Ulasan keberkesanan e-pembelajaran - 2
Transcript of Ulasan keberkesanan e-pembelajaran - 2
KEBERKESANAN E-PEMBELAJARAN
Oleh: Nor Zakaria bin Wahi (M2014100724)
Menurut Md. Aminul Islam, et al. (2010) dalam kajian yang bertajuk ‘Factors Affecting
E-Learning Effectiveness in a Higher Learning Institution in Malaysia’ mendapati bahawa
keberkesanan e-pembelajaran adalah dipengaruhi secara signifikan oleh pembolehubah bebas
seperti reaksi dan kepuasan, hasil pembelajaran dan pencapaian dan kebiasaan dengan teknologi
pembelajaran dalam talian. Penyertaan dan interaksi tidak mempunyai pengaruh ketara ke atas
keberkesanan e-pembelajaran kerana interaksi bersemuka dalam sistem pengajaran tradisional
adalah lebih penting dalam proses pembelajaran.
Salah satu sebab untuk kepuasan penggunaan e-pembelajaran adalah kerana pelajar-
pelajar ini mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan teknologi secara umum.
Pembelajaran dengan menggunakan komputer dan Internet bermaksud bahawa ia adalah
gabungan pembelajaran tentang bahan sumber e-pembelajaran dan kemahiran menggunakannya.
Apabila pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap teknologi, kemungkinan ini akan
membawa kepada kejayaan pembelajaran dan faktor ini adalah penting dalam menentukan
kepuasan pelajar dalam menggunakan bahan e-pembelajaran (Rashidah et al., 2012).
Implikasi e-pembelajaran merujuk kepada bahan pembelajaran yang berkualiti,
bersesuaian dan maklumat yang lengkap untuk memenuhi keperluan pelajar untuk memastikan
kepuasan pengguna tanpa mengenepikan kepentingan sistem yang boleh dipercayai dan boleh
diakses. Jika penggunaan sistem adalah rendah disebabkan kepuasan pengguna yang rendah,
pelaksanaan sistem e-pembelajaran adalah dianggap tidak berjaya memandangkan kos pelaburan
yang tinggi yang terlibat dalam membangunkan dan mengekalkan sistem e-pembelajaran.
Sumber maklumat tidak lengkap dan tidak boleh diakses oleh pelajar boleh menjejaskan kualiti
sistem dan seterusnya memberi kesan kepada kepuasan pengguna dan dengan itu memberi kesan
terhdap kejayaan pelaksanaan sistem e-pembelajaran (Ramayah & Wai, 2012).
Pemilihan bahan di dalam pembelajaran memainkan peranan penting dalam menarik
minat pelajar untuk menggunakan e-pembelajaran. Menurut Fatimah Hassan et al. (2010)
menyatakan penggunaan bahan multimedia memainkan peranan penting dalam mempengaruhi
keberkesanan e-pembelajaran. Nilai min pelajar terhadap setiap strategi yang digunakan dalam
pembangunan bahan multimedia e-pembelajaran yang disediakan mencatatkan nilai lebih
daripada 3.5. Ini menunjukkan bahawa strategi yang digunakan dalam bahan multimedia
e-pembelajaran yang disediakan untuk kursus-kursus yang mendapat persepsi yang lebih tinggi
daripada pelajar-pelajar.
Rujukan
Fatimah Hassan, Hasmawati Hassan, Norziani Dahalan, Zuraini Zakaria & Wan Asna Wan
Mohd Nor (2010). Effective e-learning multimedia material in distance education: the
students/learners perception. Malaysian Journal of Distance Education, 12(1), 35-52.
Retrieved April 6, 2015 from http://mjde.usm.my/vol12_1_2010/mjde12_1_3.pdf
Md. Aminul Islam, Chuthamas Chittithaworn, Ahmad Zulhusny Rozali & Hee Liang (2010).
Factors affecting e-learning effectiveness in a higher learning institution in Malaysia. Jurnal
Pendidikan Malaysia, 35(2), 51-60. Retrieved April 6, 2015 from http://www.ukm.my/
jurfpend/Jilid%2035%281%29,%202010/Bab%204.1.pdf
Ramayah, T., Wai, J.C.L. (April 2012). System characteristics, satisfaction and e-learning usage:
a Structural Equation Model (SEM). The Turkish Online Journal of Educational Technology,
11(2). Retrieved April 8, 2015 from http://www.tojet.net/articles/v11i2/11221.pdf
Rashidah Rahamat, Parilah M. Shah, Rosseni Din, Sharifah Nor Puteh, Juhaida Abd. Aziz,
Helmi Norman, M. Amin Embi (2012). Measuring learners’ perceived satisfaction towards
e-learning material and environment. WSEAS transactions on advances in engineering
education, 9(3). Retrieved April 9, 2015 from http://www.wseas.org/multimedia/
journals/education/2012/55-355.pdf