Ucapan Sempena Maal Hijrah 1438H

6
UCAPAN SEMPENA SAMBUTAN maal hijrah 1438h Hadirin yang dirahmati oleh Allah SWT, Marilah terlebih dahulu kita memanjatkan puji syukur yang sedalam-dalamnya kepada Allah swt. Berkat rahmat, taufik dan hidayahNya, kita dapat berkumpul bersama-sama pada hari yang sangat berbahagia ini. Hari ini kita telah memasuki tahun baru Hijriah. Maka, selayaknya kita menggunakan kesempatan ini menoleh sejenak ke belakang. Melakukan penilaian sejujurnya. Tentang berapa jauh ketaatan dan amal bakti yang telah kita lakukan untuk agama kita selama ini. Untuk bangsa. Untuk tanahair. Adakah kita dari mereka yang selama ini mengabdikan diri, menginfakkan harta, masa dan tenaga demi agama? Atau apakah kita antara mereka yang ke sana dan ke mari menunggang agama demi kepentingan sendiri? Biar dalam kelompok manapun kita tergolong. Apabila tibanya tahun baru, tanamlah azam dan ltizam. Untuk memperbaharui dan menambah baik kadar sumbangan kita pada Islam. Kerana dengan melakukan penilaian secara cermat dan teliti sebegini, insyallah, kita akan sedar. Apakah selama masa yang kita lewati ini, kita termasuk orang yang beruntung, atau hanya menjadi orang yang selalu dalam kelalain. Dan seperti yang diingatkan kepada kita di dalam Surah Al-Asr, ayat 1 dan 2, Allah SWT sendiri bersumpah, betapa demi masa, manusia itu dalam kerugian. Jesteru, dalam memasuki lembaran baru ini, saya mempunyai satu seruan. Marilah kita susun langkah-langkah yang selayaknya untuk meraih masa depan yang lebih baik dan gemilang, dalam naungan redha Allah swt. Untuk diri kita. Untuk keluarga. Untuk bangsa. Untuk Tanahair. Yang pasti, meraih masa depan yang baik itu memerlukan kita melakukan peghijrahan. Menuntut pembaharuan. Kita harus menjadi lebih berani, lebih inovatif, berfikir melangkau zaman dan masa. Kerana peristiwa Hijrah itu sendiri sarat dengan elemen pemikiran luar kelaziman. Pemikiran yang cerdas dan inovatif. Yang terakam jelas dalam sekurang-kurang 2 perkara penting. Dato Mohamed Khaled Nordin Menteri Besar Johor 1 BAIT AL AMANAH | House of Trust

Transcript of Ucapan Sempena Maal Hijrah 1438H

Page 1: Ucapan Sempena Maal Hijrah 1438H

UCAPAN SEMPENA SAMBUTAN

maal hijrah 1438h

Hadirin yang dirahmati oleh Allah SWT,

Marilah terlebih dahulu kita memanjatkan puji syukur yang sedalam-dalamnya kepada Allah swt. Berkat rahmat, taufik dan hidayahNya, kita dapat berkumpul

bersama-sama pada hari yang sangat berbahagia ini.

Hari ini kita telah memasuki tahun baru Hijriah. Maka, selayaknya kita menggunakan kesempatan ini menoleh sejenak ke belakang. Melakukan penilaian sejujurnya. Tentang berapa jauh ketaatan dan amal bakti yang telah kita lakukan

untuk agama kita selama ini. Untuk bangsa. Untuk tanahair.

Adakah kita dari mereka yang selama ini mengabdikan diri, menginfakkan harta, masa dan tenaga demi agama? Atau apakah kita antara mereka yang ke sana dan

ke mari menunggang agama demi kepentingan sendiri?

Biar dalam kelompok manapun kita tergolong. Apabila tibanya tahun baru, tanamlah azam dan ltizam. Untuk memperbaharui dan menambah baik kadar sumbangan kita pada Islam. Kerana dengan melakukan penilaian secara cermat dan teliti sebegini, insyallah, kita akan sedar. Apakah selama masa yang kita lewati ini, kita termasuk orang yang beruntung, atau hanya menjadi orang yang

selalu dalam kelalain.

Dan seperti yang diingatkan kepada kita di dalam Surah Al-Asr, ayat 1 dan 2, Allah SWT sendiri bersumpah, betapa demi masa, manusia itu dalam kerugian. Jesteru, dalam memasuki lembaran baru ini, saya mempunyai satu seruan. Marilah kita susun langkah-langkah yang selayaknya untuk meraih masa depan yang lebih baik dan gemilang, dalam naungan redha Allah swt. Untuk diri kita. Untuk

keluarga. Untuk bangsa. Untuk Tanahair.

Yang pasti, meraih masa depan yang baik itu memerlukan kita melakukan peghijrahan. Menuntut pembaharuan. Kita harus menjadi lebih berani, lebih inovatif, berfikir melangkau zaman dan masa. Kerana peristiwa Hijrah itu sendiri sarat dengan elemen pemikiran luar kelaziman. Pemikiran yang cerdas dan

inovatif. Yang terakam jelas dalam sekurang-kurang 2 perkara penting.

Dato Mohamed Khaled NordinMenteri Besar Johor

1

BAIT

AL A

MAN

AH

|

Ho

use o

f Tru

st

Page 2: Ucapan Sempena Maal Hijrah 1438H

Pertama, dalam peristiwa penetapan kalender Hijriyah yang dilakukan oleh Khalifah Umar bin Khattab R.A.

Orang Arab pra kerasulan Rasulullah SAW, telah lama menggunakan bulan-bulan dalam kalender hijriyah ini. Tetapi mereka tidak menetapkan tahunnya. Sekadar hari dan bulan.

Sebaliknya, bagi merujuk kepada sesuatu tahun, mereka hanya memberikan gelaran-gelaran tertentu. Misalnya kita mengetahui bahawa kelahiran Rasulullah SAW adalah pada Tahun Gajah.

Suatu hari, Abu Musa Al-Asyári, salah seorang governor pada zaman Khalifah Umar telah menulis surat kepada Amirul Mukminin, yang isinya mempersoalkan surat-surat dari khalifah yang tidak ada tahunnya.

Bagi beliau, amalan sebegitu sangat membingungkan, kerana hanya tarikh dan bulan sahaja yang dinyatakan.

Lantas Khalifah Umar bingkas mengumpulkan beberapa sahabat dan mereka kemudian bermusyawarah mengenai kalendar Islam.

Ada yang mengusulkan agar tahun Islam dikira berdasarkan tarikh kelahiran Rasulullah saw. Ada juga yang mencadangkan agar waktu Muhammad saw diangkat menjadi Rasul menjadi penanda aras.

Namun akhirnya, usul yang diterima adalah dari Ali bin Abi Thalib, iaitu untuk menggunakan momentum hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah sebagai kiraan tahun dalam kalendar Islam. Lalu, bermulalah lembaran baru dalam sejarah Islam.

Peristiwa ini jelas menggambarkan bahawa penghijrahan itu bukan sekadar sebuah perpindahan. Ia telah menginspirasikan permulaan baru. Permulaan yang inovatif dengan memperkenalkan sistem kalender Islam yang lebih sistematik.

Semuanya dengan tujuan memudahkan segala urusan keduniaan. Agar perancangan dapat dilakukan. Agar peristiwa dapat dirakam dan diingati. Agar perjanjian mempunyai tempoh untuk matang dan dilaksanakan.

Semua ini akhirnya menjurus kepada pembenterasan segala kekeliruan yang selama ini membelenggu masyarakat.

2

BAIT

AL A

MAN

AH

|

Ho

use o

f Tru

st

Page 3: Ucapan Sempena Maal Hijrah 1438H

Kedua, ketika Saidina Ali R.A. mengusulkan saat Nabi Muhammad saw hijrah dari Kota Makkah ke Madinah itu sebagai tahun baru Islam yang pertama.

Kota Mekah kala itu merupakan suatu wilayah atau negeri yang di dalamnya berlaku kehidupan yang sangat kufur.

Sedangkan Madinah adalah negeri yang subur dengan kehidupan yang Islami. Hasil pengorbanan begitu ramai sahabat yang telah menggerakkan dakwah dan mengajak kepada Islam, sebelum berhijrahnya Rasulallah.

Dan setelah berhijrahnya Rasulullah SAW keadaan menjadi lebih Islami. Lalu Umar R.A. menyimpulkannnya dengan pandangan yang sangat mengesankan. Bahawa “Hijrah itu memisahkan antara kebenaran dan kebatilan”.

Maka seharusnya kita mengenang bahawa tahun Hijriah itu bukan hanya sebatas perayaan tahun baru acapkali terbitnya fajar 1 Muharram. Sebaliknya, ia adalah peringatan dan peluang. Yang hadir saban tahun. Untuk mengajak kita semua menuju kepada perpindahan kehidupan yang lebih baik. Mengajak kita kepada kebenaran. Mengajak kita meninggalkan kebatilan.

Agar terbangun kehidupan yang berpijak kepada syariat Islam. Dengan harapan kehidupan di tahun yang baru ini, lebih baik dari kehidupan tahun sebelumnya. Jika tidak, maka yang berinjak hanyalah tahun dan takwim. Tanpa disusuli dengan perubahan kehidupan. Ke arah yang lebih baik. Lebih maju. Lebih sejahtera. Lebih beramal soleh.

Maka marilah kembali menjadikan momen dan peristiwa Hijrah ini, sebagai momentum untuk kita berusaha berpindah menuju ke kehidupan yang baik. Kehidupan yang lebih bermanfaat. Yang diabadikan untuk jalan kebenaran dan jalan kebaikan.

3

BAIT

AL A

MAN

AH

|

Ho

use o

f Tru

st

Page 4: Ucapan Sempena Maal Hijrah 1438H

Tuan-tuan dan Puan-puan;

Tetapi kehidupan yang lebih baik itu tidak akan terjelma tanpa usaha dan amal. Menyimpan hasrat untuk menuju kepada kehidupan yang lebih baik sahaja tidak memadai. Kita diperintahkan untuk bekerja dan selalu berusaha agar apa yang kita ingin dan cita-citakan dapat tercapai. Inilah sikap dan pemikiran berkemajuan. Yakinlah tidak ada sesuatu pun di dunia ini yang boleh berhasil tanpa melalui proses bekerja dan berusaha.

Seperti sabda Rasulullah yang berbunyi: “Dan katakanlah: bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu”.

Allah akan memberikan kehidupan yang baik dan sejahtera bagi orang beriman yang mahu beramal atau bekerja secara baik dan bersungguh-sungguh.

Dinyatakan dalam sabda Nabi Muhammad saw yang ertinya: “Bekerjalah untuk kehidupan kamu di dunia, seakan-akan kamu akan hidup selamanya dan beramallah untuk akhiratmu,

seakan-akan kamu akan mati esok”.

Maka, bersempena dengan lembaran tahun baru ini, saya mengajak semua pihak untuk mempertimbangkan 3 perkara penting.

4

BAIT

AL A

MAN

AH

|

Ho

use o

f Tru

st

Pertama, tampil dan bekerjalah untuk agama. Untuk bangsa dan Negeri Johor. Untuk Malaysia yang kita cintai.

Hanya melalui kerja keras, kita akan menjadi Melayu maju. Bangsa yang yang terhormat. Dan Malaysia akan berdaya saing. Lakarkanlah apa jua strategi pemerkasaan ummah. Ia pasti tidak akan berjaya tanpa transformasi budaya dan pemikiran bahawa segala-galanya harus melalui usaha dan kerja keras.

Keperkasaan insan, kehidupan yang sejahtera, kejayaan dalam kerjaya dan pendidikan, semuanya tidak akan tercipta tanpa kegigihan usaha dan amal. Maka kembalilah kepada fitrah sebuah kejayaan, yakni usaha dan kerja keras.

Page 5: Ucapan Sempena Maal Hijrah 1438H

Kedua, percayalah betapa kehidupan yang lebih baik itu tidak akan terjelma jika kita gagal memandang ke depan dengan penuh optimis.

Inilah pemikiran berkemajuan.

Benar, cabaran dan ujian itu akan sentiasa datang. Jalan kejayaan akan sentiasa berliku. Jika tidak kerana kelemahan pendekatan kita, barangkali kerana masa dan waktu yang tidak sesuai. Tetapi, biar apa pun pancaro-banya, kejayaan dan rencana masa depan menuntut kebingkasan tanpa mengenal putus asa. Kerana Islam mengajar kita untuk tidak boleh berputus asa. Tanpa adanya semua ini, kita tidak akan dewasa dalam kehidupan kita.

Dan Islam secara tegas melarang sikap berputus asa, sebagaimana firman Allah swt dalam surat Yusuf ayat 87 yang maksudnya:

“Dan janganlah kamu putus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah kecuali orang-orang kafir”.

Maka jangan sesekali kita putus harap dalam memperbaiki diri kita, keluarga kita, bangsa kita, tanahair kita. Benar kita selalu lalai. Itu lumrah manusiawi. Dan kita kerap sekali tersasar dan lupa. Tetapi adalah benar juga bahawa berputus asa itu tidak akan membawa kita kemana-mana. Jangan kita lupa risalah Rasulallah yang sangat kita cintai. Apa yang baginda tidak tempuhi sebelum hijrahnya. Selama bertahun-tahun baginda dicerca, diperangi, dihindari oleh masyarakat Mekah.

Tidak pernah sekali baginda berputus harap. Bayangkan jika baginda berputus harap. Pasti Islam tidak akan sampai ke zaman dan daerah ini. Tetapi segala cubaan, segala derita, telah memaksa baginda mencari jalan baru untuk menjayakan Islam.Lalu dengan harapan baru, baginda melakukan penghijrahan. Dan melalui perjalanan bersejarah itulah, Islam sekarang ini menjadi anutan kepercayaan terbesar dunia. Menjadi agama yang membawa pencerahan. Menjadi kepercayaan yang tersebar paling cepat di seluruh pelusuk dunia.

5

BAIT

AL A

MAN

AH

|

Ho

use o

f Tru

st

Page 6: Ucapan Sempena Maal Hijrah 1438H

6

BAIT

AL A

MAN

AH

|

Ho

use o

f Tru

st

Ketiga, marilah kita semua berusaha menyeramakkan ukhuwah islamiyyah, demi mengukuhkan perpaduan ummah.

Selari dengan tema sambutan kita pada tahun ini, saya ingin sekali menegaskan betapa amat penting untuk kita semua bersatu padu demi menikmati kehidupan yang lebih baik dan sejahtera. Malah, bukan sahaja bersatu padu dan hidup bersama sebagai sebuah komuniti. Namun, benar-benar bersahabat dan menjadi saudara kepada satu sama lain. Dengan ikhlas, dengan jujur kepada satu sama lain.

Tidak akan ada kehidupan yang lebih baik jika masyarakat Islam itu berpecah belah. Saling menyakiti antara satu sama lain. Akhirnya, yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu. Tidak akan ada kehidupan yang lebih baik jika kita menidakkan kepentingan dan hak orang bukan Islam. Raikanlah kepelbagaian tanahair kita.

Semua orang berbeza. Semua orang tidak sama. Maka terima segala perbezaan ini dan bersatulah di bawah lembayung dan syiar Islam. Hanya melalui kesatuan kita akan menjadi kuat. Kesatuan sesama Muslim. Kesatuan bersama pelbagai kaum lain. Pelbagai agama lain.

Kerana Islam itu mengajak kepada kesatuan. Mengajak pada jalan damai dan jalan saling mengasihi antara satu sama lain. Maka ambillah peringatan sempena lembaran baru ini. Luaskan persahabatan kita. Murnikan nurani kita dengan mengasihi semua orang. Kerana hanya dengan kesatuan hati-hati yang baik, yang damai, yang tiada hasad dan dengki, Islam akan lebih subur.

Islam yang subur dan maju, akan menjadikan negara dan bangsa ini maju dan bersatu. Negara yang maju dan bersatu, akan menjelmakan umat terbaik. Darinya kelak, akan lahirlah negara dan masyarakat yang mendapat limpahan rahmat dan pengampunan illahi, insyaAllah.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Maka, saya akhiri dengan mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat Tahun Baru 1438 Hijrah. Semoga tahun ini lebih baik buat kita semua.

Terima kasih.