Unit 5 Pengurusan Jati Diri
-
Upload
bayuberduri -
Category
Documents
-
view
1.920 -
download
1
Transcript of Unit 5 Pengurusan Jati Diri
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 1
Objektif am :
Mengetahui pengurusan diri dan jati diri
Memahami kaedah-kaedah komunikasi berkesan
Aplikasi kemahiran perkhemahan jati diri
Objektif khusus :
Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-
menyatakan jenis-jenis komunikasi
mengenal kaedah-kaedah komunikasi dan kepentingannya
mengetahui tatacara perkhemahan dan cara memasang
khemah
UNIT 5
OBJEKTIF
PENGURUSAN DAN JATI DIRI
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 2
5.1 K ONSEP PENGURUSAN DIRI
Pengurusan ditakrifkan sebagai satu proses yang melibatkan
perancangan, penyusunan, pengarahan dan juga kawalan. Di peringkat
perancangan, perkara-perkara yang dikaji adalah mengenai penetapan
matlamat dan objektif serta pembentukan strategi dan dasar. Di
peringkat penyusunan, ia melibatkan aktiviti menstruktur hierarki
pengurusan dan fungsi, penyelarasan peraturan dan tatacara bekerja.
Di peringkat pengarahan, ia merangkumi aspek kepimpinan dan
motivasi bagi memastikan kecekapan dan kelancaran organisasi. Di
peringkat kawalan, ia memerlukan pengawasan perlaksanaan ketiga-
tiga proses di atas iaitu perancangan, penyusunan dan pengarahan.
Manakala konsep kendiri adalah semua persepsi anda terhadap diri
anda sendiri, dari segi kebolehan, kesukaan, personaliti, kemahiran
dan lain-lain lagi tentang anda. Apabila maklumat yang anda terima
bertentangan dengan konsep kendiri anda, anda mungkin menjadi
cemas dan bimbang atau tidak dapat menerima maklumat tersebut.
Sekiranya anda mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi, anda
merupakan pelajar yang berminat dan bermotivasi untuk belajar serta
mempunyai matlamat kerjaya untuk masa hadapan. Anda juga perlu
melihat diri anda sebagai orang yang berkebolehan dan mahukan
kepuasan dalam membuat keputusan kerjaya.
INPUT
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 3
5.2 PENGURUSAN KENDIRI
Pengurusan kendiri bolehlah dikatakan sebagai satu proses di mana
anda menganggap diri anda sendiri sebagai sebuah organisasi yang
harus anda rancang, arahkan dan kawal dalam membuat sesuatu
keputusan atau tindakan.
Pengurusan masa
Tidak dinafikan bahawa alam persekolahan adalah alam yang amat
menyeronokkan. Jadi tidaklah menghairankan apabila ramai di antara
mereka yang telah berjaya di peringkat tinggi atau telah bekerja, ingin
belajar lagi. Namun demikian, keseronokan belajar
semasa usia muda dan semasa usia
yang telah meningkat agak berlainan
sekali. Cabaran dan saingan di alam
pembelajaran amatlah menyukarkan.
Ada diantara rakan anda merasakan diri
mereka tidak boleh menyaingi anda yang
lebih pandai daripada mereka, ada yang sukar untuk memahami apa
yang diajar oleh pensyarah, suka berkhayal dan tidak dapat
menumpukan perhatian kepada pelajaran. Keadaan ini akan wujud
sikap 'rendah diri' dalam diri rakan anda terhadap masalah yang rakan
anda timbulkan. Bagi mengelakkan sikap rendah diri ini terjadi pada
anda, anda sepatutnya bertanyakan pada diri anda:
mengapa saya ke politeknik?
apa yang aku mahu dapat di politeknik?
pentingkah aku ke politeknik?
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 4
adakah aku seronok di politeknik?
apa yang ada di politeknik yang menyeronokkan aku?
sejauh manakah politeknik penting dalam perkembangan
sahsiah aku?
adakah aku ke politeknik untuk lulus peperiksaan semata-mata?
adakah aku ke politeknik kerana terpaksa?
adakah politeknik membosankan aku?
adakah politeknik membebankan aku dengan aktiviti ko-
kurikulum?
Setelah anda menjawab soalan di atas, adakah cukup hanya sekadar
dimulut sahaja atau anda perlu memikirkan sesuatu untuk
mengatasinya.
Oleh itu, untuk mencapai sesuatu kejayaan, anda sebagai pelajar
seharusnya tahu bagaimana cara menguruskan disiplin masa di
samping mempunyai strategi pembelajaran yang berkesan.
Setiap manusia diperuntukkan dengan 24 jam sehari untuk
menguruskan kehidupan hariannya. Anda juga tidak
terkecuali dalam urusan untuk menguruskan
masa 24 jam sehari ini dalam kehidupan
seharian anda sebagai seorang pelajar.
Malahan proses pembelajaran memerlukan
disiplin kerja dan pengurusan masa dengan baik
dan teratur. Tidak mungkin seseorang itu dapat
lulus dengan cemerlang tanpa sesuatu perancangan yang baik.
Antara yang perlu anda fikirkan adalah:
adakah anda mempunyai jadual waktu harian dan mingguan
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 5
berapakah peruntukkan masa anda untuk belajar dalam waktu
harian atau mingguan
bilakah masanya untuk anda bersukan atau beriadah
bagaimana dengan aktiviti bersama keluarga anda
adakah anda mematuhi jadual yang telah anda susunkan
Contoh jadual pengurusan masa seorang pelajar:
Masa Aktiviti
6.00 pagi Bangun, mandi, bersiap untuk solat/bersenam, bersiap
untuk ke politeknik
7.30 pagi Aktiviti pelajaran di politeknik.
-Kuliah, sarapan, bengkel, perpustakaan, makan
tengahari
4.30 petang Berehat, mandi dan solat. Membuat kerja rumah atau
mengkaji semula pelajaran hari ini
5.30 petang Aktiviti riadah / sukan bersama rakan-rakan anda
6.30 petang Berehat di rumah, mengemas,berkebun, riadah lain-lain
di rumah seperti menonton televisyen,mandi,solat dan
makan malam
8.30 malam Solat, menonton televisyen program tertentu, belajar,
membuat tugasan, ulangkaji pelajaran
11.30
malam
Tidur.
Semua aktiviti hendaklah direkodkan
bermula dari bangun tidur pagi
hinggalah sampai waktu tidur di sebelah
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 6
malam. Catatkan aktiviti setiap 30 minit
hingga 1 jam. Segala perkara mustahak
hendaklah diambil perhatian. Masa yang memberi faedah dan tidak
bermanfaat hendaklah direkodkan. Buat latihan ini selama beberapa
hari. Anda juga membuat perancangan ini untuk seminggu.
Setelah itu analisislah jadual dan aktiviti yang telah anda lakukan.
Anda perlu jumlahkan semua masa yang telah anda gunakan dalam
masa seminggu tersebut. Kenal pasti gangguan masa yang disebabkan
oleh kecuaian atau kelalaian anda atau gangguan di luar
pengawalan,dugaan dan jangkaan.
Contoh carta aktiviti dalam masa seminggu yang telah direkodkan :
Aktiviti Masa digunakan Baki dari 168 jamTidur 50 jam 118 jamMandi 3 jam 115 jamBerpakaian 3 jam 112 jamMenonton televisyen 3 jam 109 jamBersama rakan/hobi/riadah
24 jam 85 jam
Membaca majalah/akhbar 10 jam 75 jamPerjalanan 47 jam 28 jamBelajar 10 jam 18 jamSolat 5 jam 13 jamMembeli belahUlangkaji matapelajaran
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 7
Dari jumlah masa yang telah digunakan, semaklah dengan
menggunakan penyataan berikut :
1. Adakah taburan keseluruhan masa adalah sesuai dengan
matlamat dan keperluan anda ?
2. Masa untuk kerja utama adalah dirancang dengan teliti
3. Banyakkah masa yang terbuang, bila dan bagaimana ia berlaku
4. Gangguan yang menyebabkan perancangan gagal.
Setelah itu lakukan pindaan jadual untuk minggu berikutnya agar
matlamat anda dapat dicapai dari masa ke semasa.
Pengurusan diri
Dalam mengharungi kehidupan yang mencabar di zaman serba moden
ini, selain dari kita merancang pengurusan masa yang berkesan,
pengurusan diri kita juga tidak harus diabaikan.
Dahulu semasa zaman kanak-kanak, makan, minum, pakaian dan
kebersihan diuruskan oleh ibu bapa kita. Tetapi apabila sudah dewasa,
semua itu sepatutnya ditanggung oleh diri kita sendiri. Adalah tidak
wajar untuk kita bergantung kepada ibubapa dan penjaga kita untuk
menguruskan semua hal yang membabitkan pengurusan diri kita.
Pengurusan diri yang terancang adalah penting bagi menjamin agar
kita sentiasa dalam keadaan sihat, bersih, kemas, bertenaga dan
sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi kehidupan harian.
1. Kebersihan diri. Jagalah kebersihan
diri seperti memotong kuku dan jangan
biarkan ianya panjang dan kotor.
Jangan biarkan rambut anda kotor dan
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 8
tidak terurus kerana rambut yang
kotor mudah dihinggapi kutu.
Bersihkan badan anda sekurang-kurangnya
dua kali sehari. Cucilah tangan
seelok-eloknya dengan sabun sebelum menjamah makanan.
Pakailah pakaian yang bersih dan kemas.
2. Senaman. Senaman adalah aktiviti yang berkait rapat dengan
pencapaian kesihatan fizikal yang lebih baik, bertenaga. Ini juga
satu keadah yang berkesan untuk mengelakkan dari mudah
dihinggapi penyakit terutamanya serangan sakit jantung dan
emosi. Senaman yang teratur juga membolehkan kita
memperolehi tidur yang lebih lena, penumpuan
yang lebih baik dan perasaan
kegembiraan serta emosi yang stabil.
Luangkan masa anda untuk bersenam
sekurang-kurangnya 20-30 minit sehari.
Anda tidak perlu untuk melakukan
senaman yang begitu memenatkan,
memandai jika anda melakukan aktiviti
berjalan cepat selama 20 minit sehari.
3. Pengambilan makanan seimbang. Salah satu cara yang
berkesan untuk penjagaan kesihatan diri ialah dengan
mengambil makanan yang seimbang. Pengambilan makanan
yang seimbang boleh menghindar kita dari pelbagai penyakit
seperti diabetis, sakit
jantung, darah tinggi dan
sebagainya. Setiap makanan
yang kita sediakan mestilah
mempunyai zat-zat seperti
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 9
karbohidrat, protien, lemak,
vitamin dan juga garam galian.
Setiap kita mempunyai
keperluan yang berbeza, oleh itu anda haruslah menentukan
sendiri apa yang terbaik untuk diri anda. Untuk memastikan
anda tidak makan berlebihan, anda mungkin perlu menimbang
berat badan anda dari masa ke semasa atau perhatikan sama
ada terdapat perubahan ketika berpakaian iaitu sama ada
pakaian kian sendat atau tetap seperti biasa. Lebihkan
pengambilan buah-buahan dan sayuran kerana kedua-duanya
kaya dengan vitamin, galian dan serat. Bijirin, roti, sayuran
berkacang, pis, jenis-jenis kekacang, buah-buahan adalah antara
makanan yang banyak mengandungi serat yang penting untuk
kesihatan yang baik. Kekurangan serat dalam diet boleh
menyebabkan sembelit, kanser perut serta gangguan usus lain.
Lebihkan pengambilan ikan dari daging kerana ikan
mengandungi protein, beberapa zat yang perlu, vitamin dan
bahan galian. Keistimewaan ikan adalah ia tidak mengandungi
lemak tepu yang menjadi salah satu punca utama serangan
jantung. Air juga penting dalam pengambilan diet anda.
Minumlah sekurang-kurangnya enam gelas air sehari. Sebaiknya
minumlah air kosong dan bukannya minuman ringan atau yang
berperisa. Pengambilan makanan yang seimbang dapat
membekalkan kita dengan tenaga yang mencukupi bagi
melakukan pergerakan badan, aktiviti harian dan memelihara
suhu badan. Ia juga dapat membaiki tisu-tisu yang rosak dan
membantu pertumbuhan tisu-tisu yang baru serta
mempertahankan badan daripada serangan penyakit.
4. Kebersihan tempat tinggal. Anda juga hendaklah menjaga
kebersihan persekitaran rumah. Sapulah rumah anda setiap hari.
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 10
Jangan biarkan rumah anda bersepah-sepah dan pastikan setiap
kawasan rumah sentiasa bersih seperti dapur, tempat tidur,
tandas, stor dan bilik mandi.
Penyelesaian masalah
Sebagai manusia kita sering dibebani dengan persoalan-persoalan
kehidupan seperti kerja, perbelanjaan, rakan-rakan, aktiviti sosial,
pelajaran, soal cinta dan sebagainya yang perlu ditangani. Anda
sebagai pengurus diri anda tidak dapat lari daripada
bertanggungjawab terhadap segala keputusan yang telah anda buat,
sama ada keputusan itu menghasilkan satu keputusan yang baik
ataupun sebaliknya. Kadangkala membuat keputusan ini memang
mudah, hanya sekelip mata sahaja. Kadangkala ia menyebabkan anda
tidak dapat tidur memikirkannya apakah perkara sebaiknya yang perlu
dilakukan bagi mengatasi masalah yang timbul. Lebih-lebih lagi kalau
ia melibatkan soal wang ringgit atau soal perasaan.
Dalam proses membuat keputusan dan penyelesaian masalah, anda
hendaklah membuat keputusan yang rasional. Penentuan masalah,
analisa masalah dan pemilihan alternatif yang paliing sesuai hendaklah
dibuat dengan teliti dan berpandukan kepada faktor-faktor
pengalaman, kepakaran, pertimbangan dan keyakinan anda.
Keputusan yang dibuat secara rasional memerlukan analisis maklumat
dan ramalan tentang implikasi dan kesan daripada pemilihan
alternatif.
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 11
Keputusan yang anda ambil sebenarnya adalah terbatas dan mungkin
boleh dipertikaikan oleh pihak lain kerana :
i. terdapatnya perbezaan dari segi pengalaman anda dan orang
lain
ii. perbezaan dari segi kemahiran
iii. maklumat yang anda perolehi tidak mencukupi
iv. pengetahuan anda yang terbatas
v. dipengaruhi perasaan diri dan emosi.
Proses membuat keputusan
Terdapat enam langkah yang penting dalam proses membuat
keputusan yang efektif seperti dalam rajah di bawah :Kenalpasti keperluan, situasi dan masalah
Dapatkan maklumat dan analisis sebab terjadinya
masalah
Membentuk alternatif jawapan yang mungkin
Pemilihan alternatif
Perlaksanaan alternatif
Penilaian dan maklumbalas
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 12
1. Mengenalpasti Keperluan, Situasi & Masalah
Ia merupakan langkah pertama yang perlu anda lakukan dalam
membuat sesuatu keputusan. Keperluan ini selalunya dalam bentuk
masalah atau peluang. Dalam memilih sesuatu masalah dan peluang,
anda bolehlah menggunakan kriteria berikut:
a) Kawalan- Sejauh manakah anda boleh mengawal masalah
tersebut dan penyelesaiannya?
b) Kepentingan- Darjah kepentingan masalah tersebut.
c) Kerumitan- Bagaimanakah rumitnya untuk mencari
penyelesaian.
d) Masa- Jangka masa yang akan didapati daripada
menyelesaikan masalah tersebut.
e) Sumber- Sumber-sumber yang diperlukan.
Mengenalpasti masalah yang betul adalah penting kerana
mengenalpastikan masalah yang salah akan mempengaruhi proses
membuat keputusan yang selanjutnya.
2. Diagnosis & Analisis Data
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 13
Dalam menganalisis sesuatu masalah, anda boleh mengumpulkan
semua data dan mempamerkan maklumat yang berkaitan supaya
membantu dalam membuat keputusan.
3. Pembentukan Alternatif
Anda boleh mengembang atau satukan alternatif atau menciptakan
alternatif baru. Adalah dicadangkan supaya berwaspada dengan
alternatif yang tersedia. Juga dicadangkan supaya pertimbangan
dibuat tentang batasan dan peluang dalam membincangkan setiap
idea dan juga pertimbangkan alternatif lama kepada masalah yang
sama.
4. Pemilihan Alternatif
Dalam pemilihan sesuatu alternatif, anda perlu pertimbangkan kriteria
berikut:
a) Kawalan: Adakah pelaksanaan alternatif ini dalam kawalan
anda/kita?
b) Kesesuaian: Adakah alternatif ini menyelesaikan masalah
tersebut?
c) Keperluan Sumber: Mampukah anda melaksanakannya
(manusia, wang, peralatan, dsb)?
d) Faedah: Adakah ia berfaedah?
e) Masa: Berapa lama sebelum anda dapat lihat hasilnya?
f) Kebolehterimaan: Adakah ahli dalam organisasi akan
menerimanya?
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 14
5. Perlaksanaan Alternatif
Pelaksanaan alternatif yang terpilih memerlukan perancangan yang
terperinci. Ini boleh dilakukan dengan memikirkan strategi
pelaksanaan. Soalan-soalan berikut boleh digunakan untuk
membentuk strategi pelaksanaan:
a) Kebolehterimaan: Bagaimanakah anda boleh
mendapatkan penerimaan dari orang lain? Apakah
faedah yang boleh anda tonjolkan dari alternatif ini?
Bagaimana boleh anda tunjukkan faedah tersebut?
b) Jangkaan: Apakah tentangan yang boleh anda jangka
kepada alternatif ini? Bagaimanakah patut anda
mengatasinya?
c) Bantuan: Bagaimanakah anda boleh mendapat bantuan
dari orang atau kumpulan lain?
d) Lokasi: Di manakah patut anda laksanakan alternatif
ini?
e) Masa: Bagaimanakah boleh anda mengambil
kesempatan hari, masa dan tarikh tertentu untuk
melaksanakan alternatif ini?
f)Berhati-hati: Bagaimanakah boleh anda uji keberkesanan
alternatif ini?
6. Penilaian & Maklum Balas
Semasa pelaksanaan, anda patut memastikan bahawa alternatif yang
dipilih itu merupakan alternatif yang paling berkesan. Untuk mengukur
keberkesanan alternatif tersebut, anda haruslah fikirkan:
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 15
a) Ukuran: Maklumat apakah yang perlu dikumpulkan?
b) Alat Analisis: Alat apakah yang akan digunakan untuk
menganalisis dan mempamerkan maklumat?
c) Ujian: Apakah ujian atau ‘trial run’ yang akan anda awasi
untuk melihat keberkesanan alternatif itu? Bagaimanakah
akan anda menilai keputusannya?
d) Keputusan: Apakah kriteria yang akan anda gunakan? Bilakah
anda menjalankan penilaian terakhir? Apakah bukti alternatif
anda berkesan?
5.3 KOMUNIKASI YANG BERKESAN
Pada zaman serba moden ini, keperluan komunikasi bukan sahaja
terhad kepada perlakuan yang berbentuk isyarat, pertuturan dan
penulisan malah ia juga melibatkan, percetakan dan elektronik.
Biarpun begitu komunikasi antara manusia masih merupakan unsur
yang penting dalam kehidupan manusia. Kita perlu berkomunikasi
untuk melahirkan pendapat dan perasaan kita kepada orang
lain. Manusia tidak dapat hidup keseorangan tanpa berkomunikasi
dengan orang lain. Tanpa kebolehan untuk menyampaikan pendapat
dan perasaan kita kepada orang lain, kita mungkin merasakan
kekurangan dalam hidup kita.
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 16
Komunikasi merupakan seni memindahkan maklumat, idea dan sikap
daripada seseorang kepada seseorang. Komunikasi juga melibatkan
pengirim, penerima, media, mesej, maklum balas dan kawalan.
5.3.1 Definisi
Komunikasi ialah terjemahan daripada istilah Inggeris iaitu
communication. Yang berasal daripada istilah Latin iaitu
"Communcare" yang bermaksud "to make comman" atau
mewujudkan persamaan. Berasaskan pengertian asas komunikasi
yang sedemikian pengkaji-pengkaji komunikasi telah memberikan
takrifan mereka berdasarkan maksud dan tujuan penyelidikan
yang mereka lakukan. Dengan itu, takrifan mereka terhadap
komunikasi juga dipengaruhi bidang-bidang mereka.
Komunikasi yang ingin dibincangkan dalam unit ini merupakan
satu proses yang melibatkan penghantaran dan penerimaan
maklumat di antara dua pihak iaitu penghantar dan penerima. Di
dalam konteks bilik darjah komunikasi boleh terjadi dalam bentuk
percakapan atau gerak geri diantara pensyarah dan pelajar atau
sebaliknya
Komunikasi berkesan berlaku apabila maklumat atau mesej yang
hendak disampaikan oleh penyampai dapat diterima dan difahami
dengan jelas oleh penerima. Jika maksud penyampai disalah tafsir
oleh penerima, maka timbul konflik di antara kedua-dua individu
tersebut. Komunikasi berkesan amat penting bagi menjamin
proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif.
5.3.2 Jenis-jenis komunikasi
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 17
Komunikasi secara umumnya terdiri dari dua jenis iaitu
i.Komunikasi Verbal iaitu komunikasi lisan yang berlaku secara
langsung apabila dua orang berbual secara bersemuka atau
tidak.
Contohnya, pensyarah menyampaikan pengajaran kepada
pelajar-pelajar dengan cara syarahan.
ii. Komunikasi Non-Verbal iaitu semua bentuk tingkah laku
yang bukan lisan; Contohnya, bunyi, gerakan badan atau
mimik muka. Pensyarah mengangguk kepala sebagai tanda
setuju dengan jawapan pelajar.
Selain dari itu, komunikasi juga boleh dibahagikan kepada
beberapa jenis .
a) Komunikasi Antara Individu
Komunikasi ini berlaku apabila dua individu berkomunikasi secara
bersemuka iaitu muka mereka bertentang antara satu sama lain.
Komunikasi jenis ini adalah komunikasi dua hala iaitu dua individu
yang terlibat dalam proses komunikasi itu saling menyampai dan
menerima maklumat.
b) Komunikasi Awam
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 18
Komunikasi awam adalah komunikasi yang bertujuan untuk
menyampaikan maklumat kepada jumlah orang ramai. Komunikasi
awam berlaku secara formal dan mempunyai struktur yang
tertentu. Bolehlah kita rumuskan bahawa komunikasi awam
adalah
i. Komunikasi bersemuka tetapi melibatkan bilangan
sasaran yang ramai.
ii. Tempat berkomunikasi berlaku ialah di tempat awam
iii. Interaksi antara sumber dari penerima maklumat adalah
rendah
c) Komunikasi Massa
Dalam komunikasi massa, maklumat
disampaikan melalui perantaraan media.
Di antara media yang sering menjadi
perantaraan ialah media massa seperti radio,
televisyen, akhbar, majalah atau buku.
Komunikasi massa boleh dicirikan oleh :-
i. adanya perantaraan media di antara sumber dan penerima
maklumat
ii. komunikasi massa terdiri daripada individu-individu yang
berbagai-bagai jenis dan ragam
iii. jarak di antara sumber dengan penerima adalah
berjauhan
iv. sumber tidak mengenali siapakah individu-individu yang
menerima maklumat
v. komunikasi berlaku secara formal
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 19
vi. penyediaan maklumat dilakukan oleh berbagai-bagai
individu
d) Komunikasi Tanpa Lisan
Komunikasi tanpa lisan boleh juga berlaku secara sendirian.
Lazimnya, komunikasi berlaku sebagai pelengkap kepada ketiga-
tiga jenis komunikasi yang telah dibincangkan tadi. Maklumat
yang diterima daripada komunikasi adalah melalui isyarat tanpa
lisan. Antara isyarat tanpa lisan adalah nada suara, air muka,
gerak badan, hubungan mata, atau gerak tangan.
Komunikasi jenis ini bolehlah digunakan sebagai:-
i. Pelangkap kepada komunikasi lisan atau tulisan
ii. Isyarat tanpa lisan menggambarkan emosi individu dan
lazimnya menunjukkan perasaan yang sebenar.
iii. Komunikasi lisan akan lebih berkesan sekiranya diiringi
oleh komunikasi tanpa lisan
5.3.3 Kaedah komunikasi
Kaedah atau model kommunikasi mula diperkenalkan pada akhir
tahun 1940-an. Kaedah-kaedah komunikasi yang dibentuk pada
tahun-tahun tersebut seperti Model lasswell (1948) dan model
Shannon dan Weaver (1949), menekankan kaedah komunikasi
sehala daripada sumber kepada penerima. Mereka mengandaikan
bahawa penerima adalah pasif dan menerima sahaja apa yang
disampaikan oleh sumber. Kemudian pada tahun 1950-an
kebanyakan daripada andaian awal model komunikasi telah
dipinda. Model Sgood, model Schramm (1954) dan model
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 20
Newcomb (19530, tidak lagi menganggap komunikasi sebagai
proses
sehala. Sebaliknya mereka beranggapan bahawa
komunikasi adalah proses dua hala.
Pada masa sekarang secara umumnya komunikasi
boleh berlaku dalam beberapa kaedah iaitu:
i. Komunikasi Sehala iaitu maklumat yang
disampaikan tidak memerlukan reaksi
dari penerima seperti semasa pengucapan
awam, menonton televisyen dan mendengar ceramah.
ii. Komunikasi Dua Hala iaitu maklumat yang
disampaikan memerlukan reaksi dari penerima seperti
majlis dailog, pidato, debat. Pembelajaran di dalam bilik
Kuliah juga merupakan komunikasi dua hala sekiranya
pelajar diberi
peluang untuk bersoal jawab denga pensyarah.
iii. Komunikasi Menegak iaitu komunikasi yang
berlaku dari pihak atasan kepada pihak
bawahan atau sebaliknya seperti bapa kepada
anaknya dan majikan kepada pekerjanya
iv. Komunikasi Mendatar iaitu komunikasi yang berlaku
di antara rakan sekelas atau rakan sekerja.
v. Rantaian Komunikasi iaitu kaedah menyalurkan
maklumat agar maklumat dapat disampaikan kepada
semua pihak dengan berkesan. Ia biasanya berlaku di
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 21
dalam sesebuah organisasi yang besar yang mana
rantaian komunikasi yang berkesan diperlukan agar
maklumat yang diberikan akan dapat diterima oleh
pekerja dengan sejelas-jelasnya. Penerimaan maklumat
yang tidak jelas boleh menyebabkan penafsiran yang
salah dan akhirnya kesilapan akan berlaku. Kekaburan
maklumat akan berlaku sekiranya rantaian komunikasi
yang diamlkan oleh organisai adalah tidak tersusun.
5.3.4 Kepentingan komunikasi
Pada zaman serba moden ini, keperluan komunikasi bukan sahaja
terhad kepada memenuhi keperluan hidup asas seperti bercakap
dengan jiran tetangga, rakan-rakan ataupun sesama ahli keluarga.
Komunikasi sekarang telah berperanan sebagai fungsi
memberitahu, mendidik, membujuk dan menghibur.
a) Fungsi Memberitahu
Fungsi ini bolehlah dikatakan antara fungsi
komunikasi yang terawal yang digunakan
oleh manusia. Tujuan adalah untuk
memberitahu orang lain tentang sesuatu
perkara yang dirasakan oleh penyampai
perlu diketahui oleh orang lain. Dalam
kehidupan kita setiap hari, banyak contoh
komunikasi yang menjalankan fungsi
memberitahu. Fungsi memberitahu ini
menumpukan perhatiannya kepada
penyampai atau sumber maklumat. Tujuan penyampai adalah
untuk memberitahu. Untuk memastikan bahawa komunikasinya
berjaya, komunikator yang menjalankan fungsi ini seringkali akan
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 22
mengunakan strategi menyebarkan maklumat sebanyak mungkin
atau menyampaikan maklumat dengan lebih kerap.
b) Fungsi Mendidik
Fungsi mendidik ini bukanlah untuk
mempengaruhi sikap atau tingkahlaku
orang lain. Tetapi tugas mereka adalah
"sekadar memberi maklumat" agar
dapat menambahkan pengetahuan
seseorang itu tentang sesuatu perkara
atau bidang. Fungsi mendidik ini
mementingkan kedua-dua pihak,
penyampai dan penerima maklumat
untuk memastikan fungsi tersebut tercapai. Kejayaan fungsi ini
bergantung pada sejauh mana seseorang itu merasai bahawa
pengetahuannya bertambah hasil daripada pendedahnya
terhadap maklumat yang diterima. Mungkin juga fungsi mendidik
ini tidak berjaya sekiranya maklumat yang ingin disampaikan itu
telah pun diketahui oleh pihak penerima.
c) Fungsi Membujuk
Fungsi membujuk ini pula mendapat perhatian pengkaji
komunikasi selepas Perang Dunia Pertama iaitu apabila pihak
tentera Jerman telah menggunakan komunikasi dalam usaha
propagandanya. Iklan juga menggunakan fungsi membujuk.
Tujuan utama iklan adalah untuk mempengaruhi kita membeli
barang-barang yang diiklankan. Untuk mendapatkan kesan
tersebut, penggunaan komunikasi tidak terhad kepada
menyebarkan maklumat tetapi mestilah mendapat menembusi
perasaan dan emosi individu atau kumpulan yang disasarkan
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 23
maklumat itu. Adakalanya fakta maklumat yang disampaikan
kepada kita tidak tepat dan sengaja diputar belitkan.
d) Fungsi Menghibur
Wayang gambar, rancangan hiburan yang
disiarkan melalui radio televisyen, drama,
komik dan sebagainya adalah antara
contoh cara berkomunikasi untuk
menghibur. Oleh kerana fungsi hiburan
ini amat digemari ramai, maka telah
ada usaha untuk menerapkan unsur pendidikan,
penerangan dan unsur perpaduan untuk mendidik orang ramai
tentang pentingnya kita bertolak ansur sesama kita untuk
mewujudkan rakyat Malaysia yang bersatu padu.
5.3.5 Halangan komunikasi
Biarpun zaman semakin maju dan terciptanya pelbagai alat-alat
canggih untuk membantu komunikasi agar ia berlaku dengan
berkesan, tetapi masih terdapat juga halangan-halangan yang
memyebabkan komunikasi yang berkesan sukar dilaksanakan.
a) Kebisingan. Suasana kelas bising menyebabkan
pelajar sukar mendengar pelajaran yang
disampaikan.
b) Emosi penyampai atau penerima. Penumpuan
akan terjejas jika emosi penyampai / penerima
kurang stabil.
c) Pemikiran tertutup Umpamanya, pelajar yang
kurang berminat terhadap sesuatu subjek mungkin
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 24
enggan mendengar penjelasan pensyarah atau
pensyarah yang kurang senang dengan sebilangan
pelajar dalam sesuatu kelas, mungkin akan
mengurangkan komunikasi terbuka.
d) Kurang tumpuan. Pelajar-pelajar kurang memberi
tumpuan terhadap pengajaran pensyarah.
e) Prasangka Terhadap Penyampai. Biasanya
berlaku pada pensyarah baru dimana pelajar-pelajar
menganggap pensyarah tersebut kurang
berpengalaman.
f) Perkataan yang mempunyai banyak makna.
g) Tiada perluang untuk mendapatkan penjelasan
h) Perbezaan latar belakang dan pengalaman
i) Maklumat tidak mencukupi
j) Penyampaian yang kurang menarik
k) Memikirkan sesuatu yang lain
l) Persekitaran yang tidak sesuai seperti panas atau
sejuk
AKTIVITI 1a
UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA…!SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 25
Jawab soalan-soalan yang berikut:
5.1 Apakah yang dimaksudkan dengan komunikasi Verbal.
5.2 Senaraikan langkah-langkah proses membuat keputusan.
5.3 Anda dilantik menjadi ajk pengangkutan bagi XPDC ke Taman
Negara Pahang. Apakah kaedah yang ingin anda gunakan untuk
sampai ke tempat tersebut sekiranya kenderaan politeknik tidak
boleh digunakan.
5.4 Cuba anda membuat jadual pengurusan masa untuk satu hari.
5.5 Setiap keputusan perlu direkodkan setiap
____________________hingga_______________.
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 26
Jawapan
5.1 Komunikasi Verbal ialah komunikasi lisan yang berlaku secara
langsung apabila dua orang berbual secara bersemuka atau
tidak.
Contohnya, pensyarah menyampaikan pengajaran kepada
pelajar-pelajar dengan cara syarahan.
5.2 Langkah-langkah membuat keputusan ialah
i. Kenal pasti keperluan, situasi dan masalah
ii. Dapatkan maklumat dan analisis sebab terjadinya masalah
iii. Membentuk alternatif jawapan yang mungkin
iv. Pemilihan alternatif
v. Perlaksanaan alternatif
vi. Penilaian dan maklumbalas
5.3 Contoh jawapan bagi membuat keputusan ke Taman Negara
sekiranya anda dari Kuala Lumpur ialah
i. Kenal pasti keperluan, situasi dan masalah
Masalah : Kenderaan Politeknik tidak dapat digunakan
Situasi : Rombongan seramai 30 orang pelajar
Keperluan : Kenderaan untuk ke pergerakan Taman
Negara. Perjalanan melalui Kuala Lumpur – Jerantut – Kuala
Tembeling – Kuala Tahan.
MAKLUMBALAS 1a
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 27
ii. Dapatkan maklumat dan analisis sebab terjadinya
masalah
Sebab masalah : kenderaan politeknik digunakan untuk
program yang lebih mustahak
iii. Membentuk alternatif dan menilai alternatif
a) Menyewa bas persiaran ke Kuala Tembeling. Menaiki
bot ke Kuala Tahan.
Kelebihan : mudah untuk menyewa bas
Kekurangan : mahal
b) Menyewa bas persiaran ke Kuala Tembeling. Menaiki
kenderaan pacuan empat roda ke Kuala Tahan
Kelebihan : mudah untuk menyewa bas
Kekurangan : mahal
c) Menaiki bas pengangkutan awam dari Kuala Lumpur
ke Jerantut. Menaiki van ke Kuala Tembeling. Menaiki
bot ke Kuala Tahan.
Kelebihan : murah
Kekurangan : masa perjalanan tertentu. Kesukaran
untuk sampai pagi di Kuala Tembeling untuk menaiki
bot di awal pagi.
d) Menaiki bas pengangkutan awam dari Kuala Lumpur
ke Jerantut. Menaiki pacuan empat roda ke Kuala
Tahan.
Kelebihan : murah dan menarik
Kekurangan : memerlukan banyak kenderaan pacuan
empat roda
e) Menaiki keretapi dari Kuala Lumpur ke Jerantut.
Menaiki van ke Kuala Tembeling. Menaiki bot ke
Kuala Tahan.
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 28
Kelebihan : murah, menarik dengan pelbagai
suasana pergerakan
Kekurangan : masa perjalanan keretapi terhad
f) Menaiki keretapi dari Kuala Lumpur ke Jerantut.
Menaiki pacuan empat roda ke Kuala Tahan.
Kelebihan : murah, menarik dengan pelbagai
suasana pergerakan
Kekurangan : masa perjalanan keretapi terhad
Bagi setiap alternatif anda bolehlah senaraikan kebaikan,
kelemahan sama ada dari segi pergerakan, masa dan
perbelanjaan. Faktor kepuasan peserta juga boleh diambil
kira dalam membuat penilaian
iv. Pemilihan alternatif
Setelah disenaraikan semua alternatif, anda perlulah
membuat pilihan alternatif yang hendak dipilih sama ada
secara mutlak sebagai jawatankuasa pengangkutan atau
dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa induk.
Katakan pemilihan yang dibuat adalah:
Menaiki keretapi dari Kuala Lumpur ke Jerantut. Menaiki
van ke Kuala Tembeling. Menaiki bot ke Kuala Tahan.
v. Perlaksanaan alternatif
Memaklumkan kepada peserta mengenai pemilihan yang
dilakukan dan persiapan yang perlu.
Akan menempah tiket keretapi, van dan bot
vi. Penilaian dan maklumbalas
Mendapatkan maklumbalas dan reaksi dari peserta.
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 29
Menempah tiket keretapi,van dan bot.
5.4 Sila anda isikan jadual akitiviti anda
Masa Aktiviti
5.5 30 minit hingga 1 jam.
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 30
5.4 Kemahiran asas perkhemahan
Perkhemahan adalah aktiviti asas bagi
kebanyakkan kegiatan luar. Pada zaman
dahulu, berkhemah merupakan cara hidup
bagi kaum-kaum Dayak Merah di
Amerika Syarikat. Tetapi kini aktiviti
perkhemahan telah menjadi kegiatan riadah
dan sukan yang diminati ramai terutama
golongan muda diserata dunia.
Perkhemahan merupakan cara hidup
sementara seseorang di persekitaran luar
rumah yang memerlukan seseorang
melakukan aktiviti kehidupan harian
dengan menggunakan peralatan dan bekalan makanan yang terhad.
5.4.1 Tatacara berkhemah
Menjadi ahli atau peserta dalam sesuatu aktiviti adalah lebih
mudah berbanding dengan menjadi jawatankuasa atau pengelola
sesuatu aktviti.
Sebagai pengelola anda haruslah mempunyai perancangan yang
tepat, sesuai dan sempurna agar dapat memastikan aktiviti yang
dirancangkan dapat dilaksanakan dengan berkesan.
INPUT
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 31
Pada kebiasaanya sebelum anda menganjurkan sesuatu aktiviti
perkhemahan atau sebagainya anda perlulah membuat kertas
kerja dan mesyuarat bersama-sama dengan rakan-rakan anda
untuk menentukan pembahagian kerja yang perlu dilaksanakan.
Kertas kerja yang anda buat haruslah mengandungi aspek-aspek
berikut :
i. Tajuk aktiviti
Contoh-contoh tajuk aktiviti :
XPDC SANTUARI BURUNG , KUALA GULA
KUALA KURAU PERAK
21 HINGGA 23 FEBRUARI 2003
XPDC MENDAKI GUNUNG TAHAN
20 MEI HINGGA 28 MEI 2003
ii. Pendahuluan
Anda hendaklah menceritakan serba sedikit mengenai
aktiviti anda.
Contohnya :
Pada zaman seba mencabar ini, banyak kegiatan yang
kurang sihat seperti penyalahgunaan dadah, membuang
masa di pusat-pusat hiburan, gejala-gelaja sosial seperti
bohsia kian menular dalam dekat ini.
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 32
Di atas kesedaran inilah maka PASUKAN POLIBRIGED
POLITEKNIK telah berusaha untuk mengadakan pelbagai
aktiviti yang dapat menyalurkan pelajar supaya menjadi
manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Sehubungan dengan itu maka Pasukan Polibriged bercadang
untuk mengadakan XPDC MENDAKI GUNUNG TAHAN
yang bertempat dihutan simpan Pahang yang mencapai
ketinggian 7174 kaki dari paras laut.
iii. Objektif aktiviti
Anda juga harus memberikan dua atau tiga objektif
mengapa anda hendak menjalankan aktiviti tersebut.
Contohnya :
m) Memperkenalkan politeknik dengan lebih dekat
kepada masyarakat
n) Memberi pendedahan, pengalaman serta kemahiran
untuk peserta mengurus diri dengan berkesan dan
cekap
o) Menguji daya ketahanan mental, fizikal dan rohani
setiap peserta
p) Mengubah haluan minda peserta dari belenggu
peperiksaan yang membebankan ke alam flora dan
fauna
iv. Jawatankuasa aktiviti
Antara jawatan kuasa yang perlu di isi adalah :
Penaung – biasanya terdiri dari Pengarah Politeknik sendiri
Penasihat – biasanya terdiri dari penasihat kelab/persatuan
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 33
Pengerusi – Anda atau rakan anda yang berkebolehan
memimpin
Setiausaha – untuk menguruskan surat menyurat
Bendahari – untuk menguruskan hal kewangan aktiviti
AJK Pengangkutan - menguruskan kenderaan atau bas ke
tempat aktiviti
AJK Makanan - menguruskan keperluan makanan
peserta
AJK Perubatan - menyediakan keperluan perubatan
untuk sepanjang aktiviti
AJK Logistik - menyediakan keperluan-keperluan lain
yang diperlukan
Lain-lain AJK -Jika perlu seperti promosi dan iklan,
tajaan, dan aktiviti
v. Peserta
Nyatakan sasaran peserta dan bilangannya
Contoh :
Penyertaan bagi XPDC ini adalah terbuka kepada semua
pelajar Politeknik tempat anda. Sasaran peserta adalah
seramai :
Pelajar : 30 orang
Pensyarah/ kakitangan : 4 orang
Jumlah 34 orang
vi. Keselamatan
Nyatakan bagaimana anda menjaga keselamatan peserta.
Anda juga harus menghubungi pihak polis berhampiran
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 34
mengenai aktiviti anda dikawasan mereka. Sertakan senarai
nama. Alamat dan telefon kecemasan peserta kepada pihak
terbabit. Selain dari pihak polis, pihak lain yang
bertanggungjawab terhadap kawasan yang anda adakan
aktivit juga perlu dihubungi seperti:
1. Ketua kampung/mukim
2. Jabatan Perhilitan
3. Jabatan Perhutanan
Contoh bagi XPDC Gunung Tahan melalui laluan Merapoh:
Keselamatan peserta disepanjang aktiviti adalah ditanggung
oleh peserta sendiri. Pihak kelab akan mengeluarkan borang
akuan lepas tanggungan kepada setiap peserta. Pihak kelab
juga akan menghubungi dan meminta kerjasama daripada
beberapa pihak untuk langkah-langkah keselamatan. Antara
pihak yang akan dihubungi adalah :
a. Balai Polis Daerah berkaitan
b. Jabatan Perhilitan Daerah Merapoh dan Taman
Negara Pahang.
Semua peserta juga akan dilindungi oleh Skim Ansuran
Berkelompok Takaful.
vii. Jangkamasa aktiviti
Nyatakan tempoh masa anda mengadakan aktiviti :
Contohnya :
XPDC ini mengambil masa selama 3 hari dua malam iaitu
dari 16 Mei 2003 hingga 18 Mei 2003.
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 35
viii. Pengangkutan
Nyatakan cara pergerakan anda :
Contohnya aktiviti Taman Negara Pahang :
Cara pergerakan yang akan dilakukan sepanjang aktiviti ini
adalah seperti berikut :
Ipoh - Kuala Lumpur - Bas Politeknik
Kuala Lumpur – Jerantut - Keretapi
Jerantut – K. Tembeling - Van
K. Tembeling – K. Tahan - Bot
Aktiviti di K. Tahan - Bot / Rakit
ix. Peralatan dan Makanan
Nyatakan semua peralatan dan jumlahnya yang perlu
dibawa oleh peserta dan Kelab. Tulis senarai tersebut
dilampiran berasingan.
Contoh :
Senarai keperluan peralatan dan makanan adalah seperti di
lampiran 1
x. Aktiviti
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 36
Nyatakan rancangan aktiviti yang hendak dijalankan di
lampiran berasingan.
Contoh :
Perancangan aktiviti adalah seperti di lampiran 2
xi. Perbelanjaan
Nyatakan anggaran perbelanjaan yang diperlukan di
lampiran berasingan. Perbelanjan harus meliputi :
a) Bekalan makanan
b) Pengangkutan
c) Perubatan
d) Peralatan yang perlu dibeli/sewa
e) Sewa tapak perkhemahan
f) Insuran
g) Cenderahati pihak tertentu – jika berkaitan
h) Permit masuk – jika berkaitan seperti ke Taman
Negara
i) Upah jurulatih/penunjuk jalan –jika berkaitan
j) Urusan pentadbiran seperti surat
menyurat/telefon
k) Dan sebagainya yang diraasakan perlu.
Contoh :
Anggaran perbelanjaan adalah seperti di lampiran 3
xii. Penutup
Nyatakan hasrat anda pada bahagian ini.
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 37
Apabila kertas kerja telah sempurna dan jawatan kuasa telah
dilantik. Anda perlu merancang beberapa siri mesyuarat sebelum
aktiviti dijalankan. Ini untuk memastikan rakan anda yang telah
dilantik menjalankan tugasnya. Sebarang kegagalan di mana-
mana jawatankuasa akan menyebabkan aktiviti anda menjadi
cacat atau terpaksa dibatalkan.
Perkara-perkara yang perlu diperbincangkan semasa mesyarat
adalah :
a) Mengenai tempahan bas / pengangkutan. Surat
permohonan bas perlu disertakan
b) Tempahan tempat aktiviti
c) Surat-surat tempahan tempat, kenderaan, keselamatan,
kebenaran berkhemah dari tuan punya kawasan
d) Surat lepas tanggungan
e) Senarai makanan / cara penyediaan makanan sama ada
memasak atau tempahan
f) Jumlah kewangan yang diperlukan
g) Jumlah peserta
h) Jumlah bayaran yang perlu bagi setiap peserta
i) Jumlah bantuan kewangan yang disediakan oleh pihak
Politeknik. Surat permohonan dan kertas kerja perlu
disertakan untuk memohon peruntukkan kewangan pihak
politeknik.
j) Iklan yang telah ditampal. Biasanya iklan perlu mendapat
tanda tangan penasihat atau kebenaran pihak tertentu.
k) Senarai peralatan yang ada dan yang perlu disediakan
l) Cara mendapatkan peralatan yang diperlukan
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 38
m) Aktiviti yang hendak dijalankan dan senarai peralatan yang
diperlukan untuk aktiviti.
Anda juga perlu mengadakan perjumpaan dengan semua peserta
sebelum aktiviti dijalankan. Pada perjumpaan tersebut anda boleh
memberikan taklimat mengenai perkara-perkara berikut :
a) Senarai keperluan yang perlu dibawa
b) Senarai makanan yang perlu dibawa
c) Pembahagian kumpulan juga boleh dibuat sebelum
bertolak.
d) Senarai ubatan yang perlu dibawa
e) Jumlah bayaran
f) Peraturan-peraturan perkhemahan/perjalanan dan
sebagainya untuk memudahkan kawalan peserta
g) Berbincang mengenai masalah-masalah yang mungkin
timbul.
Berikut adalah keperluan dan pengurusan badan yang
perlu anda ketahui sebelum melakukan aktiviti
perkhemahan
1. Kecergasan fizikal. Ini adalah merujuk kepada
kesihatan yang normal. Anda perlukan latihan fizikal seperti berlari
anak, bersenam, berenang, bersukan akan memudahkan anda
menjalankan aktiviti kegiatan luar.
2. Keperluan air. 60 peratus dari badan manusia
adalah air dan 83 peratus daripada darah manusia adalah air.
Secara kasar kuantiti air yang diperlukan oleh badan ialah 2.5 liter
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 39
( 10 gelas air ). Jumlah ini akan meningkat apabila anda membuat
kerja berat atau berada di tempat panas. Elakkan meminum air
dengan terlalu banyak ketika badan anda terlalu panas kerana ini
boleh membahayakan. Minumlah air dengan kadar yang sedikit
dahulu atau berehatlah sebentar sebelum meminum air dengan
kadar yang banyak. Jika didapati peluh keluar terlalu banyak,
minumlah air yang dicampur dengan sedikit garam ( 1 gram untuk
1 liter air ).
3. Keperluan makanan. Jangan mulakan aktiviti
fizikal dengan perut kosong. Makanlah sedikit sebelum sesuatu
aktiviti fizikal. Mengabaikan keperluan makanan akan
mengakibatkan seseorang pengsan atau terlalu letih semasa
aktiviti fizikal dijalankan.
4. Keperluan berehat. Badan manusia tidak
boleh berkerja terus-menerus apa lagi dalam kegiatan luar.
Berehatlah pada setiap kesempatan yang ada. Elakkan lewat tidur
hingga larut malam. Sewaktu dalam perjalanan sehari, rehat
beberapa kali. Masa yang sesuai untuk berehat adalah selama 10
minit.
5. Keperluan perlindungan. Pakaian yang sesuai
merupakan perlindungan yang terbaik. Gunakan pakaian dan
peralatan seperti khemah dan beg tidur yang mempunyai penebat
yang baik jika berkhemah di cuaca sejuk. Hindarkan diri dari angin
dan hujan. Jangan tidur dengan pakaian basah. Peluh hendaklah
dilap segera dari badan jika berehat di kawasan sejuk. Alas tempat
tidur supaya udara sejuk dari bumi dapat disekat. Kebersihan dan
kesihatan diri hendaklah dijaga.
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 40
6. Keperluan psikologi. Keperluan ini berbentuk
kerohanian dan kejiwaan. Dedahkan peserta dengan aktiviti yang
menyeronokkan. Perkara yang dapat membantu keseronokan
adalah pemandangan alam semulajadi, gunung-ganang air terjun
dan pelbagai panorama lagi. Lakukan kegiatan yang sesuai seperti
mengambil gambar, mengkaji atau penghayatan alam. Pastikan
kemampuan peserta apabila melakukan aktiviti yang mencabar.
Bagi meredakan tekanan mental setelah penat, aktiviti bercorak
hiburan juga boleh membantu. Semangat setiakawan dan tolong
menolong juga boleh membantu menaikkan semangat seseorang.
5.4.2 Peralatan perkhemahan
1. Khemah .
i. Khemah berangka (frame tent) – berat , lasak , besar
ii. Khemah rabung – bentuk A atau iglu , dome
iii. Khemah ringkas – poncho dan hammock
2. Beg galas / pek ( pack). Susunan barang di dalam pek
adalah bergantung kepada aktiviti yang hendak di jalankan. Untuk
aktiviti di kawasan yang rata, barang ringan seperti beg tidur
hendaklah dimuatkan dibawah sekali dan bahan berat seperti
a) Khemah rabung b) Khemah berangka
Rajah 1: Bentuk khemah
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 41
bahan makanan di sebelah atas. Bagi kawasan lereng curam
seperti mendaki, barang berat hendaklah diletak ditengah-tengah
pek, sementara barang ringan di bahagian yang bertentangan
dengan belakang pengguna. Ini bertujuan mengimbangkan badan
dan menjimatkan tenaga. Semua barang hendaklah diisi dalam
pek. Jangan biarkan ada barang yang tergantung atau terbuai-
buai. Ini akan mengganggu semasa kita bergerak. Tentukan
muatan sebelah kiri dan kanan sama berat.
3. Beg tidur. Beg tidur sesuai sekiranya kita berekreasi di
kawasan yang tinggi atau sejuk.
4. Perkakas memasak. Perkakas memasak biasanya adalah
alatan kumpulan. Dapur yang biasa digunakan adalah :
i. Dapur gas untuk berkhemah
ii. Dapur minyak atau daput spirit
iii. Dapur api menggunakan “solid fuel” dan kayu
api.
Selain itu bekas untuk memasak lain juga perlu dibawa seperti
kuali, periuk, mess tin, bekas air, sudu dan garpu dan sebagainya.
a) Dapur gas b) Dapur minyak c) Dapur solid feul
Rajah 2 : Jenis dapur
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 42
5. Lampu suluh. Setiap individu hendaklah membawa bersama
lampu suluh untuk kegunaan bergerak, aktiviti atau kecemasan.
6. Lampu malam. Lampu malam yang biasa digunakan adalah
jenis harikan atau lampu gas.
7. Alat perubatan. Alat perubatan yang perlu dijadikan
sebagai alat individu. Berikut adalah panduan perubatan untuk
aktiviti sekitar tujuh hari:
i. Satu tiub ubat sapu antibiotik.
ii. 10 – 20 pil pereda kesakitan seperti Panadol, aspirin.
iii. 10 – 15 pil anti cirit-birit.
iv. 10 biji pil multivitamin ( sebiji sehari )
v. 10 biji pil vitamin C 500 mg. ( sebiji sehari )
vi. 20 – 30 pil pelali air ( sebiji untuk satu liter air )
vii. Satu botol losyen perawat calar kulit atau gigitan
serangga.
viii. Dua hingga tiga pil anti malaria ( seminggu sekali).
8. Bahan kimia. Belerang kuning adalah sesuai untuk
mencegah ular, serangga dan binatang yang merayap. Ia ditabur
sekitar kawasan khemah. Terdapat juga jenis yang disapu pada
kulit seperti Tabard dan krim pelindung kulit.
9. Alat ikhtiar hidup. Alat ini adalah penting untuk mereka
yang mengadakan aktiviti yang jauh terpencil dan memakan masa
yang lama.Alat tersebut hendaklah dibungkus dalam bekas khas
dengan padat, kuat dan tidak boleh dimasuki air. Alat yang
dicadangkan ialah :
i. Bahan masakan segera untuk keperluan 24 jam
ii. Garam halus 100 gram
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 43
iii. Mata pancing (tiga bentuk bersaiz kecil)
iv. Tali pancing (2 utas x 3 meter)
v. Mancis api (satu kotak )
vi. Aluminium foil (saiz surat khabar)
vii. Seutas tali untuk buat jerat (3 meter)
viii. Sebatang lilin
ix. Sedikit ubat-ubatan jika perlu.
10. Alat Isyarat. Selain lampu, alat isyarat lain yang boleh
digunakan ialah wisel. Wisel hendaklah dipasang tali supaya tidak
mudah hilang.
11. Alat kegunaan am. Pisau, parang, pembuka tin, penyodok
hendaklah dibawa mengikut keperluan kumpulan.
12. Mancis api. Setiap individu hendaklah menbawa mancis atau
pemetik api walaupun ia tidak merokok. Ia hendaklah dibungkus di
dalam kampit plastik agar tidak basah apabila terkena hujan.
13. Alat jahitan. Ia digunakan untuk menjahit pakaian, pek atau
kasut yang koyak.
14. Kampit plastik. Ia digunakan untuk menyimpan makanan,
melindungi alatan daripada basah, membuang sampah,
membungkus pakaian basah atau kotor apabila pulang, membuat
pelampung.
15. Alat tulis. Segala kejadian/peristiwa/maklumat penting
hendaklah dicatatkan. Buku yang baik haruslah mempunyai
nombor telefon kecemasan ahli, alamat ahli dan sebagainya untuk
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 44
dihubungi jika berlaku kecemasan. Alat tulis hendaklah di simpan
dengan baik dalam kampit plastik agar tidak basah dan rosak.
16. Jam tangan. Tentukan ianya kalis air dan lasak. Jam tangan
adalah penting untuk mengetahui waktu dengan tepat. Ia juga
boleh digunakan untuk menganggar jarak perjalanan.
17. Tali rafia. Tali ini diperlukan untuk membuat ampaian,
mengikat barang dan membuat tali sempadan kawasan khemah.
Tali rafia agak sesuai kerana ianya ringan dan murah.
18. Alatan peribadi. Berus gigi, ubat gigi, sabun, sikat, pakaian
secukupnya. Seluar pendek adalah tidak sesuai untuk aktiviti yang
memerlukan berkhemah di dalam hutan.
19. Alatan khusus. Ia bergantung kepada bentuk aktiviti yang
hendak dijalankan. Contohnya Kompas dan peta untuk aktiviti
pandu arah , kelengkapan abseiling untuk aktiviti mendaki,
peralatan menyelam untuk aktiviti scuba dan sebagainya.
20. Bekalan makanan.Terdapat sekurang-kurangnya tiga cara
untuk menentukan kuantiti bahan makanan yang hendak dibawa.
i. Cara menu. Menu lengkap hendaklah difikirkan dari hari
pertama hingga hari terakhir kegiatan.
ii. Cara had berat. Cara ini memerlukan kepakaran. Ia
menggunakan kaedah berat dalam menentukan jumlah
makanan seseorang. Seseorang dihadkan sekitar 900 gram
bahan makanan sehari dengan nilai kalorinya sebanyak 3
500.
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 45
iii. Cara anggaran kasar. Cara ini paling mudah dan mudah
pula berlaku kesilapan makanan tidak mencukupi
Sebagai panduan kasar, berikut ialah sukatan yang mencukupi
untuk sekali makan / minum bagi satu orang :
Beras - 150 gram atau setengah tin susu saiz kecil.
Gula - 20 – 40 gram atau 1 – 2 sudu besar.
Kopi / Teh - Satu sudu kecil ( satu uncang boleh
digunakan dua
kali )
Sardin - setengah tin kecil
Mi segera - 1 kampit.
Biskut - 4 – 6 keping.
Roti - 2 – 4 keping.
Quaker oats - 3 – 4 sudu.
5.4.3 Cara-cara memasang khemah
1. Khemah hendaklah didirikan di atas tapak yang
sesuai dan selamat.
2. Jika memasang khemah ketika angin kuat, tentukan
supaya bahagian belakang khemah yang menghadap angin.
Sekiranya sebaliknya. Angin akan memasuki khemah dan ini
menyukarkan keadaan.
Rajah 3 : Cara memasang khemah semasa angin bertiup
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 46
3. Gunakan kayu yang panjang mengantikan
paku/pancang khemah jika mendirikan khemah di pasir, tanah
lembut atau kawasan berangin.
4. Kedudukan pancang hendaklah bersudut tepat
dengan tali khemah.
5. Bersihkan tapak khemah daripada sampah dan objek
yang mengganggu seperti kayu dan batu.
6. Apabila hujan, kendorkan tali khemah sedikit. Ini
untuk memanjangkan hayat khemah. Pastikan lapisan luar
khemah tidak bersentuh dengan lapiran dinding dalam
khemah. Ini untuk mengelakkan air dari meresap ke dalam
khemah.
7. Jarak antara khemah jangan terlalu dekat sehingga
menyukarkan pergerakan. Jangan pula terlalu jauh sehingga
menyukarkan perhubungan.
8. Kawasan tapak perkhemahan hendaklah dicari dua
hingga tiga jam sebelum hari gelap terutamanya di kawasan
pergunungan
9. Ciri-ciri pemilihan tapak perkhemahan adalah seperti
berikut :
i. Tanah yang rata.
ii. Ada perlindungan dari bukit atau pokok
supaya tidak terdedah dari ancaman angin.
iii. Dekat dengan punca air
iv. Boleh mendapat sinaran cahaya matahari di
waktu pagi
v. Mempunyai hubungan yang baik dengan
denai supaya mudah untuk bergerak diwaktu kecemasan.
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 47
10. Langkah-langkah untuk memasang khemah adalah seperti
berikut:
i. Tutup semua pintu khemah sekiranya khemah mempuyai
zip.
ii. Bentangkan khemah di atas tapak yang telah dipilih.
iii. Pancangkah disetiap penjuru khemah dengan pancang
yang disediakan atau kayu pancang. Pastikan lantai
khemah (groungsheet) dalam keadaan tegang.
iv. Pasangkan tetulang khemah sekiranya khemah
mempunyai tetulang yang disediakan.
v. Angkat atap khemah setelah tetulang dipasang.
vi. Pasangkan atap lapisan kedua (flysheet). Pancangkan
dengan kemas agar atap lapisan kedua tidak menyentuh
atap khemah lapisan pertama. Atap khemah lapisan
pertama biasanya diperbuat dari kain telap air manakala
flysheet biasanya diperbuat dari plastik agar ia kalis air.
11. Larangan untuk tujuan keselamatan :
i. Jangan berkhemah terlalu dekat dengan
sungai atau anak sungai.
Rajah 5 : Kedudukan flysheet dan atap pertama khemah
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 48
ii. Elakkan mendirikan khemah dikawasan
lalang, semak samun dan belukar. Kawasan tersebut
biasanya banyak serangga dan binatang merayap.
iii. Elakkan berkhemah di atas tanah lembap.
iv. Elakkan berkhemah di tebing yang tinggi
dan curam.
v. Jangan mendirikan khemah dibawah dahan
mati
vi. Jangan mendirikan khemah di atas denai
binatang.
vii. Jangan terlalu dekat dengan curam bukit
untuk mengelakkan tanah runtuh.
5.4.4 Aktiviti perkhemahan
Aktiviti perkhemahan biasanya merujuk kepada aktiviti rekreasi
yang meliputi aktiviti-aktiviti seperti mengembara, berkhemah,
mendaki gunung, kayak dan sebagainya. Aktiviti perkhemahan
biasanya bersifat aktif dan mempunyai cabaran dan risiko tertentu
dan memerlukan ketahanan mental dan fizikal.
Aktiviti perkhemahan boleh dibahagi kepada tiga kategori iaitu
i. Berpusat di darat
a. berkhemah
b. mendaki gunung
c. mengembara
d. memburu
e. meneroka gua
f. berbasikal
g. absailing
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 49
h. flying fox
ii. Berpusat di air
a. berkayak
b. scuba diving
c. luncur layar
d. berakit
iii. Berpusat di udara
a. payung terjun
b. wind glider
Selain dari aktiviti di atas kita juga menjalankan aktiviti lawatan seperti
lawatan keperkampungan orang asli, tempat-tempat bersejarah,
santuari burung, aktiviti berkumpulan, permainan, persembahan
malam budaya dan sebagainya.
Menyusun aktiviti perkhemahan tiga hari dua malam
Masa Hari Pertama Hari Kedua Hari Ketiga5.30 pagi - Selamat Pagi
Persiapan solatPersiapan sarapan
Selamat PagiPersiapan solatPersiapan sarapan
7.00 pagi Senaman pagi Senaman pagi7.45 pagi Sarapan Sarapan8.00 pagi Perjumpaan
Bertolak ke lokasi
Aktiviti 7 Aktiviti 11
10.00 pagi Perjalanan Rehat Rehat10.30 pagi Perjalanan Aktiviti 8 Berkemas12.00 tghi Sampai
Diri KhemahRehat / masakMakan tengahariSolat
Rehat / masakMakan tengahariSolat
2.00 ptg Aktiviti 1 Aktiviti 9 Berkemas dan selamat tinggal
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 50
4.30 ptg Rehat /Solat Rehat / Solat5.00 ptg Aktiviti 2 Aktiviti 106.30 ptg Rehat / masak
Makan malamSolat
Rehat / masakMakan malamSolat
8.00 mlm Aktiviti 3 Persiapan persembahan
9.00 mlm Aktiviti 4 Persembahan10.00 mlm Aktiviti 5 persembahan11.00 mlm Aktivtiti 6 pesembahan12.00 mlm Selamat malam Selamat malam
Secara umumnya terdapat sebanyak 11 aktiviti yang perlu di
rancangkan. Tetapi anda tak perlu risau kerana ada masanya aktivtiti
terpaksa dijadikan satu contohnya sekiranya anda ingin membuat
aktiviti jungle trekking pada hari kedua, kemungkinan ia mengambil
masa dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Jadi aktiviti 7 dan 8 akan
menjadi satu aktiviti sahaja.
Aktiviti yang sesuai dijalankan di waktu siang antaranya adalah
a) Jungle trekking.
b) River crossing.
c) Flying fox.
d) Orentering.
e) Lawatan-lawatan
f) Sukan dan permainan
g) Merempuh halangan
Aktiviti yang sesuai dijalankan diwaktu malam pula adalah :
a) Kuliah moral/ maghrib
b) Permainan-permainan kim
c) Sesi mengenal diri
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 51
d) Malam kebudayaan
e) Jejak spora – melihat keindahan tumbuhan bercahaya diwaktu
malam
f) Latihan dalam kumpulan (LDK)
Jawab soalan-soalan berikut:
4.6 Senaraikan jenis-jenis khemah.
4.7 Pilih ciri-ciri tapak perkhemahan yang baik
i. tanah rata
ii. berhampiran sumber air
iii. di bawah pokok besar
iv. mempunyai laluan atau denai-denai berdekatan
A .i,ii,iii B. i,ii,iv C. ii,iii,iv D. i,iii,iv
4.8 Aktiviti perkhemahan boleh dibahagikan kepada tiga kategori.
Senaraikan ketiga-tiga kategori itu.
AKTIVITI 1b
UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA…!SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 52
Jawapan:
4.6 i. Khemah berangka
ii. Khemah rabung
iii. Khemah ringkas
4.7 Jawapan B
4.8 i. berpusat di darat
ii. berpusat di air
iii. berpusat di udara
MAKLUMBALAS 1b
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 53
Anda telah menghampiri kejayaan . Sila cuba semua soalan dalam
penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang
disediakan .
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan
pensyarah anda.
Selamat mencuba semoga berjaya !!!
1. Anda adalah pengerusi sebuah kelab di politeknik di
tempat anda. Satu perkhemahan akan diadakan disatu hutan
lipur. Senaraikan satu jawatan kuasa bersama tugas-tugas yang
perlu dilakukan oleh jawatan kuasa tersebut.
2. Dalam aktiviti kumpulan semasa perkhemahan anda
dikehendaki memberi ceramah kepada kumpulan anda yang
bertajuk ‘Bagaimana untuk meninggikan keberkesanan dan
kemesraan dalam berkomunikasi’. Apakah isi-isi yang perlu anda
kemukakan pada syarahan tersebut
PENILAIAN KENDIRI
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 54
Adakah anda telah mencuba dahulu ???
Jika “ YA “ , sila semak jawapan anda .
JAWAPAN PENILAIAN KENDIRI
1. Pengerusi – Anda atau rakan anda yang berkebolehan memimpin
Setiausaha – untuk menguruskan surat menyurat
Bendahari – untuk menguruskan hal kewangan aktiviti
Pengangkuta
n
- m -menguruskan kenderaan atau bas ke
tempat aktiviti
AJK AJK Makanan - m -menguruskan keperluan makanan
peserta
AJK Perubatan -menyediakan keperluan perubatan untuk
sepanjang aktiviti
AJK Logistik -Menyediakan keperluan-keperluan yang
diperlukan
AJK Adio dan Video -Menyediakan peralatan pandang dengar
jika ada sesi ceramah.
2. i. cuba fahami orang lain
MAKLUMBALAS
PENGURUSAN DAN JATI DIRIR1001 / UNIT 5/ 55
ii. beri peluang kepada orang lain menceritakan sesuatu
(masalah)
iv. belajar untuk bercakap bahasa mereka
v. jadikan mereka berasa diutamakan
vi. jadikan orang lain mesra dengan anda
vii. sentiasa bersedia menerima/membantu orang lain
viii. tingkatkan kemahiran mendengar
ix. berlaku jujur kepada diri sendiri
x. kemaskan diri anda agar menarik dipandang
xi. katakan sesuatu dengan hormat
xii. tahu bila harus berhenti menanya