Tutorial 2 (Bmm 2203)

12
Disediakan Untuk: En. Umar bin Ahmad Disediakan oleh: Azuwaniza binti Abd Rahman Nor Adura binti Paimin Norlizana binti Abd Wahab

Transcript of Tutorial 2 (Bmm 2203)

Page 1: Tutorial 2 (Bmm 2203)

Disediakan Untuk:En. Umar bin Ahmad

Disediakan oleh:Azuwaniza binti Abd Rahman

Nor Adura binti PaiminNorlizana binti Abd Wahab

Page 2: Tutorial 2 (Bmm 2203)

•Variasi rangsangan atau kepelbagaian rangsangan merupakan teknik mempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian guru dengan tujuan menarik perhatian dan minat pelajar dalam aktiviti pengajarannya.

•Dalam proses pengajaran dan pembelajaran masa tumpuan pelajar adalah singkat. Mereka akan hilang minat jika aktiviti tidak dipelbagaikan.

•Kemahiran variasi rangsangan meliputi kemahiran mengubah-ubah tingkah laku guru, mempelbagaikan aktiviti pengalihan saluran deria pelajar, menukar corak interaksi antara guru dan pelajar, serta mempelbagaikan kaedah dan teknik mengajar.

Page 3: Tutorial 2 (Bmm 2203)

•Perubahan kaedah dan teknik penyampaian guru haruslah dikaitkan dengan tujuan dan isi pelajaran. Ianya mesti mempunyai perkaitan dengan matlamat am dan kandungan pelajaran yang hendak disampaikan.

•Perubahan aktiviti pengajaran haruslah lancar dan dikaitkan dengan langkah-langkah penyampaian diantara satu sama lain.

Page 4: Tutorial 2 (Bmm 2203)

•Penggunaan alat bantu mengajar untuk mempelbagai pengalihan saluran deria harus dirancang dan disampaikan dengan teknik yang berkesan.

•Setiap langkah penyampaian harus mengandungi aktiviti yang berbeza. Jika masa pemyampaian sesuatu langkah mengajar melebihi 5 minit, corak aktiviti pengajaran harus dipelbagaikan.

•Guru harus mengubah rangsangan berdasarkan maklum balas yang diperolehi daripada pelajarnya.

Page 5: Tutorial 2 (Bmm 2203)

Memusatkan perhatian pelajar dan mengekalkan perhatian mereka terhadap pengajaran guru.

Melibatkan pelajar secara aktif dalam berbagai pengalaman baru dalam pembelajaran.

Memberi peluang kepada pelajar menggunakan berbagai saluran deria untuk memperoleh ilmu.

Page 6: Tutorial 2 (Bmm 2203)

Memotivasi dan membangkitkan naluri ingin tahu melalui pelbagai aktiviti pengajaran guru.

Memberi peluang kepada pelajar menikmati pelbagai aktiviti yang dijalankan.

Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang positif dan seronok.

Page 7: Tutorial 2 (Bmm 2203)

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih seronok dan menarik. Kanak-kanak lebih ceria dan seronok untuk belajar. Pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bermakna dan berjaya meninggalkan kesan yang mendalam.

Minat dan perhatian mereka akan ditumpukan sepenuhnya terhadap aktiviti pengajaran guru. Mereka akan dapat memahami bahan konsep pengajaran guru dengan lebih baik lagi.

Naluri ingin tahu pelajar akan dibangkitkan dan mereka berusaha melibatkan diri secara aktif. Contohnya melukis, melabel, memain peranan dan sebagainya.

Page 8: Tutorial 2 (Bmm 2203)

Pelajar berpeluang menggunakan pelbagai saluran deria untuk mempelajari sesuatu. Guru akan melakukan pergerakkan badan dan ini akan meneguhkan pengajaran dan pembelajaran.

Dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang positif. Dengan bantuan alat bantu mengajar yang sesuai dapat merangsangkan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.

Masalah disiplin dapat dikawal apabila pelajar menumpukan sepenuh perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru.

Page 9: Tutorial 2 (Bmm 2203)

Komponen perubahan pergerakan langkah guru.Guru bergerak ke kiri dan kanan, belakang dan depan semasa mengajar. Ia perlu dilakukan secara perlahan supaya tidak mengganggu pengajaran dan pembelajaran dan tumpuan kanak-kanak.

Komponen perubahan pergerakan anggota guru.Guru juga boleh menggunakan bahagian anggota badan yang baru contohnya tangan untuk menegaskan penerangan dan penyampaian

Page 10: Tutorial 2 (Bmm 2203)

Komponen perubahan nada suara guru.Guru tidak hanya menggunakan suara yang mendatar tetapi perlu mengubah nada suara mengikut kepentingan bahan pengajaran.

Komponen perubahan fokus deria pelajar.Perhatian kanak-kanak akan berubah apabila guru mengubah cara mengajar dengan menggunakan ABM.

Page 11: Tutorial 2 (Bmm 2203)

Komponen perubahan bentuk lisan pelajar.Kanak-kanak boleh dilibatkan secara lisan contohnya penggunaan bahasa.

Komponen perubahan bentuk fizikal pelajar.Perubahan bentuk fizikal pelajar seperti lakonan, menulis, dan simulasi.

Page 12: Tutorial 2 (Bmm 2203)

SEKIAN TERIMA KASIH