TUGASAN A

5
 BML 3083 SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU RIS\ PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH SEMESTER 2 TAHUN 2011/ 2012 BML 3083 SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU KUMPULAN UPSI 10 DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON WONG SOW FAN D20102045693 012-2563752 NAMA TUTOR E-LEARNING : EN. Mohd Rashid bin Md Idris TARIKH SERAH : 05 MEI 2012 PENGENALAN TUGASAN A   PEMARKAHAN 1 TUGASAN A 2 TUGASAN B 3 E FORUM JUMLAH

Transcript of TUGASAN A

Page 1: TUGASAN A

5/17/2018 TUGASAN A - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-a-55b07a0062c96 1/5

 

BML 3083 SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU

RIS\

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

SEMESTER 2 TAHUN 2011/ 2012

BML 3083

SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU

KUMPULAN

UPSI 10

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

WONG SOW FAN D20102045693 012-2563752

NAMA TUTOR E-LEARNING : EN. Mohd Rashid bin Md Idris

TARIKH SERAH : 05 MEI 2012

PENGENALAN

TUGASAN A

 

 

PEMARKAHAN

1 TUGASAN A

2 TUGASAN B

3 E FORUM

JUMLAH

Page 2: TUGASAN A

5/17/2018 TUGASAN A - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-a-55b07a0062c96 2/5

 

Peribahasa sememangnya dapat menyerikan sebarang bahasa dan memberikan nafas baru

kepada bahasa sebagai alat perhubungan yang dinamis. Pengalaman matang terjalin dalam setiap

 peribahasa. Peribahasa adalah milik bangsa. Setiap bangsa di dunia ini memiliki ‘ peribahasa’ masing

 – masing termasuk kata – kata hikmah yang dicipta oleh ahli – ahli falsafah dan pujangga – pujangga

 bangsanya yang menggambarkan ketajaman daya renung serta ketinggian falsafah sesuatu bangsa itu.

Peribahasa dilihat berupaya mendukung pelbagai takrifan. Menurut Luqman Ariffin & Abu

Khair Atan dalam Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in Shaari (2009:106), peribahasa

mencerminkan ketajaman renungan dan pemikiran nenek moyang kita yang membandingkan realiti

kehidupan dengan segala gerak laku manusia dan alam sekeliling. Pergertian ini turut dan pengamatan

alam sekeliling yang teliti oleh masyarakat Melayu lama. Jelasnya di sini ialah pengalaman yang

diperoleh daripada alam sekeliling dalam kehidupan seharian berupaya menjadi unsur pembentukan

 peribahasa yang seterusnya bertindak sebagai pedoman kepada masyarakat. Hal ini jelas dapat

mencerminkan ketajaman renungan dan pemikiran nenek moyang kita.

Petua, nasihat atau petunjuk itu diambil daripada alam sekeliling. Contohnya perangai dan

sifat manusia itu sendiri, sifat dan tabiat binatang, tumbuh – tumbuhan dan sebagainya. Malah,

 peribahasa juga dapat menggambarkan kehidupan masyarakat Melayu. Misalnya, peribahasa yang

 berbunyi berjagung – jagung dahulu sementara padi masak dapat memberi pedoman kepada

masyarakat supaya mengamalkan sikap rajin dan tidak hanya menunggu dan mengharapkan kepada

satu perkara sahaja. Selain itu, ia juga dapat menggambarkan keadaan nilai sosioekonomi masyarakat

Melayu pada zaman silam yang berasaskan pertanian dan kelompok masyarakat yang rajin.

Demikianlah halusnya budi dan panjangnya akal serta tinggi daya tanggap psikologi nenek 

moyang kita. Maka, wajar sekali warisan bahasa yang temukil dalam bentuk peribahasa ini kita

hidupkan dalam pengucapan sehari – hari.

5 CONTOH METAFORA DALAM BAHASA MELAYU YANG DIGUNAKAN SEHARIAN

MATAFORA 1 : BAGAI KACANG LUPAKAN KULIT

MAKSUD : ORANG YANG TIDAK TAHU MENGENANG BUDI.

Page 3: TUGASAN A

5/17/2018 TUGASAN A - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-a-55b07a0062c96 3/5

 

ULASAN : Kita dinasihati supaya tidak menjadi cerita yang dinyatakan itu. Usaha dan kejayaan kini

semuanya disumbangkan oleh kedua – dua orang ibu bapa kita. Tanpa mereka, kita tidak voleh

menjadi seorang insan yang berpengetahuan, berakhlak, bermulia tinggi serta berkaliber dalam

kejayaan terkini. Menurut G. Soosai dalam Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in

Shaari (2009:108), peribahasa merupakan bahasa halus yang mengandungi kata – kata sindiran tajam

yang lekas berkesan ke dalam jiwa.

Shamsul memandang tenang laut luas yang terbentang di hadapannya. Mega senja mula

melabuhkan tirainya. Shamsul semakin kukuh berdiri di persisiran pantai. Dalam fikirannya

 berserabut memikirkan masa depan. Shamsul dilahirkan dalam keluarga susah. Bapanya seorang

nelayan manakala ibunya suri rumah sepenuh masa. Dia mengidamkan satu kehidupan

mewah seperti kawan-kawannya yang lain yang tidak pernah mengenal erti kesusahan hidup.

Hanya dengan pendidikan sahaja dapat mengubah segala-galanya. Lantaran itu, Shamsul

 belajar bersungguh-sungguh. Dalam fikirannya hanya satu, ingin mengubah corak 

kehidupannya. Berkat kesungguhannya dna ketekunannya dia telah mencapai keputusan yang

cemerlang dalam UPSR. Keputusannya itu telah melayakkan dia terpilih ke sekolah berasrama

 penuh. Di sana dia meneruskan cita-citanya. Usaha tangga kejayaan. Kata-kata itulah menjadi

 perangsang kepada Shamsul. Akhirnya dia berjaya masuk ke universiti. Kejayaannya amat

menggembirkan keluarganya terutama ibu dan bapanya.

Beberapa tahun kemudian, Shamsul telah berjaya mengejar cita-citanya. Dan kini menjawat

 jawatan tinggi dan berkedudukan serta dihormati. Kejayaannya itu telah mengubah terus

 perangainya. Dahulu dia diasuh dalam keluarga yang tinggi akhlak tetapi kini, dia telah bertukar 

corak. Bersikap ego, sombong dengan apa yang dimilikinya. Shamsul jarang pulang ke

kampung. Perhatiannya kepada keluarga semakin kurang malah tidak diambil tahu tentang keadaan

keluarganya. Dia sanggup membiarkan ibu dan bapanya ternanti-nanti kepulangannya dengan penuh

kerinduan. Kerinduan anak yang menjadi kebanggaan keluarga.

Pada suatu hari, Shamsul mendapat khabar menyatakan bapanya sakit tenat. Shamsul

menerima berita itu dengan bersahaja tanpa ada perasaan tanggungjawab. Alasannya dia sibuk dan

tidak dapat cuti. Dia tidak pulang ke kampung untuk menjenguk bapanya yang sakit tenat. Akhirnya,

 bapa Shamsul meninggal dunia. Ibunya sangat sedih dengan sikap Shamsul yang sudah

 berubah. Hatinya pedih dan kecewa. Balasan yang Shamsul hulurkan tidak setimpal dengan

 pengorbanan yang ditaburkan.

Perangai Shamsul tidak ubah seperti kacang lupakan kulit. Cepat melupakan asal usul setelah

memperoleh kesenangan.

Page 4: TUGASAN A

5/17/2018 TUGASAN A - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-a-55b07a0062c96 4/5

 

MATAFORA 2 : MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA

MAKSUD : PROSES MENDIDIK DAN MENGAJAR ANAK – ANAK HARUS BERMULA

DARI SEJAK KECIL LAGI.

Page 5: TUGASAN A

5/17/2018 TUGASAN A - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-a-55b07a0062c96 5/5

 

ULASAN : “ Melentur buluh biarlah dari rebungnya”merupakan peribahasa yang menunjukkan

sesuatu asas latihan itu hendaklah bermula dari awal. Anak-anak yang dilahirkan umpama sehelai

kertas putih, ibu bapalah yang bertanggungjawab mewarnakan jiwa mereka dengan nilai-nilai sopan

santun. Sebarang tingkah-laku positif hendaklah dipamerkan oleh golongan dewasa kepada anak-

anak. Sebaliknya, sebarang sikap negatif harus dielakkan agar tidak diikuti oleh anak-anak. Amalan

mencium tangan ketika bersalam seperti yang diamalkan dalam adat orang Melayu harus

dikembangkan kepada semua budaya dan bangsa. Amalan itu jelas menunjukkan sifat sopan santun

golongan yang muda kepada yang tua. Ciri-ciri murni amalan sopan santun juga boleh ditanamkan ke

dalam diri pelajar-pelajar di sekolah. Amalan menghormati guru dan bercakap secara lemah lembut

yang boleh dipelajari melalui subjek Sivik dan Melayu Islam Beraja adalah antara usaha yang boleh

meningkatkan sikap bersopan santun di kalangan pelajar. Bagi menjayakan usaha murni ini, para guru

hendaklah memainkan peranan selaku penjana insan yang seimbang dan harmoni.