulum lama digubal semula agar lebih sesuai dengan keperluan sesebuah
negara yang berkembang pesat dalam abad ke-21, iaitu yang menunjukkan ciri-ciri
moden, berunsurkan industri dan menggunakan teknologi maklumat yang canggih.
Sekolah dan institusi latihan menyediakan tenaga kerja yang diingini lantas pengambilan
pelajar ke bidang ini kian bertambah berbanding bidang sains sosial dan kemanusiaan.
Dasar menetapkan nisbah pelajar 60:40 untuk pelajar sains dan bukan sains, adalah satu
contoh kesungguhan kerajaan untuk membangunkan wawasan itu dan seterusnya
diimplementasikan sejak tahun 1996 lagi.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Sains merupakan satu bidang ilmu yang sangat penting dalam kehidupan setiap
individu manusia. Tidak kira di mana kita berada, kepentingannya tidak boleh kita
sangkal lagi. Menurut bekas Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Musa Mohamad,
“Sains dan teknologi merupakan ilmu-ilmu yang membolehkan sesuatu bangsa itu maju”
(Utusan Malaysia, 2002). Jika dilihat kepada sejarah, orang-orang dahulu kala amat
mengagumi ilmu sains. Ini banyak terbukti dengan kajian-kajian serta eksperimen-
eksperimen yang mereka lakukan. Jadi, tidak hairanlah jika sekarang kita dapat merasa
dan menikmati hasil kejayaan daripada kajian-kajian orang dahulu. Ini merupakan satu
sumbangan yang tidak ternilai kepada manusia di zaman ini.
Tetapi, lain pula yang dilihat pada zaman sekarang ini, di mana manusia dilihat
lebih suka untuk menggunakan keistimewaan yang diberi daripada ingin menghayati dan
mendalami keindahan yang terdapat di dalam sains itu sendiri. Mereka seakan-akan
tidak sedar bahawa hidup mereka ini dikelilingi oleh sains.
Jika ini yang berlaku kepada masyarakat negara ini, maka apa yang terkandung
di dalam cabaran wawasan 2020 yang di antaranya ialah untuk mewujudkan masyarakat
saintifik dan progresif, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi malah manjadi
penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan tidak akan terlaksana.
Kita sekarang sudah berada pada tahun 2006. Hanya tinggal kurang dari 14 tahun
menjelang tahun 2020. Jika keadaan seperti ini terus berlanjutan, masyarakat Malaysia
akan terus berada di takuk lama.
Sikap kurang minat dan kurang kepakaran rakyat Malaysia terhadap ilmu sains
dilihat telah terturun kepada generasi-generasi muda zaman sekarang, khususnya mereka
yang masih bersekolah. Menurut Atwater, Wiggins dan Gardner (1995), kemahiran
saintifik sangat penting dalam dunia teknologi kini, tetapi nampaknya kemahiran
saintifik ini tidak menjadi keutamaan kepada kebanyakan pelajar. Masalah ini akan
sedikit sebanyak mempengaruhi pencapaian pelajar-pelajar tersebut dalam mata
4
pelajaran Sains.
Banyak faktor yang boleh dikaitkan dengan masalah pembelajaran sains pelajar.
Keluarga, persekitaran rumah dan persekitaran sekolah di lihat antara faktor penting
dalam mempengaruhi pencapaian pelajar terhadap mata pelajaran Sains (Simpson dan
Talton, 1986). Latar belakang keluarga dan juga keadaan persekitaran rumah boleh
mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains (Schibeci, 1989). Kajian
yang dilakukan (Costa, 1995) juga mendapati bahawa pengaruh keluarga sangat
memberi kesan terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains. Terdapat
beberapa kajian lain yang dilakukan juga bersetuju bahawa keluarga merupakan
pengaruh yang kuat terhadap pencapaian pelajar di dalam mata pelajaran Sains (Simpson
dan Talton, 1986) dan ibu bapa turut mempengaruhi pencapaian pelajar di dalam mata
pelajaran Sains (Atwater, Gardner dan Wiggins, 1995). Kajian yang dijalankan oleh
Houtz (1995), menyatakan bahawa pencapaian di dalam mata pelajaran Sains bagi
pelajar yang datang dari keluarga yang taraf sosio ekonominya rendah adalah lemah
berbanding pelajar yang datang dari keluarga yang taraf sosio ekonominya tinggi.
Selain itu, kurikulum di sekolah juga turut mempengaruhi pencapaian pelajar
dalam mata pelajaran Sains. Kurikulum di sekolah seharusnya dapat melibatkan pelajar
secara aktif dalam aktiviti-aktiviti sains dan berupaya menunjukkan kepentingan sains
dalam kehidupan mereka (Costa, 1995). Keadaan persekitaran sekolah juga dilihat
antara faktor penting kepada pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sains (Simpson
dan Talton, 1986). Selain itu, terdapat kajian lain yang dilakukan mendapati bahawa
pelajar lebih suka menjalankan aktiviti sains bukan sahaja di dalam kelas dan makmal,
tetapi juga di kawasan yang lebih terbuka dan bebas (Linn dan Rice, 1978). Kajian
yang dilakukan oleh Oliver dan Simpson (1990), mendapati bahawa pengaruh guru
mempunyai kaitan yang positif dengan pencapaian pelajar. Selain itu, Fontana (1986)
menyatakan bahawa personaliti guru mempengaruhi perjalanan kelas. Menurut Pidgeon
(1967) pula, pengetahuan guru dalam subjek Sains dan Matematik secara mendalam
amatlah penting dalam membantu mereka menjalankan aktiviti pengajaran dan
5
pembelajaran dengan lebih berkesan. Peningkatan pencapaian Sains mahupun
Matematik sangat bergantung kepada strategi pengajaran oleh guru.
Selain itu, Atwater, Gardner dan Wiggins, di dalam kajiannya pada tahun 1995
menyatakan bahawa pengaruh rakan sekelas turut mempengaruhi pencapaian pelajar.
Menurut Harter (1996), faktor rakan sebaya dapat mempengaruhi terhadap pembentukan
konsep kendiri pelajar. Hunter dan Sales (1990), menyatakan rakan sebaya mempunyai
pengaruh yang kuat terhadap psikologi pelajar. Simpson dan Oliver (1990), di dalam
kajian mendapati bahawa pengaruh rakan sebaya mempunyai kaitan yang tinggi dengan
pencapaian pelajar terhadap sains. Di dalam kajian yang dijalankan oleh Costa (1995),
juga mendapati bahawa rakan sebaya mempengaruhi pencapaian pelajar terhadap mata
pelajaran sains.
1.3 Pernyataan Masalah
Banyak kajian-kajian yang menyatakan bahawa pencapaian pelajar dalam mata
pelajaran Sains dipengaruhi oleh aspek ibu bapa, guru dan rakan sebaya. Tetapi, kajian-
kajian tersebut banyak dilakukan di negara-negara barat. Selain itu, kajian yang
dijalankan oleh Houtz (1995), menyatakan bahawa pencapaian di dalam mata pelajaran
Sains bagi pelajar yang datang dari keluarga yang taraf sosio ekonominya rendah adalah
lemah berbanding pelajar yang datang dari keluarga yang taraf sosio ekonominya tinggi.
Jadi, bagi mendapatkan situasi sebenar yang berlaku pada masa kini, penyelidik ingin
menjalankan satu kajian tentang peranan ibu bapa, guru dan rakan sebaya serta
permasalahan yang timbul di kalangan pelajar luar bandar dalam mata pelajaran Sains.
6
1.4 Objektif Kajian
Secara khususnya penyelidikan ini bertujuan untuk :
1. Mengkaji aspek ibu bapa, guru dan rakan sebaya bagi pelajar luar bandar secara
umum.
2. Mengkaji aspek ibu bapa, guru dan rakan sebaya bagi pelajar luar bandar
mengikut tahap pencapaian.
3. Mengkaji perbezaan bagi aspek ibu bapa, guru dan rakan sebaya antara pelajar
pencapaian tinggi dengan pelajar pencapaian rendah.
4. Mengenalpasti permasalahan yang timbul bagi pelajar pencapaian rendah.
1.5 Skop Kajian
Di dalam kajian ini, penyelidik memilih pelajar-pelajar tingkatan dua dari
sekolah-sekolah menengah luar bandar. Pelajar tingkatan dua dipilih kerana pada tahap
ini, mereka telah dapat membiasakan diri dengan proses pembelajaran dan pengajaran
sains di dalam Bahasa Inggeris. Sekolah-sekolah di luar bandar pula di pilih kerana
kajian dilakukan berdasarkan kepada permasalahan yang berlaku.
1.6 Persoalan Kajian
Di dalam kajian ini penyelidik akan cuba mencari jawapan berpandukan kepada
pernyataan masalah, objektif kajian dan persoalan yang timbul iaitu:
1. Apakah aspek ibu bapa, guru dan rakan sebaya bagi pelajar luar bandar secara
umum?
7
2. Apakah aspek ibu bapa, guru dan rakan sebaya bagi pelajar luar bandar mengikut
tahap pencapaian?
3. Apakah perbezaan bagi aspek ibu bapa, guru dan rakan sebaya antara pelajar
pencapaian tinggi dengan pelajar pencapaian rendah?
4. Apakah permasalahan yang timbul bagi pelajar pencapaian rendah?