Topik 9 Muhkam Dan Mutasyabih

10
 127 TOPIK 9 MUHKAM DAN MUTASYABIH OUM TOPIK 9 MUHKAM DAN MUTASYABIH PENDAHULUAN Skop perbincangan dalam topik ini akan membahaskan mengenai ayat-ayat di dalam al- Quran yang bersifat Muhkam dan Mutasyabih. Beberapa kupasan mengenai topik ini akan disentuh seperti: (i) Takrif ayat Muhkam dan Mutasyabih. (ii) Pembahagian Mutasyabih. (iii) Hikmah-hikma h Mutasyabih. OBJEKTIF Beberapa objekti f utama di gariskan dalam perbincanga n ini ialah:- 1. mempraktikkan al-Quran sebagai sumber rujukan utama dalam pelbagai aspek kajian; 2. mengetahui takrif sebenar ayat Muhkam dan Mutasyabih; 3. mengetahui hikmah disebalik ayat al-Quran yang bersifat Mutasyabi h; 4. menghayati keindaha n bahasa al-Quran yang tiada tandingan nya; dan 5. menolak tanggapan bahawa al-Quran itu adalah hasil karangan manusia dengan bersandarkan ayat Muhkam dan Mutasyabih.  9.1 PENGENALA N: AYAT MUHKAM & MUTASYABIH Dalam al-Quran terdapat ayat yang menunjukkan bahawa kesemuanya adalah Muhkam. Firman Allah Swt:    Maksudnya:  Alif, Laam, Raa'. Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu. (Susunan dan  penjelasan itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam  pengetahuanNy a 1 . 1  Surah Hud: 1

Transcript of Topik 9 Muhkam Dan Mutasyabih

Page 1: Topik 9 Muhkam Dan Mutasyabih

5/6/2018 Topik 9 Muhkam Dan Mutasyabih - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/topik-9-muhkam-dan-mutasyabih 1/10

 

127

TOPIK 9 MUHKAM DAN MUTASYABIH

OUM

TOPIK 9 MUHKAM DAN MUTASYABIH

PENDAHULUAN

Skop perbincangan dalam topik ini akan membahaskan mengenai ayat-ayat di dalam al-Quran yang bersifat Muhkam dan Mutasyabih. Beberapa kupasan mengenai topik ini akandisentuh seperti:

(i) Takrif ayat Muhkam dan Mutasyabih.

(ii) Pembahagian Mutasyabih.

(iii) Hikmah-hikmah Mutasyabih.

OBJEKTIF

Beberapa objektif utama di gariskan dalam perbincangan ini ialah:-

1. mempraktikkan al-Quran sebagai sumber rujukan utama dalam pelbagai aspekkajian;

2. mengetahui takrif sebenar ayat Muhkam dan Mutasyabih;

3. mengetahui hikmah disebalik ayat al-Quran yang bersifat Mutasyabih;

4. menghayati keindahan bahasa al-Quran yang tiada tandingannya; dan

5. menolak tanggapan bahawa al-Quran itu adalah hasil karangan manusia denganbersandarkan ayat Muhkam dan Mutasyabih. 

9.1 PENGENALAN: AYAT MUHKAM & MUTASYABIH

Dalam al-Quran terdapat ayat yang menunjukkan bahawa kesemuanya adalah Muhkam.Firman Allah Swt:

  Maksudnya: Alif, Laam, Raa'. Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengantetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu. (Susunan dan  penjelasan itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya1.

1Surah Hud: 1

Page 2: Topik 9 Muhkam Dan Mutasyabih

5/6/2018 Topik 9 Muhkam Dan Mutasyabih - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/topik-9-muhkam-dan-mutasyabih 2/10

 

128

TOPIK 9MUHKAM DAN MUTASYABIH

OUM

Selain itu terdapat juga ayat yang menunjukkan kesemuanya mutasyahih iaitu melaluifirman Allah Swt:

    

 Maksudnya: Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya danindahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh

kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepadaTuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah Allah;  Allah memberi hidayah dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya(menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah(disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya2 .

Dan dalam ayat-ayat yang lain ada memberi petunjuk bahawa sebahagiannya muhkamdan sebahagiannya lagi mutasyabih sebagaimana firman dalam al-Quran:

   

  

 Maksudnya:  Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap,tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainanmenurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinyakecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnyamenurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh sertamendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata: "Kami beriman kepadanya,

2Surah al-Zummar: 23

Page 3: Topik 9 Muhkam Dan Mutasyabih

5/6/2018 Topik 9 Muhkam Dan Mutasyabih - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/topik-9-muhkam-dan-mutasyabih 3/10

 

129

TOPIK 9 MUHKAM DAN MUTASYABIH

OUM

semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami". Dan tiadalah yang mengambil pelajarandan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran3.

Kesemua ayat-ayat yang dikemukan di atas tidak memberi makna yang bertentanganantara satu sama lain. Muhkam-nya al-Quran bermaksud kesemua ayatnya tersusunbegitu kemas, halus, tidak terdapat kelemahan dari sudut lafaz atau kecacatan dari sudutmakna. Ia seumpama satu bangunan yang bediri teguh. Sementara itu makna ayat yangmengatakan ia adalah mutasyabih dari konsep ia menyerupai antara satu ayat denganayat yang lain dalam susunan dan keelokannya. Kesempurnaan Mutasyabih al-Quran inisampai ke tahap I’jaz pada lafaz-lafaz dan makna-maknanya. Sehingga kamu tidak dapatmelebihkan antara kalimah-kalimahnya atau ayat-ayatnya dari sudut tarikan, kehalusandan I’jaz, ia seumpama satu untaian rantai yang tidak tahu manakah penghujungnya.

Manakala ayat yang bermaksud sebahagiannya muhkam dan sebahagiannya mutasyabihadalah bermaksud sebahagian ayat al-Quran memberi makna petunjuk yang jelas

mengikut kehendak Allah Swt. Sebahagian ayat-ayatnya lagi petunjuk ayatnyatersembunyi ini bermakna ayat-ayat yang jelas maksudnya adalah muhkam manakalaayat-ayat yang tersenbunyi maknanya adalah mutasyabih. Secara keseluruhannya tidakada pertentangan antara keseluruhan al-Quran adalah muhkam atau keseluruhan al-Quran adalah mutasyabih atau sebahagian al-Quran muhkam dan sebahagiannya lagiadalah mutasyabih.

9.2 TAKRIF MUHKAM & MUATASYABIH

Dalam menentukan takrifan Muhkam dan Mutasyabih, ulama khilaf  kepada beberapa

pendapat:-

(i) Muhkam bermakna petunjuk ayat yang jelas dan tidak mungkin ia nasakh.Mutasyabih pula ialah makna yang tersembunyi tanpa diketahui samada akal ataunaqli. Ia adalah apa yang disimpan dalam ilmu Allah Swt seperti berlaku kiamat,huruf-huruf muqata’ah di permukaan surah dan lain.

(ii) Muhkam ialah apa yang diketahui kehendaknya samada secara zahir atau takwil.Mutasyabih pula ialah tersembunyi dalam ilmu Allah Swt seperti kiamat, keluar Dajjal, huruf di permukaan surah. Pandangan ini ialah dikalangan sunnah

(iii) Muhkam ialah apa yang memadai dalam memenuhi tanpa memerlukan keterangan

lain. Mutasyabih pula ialah yang tidak memadai dengan ayat tersebut danmemerlukan kepada keterangan.

3 Surah Ali Imran: 7

Page 4: Topik 9 Muhkam Dan Mutasyabih

5/6/2018 Topik 9 Muhkam Dan Mutasyabih - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/topik-9-muhkam-dan-mutasyabih 4/10

 

130

TOPIK 9MUHKAM DAN MUTASYABIH

OUM

9.3 PEMBAHAGIAN MUTASYABIH

Punca Mutasyabih secara umumnya ialah kesamaran makna dalam lafaz atau kesamaran

dalam makna atau kesamaran makna dan lafaz.

Pertama: Mutasyabih dalam lafaz terbahagi kepada dua iaitu Mufrad  dan Murrakkab.Mufrad  berlaku dari sudut penggunaan kalimah yang pelik atau makna yang berbagai.Contoh kalimah yang pelik ialah Firman Allah Swt:

 Maksudnya: Dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput 4.

Bermaksud ternakan binatang, dalilnya ialah Firman Allah yang ada selepas itu:

 Maksudnya: Untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu 5 .

Contoh tasyabuh Mufrad  dengan sebab mempunyai banyak makna ialah Firman Allah

Swt:

 Maksudnya: Lalu ia memukul berhala-berhala itu dengan tangan kanannya (sehingga pecah berketul-ketul)6 .

Bermaksud Nabi Ibrahim mendapatkan patung berhala kaumnya dan memukulnyadengan tangan kanan bukan tangan kiri. Atau memukulnya dengan amat kuat. Digunakan‘al-Yamin’ dalam ayat kerana ia adalah yang terkuat antara dua anggota tersebut. Danmakna ketiga ialah Nabi Ibrahim memukulnya dengan sebab ‘al-Yamin’ (sumpah) yangdibuatnya dan disebut dalam al-Quran:

 Maksudnya: Dan demi Allah, aku akan jalankan rancangan terhadap berhala-berhalakamu, sesudah kamu pergi meninggalkan (rumah berhala ini)7 .

Kesemua makna yang dikemukakan itu adalah harus untuk makna ‘al-Yamin’.

4Surah `Abasa: 31

5 Surah `Abasa: 32.6

Surah al-Soffat: 93.7

Surah al-Anbia’: 57.

Page 5: Topik 9 Muhkam Dan Mutasyabih

5/6/2018 Topik 9 Muhkam Dan Mutasyabih - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/topik-9-muhkam-dan-mutasyabih 5/10

 

131

TOPIK 9 MUHKAM DAN MUTASYABIH

OUM

Contoh tasyabah dalam Murakkab dengan sebab ringkas ialah Fiman Allah Swt:

   

Maksudnya: Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim(apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jikakamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlahdengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki.Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukankezaliman8 .

 Ayat ini datang dalam bentuk ringkas dan makna tersirat disebaliknya. Makna ayat ialah jika kamu bimbang tidak berlaku adil terhadap anak-anak yatim dalam peliharaan kamuselepas kamu mengahwini mereka maka hendaklah kamu berkahwin dengan wanita yangberkenan dihati kamu. Dengan kata lain jika kamu merasa berat dan susah untukmengahwini anak-anak yatim bimbang kamu akan menzalimi mereka maka di hadapankamu wanita lain dan berkahwin dengan wanita yang kamu suka.

  Ada juga yang menyatakan sesungguhnya terdapat sebilangan yang merasa bimbangmenjaga anak-anak yatim tetapi mereka tidak merasa bersalah dalam melakukan zina,lalu Allah Swt menurunkan ayat ini. Justeru maknanya ialah jika kamu takut melakukan

zina gantikanlah zina dengan perkahwinan di mana Allah Swt akan melimpahkanrahmatnya ke atas kamu dengan luas, maka berkahwinlah kamu dikalangan wanita yangkamu sukai samada 2, 3 dan 4.

Kedua: Tasyabuh dari sudut makna contohnya ialah sama ayat al-Quran yang menyebuttentang sifat Allah Swt, ayat-ayat tentang hari kiamat, ayat-ayat berkaitan nikmat syurgadan azab neraka. Akal manusia tidak mungkin dapat menyelami hakikat sifat Allah Swt,begitu juga tentang kedahsyatan hari kiamat.

Ketiga: Tasyabuh dari sudut lafaz dan makna. Contohnya amat banyak dalam al_Quran,antaranya Firman Allah Swt:

  

Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak bulan. Katakanlah: "(peredaran) anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan danamalan) manusia, khasnya ibadat Haji. Dan bukanlah perkara kebajikan: kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya (ketika kamu berihram) akan tetapi kebajikan itu ialah

8Surah al-Nisa’: 3.

Page 6: Topik 9 Muhkam Dan Mutasyabih

5/6/2018 Topik 9 Muhkam Dan Mutasyabih - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/topik-9-muhkam-dan-mutasyabih 6/10

 

132

TOPIK 9MUHKAM DAN MUTASYABIH

OUM

  perbuatan orang yang bertaqwa; dan masuklah ke rumah (Kamu) itu melalui pintunya,serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya" 9.

Orang yang tidak memahami adat bangsa arab pada zaman jahiliyyah tidak akan dapatmemahami nas ini dengan tepat. Terdapat cerita menyatakan bahawa di kalangan ansar apabila mereka berihram mereka tidak akan lagi memasuki rumah melalui pintu. Jika iadari penduduk Madar, mereka akan menebuk lubang dibelakang rumah untuk masuk dankeluar ketika berihram dan jika dari penduduk Wabar, mereka akan keluar dari belakangkhemah. Dengan kelakuan mereka itu, lalu Allah Swt menurunkan Firmannyasebagaimana ayat di atas. Kesamaran dalam ayat ini adalah berkaiatan lafaz dengansebab terlalu ringkas dan jika dipanjangkan maknanya ialah “tidak ada kebaikan jika kamumendatangiku (memasuki) rumah melalui pintu belakang ketika kamu berihram haji atauumrah. Kesamaran makna pula ialah nas dalam ayat ini dapat difahami setelahmengetahui adat bangsa arab ketika jahiliyyah. Dan makna ayat tak akan difahami jikatidak mengetahui adat tersebut.

9.4 MUTASYABIH DAN KATEGORINYA

Ulama membahagi mutasyabih kepada tiga bahagian:-

1. Semua manusia tidak mengetahui perkara yang berkaitan dengan zat Allah, haqiqatdan sifatnya, waktu kiamat dan seumpamanya tentang perkara ghaib, semuanya initersimpan di sisi Allah Swt.

    

 Maksudnya: Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib,tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Dia mengetahui apayang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Diamengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (LauhMahfuz) yang terang nyata10 .

   

 

9Surah al-Baqarah: 189.

10Surah al-An’am: 59

Page 7: Topik 9 Muhkam Dan Mutasyabih

5/6/2018 Topik 9 Muhkam Dan Mutasyabih - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/topik-9-muhkam-dan-mutasyabih 7/10

 

133

TOPIK 9 MUHKAM DAN MUTASYABIH

OUM

Maksudnya: Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. DanDia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnyatentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seorang pun yang 

betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dantiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya11.

2. Semua manusia mampu mencapai dan mengetahuinya melalui kajian danpembelajaran. Ia seperti mutasyabih yang berlaku dengan sebab ijmak seperti yangtelah diterangkan.

3. Hanya diketahui dikalangan ulamak, contoh dalam bahagian ini begitu banyakdimana Allah Swt melimpahkan ke dalam hati-hati hambanya yang bersedia danberusaha untuk memahami kitabnya.

 Al-Raghib berkata Mutasyabih terbahgi kepada tiga :-

(i) Perkara yang tidak dapat diketahui seperti waktu qiamat, keluar Rabbah danseumpamanya.

(ii) Perkara yang manusia mengetahuinya seperti lafaz-lafaz yang pelik.

(iii) Perkara yang hanya diketahui ulamak. Ini seperti doa Rasulullah Saw kepada Ibn Abbas:

     Maksudnya: Ya Allah fahamkannya dengan kefahaman agama yang mendalam danajarkannya ilmu ta’wil.

9.5 HIKMAH-HIKMAH MUTASYABIH

Walaupun mutasyabih terbahagi kepada tiga tetapi terdapat juga mutasyabih yangdiketahui ulamak. Dan ulamak telah mengkaji tentang hikmah di sebalik wujudnya

mutasyabih dalam al-Quran mengikut pembahagian berikut :-

1. Perkara yang hanya diketahi Allah Swt

 Antara hikmah dalam bahagian pertama ini ialah;

(i) Rahmat Allah Swt terhadap manusia yang daif dan lemah serta tidak mampumengetahui semua perkara. Jika satu bukit hancur dengan sebab tajalli Allah Swtdan nabi Musa rebah pengsan maka bagaiman jika Allah Swt tajalli dengan zat danhakikat sifatnya kepada manusia?. Untuk itu Allah Swt telah menyembunyikan dari

11 Surah Luqman: 34.

Page 8: Topik 9 Muhkam Dan Mutasyabih

5/6/2018 Topik 9 Muhkam Dan Mutasyabih - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/topik-9-muhkam-dan-mutasyabih 8/10

 

134

TOPIK 9MUHKAM DAN MUTASYABIH

OUM

manusia mengetahui waktu kiamat sebagai rahmat kepada mereka agar merekasentiasa bersedia menghadapinya.

(ii) Hikmah yang kedua ialah sebagai ujian adakah manusia beriman dengan perkaraghaib yang dibawa dengan khabar yang tepat? Orang-orang yang mendapathidayah akan berkata kami beriman dengannya meskipun tidak mengetahui secaratepat. Manakala orang-orang yang mempunyai hati yang buruk kekalmengingkarinya.

(iii) Dan hikmah yang ketiga ialah mutasyabih menjadi dalil dan bukti bahawa manusiaitu lemah dan jahil meskipun mempunyai ilmu. Ia juga bukti keesaan kudrat AllahSwt dan dialah yang Esa yang mengetahui segala. Manakala manusiakeseluruhannya tidak dapat menguasai ilmunya melainkan apa yang dikehendakinyadan di sana manusia akan tunduk patuh dengan khusyuk sambil berkata sepertimalaikat berkata dalam surah al-Baqarah: 32.

 

Maksudnya: Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami;sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".

Imam Fakhr al-Razi berkata jika sekiranya semua ayat al-Quran itu muhkam sudahtentu ianya untuk satu mazhab sahaja dan secara jelasnya ia membatalkan seluruhmazhab yang berlainan denganya. Dan ini menakutkan pendokong mazhab-mazhabuntuk mengkajinya. Adapun dengan wujudnya al-Mutasyabih dan al-Muhkambersama telah memberi ruang kepada setiap mazhab untuk berusaha dalammembenarkan mazhab masing-masing. Disini pengkaji yang ikhlas akan sampaikepada kebenaran.

2. Manusia mampu mencapai dan mengetahui Mutasyabih melalui kajian danpembelajaran.

3. Hanya diketahui dikalangan ulama’.

4. Sebagai ujian dan cubaan terhadap kekuatan umat Islam. Firman Allah Taala pada

ayat 7 surah Ali Imran yang bermaksud;

”Sesungguhnya orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan maka merekamengikuti ayat-ayat yang mutashabihat untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencar-cari takwilnya” 

Jadi orang yang tidak tahan dengan ujian mereka akan ingkar dengan ayat-ayatmutashabihat. Mereka enggan menuruti ajaran Al-Quran sehingga mereka bertindakmengikut sesuka hati.

Page 9: Topik 9 Muhkam Dan Mutasyabih

5/6/2018 Topik 9 Muhkam Dan Mutasyabih - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/topik-9-muhkam-dan-mutasyabih 9/10

 

135

TOPIK 9 MUHKAM DAN MUTASYABIH

OUM

5. Menggambarkan kekurangan dan kedaifan manusia. Sebanyak dan sesungguhmana pun usaha manusia masih terdapat kekurangan dan kelemahan. Kekuasaandan kebesaran Allah Allah melalui ilmu-ilmunya jelas kelihatan. Maha

mengetahuinya merangkumi perkara-perkara yang samar, rahsia sehingga malaikatpun tidak mengetahuinya. Buktinya melalui ayat 32 surah Al-Baqarah yangbermaksud;

”Mereka menjawab” Maha suci Engkau tidak ada yang kami ketahui selain daripadaapa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkaulah yang mahamengetahui dan maha bijaksana”.

6. Mendorong usaha-usaha mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan. Ayat-ayatmutashabihat yang mengandungi makna dan uslub yang pelbagai mendorong umatIslam mengkaji pelbagai disipilin ilmu. Ia merangkumi ilmu-ilmu bahasa, kimia, fizik,astronomi, ekonomi, teknik, geografi kedoktoran dan sebagainya.

7. Menggalakkan penggabungan dalil-dalil Naqli dan Aqli. Orang-orang yang mahumengkaji ayat-ayat mutashabihat akan melengkapkan dirinya dengan ilmu-ilmupengetahuan umum dan ilmu-ilmu agama. Penggabungan begini akan melahirkansatu penafsiran yang lebih baik. Seandainya kesemua ayat Al-Quran Muhkamattentunya orang tidak terdorong untuk mengakaji sesuatu melalui alat-alat ilmupengetahun umum.

  Antara hikmah mutasyabih dalam bentuk kedua dan ketiga sebagaimana di atasialah membenarkan lagi I’jaz al-Quran. Ini bermaksud manusia akan terus membuatkajian dan pengamatan terhadap setiap kalimah yang bersifat mustasyabihat. Padamasa itu ia akan menjurusnya memasuki medan ilmu balaghah, iaitu ilmu yangmembincangkan ketinggian sastera dan rahsia-rahsianya. Perbincanganya akanberkait dengan ijaz, itnab, musawah, taqdim, ta’khir, al-dhikr, al-hazf, haqiqah, majaz dan seumpamanya.

9.6 HIKMAH-HIKMAH MUHKAMAT

Secara ringkasnya ayat-ayat muhkamat dalam Al-Quran berfungsi seperti berikut;

1. Menjadi rahmat kepada umat Islam. Kerahmatan ini jelas kepada orang yang tidak

mempunyai kemampuan bahasa Arab yang tinggi. Merekatidak perlu susah-susah

mempelajari dan memahami sesuatu maksud dan erti bagi sesuatu ayat. Ayat-ayatini mudah terang dan jelas difahami kehendaknya.

2. Mudah melaksanakan perintah. Susulan daripada faedah pertama mereka jugamudah melaksanakan apa saja kehendak melalui ayat yang sudah jelas maksudnya.

3. Mendorong manusia memahami dan menghayati perintah al-Quran. Dengnadanya ayat Muhkamat mendorong mereka untuk cuba memahami kenhendak-kehendak al-Quran dan terus mengamalkan kandungannya.

4. Memudahkan belajar isi al-Quran. Kerana ayatnya jelas dan terang dan lafaz-lafaznya mudash difaham, maka hilanglah kesusahan umat untuk mempelajari isikandungan al-Quran seluruhnya.

Page 10: Topik 9 Muhkam Dan Mutasyabih

5/6/2018 Topik 9 Muhkam Dan Mutasyabih - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/topik-9-muhkam-dan-mutasyabih 10/10

 

136

TOPIK 9MUHKAM DAN MUTASYABIH

OUM

5. Memudahkan penafsiran. Kerana ayatnya yang terang maka mudahlah untukmenfasir atau memberi penjelasan terhadap maksud ayat-ayat al-Quran. Pentafsir tidaklalgi perlu untuk mencari-cari takwilan yang sesuai kerana semua lafaznya

terang dan jelas.

6. Membantu para dae. Antara lain hikmah ayat muhkamah ialah membantu paradaie atau pendakwa dan juga guru-guru untuk menerangkan isi kandungan kitabsuci Al-Quran kerana ia telah pun jelas dan terang maknanya.

7. Mempercepat hafazan ayat-ayat Al-Quran. Ayat-ayat yang mudah difahami akanmemudahkan penghafalan kerana kefahaman ayat sangat kuat membantupenghafalan ayat-ayat al-Quran.