Adaptovaný KDP: Zavádění a ošetřování periferních žilních ...
Tugasan Pp Kdp 14m Psmp
-
Upload
eka-rusmawaty-binti-sujak -
Category
Documents
-
view
234 -
download
0
Transcript of Tugasan Pp Kdp 14m Psmp
-
8/14/2019 Tugasan Pp Kdp 14m Psmp
1/20
HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
Soalan Tugasan ms. 2-3
1. Tugasan 1
Teori Pembelajaran Kognitif
Teori Pembelajaran Gestalt
Teori Pembelajaran Gagne
ms. 4-8
2. Tugasan 2
Teori Pembelajaran Kooperatif
Pedagogi Pembelajaran Teradun OUM
ms. 9-12
3. Tugasan 3
Teori Pembelajaran Progressivisme
Adakah anda bersetuju dengan penjelasan teori ini
memandangkan 50 peratus rakyat Malaysia
mempunyai akses ke internet? Sila jelaskan.
ms. 13-15
4. Tugasan 4
Kajian Kes Terhadap Tiga Orang Subjek Berdasarkan
Teori Keperluan Abraham Maslow
ms. 16-19
Rujukan ms. 20
Lampiran
SOALAN TUGASAN 1 :
EKA RUSMAWATY SUJAK 741117715068 Muka surat 1
-
8/14/2019 Tugasan Pp Kdp 14m Psmp
2/20
HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
1. Bayangkan bagaimana tiga teori pembelajaran berikut dapat diaplikasikan
di dalam bilik darjah (di mana pembelajaran telah dirancang) dan di luar
bilik darjah (di mana pembelajaran tidak terancang).
SOALAN TUGASAN 2
Teori Kooperatif juga merupakan teori pembelajaran.
a) Jelaskan teori ini.
b) Fikirkan tentang pedagogi pembelajaran teradun (blended learning
pedagogy) yang diamalkan oleh OUM (pembelajaran bersemuka,
pembelajaran atas talian dan pembelajaran kendiri). Untuk setiap mod
pedagogi tersebut, jelaskan bagaimana teori pembelajaran konstruktivisme
telah diaplikasikan. Berikan contoh dan ceritakan tentang pengalaman
anda sebagai seorang pelajar semasa mengalami proses pembelajaran
tersebut.
SOALAN TUGASAN 3
Terdapat juga teori yang dikemukakan oleh John Dewey, William H. Killpatrick danJohn Childs. Teori mereka ialah teori pembelajaran PROGRESSIVISM khusus
untuk era masa kini.
a) Rumuskan apa teori progressivist ini.
b) Adakah anda bersetuju dengan penjelasan teori ini memandangkan 50
peratus rakyat Malaysia mempunyai akses ke internet? Sila jelaskan.
SOALAN TUGASAN 4
Abraham Maslow telah mengemukakan teori yang mengandaikan bahawa manusia
tidak pernah puas dengan apa yang telah dicapai. Beliau telah membahagikan
kehendak-kehendak manusia kepada lima peringkat mengikut susunan hirarki.
Pilih dua orang pelajar, sahabat atau anak anda untuk dijadikan kajian kes. Anda
diminta memerhati dan menemuduga ketiga-tiga individu pilihan anda.
EKA RUSMAWATY SUJAK 741117715068 Muka surat 2
-
8/14/2019 Tugasan Pp Kdp 14m Psmp
3/20
HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
Berdasarkan hirarki Maslow, ceritakan antara motivasi yang wujud dalam kehidupan
individu pilihan anda.
Bagi setiap kes yang dikaji, berikan latar belakangnya, tahap pencapaiannya dalamhirarki keperluan Maslow, apakah yang ingin dicapai mengikut analisis anda dan
yang paling penting, apakah yang ada pada mereka yang membolehkan mereka
mencapai tujuan ini.
JAWAPAN TUGASAN 1:
Guru harus mempunyai pengetahuan tentang psikologi pendidikan agar dapat
memahami , meramal dan mengawal tingkah laku kanak-kanak serta berupaya
EKA RUSMAWATY SUJAK 741117715068 Muka surat 3
-
8/14/2019 Tugasan Pp Kdp 14m Psmp
4/20
HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
menyelesaikan masalah kanak-kanak dalam situasi pembelajaran agar dapat
menjadi seorang guru yang berkesan. Kemahiran ini dapat membantu guru
merancangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut keperluan dan
kebolehan pelajar.
1.1 ) Teori Pembelajaran Kognitif
Istilah kognitif merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir, menaakul,
menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya.
Pendekatan Kognitivisme merupakan pendekatan yang memberi perhatian khusus
kepada proses pemikiran individu seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif,kemahiran belajar dan motivasi yang dipelopori oleh ahli psikologi Gestalt, Pieget,
Vygotsky, Gagne, Bruner dan Ausubel. Menurut mereka dalam proses
pembelajaran, pelajar membentuk struktur kognatif dalam ingatannya. Setiap kali
seseorang individu itu belajar, dia akan menyusun pengalaman yang dipelajari dan
menyimpannya dalam ingatan. Mereka juga berpendapat bahawa setiap manusia
mempunyai keupayaan mental untuk mengelola, menyusun, menyimpan dan
menggunakan semula segala pengalaman yang tersimpan untuk membolehkan iamenghubungkaitkan pengalaman tersebut dengan masalah yang dihadapi.
Tokoh Teori Pembelajaran Kognitif Jean Piaget percaya kanak-kanak
membentuk kefahaman terhadap persekitaran melalui empat peringkat
perkembangan pemikiran iaitu Peringkat Deria Motor, PraOperasi, Operasi Konkrit
dan Operasi Formal.
1.1.1 ) Prinsip dan Penjelasan Teori Pembelajaran:
Menurut Piaget terdapat dua proses penting iaitu organisasi (schema) dan
adaptasi yang membina kefahaman kanak-kanak. Proses organisasi
(schema/skema) ialah proses penstrukturan mental iaitu individu menyusun
maklumat dan pengalaman yang diperoleh dari interaksi dengan persekitaran.
Proses adaptasi pula adalah proses perubahan struktur perkembangan kognitif, di
mana idea baru diadaptasikan untuk meningkatkan kefahaman tentang sesuatu
perkara melalui dua cara iaitu asimilasi dan akomodasi .
EKA RUSMAWATY SUJAK 741117715068 Muka surat 4
-
8/14/2019 Tugasan Pp Kdp 14m Psmp
5/20
3 + 3 = 2 3 = 6.
HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
Asimilasi merupakan proses mengintegrasikan maklumat dan pengalaman
baru dengan pengalaman yang sedia ada (skema). Pengalaman dan pengetahuan
sedia ada berkembang tetapi tidak mengubah struktur asas bagi membina konsep
baru. Akomodasi pula adalah proses meminda atau menambah skema sedia ada
dan menghasilkan skema yang baru.
Teori pembelajaran ini boleh digunakan dengan menyusun isi pengajaran
mengikut perkembangan murid, daripada konkrit kepada abstark atau senang
kepada susah. Ianya memerlukan penglibatan murid secara aktif agar murid
mendapat pengalaman. Pembelajaran dapat dilihat dari aspek perubahan tingkah
laku murid yang mana murid boleh menggunakan kefahamannya mengikut
keperluan dan situasi tertentu.
1.1.2 ) Contoh di dalam bilik darjah :
Pengetahuan sedia ada (skema) murid adalah operasi tambah. Murid faham 3 + 3 =
6. Murid menggunakan skemanya untuk mempelajari dan memahami konsep darab
sebagai operasi tambah berulang, 3 + 3 = 6 dan 2 3 = 6. Murid telah belajar
menambah dua kumpulan benda maujud yang sama banyak dan mendapat
jawapan.Lalu murid mengasimilasikan operasi tambah berulang untuk memahami
konsep darab.
1.1.3 ) Contoh di luar bilik darjah :
Pengetahuan sedia ada Ali ialah sebiji kuih berharga 20 sen. Ali faham 20 sen terdiri
daripada sekeping syiling 20 sen atau dua keping syiling 10 sen.
Ali diminta oleh ibunya membeli kuih dan memberikan wang kertas RM 1. Penjualkuih memberikan 5 biji kuih kepada Ali. Ali mengasimilasikan pengalamannya iaitu
RM 1 = 5 keping syiling 20 sen atau 10 keping syiling 10 sen.
1.2 ) Teori Pembelajaran Gestalt
Wolfgang Kohler terkenal dengan konsep celik akal(insight) yang ditulis
dalam kajiannya yang bertajuk The Mentality of Apes (1925) iaitu kajian tentang
EKA RUSMAWATY SUJAK 741117715068 Muka surat 5
-
8/14/2019 Tugasan Pp Kdp 14m Psmp
6/20
HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
seekor cimpanzi yang dapat menyelesaikan masalah setelah berfikir dan membuat
kaitan unsur persekitarannya dengan pengalaman lalu.
1.2.1 ) Prinsip dan Penjelasan Teori Pembelajaran:Dalam teori ini, proses pembelajaran terhasil apabila maklumat disusun dan
disimpan dalam ingatan. Dua aspek penting yang ditekankan iaitu pengamatan
(persepsi) dan penanggapan . Aspek-aspek ini membuktikan bahawa akal
mempunyai kebolehan untuk membuat perkaitan antara maklumat yang disimpan
dengan persekitarannya. Selain itu akal juga mempunyai kebolehan untuk
mengelola, menyusun, menyimpan dan mengeluarkan semula maklumat dalam
ingatan.
Teori ini dapat digunakan bagi pembelajaran penyelesaian masalah. Guru
perlu membimbing murid menggunakan persepsinya untuk menghubungkaitkan
masalah dengan unsur-unsur dalam persekitarannya. Teknik penyoalan, contoh
khusus yang berkaitan dan penggunaan bahan yang bersesuaian dapat membantu
murid menyelesaikan masalah serta membuat kesimpulan. Selain itu pengajaran
hendaklah dijalankan mengikut kronologi dan bersesuaian dengan tahap kebolehan
serta pengalaman murid.
1.2.2 ) Contoh di dalam bilik darjah :
Guru memberikan arahan kepada murid untuk menjalankan satu eksperimen
menggunakan objek-objek diberi seperti sudu besi, syiling 10 sen, cincin emas, klip
kertas, pensel, bola pingpong, paku tekan dan getah pemadam. Murid juga
dibekalkan sebatang magnet. Kemudian murid menjalankan aktiviti sambil
diperhatikan oleh guru. Akhirnya murid dapat mengelaskan objek-objek tersebutkepada bahan magnet dan bahan bukan magnet. Seterusnya murid mendefinisikan
secara operasi bahan magnet ialah bahan yang ditarik oleh magnet dan bahan
bukan magnet ialah bahan yang tidak tertarik oleh magnet.
1.2.3 ) Contoh di luar bilik darjah :
Bidin ingin makan roti dengan jem tetapi dia tidak dapat membuka penutup
botol jem itu. Setelah dia mencuba beberapa cara seperti memulas penutup sekuat
hati, mencungkil dengan sudu, dia terfikir untuk merendamkan penutup botol jem
EKA RUSMAWATY SUJAK 741117715068 Muka surat 6
-
8/14/2019 Tugasan Pp Kdp 14m Psmp
7/20
HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
sahaja ke dalam air panas beberapa minit. Akhirnya dia berjaya membuka penutup
jem tadi.
1.3 ) Teori Pembelajaran Gagne
Robert M. Gagne (1970) mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan
dalam tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak
termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan, dalam bukunya The
Condition of Learning. Teori ini juga dikenali sebagai teori pemprosesan maklumat .
1.3.1 ) Prinsip dan Penjelasan Teori Pembelajaran:
Mengikut Gagne, individu menerima pelbagai jenis rangsangan daripadapersekitarannya dan menilai input tersebut , mentafsirkannya serta memindahkannya
kepada tindakbalas tertentu seterusnya disimpan dalam bentuk ingatan jangka
pendek dan panjang. Gagne juga mengatakan pembelajaran dan penyampaian
isi pengajaran mesti bergerak daripada aras paling mudah kepada yang lebih
kompleks. Beliau mengemukakan lapan peringkat pembelajaran iaitu Pembelajaran
Isyarat, Rangsangan Gerak Balas, Rangkaian, Pertalian Bahasa, Diskiriminasi,
Konsep, Hukum dan Penyelesaian Masalah.
Dalam pengajaran dan pembelajaran, teori ini boleh diamalkan oleh guru
untuk menyusun pengajaran dari peringkat mudah ke peringkat yang lebih rumit
kerana pembelajaran pada aras yang rendah mempengaruhi pembelajaran pada
aras tinggi.
1.3.2 ) Contoh di dalam bilik darjah :
Guru ingin mengajar konsep darab kepada murid. Guru menunjukkan kad imbasan
bergambar tambah dua atau lebih kumpulan benda (pembelajaran isyarat) dan
murid memberikan jawapan yang betul, guru beri pujian (rangsangan gerak balas) .
Aktiviti diulang beberapa kali, murid jawab dengan betul, guru beri peneguhan positif
(rangkaian) . Guru mengaitkan perkataan darab sebagai tambah yang berulang
(pertalian bahasa) iaitu 3 buah buku + 3 buah buku = 2 kumpulan yang
mengandungi 3 buah buku, murid mengingat dengan membuat kaitan antara
kumpulan benda dan ahlinya (diskriminasi) . Seterusnya murid membina kefahaman
operasi darab sama dengan operasi tambah berulang (konsep) . Murid cuba
EKA RUSMAWATY SUJAK 741117715068 Muka surat 7
-
8/14/2019 Tugasan Pp Kdp 14m Psmp
8/20
HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
menggunakan kefahaman dengan contoh yang lain iaitu 4 darab 5 = 4 kumpulan
yang ada 5 ahli dalam setiap kumpulan (hukum) . Seterusnya murid boleh
menuliskan rumus 5 + 5 + 5 + 5 = 4 5 = 20. Guru memberikan murid masalah
matematik yang melibatkan darab (penyelesaian masalah) .
1.3.3 ) Contoh di luar bilik darjah :
Chin belajar memandu. Perkara yang di pelajarinya ialah pelbagai jenis papan tanda
isyarat jalan raya (pembelajaran isyarat) . Dia lulus dalam ujian bertulis dan
mendapat pujian ibunya (rangsangan gerak balas) . Chin mempelajari teori
memandu ( rangkaian) , istilah yang digunakan (pertalian bahasa) dan dapat
membezakan amalan pemandu yang berhemah (diskriminasi) dan sebaliknya.
Melalui teori memandu dia faham akan maksud pemanduan berhemah ( konsep) .
Chin menjalani latihan memandu dan mengamalkan apa yang dipelajarinya
(hukum). Dia menduduki ujian memandu dan menurut arahan penguji semasa ujian
menggunakan semua kemahiran yang dipelajarinya (penyelesaian masalah) .
JAWAPAN TUGASAN 2
2.1) Teori Pembelajaran Kooperatif
Maksud teori pembelajaran kooperatif menurut Stephen Balkcom (1992)
Cooperative learning is a successful teaching strategy in which small teams, each
EKA RUSMAWATY SUJAK 741117715068 Muka surat 8
-
8/14/2019 Tugasan Pp Kdp 14m Psmp
9/20
HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
with students of different levels of ability, use a variety of learning activities to
improve their understanding of a subject. Each member of a team is responsible not
only for learning what is taught but also for helping teammates learn, thus creating
an atmosphere of achievement iaitu satu strategi pengajaran dalam kumpulan kecil,
yang terdiri daripada murid yang mempunyai aras kebolehan berbeza dan
menggunakan pelbagai aktiviti pembelajaran bagi meningkatkan kefahaman mereka
tentang sesuatu pelajaran di mana setiap ahli kumpulan bertanggung jawab bukan
kerana apa yang diperoleh daripada pembelajaran tetapi membantu ahli
kumpulannya yang lain belajar bagi membina suasana pembelajaran berkesan.
Oleh itu, pembelajaran kooperatif telah menjadi salah satu pembaharuan dalampergerakan perubahan pendidikan yang merangkumi pelbagai jenis bentuk
pengajaran dan pembelajaran. Tetapi ianya menggalakkan pelajar belajar bersama-
sama dengan berkesan melalui pembentukan kumpulan yang sama tahap
pencapaiannya seperti dalam pendidikan inklusif yang boleh digunakan oleh
pelbagai kumpulan umur dan dalam pelbagai mata pelajaran.
Pembelajaran kooperatif dilaksanakan secara kumpulan kecil supaya pelajar-
pelajar dapat berkerjasama dalam kumpulan untuk mempelajari isi kandungan
pelajaran dengan pelbagai kemahiran sosial. Secara dasarnya, pembelajaran
kooperatif melibatkan pelajar bekerjasama dalam mencapai satu-satu objektif
pembelajaran (Johnson & Johnson, 1991).
Ciri- ciri pembelajaran kooperatif
Pendekatan Pembelajaran kooperatif mempunyai beberapa ciri tertentu, iaitu :
1. Matlamat kumpulan
Matlamat kumpulan ialah kejayaan kumpulan dalam mencapai kecemerlangan
dalam menguasai sesuatu konsep yang di ajar. Matlamat ini dicapai melalui usaha
bersama semua bersama ahli di dalam kumpulan. Dalam kumpulan ini setiap ahli
kumpulan mempunyai peranan tertentu yang jelas dalam usaha kumpulan
mencapai matlamat yang ditetapkan.
EKA RUSMAWATY SUJAK 741117715068 Muka surat 9
-
8/14/2019 Tugasan Pp Kdp 14m Psmp
10/20
HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
2. Interaksi sosial ditekankan.
Setiap ahli kumpulan akan berinteraksi secara bersemuka dalam kumpulan. Interaksi
yang serentak berlangsung pada masa yang sama untuk setiap kumpulan melalui
perbincangan yang akan menyebabkan lebih ramai individu yang turut serta
mengambil bahagian. Setiap ahli kumpulan perlu berhubung rapat, saling memenuhi
dan bantu-menbantu. Setiap ahli juga dikehendaki memahami dan mempelajari
proses dan dinamik kumpulan. Kemahiran kolaboratif perlu dikuasai oleh setiap
ahli supaya dapat berfungsi secara efektif. Ini akan dapat meningkatkan semangat
dan kemahiran kerjasama.
3. Pelajar perlu saling bergantungan positif untuk mencapai objektif gerak
kerja.
Kejayaan kumpulan bergantung kepada pembelajaran individu yang ahli sesuatu
kumpulan. Setiap ahli mempunyai tanggungjawab ke atas keberkesanan
pembelajaran kumpulan. Prinsip ini dikenali sebagai saling bergantungan secara
positif. Untuk mencapai kejayaan dalam prinsip ini, tugas perlu diagihkan kepada
semua ahli kumpulan untuk menyumbang jawapan atau hasil dapatan.
Tanggungjawab individu bermakna setiap pelajar mesti melaksanakan tugas masing-
masing yang diberikan untuk menyumbang kepada sesuatu projek. Penyertaan pula
bermaksud semua pelajar mempunyai peluang yang sama untuk mengambil
bahagian dan menyumbang secara bersama.
Pembelajaran kooperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan
positif dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan ideasendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme.
2.2) Pembelajaran Teradun OUM, Pembelajaran Konstruktivisme dan
Contoh Pembelajaran Kooperatif
Sejak ditubuhkan pada tahun 2000, OUM telah memperkenalkan kaedah
pembelajaran yang unik yang mesra pelajar, iaitu menggabungkan pembelajaran
bersemuka, kendiri dan pembelajaran atas talian yang amat sesuai bagi golongan
dewasa yang bekerja dan mempunyai pelbagai komitmen terhadap keluarga, kerjaya
EKA RUSMAWATY SUJAK 741117715068 Muka surat 10
-
8/14/2019 Tugasan Pp Kdp 14m Psmp
11/20
HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
dan masyarakat. Ia dikenali sebagai Pedagogi Pembelajaran Teradun (blended
learning pedagogy). Berikut adalah bagaimana teori pembelajaran konstruktivisme
dan contoh pembelajaran kooperatif yang diamalkan dalam OUM.
Pembelajaran Teradun OUM Contoh Pembelajaran Kooperatif
Pembelajaran bersemuka ialah sesi
tutorial yang dikendalikan oleh tutor
bertauliah di pusat-pusat pembelajaran
OUM dalam saiz kelas yang
bersesuaian. Pembelajaran
konstruktivisme diaplikasikan melaluiperbincangan kumpulan, penerokaan
dan sesi pembentangan. Dalam sesi ini,
tutor berperanan sebagai pemudah cara
(fasilitator) .
Dalam sesi Brainstorming atau
penerokaan, tutor memberikan satu
permasalahan yang menggalakkan saya
berfikir, mengunakan konsep dan prinsip
yang telah dipelajari untuk membolehkan
saya menerangkan idea dan pendapatsupaya saya dapat meningkatkan
keyakinan diri semasa perbincangan
dalam kumpulan.
Pembelajaran atas talian ialah
menyertai tutorial secara maya
menggunakan pelbagai kemudahan yangterdapat dalam Sistem Pengurusan
Pembelajaran (myLMS) bagi
membolehkan pelajar berhubung dengan
tutor dan rakan-rakan sekuliah.
Pembelajaran konstruktivisme
diaplikasikan menerusi perbincangan
dalam talian, berfikir dengan lebihmendalam dan pembacaan berakademik
tentang sesuatu tugasan yang diberi.
Saya dapat mengintegrasikan ilmu
pengetahuan dan pengalaman saya
ketika berforum dalam myLMS denganrakan-rakan dan tutor tentang apa yang
saya pelajari dan fahami serta berkongsi
dengan rakan-rakan sekuliah berkenaan
pendapat atau nota yang saya perolehi
daripada sumber-sumber dalam internet
dan perpustakaan.
Pembelajaran kendiri bermaksud
belajar sendiri mengikut kesesuaian
masa pelajar. Pelajar dibekalkan bahan
pembelajaran iaitu modul yang direka
khas agar sesuai dengan kaedahpembelajaran kendiri dengan ciri-ciri
Saya belajar sendiri dengan bantuan
modul yang dibekalkan dengan cara
membaca, membuat nota dan berinisiatif
mencari bahan-bahan yang berkaitan
dengan kemudahan perpustakaan diIPDA, perpustakaan digital dan capaian-
EKA RUSMAWATY SUJAK 741117715068 Muka surat 11
-
8/14/2019 Tugasan Pp Kdp 14m Psmp
12/20
HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
mesra pengguna, interaktif dan mudah
difahami. Pembelajaran konstruktivisme
diaplikasikan bagi menggalakkan pelajar
berdikari, bertanggung jawab terhadap
pembelajarannya, berkebolehan
menjana idea dan pengetahuan serta
menyelesaikan masalah.
capaian lain dalam internet. Saya
mengurus masa pembelajaran saya
supaya saya dapat mengikuti
pembelajaran dengan penuh tumpuan.
Cara ini membuatkan saya lebih
bersedia sewaktu sesi perbincangan dan
dapat membantu rakan seperjuangan
untuk bersama-sama memahami topik-
topik yang dipelajari.
JAWAPAN TUGASAN 3
3.1) Teori Pembelajaran Progressivisme
Aliran Progressivisme wujud di Amerika Syarikat pada awal abad ke-20 iaitu
sekitar tahun 1918 oleh satu gerakan dan perkumpulan yang berpendapat
pendidikan seharusnya berpusatkan pelajar dan bukanlah berpusatkan guru atau
bahan. Aliran ini berasal dari fahaman pragmatism yang dipelopori oleh John Dewey.
Antara falsafah ialah sentiasa maju (progress), bertindak secara
konstruktif, inovatif, aktif dan dinamis. Ini kerana manusia sentiasa inginkan
EKA RUSMAWATY SUJAK 741117715068 Muka surat 12
-
8/14/2019 Tugasan Pp Kdp 14m Psmp
13/20
HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
perubahan, dan bagi mendapatkan perubahan itu, manusia perlukan pandangan
hidup yang fleksibel, toleran, minda terbuka dan rasa ingin tahu.
Setelah saya membaca beberapa artikel tentang teori progressivist,saya dapat merumuskan bahawa :
Matlamat Pendidikan Progessivisme ialah pendidikan satu keperluan dalam
kehidupan iaitu pendidikan sentiasa menggerakkan pemikiran dan aktiviti
manusia untuk menyelesai masalah dalam persekitaran dan kehidupan
mereka.
Matlamat pendidikan adalah sebahagian daripada pengembangan iaituproses menyusun semula pengalaman sedia ada ke arah membina
pengalaman lebih bermakna kerana pengalaman dapat mempengaruhi ilmu,
nilai individu, fikiran dan tindakannya.
Pendidikan tidak disempitkan kepada proses penyampaian kandungan ilmu
semata-mata, pendidikan ialah kehidupan itu sendiri (education is life itself).
Pendidikan merupakan satu seni iaitu guru dapat mengekalkan proses
pengajaran dan pembelajaran daripada bersifat bosan dan kaku.
Pendidikan adalah sesuatu kajian saintifik yang dapat membantu individu
yang dididik dalam menyelesaikan masalah harian dan proses penyelesaian
masalah harian perlu diajar kepada pelajar untuk menyediakan mereka
menghadapi masalah yang mungkin wujud dalam kehidupan.
Pendidikan sebagai proses interaksi individu dengan persekitaran sosial;
melibatkan banyak institusi sosial lain seperti rumah kebajikan dan acara
keagamaan. Oleh itu, pendidikan adalah proses penyusunan semula
masyarakat ( Social Reconstructionism ).
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran adalah kaedah yang flexible yang
mempunyai pelbagai cara atau teknik ; mengutamakan kemudahan fizikal
yang functional ( kerusi dan meja mudah alih)
EKA RUSMAWATY SUJAK 741117715068 Muka surat 13
-
8/14/2019 Tugasan Pp Kdp 14m Psmp
14/20
HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
Kaedah penemuan, eksperimental dan eksplorasi amat digalakkan bagi
menjana pemikiran kreatif dan menggalakkan aktiviti penyelesaian masalah
kerana masalah harian banyak dikaitkan dengan pengajaran dan
pembelajaran yang mengutamakan minat pelajar dan menggunakan pelbagai
media pengajaran realistik.
Progressivisme menolak kurikulum falsafah tradisional yang memisahkan
pengalaman sebenar kehidupan individu daripada perkara yang diajar kerana
kurikulum tradisional dianggap kaku dan terlalu khusus tetapi kurikulum
vokasional penting kerana dapat membantu manusia menggunakan
kemahiran dalam menyelesaikan masalah kehidupan.
Ianya menyokong kandungan ilmu yang bersifat experiential; functional dan
memenuhi minat individu yang berbeza.
Guru sebagai resource person yang membimbing proses pengajaran dan
pembelajaran yang menekankan kerja kumpulan, projek dan field work (amali
dan praktikal).
Sumber pengajaran dan pembelajaran yang digunakan termasuk buku, jurnal,
rakaman temubual dan pelbagai sumber lain.
3.2) Pelaksanaan Pembelajaran Progressivisme dalam Pendidikan Melalui
Internet
Sungguhpun 50 peratus rakyat Malaysia mempunyai akses internet, ini tidak
bermakna pendidikan di Malaysia telah mencapai tahap yang membanggakan. Oleh
itu, saya berpendapat pembelajaran bukanlah hanya tertumpu kepada pembelajaranatas talian sahaja. Menurut teori Progressivisme, pembelajaran haruslah dapat
diaplikasikan untuk menyelesaikan masalah, oleh itu, pembelajaran melalui internet
sahaja tidak mencukupi tanpa adanya amali atau praktikal terhadap penyelesaian
sesuatu masalah.
Mengikut teori progressivisme, kurikulum mata pelajaran perlulah bersifat
terbuka, boleh diubah, dibentuk mengikut kesesuaian dan peredaran masa, oleh itu
saya tidak bersetuju sekiranya kurikulum pembelajaran melalui internet terlalu
EKA RUSMAWATY SUJAK 741117715068 Muka surat 14
-
8/14/2019 Tugasan Pp Kdp 14m Psmp
15/20
HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
terbuka dan tidak menekankan kandungan ilmu kerana apa yang boleh dicapai
melalui internet tidaklah baik 100 peratus untuk pelajar. Dengan kata lain, sukatan
pelajaran bagi Teknologi Maklumat merentasi kurikulum perlulah diubahsuai supaya
bersesuaian dengan peredaran zaman, adat dan kebudayaan masyarakat Malaysia.
Pembelajaran Progressivisme terlalu menekankan kebebasan dan minat
pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran dan tidak menekankan disiplin
dan kegigihan belajar yang mendorong pelajar mendapatkan pelbagai maklumat
tentang apa yang dipelajarinya melalui internet sejajar dengan minat mereka tetapi
bukanlah satu kunci kebebasan sepenuhnya untuk mengakses internet. Bagi saya
pemantauan perlu dibuat oleh guru yang bertindak sebagai pemudah cara, ibubapa dan pihak berwajib untuk memastikan pelajar tidak menyalahgunakan
kemudahan internet dan kebebasan belajar dengan sewenang-wenangnya.
Seperkara lagi pembelajaran melalui internet bertujuan untuk mengurangkan
kebarangkalian keciciran maklumat dan pengetahuan tentang internet dan
penggunaannya di kalangan pelajar, tetapi adalah lebih baik sekiranya matlamat
sebenarnya diperhalusi agar kesannya ke atas pelajar dan masyarakat bersifat
positif.
JAWAPAN TUGASAN 4
Abraham Maslow (1970) mengemukakan Teori Hierarki Keperluan Maslow
dengan andaian bahawa manusia tidak pernah berasa puas dengan apa yang telah
dicapai. Mengikut Maslow kehendak manusia terbahagi lima mengikut keutamaan
iaitu keperluan asas fisiologi, keselamatan, penghargaan dan kasih sayang,
penghormatan kendiri seterusnya keperluan sempurna kendiri.
Teori ini memberi tumpuan kepada apa yang berlaku dalam diri seorang
individu seperti perasaan atau emosinya dan menyatakan bahawa individu terdorong
bertindak melakukan sesuatu kerana mempunyai satu kemahuan atau keperluan
serta bertanggungjawab di atas segala tindakkannya. Menurut nya kuasa motivasi
seseorang individu adalah kecenderungannya untuk berkembang dan mencapai
hasrat diri (self-actualization) . Ini bermakna setiap individu mempunyai keperluan
untuk mengembangkan potensinya ke tahap maksimum. Walaupun terdapat
EKA RUSMAWATY SUJAK 741117715068 Muka surat 15
-
8/14/2019 Tugasan Pp Kdp 14m Psmp
16/20
HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
halangan, kecenderungan semulajadi adalah untuk mencapai hasrat diri atau
mengembangkan potensi ke tahap yang maksimum.
Kajian Kes : Subjek 1
Subjek pertama adalah seorang pelajar perempuan berusia 13 tahunyang
merupakan anak pertama daripada lima orang adik beradik. Bapanya ialah seorang
tukang rumah yang tidak mempunyai pendapatan tetap, ibunya pula seorang
surirumah yang membantu menambah pendapatan keluarga dengan menjual kuih.
Subjek tinggal di sebuah rumah papan yang mempunyai sebuah bilik tidur. Dia tidur di satu ruangan yang terletak di antara ruang tamu dan dapur. Tidak banyak perabot
di dalam rumahnya bahkan televisyen yang ada juga telah rosak. Oleh kerana
kesempitan hidup keluarganya itu, maka dia mempunyai keinginan untuk mengubah
nasib keluarganya agar dapat menikmati keselesaan hidup seperti keluarga lain.
Motivasi Intrinsik : Kedudukannya sebagai anak pertama dan desakan ingin
menikmati hidup yang lebih selesa memotivasikan dirinya untuk lebih
bertanggungjawab kepada keluarga. Ini dapat saya perhatikan bagaimana dia
membantu ibunya untuk melakukan kerja rumah, mengasuh adik dan membuat kuih
untuk jualan di bazaar Ramadan.
Motivasi Ekstrinsik : Dia menjadi lebih berkeyakinan untuk mencapai cita-citanya
apabila mendapat sokongan dan dorongan daripada ibu bapa serta mendapat
bantuan kewangan daripada pihak sekolah dapat menyempurnakan keperluan
persekolahannya.
Kajian Kes : Subjek 2
Subjek 2 merupakan seorang kanak-kanak lelaki yang berusia sembilan tahun
dan anak pertama daripada empat orang adik-beradik. Dia merupakan anak lelaki
tunggal dalam keluarganya. Ayah dan ibunya merupakan guru sekolah rendah.
Subjek tinggal di rumah berkembar setingkat yang mempunyai tiga buah bilik. Dia
EKA RUSMAWATY SUJAK 741117715068 Muka surat 16
-
8/14/2019 Tugasan Pp Kdp 14m Psmp
17/20
HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
tidur di biliknya sendiri yang dilengkapi sebuah katil bujang, almari pakaian, rak buku
dan meja tulis.
Mengikut cerita ibunya, subjek adalah seorang anak yang baik, menurut kataibu bapanya dan merupakan murid cemerlang di sekolahnya. Dia mula membaca
dengan lancar seawal umur empat tahun. Pada usia lima tahun, dia telah boleh
membaca dengan lancar buku bahasa inggeris. Pada usia tujuh tahun pula, dia
telahpun khatam Al-Quran. Dia sering mendapat tempat pertama dan menjadi
pelajar terbaik aliran sama ada di sekolah mahu pun di kelas fardhu ain.
Apabila ditanyakan apakah yang ingin dicapainya? Dia hanya tersenyum,
kemudian menyatakan dia ingin berjaya dalam hidup, menjadi seorang jurutera yang
hafiz Al-Quran, menggembirakan kedua ibu-bapanya. Ibu bapa dan guru-guru yang
sering memberi dorongan kepadanya selama ini. Saya ajukan soalan, Kenapa adik
rasa yang ibu bapalah yang sering memberi galakan kepada adik untuk berjaya?.
Dia menyatakan yang dia amat beruntung kerana ayah dan ibunya sering
membantunya dalam pelajaran, amat prihatin dengan perkembangan dirinya. Oleh
itu, subjek disyaratkan oleh ibu bapanya yang dia akan mendapat apa yang dihajati
sekiranya berkelakuan baik dan mendapat keputusan yang baik dalam pelajaran.
Motivasi Intrinsik : Subjek selalu ingin menjadi yang terbaik di kalangan adik
beradik, sepupu dan rakan-rakannya. Dia sukakan pujian ibu bapa dan guru-
gurunya. Ini yang mendorongnya berjaya.
Motivasi Ekstrinsik : Ibu bapa subjek kedua ini agak tegas kerana mereka hanya
menetapkan sekiranya anak mereka mendapat pencapaian cemerlang dan
berkelakuan baik, maka ada penghargaan bagi anak mereka. Ini bermaknasungguhpun subjek merupakan anak yang baik dan cemerlang, ini tidak bermakna
apa yang diminta atau diingininya boleh diperoleh dengan mudah tanpa usaha.
Ganjaran hadiah merupakan satu dorongan agar subjek sentiasa berkelakuan baik
dan cemerlang.
Kajian Kes : Subjek 3
EKA RUSMAWATY SUJAK 741117715068 Muka surat 17
-
8/14/2019 Tugasan Pp Kdp 14m Psmp
18/20
HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
Subjek ketiga adalah seorang graduan berusia 27 tahun yang kini bekerja
sebagai kerani kerana tidak memperoleh jawatan yang setaraf dengan kelulusannya.
Sebelum menjadi seorang kerani, dia pernah menganggur selama beberapa bulan
dan mengikuti Kursus Bakery dan Asas Membuat Roti yang dianjurkan dan ditaja
oleh Jabatan Pertanian selama enam bulan. Dia telah memperoleh bantuan berupa
sebuah ketuhar atau oven, sebuah mesin pengadun, sebuah penyejuk atau chiller
dan sebuah meja kerja daripada Jabatan Pertanian dan Pejabat Zakat. Oleh kerana
tidak mempunyai modal yang mencukupi untuk membina sebuah bengkel pembuat
roti, maka dia terpaksa mencari pekerjaan menampung hidup disamping mengumpul
modal untuk memulakan perniagaannya kelak.
Motivasi Intrinsik : Minatnya terhadap perniagaan dan pembuatan kek dan roti
telah mendorong dirinya untuk mengikuti kursus membuat kek selama enam bulan.
Selian itu, dia juga didorong oleh rasa ingin hidup berdikari dan tidak mahu
bergantung hidup pada kedua orang tuanya yang telah berusia. Oleh sebab itu dia
mengambil keputusan untuk bekerja walaupun hanya sebagai seorang kerani
supaya dia dapat mengumpulkan modal perniagaan.
Motivasi Ekstrinsik : Modal untuk memulakan perniagaannya secara sambilan
daripada abang serta kakaknya membuatkan dia lebih bersemangat untuk berniaga
secara sambilan iaitu dengan mengambil tempahan rakan-rakan sekerja dan
menghantar kek ke beberapa buan kedai dan pasaraya berhampiran dengan tempat
tinggalnya. Sokongan daripada rakan-rakan yang sering memesan produk jualannya
juga mendorong subjek untuk meneruskan hasratnya sebagai usahawan yang
berjaya. Selain itu, sumbangan material yang diberikan oleh Jabatan Pertanian dan
Pejabat Zakat, membolehkannya menerima tempahan yang lebih banyak. Oleh itudia semakin berkeyakinan untuk mencapai hasratnya.
Kesimpulannya, motivasi merupakan penggerak kepada proses belajar. Oleh
kerana motivasi begitu penting dalam proses pembelajaran, maka tugas guru
adalah membangkitkan motivasi pelajar terhadap apa yang akan dipelajari oleh
mereka. Motivasi bukan sahaja menggerakkan tingkah laku, tetapi jugamengarahkan dan memperkuatkan tingkah laku. Pelajar yang bermotivasi dalam
EKA RUSMAWATY SUJAK 741117715068 Muka surat 18
-
8/14/2019 Tugasan Pp Kdp 14m Psmp
19/20
HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
pembelajaran akan menunjukkan minat, semangat dan ketekunan yang tinggi dalam
pelajaran, tanpa banyak bergantung kepada guru atau orang lain.
Dalam proses pembelajaran, motivasi intrinsik lebih berkesan mendorongpelajar dalam belajar. Motivasi ekstrinsik pula dapat mendorong timbulnya motivasi
intrinsik. Ramai pelajar yang termotivasi secara ekstrinsik dapat berjaya dengan baik
dalam pembelajaran , seperti mana pelajar-pelajar yang termotivasi secara intrinsik,
asalkan guru dapat membantu mereka dengan cara yang tepat sesuai dengan
keperluan mereka. Pelbagai cara yang dapat dilakukan oleh guru dalam usaha
membangkitkan motivasi pelajar dalam belajar melalui pengembangan motivasi
ekstrinsik, seperti memberikan penghargaan atau celaan, mewujudkan persaingan,memberikan hadiah atau hukuman, dan memberi tahu kemajuan yang dicapai oleh
pelajar.
Setiap cara mempunyai kelebihan-kelebihan dan kelemahan-
kelemahannya sendiri, ole itu guru harus bijak menentukan cara yang paling tepat
agar mendapat kesan positif dan manfaat yang seimbang.
Rujukan :
Abdul Rahim M. Ali. (2001). Ilmu pendidikan untuk kpli . Kuala Lumpur : Utusan
Publication Sdn.Bhd.
Atan Long. (1980). Psikologi pendidikan . Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Gale, Thomson. (2005-2006). Encyclopedia of world biography on william h.kilpatrick. [Atas talian] Diperoleh: http://www.bookrags.com/biography/william-h-
kilpatrick/ . [2008,September 15].
Kamarudin Hj. Husin. (1993). Pedagogi 3: Penggunaan psikologi dalam bilik darjah .
Petaling Jaya: Longman Malaysia.
Khadijah Rohani Yunus, Prof. Dr. & Mahani Razali & Ramlah Jantan. (2008) HBEF
2103 Psikologi pendidikan (Cetakan ke-7). Kuala Lumpur: Unitem Sdn.Bhd.
EKA RUSMAWATY SUJAK 741117715068 Muka surat 19
http://www.bookrags.com/biography/william-h-kilpatrick/http://www.bookrags.com/biography/william-h-kilpatrick/http://www.bookrags.com/biography/william-h-kilpatrick/http://www.bookrags.com/biography/william-h-kilpatrick/ -
8/14/2019 Tugasan Pp Kdp 14m Psmp
20/20
HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
Kneller , F. George. (tiada tarikh). Introduction to the philosophy of education : Four
twentieth century theories of education. [Atas talian] Diperoleh:
http://people.morehead-st.edu/fs/w.willis/fourtheories.html . [2008,September 15].
Kolej Kamunting Blogspot. (2005).Teori humanistik: Abraham maslow .[Atas talian]
Diperoleh: http://kolejkamunting.multiply.com/journal/item/8 . [2008,Ogos 7].
Lawrence, J. Dennis. (2008). Education encylopedia: John l. childs. [Atas talian]
Diperoleh: http://education.stateuniversity.com/pages/1830/Childs-John-L-1889-
1985.html . [2008,September 15].
Richard , Field. (2007). The internet encylopedia of philosophy: John dewey. [Atastalian] Diperoleh: http://www.iep.utm.edu/d/dewey.htm . [2008,September 15].
EKA RUSMAWATY SUJAK 741117715068 Muka surat 20
http://people.morehead-st.edu/fs/w.willis/fourtheories.htmlhttp://kolejkamunting.multiply.com/journal/item/8http://education.stateuniversity.com/pages/1830/Childs-John-L-1889-1985.htmlhttp://education.stateuniversity.com/pages/1830/Childs-John-L-1889-1985.htmlhttp://www.iep.utm.edu/d/dewey.htmhttp://people.morehead-st.edu/fs/w.willis/fourtheories.htmlhttp://kolejkamunting.multiply.com/journal/item/8http://education.stateuniversity.com/pages/1830/Childs-John-L-1889-1985.htmlhttp://education.stateuniversity.com/pages/1830/Childs-John-L-1889-1985.htmlhttp://www.iep.utm.edu/d/dewey.htm