UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · berdikari, inovatif, kreatif, bekerja tanpa membazir...
Transcript of UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · berdikari, inovatif, kreatif, bekerja tanpa membazir...
PELAKSANAAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH
KEBANGSAAN DAERAH JOHOR BAHRU
ZALEHA BINTI ISMAIL
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
ii
PELAKSANAAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP
DI SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH JOHOR BAHRU
ZALEHA BINTI ISMAIL
LAPORAN PROJEK INI DIKEMUKAKAN SEBAGAI MEMENUHI SEBAHAGIAN
DARIPADA SYARAT PENGANGERAHAN IJAZAH SARJANA MUDA
TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN
(KEMAHIRAN HIDUP)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2004
iii
iv
v
DEDIKASI
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Untuk Ayahanda dan Bonda yang dihormati,
(Ismail bin Nordin dan Fatimah binti Karman)
Untuk suami yang dicintai dan disayangi,
(Muharam bin Rahman)
Untuk cahayamataku yang dikasihi,
(Muhammad Izzul Nazmi bin Muharam)
Juga buat kakak-kakak dan abang-abang yang disayangi
Serta buat bapa mertua sekeluarga
Tidakku lupa juga buat rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu
Kepada kalian semua kuucapkan ribuan terima kasih
Segala sokonganmu, nasihatmu, jasamu, doamu dan pengorbananmu,
Amatku hargai dan kukenang selalu sehingga keakhir hayat ini.
Dengan sokongan semua telah menguatkan semangatku untuk meneruskan perjuangan
ini hingga berjaya
Tanpa kalian semua mungkin kejayaan ini tidak akan tercapai
Sesungguhnya kejayaan ini adalah milik kita bersama
Semoga Allah melimpahkan rahmatnya untuk kalian semua yang kukasihi.
vi
PENGHARGAAN
Assalamualaikum W.B.T
Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi di atas limpah kurnia dan rahmat Nya,
maka akhirnya dapatlah pengkaji menyiapkan penyelidikan ini. Semoga apa yang telah
dilakukan ini mendapat keredhaan daripada Nya.
Dikesempatan ini saya mengucapkan jutaan terima kasih buat penyelia saya iaitu
En.Yahya Bin Buntat yang telah banyak memberi tunjuk ajar, sokongan dan dorongan
dalam tempoh penyediaan penyelidikan ini.
Ucapan terima kasih juga buat kedua ibubapa serta mertua yang begitu
memahami kehendak tugas dan peraturan yang terpaksa dipatuhi selama saya berada di
Universiti Teknologi Malaysia ini. Hanya Tuhan yang akan membalas segala
pertolongan, juga doa restu dari kalian. Begitu juga buat suami dan anak tercinta,
pengorbanan dan sokongan kalian amat kuhargai.
Terima kasih juga buat rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu.
Rakaman terima kasih juga buat guru besar dan guru-guru sekolah terbabit kerana telah
memberikan kerjasama. Tidak lupa juga kepada mereka yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam tempoh kajian ini dijalankan.
Jasa-jasa kalian tidak akan dilupakan. Hanya Allah yang dapat membalasnya .
Sekian, terima kasih.
vii
ABSTRAK
Kajian deskriptif ini bagi melihat pelaksanaan pengajaran mata pelajaran
Kemahiran Hidup di sekolah-sekolah kebangsaan daerah Johor Bahru. Tujuan kajian
ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti adakah pelaksanaan pengajaran mata
pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah kebangsaan daerah Johor Bahru dilaksanakan
dengan baik dan mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Kajian ini dijalankan
dengan menggunakan boring soal selidik dan dihantar sendiri oleh pengkaji ke sekolah-
sekolah kebangsaan daerah Johor Bahru yang dipilih sebagai sampel kajian. Data yang
diperolehi akhirnya dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi 11.0. Hasil daripada
kajian ini didapati bahawa, pelaksanaan pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup di
sekolah kebangsaan daerah Johor Bahru telah dilaksanakan dengan baik walaupun
terdapat sedikit kelemahan dalam pengurusan pelaksanaannya. Untuk kajian lanjutan
pengkaji mencadangkan agar kajian dibuat untuk melihat pelaksanaan pengajaran mata
pelajaran Kemahiran Hidup ini di sekolah rendah jenis kebangsaan cina dan tamil. Juga
dicadangkan responden diambil dari beberapa sekolah setiap daeraj negeri Johor.
viii
ABSTRACT
This descriptive research is to look at the implementation of teaching Kemahiran
Hidup subject at primary school in Johor Bahru district. The purpose of this research is
to identify weather the implimentation of teaching Kemahiran Hidup subject at primary
school in Johor Bahru was done accurately and achieve the target of the Falsafah
Pendidikan Negara. This study was done using questionnaire as an instrument. The
questionire were sent to all the schools by the researcher herself. The data gained from
the study was analysed using SPSS Version 11.0. From the finding of this study, the
implimentation of teaching Kemahiran Hidup at primary school in Johor Bahru district
was accurately done althought there was a slighty weakness in the management of the
implimentation. For advance research in fature, the researcher suggest to carry out a
study of the implimentation of teaching Kemahiran Hidup at sekolah rendah jenis
kebangsaan cina and sekolah rendah jenis kebangsaan tamil. Also the responden should
be taken from several schools in all district in Johor state.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL
PENGESAHAN PENYELIA
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI SINGKATAN
SENARAI SIMBOL
SENARAI LAMPIRAN
i
ii
iii
iv
v
vi
vii
viii
xiii
xv
xvi
xvii
xviii
BAB I
PENDAHULUAN
1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
x
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Skop Kajian 8
1.8 Definisi Istilah 9
1.8.1 Kemahiran 9
1.8.2 Pengajaran 9
1.8.3 Kurikulum 9
1.8.4 Pelaksanaan 10
1.8.5 Guru-Guru Kemahiran Hidup 10
BAB II SOROTAN KAJIAN 11
2.1 Pengenalan 11
2.2 Kemudahan Fizikal Yang Sedia Ada 13
2.3 Latar Belakang Sukatan Pelajaran KHSR 14
BAB III METODOLOGI KAJIAN 18
3.1 Pengenalan 18
3.2 Reka bentuk Kajian 19
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 20
3.4 Instrumen Kajian 22
3.5 Prosedur Kajian 23
xi
3.6 Kajian Rintis 25
3.7 Kajian Sebenar 26
3.8 Analisa Data 27
BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN 29
4.1 Pengenalan 29
4.2 Bahagian A – Latar Belakang Responden 30
4.2.1 Janitna 31
4.2.2 Umur 31
4.2.3 Etnik 32
4.2.4 Kelulusan 33
4.2.5 Pengalaman Mengajar 34
4.2.6 Bilangan Waktu Mengajar 34
4.2.7 Mengikuti Kursus Pendedahan KH
Dianjurkan 35
4.3 Bahagian B – Jawapan Responden Mengikut
Persoalan Kajian 36
4.3.1 Adakah Guru-Guru KHSR Ini
Mempunyai Pengetahuan,Latihan,
Kemahiran Dan Minat Mengajar
Mata Pelajaran KH 38
4.3.2 Adakah Pihak Sekolah Menyediakan
Peruntukan Kewangan, Kemudahan
Fizikal Dan Keperluan Bengkel Yang
Cukup Untuk Pelaksanaan Pengajaran
KHSR 40
xii
4.3.3 Adakah Guru-Guru KH Menggunakan
Kaedah Pengajaran Bagi Membantu
Mencapai Objektif Pengajaran 43
4.3.4 Adakah Pengajaran Dan
Pembelajaran Yang Dilaksanakan
Mencapai Objektif Dan Pelajar
Dapat Menguasai Kemahiran Praktis
Asas 45
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN
CADANGAN
47
5.1 Pengenalan 47
5.2 Rumusan Dapatan Kajian 48
5.3 Perbincangan 50
5.3.1 Perbincangan Latar Belakang
Responden 51
5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 1 51
5.3.3 Perbincangan persoalan Kajian 2 55
5.3.4 Perbincangan Persoalan Kajian 3 58
5.3.5 perbincangan Persoalan Kajian 4 62
5.4 Kesimpulan 63
5.5 Cadangan 64
5.6 Cadangan Kajian Akan Datang 65
5.7 Penutup 66
Rujukan 68
Lampiran 72
xiii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Pemetaan Dan Kesinambungan 15
3.1 Senarai Sekolah Yang Dipilih Untuk
Persampelan 21
3.2 Skala Likert 23
3.3 Pembahagian Item Berdasarkan Persoalan
Kajian 27
3.4 Pengkelasan Pemeringkatan Likert 28
4.1 Taburan Responden mengikut Jantina 31
4.2 Taburan Responden Mengikut Peringkat Umur 31
4.3 Taburan Responden Mengikut Etnik 32
4.4 Taburan Responden Mengikut Kelulusan 33
4.5 Taburan Responden Mengikut Pengalaman
Mengajar 34
4.6 Taburan Responden Mengikut Bilangan Waktu
Mengajar 34
4.7 Mengikuti Kursus Pendedahan KH Dianjurkan 35
4.8 Pengkelasan Maklum Balas Responden 36
4.9 Perubahan Markat Dan Skala 3 Mata 37
4.10 Markat Skala 3 Mata 37
4.11. Taburan Responden Mengikut Peratusan,
Frekuensi Dan Min Bagi Aspek Pengetahuan
Latihan, Kemahiran Dan Minat 38
4.12 Taburan Responden Mengikut Peratusan,
Frekuensi Dan Min Bagi Aspek Peruntukan
Kewangan, Kemudahan Fizikal Dan Keperluan
xiv
Bengkel 41
4.13 Taburan Responden Mengikut Peratusan
Frekuensi Dan Min Bagi Aspek Kaedah
Pengajaran Yang Digunakan 43
4.14 Taburan Responden Mengikut Peratusan,
Frekuensi Dan Min Bagi Aspek Pencapaian
Objektif Pengajaran 45
xv
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Carta Aliran Prosedur Kajian 25
xvi
SENARAI SINGKATAN
KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
KH - Kemahiran Hidup
UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia
ABM - Alat Bantu Mengajar
SRJK (C) - Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina
SRJK (T) - Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
BPPPDP - Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar
- Pendidikan
SPSS - Statistical Package For The Social Science
xvii
SENARAI SIMBOL
% - Peratusan
xviii
SENARAI LAMPIRAN
NO lAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
LAMPIRAN - Borang Soal Selidik 84
- Reliability Analysis 91
- Surat Kebenaran BPPPDP (EPRD) 94
- Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan
Negeri Johor 95
- Surat Akuan Pelajar 97
- Surat Pengesahan Soal Selidik 98
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan.
Matapelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah telah di masukkan ke dalam
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) bermula pada sesi persekolahan
1992/1993. Sebanyak 3000 buah sekolah diseluruh Negara di pilih bagi melaksanakan
mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah pada sesi persekolahan 1993/1994.
Pelaksanaan mata pelajaran ini di sekolah rendah melibatkan pelajar-pelajar tahun 4 dan
5. Kumpulan ini adalah kumpulan rintis kedua. Pelaksanaan pendidikan pravokasional
diperingkat sekolah rendah disampaikan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup.
Seperti yang sedia maklum Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah adalah
bertujuan untuk memberi asas pendidikan iaitu 3M, membaca, menulis, mengira. Di
dalam KBSR selain asas 3M, rancangan pembelajaran melibatkan dua tahap, iaitu
menguasai kemahiran dan menggunakannya. Pada tahap kedua selama tiga tahun
adalah untuk mengukuhkan kemahiran asas dan menggunakan kemahiran yang
diperoleh untuk mempelajari berbagai-bagai bidang ilmu. Antara pembelajaran yang
2
disisipkan dalam KBSR untuk tahap kedua ialah mata pelajaran Kemahiran Hidup.
Mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah disebut sebagai mata pelajaran
sisipan kerana ia tidak termasuk dalam peperiksaan. Mata pelajaran Kemahiran Hidup
Sekolah Rendah merupakan satu pembelajaran melalui pengalaman.
Dengan pembelajaran yang diikuti pelajar diharap dapat menguasai bidang ini
melalui penguasaan kemahiran praktis, pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif
berasaskan teknologi dan keusahawanan, dan aspek pengurusan diri supaya mereka
dapat menjalankan kerja buat sendiri serta cenderung berusahaniaga dan mereka cipta.
Kemahiran asas yang sedemikian dapat membantu mendidik menjadi seorang murid
yang boleh berdikari dan berkeyakinan untuk menjalani kehidupan secara produktif
dalam dunia teknologi dan ekonomi negara yang sentiasa berubah. Antara bidang,unit
atau tajuk pembelajaran yang terdapat dalam sukatan pelajaran KHSR terbahagi kepada
dua bidang iaitu pertama bidang reka bentuk dan teknologi, kedua bidang perniagaan
dan keusahawanan.
Mata pelajaran ini juga amat pentingkan pemupukan nilai dan sikap seperti
berdikari, inovatif, kreatif, bekerja tanpa membazir dan berminat menjalankan kerja-
buat-sendiri. Bagi guru-guru kaedah pengajaran dalam KHSR boleh dijalankan dalam
pelbagai seperti tunjukcara, bercerita, kajian, simulasi,sumbang saran,main peranan,
permainan, temu bual, tinjuan dan lawatan disesuaikan mengikut kesesuaian keadaan
untuk membantu agar pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Dalam pengajaran
KHSR, kajian masa depan harus diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran
Kemahiran Hidup untuk merangsang daya intelek dan mengupaya murid memanfaatkan
dan memberi sumbangan ke arah menentukan hala tuju masa depan, Pusat
Perkembangan Kurikulum(2002).
3
1.2 Latarbelakang Masalah.
Kurikulum bersepadu sekolah rendah adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi
keberkesanan pengajaran ke arah pembangunan pelajar sebagai insan. Keberkesanan
membawa maksud sesuatu tindakan itu dilihat daripada hasil yang diperolehi
sesudahnya, Dewan Bahasa (1989). Dalam pendidikan, keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran dapat dilihat dengan cara membuat penilaian. Pengajaran dan
pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya penilaian dijalankan secara berterusan,
Pusat Perkembangan Kurikulum (Semakan 2002). Pelaksanaan sesuatu mata pelajaran
di sekolah haruslah mengikut rangka konsep yang telah disediakan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia, yang bertujuan untuk penyelarasan bagi mencapai keberkesanan
pengajaran, objektif dan matlamat. Pelaksanaan ialah hasil daripada melaksanakan
(mengerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancangan (tugas dan sebagainya), Dewan
Bahasa (1989). Pelaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah bermula
pada tahun 1992/1993. Pelaksanaan sesuatu mata pelajaran di sekolah seharusnya
dijalankan dalam keadaan yang bersedia, samada dari segi kemudahan dan fasilitis
sekolah seperti bengkel, alatan dan guru-guru. Pelaksanaan yang telah dirancang pasti
akan menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan seperti yang
diharapkan dalam kurikulum pelajaran tersebut.
Dalam melaksanakan mata pelajaran Kemahiran Hidup guru merupakan sebagai
agen penyampai dan pembentuk pendidikan pravokasional diperingkat sekolah rendah.
Walau pun adakalanya pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajarannya
disampaikan oleh guru-guru yang bukan dari bidang Kemahiran Hidup. Ini berlaku
kerana tiada guru yang dilatih khas untuk pengajaran bidang Kemahiran Hidup bagi
sekolah rendah. Guru-guru sekolah rendah lepasan Maktab Perguruan yang belajar
mata pelajaran Kemahiran Hidup sebagai elektif kedua ialah guru-guru matematik,
sains dan pendidikan jasmani. Dengan pelaksanaan pengajaran mata pelajaran ini
dijalankan oleh guru-guru bukan dari bidang Kemahiran Hidup, adakah pengajaran
4
dapat disampaikan dengan berkesan. Adakah guru bukan bidang ini dapat mewujudkan
suasana pembelajaran yang kondusif di dalam bengkel.
Sebagai seorang guru KH mereka harus membuat penyampaian pengajaran yang
berbentuk gerakkerja amali untuk membantu pelajar menguasai kemahiran. Walau pun
guru itu tidak mempunyai pengetahuan kemahiran dan pengalaman yang cukup dalam
bidang tersebut mereka tetap melaksanakan pengajaran dengan sebaik mungkin
walaupun mata pelajaran yang diajar bukan bidang mereka. Namun dapatkah guru-guru
ini melaksanakan pengajaran yang berkesan. Keberkesanan pelaksanaan KHSR ini juga
sukar dilihat dan sering diabaikan kerana tidak ada penilaian dalam bentuk ujian atau
pun peperiksaan. Jabatan Pendidikan Negeri menyarankan agar diadakan satu ujian
yang bertujuan melihat sejauh mana pelajar dapat menguasai kemahiran yang diajar.
Dan dalam masa yang sama ini dapat melihat pencapaian objektif pengajaran serta
meninjau pelaksanaan pengajarn mata pelajaran ini di sekolah rendah mencapai
matlamatnya. Namun kebanyakan sekolah tidak menjalankannya dengan sempurna atas
sebab-sebab tertentu.
Sejauh mana pelaksanaan pengajaran sesuatu mata pelajaran dijalankan dengan
baik di sesebuah sekolah bergantung juga bagaimana seseorang guru besar itu
mentadbir organisasi sekolah mereka. Bagi pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran KHSR guru besar bertanggungjawab terhadap pembangunan fizikal yang
lengkap dan keselamatan dipatuhi. Peruntukan kewangan untuk KHSR juga haruslah
ditadbir dan diurus dengan bijak agar ia dapat memenuhi dan membantu mencapai
matlamat pendidikan KHSR. Sebagai guru besar yang mahukan sekolahnya berjaya
dalam akademik mereka perlulah memainkan peranan yang bersifat proaktif, tegas dan
memberi sumbangan yang membina. Atas sebab itu persediaan pengajaran oleh guru
penting bagi memastikan berlaku pembelajaran yang kondusif. Strategi atau kaedah
pengajaran yang digunakan memberikan implikasi terhadap keberkesanan pembelajaran
5
murid. Strategi yang digunakan seharusnya dapat mengatasi faktor kekangan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Guru KHSR harus memainkan peranan untuk menguruskan bengkel dan
keperluan aktiviti pengajaran yang sesuai, menarik dan selamat sehingga dapat
membuat murid-murid rasa terpanggil dan berminat untuk mengikuti pengajaran
mereka sehingga dapat dilihat keberkesanannya melalui perubahan tingkah laku dari
aspek penguasaan kemahiran. Menurut Hj.Baharin , Kertaskerja dari Konpen Vl
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (3M) di UKM, 1981, Kejayaan dan keberkesanan
sistem KBSR banyak bergantung kepada sikap dan peranan guru yang terlibat
dengannya. Dengan ini menunjukkan peri pentingnnya komitmen dan kualiti guru-guru
itu kerana ia akan mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan mata pelajaran di sekolah.
Maka guru-guru yang mengajar mata pelajaran KHSR harus sentiasa bersedia untuk
melengkap dan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dari semasa ke semasa agar
dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan profesionalisme keguruan. Dengan
kesediaan untuk mengikuti kursus-kursus jangka panjang atau pendek untuk mata
pelajaran KHSR guru-guru ini dapat memperbaiki kelemahan pengajaran mereka
melalui pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi. Dengan tahap pengetahuan guru-
guru yang tinggi ini akan meningkatkan keberkesanan pelaksanaan mata pelajaran
KHSR bagi mencapai matlamat dan objektif kurikulum.
1.3 Pernyataan Masalah
Mata pelajaran Kemahiran Hidup adalah satu mata pelajaran sisipan dalam
Kurikulum Baru Sekolah Rendah dan ia adalah mata pelajaran yang berbentuk amali.
Oleh itu apabila proses pengajaran dan pembelajaran hendak dilaksanakan, ia
memerlukan satu tempat khusus untuk aktiviti pembelajaran. Tempat yang khusus ini
perlulah dilengkapi dengan alatan dan mempunyai ciri-ciri keselamatan. Oleh kerana
6
mata pelajaran ini baru dalam kurikulum sekolah rendah berbanding di sekolah
menengah, kebanyakan sekolah yang mempunyai reka bentuk bangunan lama tidak
tidak mempunyai bilik-bilik khusus untuk bengkel KH. Dengan tiadanya tempat khusus
ini tentulah aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dilaksanakan dengan baik.
Biasanya pelaksanaan sesuatu program baru akan menghadapi pelbagai masalah dan
terdapat pelbagai kelemahan dan kekurangan dari segi pelaksanaannya. Ini disebabkan
oleh faktor kekurangan keperluan fizikal, sumber, pengalaman dan kepakaran. Atas
sebab itu tinjauan dibuat terhadap guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran
Hidup Sekolah Rendah dalam melaksanakan pengajaran mata pelajaran ini.
1.4 Objektif Kajian
Empat objektif kajian ini diharap akan dapat dicapai iaitu:
1.4.1 Mengetahui keupayaan guru-guru dari aspek pengetahuan, latihan dan
kemahiran serta minat guru terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah
Rendah.
1.4.2 Mengetahui kemudahan fizikal, keperluan bengkel serta peruntukan kewangan
yang disediakan oleh pihak sekolah untuk pelaksanaan pengajaran mata
pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.
1.4.3 Mengenalpasti pelbagai kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru-guru bagi
pelaksanaan pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.
1.4.4 Mengetahui keupayaan guru-guru mencapai objektif pengajaran mata pelajaran
KH yang dirancang
7
1.5 Persoalan Kajian
Antara persoalan kajian yang menjadi asas kajian ini merangkumi beberapa
aspek, antaranya ialah :
1.5.1 Adakah guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah
Rendah ini mempunyai pengetahuan, latihan, kemahiran dan minat mengajar
mata pelajaran Kemahiran Hidup.
1.5.2 Adakah pihak sekolah menyediakan peruntukan kewangan, kemudahan fizikal
dan keperluan bengkel yang cukup bagi pelaksanaan pengajaran mata pelajaran
KH.
1.5.3 Adakah guru-guru KH menggunakan pelbagai kaedah pengajaran bagi
membantu mencapai objektif pengajaran.
1.5.4 Adakah pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan dapat mencapai
objektif pembelajaran yang dirancang.
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini di harap dapat memberi manfaat kepada pihak-pihak tertentu. Hasil
kajian ini nanti adalah penting untuk :
1.6.1 Memberi panduan kepada pihak guru besar dan guru-guru yang terlibat
mengenalpasti kekurangan kemudahan dan keperluan asas untuk pelaksanaan
mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.
1.6.2 Guru besar bersama organisasi panitia mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah
Rendah dapat mengenalpasti kelemahan, dan bersama-sama dalam menjalankan
usaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam mata pelajaran ini
bagi mempertingkatkan keberkesanan pelaksanaannya di sekolah rendah.