TUGASAN A

2
TUGASAN A : PENULISAN ILMIAH BANDING BEZA DOKUMEN KSSR DAN KBSR PENDIDIKAN MORAL Dalam aspek psikologi dan pendidikan, pembelajaran secara umumnya didefinisikan sebagai satu proses yang menyatukan kognitif, emosi, pengaruh persekitaran dan pengalaman sedia ada bagi mendapatkan, meningkatkan dan membuat perubahan dalam pengetahuan, kemahiran, nilai dan persepsi seseorang individu daripada pengajaran yang diterima (Illeris, 2000). Ini bermakna sumber pengajaran dan pembelajaran merupakan sumber yang mampu merangsang pemikiran penerima dengan maklumat sehingga berlakunya proses komunikasi pengajaran dan pembelajaran diantara penyampai maklumat dengan penerima maklumat. Umumnya mengetahui bahawa manusia mempunyai tahap kebolehan fizikal dan mental yang berbeza. Murid-murid di sekolah juga adalah berbeza dari segi minat, kebolehan dan keperluaan yang perlu dipenuhi. Guru perlu bijak menggunakan pelbagai bentuk ruang dan cara pengajaran agar dapat menyesuaikan dengan kebolehan, keperluan dan minat murid. Sumber pengajaran adalah bersifat umum kerana guru juga boleh dikatakan sebagai sumber pengajaran kerana guru juga adalah penyampai maklumat dan begitu juga dengan murid. Murid juga dikatakan sebagai sumber pengajaran apabila murid menyampaikan maklumat melalui teknik pembelajaran berpusatkan pelajar yang digunakan oleh guru. Melihat kepada perubahan arus kemodenan pada masa kini, kerajaan terutamanya Kementerian Pelajaran perlu mengambil langkah proaktif untuk mengtransformasikan bidang pendidikan di Malaysia agar mampu melahirkan modal insan yang mampu bersaing dengan negara lain. Melalui kesedaran ini, kerajaan telah memperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah

description

kssr

Transcript of TUGASAN A

TUGASAN A : PENULISAN ILMIAH BANDING BEZA DOKUMEN KSSR DAN KBSR PENDIDIKAN MORALDalam aspek psikologi dan pendidikan, pembelajaran secara umumnya didefinisikan sebagai satu proses yang menyatukan kognitif, emosi, pengaruh persekitaran dan pengalaman sedia ada bagi mendapatkan, meningkatkan dan membuat perubahan dalam pengetahuan, kemahiran, nilai dan persepsi seseorang individu daripada pengajaran yang diterima (Illeris, 2000). Ini bermakna sumber pengajaran dan pembelajaran merupakan sumber yang mampu merangsang pemikiran penerima dengan maklumat sehingga berlakunya proses komunikasi pengajaran dan pembelajaran diantara penyampai maklumat dengan penerima maklumat. Umumnya mengetahui bahawa manusia mempunyai tahap kebolehan fizikal dan mental yang berbeza. Murid-murid di sekolah juga adalah berbeza dari segi minat, kebolehan dan keperluaan yang perlu dipenuhi. Guru perlu bijak menggunakan pelbagai bentuk ruang dan cara pengajaran agar dapat menyesuaikan dengan kebolehan, keperluan dan minat murid. Sumber pengajaran adalah bersifat umum kerana guru juga boleh dikatakan sebagai sumber pengajaran kerana guru juga adalah penyampai maklumat dan begitu juga dengan murid. Murid juga dikatakan sebagai sumber pengajaran apabila murid menyampaikan maklumat melalui teknik pembelajaran berpusatkan pelajar yang digunakan oleh guru. Melihat kepada perubahan arus kemodenan pada masa kini, kerajaan terutamanya Kementerian Pelajaran perlu mengambil langkah proaktif untuk mengtransformasikan bidang pendidikan di Malaysia agar mampu melahirkan modal insan yang mampu bersaing dengan negara lain. Melalui kesedaran ini, kerajaan telah memperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2010. Dokumen KSSR ini telah dikaji dan diuji melalui pilot projek di beberapa buah sekolah sebelum dilaksanakan diseluruh sekolah di Malaysia. Dokumen ini banyak menekankan elemen baharu dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. terdapat lima aspek perbezaan diantara KSSR dan KBSR boleh dilihat dalam gambar rajah di bawah.Sumber : Laman Web Rasmi KPM