tuntutan taubat tingkatan 4
-
Upload
abang-isaifuddin-bin-abang-noran -
Category
Documents
-
view
1.318 -
download
3
description
Transcript of tuntutan taubat tingkatan 4
Tuntutan Taubat
Tingkatan 4
Disampaikan oleh:Abang Isaifuddin B Abang Noran
Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (UPSI)
Mukaddimah
• Pernah dengar kalimah taubat?
• Apakah terdapat istilah taubat bagi penganut
agama lain?
• Bagaimana Islam melihat persoalan taubat
dalam kehidupan umatnya?
Pengertian Taubat
Taubat ertinya kembali…
Iaitu kembali semula taat kepada Allah setelah menyesal melanggar perintah Allah atau
larangan-Nya
Terlajak perahu boleh ditarik semula…
Pengertian Taubat
• Ulama berpendapat bahawa, wajib bertaubat
bagi mereka yang melakukan dosa
• Taubat tidak boleh dilakukan melalui
perantaraan, tetapi hendaklah memohon
secara langsung kepada Allah SWT
Pengertian Taubat
• Kisah Nabi Adam a.s
• Kisah Nabi Yunus a.s
Syarat-Syarat Taubat
1. Menyesal terhadap maksiat yang dilakukan
2. Berhenti melakukan maksiat dengan segera
3. Berazam tidak akan mengulangi lagi
4. Berterus terang memohon maaf jika
berkaitan dengan hak orang lain
Hikmah taubat
• Memberi peluang kepada orang yang berdosa
kembali ke jalan Allah
• Memberi ketenangan hati kepada Muslim yang
bertaubat
• Mendapat keampunan serta petunjuk Allah
• Meningkatkan keimanan kerana menyedari dirinya
tidak sempurna
Cara-cara taubat Nasuha
• Mengikut para sahabat Nabi dan juga para ulama terkemuka pada zaman dahulu, bahawa apabila dosa diikuti dengan lapan jenis kebaikan, nescaya ada harapan dapat diampuni oleh Allah
AMALAMALANGGOTA
BADANANGGOTA
BADAN
HATIHATI
Bertaubat atau berazam untuk bertaubat
HATIHATI
Ingin menghilangkan dosa yang dilakukan itu
Takut kepada seksaan Allah atas dosanya itu
Mengharap keampunan dari Allah
Sumber: Amal Kebajikan Kafarah Dosa (1993); Oleh Hj Johari Alias
Solat 2 rakaat selepas sahaja terlanjur berbuat dosa
ANGGOTA BADANANGGOTA BADAN
Mengucapkan istighfar
Bersedekah sesuatu
Membuat ibadat puasa sehari
Sumber: Amal Kebajikan Kafarah Dosa (1993); Oleh Hj Johari Alias
Kesimpulan
• Setiap manusia yang bersalah wajib bertaubat
• Kawal diri supaya tidak terjebak dengan
perbuatan yang tidak berfaedah
• Bermuhasabahlah setiap hari agar mencapai
kebahagiaan yang diingini
Penilaian
• Sila buat 5 kumpulan• Anda dikehendaki bekerjasama untuk
menyambung cerita yang disediakan oleh guru
• Masa yang diberikan hanya 5 minit sahaja• Selepas 5 minit, anda dikehendaki
membacakan hasil kerja kumpulan di hadapan kelas