Tornado tube

16
TORNADO TUBE Puting Beliung Di Dalam Botol Puting beliung adalah suatu fenomena alam yang merbahaya dan boleh mengakibatkan kerosakan yang besar. Memang cukup merbahaya untuk melihat dan menghampirinya. Tetapi ada cara yang lebih baik untuk anda melihat rupanya dari jarak yang selamat! Apabila kita terbalikkan dan pusingkan botol, air akan turun dengan laju ke bawah dan membentuk susunan vortex atau pusaran air. Itulah dia puting beliung yang kita lihat di dalam botol.

description

Magic Science

Transcript of Tornado tube

Page 1: Tornado tube

TORNADO TUBE

Puting Beliung Di Dalam Botol

Puting beliung adalah suatu fenomena alam yang merbahaya dan boleh mengakibatkan kerosakan yang besar. Memang cukup

merbahaya untuk melihat dan menghampirinya. Tetapi ada cara yang lebih baik untuk anda melihat rupanya dari jarak yang

selamat!

Apabila kita terbalikkan dan pusingkan botol, air akan turun dengan laju ke bawah dan membentuk susunan vortex atau

pusaran air. Itulah dia puting beliung yang kita lihat di dalam botol.

Page 2: Tornado tube

Pusaran air terjadi kerana ini memudahkan perpindahan antara air dan udara di antara satu botol ke botol yang lain. Jika anda

perhatikan, di tengah-tengah pusaran air, terbentuk satu lubang yang bertindak sebagai jalan udara. Jalan udara ini memudahkan

air turun ke bawah dan dalam masa yang sama menggantikan udara yang akan dipaksa naik ke atas.

Tahukah anda?Puting beliung yang sebenar disebabkan oleh pelanggaran udara. Apabila udara kering dan sejuk yang bergerak cepat bertembung

Page 3: Tornado tube

dengan udara tropika yang panas dan lembap, ia mengakibatkan suatu ketidakseimbangan berlaku. Udara yang panas naik ke atas dengan kelajuan hampir 300 kilometer sejam. Udara sejuk yang masuk dari sisi menbuatkan arus udara itu naik ke atas dengan cepat dan mula berpusar Kelajuan pusaran puting beliung boleh

mencapai lebih dari 450 km sejam! Cuba anda bandingkan dengan kereta yang bergerak laju di lebuh raya kebangsaan yang berhad

laju 110 km sejam!

HOVER DISC BOTTLE

Hoverkraf Cakera CD dan Botol Plastik

Mari bina sebuah mini hoverkraf yang boleh menggelongsor di atas meja dan lihat bagaimana kita boleh kalahkan daya geseran

dengan mudah!

Page 4: Tornado tube

Dirikan “hoverkraf” anda pada permukaan yang rata, seperti meja, dan lepaskan udara dari belon. Tolak sedikit hoverkraf itu jika perlu. Anda akan lihat udara bergegas keluar, membuatkan

botol itu terapung dari permukaan meja dan seterusnya meluncur seperti sebuah hoverkraf yang betul!

Apa yang berlaku?Geseran adalah suatu daya yang cuba untuk melambatkan objek atau memberhentikan objek yang bergerak. Geseran dihasilkan apabila dua objek bersentuhan. Apabila anda menggosok kedua-dua tapak tangan

anda, geseran membuat kedua-dua permukaan terasa lebih panas.

Geseran boleh menjadi sesuatu yang memberi kebaikan. Tanpa geseran, kaki kita akan sentiasa meluncur di sana sini. Geseran juga boleh menjadi sesuatu yang kurang diingini. Contohnya apabila kita mengayuh basikal

bertentangan dengan angin yang kuat!

Page 5: Tornado tube

Sebuah hoverkraf dapat bergerak lebih cepat daripada kapal di laut kerana ia seolah-olah `terapung’ di atas kusyen udara. Geseran di antara

hoverkraf dan udara adalah kurang dari geseran di antara kapal dan air. Model mini hoverkraf yang kita bina itu juga bergerak dengan mudahnya

di atas “kusyen” udara.

TELUR TENGGELAM

TIMBULAdakah anda sedar bahawa kita lebih mudah terapung di laut

berbanding dengan air sungai? Ini berkait rapat dengan ketumpatan air yang berbeza di antara kedua-duanya. Cubalah eksperimen mudah ini dan ketahuilah dengan lebih mendalam

tentang konsep ketumpatan.

Telur lebih tumpat dari air biasa dan akan tenggelam ke dasar gelas. Apabila kita larutkan garam ke dalam air, larutan di dalam gelas menjadi lebih

tumpat dari telur. Sebab itulah telur itu timbul.

Page 6: Tornado tube

Bahan yang lebih tumpat akan tenggelam di dalam cecair yang kurang tumpat daripadanya. Sebab itulah telur itu tenggelam pada mulanya kerana

ia lebih tumpat daripada air biasa.

Bahan yang kurang tumpat akan timbul atau terapung di dalam cecair yang lebih tumpat daripadanya. Sebab itulah telur itu timbul kerana ia kurang

tumpat daripada air yang telah dilarutkan dengan garam.

Tahukah anda?Mengapa air laut masin? Apabila air mengalir melalui sungai, sedikit demi

sedikit garam galian dari batu dan dasar sungai terlarut dengannya. Air yang `masin’ sedikit ini mengalir ke laut. Melalui proses Kitaran Air, air di laut

sentiasa tersejat manakala di kutub yang sejuk pula ia membeku. Tinggallah `garam galian’ terlarut di dalam laut. Selepas peredaran masa yang lama, air

laut masin kerana sentiasa ada “garam” terlarut di dalamnya!

ILUSI BINTANG

Cubalah kad ajaib di bawah untuk melihat sendiri bahawa kadang-kadang tanggapan pada penglihatan tidak sama dengan apa yang

sebenarnya!

Page 7: Tornado tube

Renung bulatan hitam di dalam bintang merah di sebelah kiri kad selama 20 saat.

Sekarang, alihkan pandangan anda kepada bulatan hitam di dalam petak putih di sebelah kanan.

Adakah anda melihat bintang berrwarna hijau muda?

Apakah yang berlaku? 

Apabila anda merenung sesuatu warna untuk sesuatu tempoh masa dan kemudian mengalihkan padangan anda ke arah sesuatu

permukaan putih, satu imejtinggal (afterimage) kepada warna pelengkap (complementary) akan muncul.

Di dalam kes ini apabila kita merenung warna merah, warna yang akan kelihatan ialah warna hijau muda yang merupakan warna pelengkap kepada merah. Apabila kita merenung warna merah

untuk beberapa lama, fotoreseptor (sel saraf khusus yang mengesan dan bergerak balas terhadap rangsangan cahaya)

cahaya merah pada retina telah menjadi lesu. Ini mengurangkan keupayaannya untuk menghantar maklumat ke otak. Apabila kita

melihat warna putih sejurus selepas itu, bahagian merah kepada sinar tuju tidak disampaikan dengan sepenuhnya seperti

Page 8: Tornado tube

warna lain. Imej terbaru ini dipengaruhi oleh susutnya warna merah. Ini mengakibatkan ilusi  warna pelengkap kepada merah

iaitu warna hijau muda akan kelihatan.

Tahukah anda? Di dalam teori warna, apabila dua warna bercampur dengan kadar

yang sepatutnya, ia akan menghasilkan warna neutral (kelabu, putih atau hitam).

 

Cubalah! 

Buat sepasang kad yang sama tetapi tidak berwarna. Warnakan bintang di sebelah kiri dengan pilihan warna dari barisan atas.

Cuba eksperimen ini sekali lagi dan lihatlah warna-warna pelengkap yang lain muncul. Aneh bukan?

ILUSI TANGAN BERLUBANG

Pastikan kedua-dua mata terbuka.

Page 9: Tornado tube

Sekarang, buka tapak tangan kiri anda dan tempatkannya berhadapan ke arah muka anda.

Rapatkan tapak tangan kiri anda ke tiub kertas tadi.

Sandarkan tapak tangan kiri anda kepada tiub kertas.

Pastikan kedua-dua mata anda terbuka. Apakah yang anda dapat lihat? Adakah anda dapat lihat sebuah lubang terbentuk di tapak

tangan kiri anda? Agak menakutkan, bukan?

Pengisian SainsApabila anda melihat melalui tiub kertas dan dalam masa yang

sama memerhatikan tapak tangan, satu ilusi optik telah terhasil. Mata sebelah kiri melihat lubang manakala mata sebelah kanan

pula melihat tapak tangan.

Apa yang berlaku ialah mata dan otak anda mengolah kedua-dua imej dalam masa yang sama. Tindakan ini menghasilkan imej

tapak tangan yang berlubang tanpa mencederakan anda sedikit pun!

Tahukah anda?Apakah yang dimaksudkan dengan ilusi optik?

Ilusi optik (optical illusion) atau lebih sesuai dikenali sebagai ilusi visual (visual illusion), melibatkan pengeliruan visual. Pelbagai

kesan visual yang mengelirukan boleh dilihat apabila kita memanipulasikan susunan imej, warna, kesan sumber cahaya dan

lain-lain pemboleh ubah yang berkaitan.

Page 10: Tornado tube

Jika anda menghadapi kesukaran untuk melihat imej yang tersembunyi di dalam sesuatu gambar atau fotograf, anda tidak

perlu risau. Ini adalah kerana semua orang mengalami ilusi visual dengan cara yang berbeza. Malah, bagi sesetengah ilusi visual,

ada juga yang tidak dapat melihat kesannya langsung!

Ilusi optik bukan sahaja sesuatu yang seronok dan menarik tetapi ia juga mendedahkan banyak perkara tentang cara-cara otak

berfungsi. Ada pelbagai ilusi optik dan setiapnya ada penjelasan tentang bagaimana dan mengapa ilusi visual ini berlaku.

Cubalah!

Page 11: Tornado tube

Perhatikan kelima-lima roda yang bercorak di atas. Jangan risau jika anda melihatnya berputar!

Jika anda tidak percaya bahawa roda-roda itu sebenarnya tidak berputar, fokus kepada "lidah bercabang" berwarna merah di

empat roda-roda tersebut. Adakah "lidah-lidah" itu bertukar posisi dari kedudukan asal?

Page 12: Tornado tube

TELEFON CAWAN

1. Bunyi terjadi daripada getaran.

2. Apabila bercakap, udara disekitar akan bergetar dan getaran

tadi akan tersebar ke udara.

3. Telinga akan mengesan getaran menyebabkan kita boleh

mendengar bunyi

4. Apabila bercakap pada telefon cawan, getaran dalam cawan

akan melalui tali dan sampai ke cawan yang satu lagi dan

akan bergetar juga

5. Ini menyebabkan kawan kamu dapat mendengar apa yang

kamu cakapkan

Tahukah anda?

Bunyi bergerak sangat laju iaitu 1 kilometer dalam 3 saat. Bunyi bergerak lebih laju di dalam air dan pepejal berbanding

di udara. Di dalam air, bunyi bergerak selaju 5000km dalam 1 jam dan di dalam besi selaju 6000km dalam 1 jam.

Page 13: Tornado tube

PENYELAM CARTESIAN

1. Apabila botol ditekan, tekanan di dalam botol meningkat.

2. Ruang udara di dalam penitik mata menjadi kecil

menyebabkan banyak air masuk ke dalamnya.

3. Penitik mata akan menjadi berat dan akan tenggelam ke

dasar botol

4. Apabila botol dilepaskan daripada ditekan, tekanan di dalam

botol menurun. Ruang udara di dalam penitik mata menjadi

besar dan menolak air keluar dari penitik mata.

5. Penitik mata menjadi ringan dan akan timbul ke permukaan

Tahukah anda?

Kapal selam berfungsi seperti eksperimen di atas. Kapal selam akan tenggelam jika tangkinya dipenuhi air dan menjadikannya berat. Jika hendak timbul, air akan ditolak keluar menjadikannya ringan dan dapat timbul ke permukaan.

Page 14: Tornado tube

Semakin jauh anda menyelam, semakin tinggi tekanan dalam air. Penyelam tidak boleh menyelam melebihi 300 meter ke dasar laut.

Penyelam perlu memakai pemberat di pinggang untuk menyelam.

ROBOT GRAVITI

1. Robot Graviti bergerak kerana skru menariknya ke bawah.

2. Daya yang menarik skru ke bawah adalah dipanggil daya

graviti.

Tahukah anda?

Tenaga yang menyebabkan Robot Graviti bergerak adalah

dipanggil tenaga potensi gravity ( Gravitational Potential

Energy)

Page 15: Tornado tube

BATERI LEMON

1. Bateri yang dihasilkan melalui eksperimen ini tidak mungkin

dapat menyalakan mentol lampu atau menggerakkan motor,

namun ia berupaya menghasilkan nyalaan malap LED (Light

Emitting Diod).  

2. Cucukkan sekeping syiling tembaga ke satu bahagian lemon

dan paku ke satu bahagian yang lain. Pastikan kedua-duanya

tidak bersentuh.

3. Empat biji bateri lemon menghasilkan 3.5 volt. Ia sepatutnya

sudah boleh menyalakan LED (Light Emitting Diode).

Page 16: Tornado tube

LED menyala malap dengan konfigurasi ini.

Masalah ini boleh diatasi dengan cara menukarkan duit syiling dan paku kepada logam yang lebih tulen. Contohnya, tukarkan duit syiling dengan wayar tembaga yang biasa digunakan untuk pendawaian elektrik rumah.