Tugasan individu ( Kemahiran Tumpuan Dalam Sains, MAZNI)
Transcript of Tugasan individu ( Kemahiran Tumpuan Dalam Sains, MAZNI)
TAJUK : HUJAN RAHMAT TUHAN YANG ESA
NAMA : NURMAZNI BINTI A.RAHIM
NO.MATRIK : DB 100308
PROGRAM : PPG AMBILAN MAC 2010/2011
SEKSYEN : SAINS SEKSYEN 1
UNTUK PERHATIAN : EN.GHAZALLY BIN SPAHAT
PENDAHULUAN :
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat
Allah, kerana memberikan kesempatan
kepada diri saya untuk menyiapkan
hasil laporan saya berkaitan tajuk di
atas . Sesungguhnya, hujan atau air
hujan telah memberikan inspirasi dan
idea kepada saya untuk menyiapkan
tugasan individu ini.
Hujan merupakan antara salah satu
makhluk Allah dimuka Bumi ini yang dijadikan dengan banyak manfaatnya kepada
kita semua malah kepada semua hidupan di dunia ini. Hujan juga adalah salah satu
rahmat daripada Tuhan Yang Maha Esa ( Allah S.W.T ) malah merupakan
pemberian rezeki yang sangat diperlukan oleh kita semua dan makluk yang terdiri
daripada pelbagai haiwan dan tumbuh-tumbuhan serta menyejukkan suhu Bumi
yang kita diami ini.
Sebagai rakyat Malaysia yang merdeka, kita seharusnya merasa amat bersyukur
dan bertuah kerana dilahirkan di negara yang kaya dengan pelbagai spesies
tumbuhan dan pelbagai spesies haiwan serta memiliki tanah yang subur. Faktor-
faktor kesuburan tanah ini, serta berkembangnya spesies hidupan ini adalah
antaranya adanya banyak sumber air yang datangnya daripada air hujan. Sumber
air sangat penting kepada benda-benda hidup yang merupakan keperluan asas
untuk hidup.
Gambar ini sempat saya rakam di
salah satu tempat yang menarik di
Melaka.
Lokasi ini saya pilih kerana berlatarbelakang sumber air dan tumbuhan yang menghijau yang menyegarkan pandangan mata.
KANDUNGAN AIR HUJAN :
Air hujan secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan oleh air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera.
Hujan asid berlaku kerana mempunyai kepekatan asid yang tinggi dalam kandungan air hujan. Nilai Kepekatan Asid diukur menggunakan skala yang disebut pH yang mengandungi skala 0 hingga 14. pH kurang daripada 7 adalah berasid manakala lebih daripada 7 adalah beralkali. Namun apabila hujan asid berlaku, kepekatan asid semakin tinggi iaitu kurang dari 5.6.
PROSES KEJADIAN AIR HUJAN :
Berikut ialah contoh gambar yang menunjukkan “proses kitaran air semulajadi” yang mana proses ini berlaku silih berganti yang melibatkan penurunan air hujan. Pembentukan air hujan ini, melibatkan proses penyejatan dan kondensasi .
PEMBENTUKAN AWAN
DAN HUJAN :
1. Hujan sebenarnya ialah air :a) Apabila hujan turun, air akan
memenuhi parit, kolam, tasik, sungai, dan laut.
b) Air hujan juga akan meresap ke dalam tanah.
2. Apabila Matahari bersinar terik, haba daripada Matahari akan menyebabkan air laut, sungai, tasik, kolam, dan parit tersejat menjadi wap air.
3. Wap air yang terhasil akan naik ke atas.a) Semakin tinggi wap air naik ke atas, semakin sejuk wap air itu.b) Apabila wap air itu cukup sejuk, ia akan terkondensasi menjadi titisan-titisan
air yang kecil.c) Titisan-titisan air yang kecil ini seterusnya berkumpul dalam kelompok yang
besar dan terapung-apung di langit. Kelompok titisan air yang kecil ini disebut sebagai awan.
4. Semakin tinggi awan naik ke atas, semakin banyak titisan air yang berkumpul. Jadi, awan menjadi semakin besar dan berat.
a) Titisan air yang kecil akan bergabung menjadi titisan air yang lebih besar.b) Apabila titisan air menjadi terlalu berat, ia tidak boleh terapung di udara lagi.
Ia akan jatuh ke Bumi sebagai hujan.
5. Air hujan akan sekali lagi memenuhi parit, kolam, tasik, sungai dan laut.
6. Proses pembentukan hujan dan awan dapat diringkaskan seperti yang ditunjukkan dalam carta aliran di bawah ini :
7.
AWAN HUJAN
WAP AIR
PENYEJATANKONDENSASI
7. Kesemua proses ini akan berulang berkali-kali seterusnya membentuk satu kitar yang dipanggil “kitar air semulajadi” .
HADIS RASULULLAH BERKAITAN PROSES KEJADIAN AIR HUJAN :
Berikut ialah beberapa hadis dan penerangan yang ingin saya kongsikan hasil pencarian maklumat melalui internet dan dapat dijadikan panduan.
1. Proses Mengangkat Awan, Menghentikannya, Dan Menguraikannya :
Allah Taala telah menjadikan kepanasan matahari dan angin menjadi sebab
terangkat wap air dari laut sehingga ke tahap melepasi bukit-bukit dan demikian itu
supaya bukit-bukit tidak menghalang peralihan air dari atas laut sehingga ke tengah-
tengah benua, dan supaya bercantum bahagian-bahagian lain membentuk awan.
Dan Allah Taala menetapkan had bagi pengewapan air ini di mana ia akan berhenti
apa sampai di tahapnya dan tidak melebihinya sehingga ke penjuru alam yang tinggi
supaya ia tidak meninggalkan bumi tanpa kembali kepadanya. Berfirman Allah Taala
:
﴿ : المؤمنون ( نن﴾ ر و د� ن�ا نل د� د� ب� ن�ا ن� ن�ى ن� �ا� ن د�ا نو د� ر ن"! ر# ا د%ي ر& �نا ن ن' ر) ن"ا ن% ب ن( ن� د� ء* نما د* نما ,�ن ال ن- دم ننا رل ن. �ر ن"ا )18نو
Maksudnya :
“Dan Kami turunkan dari langit itu air dengan kadar yang ditetapkan dan Kami
masukkannya ke dalam bumi dan Kami berkuasa menghilangkannya (air hujan)”
Allah taala mengangkat wap air dan tidak mengangkat bersamanya garam yang
bercampur dengannya dalam laut supaya tidak memudaratkan manusia, haiwan,
dan tumbuhan. Jika kita minum air tersebut sedangkan ia masin dan siram tanaman
kita dengannya pasti ia merosakkan tubuh kita dan memusnahkan tanaman dan
haiwan. Al-Quran telah menyebut perkara tersebut dalam firman Allah Taala :
﴿ ) نن ر�و ن/ ر0 ن1 د3ي �ل ن ا ن* نما رل ا ر4 ر5 ر6 ن"ا ن/ ن% (68ن"ا نن) رلو د. رن رم رل ا ر- ر7 �ن ر8 ن"ا دن ر. رم رل ا ن- دم ر& رمو ر5 رل ن. �ر ن"ا ر4 ر5 �ر ن"ا (69ن* نن) ر/و ر' ر0 ن1 ن#! رو ن� ن% ء9ا ن9ا ر"ا ر& ننا ر� ن: ن9 ر* ن0ا �ن رو :70نل الواق:ة) ( ﴾68-70(
Maksudnya :
“ Adakah kamu tidak melihat kepada air yang kamu minum. Adakah kamu yang
menurunkannya dari awan atau kami yang menurunkannya? Jika kami mahu kami
akan jadikan ia masin maka jika kamu tidak bersyukur”.
ءا "ا9ا9 bermaksud masin.
2. Proses Pengumpulan Wap Air :
Wap air itu ringan dan mudah naik ke tempat yang tinggi dan tidak dapat dilihat
melainkan semasa ia membentuk menjadi awan. Allah Taala menghantar angin
yang membawa zarah-zarah debu, tanah, benih-benih tumbuhan, dan semua jenis
zarah-zarah yang membentuk awan. Juzuk-juzuk kecil wap air diterbangkan angin
lalu ia menggerakkannya, berkumpul bersama juzuk-juzuk kecil tersebut dan
membentuk kelompok air dan menjadi ketulan-ketulan air yang kecil yang boleh
dilihat oleh kita iaitu awan. Apabila bertambah besar ketulan-ketulan tersebut ia akan
menjadi ketulan yang berat dan menurunkan hujan
Allah Taala berfirman :
﴿ ن�ا د�ا د& د� ن=ا د� ر- دم ر* ن0ا ن6 ر- نم د� د� ن� ن<ا ن"ا ن�ا د�ا ن% د� دل ن@ا Aد ر- دم Bر ر/ Cر ن6 Dن ر� نو رل ا ن/ى ن5 ن% ءFا ن, Gد ر� ر� ن: Hر ن6 نو ر* ن0ا ن6 Iن Jر Gن د* نما ,�ن ال د%ي ر� Kر ر, ر= Jن ن% ء�ا ن7ا ن) ر/ JLد ر5 ن% Mن ن6ا ر/ ال Oر د) ر/ ر6 د3ي �ل ن ا ر� �� ن ال: ال/و8 ( ﴾ نن ر/و د0 ر= ن5 ر, ن6 ر4 )48ر� .
Maksudnya :
“Allah taala mengutuskan angin-angin lalu ia menggerakkan awan lalu
membentangkan ia di langit sebagaimana dia kehendaki dan menjadikannya
berkelompok, kemudian kamu melihat hujan turun dari celah-celahnya. Maka apabila
air hujan turun ke atas orang yang dikehendakinya di kalangan hambaNya maka
mereka akan bergembira”.
PANORAMA INDAH DI MUAR, HUJAN INSPIRASI SANUBARIKU :
Lokasi foto : Belakang masjid Jamek Sultan Ibrahim, Muar
MAKLUMAT BERKAITAN HASIL FOTO :
Lokasi foto : Tanjung Emas, Muar
Jenis Kamera : Olympus
Tarikh foto : 15.11.2013
BIBLIOGRAFI :
http://106.10.137.112/search/srpcache?ei=UTF-
8&p=kandungan+air+hujan+secara+saintifik
http://elsaif86.files.wordpress.com/2010/05/watercycle.jpg
http://ga.water.usgs.gov/edu/watercyclemalay.html
Low Swee Neo, 2003, Fokus Ungu UPSR SAINS, Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.