TUGASAN Rubrik Pakku

download TUGASAN Rubrik Pakku

of 41

Transcript of TUGASAN Rubrik Pakku

PSV 3111 PENTAKSIRAN PSVKU BAZNIIZWAL B. KU BHADURPSV6ITUGASAN 1

DEFINISI PENTAKSIRANPentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumatdan seterusnya membuat penghakiman tentangproduksesuatu proses pendidikan dan maklumat meliputi hal-hal berkaitan topik, bukti dan prestasi. Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.

KONSEP PENTAKSIRANPentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. la merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996. (Akta 550). Secara keseluruhannya pentaksiranbertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka.Dalam konteks pendidikan,pentaksiran merupakan satu episoddalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai,mengumpul, merekod, memberi skor da menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu. Hasil pentaksiran membolehkan guru mengambil tindakan susulanyang berkesan dan seterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.

OBJEKTIF PENTAKSIRANPentaksiran bertujuan untuk membantu guru dalam perkara berikut iaitu mengesan perkembangan murid secara menyeluruh, mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh, mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari masa ke semasa, merangsang aktiviti mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid, mengesan keberkesanan pengajaran dan mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur.

TUJUAN PENTAKSIRANTujuan pentaksiran adalah mengesan keberkesanan pengajaran, menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan sertamerta, merancang aktiviti pengajaran mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid, mengesan perkembangan murid secara menyeluruh, mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pengajaran dari masa ke semasa dan mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.

CIRI- CIRI PENTAKSIRANAntara ciri pentaksiran ialah Kesahan Skor: iaitu merujuk kepada relevan dan kecukupan dan cakupan. Kebolehpercayaan Skor iaitu merujuk kepada ketekalan dan ketepatan. Keobjektifan iaitu ketepatan seseorang pentaksir memberikan skor. Kebolehtadbiran iaitu kelicinan kerja-kerja mentadbir ujian yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah. Kemudahtafsiran iaitu maklumat tentang calon berdasarkan skor, diskrimininasi antara calon, ketepatan tujuan mengadakan ujian.dan Kekomprehensifan iaitu kertas soalan mewakili semua objektifpenting Sukatan Pelajaran.

PROSES PELAKSANAAN PENTAKSIRANProses ini mempunyai berbagai-bagai jenis penilaian yang boleh dijalankan dalam pengajaran pendidikan seni visual. Antaranya juga terdapat berbagai pandangan dan garis panduan yang boleh dirujuk agar penilaian itu akauntabel dan menggunakan piawai (standards) nasional yang telah ditentukan mengikut kemahiran dan tahap pelajaran pendidikan seni visual. Penilaian juga boleh dilakukan dengan menggunakan portfolio untuk penilaian yang berterusan.Untuk menilai proses dan hasil kerja pelajar, beberapa cadangan boleh dijadikan kriteria penilaian. Rob Barnes (1987) berpendapat,terdapat lima perkara yang perlu dinilai iaitu proses kerja, pengendalian bahan, penggunaan media, kemahiran kritikal, peringkat-peringkat perkembangan peribadi. Manakala Michael (1998) mencadangkan lapan objektif yang perludinilai iaitu meliputi: komunikasi atau ekspresi, keyakinan diri /self-esteem, perkembangan persepsi, ketekalan organisasi estetika,pengetahuan seni, kreativiti, kemahiran, dan kepuasan atau keseronokan.Dalam penilaian pendidikan seni visual, adalah penting untukmenilai aspek yang berkaitan dengan pembelajaran, sejarah dan apresiasi seni serta perkembangan dalam estetika. Sebelum sesuatu pentaksiran dilaksanakan, guru hendaklah merancang perkara-perkara berikut mengenal pasti murid yang hendak dinilai, menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, menentukan instrumen yang hendak digunakan, menentukan aspek yang hendak diperhatikan, menentukan tempoh masa pemerhatian dan menentukan bila hendak menjalankan penilaian dan pentaksiran.

Instrumen penilaian yang dibina juga perlu mempunyai ciri-ciri seperti mempunyai tujuan yang jelas, menepati apa yang hendak dinilai, item boleh diukur, setiap item hanya mengukur satu kemahiran sahaja, dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, penilaian boleh dilakukan sama ada penilaian secara terkawal atau penilaian tidak terkawal.

Penilaian TerkawalPenilaian ini dijalankan dalam suasana yang terkawal, di mana pelajar menjawab soalan-soalan dalam keadaan tenteram dan tidak diganggu. Ia merupakan ujian pencapaian yang berbentuk kertas dan pensel. Pelajar diberi masa yang sama panjang, menjawab dalam masa yang sama, menggunakan kertas soalan dan bentuk soalan yang sama dan diawasi oleh pengawas atau petugas sepanjang masa. (masa ujian atau peperiksaan) Penilaian terkawal ini biasanya dijalankan pada setiap penggal persekolahan yang telah dimasukkan dalam takwim persekolahan sepanjang tahun. Penilaian terkawal juga ialah peperiksaan kendalian Kementerian Pelajaran seperti peperiksaan SPM danSTPM. Penilaian terkawal sangat sesuai untuk mendapatkan maklumat pengetahuan dan kemahiran pelajar.

Penilaian FormatifBagi mencapai matlamat dan objektif yang dirancangkan, aktiviti penilaian seringkali memberikan maklumat penting kepada guru untuk melaksanakan tindakan seterusnya. Penilaian yang dijalankan bagi tujuan memperoleh maklumat bagi memperbaiki kurikulum dikenali penilaian formatif. Penilaian ini dijalankan sepanjang masa dan maklumat yang diperolehi daripada penilaian ini digunakan secara terus menerus. Penilaian lazimnya mendatangkan kesan negatif sama ada kepada murid, guru atau ibu bapa sendiri. Hal ini demikian kerana penilaian sering kali menimbulkan ketegangan kepada golongan berkenaan. Dengan itu, penilaian formatif cuba mengurangkan ketegangan tersebut tanpa membandingkan pencapaian antara pelajar.Pendidik yang beramanah seharusnya memberikan penerangan dan bimbingan kepada murid dan kepada ibu bapa murid akan kegunaan serta tujuan penilaian formatif. Ujian yang dibentuk dalam penilaian ini seharusnya bercorak ujian diagnostik yakni yang dapat memberikan input akan masalah yang dihadapi murid dalam mengikuti pembelajaran. Ujian dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Manakala maklumat yang diperolehi hendaklah digunakan serta merta dalam memperbaiki pengajaran dan pembelajaran agar pelajar dan guru sama-sama memperolehi manfaat daripadanya. Misalnya, guru dapat mengenal pasti kelemahan penyampaian pengajarannya, manakala murid dapat mengetahui kelemahan aspek tertentu dalam pembelajaran. Dengan itu penilaian ini bukan sekali-kali bertujuan membandingkan pelajar sebaliknya ingin membantu murid. Dengan itu, tidak ada gred diberikan kepada penilaian atau ujian yang dijalankan. Contoh penilaian formatif seperti sesi soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian di bilik darjah yang tidak ditentukan gred.Bagi memastikan pelaksanaan penilaian yang berkesan, beberapa langkah atau prosedur perlu diberikan tumpuan atau perhatian oleh guru, iaitu menentukan topik pembelajaran. Dalam sesuatu sukatan pelajaran, mengandungi beberapa topik yang seharusnya dihabiskan sepanjang sesi persekolahan untuk satu tahun. Pengajaran topik-topik berkenaan memerlukan masa yang lama untuk menghabiskan semua sukatan berkenaan. Langkah terbaik ialah menyusun topik berkenaan mengikut peringkat kesukaran. Seandainya topik tersebut mempunyai cakupan yang luas, maka penekanan harus diberikan dan mungkin diperlukan dikecilkan kepada sub-topik tertentu. Dengan cara ini guru akan dapat memastikan murid-murid menguasai sesuatu sub-topik tertentu terlebih dahulu sebelum meneruskan kepada topik-topik seterusnya. Sebelum beralih kepada topik lain, guru akan mengadakan ujian formatif untuk melihat tahap penguasaan sesuatu topik.Menyatakan aspek dan tahap pencapaian bagi sesuatu topik pembelajaran. Guru harus mengenal pasti aspek-aspek tertentu setiap topik yang perlu dikuasai oleh pelajar. Misalnya pelajar dapat mengenal warna, simbol, membaca dan lain-lain mengikut keperluan topik berkenaan. Setelah aspek berkenaan ditentukan, maka guru boleh menentu tahap penguasaan murid-murid dalam bilik darjah terhadap satu-satu topik berkenaan. Dalam hal ini apabila keputusan menunjukkan 80% hingga 90% pelajar telah menunjukkan penguasaan terhadap sesuatu topik, memperlihatkan bahawa kebanyakan pelajar sudah menguasai topik berkenaan.Menghubungkaitkan elemen-elemen yang terdapat dalam setiap topik. Guru perlu menyusun elemen-elemen yang terdapat dalam topik-topik pembelajaran pada peringkat perlakuan tertentu dengan berdasarkan taksonomi pendidikan. Setelah pemeringkatan mengikut tahap perlakuan selesai, gurus seterusnya mengaitkan semua elemen berkenaan yang terdapat dalam satu-satu topik agar saling bertautan dan tidak terpisah.Membentuk soalan ujian. Selepas penentuan elemen-elemen berkenaan, misalnya ada sepuluh elemen dalam sesuatu topik, maka setiap elemen berkenaan seharusnya diuji kepada pelajar sekurang-kurangnya satu soalan.Mencadangkan langkah susulan. Tujuan penilaian formatif dijalankan ialah antara lain untuk mengetahui tahap penguasaan sesuatu topik pembelajaran di samping kesukaran yang dihadapi oleh murid-murid. Dengan itu tindakan susulan harus dilaksanakan berdasarkan keputusan ujian yang diperolehi. Misalnya, murid-murid masih menunjukkan kelemahan ketara dalam sesuatu topik, maka tindakan selanjutnya yang harus diambil oleh guru ialah mengulang semula topik berkenaan atau mengubah suai pendekatan penyampaian agar murid-murid boleh menguasai topik tersebut.Penilaian formatif atau ujian formatif dianggap sebagai suatu strategi pengajaran dan pembelajaran yang dapat membantu guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru dan murid-murid masing-masing saling memperolehi maklumat akan kelemahan-kelemahan yang wujud semasa pengajaran pembelajaran berlangsung berdasarkan keputusan ujian yang ditunjukkan. Ini memberikan motivasi kepada guru dan murid untuk membaiki prestasi masing-masing. Guru memperbaiki prestasi penyampaian manakala murid memperbaiki strategi pembelajaran.Tujuan Penilaian FormatifPada asasnya, penilaian formatif bertujuan untuk memperbaiki pengajaran pembelajaran. Di samping memperbaiki pengajaran dan pembelajaran, secara langsung penilaian yang dijalankan dapat meningkatkan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu pelajaran. Hal ini dapat direalisasikan melalui ujian-ujian yang dikendalikan dapat memperlihatkan kelemahan-kelemahan yang wujud sama ada pada penyampaian guru atau penguasaan murid dan seterusnya guru akan memperbaiki agar murid dapat menguasai dengan lebih baik. Situasi ini akan menolong murid-murid menguasai sesuatu unit atau topik pembelajaran dan ini memungkinkan mereka memperolehi pencapaian yang lebih baik pada akhir penggal atau semester persekolahan.Penilaian formatif juga dapat memperbaiki kualiti serta dapat meramal pencapaian pelajar. Menjadi satu kepuasan kepada seseorang guru apabila beliau dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dari semasa ke semasa. Dengan mengadakan ujian formatif, guru dapat meninggi pencapaian dan mengekalkan pencapaian yang memuaskan. Hal ini melalui perbandingan yang boleh dibuat antara pencapaian murid sekarang dengan pencapaian murid-murid lalu melalui rekod ujian formatif yang telah dikendalikan dan mencatatkan masalah yang dihadapi oleh murid-murid dahulu serta langkah penyelesaian yang telah diambil. Dengan cara ini, guru dapat mengekalkan prestasi pelajar dan meramal pencapaian pada akhir penggal persekolahan.Di samping itu, kegunaan penilaian formatif juga bertujuan mengubah suai pengajaran seseorang guru. Hal ini kerana pencapaian yang rendah di kalangan murid-murid barangkali disebabkan oleh kelemahan pengajaran guru itu sendiri. Pendekatan yang diambil oleh guru berkenaan tidak semestinya sama dalam semua sesi pembelajaran yang dikendalikan. Begitu juga murid-murid yang dihadapinya terdiri daripada pelbagai peringkat kebolehan. Ada yang sederhana, lemah dan cemerlang. Keadaan ini memerlukan pengubahsuaian dalam penyampaian guru agar pembelajaran lebih berkesan. Berasaskan penilaian yang dijalankan guru dapat mengenal pasti aspek atau topik yang menunjukkan kecenderungan murid-murid masih lemah dan topik yang telah dikuasai oleh murid. Selain mengatasi kelemahan dalam pengajaran, guru juga dapat menentukan pendekatan yang lebih baik dalam penyampaian. Misalnya, guru menggunakan pendekatan syarahan dalam menyampaikan pengajaran. Pada akhir topik berkenaan, satu ujian formatif dilakukan dan mendapati kebanyakan murid kurang memahami topik yang diperkatakan. Dengan itu guru dapat memahami bahawa pendekatan berkenaan tidak sesuai dan beliau boleh mengubah dengan menggunakan pendekatan lain seperti perbincangan dan sebagainya.Penilaian formatif juga bertujuan untuk memberikan bimbingan pembelajaran kepada murid-murid. Maklumat yang diperolehi daripada siri ujian yang dijalankan dapat digunakan oleh murid-murid untuk mengatasi kelemahan mereka. Mereka boleh berbincang dan mendapat bimbingan serta khidmat nasihat daripada guru mereka. Dengan cara itu, murid-murid berkenaan dapat mengatasi masalah mereka dan seterusnya meningkatkan penguasaan pembelajaran. Mereka juga akan menjadi sentiasa bersedia untuk menduduki siri ujian yang dijalankan dan dengan itu memerlukan ketekunan dan tumpuan kepada topik-topik pembelajaran.Kesimpulannya, penilaian atau ujian formatif adalah suatu strategi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bermanfaat dalam membantu pelajar dan guru. Maklum balas yang diperolehi dapat digunakan oleh guru dan murid-murid serta merta dalam memperbaiki kelemahan-kelemahan yang wujud. Ia memberikan motivasi kepada guru untuk terus berusaha dengan gigih bagi memastikan kecemerlangan pelajar. Manakala pada pihak murid-murid pula, ia memberikan harapan tinggi mereka untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.Penilaian SumatifBerbeza dengan penilaian formatif yang lebih menumpukan menilai tahap penguasaan pelajar dalam satu-satu topik pembelajaran, penilaian sumatif bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu penggal persekolahan dan digunakan untuk menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan.Tujuan penilaian sumatif bukanlah untuk membantu murid-murid secara individu dalam meningkatkan pencapaian. Tujuan penilaian sumatif ialah untuk menentukan sejauh mana objektif-objektif sesuatu bidang mata pelajaran yang telah disampaikan oleh guru semasa pengajaran pembelajaran berlangsung di bilik darjah telah dicapai oleh murid-murid. Dengan berdasarkan objektif yang telah ditetapkan melalui pembinaan jadual penentuan ujian, peratusan objektif yang dapat dicapai oleh pelajar dapat diketahui.Kedua, penilaian sumatif bertujuan memberikan gred kepada murid-murid berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diadakan. Dengan adanya gred yang diberikan, akan memudahkan guru untuk membuat perbandingan antara individu dalam satu-satu bilik darjah atau membuat perbandingan mengikut tingkatan atau kumpulan pelajar. Dengan cara ini guru boleh membuat kesimpulan peringkat pencapaian pelajar mengikut kumpulan tertentu misalnya kumpulan pelajar lemah, sederhana dan cemerlang. Contoh penilaian sumatif seperti penilaian pada akhir penggal, peperiksaan percubaan, UPSR, PMR dan sebagainya.Bagi memastikan keberkesanan dalam pentadbiran penilaian sumatif, langkah-langkah berikut harus diberikan penekanan iaitu membentuk jadual penentuan ujian yang mengandungi maklumat yang lengkap berkaitan objektif, bentuk item, jumlah item, tempoh penilaian, kandungan dan sebagainya. Ini bagi memastikan kesahan ujian yang bakal dilaksanakan dan kebolehpercayaan keputusan yang diperolehi.Menggubal soalan-soalan yang berkaitan dengan isi dan perlakuan yang ingin diuji. Setiap item haruslah menguji objektif pelajaran yang telah ditetapkan.Mengumpul item secara sistematik. Misalnya mengelompokkan item mengikut bentuk yang sama. Item objektif diasingkan dengan item mengisi tempat kosong, esei dan sebagainya. Item juga boleh disusun mengikut susunan topik atau mengikut aras kemahiran kognitif. Misalnya menyusun soalan bermula aras rendah diikuti aras lebih tinggi. Menyiapkan skema pemarkahan bagi tujuan penyemakan kertas ujian. Ini dapat mengelakkan berlakunya bias dalam pemberian markah murid-murid.Menyediakan arahan yang jelas tentang apa yang seharusnya murid lakukan dalam menjawab setiap soalan yang dikemukakan. Menguji item tersebut terlebih dahulu melalui ujian rintis kepada sampel pelajar bagi memastikan ujian yang bakal dijalankan itu benar-benar sah dan boleh dipercayai serta dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang wujud pada item berkenaan.Menganalisis item yang telah ditadbir secara rintis bagi mengetahui aras kesukaran item, daya diskriminasi item, ketunggalan item, kesahan dan kebolehpercayaan berkenaan serta memastikan pilihan jawapan yang disediakan (distraktor) dapat berperanan dengan baik.

Tujuan Penilaian SumatifPada umumnya, penilaian sumatif untuk menentukan pencapaian murid sebagai satu kumpulan dengan membezakan antara pencapaian pelajar berdasarkan gred yang telah ditentukan. Selain itu, penilaian sumatif juga bertujuan untuk mengiktiraf kebolehan dan kemahiran yang dimiliki oleh pelajar. Ini berdasarkan skor yang diperolehi oleh pelajar dalam penilaian yang dijalankan.Guru atau pendidik juga dapat membuat ramalan akan kejayaan murid dalam sesuatu mata pelajaran. Pencapaian pada peringkat awal biasanya mempunyai perhubungan yang tinggi dengan peringkat pencapaian yang seterusnya. Misalnya, kemahiran mengenal huruf murid akan menjadi ramalan kepada kemahiran untuk menyusun huruf-huruf dalam membentuk perkataan pada masa depan.Penilaian sumatif juga dapat dijadikan petunjuk dalam memulakan sesuatu kursus baru yang berkaitan. Sebelum memulakan sesuatu kursus baru murid-murid dikehendaki terlebih dahulu menduduki ujian yang menentukan peringkat pencapaian mereka agar dapat memastikan murid-murid berkenaan telah menguasai kemahiran asas yang diperlukan dalam sesuatu kursus baru berkenaan. Sekiranya murid-murid berkenaan sudah mencapai peringkat tertentu, barulah mereka dibenarkan untuk mengambil kursus tersebut.Selain itu, keputusan penilaian sumatif juga dapat memperlihatkan peringkat pencapaian yang berbeza mengikut kumpulan. Item yang sama ditadbir kepada beberapa kumpulan bagi tujuan membuat perbandingan pencapaian yang diperolehi. Dengan cara itu, perbandingan pencapaian dapat dibuat dalam menentukan kelompok pelajar lemah, sederhana dan cemerlang serta kelas (bilik darjah) yang lemah dan cemerlang.Kesimpulannya, penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan telah lama dilaksanakan dalam dunia pendidikan dengan tujuan utama ialah untuk memberikan gred kepada pencapaian murid. Di samping itu, penilaian ini juga dapat digunakan secara menyeluruh dalam memperbaiki sesuatu kurikulum kerana keputusan yang diperolehi lebih menyeluruh.Perbezaan Penilaian Formatif Dan Penilaian SumatifAspekPenilaian FormatifPenilaian Sumatif

KonsepUjian yang boleh dibentuk dan ditadbir secara formal atau tidak formal bagi mengesan kemajuan atau penguasaan murid terhadap sesuatu pembelajaranUjian yang dijalankan secara formal bagi mengesan pencapaian murid dalam tempoh tertentu persekolahan.

TujuanMengenal pasti tahap penguasaan dan kemajuan murid dan seterusnya mengambil langkah susulan bagi membaiki kelemahan yang wujud.Mengenal pasti pencapaian pelajar untuk beberapa topik pembelajaran dan seterusnya memberikan skor dan gred pencapaian pelajar.

Waktu penilaianSepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsungSelepas beberapa topik pembelajaran atau pada pertengahan atau akhir penggal persekolahan.

KaedahFormal : pensel-kertasTidak formal : pemerhatian, soal jawab, tugasan, latihanDibuat secara individu atau dalam kumpulanDibuat secara formal ujian pensel-kertas, lisan.Dijalankan secara berkumpulan

Selepas penilaian dijalankanMembaiki kelemahan murid serta merta dengan mengulang semula topik pembelajaran pemulihanMenjalankan aktiviti pengukuhan pengayaanMenempatkan murid mengikut kumpulan pencapaian yang sesuai.Memberikan pengiktirafan sijil, hadiah dsb.Membaiki kurikulum / mata pelajaran

RUMUSANDalam menyediakan ujian yang baik dan berkesan, guru merupakan penggerak utama. Hal ini demikian kerana guru yang lebih arif tentang bidang yang telah diliputi sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ujian yang dilaksanakan oleh guru dapat memberikan tentang kesan pembelajaran untuk tempoh yang pendek mahupun jangka waktu yang lebih panjang. Ujian yang dilakukan dalam tempoh pengajaran pembelajaran yang berlangsung membolehkan guru mengetahui tahap penguasaan pelajar tentang topik-topik yang telah dibincangkan di samping mengetahui masalah yang dihadapi pelajar dan seterusnya menjalankan aktiviti yang bersesuaian seperti aktiviti pemulihan. Sementara ujian yang dijalankan pada akhir sesuatu penggal aman memberikan maklumat berkenaan pencapaian pelajar secara umum setelah pengajaran pembelajaran berlangsung dalam tempoh tertentu. Dengan itu juga guru-guru dapat membandingkan serta menggredkan pelajar mengikut pencapaian yang diperolehi sama ada dalam kumpulan pelajar yang lemah sederhana atau cemerlang

PERATURAN MEMBERI MARKAH PSVTerdapat dua bentuk ujian yang diberikan kepada murid. Bentuk-bentuk ujian itu terdiri daripada Kertas Objektif dan Bentuk Esei. Kedua-dua bentuk ujian ini memerlukan semakan jawapan yang berbeza iaitu Objektif atau lebih dikenali sebagai OMR dan Esei yang ditulis oleh murid. OMR lebih mudah disemak dan diproses menggunakan mesin khusus memproses kertas jawapan OMR. Esei pula memerlukan guru untuk memeriksa dengan teliti dan tidak boleh disemak oleh sesiapa kecuali guru-guru yang pakar dalam sesuatu mata pelajaran berkenaan.Permarkahan berbentuk esei boleh dijadikan alat pengukur yang berkesan jika dilengkapi dengan PMM. PMM perlu diperiksa oleh pemeriksa dengan cekap dan ada penyelarasan antara pemeriksa. Kecekapan dan keselarasan pemeriksa adalah mesti, jika itu ialah pencapaian dan pemeriksanya lebih seorang. PMM juga adalah salah satu perkara mesti bagi soalan esei walaupun pemeriksanya hanya seorang. Faktor di luar dan di dalam diri si pemeriksa itu sentiasa sahaja mempengaruhi kebolehpercayaan permarkahan.

KRITERIA PENGUKURAN DAN PENILAIANKriteria yang digunakan dalam pemarkahan jawapan esei berkait rapat dengan tujuan dan tugasan soalan. Kriteria tersebut terbahagi tiga iaitu Krieria Isi Kandungan, Kriteria Pengolahan dan Kriteria Proses.

KRITERIA ISI KANDUNGANMerujuk kepada penguasaan maklumat dan fakta yang berkaitan mengikut kehendak soalan. Pendidikan Seni Visual- memahami kehendak tugasan, boleh melukis dan mampu mengolah idea secara kreatif.

KRITERIA PENGOLAHANMerujuk kepadaa kemahiran menghuraikan maklumat, fakta dan idea secara logic dan matang serta penggunaan bahasa yang tepat. Pendidikan Seni Visual- boleh mengolah motif secara mendalam, kreatif dan analitik dan juga mahir mempelbagaikan penggunaan alat dan bahan.KRITERIA PROSESMerujuk kepada aspek ketepatan, kemunasabahan, kelengkapan, ketekalan, keaslian dan kreativiti dalam teknik penulisan. Pendidikan Seni Visual-berupaya mempelbagai teknik dan proses secara kreatif dan sistematik. Ia berkebolehan menghasilkan projek atau artifak mengikut spesifikasi dan berkualiti.PERMARKAHAN HOLISTIKPemarkahan holistik ialah skema yang disediakan secara umum sebagai panduan untuk member markah kepada jawapan murid. Skema ini sesuai sebagai permarkahan soalan berbentuk esei yang markahnya diberi berdasarkan kepada impresi.Permarkahan secara holistik memerlukan pemeriksa membaca terlebih dahulu jawapan secara keseluruhan dan kemudian mengelaskan pencapaian mengikut kelompok pencapaian sebelum menganggar markah keseluruhan bagi sesuatu soalan. Pemeriksa secara holistik memerlukan pemeriksa yang berpengalaman dan benar-benar menguasai bidang atau mata pelajaran tertentu.Permarkahan holistic boleh dikelaskan kepada 6 kriteria berdasarkan markah 0 hingga 6. Kaedah yang lazim digunakan untuk permarkahan holistik ialah kaedah ordinal dan nominal.

MarkahKriteria

CEMERLANG21-30 markahSemasa perbincangan, idea-idea yang dilontarkan adalah bernas dan murid menunjukkan cirri-ciri kepimpinan yang tinggi. Murid juga bijak dalam mengendalikan perbincangan kumpulan dan mengaplikasikan kemahiran mendengar, member maklum balas serta berkongsi maklumat. Kualiti kerja berkumpulan juga adalah baik serta mempamerkan kemahiran pemikiran analitikal yang tinggi.

BAIK11-20 markahSemasa perbincangan, murid tidak selalu menyumbang idea yang bernas namun tetap berfungsi sebagai ahli kumpulan yang baik dalam menjalankan tugas yang diberikan. Walau bagaimanapun, kualiti kerja perlu diperbaiki dan mempamerkan sedikit kemahiran berfikir secara kritikal di dalam hasil kerja.

LEMAH0-10 markahSemasa perbincangan, murid jarang menyumbang idea bernas dan lebih banyak mendiamkan diri serta kurang memberikan kerjasama dengan ahli yang lain. Kualiti kerja juga adalah rendah tanpa sebarang aplikasi kemahiran berfikir.

Memberikan gambaran yang jelas tentang asas taburan markah. Oleh sebab itu cara permarkahan ini dapat menjelaskan mengapa pencapaian murid tinggi atau rendah.Murid juga dapat melihat dan menilai dimana dan apa kelemahan mereka dengan jelas. Lebih objektif dan ketekalannya dapat dikekalkan sekiranya pemeriksa menjalankan tugas dengan teliti. Kebolehpercayaan sesuatu pemarkahan dapat ditentukan oleh pemeriksa.

KAEDAH ORDINALSekiranya permarkahan secara holistik dibuat dengan menggunakan kaedah ordinal, pemeriksa perlu mengikuti langkah-langkah berikut seperti, memeriksa setipa skrip jawapan murid secara keseluruhan. Menyusun skrip-skrip jawapan murid mengikut prestasinya dimana prestasi terbaik diletakkan diatas, prestasi tidak baik diletakkan di bawah. Menentukan beberapa peratus murid yang patut diberi gred A,B,C,D, E dan sebagainya. Memberikan gred kepada skrip jawapan mengikut kumpulan berdasarkan peratusan murid yang telah dipertimbangkan untuk setiap gred.

KAEDAH NOMINALPermarkahan yang menggunakan kaedah nominal, pemeriksa perlu mengikut langkah-langakah seperti menentukan skema permarkahan terlebih dahulu sama ada menggunakan markah atau gred. Gred A adalah cemerlang, B adalah kepujian, C adalah lulus, D adalah gagal. Gred berdasarkan kriteria kandungan , kriteria pengolahan dan kriteria proses. Pemeriksa kemudian dikehendaki membaca skrip sekali lalu untuk memperoleh gambaran setinggi mana tahap jawapan murid berdasarkan 3 kriteria tadi.Pemeriksa kemudian dikehendaki membaca skrip kali kedua untuk menetapkan gred yang difikirkan sesuai diberikan kepada skrip tersebut yang difikirkan sesuai diberikan kepada skrip tersenut berdasarkan skema pemarkahan yang disediakan. Pemeriksa dikehendaki membaca skrip kali ketiga untuk membuat pengubahsuaian, jika ada pada gred-gred yang telah diberikan.

CONTOH PEMARKAHAN HOLISTIK

KEBAIKAN PEMARKAHAN HOLISTIKMurid bebas memberikan jawapan asalkan tidak menyeleweng daripada kehendak soalan. Pemeriksaan skrip jawapan tidak mengambil masa yang panjang kerana pemeriksaan dibuat secara umum tanpa memberikan penekanan pada aspek isi kandungan, pengolahan bahasa dan sebagainya. Pemeriksadan juga pemarkahan diandingkan antara setiap pemeriksa member markah yang sama antara mereka.

PEMARKAHAN HOLISTIKPemarkahan holistik ialah skema yang disediakan secara umum sebagai panduan untuk member markah kepada jawapan murid. Skema ini sesuai bagi pemarkahan soalan berbentuk esei yang markahnya diberi berdasarkan kepada impresi. Pemarkahan secara holistik memerlukan pemeriksa membaca terlebih dahulu jawapan secara keseluruhan dan kemudian mengelaskan pencapaian mengikut kelompok pencapaian sebelum menganggar markah keseluruhan bagi sesuatu soalan.

KELEMAHAN HOLISTIKMemerlukan pemeriksa yang berpengalaman dan benar-benar menguasai bidang atau matapelajaran berkenaan sebagai pemeriksa. Adalah pemarkahan secara umum tanpa member perhatian kepada aspek khusus penulisan karangan seperti isi, tatabahasa, gaya dan lain-lain. Cara ini lebih sesuai digunakan untuk menilai penulisan pelajar di IPT.Kemungkinan perselisihan pendapat dalam memberikan markah di antara pemeriksa dan sukar hendak dijelaskan.

SKEMA PEMARKAHAN HOLISTIKGRED/MARKAHCIRI JAWAPAN

Gred A75%-100%Pemilihan tema yang sangat tepat dalam menghasilkan kolaj. Pemilihan bahan untuk menghasilkan kolaj mempunyai kepelbagaian dari bahan alam semulajadi dan alam benda serta mempunyai warna asas, sekunder dan tertier yang sangat menarik. Susunan bahan juga sangat kemas dan teratur mempamerkan kuantiti kerja yang sangat baik.

Gred B60%-74%Pemilihan tema yang tepat dalam menghasilkan kolaj. Pemilihan untuk menghasilkan kolaj mempunyai bahan alam semulajadi dan mempunyai warna asas dan warna sekunder yang menarik. Susunan bahan kemas dan teratur serta mempamerkan kuantiti kerja baik.

Gred C40%-59%Pemilihan tema yang sederhana tepat dalam menghasilkan kolaj mempunyai bahan alam benda dan warna sekunder sahaja. Susunan bahan sederhana kemas dan teratur serta mempamerkan kuantiti kerja yang baik.

Gred D30%-39%Pemilihan tema yang kurang tepat dalam menghasilkan kolaj. Pemilihan bahan untuk menghasilkan kolaj dari bahan alam benda serta mempunyai warna asas sahaja. Susunan bahan kurang kemas dan teratur serta mempamerkan kuantiti kerja yang kurang baik.

Gred E0%-29%Pemilihan tema yang tidak tepat dalam menghasilkan kolaj. Pemilihan bahan untuk menghasilkan kolaj dari bahan alam benda serta mempunyai warna asas sahaja. Susunan tidak kemas dan tidak teratur serta mempamerkan kuantiti kerja yang tidak kualiti.

PERMARKAHAN ANALITIKMerujuk kepada pemarkahan jawapan berbentuk esei secara lebih terperinci yang mana markah diberi berdasarkan criteria yang lebih terperinci. Ia mengandungi isi kandungan, pengelolaan dan proses yang lebih khusus. Kaedah permarkahan analitik bermaksud kaedah member markah secara point iaitu ia memerlukan skema pemarkahan yang terperinci dan setiap unit jawapan diberi perhatian dan pemberatan.

Markah diperuntukkan kepada unsur-unsur penting yang merangkumi kriteria kandungan, pengolahan dan proses itu dikesan dan diberi markah secara berasingan. Ini bermakna, jika unsur-unsur tiga kriteria tersebut banyak terdapat dalam jawapan murid, maka tinggilah markah yang akan diberikan kepada murid. permarkahan analitik memberikan perhatian bukan sahaja kepada unsur isi atau idea utama tetapi juga kepada organisasi dan kesepaduan unsur-unsur berkenaan.Pemarkahan analitik juga dikelaskan kepada 6 markah iaitu dari 0 hingga 6 tetapi ia adalah lebih terperinci dengan setiap peringkat dipecahkan pula kepada 5 bahagian setiap satu.

PERBEZAAN PENILAIAN HOLISTIK DAN ANALITIK

PERKARAPEMARKAHAN ANALITIKPEMARKAHAN HOLISTIK

SKEMA PEMARKAHANSangat terperinci berdasarkan unsur-unsur yang terkandung di dalam jawapan.Sangat subjektif (berdasarkan andaian bahawa murid mempunyai pandangan menyeluruh keatas keseluruhan soalan).

KRITERIA PEMERIKSASemua guru boleh menggunakan teknik ini termasuk yang kurang pengalaman. Hanya guru yang berpengalaman dan menguasai bidang berkenaan mampu menggunakan teknik ini.

UNSUR-UNSUR PENTING DALAM JAWAPANKandungan,pengolahan dan proses.Apa sahaja aspek yang terdapat di dalam jawapan.

KEGUNAANPeperiksaan awam (peperiksaan biasa).Soalan berbentuk peng konsepsian.

SKALA PEMARKAHANSkala interval.Skala nominal dan ordinal

PENYELARASAN PEMARKAHANSkema pemarkahan dihuraikan secara terperinci (meningkatkan ke objektifan dan kebolehpercayaan) boleh disediakan secara bertulis.Mesyuarat penyelarasan oleh ketua pemeriksa dan pemeriksa berkenaan diperlukan.

BENTUK SOALANBerstruktur iaitu setiap soalan diperuntukkan markah tertentu secara terperinci.Sesuai dengan soalan karangan atau esei.

BENTUK JAWAPANPerlu dijawab secara terperinci, seragam dan berstruktur.Jawapan tidak semestinya seragam seperti skema yang disediakan dimana sesuatu esei memberikan pelbagai bentuk luahan pemahaman murid.

BENTUK MARKAHSecara pecahan contohnya 7/10.A,B,C,D,E atau pangkat 1-5 (cemerlang-gagal).

MASApanjangBergantung kepadatahap kemahiran pemeriksa.

Gred /Markah

Ciri Jawapan

KriteriaTemaPenggunaan bahanGabungan warnaProsesKemasan

Gred A75%-100%TepatMeggunakan lebih dari 5 bahan alam semulajadi dan alam bendaMempunyai lebih daripada 5 warnaMenghasilkan kerja sangat mengikut sistem dan prosedur.Susunan yang sangat teratur dan sangat kemas.

Gred B68%-74%Sederhana tepatMenggunakan lebih dari 4 bahan alam semulajadi dan alam benda.Mempunyai 4 warnaMenghasilkan kerja mengikut sistem dan prosedur.Susunan teratur tetapi kurang kemas.

Gred C40%-59%Kurang tepatMenggunakan 3 bahan alam semulajadi dan alam benda.Mempunyai 3 warnaMenghasilakn kerja sederhana mengikut sistem dan prosedur.Sederhana teratur dan kemas

Gred D30%-39%Kurang difahamiMenggunakan 2 bahan alam semulajadi dan alam bend.aMempunyai 2 warnaMenghasilkan kerja kurang mengikut sistem dan prosedur.Kurang teratur dan kurang kemas

Gred E0%-29%Tidak dapat difahamiMenggunakan 1 bahan alam semulajadi dan alam benda.Mempunyai 1 warnaMenghasilkan kerja tidak mengikut system dan prosedurTidak teratur dan tidak kemas.

PENTAKSIRAN AUTENTIKBererti mengevaluasi pengetahuan atau keahlian pelajar dalam konteks yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin. Mengikut Rudner & Boston (1994) Pentaksiran autentik adalah proses yang memerlukan kanak-kanak mendemonstrasikan pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi maklum balas dan atau hasilan dalam konteks atau realiti yang bermakna.Pentaksiran autentik digunakan seperti yang disebut oleh sepertiyang disebut oleh HillS (1993);Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven. Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. Realistik dan bermakna merupakan terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik. (Sumber: Buku Educational Assessment of Students).Umumnya pentaksiran autentik merupakan satu sistem penilaian yang sesuai untuk dicadangkan sebagai satu sistem yang bermakna dalam bidang pendidikan seni visual dengan rasional lain seperti yang berikut. Perlu ada sistem yang mentaksir secara autentik atau bermakna untuk perkembangan kanak-kanak, Eisner (19 80) kanak-kanak membuat pengamatan, membuat tafsiran dan tanggapan seterusnya melahirkan konsep. Brown (19 80) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika melukis atau membuat lakaran mengembangkan pemikiran yang kritis.Perlu diperkenalkan sistem pentaksiran yang telus untuk ibu bapa dan kanak-kanak.Perlu ada program jambatan di sekolah dengan program di sekolah dan kesinambungan subjek.

CIRI-CIRI PENTAKSIRAN AUTENTIKPentaksiran autentik adalah untuk pemahaman yang lebih jelas dalam menganalisis keperluan kaedah penilaian ini dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Antara ciri-cirinya ialah menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang dilaksanakan. Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannya. Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi. Subjek membina maksud yang tersirat. Berpusatkan kanak-kanak.

CONTOH-CONTOH PENTAKSIRAN AUTENTIKAntara contoh-contoh Pentaksiran Autentik ialah Persembahan tarian,Mempersembahkan karya tulis asli kepada rakan- rakan sebaya, Mendemostrasikan hasil karya dalam pameran seperti Science fair (pameran Sains) atau Art show ( pertunjukan Seni) dan Menunjukkan keterampilan yang dimiliki dalam bentuk pengumpulan portfolio.

KEBAIKAN KAEDAH PENILAIAN AUTENTIK INI KEPADA PELAJARAntara kebaikan kaedah penilaian autentik ialah dapat mengungkapkan secara total seberapa baik pemahaman akademik mereka. Menghubungkan pembelajaran dengan pengalaman mereka sendiri, dunia mereka dan masyarakat luas. Mengungkapkan dan memperkuatkan penguasaan kompetensi mereka. Menangani teknologi dan berfikir sistematik.

KESIMPULAN PENTAKSIRAN AUTENTIKPentaksiran autentik yang disarankan dapat mengukur kemajuan kanak-kanak dari pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak. Kaedah pentaksiran ini juga akan dapat memperbaiki penyediaan guru dalam proses pernbelajaran dan perkembangan kanak-kanak untuk kesediaan ke alam persekolahan yang lebih tinggi.

PENTAKSIRAN PERFORMANCE BASEDDefinisi kepada Pentasiran Performaced Based ialah proses yang menggunakan subjek penglibatan murid dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan. Kaedah ini mengkhendaki pelajar menggunakan pengetahuan dengan bermakna juga menghendaki pelajar mahir menggunakan pelbagai kemahiran (contohnya, penulisan, penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis). Memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh kejayaaan pada masa hadapan. Merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunia sebenar.

JENIS-JENIS PENTAKSIRAN PERFORMANCE BASED

Portfolio (dapatan hasil kerja). Kaedah ini selalu digunakan untuk menilai pencapaian individu murid dari semasa ke semasa. Ianya juga suatu cara yang membolehkan penilaian terhadap murid dibuat secara keseluruhannya.Kaedah pentaksiran berpusat (simulasi berdasarkan situasi sebenar). Pentaksiran akan dibuat berdasarkan kepada penglibatan murid dan keberkesanan penyelesaian masalah dalam sesuatu situasi yang diberikan. Mengukur berdasarkan keupayaan. Pentaksiran ini dapat dinilaikan seperti bahan contoh daripada murid seperti, Bahan penulisan, Persembahan Gerak kerja projek.

PENTAKSIRAN DAN HASIL PEMBELAJARANProses pengumpulan data yang memberitahu sama ada aktiviti atau pengalaman yang disediakan telah memberi kesan kepada mereka yang terlibat atau dalam kata lain, adakah hasil yang dipelajari mampu memberi perubahan kepada individu yang terlibat. Menurut Montgomery, Sekolah yang terlibat sebagai pihak yang menentukan hasil pembelajaran yang diharapkan. Tidak hanya memilih matapelajaran yang tertentu sahaja. Keputusan yang diperolehi mestilah berdasarkan nilai keberkesanan aktiviti yang dijalankan bukan kepada seseorang individu sahaja.

Pihak sekolah menggunakan maklumat yang diperoleh untuk menentukan kaedah yang terbaik untuk membantu menangani masalah yang dirasakan perlu. Penilaian yang diadakan mestilah bersifat berterusan. Pihak penilai mestilah berakauntabiliti dan berkepimpinan dalam menjalankan penilaian.

Pendekatan yang dikemukan oleh Montogomery tentang pentaksiran berasaskan hasil pembelajaran adalah, Student Learning Outcomes (SLO). Jangkaan hasil pembelajaran yang diperoleh dengan memberi penekanan kepada pertambahan ilmu pengetahuan , kemahiran dan sikap. Student Progress Outcomes (SPO), berterusan iaitu murid dapat melakukan perubahan yang lebih baik dalam peringkat yang seterusnya. Penilaian tidak dilakukan pada satu tahap semata- mata. Pembelajaran bersifat berterusan maka pentaksiran juga bersifat berterusan.KEBAIKAN PENTAKSIRAN DAN HASIL PEMBELAJARANPelajarFaham kehendak hasil pembelajaran yag diharapkan, pentaksiran lebih konsisten, pentaksiran menggalakan pembelajaran merentas kurikulum dan murid dapat menentukan perkara yang terbaik untuk memperoleh hasil pembelajaran yang terbaik. KEBAIKAN PENTAKSIRAN DAN HASIL PEMBELAJARANPenilaiMenentukan sama ada hasil pembelajaran yang diharapkan tercapai atau tidak, dapat menerangkan keadaan murid dengan lebih terperinci dan memberikan bukti kukuh dalam kejayaan sesuatu hasil pembelajaran.

KEBAIKAN PENTAKSIRAN DAN HASIL PEMBELAJARANSekolahBukti komitmen berterusan sekolah dalam usaha memperkembangkan potensi murid, menyediakan maklumat bertepatan untuk rujukan yang akan datang dan memberi maklumat berguna untuk merancang tindakan susulan dalam usaha meningkatkan keberkesanan hasil pembelajaran.

KESIMPULAN PENTAKSIRAN DAN HASIL PEMBELAJARANPentaksiran ini mempertingkatkan pembelajaran berdasarkan penilaian yang sistematik, murid akan cuba menguasai hasil pembelajaran yang spesifik dan pentaksiran ini memacu sekolah ke arah yang lebih cemerlang.

PENTAKSIRAN DAN TINDAKAN PENAMBAHBAIKANSatu proses pengawalan yang berlaku apabila pelajar menggunakan maklum balas yang diperoleh untuk membuat pembetulan, penyesuaian dan mungkin juga pertukaran danperubahan dalam apa-apa yang mereka fahami.

PRINSIP-PRINSIP PENTAKSIRAN DAN TINDAKAN PENAMBAHBAIKANPentaksiran ini member peluang dan member maklum balas serta mencipta peluang kendiri. Pelajar hendaklah mengetahui dan memahami tentang apakah yang mereka cuba capai dan apakah yang mahu mereka capai. Menjadi sebahagian daripada perancangan efektif pengajaran dan pembelajaran.

Perancangan hendaklah termasuk strategi bagaimana untuk mencapai matlamat yang ditetapkan dan criteria yang hendak dicapai dalam sesuatu tugasan pelajar. Penghakiman terhadap aktiviti yang dijalankan akan dibuat untuk mengetahui sama ada pembelajaran boleh dipertingkatkan.Pentaksiran ini adalah sebahagian daripada keperluan utama amalan di dalam bilik darjah dan melibatkan kedua- dua kumpulan guru dan pelajar dalam refleksi dialog dan membuat keputusan.

Guru hendaklah yakin tahu, dan bersedia dan memaklumkan pelajar tentang komen yang telah dicatatkan, rasional permarkahan dan gred yang telah diberikan bagi memastikan pelajar melakukan tindakan penambahbaikan.

CIRI-CIRIProses yang memerlukan pendidik dan guru membantu dan membimbing pelajar membina, mempraktikkan atau menambahbaikan hasilan karya seni dan visual. Guru boleh menggunakan pentaksiran sebagai alat untuk memperoleh maklumat tentang kemampuan dan kebolehan pelajar dan masalah kekeliruan atau kekurangan yang dihadapi. Pendidikan dan guru menggunakan informasi dan maklumat untuk member maklum balas kepada pelajar bagi tujuan mempertingkatkan pembelajaran mereka. Maklumat dan informasi tentang proses pembelajaran pelajar akan diperoleh oleh pendidik dan guru. Informasi ini dijangkakan menjadi asas bagi menentukan apakah yang perlu dilakukan untuk membolehkan pelajar maju ke tahap yang seterusnya. Hasil maklum balas daripada pelajar akan menentukan kumpulan strategik arahan dan sumber yang dikehendaki.

PERANAN GURU DALAM PENTAKSIRAN DAN TINDAKAN PENAMBAHBAIKANGuru berperanan penting dalam Pentaksiran dan Tindakan Penambahbaikan. Antaranya adalah mengimbangkan proses pengajaran dan pembelajaran..Mengenalpasti keperluan pembelajaran tertentu pelajar atau kumpulan pelajar. Memilih dan menyesuaikan bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran.Mencipta strategi pengajaran dan pembelajaran yang berlainan bagi membantu pelajar. Bergerak maju dalam pembelajaran. Menyediakan maklum balas dan arahan segera untuk penambahbaikan.

CARA-CARA MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN DAN TINDAKAN PENAMBAHBAIKANGuru memaklumkan criteria penambahbaikan yang harus dititikberatkan dalam sesuatu karya. Contohnya guru boleh berbincang dengan pelajar mengenai unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan melalui penggunaan bahasa seni visual yang mereka fahami keatas produk hasil kerja yang ditaksirkan. Jika terdapat kelemahan, maka guru boleh memberikan tindakan penambahbaikan terhadap karya yang dipamerkan.

Guru menunjuk cara tentang bagaimana criteria boleh dicapai melalui latihan dan melibatkan pelajar dengan penilaian kendiri dan penilaian rakan sebaya. Guru menyediakan penonton-penonton karya yang baik dan berkualiti untuk membimbing pelajar dalam menentukan matlamat dan mencapai prestasi yang diharapkan.Guru memberi maklum balas tentang kelemahan karya pelajar untuk ditambahbaikan. Misalnya selepas pantaksiran karya pelajar dalam penggunaan bahan dan alat seni visual. Pelajar membuat tindakan penambahbaikan ke atas karya mereka.

KEBAIKAN PENTAKSIRAN DAN TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN Bagi meningkatkan motivasi dan komitmen untuk pembelajaran. Apabila guru member komitmen terhadap pembelajaran sebagai tumpuan kepada pentaksiran, mereka telah menukarkan budaya bilik darjah kepada satu kaedah pengesanan prestasi kemajuan pelajar. Guru menggunakan dan memaklumkan laporan prestasi kemajuan pelajar bagi tujuan perkembangan yang berkesan dan bersistematik.

PENTAKSIRAN DAN MOTIVASISuatu variabel perantara yang digunakan untuk menerangkan faktor-faktor dalam diri individu, yang dapat membangkitkan, mempertahankan dan menyalurkan tingkah laku ke arah suatu tujuan tertentu. Motivasi tidak dapat terlihat dari luar. Motivasi dapat menggerakkan manusia untuk menampilkan suatu tingkah laku kearah pencapaian suatu tujuan.

Motivasi berhubungan dengan kekuatan (dorongan) yang berada di dalam diri manusia. Tingkah laku dapat dilandasi oleh berbagai macam motivasi, sesuatu yang menggerak dan mengarah tuju seseorang dalam tindakannya sama ada secara negatif atau positif, Pengarah Tuju dan Penggerak Tindakan dan Darjah Kesungguhan Stimulator / semangat.

Terdapat Tiga Kategori Motivasi dalam Pentaksiran dan Motivasi. Antaranya ialah Motif Primer iaitu dibawa sejak lahir & bukan hasil proses belajar, Faali/psikologis, dan Keinginan untuk makan & minum. Motif Umum adalah dibawa sejak lahir & bukan hasil proses belajar, tidak berhubungan dengan proses faali tubuh manusia, kekurangan kasih saying dan rasa ingin tahu & diperhatikan. Motif Sekunder ialah tumbuh sebagai hasil proses belajar, tidak berhubungan dengan proses faali, kekurangan prestasi & kuasa.PENTAKSIRAN ASPEK NILAI DAN SAHSIAHNilai murni merupakan tanggapan berkenaan pekara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia. (Wan Mohd Zahid, 1988).Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Aspek nilai dan sahsiah murid yang dinilai ialah amalan nilai-nilai murni, perbuatan menghormati dan mematuhi arahan dan sifat menghargai hasil kerja sendiri, kumpulan dan rakan sebaya. KEBAIKAN PENTAKSIRAN ASPEK NILAI SAHSIAHMenyedari dan menerima kepentingan keharmonian antara manusia dengan alam sekitar. Memahami dan menghayati nilai-nilai untuk berakhlak mulia. Memupuk semangat kerjasama. Sentiasa berfikiran positif. Dapat menyelesaikan tugasan mengikut masa yang ditetapkan.

SAHSIAHKeperibadian peribadi yang utama ialah menuntut ilmu dan melengkapkan proses pembinaan peribadi atau sebagai insan yang terpuji. Tujuannya ialah menilai penghayatan amalan nilai murni serta keharmonian hidup murid ikut norma masyarakat Malaysia. Pentaksiran sahsiah dilakukan secara pemerhatian melalui aspek perkembangan diri, keamanan, keharmonian dan demokrasi.

CIRI-CIRI PENTAKSIRAN ASPEK NILAI DAN SAHSIAHPemerhatian secara tidak formal iaitu pemerhatian tidak perlu dilakukan secara serentak untuk semua murid dimana kebaikkannya murid lebih berani bercakap dan yakin, menunjukkan minat dalam pembelajaran mereka, murid boleh berinteraksi sesama sendiri, bekerjasama dan bertolak ansur.

PENTAKSIRAN PEMBENTUKAN WATAKDEFINISIProses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Maklumat ialah mendapatkan maklumat tentang produk, cara penghasilan (proses) asas seni reka yang ingin digunakan iaitu tema karya. Proses ialah proses penghasilan produk iaitu cara bekerja, produk ialah produk seni yang dihasilkan dan penghakiman ialah penilaian dan pentafsiran produk.

KATEGORI PENTAKSIRAN PEMBENTUKAN WATAKPentaksiran pembentukan watak dibahagikan kepada sikap, minat dan keutamaan, trait tingkahlaku, perwatakan umum dan perkembangan emosi dan konsep kendiri. Sikap menunjukkan sikap pengkarya dalam berkarya. Perwatakan umum dan perkembangan emosi ialah perwatakan pengkarya dan perkembangan emosi pelajar mampu mempengaruhi produk yang dihasilkan. Contohnya pengkarya menghasilkan karya yang berkaitan dengan kehidupan atau perasaan dalaman mereka. Dari segi minat dan keutamaan lazimnya pengkarya lebih suka menghasilkan karya mengikut minat dan keutamaan mereka.Trait tingkahlaku pula pengkarya mampu mempengaruhi produk. Contohnya cara bekerja dan stail mereka dalam menghasilkan karya manakala konsep kendiri pula pengkarya mampu menaikkan konsep kendiri dalam karyanya dengan menunjukkan stail tersendiri dalam menghasilkan produk.

TEKNIK PENTAKSIRAN PEMBENTUKAN WATAKProjektif ialah skala pemeringkatan ujian inventori atau ujian projektif untuk mengukur beberapa aspek sahsiah luaran dan dalaman. Skala radar darjah pencapaian murid dari segi pencapaian dan gred, teknik ini boleh dilakukan di dalam kumpulan. Laporan kendiri iaitu refleksi tentang produk sendiri, pengukuran situasi dan prosedur pemerhatian.

PENTAKSIRAN BERBANTUKAN KOMPUTERMerupakan satu-satunya pentaksiran yang menggunakan komputer sebagai medium untuk merekod data supaya lebih tepat dan cekap. Pentaksiran ini juga membolehkan data yang diperolehi disimpan dengan lebih tersusun dan bersistematik.

KELEBIHAN PENTAKSIRAN BERBANTUKAN KOMPUTERData yang disimpan dapat disimpan lebih lama. Lebih sistematik dan tersusun. Dapat memudahkan guru untuk merekod, menyimpan dan menyusun maklumat pentaksiran murid. Dapat memotivasikan, meningkatkan kefahaman, merangsang penglibatan, mengekalkan minat pelajar terhadap pelajaran serta meningkatkan tahap pembelajaran murid.

PENTAKSIRAN KONSEP KENDIRIKonsep kendiri merupakan penilaian seseorang terhadap dirinya atau cara dia menganggap tentang dirinya secara positif atau negatif. Untuk membina konsep kendiri seseorang juga menerima penilaian daripada orang lain. Hal ini meliputi persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya melalui dirinya dan juga perasaan tentang kebolehannya meliputi keyakinan dan harga dirinya. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar merupakan penilai terbaik terhadap pembelajaran mereka. Guru tidak mungkin akan mengetahui apa yang pelajar benar-benar tahu atau berupaya mengetahui.Namun, kadang-kadang pelajar sendiri juga tidak mengenal keupayaan sendiri tanpa membuat refleksi, pertimbangan dan penilaian.Penilaian kendiri membolehkan pelajar menilai, dan seterusnya mengenal diri sendiri. Carl Rogers (1950), mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran persepsi seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya, persepsi dan konsep kendiri berbanding dengan orang lain dan persekitarannya. Terdapat juga kajian yang dilakukan mengenai cara memahami konsep kendiri. Dari segi psikologi, Hall dan Landsay seperti yang dipetik oleh Staats (1963), berpendapat konsep kendiri boleh dilihat dalam 2 cara, iaitu tanggapan diri seseorang individu proses yang menentukan tingkah laku seseorang individu. Syarifah Alawiah (1987), pula menyatakan kendiri merupakan suatu organisasi, peribadi bagi seseorang individu yang unik dan dinamik lahir daripada interaksinya dengan persekitaran.

Dalam pembelajaran, baik di dalam mahupun di luar bilik darjah, penilaian kendiri, membolehkan pelajar secara individu, mengukur dan membuat refleksi terhadap kekuatan dan kelemahan kendiri dalam penguasaan sesuatu kemahiran atau disiplin ilmu, memberi panduan kepada pelajar tentang dari mana dia harus memulakan perancangan bagi pembelajaran seterusnya, memberi keyakinan kepada pelajar tentang peranannya dalam menilai perkembangan diri dan pencapaiannya,mengurangkan kebergantungan pelajar pada guru dalam kelebihan dan kekurangan atau kekuatan dan kelemahannya dalam sesuatu bidang atau kemahiran, dan membolehkan pelajar sentiasa bersikap kritis terhadap kerjanya.

KAEDAH Bagi memastikan penilaian kendiri dilaksanakan dengan berkesan dan menepati matlamatnya guru hendaklahmeyakinkan pelajar tentang kepentingan penilaian kendiri dalam proses pembelajaranmengemukakan soalan-soalan yang boleh membantu pelajar membuat penilaian kendiri. Melatih pelajar menilai setiap langkah atau pembelajaran mereka berpandukan instrumen seperti senarai semak atau alat rubrik membimbing pelajar melaporkan dapatan penilaian masing-masing, dan kesannya terhadap proses pembelajaran seterusnya. Penilaian kendiri boleh juga dibuat dengan pelajar yang berkenaan menstruktur sendiri segala butiran yang hendak dinilai dan kriteria yang hendak dicapai, sama ada dalam bentuk senarai semak atau sebagainya, kemudian meminta kerjasama rakan sebayanya (individu/kumpulan) membuat penilaian terhadap dirinya. Dapatan itu kemudian dikumpul dan dianalisis sendiri oleh pelajar tersebut. Proses menganalisis dan membuat refleksi terhadap penilian mengenai dirinya sendiri itulah menjadi penilaian kendiri.

KONSEP KENDIRI POSITIFSeseorang itu percaya dan yakin kepada diri sendiri secara lebih sihat, mempunyai minat yang baik dan objektif serta tidak terlalu sensitif. Ia juga meliputi sikap terbuka dan memberi pendangan jika wujud keadaan yang tidak baik dan stabil.

CIRI-CIRI KONSEP KENDIRI POSITIF Terdapat ciri-ciri Konsep Kendiri Positif iaitu menghargai, memuji orang lain, puas hati dengan pencapaian, murah hati, mudah berkawan, puas hati dengan dirinya, berpuas hati dengan bahan-bahan kepunyaannya dan peramah.

CIRI-CIRI KONSEP KENDIRI NEGATIF Antara ciri-ciri Konsep Kendiri Negatif adalah seperti cenderung untuk merasa salah, takut kepada kegagalan, sering merasa bimbang, cepat berkecil hati walaupun melibatkah masalah kecil, pencapaian akademik yang rendah, tidak gemar kerja mencabar, kurang keyakinan pada diri sendiri, kurang berminat untuk mendapatkan maklum balas dan melihat diri sebagai kurang menarik dari segi personaliti.