Tugas Mentor Dan Mentee

download Tugas Mentor Dan Mentee

of 2

description

program mento mentee

Transcript of Tugas Mentor Dan Mentee

1.1. Membina hubungan mesra dengan Mentee dan mewujudkan kejelekitan supaya apa jua masalah berkaitan pelajaran dapat diselesaikan.

1.2. Sebagai pembimbing atau pemudahcara kepada mentee dalam hal-hal yang berkaitan dengan matapelajaran serta latihan-latihan yang diberikan oleh guru-guru matapelajaran.

1.3. Mengambil tahu masalah serta kedudukan mentee dari segi pencapaian akademik serta perkembangan sahsiah mentee.

1.4. Menjadi tempat rujukan ibubapa, waris atau penjaga mentee dalam hal yang berkaitan dengan perkembangan akademik serta mewujudkan hubungan yang baik dengan ibubapa, waris atau penjaga mentee.

1.5. Memberi bimbingan dan dorongan kepada Mentee agar mempunyai keazaman dan keyakinan untuk menghadapi peperiksaan.1.6. Memberi bimbingan cara belajar dengan berkesan dan sistematik kepada Mentee.1.7. Mengadakan perjumpaan mingguan dengan Mentee dalam kumpulannya untuk mengetahui perkembangan pelajaran dan memberi teguran membina. Juga bertanyakan jika ada hal-hal peribadi Mentee yang mengganggu pelajaran.1.8. Bertindak sebagai pengganti kepada ibubapa, waris atau penjaga Mentee sepanjang waktu persekolahan.

1.9. Menyediakan bahan atau latihan-latihan tambahan yang difikirkan sesuai serta dapat membantu meningkatkan pencapaian Mentee dalam bidang akademik. Bahan atau latihan-latihan tambahan boleh diperolehi daripada guru-guru matapelajaran Tahun 6.

1.10. Perkara-perkara lain yang difikirkan dapat membantu mencapai objektif program.

Menghadiri perjumpaan dengan Mentornya untuk:

2.1.Membincangkan perkembangan pelajaran semasa.

2.2.Melaporkan keputusan ujian bulanan, peperiksaan semester dan ujian percubaan untuk dibincangkan bersama bagi meningkatken prestasi mereka.

2.3.Membincangkan apa jua masalah yang mengganggu pelajaran mereka.2.4.Mendengar dan menerima sebarang teguran daripada Mentornya dengan hati yang terbuka dengan tujuan untuk meningkatkan prestasi.

2.5.Berkongsi pendapat dengan rakan Menteenya untuk bersama-sama memperolehi keputusan yang cemerlang dalam UPSR.2.6.Menjadikan Mentor sebagai tempat rujukan utama untuk menyelesaikan masalah latihan atau kerja-kerja rumah yang diberikan oleh guru matapelajaran.

2.7.Sentiasa menjadikan Mentor sebagai pengganti kepada ibubapa atau penjaga sepanjang waktu persekolahan, patuh kepada setiap teguran serta menghormati Mentor.

3.1.Penilaian berterusan dari semasa ke semasa berdasarkan keputusan ujian, peperiksaan semester dan UPSR Mentee.

3.2.Perkembangan sahsiah Mentee melalui pemerhatian di dalam dan di luar bilik darjah dan juga berdasarkan laporan guru-guru lain.3.4.Pemantauan akan dijalankan oleh pihak pentadbiran di ketuai oleh Tuan Guru Besar dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dari semasa ke semasa.

3.5.Perjumpaan boleh dibuat mengikut kesesuaian sepanjang waktu persekolahan dan hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya 2 kali dalam seminggu. Setiap Mentee akan dibekalkan dengan jadual terkini.3.6.Catatan perjumpaan hendaklah dilakukan oleh mentor.1.0Peranan Mentor

2.0Peranan Mentee

3.0Penilaiann & Perjumpaan