Tugasan Bm
description
Transcript of Tugasan Bm
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI ______________________________________________________________
1.0 PENGENALAN
Dalam usaha kita untuk memperkasakan sastera dan meluaskan khalayak
sastera kita tidak dapat lari dari hakikat bahawa kita perlu meneliti situasi semasa
yang begitu banyak berubah yang turut menyebabkan perubahan dalam nilai,
minat, sikap dan keperluan masyarakat terhadap sastera.
Sastera merupakan hasil seni yang disampaikan melalui bahasa.(Hashim
Awang,1985:2) Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan sastera mampu membentuk
tamadun sesuatu bangsa kerana ia bukan sahaja mempunyai hubungan rapat
dengan masyarakat namun hal ini juga terlibat dengan pergolakan yang berlaku
dalam masyarakat tersebut. Karya sastera membincangkan apa yang berlaku dan
apa yang terlihat pada sesuatu masyarakat sambil mengemukakan sikap dan
pandangan pengarangnya (Baharuddin Zainal,1975:1)
Pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu dapat memenuhi cita-cita
Falsafah Pendidikan bagi mewujudkan insan yang seimbang lagi harmonis dari
segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Pendidikan sastera diterapkan mulai
tingkatan satu hingga tingkatan lima dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia
melalui aktiviti kemahiran berbahasa, iaitu kemahiran mendengar, kemahiran
bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. (A.Ghafar Ibrahim; 2002:
25)
__________________________________________________________________HBML 1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
1
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI ______________________________________________________________
2.0 KEWAJARAN PENGGUNAAN BAHAN SASTERA Memang tidak dapat dinafikan lagi bahan sastera dapat menarik minat dan
memberi kesan yang positif terhadap pembelajaran murid. Berikut adalah alasan-
alasan yang mewajarkan penggunaan bahan sastera dalam pendidikan.
2.1 FAKTOR KURIKULUM BAHASA MELAYU
Bidang estetik dalam Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Menengah
menggalakkan penggunaan bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu
Ini selaras dengan objektif pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu
dalam Huraian Sukatan Pelajarannya iaitu membolehkan murid:
i. memahami isi dan menganalisis aspek sastera.
ii. mengapresiasi karya sastera melalui aktiviti sastera.
iii. menghayati dan menghargai nilai estetik bahasa.
iv. menghargai penulis dan karya yang telah dihasilkannya.
2.2 FAKTOR MENARIK MINAT
Penggunaan bahan sastera boleh menarik minat dan memberi kesan yang positif
terhadap pembelajaran murid. Menurut Lutfi Abas (1987:1), terdapat beberapa
kebaikan yang diperoleh melalui penggunaan bahan sastera dalam pendidikan
bahasa. Antaranya termasuklah seperti yang berikut:
__________________________________________________________________HBML 1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
2
I.
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI ______________________________________________________________
Memberikan keseronokan kepada pelajar semasa
pengajaran di dalam kelas. Ini adalah kerana karya sastera
itu adalah karya yang indah dan mempunyai huraian-huraian
tentang tentang perkara yang aneh dan ajaib yang telah
disusun dalam cerita begitu dan sekali gus menyeronokkan
pelajar kerana kelucuannya.
II. Karya sastera itu boleh digunakan untuk mengajar Bahasa
Melayu mengikut peringkat yang sesuai dengan umur, minat,
tahap pemikiran dan peringkat kesukaran pelajaran. Ini
terpulanglah kepada kebijaksanaan guru Bahasa Melayu
untuk membuat pemilihan, penilaian dan penyesuaian bahan
yang digunakan.
2.3 FAKTOR MEMUPUK MINAT MEMBACA
Menurut Subadrah Nair (1989:135) pula, penggunaan bahan-bahan sastera
dalam pengajaran bacaan dan kefahaman secara langsung dapat memupuk
semangat membaca di jiwa pelajar-pelajar. Oleh sebab pelajar-pelajar ingin
mengetahui kesudahan sesuatu kisah atau cerita yang dibaca di dalam kelas,
Mereka akan membaca novel, cerpen, drama atau prosa klasik itu dengan
penuh minat di perpustakaan atau di rumah. Dalam jangka panjang,
pembacaan yang luas akan menambahkan kemahiran mereka dalam aspek
bacaan dan kefahaman.
2.4 FAKTOR UNTUK MEMENUHI FALSAFAH PENDIDIKAN
__________________________________________________________________HBML 1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
3
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI ______________________________________________________________
A.Ghafar Ibrahim, 2002 pula menyatakan pengajaran dan pembelajaran
Kesusasteraan Melayu dapat memenuhi cita-cita Falsafah Pendidikan bagi
mewujudkan insan yang seimbang lagi harmonis dari segi intelek, emosi rohani
dan jasmani.
Pendidikan sastera diterapkan mulai tingkatan satu hingga tingkatan lima
dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia melalui aktiviti kemahiran berbahasa,
iaitu kemahiran mendengar ,kemahiran bertutur, kemahiran membaca, dan
kemahiran menulis.
“Kita mahu melahirkan peradaban manusia, pembangunan, dan tamadun, justeru
subjek kesusasteraan sendiri patut diajar kepada semua pelajar untuk semua
kursus di institusi pengajian tinggi” “Bukan mengecilkan jurusan sastera,
sebaliknya kita perlu melibatkan jurutera, pakar sains teknologi, arkitek, dan
sebagainya supaya mempelajari bidang sastera kerana sastera perkara paling
asas dalam pembangunan …” (Shamsuddin,2002:2)
2.5 FAKTOR MEMUPUK INSPIRASI
Napie Mat dan Noraini Abdullah (1988), terdapat beberapa kebaikan
penggunaan bahan sastera dalam pendidikan Bahasa Melayu, iaitu;
i) Bahan sastera dapat menjadi inspirasi dapat memupuk dan membina
prihatin manusia kerana bahan sastera menyatakan perasaan dan
membawa pembaca menghayati watak dalam sesebuah karya
sastera.
ii) Bahan sastera dapat melahirkan insan yang liberal kerana dengan
mempunyai potensi mendidik, bahan sastera dapat menolong
pembaca memahami kehidupan. Menurut ahli psikologi Bruno
__________________________________________________________________HBML 1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
4
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI ______________________________________________________________
Bettelhem, karya sastera dapat membantu pembinaan sahsiah
seseorang.
iii) Bahan sastera juga merangsang pembaca meningkatkan kebolehan
empetik dan kreatif.
iv) Bahan sastera boleh membina perkembangan bahasa. Terdapat
interaksi yang berterusan antara pembaca dengan bahasa tulisan
dan lisan.
v) Bahan sastera seperti seni yang lain, memaparkan kehidupan,
menenteramkan keadaan huru-hara, menerangkan yang gelap
dan mencadangkan alternatif untuk mengatasi masalah.
2.6 FAKTOR UNSUR TARIKAN
Menurut Abdul Rahman Shaari pula (1994) ada beberapa alasan yang
menyokong penggunaan bahan sastera dalam pendidikan bahasa sastera.
Pertama, sastera adalah bentuk karya yang menggunakan bahasa secara
terbaik. Laras bahasa sastera adalah salah satu daripada sejumlah laras
bahasa dan jika bahan yang dipilih itu berupa karya atau sebahagian karya
sastera yang bermutu, maka bahasanya terjamin.
Bahan sastera memiliki daya tarikan yang dapat menanamkan dan
mengekalkan minat membaca. Ini disebabkan oleh sifat karya sastera itu
sendiri yang selalu nya memiliki ciri-ciri menghibur. Karya sastera yang
bercorak cereka mengandungi plot yang memikat hati pembaca untuk terus
menatapnya.
Dalam keadaan di atas, bahan sastera adalah bahan pengajaran
bahasa yang berkesan. Bahasa yang baik dan menarik akan menyebabkan
__________________________________________________________________HBML 1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
5
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI ______________________________________________________________
timbulnya rasa bangga di hati penggunanya. Kebanggaan terhadap Bahasa
Melayu adalah salah satu objektif pendidikan Bahasa Melayu.
3.0 DEFINISI BAHAN SASTERA DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Mengikut Abd. Rahman Shaari (1994) bahan sastera yang dimaksudkan
dalam sukatan pelajaran ialah puisi (lama dan baharu), cerpen, novel, drama dan
hikayat (prosa lama).
Menurut Dr. Ali Mahmood (2007) teknik pengajaran dan pembelajaran pula ialah
lakonan, teater pembaca, teater bercerita, kerusi panas, simulasi, improvisasi dan
main peranan.
Teknik sangat penting untuk pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan
Bahasa Melayu yang berkesan. Aktiviti-aktiviti bagi setiap teknik tersebut akan
menghidupkan suasana pengajaran dalam bilik darjah. Terdapat pelbagai teknik
Penggunaan Bahan Sastera dalam Pengajaran. Antaranya, main peranan,
simulasi, bercerita, lakonan, teater pembaca, teater bercerita, kerusi panas dan
improvisasi.
Mengikut keperluan tugasan berikut dihuraikan TIGA teknik penggunaan
bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu.
__________________________________________________________________HBML 1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
6
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI ______________________________________________________________
3.1 TEKNIK IMPROVISASI
3.1.1 Definisi
Menurut Som Hj. Nor (1994) Improvisasi membawa maksud bertindak balas
secara spontan terhadap situasi yang tidak dijangka. Improvisasi boleh dijalankan
berdasarkan :
i) Situasi
ii) Benda/alat
iii) Watak
iv) Petunjuk
v) Bibliografi
3.1.2 Rancangan Aktiviti
Improvisasi Berdasarkan Situasi
Satu situasi diberikan kepada pelajar secara individu, pasangan atau kumpulan
pelajar diminta melakonkan situasi yang diberi secara spontan.
3.1.3 Kaitan kemahiran atau aspek bahasa dengan bahan sastera yang
dicadangkan oleh Kementerian Pelajaran
Contoh Teknik Improvisasi berdasarkan teks Komsas Antologi Anak Laut (teks
Prosa Klasik Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 “Peminangan Puteri Gunung
Ledang”
Set Induksi
1. Guru menayangkan sedutan VCD filem Puteri Gunung Ledang kepada pelajar
dan mengemukakan soalan berkaitan rakaman tersebut.
2. Guru mengaitkan jawapan pelajar dengan tajuk pelajaran.
__________________________________________________________________HBML 1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
7
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI ______________________________________________________________
Langkah-langkah Pengajaran
3. Secara rawak guru memilih beberapa orang pelajar untuk melakonkan watak
tersebut secara teknik Improvisasi . Mereka perlu melakonkan cerita tersebut
secara spontan.
Watak utama tersebut ialah Sultan Mahmud, Puteri Gunung Ledang, Tun
Mamat dan Perempuan Tua.
4. Pelajar berlakon.
6. Guru membahagikan pelajar kepada 5 kumpulan dengan kadar 5 orang bagi
satu kumpulan.Guru meminta pelajar berbincang tentang watak dan
perwatakan dalam “Peminangan Puteri Gunung Ledang”
5. Sesi pembentangan
6. Guru meminta pelajar mengenal pasti perkataan dalam bahasa istana yang
terdapat dalam teks dan mencari makna dalam e-kamus.
http://www.karyanet.com.my/knet/index.php?tpf=PELAJAR
7. Guru berbincang dengan pelajar tentang jawapan yang diberi
Penutup
8. Guru membuat andaian Puteri Gunung Ledang menerima peminangan
tersebut. Secara teknik improvisasi juga, guru meminta beberapa pelajar
melakonkan watak sebagai rakyat Melaka yang menerima reaksi tentang berita
peminangan tersebut (Penerapan Kemahiran Berfikir secara Kreatif)
3.1.4 Kaitan teknik dengan teori dan prinsip pembelajaran yang sesuai
Teknik improvisasi secara jelas menggunakan Teori Pembelajaran Kognitif.
Teori ini yang dipelopori antaranya Jean Piaget, David Ausebel, Robert Gagne,
Kurt Koffka dan sebagainya. Ahli psikologi kognitif berpendapat bahawa
pembelajaran adalah proses mental yang aktif untuk mendapatkan, menyimpan,
__________________________________________________________________HBML 1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
8
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI ______________________________________________________________
mengingat dan menggunakan ilmu. Mereka berpendapatan bahawa ilmu
pengetahuan yang diperoleh adalah hasil pembelajaran dan kuasa ilmu yang
mendorong seseorang untuk belajar.
Robert M. Gagne merupakan seseorang ahli psikologi eksperimental yang
berpengalaman dalam bidang penyelidikan pembelajaran serta telah terlibat dalam
latihan dan masalah pendidikan yang lain. Dalam Prinsip Pembelajarannya,
Gagne telah mengenal pasti lapan peringkat pembelajaran iaitu Pembelajaran
Isyarat, Gerak Balas, Rangkaian Motor, Pertalian Bahasa, Diskriminasi, Konsep,
Hukum dan Penyelesaian Masalah.
Salah satu peringkat pembelajaran ialah Pembelajaran Pertalian Bahasa.
Peringkat ini untuk menyatakan sesuatu prinsip, pelajar memerlukan kemahiran
berbahasa untuk mengaitkan fakta, data dan konsep. Pertalian Bahasa
merupakan satu rangkaian berbahasa. Ini memerlukan kemahiran berbahasa yang
telah dipelajari dahulu.
Semasa pelajar melakukan teknik improvisasi mereka perlu bertindak balas
secara spontan dan kemahiran berbahasa yang dipelajari sebelum ini amat
membantu mereka melaksanakan teknik ini dengan berkesan sekali gus
memperoleh hasil pembelajaran dan kuasa ilmu yang mendorong seseorang untuk
belajar. Ini bersesuaian dengan teknik dalam “Peminangan Puteri Gunung
Ledang” di atas.
3.2 TEKNIK MAIN PERANAN
3.2.1 Definisi
Main peranan merupakan satu situasi yang melibatkan pelajar memegang sesuatu
peranan, sama ada sebagai dirinya sendiri atau individu lain, dan kemudian
__________________________________________________________________HBML 1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
9
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI ______________________________________________________________
bertindak atau beraksi sebagaimana yang dikehendaki oleh situasi yang telah
ditentukan. Main peranan sebagai individu lain amat sesuai dalam penyesuaian
teknik penggunaan bahan sastera.
Main peranan sebagai individu lain memerlukan pelajar memainkan peranan
berdasarkan tokoh, pekerjaan , kedudukannya dalam masyarakat atau pertubuhan
tertentu. Oleh kerana peranan yang diberikan berbeza dari pengalamannya yang
sebenar, para pelajar hendaklah diberi peluang menyediakan atau mendapat
maklumat yang lengkap tentang peranan tersebut sama ada memalui pembacaan
atau membuat rujukan kepada sumber-sumber tertentu. Di samping itu, guru boleh
juga menyediakan maklumat tersebut mengikut keperluan.
3.2.2 Rancangan Aktiviti
Main peranan pekerjaan berdasarkan pekerjaan:
Anda seorang inspektor polis yang sedang menyoal seorang saksi tentang
kemalangan di jalan raya yang baru berlaku. Dalam kemalangan tersebut, seorang
penunggang basikal telah luka parah kerana dilanggar oleh sebuah lori. Pemandu
lori tersebut telah memandu dengan lajunya dan tidak berhenti di tempat kejadian
itu. Saksi sedang disoal siasat itu melihat kejadian itu. Cuba sediakan beberapa
soalan dan kemukakan soalan tersebut kepada saksi berkenaan.(Guru meminta
seorang pelajar berperanan sebagai saksi semasa kejadian itu berlaku)
__________________________________________________________________HBML 1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
10
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI ______________________________________________________________
3.2.3 Kaitan kemahiran atau aspek bahasa dengan bahan sastera yang
dicadangkan oleh Kementerian Pelajaran
Contoh teknik main peranan yang menggunakan bahan sastera dalam pengajaran
Bahasa Melayu adalah seperti berikut:
Main Peranan dilaksanakan berdasarkan seseorang cerpen “Pusaran” .(Teks
Antologi “Anak Laut” Tingkatan 4 KBSM.
Set Induksi
1. Guru menayangkan slaid gambar berkaitan Binatang Kesayangan
2. Guru bersoal jawab berkenaan gambar.
3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran.
Langkah-langkah pengajaran
1. Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan.
2. Dalam kumpulan pelajar diminta bersedia untuk melakonkan secara watak
Junid iaitu watak utama dalam cerpen “pusaran” berdasarkan cerpen yang
telah dibaca.
3. Guru mengedarkan kad arahan watak yang perlu dilakonkan.Pelajar
melakonkan watak Junid , Tuan Haji Subki dan Mohsin setelah bersedia
berdasarkan situasi sembelihan lembu kesayangan Junid “Pusaran” yang
ingin dijadikan korban .
4. Murid diminta membincangkan plot dan watak & perwatakan dalam cerpen
Pusaran
5. Guru meminta pelajar mempersembahkan hasil perbincangan kumpulan .
6. Menilai hasil tugasan kumpulan.
7. Guru menayangkan persembahan Power Point berkaitan plot dan watak &
perwatakan
__________________________________________________________________HBML 1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
11
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI ______________________________________________________________
8. Guru meminta pelajar menamakan bahagian dalam plot dan nama watak
berdasarkan pernyataan yang diberi.
9. Murid dibimbing untuk memberi jawapan.
10.Guru menayangkan slaid jawapan yang betul.
Penutup
Guru menerapkan nilai-nilai murni kepada pelajar
3.2.4 Kaitan teknik dengan teori dan prinsip pembelajaran yang sesuai
Teknik Main Peranan juga berkaitan dengan Teori Pembelajaran
Kognitif .Ahli-ahli psikologi kognitif berpendapat bahawa pembelajaran ialah
suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran di mana perkara initidak
dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku
manusia.Proses dalaman ini termasuk celik al, pemprosesan maklumat memori
dan persepsi. Lokus pembelajaran
menggunakan struktur dalaman kognitif. Tujuan adalah untuk perkembangan
kapisiti dan kemahiran untuk belajar lebih baik.
Teknik ini amat perkaitan dengan Prinsip Pembelajaran yang ada dalam
pembelajaran secara konstruktivisme. Pendekatan ini dilaksanakan dengan
memberi perhatian antaranya kepada perkara berikut
Memberi peluang pelajar berkongsi pesepsi antara mereka
Menggalakkan pelajar menghormati pandangan alternatif rakan mereka.
Melaksanakan pengajaran berpusatkan pelajar.
Guru tidak menyampaikanmaklumat secara terus kepada pelajar.
Menggalakkan pelajar bekerja dalam kumpulan
Jelaslah di sini bahawa teknik main peranan dalam cerpen “Pusaran” ini amat
bersesuaian dengan teori yang dinyatakan tersebut. Pelajar dapat membina
__________________________________________________________________HBML 1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
12
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI ______________________________________________________________
kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dan mewujudkan jaringan atau
hubungan (dalam minda) antara idea dan fakta yang sedang dipelajari.
3.3 TEKNIK BERCERITA
3.3.1 Definisi
Teknik bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan
untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang
dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Latihan pemahaman, perluasan
perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Ini dapat meningkatkan
penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis di kalangan
pelajar.
Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,
kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik
persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan
yang penting. Ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan
kebosanan. Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :
Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid.
Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
Latih bercerita seolah-olah guru berada di hadapan murid-murid sekurang-
kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.
Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain
Bahan Bantu Mengajar.
__________________________________________________________________HBML 1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
13
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI ______________________________________________________________
Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan
dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.
3.3.2 Rancangan Aktiviti
Dalam teknik bercerita terdapat beberapa aktiviti yang boleh dijalankan;
termasuklah:
a) Guru menceritakan keseluruhan cerita dan pelajar mencatat urutan cerita
b) Guru bercerita keseluruhan cerita dan pelajar menceritakan semula
c) Murid mendengar rakaman sebuah cerita ( audio) dan pelajar menceritakan
semula
d) Guru menceritakan bahagian awal cerita dan pelajar meramalkan
penyelesaiannya dan menceritakannya semula.
e) Guru mengadakan teater pembaca
f) Guru mengadakan teater bercerita
3.3.3 Kaitan kemahiran atau aspek bahasa dengan bahan sastera yang
dicadangkan oleh Kementerian Pelajaran
Teknik Bercerita berikut berdasarkan teks novel Bukit Kepong tingkatan 4 KBSM
Set Induksi
Guru meminta pelajar mencerita secara ringkas kerjaya seorang polis
Langkah-Langkah Pengajaran
1. Guru menceritakan permulaan plot “Bukit Kepong”
-Keadaan dan suasana di TM tidak aman – ancaman komunis
-Othman sertai pasukan polis walaupun dihalang
-Tamat latihan, berkahwin dengan Limah
__________________________________________________________________HBML 1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
14
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI ______________________________________________________________
-Dihantar berkhidmat di Pagoh
2. Guru membahagikan pelajar kepada 4 kumpulan. Dalam kumpulan pelajar
untuk berbincang tentang plot pekembangan,perumitan (konflik) puncak cerita
(klimaks) dan peleraian.
3. Guru meminta wakil kumpulan untuk menceritakan plot tadi dengan bantuan
rangka cerita daripada guru.
Perkembangan
• Kesan ancaman
komunis dirasai oleh
penduduk di Labis dan
Pagoh.
• Bukit Kepong
menjadi sasaran kerana
kedudukannya yang terpencil
dan tiada kawalan
keselamatan yang kukuh.
Konflik
•menyerang dan membakar
bas dari Muar ke Pagoh.
•menyerang penduduk
kampung, orang
perseorangan serta kawasan
estet setelah penduduk
kampung membunuh dua
orang rakan mereka.
Klimaks
•Polis Bukit Kepong.
•misi serangan yang rapi
sehingga menyukarkan
pasukan polis mengesan
untuk menyusun strategi.
Peleraian
•ditawan dan dibakar oleh
pengganas komunis.
•
•Hospital Muar..
•menerima berita kematian
Othman.
•terbela setelah berhenti
daripada perkhidmatan polis.
5. Pelajar mula bercerita dengan bimbingan guru.
6. Guru mengedarkan lembaran kerja dan meminta pelajar menjawab berdasarkan
plot yang diceritakan oleh guru dan murid tadi.
Penutup
7. Guru meminta pelajar menyenaraikan nilai-nilai murni yang ada dalam novel
Bukit Kepong
3.3.4 Kaitan teknik dengan teori dan prinsip pembelajaran yang sesuai
Teori Pembelajaran Sosial amat sesuai sekali dikaitkan dengan teknik
bercerita yang dijalankan di atas. Teori ini yang diasaskan oleh Albert Bandura. Ia
menyatakan bahawa faktor-faktor sosial, termasuk pemerhatian pelajar tentang
__________________________________________________________________HBML 1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
15
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI ______________________________________________________________
tingkah laku dan pencapaian ibu bapanya , akan mempengaruhi tingkah laku
pelajar tersebut.
Teori Pembelajaran Sosial menganggap manusia sebagai makhluk yang aktif ,
berupaya membuat pilihan dan menggunakan proses-proses perkembangan untuk
memperlihatkan peristiwa serta berkomunikasi dengan orang lain. Perilaku
manusia tidak ditentukan oleh kuasa dalaman dan sejarah perkembangan
seseorang atau bertindak pasif terhadap pengaruh persekitaran. Manusia saling
memerlukan , pengaruh-mempengaruhi antara satu sama lain.
Bandura telah memperkenalkan Teori Pembelajaran Peniruan. Kajiannya
bersama Walter (1963) ke atas kesan perlakuan kanak-kanak apabila mereka
menonton video. Kanak-kanak tersebut cenderung untuk melakukan aksi-aksi
yang dilakukan oleh orang yang mereka tonton dalam tayangan tadi.
Prinsip Pembelajaran Sosial ini juga berkaitan dengan teknik bercerita.
Semasa menjalankan aktiviti ini, pencerita sama ada guru atau pelajar cenderung
untuk meniru perilaku pencerita yang pernah mereka saksikan sebelum ini. Proses
tiruan mudah, iaitu meniru secara langsung dapat memberi satu idea kepada
pencerita untuk menceritakan bahan sastera yang dikehendaki sekali gus
menjayakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan.
Dalam aktiviti bercerita novel Bukit Kepong tadi, guru sengaja memulakan
cerita sinopsis Bukit Kepong supaya pelajar boleh meniru cara guru bercerita
berdasarkan rangka cerita yang diberi oleh guru.
__________________________________________________________________HBML 1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
16
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI ______________________________________________________________
4.0 PEMILIHAN TEKNIK – MAIN PERANAN
Teknik yang dipilih adalah teknik main peranan berdasarkan buku teks “Antologi
Anak Laut” yang terdapat kisah prosa klasik yang bertajuk ““Pertarungan Tuah
dengan Jebat”
4.1 BAHAN PENGAJARAN
4.1.1 Sinopsis cerita
PERTARUNGAN TUAH DENGAN JEBAT
Cerita ini mengisahkan Hang Jebat yanng mengamuk kerana menuntut bela
atas kematian Hang Tuah yang dibunuh tanpa usul periksa. Hang Jebat telah
bertindak membunuh orang ramai dan menawan istana serta bermukah dengan
dayang-dayang istana. Hang Tuah yang sebenarnya tidak dibunuh, tetapi hanya
disembunyikan oleh bendahara.Hang Tuah yang telah dititahkan oleh sultan untuk
membunuh Hang Jebat.
Hang Tuah menerima tugas tersebut demi kesetiaannya kepada raja.
Sebelum bertarung, Hang Jebat telah berpesan kepada Hang Tuah agar
memelihara anak hasil permukahannya dengan Dang Baru sekiranya anak itu
lelaki. Sekiranya anak itu perempuan, terpulanglah kepad ibunya. Pertarungan
yang sengit itu berkesudahan dengan kematian Hang Jebat.
__________________________________________________________________HBML 1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
17
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI ______________________________________________________________
4.1.2 Petikan Prosa Klasik
PETIKAN PROSA KLASIK
Setelah sudah maka Hang Jebat pun makan nikmat pada persantapan raja itu. Setelah sudah makan maka ia makan pada puan raja lalu ia berjalan ke muka pintu istana itu. Maka Hang Jebat pun membuka pintu istana itu sebelah; maka Hang Jebat, “Silakanlah orang kaya naik, kerana ayapan sudah hadir,’’ .Maka kata laksamana, “Aku tiada mahu naik,”.Setelah Hang Jebat mendengar kata laksamana demikian itu, maka oleh Hang Jebat dibukanya pintu sebelah lagi. Maka kata Hang Jebat, “Silakanlah orang kaya naik, pintu sudah terbuka”. Maka kata laksamana, “ Baiklah. “maka laksamana pun menyingsing tangan bajunya, seraya memekis, katanya, “ Cih, Si Jebat! Mati engkau olehku,” serta ia melompat ke atas anak tangganya itu. Maka Hang Jebat pun menghunus kerisnya lalu menikam dada laksamana; maka laksamana pun melompat ke tanah. Maka kata laksamana, “Cih, bukan laki-laki menikam mencuri!. Maka Hang Jebat pun tertawa, katanya, “Hai orang kaya, aku geram melihat engkau berdiri di atas tangga itu, tiada tertahan hatiku” . Maka kata laksamana, “ Bukan laki-laki berani. Jika hendak bertikam lagi ternama, tiada boleh kupermudah seperti lawan yang dahulu itu dan engkau saudara tua padaku tiada baik. Jika engkau hendak bertikam dengan aku, marilah naik,” Maka sahut laksamana, “ Bukalah pintu itu,” Maka kata Hang Jebat, “Nantilah aku seketika lagi, aku hendak berlangirkan kerisku”.
Maka Hang Jebat pun menutup pintu istana empat puluh itu. Setelah sudah maka Hang Jebat pun menghunus kerisnya, maka ditikamnya segala perempuan isi istana yang tujuh ratus itu, seorang pun tiada tinggal.Maka darah pun seperti hujan yang lebat turun ke bawah istana.Maka laksamanapun berseru-seru, katanya, “Hai Si Jebat,pekerjaan apa kau kerjakan ini? Alangkah dosanya,” Maka sahut Hang Jebat, “Inilah pekerjaan yang sempurna .Sepala-pala jahat jangan kepalang, seperti pantun Melayu, rosak bawang ditimpa
__________________________________________________________________HBML 1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
18
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI ______________________________________________________________
jambaknya”.Maka laksamana nerkata pula, “Hai Si Jebat, segeralah bukakan aku pintu ini”.
4.1.3 Slaid Set Induksi
• Apakah yang anda lihat?
• Nyatakan watak yang terlibat dalam ceriteratersebut?
• Nyatakan konflikyang sering berlaku dalam cerita tersebut.
• Apakah yang anda lihat?
• Nyatakan watak yang terlibat dalam ceriteratersebut?
• Nyatakan konflikyang sering berlaku dalam cerita tersebut.
4.1.4 Soalan Latihan
Berikan maksud bagi kata atau frasa klasik di bawah.Taip jawapan anda di kotak yang disediakan. Rujuk e- kamus dengan menggunakan kata dasar yang sesuai.
1. Persantapan
2. Ayapan
3. Memekis
__________________________________________________________________HBML 1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
19
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI ______________________________________________________________
4. Berlangirkan
5. Berseru-seru
6. Sepala-pala
4.1.5 Silang Kata Perwatakan
TEKA SILANGKATA
PERWATAKAN HANG TUAH DAN HANG JEBAT
T
D MELINTANG
E A P 1. _______ bermain senjata.
N A 3. Memiliki ______ ramalan
D 5. Kuat
A L T
I M U A MENEGAK
W 2. Tidak menyimpan ______
G H 4. Sangat ______ kepada Sultan.
6. ______ masyarakat feudal.
7. Berpendirian _________.
4.1.6 Peta Minda Perbezaan Watak
PETA MINDAPERBEZAAN WATAK TUAH DAN JEBAT
__________________________________________________________________HBML 1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
20
WATAK
TUAH JEBAT
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI ______________________________________________________________
4.2 LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN AKTIVITI
4.2.1 Hasil Pembelajaran
Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat:
Aras1 ( i )
- Menyatakan makna kata dan maksud frasa atau rangkai kata yang sukar
dalam karya dengan meneka berdasarkan konteks atau merujuk kepada
kamus
Aras1 ( iv )
- membaca dengan menggunakan teknik luncuran dan imbasan untuk
mendapatkan fakta yang diperlukan.
Aras ( ii )
- menjelaskan aspek watak dan perwatakan dan latar dalam karya yang sama
atau karya yang berlainan.
4.2.2 Aktiviti Guru dan Pelajar
Aktiviti Guru
1. Guru mempersembahkan slaid iklan
Aktiviti Pelajar
1. Pelajar menjawab soalan guru
__________________________________________________________________HBML 1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
21
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI ______________________________________________________________
filem Hang Tuah, mengemukakan
soalan dan mengaitkan dengan
pengajaran
.(rujuk 4.1.3)
2. Guru menggunakan MS PowerPoint
bagi menunjukkan sinopsis
“Pertarungan Tuah dengan Jebat” dan
meminta pelajar membacanya untuk
pemahaman (rujuk 4.1.1)
3. Guru menunjukkan petikan prosa
klasik. Guru meminta pelajar menjawab
berbincang tentang dialog yang
digunakan dan bersedia untuk aktiviti
teknik main peranan sebagai Tuah dan
Jebat. Kumpulan yang terbaik
melakonkan watak tersebut akan diberi
hadiah. (rujuk 4.1.2)
4. Guru meminta pelajar untuk
melakonkan watak Jebat dan Tuah.
5. Guru meminta pelajar membuat peta
minda yang menunjukkan perbezaan
berdasar sinopsis filem Hang Tuah
(rujuk 4.1.3)
2. Pelajar membaca sinopsis cerita “
Pertarungan Hang Tuah” bagi
mengukuhkan pemahaman terhadap
cerita. (rujuk 4.1.1)
3. Membaca petikan prosa klasik yang
dipersembahkan. Dalam kumpulan ,
pelajar berbincang tentang dialog
yang akan dilakonkan oleh ahli
kumpulan mereka.
( rujuk 4.1.2)
4. Pelajar mula berlakon dengan
menggunakan teknik main peranan
5. Pelajar mengisi peta minda yang
__________________________________________________________________HBML 1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
22
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI ______________________________________________________________
watak dan Tuah dan Jebat
berdasarkan prosa klasik dan sinopsis.
(rujuk 4.1.6)
6. Guru meminta pelajar mencari atau
mengariskan perkataan atau rangkai
kata sukar .
7. Guru meminta pelajar merujuk e-kamus
bagi mencari makna.
http://www.karyanet.com.my/knet/index.php?
tpf=lamanutama
8. Sebagai penutup, guru meminta pelajar
melengkapkan teka silang kata.
(rujuk 4.1.5)
diberi oleh guru.
(rujuk 4.1.6)
6. Pelajar mencari atau menggariskan
perkataan sukar dan mencari makna
perkataan di dalam e-kamus.
http://www.karyanet.com.my/knet/index
.php?
tpf=kamus_Dewan&kata_utama=SANT
AP&sid=b43f21f788ce58c6aad819a3f6
d495ce&findd=Cari
7.Pelajar melengkapkan teka silang kata.
(rujuk 4.1.5)
5.0 KESIMPULAN
Pengajaran secara stereotaip akan membataskan pergerakan pelajar
menyebabkan mereka kurang berminat dan cepat merasa bosan. Pelbagai aktiviti
yang terdapat di atas seperti bertutur, mendengar , membaca, mencari, memadan,
bergerak dan sebagainya menyebabkan pelajar menumpukan seluruh perhatian
pelajar kepada aktiviti tersebut. Tambahan pula kemahiran Teknologi Maklumat
__________________________________________________________________HBML 1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
23
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI ______________________________________________________________
dan Komunikasi (TMK) yang diserapkan juga mampu memberikan satu persepsi
yang menarik tentang bahan sastera. Dengan itu dapatlah merealisasikan hasrat
menarik minat dan memberikan kesan positif terhadap pembelajaran pelajar.
BIBLIOGRAFI
A. Ghafar Ibrahim (2002) .Menggenerasikan Sastera dalam Kalangan Pelajar .
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Abd. Murad b. Salleh. (2002). Pelaksanaan pengajaran komponen sastera dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu tingkatan 4: Satu kajian kes. Kuala Lumpur,
Malaysia : Universiti Malaya
Borhan Md. Zin. (2000). Kesusasteraan melayu sebagai komponen Bahasa
Melayu: Menangani kekeliruan teknik pengajaran. Dewan Sastera, 19-21.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2005). Huraian Sukatan Pelajaran KBSM
Bahasa Melayu Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kesan Positif Penggunaan Bahan Drama Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
(http://cikguhalimah.googlepages.com/koleksiartikel2)
Khadijah Rohani Mohd. Yunus (2007).HBEF2103 Psikologi Pendidikan. Kuala
Lumpur : Open University Malaysia
Mana Sikana (1989). Berkenanalan Dengan Drama. Petaling Jaya:Fajar Bakti Sdn.
__________________________________________________________________HBML 1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
24
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI ______________________________________________________________
Bhd.
Masharyati Musa. (2002). Komponen wajib kesusasteraan Melayu dalam Bahasa
Melayu peringkat menengah atas: Satu tinjauan awal tentang teknik pengajaran.
UPSI.
Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2005). Citra Komsas. Tanjung Malim : Penerbit
Universiti Sultan Idris
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2002). Laporan pelaksanaan komponen sastera
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Tahun
2001 . Kuala Lumpur, Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia
Salbiah Ani. “Kemelut komponen sastera dalam Bahasa Melayu”. Berita Harian,
Selasa 20 Mac 2001. hlm 3.
Samat Buang. (1996). Pendekatan, kaedah dan teknik dalam pendidikan Bahasa
Melayu menggunakan bahan sastera, Dewan Bahasa, 40 (3), 205-217.
Thahir Nuruddin (2005). Kefahaman Guru Tentang Konsep Komponen
Kesusasteraan Melayu Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu. Jurnal IPBA 3(3),
49-61
__________________________________________________________________HBML 1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
25