Topik 1 keusahawanan
-
Upload
ayubkhan-kks -
Category
Education
-
view
248 -
download
4
Transcript of Topik 1 keusahawanan
KURSUS WAJIB SIJILMPU 1221
KEUSAHAWANAN
TOPIK PENTAKSIRAN P&PT1. PENGENALAN KEPADA
KEUSAHAWANANKUIZ, TUGASAN TEORI
T2. MENJANA IDEA PERNIAGAAN
TUGASAN TEORI, PEMBENTANGAN
T3. CAMPURAN PEMASARAN (4P’s)
• PRODUK, • PERLETAKAN HARGA, • PROMOSI & • PENGAGIHAN
KUIZ, UJIAN, TUGASAN AMALI, PEMBENTANGAN
T4. PENGEKOSAN (COSTING)
UJIAN, TUGASAN AMALI
KANDUNGAN KURSUS
HASIL PEMBELAJARAN Di akhir kursus ini, para pelajar akan boleh:-1. Mengenalpasti kompetensi usahawan yang berjaya. 2. Menghasilkan idea untuk menjalankan perniagaan.3. Mengenalpasti produk dan perletakan harga.4. Mengenalpasti kaedah promosi dan pengagihan dalam perniagaan.5. Menyediakan Jadual Kos Pelaksanaan Projek dan mengira untung rugi perniagaan.
KAEDAH PENTAKSIRAN KOMPONEN
PERNILAIAN T1 T2 T3 T4 MARKAH
PENILAIAN BERTERUS
AN
*TEORI
KUIZ 5% 5%
70%
UJIAN 5% 5%
TUGASAN TEORI 5% 5%
**AMALI
TUGASAN AMALI 10% 10%
PEMBENTANGAN 10% 10%
PENILAIAN AKHIR
(PA)AMALI
PEMBENTANGAN LAPORAN
AKTIVITI JUALAN
30% 30%
TOPIK 1.0
PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN
Di akhir kursus ini, para pelajar akan boleh:-
Menerangkan definisi dan konsep keusahawanan.
HASIL PEMBELAJARAN
KAEDAH PENTAKSIRAN
KUIZ – 5% TUGASAN TEORI – 5%
TOPIK 1.0
PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN
Di akhir kursus ini, para pelajar akan boleh:-
Menerangkan definisi dan konsep keusahawanan.
HASIL PEMBELAJARAN
KAEDAH PENTAKSIRAN
KUIZ – 5% TUGASAN TEORI – 5%
TOPIK 1.0
PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN
DEFINISI USAHAWAN
Perkataan ‘entrepreneur’ adalah bahasa Inggeris yang berasal dari bahasa Perancis iaitu ‘entreprendre’ yang bermaksud memikul atau mencuba.
Dalam Bahasa Malaysia “usaha” membawa maksud daya upaya termasuk ikhtiar, kegiatan, perbuatan dan lain-lain untuk melaksanakan atau menyempurnakan sesuatu pekerjaan.
DEFINISI USAHAWAN(smbg:)Orang yang:
mengusahakan sesuatu perusahaan secara besar-besaran untuk membuat barang-barang industri atau
berniaga secara besar-besaran
Orang atau ahli perniagaan yang: mengambil risiko menggabungkan faktor
pengeluaran termasuk modal, buruh, bahan dan
menerima ganjaran melalui keuntungan daripada nilai pasaran barangannya.
TUGASAN PELAJAR:
KERTAS SOAL SELIDIK USAHAWAN DI EDARKAN UNTUK MELIHAT CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN DALAM DIRI PELAJAR
SKOR PENILAIAN45 ke atas Anda mempunyai potensi yang tinggi
untuk menjadi usahawan yang
berjaya35 – 45 Anda mempunyai potensi untuk
berjaya dalam keusahawanan26 – 35
Anda mempunyai potensi untuk berjaya dalam keusahawanan
15 – 25 Potensi anda dalam keusahawanan
tidak jelas dan perlu banyak belajar
untuk berjaya
PERBEZAAN ANTARA:PENIAGA USAHAWAN
Seorang peniaga tidak semestinya seorang usahawan.
Seorang usahawan juga seorang peniaga.
Sentiasa melibatkan diri dengan urusan jual beli.
Melibatkan diri dengan usaha mencipta barangan keluaran sendiri.
Sentiasa berusaha menambah keuntungan
Mementingkan kejayaan dan kepuasan, bukannya keuntungan semata-mata.
Menjual barangan yang sedia ada dalam pasaran.
Memperkenalkan barangan baru yang boleh menembusi pasaran.
Menghadapi persaingan sebagai cabaran biasa.
Persaingan adalah satu cabaran yang memerlukan penelitian rapi untuk terus hidup.
Berfikir hanya untuk menyelesaikan masalah harian.
Merenung jauh kehadapan dan sentiasa berfikir untuk meningkatkan kemajuan pada masa hadapan.
Mementingkan keuntungan jangka masa pendek
Mementingkan keuntungan jangkamasa panjang.
• Inisiatif• Melihat dan merebut peluang• Kecekalan• Rajin mencari Maklumat• Menitik beratkan mutu kerja yang tinggi
• Komitmen terhadap kerja• Berorientasi ke arah kecekapan• Membuat perancangan yang sistematik• Menyelesaikan masalah secara kreatif• Yakin terhadap keupayaan diri • Dapat Meyakinkan orang lain• Mempunyai Motivasi yang tinggi• Bijak Membuat keputusan
KOMPETENSI USAHAWANAN• Bertanggungjawab• Bijak Berkomunikasi• Kebolehan menangani keadaan
tidak menentu (menghadapai risiko)
• Minda kreatif• Keazaman dan kesungguhan• Kemahiran kerja berkumpulan• Ketahanan mental dan fizikal• Kemahiran pengurusan• Kemahiran teknikal• Kepercayaan kepada diri sendiri• Menyelesaikan masalah• Mempunyai teknik rundingan
yang baik
TUGASAN INDIVIDU 1: ANDA DIKEHENDAKI MENYENARAIKAN DENGAN
PENERANGAN 7 KOMPETESI USAHAWAN YANG BERJAYA.
SILA NYATAKAN BUKU RUJUKAN YANG ANDA GUNAKAN
SILA NYATAKAN MUKASURAT BERAPA RUJUKAN YANG ANDA DAPATKAN.
SEKIRANYA DATA DIPEROLEHI DARI INTERNET, PASTIKAN ANDA CATATKAN WEBSITE MANA ANDA PEROLEHI.
DEFINISI KEUSAHAWANAN Satu bidang ilmu yang merangkumi unsur-unsur
sikap, kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan dengan perniagaan dan perusahaan.
Menurut para intelektual dan pakar-pakar perniagaan, keusahawanan merupakan kombinasi: pelbagai idea, kerja keras dan peka terhadap perubahan pasaran bisnes dan kaedah memenuhi permintaan pasaran dan pengurusan yang bekesan.
DEFINISI KEUSAHAWANAN (smbg:)
Satu proses pewujudan dan pengembangan perniagaan secara berterusan yang menyumbang kepada proses pembangunan ekonomi sesebuah negara.
Bidang keusahawanan adalah satu bidang kerjaya yang profesional.
DEFINISI KEUSAHAWANAN (smbg:)
Satu kebolehan, kemampuan, dan kecenderungan untuk melakukan perkara-perkara berikut :-
• Mengenalpasti peluang perniagaan• Mengendalikan usaha perniagaan yang
menguntungkan dirinya sendiri dan orang ramai.
KEUSAHAWANAN
INOVASI Keusahawanan menerangkan tentang arah tuju
utama bagi sesuatu bisnes iaitu inovasi. Inovasi setakat ini adalah faktor utama yang
mendorong munculnya satu perniagaan kecil ataupun keusahawanan.
Inovasi adalah:
memperkenalkan penciptaan produk / perkhidmatan baru di mana dapat mengubah suasana pasaran
mewujudkan atau mencipta pasaran baru. mengubah atau memperbaharui produk /
perkhidmatan untuk menjadi produk atau proses yang dipilih ramai.
TUGASAN KUMPULAN 2: Pelajar perlu menyediakan laporan profil 3 tokoh
usahawan dengan membandingkan kriteria di bawah daripada keratan akhbar atau internet.
KRITERIA YANG PERLU ADA DALAM PROFIL ANDA:1. Latar belakang, 2. Faktor pendorong, 3. Halangan/kegagalan, 4. Cara mengatasi, 5. Kejayaan dan 6. Prinsip hidup
7. Rumusan
RUMUSAN
“Keusahawanan adalah proses dinamik visi, perubahan dan penciptaan”. Ianya proses
penggunaan tenaga dan semangat terhadap penciptaan dan pengimplementasian idea baru dan cadangan kreatif,
kerelaan untuk mengambil kira risiko dalam tempoh masa, modal, atau kerjaya,
kebolehan merumuskan kumpulan perusahaan yang berkesan,
kemahiran kreatif kepada pegawai yang memerlukan sumber, kemahiran asas pembinaan perancangan perniagaan yang sempurna; dan
Rumusan smbg: visi untuk mengenali peluang ketika orang lain melihatnya
sebagai kelamkabut, percanggahan dan kekeliruan.
Namun, tidak semua orang sesuai untuk menjadi seorang usahawan – dan tidak semua orang mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk menjadikannya berjaya.
Sabda Rasulullah: Untuk bahagia di dunia, perlu ada ilmu Untuk bahagia di akhirat, perlu ada ilmu
Kesimpulannya: untuk hidup di dunia dan mati di akhirat manusia perlu
ada ilmu untuk terus berjaya.
RUJUKAN
1. Saridan Abu Bakar. 2002. Penyediaan Rancangan Perniagaan. Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC), Universiti Teknologi MARA, Shah Alam
2. Azilahwati, Syaharizad, SitiNorazian, IntanShazila, Muhammad Helmi. (2012). Modul Asas Kemahiran Keusahawanan Kolej Komuniti. Jabatan Pengajian Kolej Komuniti.