Topik 1 pengenalan kepada pangkalan data
-
Upload
santhilas-creation -
Category
Documents
-
view
123 -
download
0
Transcript of Topik 1 pengenalan kepada pangkalan data
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 5BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Tajuk DUNIA PANGKALAN DATA
Topik 1.0 Pengenalan Kepada Pangkalan Data
A. Objektif
Pada akhir sesi guru dapat:
1. Membanding beza data dan maklumat.
2. Memberi pengertian dan kepentingan pangkalan data.
3. Menstrukturkan kaedah penyimpanan data secara bermakna.
4. Menunjukkan secara grafik organisasi pangkalan data dan hirarki data.
5. Menyatakan ciri-ciri Pangkalan Data.
B. Kandungan Pengajaran
1. Pengertian Data dan Maklumat.
2. Pangkalan Data.
3. Perkembangan Sistem Pengurusan Pangkalan Data Secara Elektronik.
4. Rekabentuk dan Model Pangkalan Data.
5. Organisasi Pangkalan Data.
6. Ciri-ciri Pangkalan Data.
1 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
Data Data
Maklumat
KutipSimpan Proses
SuntingSusun
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
1. PENGERTIAN DATA DAN MAKLUMAT
Secara ringkasnya, hubungan di antara data dan maklumat boleh digambarkan seperti rajah
di bawah.
2 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
Data
Markah ujian bulanan bagi mata pelajaran Matematik untuk setiap murid di dalam satu kelas.
Data merupakan himpunan fakta mentah mengenai sesuatu benda, kejadian, orang atau entiti yang terdiri daripada perkataan, angka atau gambar
Data boleh menjadi sesuatu fakta yang bermakna atau tidak bermakna sehingga fakta-fakta tersebut diproses.
Definisi Contoh
Maklumat merupakan hasil daripada pengumpulan, pemprosesan dan penganalisaan data yang boleh digunakan untuk membuat sesuatu keputusan.
Maklumat yang dihasilkan ini lebih bermakna dan mudah untuk difahami.
Purata markah ujian bulanan bagi mata pelajaran Matematik untuk satu kelas.
.
Maklumat
MAKLUMAT MURID
Nama: Muhammad Irfan bin Azmi
Umur: 11 Tahun
Nombor Kad Pengenalan: 031024 – 14 – 4263
Tarikh Lahir: 24 Oktober 2003
Alamat: 45, Lorong Jaya 6, Taman Jaya Bandar Tun Razak 56000 Kuala Lumpur
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
Contoh Perkaitan Data Dan Maklumat
3 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
45, Lorong Jaya 6Taman Jaya
Bandar Tun Razak56000 Kuala Lumpur
DATA
Muhammad Irfan bin Azmi
11
031024-14-426324 Oktober 2003
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
2. PANGKALAN DATAi. Pengenalan Pangkalan Data
ii. Sistem Fail
4 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
Pangkalan data boleh diilustrasikan sebagai tempat pengumpulan dan penyimpanan data. Pangkalan data ini boleh terbahagi kepada dua iaitu secara sistem fail atau secara
elektronik. Pangkalan data ini memudahkan data atau maklumat ini dicapai, diuruskan atau dikemaskini.
Sistem fail digunakan untuk menyimpan semua maklumat dalaman dan luaran yang
berkaitan dengan sesuatu projek, produk, tugas, pelanggan atau pekerja.
Penyimpanan fail bermula secara manual. Dalam sistem fail secara manual, data dan
maklumat disimpan di dalam fail-fail kertas. Setiap fail dilabelkan dan disimpan bagi tujuan
mudah dicapai dan sebagai langkah keselamatan fail-fail tersebut
Kemudian diperkenalkan data dalam sistem berkomputer yang disimpan dengan
menggunakan sistem fail biasa.
Konsep pangkalan data timbul hasil daripada keperluan untuk membina sistem pemprosesan
data yang banyak bagi menyokong aplikasi-aplikasi di organisasi yang memerlukannya.
Pangkalan data merupakan himpunan data-data berkaitan yang dikongsi bersama oleh
pelbagai kategori pengguna bagi memenuhi kehendak dan keperluan maklumat sesebuah
organisasi.
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
iii. Sistem Fail Biasa Secara Berkomputer
iv. Sistem Fail Secara Sistem Pengurusan Pangkalan Data
5 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
Hal Ehwal Murid
Ko-kurikulum
Kurikulukm
Sistem Hal Ehwal Murid
Guru
Kurikulukm
Fail Hal Ehwal Murid Data Disiplin
Data Bantuan
Data Murid
Sistem Ko-Kurikulum
Fail Ko-Kurikulum Data Sukan
Data Kelab
Data Murid
Sistem Maklumat murid
Fail Maklumat Murid Data Penjaga
Data Akademik
Data Murid
Hal Ehwal Murid
Ko-kurikulum
Kurikulukm
Guru
Kurikulukm
Sistem Hal Ehwal Murid
Sistem Ko-Kurikulum
Sistem Maklumat murid
Sistem Pengurusan Pangkanalan
Data Data Sukan
Data Kelab
Data Bantuan
Data Disiplin
Data Penjaga
Data Murid
Data Akademik
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
6 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
Kelemahan Sistem Fail Secara Manual
Rekod sukar diubah
Memerlukan masa yang panjang untuk proses carian
Memerlukan lokasi penyimpanan fail yang besar
Kelemahan Sistem Fail Secara Berkomputer
Pengulangan Data Tiada kawalan pusat boleh menyebabkan data yang sama disimpan berulangkali
Data Lewah Data atau rekod yang sama disimpan dalam dua atau lebih fail
Ketidakselarasan Data Data dalam satu fail dikemaskini tanpa mengemaskini fail lain yang disimpan oleh jabatan lain.
Kawalan Data Yang Lemah
Terdapat jabatan yang mempunyai data yang tidak lengkap
Pengasingan Data Data disimpan berasingan menyukarkan proses penggabungan maklumat
Kebersandaran Format Data
Fail disimpan dalam format berlainan menyebabkan ia sukar untuk dikemas kini dan diproses
Kebaikan Sistem Fail Secara Sistem Pengurusan Pangkalan Data
Mengelakkan pengulangan dan lewahan data
Keselarasan data lebih terjamin ahan data
Memudahkan kawalan dan perkongsian data ahan data
Capaian data lebih pantas dan tepat ahan data
Keselamatan data lebih terjamin
Kebebasan format data yang disimpan ahan data
Mampu menampung lebih ramai pengguna melalui capaian serentak ahan data
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
3. Perkembangan Sistem Pengurusan Pangkalan Data Secara Elektronik
7 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
Secara ringkasnya sejarah pembangunan sistem pengurusan pangkalan data secara elektronik ini boleh dibahagikan kepada 3 generasi.
Generasi pertama ini bermula sekitar tahun 1968 yang dikenali sebagai Information Management System (IMS) yang digunakan untuk projek pendaratan Apollo di bulan yang berasaskan kepada hirarki.
Generasi kedua merupakan penanda aras atau panduan kepada perisian-perisian sistem pangkalan data yang ada sekarang. Bahasa pertanyaan struktur (SQL) yang dibangunkan oleh IBM awal 1970-an juga menjadi perkara penting dalam generasi ini.
Generasi terkini telah berkembang bersama-sama dengan peningkatan penggunaan pengaturcaraan berorientasikan objek. Kemunculan sistem pangkalan data XML dan NoSQL menjadi pemangkin kepada pembangunan sistem pangkalan data. Sistem pangkalan data XML merupakan sistem pangkalan data yang berorientasikan struktur dokumen. Sistem pangkalan data NoSQL pula merupakan sistem pangkalan data yang yang menyediakan mekanisma penyimpanan dan capaian semula data dan maklumat.
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
4. REKABENTUK DAN MODEL PANGKALAN DATA
Rekabentuk pangkalan data merujuk kepada rekabentuk logikal struktur asas penyusunan
data untuk penyimpanan data.
Model pangkalan data merupakan model data yang menentukan struktur logikal bagaimana
data itu disimpan, disusun dan dikendalikan.
Terdapat beberapa model pangkalan data utama yang digunakan iaitu:
Model Hirarki (Hierarical Database Model)
Model Jaringan (Network Model)
Model Hubungan (Relational Model)
Model Hubungan Entiti (Entity-relational Model)
Pertimbangan dalam merekabentuk pangkalan data
Tujuan pangkalan data
Perlu mengetahui apakah maklumat yang akan diproses oleh pangkalan data
tersebut. Ini bagi menentukan apakah subjek (entiti) dan fakta apa mengenai subjek
tersebut (atribut) yang perlu disimpan.
Apakah Itu Entiti Dan Atribut?
8 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
Entiti Atribut
Suatu objek unik dan boleh
dikenal pasti dalam sesuatu
persekitaran seperti orang,
tempat atau benda yang boleh
dikutip dan disimpan sebagai
data.
Ciri-ciri yang menerangkan sesuatu entiti
Contoh:Entiti = MuridAtribut untuk Murid adalah seperti:
Nombor kad
pengenalan
Nama
Tarikh Lahir
Alamat
Kelas
Nama
Tarikh lahir
Alamat
Kelas
Nombor kad pengenalan
Murid
Entiti Atribut
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
9 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
TeksMengandungi teks dan angka yang tidak digunakan untuk membuat operasi matematik atau logik. Contoh : Nama murid, nombor kad pengenalan dan umur
Nombor Mengandungi angka yang khusus digunakan untuk membuat operasi matematik atau logik. Contoh : Markah Peperiksaan Penggal 1 Kelas 6A
Tarikh/Masa . Mengandungi data khusus untuk tarikh dan masa.Contoh : 4/17/14, 05:34:00 PM, Thursday, April 17, 2014
OLE Object Mengandungi data khusus yang meliputi gambar, suara dan data dari aplikasi lain.Contoh : Gambar murid, gambar guru dan lagu
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
JENIS DATA
Organisasi Pangkalan Data
5. ORGANISASI PANGKALAN DATA
10 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
Di dalam pangkalan data, data-data akan disimpan dan direkod di dalam bentuk jadual mengikut
medan-medan yang telah ditentukan. Pangkalan data boleh terdiri daripada satu atau lebih
jadual. Gambar rajah di bawah adalah contoh jadual yang terdiri daripada gabungan rekod dan
medan.
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
Berikut adalah istilah dan penerangan berkenaan Jadual, Rekod dan Medan.
Istilah Keterangan
Jadual Koleksi rekod-rekod yang berkaitan
Rekod Koleksi medan yang berkaitan dan dalam
jadual
Selalunya medan berada pada kedudukan
baris dijadual.
Medan Kombinasi satu atau lebih bait atau aksara
Setiap medan diwakili oleh lajur pada jadual
Medan merupakan unit terkecil dalam sistem
pangkalan data .
HIRARKI DATA
Hirarki data adalah sebuah piramid yang menunjukkan bagaimana data disusun dari unit
yang kecil kepada unit yang besar dan kemudian membentuk sebuah pangkalan data.
Gambar rajah di bawah menunjukkan perkaitan dan susunan data mengikut hirarki data.
11 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
6. CIRI-CIRI PANGKALAN DATA
12 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
Pangkalan data mempunyai ciri-ciri dan keupayaan yang tertentu seperti dapat
mengemaskini, menyusun dan menapis maklumat yang dikehendaki. Lihat jadual di bawah.
Operasi Asas Kegunaan
Update (kemaskini) Proses untuk mengubah isi kandungan bagi rekod di
dalam fail/jadual. Proses ini mungkin menambah,
memadam atau mengubah isi kandungan rekod.
Insert (memasukkan) Proses untuk menambah rekod baru ke dalam fail/jadual.
Delete (memadam) Proses untuk mengeluarkan rekod daripada fail/jadual.
Sort (susun) Untuk menyusun rekod di dalam fail/jadual berdasarkan
kepada kriteria tertentu seperti susunan rekod mengikut
tarikh. Menyusun rekod mengikut urutan “ascending”
( A ke Z) dan “descending” ( Z ke A)
Filter ( tapis) Menapis satu atau lebih rekod dalam keadaan tertentu.
Sistem Pengurusan Pangkalan Data – Database Management System (DBMS)
Contoh-contoh Perisian Sistem Pengurusan Pangkalan Data
13 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
Sistem Pengurusan Pangkalan Data atau Database Management System (DBMS) adalah
satu sistem perisian yang membolehkan pengguna mentakrif, mencipta, menyusun,
mengemas kini, mengurus dan menyelenggara pangkalan data. DBMS turut mengawal
capaian terhadap data dalam pangkalan data.
DBMS boleh dianggap sebagai antaramuka di antara pengguna dan pangkalan data di
mana ia membantu pengguna mencapai dan memanipulasikan data yang disimpan di
dalam pangkalan data.
Antara DBMS yang biasa digunakan ialah Microsoft Access, dBASE III Plus, FoxBASE
Plus, Oracle, MS SQL Server, SoftBASE, Clipper, Paradox
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
Contoh-contoh Sistem Pengurusan Pangkalan Data
14 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
15 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET