Tugasan tarannum al quran hbqe3103 januari 2014 (jinang binti Setan)
-
Upload
norafsah-awang-kati -
Category
Education
-
view
6.160 -
download
4
description
Transcript of Tugasan tarannum al quran hbqe3103 januari 2014 (jinang binti Setan)
Kursus : TARANNUM AL-QURAN (hbqe 3103)
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
HBQE 3103 : TARANNUM AL-QURAN
NAMA : JINANG BINTI SETAN
NO. MATRIKULASI : 650605125530001
NO. KAD PENGENALAN : 650605125530
NO. TELEFON : 0138784316
E-MAIL : [email protected]
TUTOR : ESAMUDDIN BIN ESA
E-MAIL : [email protected]
SEMESTER : JANUARI 2014
PUSAT PEMBELAJARAN : SABAH LEARNING
CENTER
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 0
Kursus : TARANNUM AL-QURAN (hbqe 3103)
ISI KANDUNGAN
Perkara Muka Surat
PENDAHULUAN 2
1. Pengenalan Ilmu Tarannum 3
1.1 Takrif Tarannum Dari sudut Bahasa 3
1.2 Takrif Tarannum Dari sudut Istilah 4
1.3 Tuntutan Bertarannum 5
1.4 Hukum Tarannum Al-Quran 6
2. Sejarah Tarannum Al-Quran 7
2.1 Asal-usul Tarannum Al-Quran 7
2.1 Perkembangan Tarannum Al-Quran 7
Sehingga Hari Ini
2.1.1 Tarannum Pada Zaman Rasulullah ( s.a.w) 8
2.1.2 Tarannum Pada Zaman Tabi‘in ( r.a.) 9
2.1.3 Tarannum Di Nusantara 12
2.1.4 Falsafah & Peranan Tarannum 13
Dalam Bacaan Al-Quran
2.1.5 Susunan Tarannum Yang Popular di Malaysia 14
2.1.6 Ciri-ciri Persembahan Tarannum Yang Baik 14
2.1.7 Bahagian-bahagian Seni Tarannum Al-Quran 15
PENUTUP 17
BIBILIOGRAFI 18
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 1
Kursus : TARANNUM AL-QURAN (hbqe 3103)
PENDAHULUAN
Segala puji bagi Allah (s.w.t) Tuhan yang mencipta alam semesta, selawat dan
salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad (s.a.w), keluarga dan para sahabat
baginda. Dalam kesempatan ini saya ingin memanjatkan rasa syukur kepada Allah (s.w.t)
di atas hidayah dan pertolongan-Nya, tugasan bagi kursus Tarannum Al-Quran
(HBQE3103) ini dapat saya siapkan sepenuhnya.
Tugasan ini mengkehendaki pelajar menerangkan konsep-konsep asas berkaitan
tarannum, menghuraikan sejarah perkembangan tarannum bermula daripada asal-
usul Tarannum sehingga perkembangan Tarannum Al-Quran yang ada pada hari
ini.
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan ribuan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya
kepada En. Esamuddin Bin Esa selaku pensyarah dan penyelia tugasan ini di atas tunjuk
ajar beliau sepanjang meyiapkan tugasan ini. Ucapan ribuan terima kasih juga kepada
rakan-rakan seperjuangan yang telah meluangkan masa untuk menjalankan sesi kolaborasi
bersama. Kerjasama dan keperihatinan semua pihak amat saya hargai.
Sesungguhnya, tugasan ini memberi banyak ilmu bermanfaat kepada diri saya dan
diharapkan akan menjadi salah satu sumber rujukan pelajar lain. Sekali lagi saya
memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana tugasan ini dapat memantapkan lagi
pengetahuan sedia ada tentang ilmu Tarannum Al-Quran yang sememangnya menjadi
galakan daripada Rasulullah s.a.w terhadap umatnya supaya melagukan bacaan al-Quran
secara terang, jelas dan tepat sebagaimana ia diturunkan. Semoga Allah (s.w.t)
memberkati usaha murni ini dalam memartabatkan ilmu al-Qur’an al-Karim yang menjadi
panduan hidup selamanya.
Disediakan oleh : 13 Mac 2014
JINANG SETAN @ HUSSIN
(Fakulti Pendidikan & Bahasa)
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 2
Kursus : TARANNUM AL-QURAN (hbqe 3103)
1. PENGENALAN
Al-Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada junjungan besar
Rasulullah saw melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. secara beransur-ansur dan
disampaikan kepada kita dengan jalan yang mutawatir serta membacanya merupakan suatu
ibadah. Al-Quran mempunyai kesenian yang unik dari sudut bacaan yang memerlukan
seseorang menguasai ilmu Tajwid, Tarannum, Qiraat Sab’ie, dan lain-lain lagi demi
memantapkan penguasaan bacaan Tartil mengikut bentuk dan kehendak ayat agar mudah
difahami, dihayati dan diamalkan dengan sempurna seterusnya dapat melahirkan generasi
al-Quran yang cemerlang. Melagukan bacaan al-Quran adalah suatu usaha ke arah
pencapaian amalan membaca al-Quran yang bernilai tinggi bagi menghubungkan rasa hati
pembaca dan pendebgar kepada keagungan Allah swt (Nik Jaafar, 1998). Kesenian dalam
pembacaan al-Quran mesti dilaksanakan dengan suara yang baik, bertajwid dan
bertarannum untuk mencapai martabat bacaan tartil. Nik Jaafar (1998), Norakyairee &
adnan (2008), kurikulum tilawah al-Quran merangkumi tahsin as-Shout, Tajwid, Tarannum
& Tartil.
1.1 Takrif Tarannum Dari Sudut Bahasa
Tarannum (ترن�م ) dari sudut bahasa, berasal dari perkataan tarannama ( ن�م� (ت�ر�
yang beerti menyanyi, mendendang dan memperelokkan suara terhadap sesuatu (Ibn
Manzur, Muhammad Bin Mukram al-Afriqiy al-Misri,1405H). Perkataan ini juga
digunakan sama ada untuk haiwan sebagai contoh, seekor merpati yang menyanyi dan
jamadat (benda-benda bukan hidup dan berjisim seperti sebuah gambus/gitar yang
menyanyi). Sila lihat Ibn al-Athir, Majd al-Din al-Mubarak ibn Muhammad, (1963), al-
Nihayah fi gharib al-hadith wa al-’athar, al-Qahirah:Maktabah Islamiyyah, Jil 2 : Hal
271).
Dengan itu, setiap perkara yang menghasilkan bunyi atau suara yang menarik untuk
didengar adalah dipanggil nyanyian iaitu lagu (Ibn Manzur, 1405). Terdapat beberapa
perkataan lain yang memberi makna yang sama dengan Tarannum ialah :
i. Al-Tarji’ (الترجيع)
ii. Al-Taghanni (التغنى)
iii. Al-Tatrib (التطريب)
iv. Al-Talhin (التلحين)
v. Al-Tanghim (التنغيم)
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 3
Kursus : TARANNUM AL-QURAN (hbqe 3103)
Perkataan tarannum disandarkan kepada lagu Al-Quran adalah berdasarkan kepada hadith
berikut :
" بالقرآن" الترنم حسن لنبي أذن ما لشيء الله أذن ما
Maksudnya: Allah tidak mendengar (dengan penuh perhatian) terhadap sesuatu perkara
seperti mana Allah menumpukan perhatian kepada seorang nabi yang memperelokkan
lagu (tarannum) Al-Qurannya.
Disamping itu, Rasulullah (s.a.w) adalah menggunakan Tarannum bi al-Quran
( الترنم (بالقرآن sebagai istilah khusus kepada bidang pengajian ilmu Tarannum. Ini
adalah disebabkan oleh perkataan tarannum adalah umum dan boleh digunakan kepada
perkara lain juga. Justeru, Tarannum bi al-Quran sepatutnya dijadikan suatu istilah khusus
kepada bidang ilmu Tarannum.
1.2 Takrif Tarannum Dari Sudut Istilah
Tarannum bi al-Quran ialah suatu ilmu atau kaedah yang membicarakan tentang
kepelbagaian bunyi mengikut proses nada, rentak dan irama yang tertentu bertujuan untuk
menambahkan keelokan seni bunyi sesuatu bacaan Al-Quran (Haji Nik Jaafar Bin Nik
Ismail, 1998). Tarannum bi al-Quran mestilah tidak terpisah dari ciri-ciri berikut :
i. Nada iaitu tingkatan atau tekanan bunyi suara.
ii. Rentak iaitu gerakan untuk menghidupkan bunyi suara
iii. Irama iaitu alunan atau bentuk bunyi.
Sesuatu bunyi yang tidak mengandungi ketiga-tiga ciri tersebut tidaklah dikatakan sebagai
tarannum bi al-Quran. Dengan itu, Tarannum adalah suatu ilmu atau kaedah suara yang
dipelbagaikan mengikut proses nada, rentak dan irama tertentu. Nada adalah tingkatan
atau tekanan bunyi suara. Rentak adalah pergerakan yang menghidupkan bunyi suara.
Irama adalah alunan atau bentuk bunyi. Tarannum juga antara istilah yang diguna pakai
oleh Rasulullah (s.a.w) sebagaimana sabda baginda (s.a.w) :
"ما أذن الله لشىء ما أذن لنبى حسن الترنم
بالقرءان" )رواه البخارى(Maksudnya: "Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan kepada
nabi-Nya yang selalu mengelokkan lagu (tarannum) bacaan al-Quran”.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 4
Kursus : TARANNUM AL-QURAN (hbqe 3103)
Norakyairee & Adnan (2008) pula mentakrifkan Tarannum sebagai suatu kaedah
yang menggunakan kelunakan suara dalam proses membacakan ayat al-Quran. Manakala
Wan Hilmi (2010) menegaskan bahawa ilmu Tarannum bermaksud satu ilmu yang
membincangkan tentang cara-cara bagaimana melagukanal-Quran daripada aspek hukum
tajwid, tarannum, asal-usulnya dan istilah-istilah yang digunakan.
1.3 Tuntutan Bertarannum
Bacaan al-Quran yang terbaik adalah bacaan yang menggabungkan keelokan suara,
bertajwid dan bertarannum yang mencapai martabat bacaan Tartil yang sebenar (Nik Jaafar
1998). Rasulullah (s.a.w) telah bersabda :
ي)د& ن� ي�ز* س� و)ت� ال)ح� أ*ن� الص� ات*ك&م) ف� و� ص)ء�ان� ب*أ� ر) ن&وا ال)ق& س4 " ح�
ن " ء�ان� ح�س� ر) ال)ق&
Maksudnya : “Perelokkanlah bacaan al-Quran itu dengan suara-suara kamu,
sesungguhnya suara yang elok sahaja boleh menambahkan keelokkan bacaan al-Quran
itu”. (Hadith Riwayat Abu Daud)
Menurut Nurliana Mohd Shariff (2003), alunan Tarannum Al-Quran bukan sekadar
tidak sama dengan lagu-lagu nyanyian lain seperti Lagu Penglipur Lara, Syair, Qasidah,
Nasyid dan sebagainya, bahkan al-Quran juga tidak boleh dilagukan seperti lagu-lagu
nyanyian tersebut. Sebagaimana yang diterangkan oleh baginda )s.a.w( dalam sabdanya :
اقرؤوا القرءان بلحون العرب وأصواتها وإياكم ولحون "
"أهل الفسق وأهل كتابين
Maksudnya : “Bacalah al-Quran itu dengan irama (lagu) kearaban dan dengan suara
berlahjah arab. Jangan sekali-kali kamu melagukan al-Quran itu dengan gaya lagu ahli
fasik dan ahli-ahli kitab (Kristian dan Yahudi)”.
(Hadis Riwayat Imam Thabrani & Baihaqi).
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 5
Kursus : TARANNUM AL-QURAN (hbqe 3103)
1.4 Hukum Tarannum Al-Quran
Hukum tarannum Al-Quran adalah harus bahkan sunat
sekiranya bertujuan memperelokkan tilawah Al-Quran serta menurut
hukum-hakam tajwid yang tepat. Ini adalah berdasarkan hadith-hadith yang sahih.
Pendalilan terhadap Tarannum Al-Quran antaranya firman Allah (s.w.t) dalam surah
al-Muzammil, ayat 7 :
Maksudnya : Dan bacalah Al-Quran dengan cara tartil.
Selain itu, Ibn Manzur menyatakan bahawa al-tartil bermaksud sebaik-baik bacaan, jelas
dan terang, serta perlahan-lahan. Ibn ‘Abbas mentafsirkan bacaan yang jelas, terang
makhrajnya serta perlahan-lahan. Di dalam buku berjudul Syarh Tayyibah al-Nasyr fi al-
Qira’at al-‘Asyr (1418H) yang ditulis oleh Ibn al-Jazari, Syihab al-Din Abi Bakr Bin
Ahmad Bin Muhammad, turut diterangkan tentang pendapat Sayyidina ‘Ali tentang
pengertian al-tartil seperti berikut :
" تجويد الحروف ومعرفة الوقوف "
Maksudnya: Memperelokkan sebutan huruf dan
mengetahui tempat-tempat waqaf dan ibtida’
Ini bermakna bahawa al-tartil ialah bacaan yang penuh berhati-hati, sempurna tajwid dan
makhraj dengan alunan bacaan yang menarik tanpa kegopohan.
Ghuluw atau melampau di dalam tarannum sehingga merosakkan tajwid,
menyembunyikan makhraj, memendekkan madd dan seumpamanya adalah disepakati
pengharamannya. masih tidak melampaui batas iaitu tidak merosakkan merosakkan lafaz
Al-Quran seperti menambah dan mengurangkan baris, memajangkan qasr, memendekkan
mad, menyembunyi baris yang menyebabkan kecelaruan makna, maka ia adalah harus.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 6
Kursus : TARANNUM AL-QURAN (hbqe 3103)
Sekiranya ia merosakkan atau mencacatkan salah satu hukum hakam tajwid, para ulama
bersepakat tentang pengharamannya (Al-Nawawi, Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf,
1992).
2. Sejarah Tarannum Al-Quran
Sejarah Tarannum Al-Quran akan membawa kita mengenal latar belakang
Tarannum dengan lebih jelas lagi bermula dengan asal-usul Tarannum Al-Quran
sehinggalah perkembangan Tarannum Al-Quran yang ada pada hari ini. Berikut adalah
penjelasan tentang asal-usul Trannum dan diikuti dengan perkembangan Tarannum Al-
Quran secara terperinci.
2.1 Asal-usul Tarannum Al-Quran
Mengikut sejarah, Tarannum atau muzik adalah sebahagian daripada budaya
sesebuah masyarakat setempat da nasal-usulnya adalah bermula daripada beberapa unsur
seperti bunyian daripada geseran kayu, bunyian air yang mengalir, bunyian daripada tiupan
angin, bunyian dan kicauan burung. Ahli-ahli muzik dan penyair menjadikan unsur-unsur
tersebut sebagai ilham mereka dalam mencipta kepelbagaian bentuk irama tarannum dan
muzik mengikut budaya sesebuah masyarakat. Ibnu al-Arabi seorang penyair terkenal dan
pakar dalam bidang sejarah menyatakan bahawa bertarannum itu adalah sebahagian
daripada budaya masyarakat Arab silam. Berdasarkan catatan sejarah, masyarakat Arab
semenjak awal zaman Jahiliyyah lagi mula terkenal dengan kepakaran dalam bidang syair
sehingga dibina sebuah tempat yang dikenali sebagai Souq al-`Ukkaz untuk dijadikan
medan mendeklamasikan syair-syair seterusnyasyair-syair yang indah dipamerkan atau
digantung bagi menjadi kebanggaan pemiliknya.
Namun begitu, setelah kedatangan Islam dan penurunan al-Quran, umat Islam
ketika itu diajak supaya membudayakan bacaan al-Quran dalam kehidupan seharian
mereka dengan bacaan yang lebih baik dan lunak bagi menggantikan budaya
mendeklamasikan syair-syair tersebut. Islam yang merupakan agama yang benar ini
mengajak masyarakat Arab Jahiliyyah ketika itu untuk mengisi keperluan rohani dan
memperdengarkan di telinga-telinga mereka tentang isi kandungan al-Quran al-Mukjiz.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 7
Kursus : TARANNUM AL-QURAN (hbqe 3103)
Hadis-hadis Sahih seperti yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dalam kitabnya al-
Jami′ al-Sahih kebanyakannya menunjukkan isyarat keharusan membaca al-Quran secara
bertarannum atau berlagu. Ini dibuktikan oleh hadis berikut:
Maksudnya : Daripada Abu Hurayrah r.a. daripada Rasulullah s.a.w
bersabda: Adapun yang diizinkan oleh Allah akan sesuatu perkara dan
diakui perintah itu oleh Nabi s.a.w ialah melagukan bacaan al-Quran
(Diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari).
Menurut jumhur ulama, hadis di atas menunjukkan bahawa al-Quran boleh dibaca secara
bertarannum selama mana tidak menyalahi hukum-hukum tajwid. Namun, hukumny
amenjadi haram jika terkeluar dari had dan hak ayat suci al-Quran seperti menambahkan
dan mengurangkan huruf. Pendapat ini tidak berbeza dengan pendapat oleh Imam al-
Mawardi yang menaqalkan kalam daripada pendapat Imam al-Shafi`i dengan menyatakan
bahawa haram hukumnya melagukan bacaan ayat suci al-Quran dengan terkeluar lafaz
huruf dari makhrajnya. Menurut catatan Shaykh Muhammad Solih Fatani dalam kitabnya
Siraj al-Qari′, pemodenan alunan tarannum khususnya muzik Arabi adalah disebabkan
pengaruh Yunani yang kemudiannya dipopularkan oleh pakar muzik tempatan iaitu
Ishak bin Ibrahim al-Mawsuli al-Nadim.
Di sini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa sejarah Tarannum al-Quran ini
sebenarnya telah bermula semenjak turunnya al-Quran pada peristiwa wahyu pertama di
Gua Hira′ kira-kira seawal tahun 610 Masihi sebagaimana yang telah dinyatakan dalam
beberapa Hadis Sahih.
2.1 Perkembangan Tarannum Al-Quran Sehingga Hari Ini
Berikut adalah penjelasan tentang perkembangan Tarannum Al-Quran bermula
zaman Rasulullah (s.a.w.), diikuti dengan Tarannum pada zaman Tabi’in (r.a.) dan
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 8
Kursus : TARANNUM AL-QURAN (hbqe 3103)
pascanya, diikuti dengan Tarannum di Nusantara. Seterusnya Falsafah Tarannum, peranan
Tarannum, susunan Tarannum yang popular di Malaysia, ciri-ciri persembahan Tarannum
yang baik serta bahagian-bahagian Tarannum turut diperjelas sebagai pengetahuan para
pembaca tentang perkembangan Tarannum dari sudut kandungannya.
2.1.1 Tarannum Pada Zaman Rasulullah ( s.a.w)
Rasulullah (s.a.w) merupakan pesuruh dan kekasih Allah (s.w.t) yang
bertanggungjawab menyampaikan risalah-Nya, menerangkan segala isi tersurat dan
tersirat yang terkandung dalam Kitab al-Quran al-Karim dan seterusnya menyebarkan
syi’ar-Nya. Baginda (s.a.w) sentiasa membaca ayat-ayat suci al-Quran secara tarji′ (suara
yang sedap secara tartil). Imam Abu Daud dalam Sunannya ada menyebut tentang bacaan
tarji′ seperti berikut:
Maksudnya: Daripada Abdullah ibn Maghaffal r.a berkata: Aku melihat
Rasulullah s.a.w pada hari pembukaan kota Makkah, sedang
menunggang unta, beliau membaca surah al-Fath di mana bacaan itu
baginda melakukan tarji' (bacaan lambat dengan memahami isi
kandungannya).
Berdasarkan hadis di atas, Imam Nawawi membuat penegasannya bahawa Nabi
Muhammad (s.a.w) membaca al-Quran lalu mengulangi bacaannya. Mnakala Jumhur
Ulama sepakat mengatakan bahawa kalimah mempunyai makna tertentu iaitu
galakan membaca al-Quran dengan suara yang sedap dan secara tartil.
Selain itu, terdapat riwayat yang menceritakan Rasulullah (s.a.w) ketika membaca
Surah al-Tur dalam solat Maghrib lalu Muhammad ibn Jubayr Ibn Mat`am telah
mendengarnya, kemudian beliau menyifatkan bahawa tiada seorang pun yang lebih lunak
suara bacaannya selain Rasulullah (s.a.w). Rasulullah (s.a.w) amat menyukai amalan
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 9
Kursus : TARANNUM AL-QURAN (hbqe 3103)
membaca al-Quran dan turut dikongsikan bersama para sahabatnya sebagaimana termaktub
dalam banyak Hadis Nabawi di mana Baginda (s.a.w) sangat gemar mendengar bacaan al-
Quran di kalangan para sahabatnya bahkan memujinya. Berikut adalah hadis yang
diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya, di mana Rasulullah (s.a.w) pernah
mendengar dan memuji Abdullah Ibn Mas`ud yang membaca al-Quran ketika solat :
Maksudnya : Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa yang ingin
membaca al-Quran lunak dan tepat sebagaimana ia diturunkan maka
hendaklah ia membaca seperti bacaan ibn ummi Abd (iaitu gelaran
kepada Abdullah ibn Masud).
Imam Bukhari turut meriwayatkan bahawa Abdullah Ibn Mas'ud (r.a) pernah
meriwayatkan bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah suatu ketika meminta dibacakan al-Quran
kepada Baginda (s.a.w.) sepertimana Baginda bersabda :
“Bacalah al-Qur'an untukku”. Lantas Ibn Mas`ud bersuara : “Wahai Rasulullah (s.a.w),
apakah aku yang harus membacanya, sedangkan al-Qur'an itu diturunkan kepadamu?”
Baginda menjawab : “Aku lebih suka mendengarkannya daripada orang lain”. Maka
dibacakan Surah al-Nisa' kepada Baginda (s.a.w). Tatkala sampai pada ayat ke-41 (seperti
berikut), maka Ibn Mas`ud melihat air mata Baginda (s.a.w) mengalir.
Maksudnya : Maka bagaimanakah (halnya orang-orang kafir nanti),
apabila kami mendatangkan seseorang saksi (rasul) daripada tiap-tiap
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 10
Kursus : TARANNUM AL-QURAN (hbqe 3103)
umat dan Kami mendatangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi atas
mereka itu (sebagai umatmu).
Selain itu,berikut adalah hadis yang menceritakan tentang rasa takjub Rasulullah
(s.a.w) lalu memuji kelunakan suara sahabatnya seperti bacaan Abu Musa al-Ash`ari
sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim :
Maksudnya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Abdullah bin
Qays atau al-Ash`ari dianugerahkan mizmar (suara yang sedap) dari
jenis mizmar keluarga Nabi Daud (a.s).
Sayyidatina A’ishah (r.a) telah meriwayatkan bahawa beliaubersama Rasulullah
(s.a.w) mencuri dengar bacaan al-Quran yang dibacakan oleh salah seorang sahabat
Baginda (s.a.w) iaitu Salim, hamba kepada Abu Huzayfah (r.a.). Sebaik sahaja selesai
bacaan tersebut, Baginda (s.a.w) kelihatan gembira dan bersyukur sambil berdoa dengan
pujian ke hadrat Ilahi kerana menjadikan di kalangan umatnya yang baik dalam bacaan al-
Quran.
Hasil tunjuk ajar bacaan al-Quran yang terbaik oleh Rasulullah (s.a.w), maka
lahirlah para Qurra’ di kalangan para sahabat (r.a) yang mempunyai kepakaran dalam
pembacaan al-Quran sebagaimana dinyatakan dalam sepotong hadis yang diriwayatkan
oleh Imam al-Bukhari dalam Sahihnya :
Dari Abdullah Ibn `Amr (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah bersabda:
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 11
Kursus : TARANNUM AL-QURAN (hbqe 3103)
Maksudnya: Ambillah bacaan al-Quran itu daripada empat orang iaitu
Abdullah ibn Mas`ud, Salim ibn Ma`qil (Maula Abu Huzayfah), Mu`az
ibn Jabal dan Ubay Ibn Ka`ab (r.a.).
Rasulullah (s.a.w) telah mengarahkan supaya para sahabat (r.a) mempelajari al-
Quran daripada empat orang tersebut kerana mereka mempunyai bacaan yang bagus dan
tepat. Mereka telah bertalaqqi al-Quran secara mushafahah dengan Rasulullah (s.a.w.).
Menurut Ibn Mas‘ud (r.a), beliau berkata : “Demi Allah sesungguhnya aku telah
mengambil al-Quran dari mulut Rasulullah (s.a.w) lebih dari 70 surah. Demi Allah sahabat
Rasulullah (s.a.w) amat mengetahui bahawa aku paling mengetahui di kalangan mereka
berhubung kitab Allah tetapi aku bukan terbaik di antara mereka”. Beliau juga berkata:
“Kami mempelajari al-Quran daripada Nabi (s.a.w) sepuluh ayat dan kami tidak akan
mempelajari sepuluh ayat yang lain sehinggalah kami mempelajari apa yang diturunkan
Allah (s.w.t) dalam sepuluh ayat tersebut secara amalan”. Seterusnya beliau berkata :
“Demi yang tiada tuhan selain-Nya, jika aku mengetahui terdapat seorang yang lebih
mengetahui daripadaku tentang kitab Allah s.w.t yang dapat sampai kepadanya maka
nescaya aku akan pergi kepadanya”.
Dengan itu, jelas kepada kita bahawa para sahabat (r.a) mempelajari al-Quran
sepuluh ayat dan dalam masa yang sama mereka menguasainya dari sudut ilmu, amalan,
bacaan, hukum-hakam dan kefahaman. Setelah itu, mereka menyampaikan dan
mewariskan apa yang mereka pelajari kepada generasi-generasi seterusnya.
2.1.2 Tarannum pada Zaman Tabi`in r.a dan Pascanya
Ketika zaman para Tabi`in (r.a) perkembangan Tarannum semakin rancak dari
sudut kepelbagaian bentuk bidang keilmuan, budaya dan ketamadunan. Dalam masa yang
sama wujud pengaruh-pengaruh luaran menjadi faktor-faktor yang memberi impak kepada
keutuhan bidang Tarannum sama ada kesannya dari sudut positif mahupun sebaliknya.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 12
Kursus : TARANNUM AL-QURAN (hbqe 3103)
Selain itu, keunikan dan ketulenan ilmu Tarannum tersebut memerlukan kepada
pengawalan dan perkembangan secara positif. Pengawalan dan perkembangan tarannum
al-Quran pada zaman ini dipelopori oleh beberapa Tabi‘in yang masyhur antaranya Sa`id
Bin al-Musayb Di Kota Madinah, Abdullah bin al-SaÊib Di Kota Makkah, Amar bin
Abdullah Di Kota Basrah, Abu Abdul Rahman al-Sulami dan Alqamah bin Qays Di Kota
Kuffah dan Al-Mughirah bin Abi Shihab al-Makhzumi Di Kota Sham. Setelah itu, ilmu
Tarannum mula diwarisi dan dikembangkan secara meluas oleh generasi seterusnya seperti
pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan Imam Muhammad Idris al-
Shafi`i diikuti oleh Imam-imam Qurra’ dan Qiraat sehinggalah pada zaman kita hari ini.
2.1.3 Tarannum di Nusantara
Pada awal kurun pertama Hijrah bersamaan kurun ketujuh Masihi, Nusantara atau
Kepulauan Melayu telah menerima kedatangan agam Islam. Biarpun banyak perselisihan
pendapat tentang fakta sebenar kedatangan Islam di Kepulauan Melayu di kalangan ahli
sejarawan, namun perkara utama yang perlu kita ketahui adalah kedatangan Islam telah
membentuk kebudayaan dan ketamadunan masyarakat di Nusantara. Islam telah
menjadikan al-Quran sebagai sumber dan panduan utama dalam pelbagai aspek kehidupan,
Dengan itu, masyarakat Muslim ketika itu amat mementingkan ketuanan, kesucian al-
Quran, penjagaan sepenuhnya dari sudut mengenal, mengeja, membaca, memahami dan
mengajarkannya. Usaha penjagaan al-Quran ini merupakan penyumbang kepada pengajian
Tarannum al-Quran yang berkembang selari dengan perkembangan ilmu Islami. Agama
Islam di Kepulauan Melayu bermula kurun ke-20 Masihi sehingga kini semakin meluas
tanpa perlu bergantung kepada mubaligh atau pendakwah Islam dari negara India, China
dan Arab. Dengan berkembangnya Islam di Kepulauan Melayu, telah memberi impak
terhadap keperihatinan masyarakat Melayu dalam menghayati al-Quran khususnya
melalui aspek Tarannum. Hal ini dapat dibuktikan dengan penguasaan masyarakat
Nusantara dalam musabaqah tilawah al-Quran yang merupakan program tahunan dunia
Islam dalam mempromosikan ketulenan dan kesucian al-Quran al-Karim.
Di Malaysia, musabaqah tilawah al-Quran telah dilaksanakan bermula pada tahun
1960. Ini adalah salah satu usaha murni dan menjadi kaedah menarik minat umat Islam
dalam memperdengarkan bacaan al-Quran dan menjadikan budaya suka membaca al-
Quran dalam kehidupan seharian. Pertandingan ini turut memperkenalkan kurikulum
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 13
Kursus : TARANNUM AL-QURAN (hbqe 3103)
bacaan al-Quran yang lebih tersusun iaitu terdiri daripada bidang Tahsin al-Quran, Tajwid,
Tarannum dan Fasohah.
2.1.4 Falsafah dan Peranan Tarannum dalam Bacaan Al-Quran
Ahmad Sunawari Long berdasarkan kajian beliau seperti yang terkandung dalam
bukunya Sejarah Falsafah, falsafah terdiri daripada gabungan dua perkataan Greek iaitu
philein dan sophos yang bermaksud „menyintai dan hikmah. Plato turut mendefinisikan
falsafahasebagai kajian terhadap sesuatu yang benar, baik dan cantik. Bagi al-Kindi pula,
seorang ahli falsafah Islam mendefinisikan falsafah sebagai suatu ilmu mengenai hakikat
sesuatu (Tuhan) yang berada dalam kemampuan manusia untuk mencapainya. Dengan itu,
falsafah merupakan batu asas dalam menggerakkan hala tuju sesuatu bidang. Falsafah
bagi Tarannum adalah berkisar dalam lingkungan melagukan bacaan al-Quran iaitu suatu
usaha ke arah memperkasakan amalan membaca al-Quran dengan menjaga mutu dan
kualiti yang bertepatan syara’ bagi menghubungkan rasa hati pembaca dan pendengar
kepada menghayati keagungan Allah sebagai Maha Pencipta. Justeru, bertarannum tetapi
tidak memahami falsafahnya adalah suatu amalan yang sia-sia atau dengan kata lain
menjadi penyelewengan terhadap nilai ilmu tersebut.
Seterusnya selain daripada falsafah Tarannum, peranan Trannum juga perlu
diketahui dan disedari oleh setiap Qari dan Qariah. Peranan Tarannum adalah seperti
berikut untuk mencapai tahap ketartilan bacaan al-Quran yang sebenar, untuk menghormati
kedudukan al-Quran sebagai sumber panduan utama, untuk menambahkan kekhusyukan
dan keinsafan, untuk mendapat rahmat daripada Allah (s.w.t) dan juga untuk mewarnai
seni bacaan al-Quran.
2.1.5 Susunan Tarannum yang Popular di Malaysia
Di Malaysia, Qari dan Qariah masa kini telah menyusun lagu bacaan al-Quran dan
mempopularkannya sebagaimana susunan berikut :
i. 50% Qari dan Qariah di Malaysia mengamalkan susunan Tarannum :
Bayyati - Soba - Hijaz - Nahawand dan Rast
Bayyati - Hijaz - Nahawand - Rast dan Sikah
ii. 30% Qari dan Qariah di Malaysia mengamalkan susunan Tarannum :
Bayyati – Nahawand - Rast - Sikah dan Jiharkah
iii. 15 % Qari dan Qariah di Malaysia mengamalkan susunan Tarannum :
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 14
Kursus : TARANNUM AL-QURAN (hbqe 3103)
Bayyati - Soba - Nahawand - Rast dan Sikah
iv. 5% Qari dan Qariah di Malaysia mengamalkan susunan Tarannum :
Bayyati - ÂIraqi - Hijaz - Sikah dan Rast
2.1.6 Ciri-ciri Persembahan Tarannum yang Baik di Malaysia
Sistem persembahan Tarannum di Malaysia adalah terdiri daripada beberapa ciri
sahaja dan tidak melengkapi ciri-ciri sebenar persembahan Tarannum yang baik. Ciri-ciri
persembahan Tarannum di Malaysia hanya terdiri daripada kompenen berikut :
i. Mengandungi beberapa jenis Tarannum yang berlainan tanpa berulang-ulang
ii. Mengandungi beberapa tabaqah suara yang disusun mengikut tekniknya.
iii. Tarannum pembukaan serta Tarannum penutupan hendaklah dari jenis yang
sama (Keutamaan/Bayyati).
Berikut adalah ciri-ciri sebenar persembahan Tarannum yang baik :
i. Susunan harakatnya rapid an sitematik.
ii. Susunan Tarannumnya rapid an sesuai.
iii. Penyesuaian Tarannum dengan ayat.
iv. Penyesuaian Tarannum dengan hukum Tajwid.
v. Penyesuaian suara dengan Tarannum.
vi. Pengendalian suara dan Tarannum mengikut lahjah Arab.
SEMAK KENDIRI 3.1
PEMBAHAGIAN SENI TARANNUM ALQURAN
Terdapat dua bahagian utama seni Tarannum dalam ilmu Tarannum ini iaitu
Tarannum Arab Hijazi dan Tarannum Arab Misri.
Tarannum Lahjah Arab Hijazi bermaksud irama dan alunannya yang
dipengaruhi oleh suasana padang pasir, berbukit bukau dengan suhu kepanasan yang agak
tinggi. Irama dan rentaknya juga agak lebih lincah di samping nada suaranya yang
meninggikan kehangatan. Ia juga berperanan sebagai satu kaedah alunan irama bacaan al-
Quran yang popular sebelum tahun 1940-an. Para Qari Hijazi lazimnya mengalunkan
bacaan al-Quran berdasarkan asas-asas tarannumnya yang tersendiri.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 15
Kursus : TARANNUM AL-QURAN (hbqe 3103)
Asas-asas Tarannum Lahjah Arab Hijazi adalah seperti berikut :
Rajah 1 : Asas-asas Tarannum Lahjah Arab Hijazi
Selain itu, lagu tambahan seperti Ruma, `Ushshaq, Rast, Unsad, Sun`ani, Yaman,
Hijaz, Hirab dan lain-lain lagi turut termasuk di dalam Tarannum Lahjah Arab Hijazi.
Walaubagaimanapun lagu-lagu tersebut sudah tidak dipopularkan lagi oleh kebanyakan
para Qari dan Qariah melainkan negeri-negeri tertentu sahaja yang masih
mempopularkannya sebagai irama bacaan al-Quran dan senikata berzanji.
Tarannum Lahjah Arab Misri pula bermaksud irama dan alunannya yang
dipengaruhi oleh suasana lembah Sungai Nil yang subur menghijau dengan suhu iklimnya
yang sederhana dan nyaman. Irama dan rentaknya juga agak lebih lembut di samping nada
suaranya yang sederhana. Ia mula popular Selepas tahun 1940-an sebagai kaedah alunan
irama bacaan al-Quran mendahului lahjah Arab Hijazi. Al-Shaykh Taha al-Fashni dari
Mesir menyatakan pendapat beliau bahawa kelazimannya para Qari warga Mesir
mengalunkan bacaan al-Quran yang tidak menyimpang daripada asas-asas Tarannum
(Bayati, Hijazi, `Iraqi dan Rast). Selain itu, wujud lagu lain seperti lagu Tafarra`, Husayni,
Kurdi, Soba, `Ajam, Nahawand, Nawa Asar (`Ushshaq), Sikah dan Jaharkah. Kesemua 12
lagu tersebut menjadi kaedah alunan lagu bacaan al-Quran para Qari dari Mesir sebagai
alunan lagu bacaan al-Quran. Manakala selebihnya, hanya digunakan ketika melagukan
Qasidah dan lagu-lagu muzik sahaja.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 16
Kursus : TARANNUM AL-QURAN (hbqe 3103)
RUMUSAN
Secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa Tarannum adalah ilmu yang
diilhamkan melalui beberapa unsur seperti bunyi kicauan burung, geseran kayu, tiupan
angin dan bunyi air mengalir. Tarannum sejak zaman Jahiliyyah lagi sudah menjadi
sebahagian daripada budaya masyarakat Arab. Setelah kedatangan Islam budaya tersebut
kian pudar kerana diganti dengan amalan membudayakan bacaan al-Quran dalam
kehidupan seharian masyarakat Arab silam dengan bacaan yang lebih baik dan lunak.
Selain itu, Rasulullah (s.a.w) telah mengajarkan gaya bacaan al-Quran yang betul
dan indah. Hasilnya, telah lahir para Qurra′ yang terdiri daripada kalangan para sahabat
(r.a.). Mereka memiliki kemahiran dan kepakaran dalam pembacaan al-Quran. Ini terbukti
ketika zaman para Tabi`in (r.a) di mana semakin pesatnya perkembangan pelbagai
bentuk bidang keilmuan, budaya dan ketamadunan. Manakala perkembangan Tarannum
di Nusantara khususnya di Malaysia, semakin menggalakkan lebih-lebih lagi
pertandingan Musabaqah Tilawah Al-Quran telah dilaksanakan bermula pada tahun
1960M. Ini adalah salah satu perjuangan kea rah menarik minat umat Islam dalam
memperdengarkan bacaan al-Quran dengan baik. Seterusnya, Falsafah Tarannum adalah
memperkasakan amalan membaca al-Quran dengan menjaga mutu dan kualiti yang
bertepatan syarak bagi menghubungkan rasa hati pembaca dan pendengar ke arah
menghayati keagungan Allah sebagai Maha Pencipta. Seterusnya, ilmu Tarannum
terbahagi kepada dua bahagian skop asas iaitu Tarannum Arab Hijazi dan Tarannum
Arab Misri.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 17
Kursus : TARANNUM AL-QURAN (hbqe 3103)
RUJUKAN
Abd al-Fattah al-Khalidi, (1994). Mafatih li Al-Ta′amul Ma′a al-Quran, Dimashq : Dar
al-Qalam.
Al-Nawawi, Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf, (1992). Al-Tibyan fi Adab Hamalah al-
Quran, Beirut: Dar Ibn Hazm.
Ibn Al-Athir, Majd Al-Din Al-Mubarak Ibn Muhammad, (1963), al-Nihayah fi
Gharib Al-Hadith Wal ’Athar, Al-Qahirah : Maktabah Islamiyyah.
Ibn al-Jazari, Syihab al-Din Abi Bakr Bin Ahmad Bin Muhammad, (1418H). Syarh
Tayyibah al-Nasyr fi al-Qira’at al-‘Asyr, Beirut : Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Ibn Manzur, Muhammad Bin Mukram Al-Afriqiy Al-Misri, (1405h). Lisan Al-‘Arab,
Beirut : Dar Sadir.
Muhd. Ali bin Abu Bakar, (1997). Seni lagu al-Quran di Malaysia. Kuala Lumpur : Darul
Fikr.
Muhammad Rajab Farjani, (1976). Kaifa Nata′addadu Ma′a Al-Mushaf, Qahirah: Dar al- I
′tisam.
Manna′ Khalil al-Qattan, (1973). Studi Ilmu-ilmu Quran (terj. Drs. Mudzakkir AS.),
Jakarta: Litera AntarNusa.
Mahdi Muhammad al-Hirazi, (2001). Bughyah Al-Murid Min Ahkam Al-Tajwid, Beirut :
Dar al-Basyair al-Islamiyyah.
Muhammad Abdul Azim al-Zalqani, (2001). Manahil al-Irfan fi Ulum al-Quran, Beirut: Al
Maktabah al-Asriyyah.
Manna Khalil Qatan, (1998). Mabahis fi ′Ulum Al-Quran, Beirut : Muassassah al-Risalah.
Muhammad Khazar Al-Mujali. (2003). Al-Wajiz Fi ‘Ulum Al-Kitab Al-′Aziz, Kuala
Lumpur : University Malaya.
Nik Jaafar Bin Nik Ismail, (1998). Qawaid Tarannum, Kuala Lumpur : Darul Fikr.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 18
Kursus : TARANNUM AL-QURAN (hbqe 3103)
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 19