Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
-
Upload
ahmad-nazri -
Category
Government & Nonprofit
-
view
174 -
download
4
Transcript of Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTERMEI 2014
KOD KURSUSHBML 3403
TAJUK KURSUS LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK
NAMA :NO KAD PENGENALAN : NO MATRIKULASI : NO. TELEFON : E-MEL :
PUSAT PEMBELAJARAN:
22
KANDUNGAN HALAMAN
1.0 PENDAHULUAN 3
1.1 Pengenalan 3
1.2 Definisi / konsep Sosiolinguistik 4
2.0 DIALEK SOSIAL 6
2.1 Definisi / Konsep Dialek Sosial 6
2.2 Faktor Kewujudan Dialek Sosial 7
3.0 CABARAN BAHASA MELAYU DARI PERSPEKTIF PENGGUNAAN
BAHASA MELAYU MASA KINI. FAKTOR-FAKTOR YANG
MENYEBABKAN BERLAKUNYA CABARAN TERSEBUT. 9
3.1 Pengaruh Media Elektronik. 9
3.2 Kerancuan bahasa Melayu oleh golongan remaja. 9
3.3Sikap Masyarakat Memandang Rendah Dengan Kebolehan Bahasa Melayu 10
3.4 Pengaruh Bahasa Slanga 11
3.5 Pengaruh dari Bidang Sosial 12
4.0 PENUTUP 13
4.1 Saranan yang terbaik untuk mengekalkan identiti bahasa Melayu. 13
4.2 Kesimpulan 18
BIBLIOGRAFI 19
22
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pengkajian bidang ilmu linguistik tidak lengkap jika bidang sosiolinguistik tidak
diberi penekanan sewajarnya oleh pengkaji bahasa tersebut. Sebagai cabang ilmu dalam
linguistik, bidang sosiolinguistik dilihat dapat melengkapi bidang kajian ilmu linguistik. Ini
kerana sosiolinguistik merupakan kajian yang berkaitan dengan bidang bahasa dan kaitannya
dari sudut kegunaannya dalam masyarakat. Fenomena ini dianggap penting memandangkan
bidang sosiolinguistik memberi ruang kepada sesuatu bahasa digunakan dalam konteks
masyarakat. Dalam konteks ini, bidang kajian sosiolinguistik menyediakan ruang kepada
pengkaji bahasa mengaplikasikan penggunaan bahasa tersebut mengikut konteks masyarakat
tertentu kerana tidak semua bahasa boleh digunakan dalam sesuatu masyarakat. Dengan
pemahaman sosiolinguistik, pengguna bahasa dapat menggunakan bahasa dengan tepat mengikut
keperluan masyarakat yang diwakili oleh mereka.
Menurut Fishman, kajian sosiolinguistik adalah bersifat kualitatif. Sosiolinguistik
lebih berhubungan dengan perincian-perincian penggunaan bahasa yang sebenarnya seperti
deskripsi pola-pola pemakaian bahasa atau dialek di dalam budaya tertentu, pilihan pemakaian
bahasa atau dialek tertentu yang dilakukan penutur, topik dan latar pembicaraan. Bidang
sosiolinguistik membincangkan pelbagai aspek hubungan bahasa dengan masyarakat. Antara
aspek tersebut ialah kedwibahasaan, kepelbagaian bahasa, bahasa, kelainan bahasa, sikap
terhadap bahasa, perancangan bahasa dan sebagainya. Bidang sosiolinguistik terapan pula
menggabungkan kajian sosiolinguistik dengan kajian pendidikan. Bidang ini telah menjadi satu
disiplin ilmu yang tersendiri.
Menurut Wolfram dan Fasold (1974, xiii-xiv), jenis kajian yang termasuk bawah kajian
sosiolinguistik merangkumi spektrum topik yang agak luas dan topik-topik tersebut dapat
dikelompokkan kepada empat kelompok utama, iaitu interaksi faktor-faktor sosial dengan bahasa
atau dialek dalam skala besar, penggunaan sebenar bahasa, bahasa dalam konteks sosialnya, dan
penerapan pengetahuan linguistik kepada masalahsosial. Sejajar dengan pendapat di atas,
Eastman (1975,115) menyatakan bahawa sosiolinguistik mementingkan kajian interaksi antara
bahasa dengan latar belakang penggunaan bahasa. Menerusi beliau kajian sebegini
sosiolinguistik berfokus kepada hubungan bahasa dengan organisasi masyarakat. Contohnya,
hubungan bahasa dengan kelas atau status pengguna, kajian terhadap repetoir individu yang
dikaitkan dengan konteks sosial, kajian kepelbagaian bahasa dan dwibahasaan komuniti bahasa,
dan kajian-kajian yang sekategori.
22
1.2 Definisi / konsep Sosiolinguistik
22
Ramai ahli pengkaji bahasa telah memberikan pandangan dan pendapat tentang
Sosiolingustik . Antaranya ialah Fishman (1968, 5-13) juga menyatakan bahawa sosiolinguistik
merupakan kajian terhadap` pattern co-variation of language and society’ , iaitu kajian yang
mementingkan kewujudan kelainan bahasa seperti dialek (geografi dan sosial), laras, gaya
bahasa dan sebagainya dalam sesebuah komuniti bahasa. Dalam hal ini, Fishman (1968) juga
menyatakan bahawa hanya sosiolinguistik yang merupakan satu-satunya disiplin ilmu yang
mementingkan kajian terhadap bahasa dan hubungannya dengan pengguna bahasa.
Sosiolinguistik adalah cabang ilmu linguistik bersifat interdisipliner dengan ilmu sosiologi
dengan objek penelitian hubungan antara bahasa dengan faktor-faktor sosial dalam suatu
masyarakat tutur atau secara lebih operasional lagi seperti yang dikatakan Fishman (1972, 1976),
„... study of who speak what language to whom and when… (1998: 5).
Sosiolinguistik juga adalah suatu cabang linguistik yang mengkaji aspek linguistik,
struktur dan penggunaan bahasa yang berhubungan institusi atau fungsi sosial, kebudayaan dan
penggunaannya dalam sesebuah masyarakat tertentu. Skop sosiolinguistik ini meliputi soal
seperti perhubungan antara demografi dan pemeliharaan bahasa, penemuan bahasa dan
kedwibahasaan, perkembangan bahasa pidjin dan kreol serta dialek sosial, penukaran kod dan
perancangan bahasa termasuk standardisasi bahasa dan sebagainya (Wong Khek Seng, 1987:2).
Nabahan (1993,2) pula menyatakan bahawa sosiolinguistik mempelajari dan
membahas aspek-aspek kemasyarakatan bahasa, khususnya perbezaan-perbezaan (variasi)
yang terdapat dalam bahasa yang berkaitan dengan faktor-faktor kemasyarakatan (sosial).
Menurut Nababan lagi (1993,3) secara lebih khusus pernyataan di atas dapat digarap
menggunakan tiga kajian, iaitu kajian bahasa dalam konteks sosial dan kebudayaan; kajian yang
menghubungkan faktor kebahasaan, ciri-ciri dan ragam bahasa dengan situasi, faktor sosial dan
budaya; dan kajian terhadap fungsi sosial dan penggunaan bahasa dalam masyarakat.
Kesimpulannya , sosiolinguistik adalah bidang merupakan satu bidang yang
membabitkan kajian bahasa dan masyarakat yang sangat luas cakupannya. Ahli sosiolinguistik
banyak memperkatakan mengenai cakupan bidang sosiolinguistik ini. Disiplin ini banyak
menawarkan pelbagai isu menarik yang berhubungan antara bahasa dengan masyarakat.
22
2.0 DIALEK SOSIAL
2.1 Definisi / Konsep Dialek Sosial
Dialek sosial juga disebut sebagai “register” atau laras bahasa, iaitu variasi bahasa yang
berkaitan dengan penggunaan bahasa berkenaan. Laras bahasa merupakan variasi-variasi yang
dipilih untuk digunakan dalam sesuatu situasi tertentu dalam kehidupan sehari-hari. Ure dan Ellis
(1977) menganggap laras bahasa sebagai jenis-jenis bahasa yang digunakan mengikut situasi-
situasi yang berlainan. Laras bahasa merupakan satu konvensi sosial. Sesuatu bahasa tertentu
digunakan untuk keadaan atau situasi tertentu.
Ferguson (1968) sewaktu membincangkan mengenai ciri-ciri bahasa yang telah maju,
mengatakan bahawa salah satu ukuran bagi menentukan taraf kemajuan ialah menerusi jumlah
laras yang wujud dalam bahasa berkenaan.
Dalam beberapa buku sosiolinguistik, laras bahasa terbahagi kepada lima jenis laras
bahasa. Hal tersebut terdiri daripada laras bahasa cerpen, laras bahasa agama, laras bahasa puisi,
laras bahasa ekonomi dan laras bahasa iklan. Dalam buku Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu
2, laras bahasa terbahagi kepada tujuh, setelah menerima penambahan beberapa laras bahasa
yang lain, iaitu laras bahasa sains, laras bahasa undang-undang dan laras bahasa matematik.
Menurut Profesor Emeritus Abdullah Hassan(1992), beliau merumuskan dialek sosial
berubah bukan sahaja menurut daerah geografi tetapi juga melalui perbezaan golongan sosial.
Perbezaan golongan sosial ini juga dikatakan sebagai perbezaan standard taraf hidup antara
manusia seperti golongan raja, pemerintah dan golongan bawahan. Dalam hal yang lain juga,
dialek sosial juga dipengaruhi perbezaan pendidikan.
Pendidikan juga sangat memainkan peranan yang penting bagi menentukan taraf
kehidupan sosial seseorang dalam kalangan masyarakat setempat. Selain itu, perbezaan
pekerjaan dan profesion turut diserap dan dikenali sebagai sebahagian daripada dialek sosial. Hal
ini demikian kerana setiap profesion dan bidang kerjaya mempunyai perbezaan struktur dan taraf
sosial yang tersendiri. Alibinya, profesion guru mempunyai taraf sosial yang tersendiri
berbanding kerjaya-kerjaya yang lain.
22
2.2 Faktor Kewujudan Dialek Sosial
Terdapat beberapa faktor yang menentukan pemilihan dan penggunaan sesuatu dialek
sosial dalam sesebuah masyarakat. Antaranya ialah faktor taraf pendidikan yang berbeza. Orang
yang mempunyai pendidikan yang tinggi menggunakan laras bahasa yang berbeza daripada
orang-orang yang tidak berpendidikan atau hanya mempunyai taraf pendidikan yang rendah.
Pertuturan dan perbendaharaan kata antara kedua-dua golongan ini juga mempunyai perbezaan.
Selain itu, faktor kedudukan sosial turut mempengaruhi berlakunya dialek sosial dalam
kalangan masyarakat. Dalam bahasa Melayu, kawasan tempat tinggal tidaklah menjadi faktor
pembeza yang besar dalam membahagikan penutur-penutur kepada kelas-kelas sosial yang
tertentu. Pada amnya, bahasa Melayu terbahagi kepada dua kelas sosial, iaitu bahasa istana atau
bahasa dalam dan bahasa luar istana. Perbezaan yang nyata antara kedua-dua laras bahasa ini
hanyalah dari segi perbendaharaan kata sementara aspek morfologi, sintaksis dan fonologinya
tidak banyak perbezaan.
Faktor latar belakang keluarga dan tempat tinggal juga menyebabkan terjadinya dialek
sosial dalam masyarakat. Cara pertuturan seseorang yang datang dari keluarga yang
berkedudukan tinggi adalah berbeza daripada cara pertuturan orang yang datang dari keluarga
yang kurang mampu. Begitu juga halnya dengan orang yang datang dari kawasan tempat tinggal
berlainan. Misalnya, laras bahasa yang digunakan oleh seseorang yang latar tempat tinggalnya
di bandar dengan laras bahasa yang digunakan oleh penutur yang tinggal di desa. Perbezaan itu
amat ketara dari segi perbendaharaan kata.
Gangguan dalam berbahasa juga merupakan faktor terjadinya dialek sosial. Gangguan
berbahasa yang dimaksudkan ialah gangguan bahasa ibunda dan dialek daerah. Laras bahasa
Melayu yang dituturkan oleh orang Cina berbeza dengan laras bahasa yang dituturkan oleh orang
India. Melalui laras bahasa yang digunakan oleh seseorang itu, kita dapat meneka dan mengagak
bahasa ibunda yang dikuasai olehnya. Begitu juga halnya dengan laras bahasa standard yang
diucapkan oleh orang Perak adalah berbeza dengan laras bahasa standard yang diucapkan oleh
orang Johor. Dengan ini, kita dapat mengetahui dialek daerah yang dikuasai oleh seseorang itu.
22
Sementelahan, fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa turut menjadi faktor kepada dialek
sosial. Terdapat beberapa aspek dalam fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa. Perlakuan-
perlakuan bahasa diperlukan kerana bahasa ialah sebahagian dariapda perlakuan sosial, misalnya
bahasa untuk menghasilkan sesuatu maksud atau perasaan, memberi arahan, meminta dan
sebagainya. Dalam tiap-tiap situasi sosial, terdapat penggunaan bahasa yang berlainan,
dihasilkan oleh interaksi seperti perbualan, orang-orang yang terlibat dalam perbualan serta
peranan terhadap situasi-situasi dalam masyarakat.
Akhir sekali, dialek sosial juga dipengaruhi faktor aspek-aspek linguistik bahasa tersebut.
Ciri-ciri linguistik dapat dilihat daripada beberapa dimensi. Pada satu pihak ciri-ciri linguistik
berkait rapat dengan faktor-faktor sosial. Pada pihak yang lain pula ialah sifat-sifat bahasa itu
sendiri membawa perubahan yang antara lain mencakupi aspek-aspek kehadiran atau
ketidakhadiran sesuatu ciri, keseringan kehadiran dan susunan-susunan struktur tertentu. Pada
amnya, terdapat dua perkara yang membezakan laras-laras yang berkait dengan linguistik, iaitu
tatabahasa dan perbendaharaan kata. Walau bagaimanapun, perbezaan antara laras bahasa itu
tidaklah terlalu jauh hingga boleh menimbulkan katidakfahaman antara penuturnya. Unsur
faham-memahami masih kuat dan kukuh kecuali dari segi pengunaan istilah-istilah dan
perkataan-perkataan tertentu yang mempunyai pengertian yang khusus.
22
3.0 CABARAN BAHASA MELAYU DARI PERSPEKTIF PENGGUNAAN BAHASA
MELAYU MASA KINI. FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN
BERLAKUNYA CABARAN TERSEBUT.
3.1 Pengaruh Media Elektronik.
Pengaruh media elektronik dapat kita lihat menerusi kaca televisyen dan radio, pengacara
majlis atau program di televisyen dan radio dalam pengendalian sesuatu program, sudah menjadi
kewajipan untuk mencampuradukkan bahasa mereka. Dalam mengendalikan sesuatu program
atau rancangan, pengacara mencampuradukkan penyampaian bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
walaupun programnya lebih kepada berbahasa Melayu dan penontonnya majoritinya berbangsa
Melayu. Memang tidak dapat dinafikan, rakyat di negara ini kebanyakannya mahir dalam dua
bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Terdapat pelbagai bentuk dan cara dalam
pertuturan mereka.
Menurut Nik Safiah Karim (2004), ada kalanya dua bahasa ini berselang-seli, iaitu satu
ayat dalam satu bahasa diikuti oleh ayat dalam bahasa kedua. Sebagai contoh ialah “ Saya
mengambil keputusan untuk pergi, then I thought I should consult my father.” Begitulah dengan
penggunaan perkataan yang lain iaitu “Dalam hal ini you paling best.” “How are you today?
Harap OKlah.” Keadaan ini sudah menjadi kebiasaan mana-mana rancangan atau program
televisyen kini. Inilah yang menjatuhkan lagi martabat bahasa Melayu di negara ini. Bahasa yang
indah dirosakkan dek percampuran bahasa yang tidak sepatutnya berlaku.
3.2 Kerancuan bahasa Melayu oleh golongan remaja.
Selain itu, melihat dari perspektif golongan remaja pula, penggunaan bahasa Melayu
mereka cukup membahayakan dan boleh merosakkan nilai bahasa Melayu. Hal ini disebabkan
kecanggihan teknologi masa kini iaitu penggunaan telefon bimbit. Untuk menghantar mesej
kepada rakan-rakan, mereka menggunakan bahasa rojak dan berlakulah kerancuan bahasa.
Menurut Prof Dr. Hashim Hj. Musa (2009), kerancuan bahasa ialah penggunaan bahasa yang
tidak mengikut peraturannya sama ada dari segi sintaksis, morfologi, fonologi, kosa kata, istilah
dan sebagainya, yang mengakibatkan kekacauan dan ketidaktekalan dari segi pembentukan ayat,
klausa, frasa, ejaan, sebutan, kosa kata dan istilah.
22
Di sini , terdapat beberapa perkataan yang sering disalahgunakan semasa menghantar
mesej. Misalnya, perkataan-perkataan seperti kang (nanti), a’kum (assalamualaikum), w’lam
(wa’alaikumsalam), dowang (mereka), tipon (telefon) dan persal (mengapa). Pengubahsuaian
juga telah dibuat kepada kata ganti nama seperti sayer (saya), aq (aku), dier (dia) dan nko
(engkau). Begitu juga dengan kata tanya telah diubah suai seperti biler (bila), camner
(bagaimana) dan maner (mana). Kerancuan bahasa Melayu ini merupakan satu cabaran yang
boleh merosakkan keteraturan, kehalusan dan keintelektualan bahasa Melayu, kerana menjejas
sistem dan peraturannya yang menyebabkan kecelaruan dalam penggunaan bahasa Melayu. Hal
ini akan merosakkan martabat dan kewibawaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,
bahasa pendidikan dan bahasa ilmu tinggi, yang akhirnya akan menurunkan maruah serta
martabatnya dan disisihkan sedikit demi sedikit oleh pengguna bahasanya.
3.3 Sikap Masyarakat Memandang Rendah Dengan Kebolehan Bahasa Melayu
Persepsi masyarakat yang melihat bahasa Melayu sebagai bahasa yang tidak maju dan
tidak berdaya saing ini memberi cabaran hebat dalam memartabatkan penggunaan bahasa
Melayu di negara ini. Mereka sentiasa memandang enteng kepentingan bahasa ini dan lebih
cenderung untuk menghormati penggunaan bahasa asing seperti bahasa Inggeris sebagai penanda
aras kehebatan sesebuah negara. Malah mereka malu sekiranya tidak fasih dalam berbahasa
Inggeris tetapi tidak pula malu apabila bahasa mereka sendiri iaitu bahasa Melayu semakin
rendah martabatnya. Memang tidak dinafikan bahasa Inggeris yang merupakan bahasa
antarabangsa penting dan banyak kebaikannya terutama dalam hal komunikasi dan perhubungan
luar serta pendidikan tinggi. Akan tetapi jika kita melihatnya dalam konteks dalam negara,
bahasa Melayu ternyata mempunyai kepentingan yang lebih tinggi memandangkan ia adalah
bahasa rasmi negara dan penggunaannya sentiasa diutamakan. Mana-mana pihak yang fasih
berbahasa asing tetapi tidak arif berbahasa Melayu sepatutnya lebih berasa malu dengan keadaan
diri mereka kerana bahasa Melayu merupakan identiti penting bagi seorang warganegara
Malaysia sebagaimana yang sering kita katakan sebagai bahasa jiwa bangsa tetapi kini ramai
dalam kalangan penutur bahasa Melayu sendiri tidak mahu bertutur di dalam bahasa Melayu dan
lebih bangga pula apabila bertutur di dalam bahasa Inggeris, walaupun bahasa Inggeris yang
dituturkan itu tidak sebaik yang diharapkan.
22
Situasi menggunakan bahasa Inggeris ketika berkomunikasi ini sudah sebati di dalam
kalangan penutur bahasa Melayu itu sendiri. Tidak hairan jika di dalam sesuatu majlis jika
terdapat walau hanya seorang warga asing kita sanggup menukar ucapan kita daripada bahasa
Melayu kepada bahasa Inggeris, walhal lingkungan tetamu majlis tersebut majoritinya
memahami bahasa Melayu. Persoalannya, di manakah ketegasan kita dalam berbahasa? Tiadanya
sifat kasih, ambil kisah dan prihatin dengan bahasa Melayu adalah sikap yang harus dikikis
dalam jiwa dalam setiap masyarakat. Menurut Ibnu Khaldun (1332-1406), sarjana sosiologi dan
falsafah Islam pernah menyatakan bahawa bangsa yang pernah ditakluki oleh sebuah kuasa lain
lazimnya terus menjadi kagum terhadap penakluknya. Oleh sebab itu, mereka gemar meniru
pakaian, simbol, kepercayaan, budaya dan amalan bangsa yang menakluki mereka. Mereka
menyangka bangsa yang mengalahkan mereka ialah bangsa yang agung. Akibatnya mereka tidak
percaya bahawa mereka mungkin dikalahkan oleh faktor-faktor yang biasa sahaja. Oleh sebab
itu, kita tidak berasa hairan apabila ada dalam kalangan kita yang terus mengagumi kuasa
Inggeris. Mereka terus terkesima dan bangga dengan bahasa Inggeris. Mereka tidak dapat
melihat kejayaan bahasa Melayu iaitu bahasa mereka sendiri dalam mendidik rakyat kerana
minda mereka sudah terjajah oleh Inggeris. Bagi mereka, bahasa Inggeris dapat digunakan untuk
menjayakan segala-galanya. Minda sudah lama terjajah. Itulah yang membelenggu masyarakat
kita hari ini.
3.4 Pengaruh Bahasa Slanga
Menurut Ismail Jusoh (2000:48),mengatakan bahawa bahasa slanga dilahirkan oleh
sesuatu kumpulan. Kumpulan ini mencipta istilah dan kata-kata yang bermakna dan hanya
difahami oleh kumpulan itu sahaja. Mereka menggunakan istilah-istilah tersebut dalam
berkomunikasi.Apabila wujudnya bahasa slanga secara tidak langsung terbinalah pelbagai
golongan mengikut identiti mereka. Dalam menangani masalah memartabatkan bahasa Melayu,
golongan pelajar sepatutnya menunjukkan contoh yang baik dalam berbahasa. Tetapi sejak akhir-
akhir ini, banyak rungutan mengatakan bahawa golongan pelajar universiti lebih suka
menggunakan bahasa slanga dalam pertuturan mereka tidak kira secara formal mahupun tidak
formal. Bahasa Slanga adalah satu kelainan bahasa yang dicirikan oleh perbendaharaan kata
yang baru digubal dan cepat berubah.
22
Bahasa ini sering kali digunakan oleh golongan muda seperti kumpulan rock dan kawan
melepak, atau pelajar universiti atau golongan profesional untuk menghindarkan daripada
diketahui oleh anggota komuniti bahasa yang lain. Bahasa Slanga ini cepat merebak dan cepat
pula hilang mengikut peredaran zaman. Antara contoh bahasa Slanga yang menjadi ikutan
pelajar universiti ialah seperti cun, buat dek, bengang, geng, melepak, buat pot dan lain-lain lagi.
Para pensyarah sering merungut tahap penguasaan bahasa Melayu pelajar universiti semakin
merosot dan hal ini tidak sepatutnya berlaku. Jika keadaan ini tidak dibendung nescaya proses
untuk memartabatkan bahasa Melayu tidak akan tercapai kerana golongan pelajar universiti
inilah yang akan menjadi tunggak kepada pembangunan negara.
3.5 Pengaruh dari Bidang Sosial
Sikap penutur atau masyarakat amat penting dalam penggunaan bahasa ibunda .
Sekiranya sikap penutur tiada kesungguhan atau perasaan malu menebal dalam diri penutur
kerana menggunakan bahasa ibunda, sudah pasti bahasa ibunda akan terkubur. Pada masa kini
memperlihatkan kelemahan terhadap sikap penutur yang tidak mengambil berat terhadap bahasa
kebangsaan mereka. Menurut Nik Safiah Karim dalam buku Sumbangsih, Kumpulan Esei
Mengenang Jasa Asraf, memperkatakan bahawa cabaran bahasa Melayu yang sebenarnya
terletak pada sikap yang dipegang oleh penuturnya.Selain itu, faktor-faktor itu disertai juga oleh
penggunaan bahasa Inggeris yang berleluasa dalam sektor swasta yang tidak pernah tergugat atau
digugat.Di samping itu, wujud golongan Inggerisofili yang muncul dengan nostalgia mereka
yang amat tebal terhadap bahasa inggeri menggugat bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan
Malaysia dan sebagai bahasa penghantar pendidikan.Faktor lain yang tidak kurang pentingnya
ialah kini dalam kalangan golongan elit Malaysia timbul satu perasaan kecurigaan tentang
kemampuan bahasa melayu untuk menjadi bahasa penghantar ilmu sains dan teknologi.(Hashim
Musa: 1996)
22
4.0 PENUTUP
4.1 Saranan yang terbaik untuk mengekalkan identiti bahasa Melayu.
Sebagai institusi pemegang amanah membina dan mengembangkan bahasa Melayu ,DBP
haruslah berikhtiar meningkatkan penyelidikan dan penggunaan bahasa Melayu di luar Negara.
Penubuhan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) dapat dilihat sebagai satu inisiatif ke
arah pengisian amanah ini. Majlis ini merupakan sebuah majlis yang menyelaraskan aktiviti
kebahasaan dan persuratan yang meliputi aspek pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu,
penelitian dan gerakan bersama antarabangsa dalam program pengajian atau penyelidikan
peradaban Melayu/ Asia Tenggara.
Di peringkat antarabangsa, di kalangan kurang lebih 30 buah negara di dunia iaitu di
Benua Eropah, Amerika, Ocenia, Asia dan Afrika, bahasa Melayu dipelajari baik di peringkat
pengajian ilmiah. Usaha menggerakkan penyelarasan , penyelidikan, penerbitan, kegiatan dan
pengajaran yang berkaitan dengan bahasa dan persuratan Melayu sedunia sudah menunjukkan
hasil yang positif. DBP menjadikan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa utama di
Pertubuhan Bangsa Bersatu pada tahun 2020 bukanlah satu yang mustahil . Kita memerlukan
keazaman yang tinggi daripada pemimpin pentadbiran negara.
Tugas guru yang sedia ada dalam memberikan pengajaran dan bimbingan pengetahuan
tentang bahasa Melayu serta tugas pentadbiran lain,kini menggalas satu lagi peranan baharu bagi
menanamkan keyakinan terhadap bahasa ini.Justeru, guru perlu kratif dan inovatif dalam
mencari dan mengubahsuai pendekatan agar selari dengan keperluan pelajar, dalam ,masa yang
sama guru juga bijak dalam memupuk sikap cintakan bahasa kebangsaan kepada pelajar yang
telah dimomokkan dengan kepentingan bahasa Inggeris agar tidak menimbulkan konflik
lain.Selari dengan keyakinan terhadap bahasa Inggeris yang tinggi, hal ini telah membawa
kepada perubahan sikap yang ketara dalam kalangan pelajar terhadap bahasa Melayu. Guru
menggalas beban dalam menjadikan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu lebih lancar
dan tersusun agar diminati oleh para pelajar. Dengan itu,bahasa yang disampaikan perlu
disesuaikan dengan aliran dan keperluan semasa.Pendekatan pengajaran dan pembejaran bahasa
melayu kursusnya pengajaran kemahiran menulis memerlukan contoh-contoh sesuai yang terbaik
dan menggunakan bahasa Melayu yang standard.
22
Keadaan ini memerlukan guru menyediakan satu pendekatan yang menyeluruh
merangkumi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.Dalam konteks ini
guru perlu mendalami ilmu bahasa dan ilmu pendidikan agar selari dengan perkembangan
semasa.Dengan pengetahuan bahasa dan ilmu pendidikan yang mendalam,para guru bahasa
Melayu akan dapat mendepani segala cabaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu di bilik darjah serta menjadi pakar rujuk kepada rakan sekerja atau golongan yang
memerlukan bantuan.Justeru,dalam mendepani isu dan cabaran ini pihak berwajib dan guru
bahasa Melayu harus bekerja keras dan membuat anjakan dinamik untuk mengatasi cabaran yang
getir ini bagi melestarikan dan memartabatkan bahasa Melayu ke peringkat yang lebih tinggi.
Berdasarkan pelbagai Akta dan Dasar Pendidikan Kebangsaan,jelaslah bahawa dalam
memartabatkan bahasa Melayu telah diletakkan ditahap yang tinggi sesuai dengan kedudukannya
sebagai bahasa rasmi.Tetapi martabat bahasa Melayu kelihatan terhakis dengan wujudnya Akta
Pendidikan 1996.Peruntukan dalam Akta berkenaan jelas menunjukkan bahawa bahasa Melayu
telah dikesampingkan. Dalam hal ini, Abdullah Ayob(1998)Pro.Canselor Universiti Teknologi
Malaysia(UTM)menyatakan bahawa para siswa tempatan perlu mempertahankan martabat
bahasa kebangsaan kerana kedudukan bahasa kebangsaan sekarang ini berhadapan dengan
beberapara banyak tekanan berikutan banyak institusi pengajian tinggi swasta yang tidak
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar.
Abdullah menyatakan langkah ini perlu bagi memastikan bahasa Melayu kekal sebagai
bahasa kebangsaan untuk selama-lamanya.Oleh itu, tidak perlu wujud kurang keyakinan dalam
menggembleng dan menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar di IPTS sperti yang
dilakukan sebelum ini.IPTS yang baru muncul tidak wajar diberikan kelonggaran semata-mata
untuk memberikan peluang dan kesempatan kepada bahasa asing mengambil tempat.Bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan selama ini telah banyak membawa kemajuan
kepada pembanggunan negara dan dapat menerapkan perpaduan dikalangan rakyatnya. Oleh itu,
wajarlah keyakinan dan kepercayaan kepada kemampuan bahasa Melayu diteruskan dalam
sistem pendidikan negara. Di samping itu, sikap penutur atau masyarakat amat penting dalam
penggunaan bahasa ibunda . sekiranya sikap penutur tiada kesungguhan atau perasaan malu
menebail dalam diri penutur kerana menggunakan bahasa ibunda, sudah pasti bahasa ibunda
akan terkubur.
22
Pada masa kini memperlihatkan kelemahan terhadap sikap penutur yang tidak mengambil
berat terhadap bahasa kebangsaan mereka. Menurut Nik Safiah Karim dalam buku Sumbangsih,
Kumpulan Esei Mengenang Jasa Asraf, memperkatakan bahawa cabaran bahasa Melayu yang
sebenarnya terletak pada sikap yang sesuai dengan cabaran dalam pendidikan yang semakin
maju, maka keperluan dalam penggunaan teknologi maklumat semakin tinggi. Oleh itu,
penggunaan bahasa Melayu perlu seiring dengan perkembangan teknologi maklumat. Hal ini
disebabkan, pelbagai jenis teknologi maklumat yang sedia ada harus terdapat dalam bahasa
Melayu ini, benar-benar sesuai dengan hasrat untuk menyejagatkan bahasa Melayu dan
teknologi maklumat itu sendiri merupakan saluran yang cukup penting, canggih, cekap dan
pantas untuk tujuan tersebut. Oleh itu, bahasa Melayu bukannya perlu bersaing dengan teknologi
maklumat, sebaliknya patut bersepadu dengannya.
Dengan cara ini, bahasa Melayu mampu mengaplikasikan sumber ilmu itu untuk menjana
maklumat pelbagai bidang dalam dunia serba teknikal ini.Untuk menghadapi cabaran baru dalam
era teknologi maklumat dan seterusnya, bahasa Melayu perlu dikembangkan menjadi bahasa
sumber ilmu,bahasa sumber pemodenan,bahasa sumber maklumat,bahasa sumber pengetahuan,
bahasa sumber sains dan teknologi,lebih-lebih lagi bahasa sumber kewangan.Untuk berbuat
demikian,lebih banyak bahan bacaan dan rujukan dalam teknologi maklumat perlu
dihasilkan.Impian itu hanya boleh tercapai dengan adanya lebih banyak pengarang, penyelidik ,
guru , penerbit dan institusi penyelidikan.Selain itu, sebahagian bahan itu mestilah berbentuk
digital untuk memenuhi kehendak generasi muda yang membesar di hadapan komputer internet,
pangkalan data dan portal.Tanggungjawab memperkembang, mempertahankan dan memodenkan
bahasa kebangsaan yang berat ini tidak dapat dipikul oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka,Kementerian Pendidikan atau Universiti Kebangsaan Malaysia sahaja.Dengan kata
lain,semua pencinta dan penjuang bahasa kebangsaan mesti melibatkan diri secara aktif.
Cabaran Bahasa Melayu dari segi persaingan dengan bahasa Inggeris merupakan satu
cabaran yang amat besar. Oleh yang demikian, sikap rakyat Malaysia mestilah yakin dengan
keupayaan dan kemampuan bahasa kebangsaan . Kita seharusnya berasa bangga dengan bahasa
Melayu kerana kekal sehingga sekarang dan bangga terhadap bahasa kebangsaan sebagai bahasa
rasmi. Kemudian sesuaikan dengan keadaan apabila hendak menggunakan bahasa Inggeris.
Langkah ini akan menjejaskan bahasa Melayu tergugat oleh bahasa Inggeris.
22
Antara langkah lain yang boleh diambil untuk memartabatkan bahasa Melayu dan
memperluaskan penggunaannya ialah dengan memperkenalkannya pada peringkat antarabangsa.
Ia selaras dengan usaha dilakukan negara Eropah dan Asia dengan menggunakan bahasa rasmi
tuan rumah pada persidangan yang dianjurkan tanpa menjejaskan kelancaran majlis berkenaan.
Sidang dianjurkan itu tetap berjalan seperti biasa tanpa sebarang masalah kerana wakil negara
asing boleh menggunakan alat bantuan penterjemahan bagi mendengar mesej disampaikan
negara tuan rumah. Malah terdapat juga ucapan dasar pemimpin negara tertentu pada
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) yang disampaikan menggunakan
bahasa kebangsaan mereka, dan ia berlangsung dengan lancar tanpa mendapatkan bantahan atau
menjejaskan perjalanan forum antarabangsa itu. Menyedari hakikat itu, cadangan yang
dikemukakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa acara peringkat
antarabangsa dianjurkan di Malaysia mungkin dikendalikan menggunakan bahasa Melayu
sepenuhnya bukan sesuatu yang janggal, malah ia selari dengan amalan negara lain sama ada di
rantau ini mahupun rantau lain. Malah Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono,
menyampaikan ucapan dasar pada Sidang Kemuncak ASEAN di Jakarta baru-baru ini dalam
bahasa Indonesia tanpa sebarang masalah walaupun dihadiri pemimpin pelbagai negara.
Bahasa Indonesia dan bahasa Melayu yang digunakan di negara ini adalah antara bahasa
yang difahami oleh sebahagian besar penduduk di Asia Tenggara atau ASEAN termasuk
Malaysia , Singapura, Indonesia, Brunei dan beberapa negara serantau ini.Seperti negara
lain,pelaksanaannya dijangka tidak mendatangkan masalah besar dengan syarat kemudahan dan
keperluan logistik disediakan. Ini termasuk menyediakan penterjemah yang berkemahiran tinggi
dalam bahasa asing yang sering digunakan pada peringkat antarabangsa meliputi bahasa
Inggeris, Perancis,Arab,China, India dan Sepanyol.Walaupun Malaysia adalah sebuah negara
majmuk bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan yang dipelajari sejak dari sekolah rendah lagi
dan sudah semestinya ia mampu menjadi bahasa pengantara rasmi pada majlis kerajaan dan
swasta.Kita berharap cadangan yang dikemukan Muhyiddin Yassin akan mula dilaksanakan olek
Kementerian dan jabatan kerajaan serta agensi di bawahnya dengan segera agar menjadi contoh
kepada sektor swasta ketika menganjurkan seminar,persidangan dan mesyuarat sama ada
peringkat tempatan mahupun antarabangsa.Selaras dengan itu, adalah wajar menteri dan pegawai
tinggi kerajaan mengutamakan penggunaan bahasa kebangsaan pada siding media dan majlis
rasmi yang dihadiri mereka bagi menyokong usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan kita.
22
Cabaran Bahasa Melayu apabila berdepan dengan teknologi maklumat ™, internet, ruang
siber dan globalisasi dan liberalisasi ialah pendulum di seluruh dunia telah berayun-ayun ke arah
mempelajari dan memperkembangkan bahasa Inggeris, bahasa dunia. Jawapannya ialah terletak
pada kemampuan, kebolehan, kepintaran dan kekretivitian kita menggunakan bahasa
Melayu.,yang sudah mempunyai kekuatan dan status bahasa ke empat besarnya di dunia.
Kekuatan dan status bahasa Melayu kini terletak pada sifat asasi yang membolehkannya
dikembangkan dari masa ke masa. Sifat-sifat ini bukan penganugerahan daripada kuasa
Tuhan,tetapi hasil kejuruteraan bahasa melalui pembentukan sosial, ekonomi ,politik dan lain-
lain daripada manusia yang menggunakannya. Keajaibannya juga terbukti pada peranannya
sebagai bahasa perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum selepas kita mencapai
kemerdekaan pada 1957. Bahkan bahasa Melayu pernah menjadi bahasa perdagangan dan
lingua franca antara orang rumpun Melayu dengan orang bukan rumpun Melayu. Kegemilangan
masa lampau itu boleh kekal selagi semua rakyat bertekad untuk memperkembangannya dalam
menghadapi arus globalisasi dan liberalisasi.
Di samping itu, terdapat juga beberapa perkara yang perlu diberi keutamaan dalam
memartabatkan dan memantapkan penggunaaan bahasa Melayu diperingkat yang lebih
tinggi .Antaranya:
1. Pertama Jemaah Menteri para pemimpin harus berkomunikasi dengan lebih
kerap dan teratur dalam bahasa kebangsaan termasuk semasa mengadakan mesyuarat-mesyuarat
rasmi di mana para anggota berkaitan amat biasa menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa
Melayu secara spontan.
2. Setiap Kementerian dan Agensi kerajaan digalakkan menggunakan bahasa
kebangsaan semeluas mungkin bagi mewujudkan suasana kekitaan dalam menjayakan gagasan 1
Malaysia.
3. Wajar mengadakan garis panduan atau peraturan tertentu bagi menyokong usaha
memartabatkan bahasa Melayu kursusnya oleh pihak swasta yang masih jauh ke belakang dalam
usaha-usaha penggunaan bahasa kebangsaan.Malah Jemaah Menteri menyarankan supaya para
pemimpin berani menggunakan bahasa kebangsaan dan tidak bahasa Inggeris dalam forum-
forum dan konvensyen.
22
4. Kabinet mengambil perhatian bahawa walaupun terdapat beberapa kerat sahaja
warga asing di sesuatu forum atau persidangan yang diadakan dalam negeri pengucap langsung
memilih berucap dalam bahasa Inggeris mengetepikan sahaja bahasa Melayu.
5. Diperhitungkan bagaimana bahasa kebangsaan kita boleh dihjadikan sebagai
saluran perpaduan dan komunikasi agar Gagasan 1 Malaysia lebih mudah dijayakan bersama
oleh semua kaum dalam masyarakat Malaysia.
6. Dua kementerian iaitu Kementerian Pelajaran dan Kementerian Penerangan
Komunikasi dan Kebudayaan diarah supaya mengusul semua isu yang dibangkitkan di
mesyuarat itu dan seterusnya bagaimana cita-cita membina Negara Bangsa ini dapat dijayakan
sepenuhnya.
4.2 Kesimpulan
Bahasa Melayu adalah bahasa ibunda kita. Kita seharusnya peka akan setiap halangan
dan cabaran yang telah menduga kehebatan dan keunikan bahasa ibunda kita ini. Sekiranya kita
tidak menjaga bahasa ibunda kita ini, tak mustahil suatu hari nanti bahasa ini hilang daripada
kita. Siapalah kita orang Melayu tanpa bahasa Melayu? Saban hari sedar mahupun tidak bahasa
kita ini mengalami kemerosotan yang ketara. Setiap hari bahasa Melayu digunakan secara salah,
dicampuradukkan dengan bahasa asing, malah bahasa Melayu sangat terancam dek kita yang
sangat meninggikan bahasa asing iaitu bahasa Inggeris. Lihatlah seperti negara maju seperti
jepun, mereka mampu menjadi negara maju yang pesat membangun walhal mereka tidak
sekalipun mengangkat bahasa lain selain daripada bahasa mereka sendiri. Mereka maju dengan
bahasa mereka dan mereka bangga dengan bahasa mereka. Itulah yang menunjukkan budaya dan
jati diri mereka. Mengapa kita harus malu dengan bahasa kita sendiri? Bahasa Melayu adalah
bahasa kita, bangsa kita, dan itulah jati diri kita. Kita harus berbangga dengan bahasa kita ini.
Tidak mustahil dengan bahasa ini kita boleh berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan
negara-negara maju di dunia suatu hari nanti.
22
BIBLIOGRAFI
Rujukan daripada buku:
Abdullah Yusuf. (2010). Linguistik dan Sosiolinguistik. Kuala Lumpur: Open University Malaysia.
Abdullah Hassan (1997).Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan esei-esei lain.ShahAlam: Fajar Bakti.
Asmah Omar. (1992). Aspek bahasa dan kajiannya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Asmah Hj omar. (1989). Perancangan Bahasa Dengan Rujukan Khusus Kepada Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur:DBP.
Ferguson, C. A. (1968). Diglossia dalam Word(Eds.). (15, pp. 325-340).
Fishman, J.A. 1968. Sosiologi Bahasa. (Trj. Alias Muhammad Yatim). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Fishman, J. A. (1965). Who Speaks What Language to Whom and When? Dalam LaLinguistique(Eds.). (2, pp. 67-88).
Ibn Khaldun (cetakan kedua:2009) Pemikiran Ibn Khaldun & Relevansinya dalam Tamadun Kontemporari disunting oleh Azizan Batrarudd, Zaid Ahmad, Nurdeng Deuraseh, Sri Rahayu Ismail, Haslinda Abdullah.
Kamus ZABA. (2001). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Mohd Amin Arshad. (2000). ‘Bahasa Slanga’: Pembentukan & Ciri-cirinya dalam Monograf Bahasa dan Budaya Melayu. Bil 3. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Nababan, P.W.J (1984). Sosiolinguistik Satu Pengenalan (ter). Jakarta: Penerbit P.TGramedia.
Nik Safiah Karim. (2004). Bahasa Melayu Sedekad Lalu: Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ure, J. & Ellis, J. (1977). Register in describe and linguistics sociology. Dalam Villegas, O.U (pnyt). Issues in sociolinguistics. Mounton: The Hague.
Rujuan daripada internet :
http://isubahasa-dialek.blogspot.com/2010_08_01_archive.html telah diakses pada 10 Jun 2014
Portal Pendidikan Utusan. (n.d.). Variasi bahasa. http://www.tutor.com.my/tutor/stpm/variasibahasa.htm telah diakses pada 11 Jun 2014
Rozali Rajab.(2011). Cabaran Bahasa Melayu Dalam Menghadapi Abad Ke-21. Telah diakses pada 15 Jun 2014 drpd http://cikgu-rozali.blogspot.com/2011/06/cabaran-
bahasa-melayu.html .
22