ulasan jurnal

3
NUR FAJRINA BINTI ROSLI (BT11110127) Berdasarkan daripada jurnal yang telah dihasilkan oleh Abdul Hamid Abdullah dan Shahrin Sharudin, bahan buangan berjadual ialah bahan buangan yang boleh membahayakan kesihatan manusia, merosakkan alam sekitar serta sesuatu yang memerlukan kaedah pelupusan tertentu. Secara amnya, bahan buangan berjadual merupakan satu kaedah yang digunakan bagi membuang bahan buangan seperti bahan buangan berminyak, kimia dan biologi yang tidak boleh dilupuskan sesuka hati di sesuatu tempat yang boleh memberi impak kepada manusia serta persekitaran tempat pelupusan sisa bahan buangan berjadual tersebut. Sekiranya, rawatan dijalankan ke atas bahan buangan berjadual dilaksanakan maka proses tersebut berkemampuan untuk merawat sebahagian daripada bahan buangan yang dihasilkan kepada suatu takat tertentu saja. Dengan adanya pengurusan bahan buangan berjadual, perhatian kerajaan tertumpu kepada teknik yang sesuai bagi mengurangkan jumlah bahan buangan yang dihasilakan oleh setiap industri yang terdapat di Malaysia. Secara tidak langsung, perhatian kerajaan itu telah membuatkan industri besar merawat air sisa mereka walaupun pada hakikatnya rawatan tersebut dilakukan bagi mematuhi Peraturan Akta Kualiti Alam Sekeliling yang telah dikuatkuasakan oleh Jabatan Alam Sekitar. Kemudian pengurusan bahan buangan berjadual ini membolehkan bahan buangan tersebut digunakan semula melalui proses rawatan kitar semula. Contohnya Metal Reclamation Sdn.Bhd telah mengitar semula beteri kereta lama dan tidak terpakai yang mengandungi jumlah plumbum

description

jurnal

Transcript of ulasan jurnal

Page 1: ulasan jurnal

NUR FAJRINA BINTI ROSLI (BT11110127)

Berdasarkan daripada jurnal yang telah dihasilkan oleh Abdul Hamid Abdullah dan

Shahrin Sharudin, bahan buangan berjadual ialah bahan buangan yang boleh

membahayakan kesihatan manusia, merosakkan alam sekitar serta sesuatu yang

memerlukan kaedah pelupusan tertentu. Secara amnya, bahan buangan berjadual

merupakan satu kaedah yang digunakan bagi membuang bahan buangan seperti

bahan buangan berminyak, kimia dan biologi yang tidak boleh dilupuskan sesuka

hati di sesuatu tempat yang boleh memberi impak kepada manusia serta

persekitaran tempat pelupusan sisa bahan buangan berjadual tersebut.

Sekiranya, rawatan dijalankan ke atas bahan buangan berjadual dilaksanakan maka

proses tersebut berkemampuan untuk merawat sebahagian daripada bahan

buangan yang dihasilkan kepada suatu takat tertentu saja.

Dengan adanya pengurusan bahan buangan berjadual, perhatian kerajaan tertumpu

kepada teknik yang sesuai bagi mengurangkan jumlah bahan buangan yang

dihasilakan oleh setiap industri yang terdapat di Malaysia. Secara tidak langsung,

perhatian kerajaan itu telah membuatkan industri besar merawat air sisa mereka

walaupun pada hakikatnya rawatan tersebut dilakukan bagi mematuhi Peraturan

Akta Kualiti Alam Sekeliling yang telah dikuatkuasakan oleh Jabatan Alam Sekitar.

Kemudian pengurusan bahan buangan berjadual ini membolehkan bahan buangan

tersebut digunakan semula melalui proses rawatan kitar semula. Contohnya Metal

Reclamation Sdn.Bhd telah mengitar semula beteri kereta lama dan tidak terpakai

yang mengandungi jumlah plumbum yang tinggi. Kesannya, kilang ini telah

mengurangkan sisa-sisa bahan buangan berjadual di Malaysia.

Selanjutnya, pengurusan bahan buangan berjadual dapat mengurangkan tahap

keracunan buangan dan memekatkannya bagi memudahkan pengendaliannya

dengan melakukan proses kimia, fizik dan biologi ke atas bahan buangan tersebut.

Melalui Rawatan fizikal, kimia dan biologi, 55% daripada jumlah bahan buangan

berjadual boleh dirawat melalui kaedah ini. Secara tidak langsung, nilai nisbah

tersebut menunjukkan kepentingan sistem rawatan fizikal dan kimia bagi merawat

bahan buangan berjadual. Dengan mengunakan rawatan fizikal dan kimia juga,

Page 2: ulasan jurnal

bahan buangan daripada industri penyaduran elektrik dapat merawat. Rawatan

biologi pula akan lebih tertumpu kepada bahan buangan organik dan lazimnya

rawatan ini dilaksanakan selepas rawatan kimia-fizikal.

Manakala, apabila kita melakukan proses penunuan iaitu rawatan terma yang

beroperasi pada suhu yang tinggi akan membantu dalam menukarkan ciri-ciri

mahaupun kandungan bahan buangan tersebut. Teknik ini amat berguna untuk

minyak hidrokarbon, poliklorinatat bifenil (PCBs) dan buangan patogenik ataupun

patologik. Bagi bahan buangan yang lain teknik ini membantu dalam

mengurangkan isipadu bahan buangan tersebut. Bahkan apabila proses penstabilan

dilaksanakan ke atas bahan buangan berjadual, ia akan membuatkan bahan

buangan tersebut menjadi lengai iaitu tidak aktif, mengurangkan sifat larut-resap

dan memudahkan pengangkutan. Dalam proses pemejalan pula ia akan menjadikan

bahan buangan tersebut pejal melalui beberapa tindak balas tertentu.

Pengurusan bahan buanagan dalam rawatan fizik membolehkan kadungan bahan

buangan dipisahkan tanpa perlu melakukan sebarang tindak balas kimia apabila

melaksanakan proses tersebut. Salah satu kaedah yang dilaksanakan bagi rawatan

fizik ini ialah proses pemisahan fasa. Pada masa yang sama juga pengurusan bahan

buangan berjadual ini turut boleh dilaksanakan ke atas bahan buangan berjadual

berorganik. Dengan proses yang dilaksanakan bahan buangan tersebut akan

ditindakbalaskan oleh organism mikro. Proses ini dapat dilaksanakan dengan

melakukan rawatan biologi.

Secara keseluruhannya, kerajaan haruslah menggunakan terknik yang berkesan

dalam melakukan sebarang tindakan ke atas bahan buangan berjadual dan harus

memastikan bahawa kos yang diperuntukkan bagi bahan buangan tersebut adalah

rasional. Tambahan pula, pengurusan yang dilaksanakan ke atas bahan buangan

hendaklah berterusan.