tugasan komunikasi

6
1.0 PENDAHULUAN Jurnal bertajuk “Communication Strategies and Media Role to Promote Succseful Breastfeeding” membincangkan tentang kebaikan susu ibu kepada bayi serta penjagaan kesihatan ibu dan anak dengan memberikan susu ibu.jurnal ini juga membincangkan tentang peranan pihak-pihak tertentu seperti media mempromosikan kegunaan susu ibu kepada anak pihak media terutamanya media elektronik hendaklah menyiarkan kegunaan susu ibu dan tidak hanya mempromosikan susu formula sahaja.pihak kerajaan hendaklah menggalakan pemberian susu ibu kepada bayi dengan mengadakan program-program yang mendidik masyarakat tentang kegunaan susu ibu. Ramai tidak sedar tentang kegunaan susu ibu kepada anak.bayi yang baru dilahirkan hendaklah diberikan susu ibu sehingga dia mencapai umur dua tahun untuk menjamin kesihatan bayi tersebut.penyakit seperti kanser,asma dan obisiti dapat dielakkan dengan pemberian susu ibu.bukan penyakit tersebut boleh dielakkan daripada menyerang ibu malah ia boleh dielakkan daripada menyerang anak yang diberikan susu ibu.penyakit yang sangat popular dan bahaya ini dapat

description

komunikasi

Transcript of tugasan komunikasi

1.0 PENDAHULUANJurnal bertajuk Communication Strategies and Media Role to Promote Succseful Breastfeeding membincangkan tentang kebaikan susu ibu kepada bayi serta penjagaan kesihatan ibu dan anak dengan memberikan susu ibu.jurnal ini juga membincangkan tentang peranan pihak-pihak tertentu seperti media mempromosikan kegunaan susu ibu kepada anak pihak media terutamanya media elektronik hendaklah menyiarkan kegunaan susu ibu dan tidak hanya mempromosikan susu formula sahaja.pihak kerajaan hendaklah menggalakan pemberian susu ibu kepada bayi dengan mengadakan program-program yang mendidik masyarakat tentang kegunaan susu ibu. Ramai tidak sedar tentang kegunaan susu ibu kepada anak.bayi yang baru dilahirkan hendaklah diberikan susu ibu sehingga dia mencapai umur dua tahun untuk menjamin kesihatan bayi tersebut.penyakit seperti kanser,asma dan obisiti dapat dielakkan dengan pemberian susu ibu.bukan penyakit tersebut boleh dielakkan daripada menyerang ibu malah ia boleh dielakkan daripada menyerang anak yang diberikan susu ibu.penyakit yang sangat popular dan bahaya ini dapat dielakkan jika pendidikan awal tentang kegunaan susu ibu di berikan kapada masyarakat.pihak kerajaan hendaklah memikul tanggungjawab ini dengan mempromosikan kegunaan susu ibu.Ramai wanita hanya mementingkan kecantikan dan tidak mempedulikan tentang kesihatan.mereka beranggapan bahawa dengan memberikan susu ibu kecantikan mereka akan tergugat dan mereka tidak sedar bahawa dengan memberikan susu ibu boleh mengelakkan stress dan kajian menunjukkan mereka boleh juga merancang keluarga mereka.Wanita mesti sedar bahawa memberikan susu ibu kepada bayi yang baru lahir akan menjamin kesihatan bayi tersebut. 2.0 FAKTA-FAKTAKebanyakan kajian yang dijalankan telah membuktikan pentingnya susu ibu kepada anak dan kesedaran masyarakat tentang susu ibu.Kunimoto (1994) dan Hornik (2006) dalam kajian mereka membuktikan bahawa maklumat yang disalurkan tidak sampai kepada kumpulan sasaran.pihak media yang menyalurkan maklumat hanya sampai kepada golongan minoriti sahaja dan ia tidak memberikan kesan kepada keseluruhan masyarkat.Rancangan yang ditayangkan secara eksklusif sahaja sampai kepada masyarakat.Kennedy (2004) dalam kajianya menemui bahawa selain manyiarkan program-program kesedaran pihak media juga boleh menyampaikan maklumat tentang kepentingan susu ibu melalui drama dan cerita yang berkaitan.Dengan ini secara tidak langsung masyarakat memperolehi maklumat tersebut.Calderon dan Beltran (2004) membuktikan bahawa pengunaan bahasa dalam menyampaikan maklumat menjadi masalah untuk masyarakat memahami apa yang cuba disampaikan.pengunaan bahasa inggeris dalam penyiaran atau dalam surat khabar berkaitan kesedaran mengenai susu ibu hanya memberi kesan kepada golongan tertentu sahaja.selain dari itu syarat perubatan dan kebanyakan ubat-ubatan dilabel dalam bahasa inggeris sukar untuk difahami oleh mereka yang kurang arif dalam bahasa inggeris.Mayarakat harus peka terhadap keadaan sekitar mereka dan sentiasa mencari maklumat yang ada dalam apa juga bentuk untuk menyedarkan diri sendiri dan orang lain.Jika diabaikan ia akan memberikan kesan yang agak mendalam.Mengambil insuran bukan bermakna tidak perlu menjaga kesihatan,insuran adalah untuk keperluan sahaja dan tidak boleh bergantung terhadap insuran yang diambil.

Kebanyakan ibu setuju bahawa maklumat berkenaan pemberiaan susu ibu adalah kurang dan terhad.Mereka juga mencari maklumat berkaitan di laman sesawang.kebanyakan laman sesawang yang berkaitan pemberian susu ibu dari A.S dan U.K kadang-kadang tidak sesuai untuk diaplikasikan di tempat sendiri.Mereka juga mencari maklumat dalam majalah-majalah yang ada di pasaran,malah majalah tertentu sahaja yang mengandungi maklumat mengenai pemberian susu ibu seperti majalah PaMa yang mengandungi maklumat untuk perempuan dan ibu mengandung.Mereka juga bersetuju bahawa mereka tidak pernah dengar maklumat berkaitan pemberian susu ibu dalam media.Persediaan dari segi mental juga penting untuk pemberian susu ibu dengan sempurna.selain itu persediaan bagi ibu yang bakal melahirkan anak adalah penting untuk mempunyai keyakinan dan kekuatan mental dalam diri mereka agar pemberian susu ibu tidak terganggu.pihak hospital hendaklah mengambil langkah drastik untuk memberikan kaunseling dengan mengadakan kursus bagi bakal ibu berkaitan kepentingan susu ibu.pihak hospital sahaja yang paling rapat dengan mereka dan mengetauhi keperluan bakal ibu dari segi keperluan mental ataupun fizikal.keyakinan diri dikatakan menyumbang kepada berjaya ataupn gagal seorang ibu memberikan susu ibu kepada anaknya.jika keyakinan dalam diri kurang maka pemberian susu ibu tiak akan berjaya.Kajian juga menunjukkan sebahagian hospital tidak menunjukkan cara-cara yang betul menyusu bayi.pihak hospital tidak memberikan tunjuk ajar pada peringkat permulaan ibu mengandung ketika mereka menjalani pemeriksaan kesihatan setiap bulan.apabila ibu-ibu tersebut dah bersalin mereka menjadi kaku dan susah untuk menyesuaikan diri mereka untuk memberikan susu ibu.

Antara halangan lain yang boleh menjejaskan pemberian susu ibu adalah penyediaan kemudahan di tempat awam seperti ruang khas untuk memberikan susu kepada anak.para ibu terpaksa mencari tempat yang sesuai untuk memberikan susu ibu.mereka juga tidak boleh memberikan susu kepada anak mereka di tempat terbuka.keadaan ini meyukarkan mereka kerana sentiasa mencari ruang yang sesuai.proses pemberian susu ibu terganggu dengan keadaan ini dan memaksa para ibu mencari jalan lain iaitu memberikan susu fomula.