Tips Saham Hari Ini

download Tips Saham Hari Ini

of 11

Transcript of Tips Saham Hari Ini

  • 8/3/2019 Tips Saham Hari Ini

    1/11

    Tips Saham hari ini

    Salam sejahtera,

    Semalam kalau yg mengikuti perkembangan saham, sudah tentu mengetahuikebanyakkan harga-harga saham jatuh sedikit.. Tetapi hari ni kebanyakkansaham-saham telah mengalami pemulihan dan kaunter saham untung melebihi

    dari kaunter saham rugi.. Sebenarnya apabila harga saham jatuh, banyakmemberi kelebihan kepada kita. Salah satunya ialah kita dapat membeli dengan

    harga murah. Dan peluang harga saham naik juga cerah.

    Hari ni saya nak bagi sedikit tips.. bagaimana nak membeli saham bila keadaansebegini terjadi. Apa yg anda lihat di atas ialah kaunter saham GSB yang

    mengalami kejatuhan semalam. Tetapi hari ni dia telah mula naik sikit. Jadi mcmmana saya meramalkan ia akan naik lagi esok..

    Cara saya mudah sahaja.. Anda boleh lihat berapa jumlah volume atau jumlah Lot

    yg dibeli oleh para pelabur pada petang tadi... Cuba anda tengok di bahagian Vol.Anda boleh lihat ada beberapa pelabur yang telah membeli sejumlah 21129 Lot

    dan pelabur kedua terbesar telah membeli sejumlah 10200 Lot dengan harga 12sen

    Anda tahu berapa jumlahnya?Jumlahnya mencecah RM350,000 bagi kedua2 pelabur terbesar tersebut.

    Apa maknanya semua ini?Ini bermakna apabila ada pelabur berani melaburkan sejumlah wang besar untuk

    membeli dengan harga tersebut; ini bermakna ia mungkin mendapat tips hargatersebut akan naik atau cuba mengawal harga tersebut supaya ia tidak turun.

    Apabila pelabur lain melihat situasi sebegini , mereka juga akan turut

  • 8/3/2019 Tips Saham Hari Ini

    2/11

    mengikutnya kerana mereka yg lain juga akan menyangka harga saham tersebut akannaik keesokkannya.

    Jadi kita juga perlu mengikut rentak pelabur lain iaitu dengan turut sama membeli..

    Sebelum anda membeli anda pastikan jumlah Volume hari ini melebihi dari

    volume semalam.. Sekiranya ia dipatuhi, bermakna potensi harga akan naik adalahtinggi. Jadi, kalau dah untung sedikit tu juallah.. mana la tahu.. harga tak menentupulak untuk hari itu.. Terpulanglah pada anda nak kaut untung berapa..

    Yang penting jangan tamak..

    Sampai di sini tips saya hari ini. Selamat melabur !!!

    www.rahsiawangku.com

    Posted by Maysilzaf at 6:05 AM0 comments

    Friday, October 19, 2007

    Untung rugi bergantung kepada jenis saham

    Saham tidak semestinya tergolong dalam satu jenis pengkelasan saja.

    Saham mewah bermaksud saham syarikat yang mempunyai kedudukan kewangan yang mantap

    dan cemerlang.

    Istilah cip biru (blue chips) sebenarnya berasal daripada permainanpoker di mana cip biru mempunyai nilai tertinggi berbanding cip putih atau merah.

    Syarikat cip biru ini seharusnya mempunyai rekod perniagaan yang bagus

    dan berprestasi cemerlang, di samping mempunyai kedudukan kecairan yangtinggi dan modal ekuitinya lebih tinggi daripada hutang atau pinjamannya.

    Selain itu, syarikat juga mencatat keuntungan berterusan dan mempunyai

    rekod pembayaran dividen yang stabil. Harga saham juga sentiasa stabil.

    Saham pertumbuhan (growth shares) pula adalah saham syarikat yangmempamerkan pertumbuhan pesat dari segi keuntungan.

    Perolehan syarikat meningkat dengan kadar yang lebih cepat berbanding

    kadar pertumbuhan ekonomi keseluruhan sesebuah negara dan purata industri.

    Saham pendapatan (income shares) pula adalah saham syarikat yang mampumembayar dividen yang tinggi dari tahun ke tahun walaupun pertumbuhan

    keuntungannya tidak begitu menggalakkan.

    Syarikat dalam kategori ini kebiasaannya terbabit dalam sektor ultilitidan industri yang kalis kemelesetan.

  • 8/3/2019 Tips Saham Hari Ini

    3/11

    Saham pusingan (cyclical shares) pula lebih kepada saham syarikat yang

    dipengaruhi secara langsung oleh keadaan ekonomi negara atau situasiekonomi global. Prestasi syarikat terbabit naik dan turun mengikut

    pusingan ekonomi semasa.

    Ketika keadaan ekonomi memberangsangkan, prestasi syarikat terbabitturut meningkat dengan kadar yang tinggi dan sahamnya menjadi popular di

    kalangan pelabur dan sebaliknya.

    Syarikat yang tergolong dalam kategori ini adalah seperti industri yangberasaskan permintaan pengguna khususnya perumahan, kereta dan perladangan.

    Saham bertahan (defensive shares) bermaksud saham syarikat yang

    berkeupayaan menunjukkan prestasi yang baik dari segi purata keuntungandan pembayaran dividen walaupun di dalam suasana kemelesetan ekonomi.

    Saham spekulatif merujuk kepada saham syarikat yang tidak mempunyai

    kestabilan harga.

    Harga saham syarikat terbabit tinggi walaupun tidak mempamerkan prestasikewangan cemerlang. Biasanya harga sahamnya meningkat dan menurun dengan cepat.

    .........................................................................Di suatu masa anda mungkin akan mendapat maklumat

    mengenai sesuatu saham yang patut dibeli,Anda mungkin akan terlepas peluang sekiranya

    tidak tahu apa yang perlu dilakukan,Sediakan diri anda sekarang !!!

    Dapatkan Panduan Maybank2u anda,www.rahsiawangku.com

    Posted by Maysilzaf at 9:05 PM0 comments

    Mengenali asas pelaburan

    KITA sering mendengar orang ramai bercakap atau berbincang mengenai pelaburan. Isupelaburan kebelakangan ini begitu hangat diperkatakan dan sudah menjadi satu topik perbualanumum.

    Justeru, tidak hairan jika ramai menganggap pelaburan dan spekulasi adalah satu perkara yang

    sama. Bagi mengelak dipengaruhi kegiatan spekulasi berkenaan, pelabur terutama pelabur baruperlu mengenali asas pelaburan.

  • 8/3/2019 Tips Saham Hari Ini

    4/11

    Kebiasaannya, sebelum seseorang pelabur khususnya pelabur di pasaran saham memulakanpelaburan, dia mungkin tidak mempunyai pengetahuan mengenai selok-belok pelaburan.

    Pelabur berkenaan mungkin bergantung sepenuhnya kepada remisier atau broker saham untuk

    memberitahunya mengenai prosedur urus niaga dan peraturan pasaran saham.

    Selain itu, kebanyakan pelabur pula mungkin membuat keputusan untuk berurus niagaberdasarkan khabar angin dan spekulasi.

    Walaupun, ada antara mereka yang berjaya memperoleh keuntungan segera, namun lama-

    kelamaan ia bertukar kepada kerugian kerana terus bergantung kepada khabar angin danspekulasi berkenaan.

    Ini disebabkan pelabur kecil terbabit biasanya mempunyai dana yang terhad dan tidak mampu

    bertahan lama di pasaran.

    Secara umumnya, pelaburan boleh didefinisikan sebagai `satu pertukaran wang tunai ataupembelian aset dengan harapan bahawa aset itu akan membawa keuntungan pada masa depan

    dalam bentuk faedah, dividen, sewaan atau kenaikan harga'.

    Perkataan `aset' bermaksud aset tetap dan aset kewangan. Aset tetap ialah aset nyata iaitu hartayang bersifat kebendaan dan mencerminkan nilai sebenar seperti tanah, rumah, kenderaan dan

    peralatan.

    Aset kewangan pula ialah sesuatu harta yang bersifat tuntutan berdokumen terhadappemilikannya dan agak sukar menentukan nilai sebenarnya seperti saham, simpanan tetap dan

    insurans.

    Perlu ditekan di sini, perkataan `dengan harapan' bermakna ia membabitkan risiko iaitukemungkinan mengakibatkan kerugian.

    Setiap pelaburan pasti mempunyai risiko. Jika seseorang melabur di pasaran terbuka, risiko yang

    perlu ditanggungnya ialah perubahan harga sesuatu saham berkenaan.

    Berdasarkan definisi itu, jelas bahawa ada pelbagai bentuk pelaburan. Menyimpan wang didalam akaun simpanan, membeli hartanah dan membeli kenderaan adalah antara contoh

    pelaburan.

    Malah, menyimpan wang dalam `tabung buluh' juga dianggap sebagai pelaburan iaitu memberipulangan atau faedah ketika berlaku deflasi iaitu ketika harga barangan atau perkhidmatan turun.

    Berikutan wujud pelbagai bentuk pelaburan, seseorang pelabur perlu bijak menentukan matlamat

    pelaburannya. Selain risiko, antara ciri lain yang harus dipertimbangkan ialah bentuk pulangan,kecairan dan ketidaktentuan pasaran saham.

    Bentuk pulangan sesuatu pelaburan biasanya merangkumi pulangan tetap dan keuntungan modal.

  • 8/3/2019 Tips Saham Hari Ini

    5/11

    Sesetengah pelaburan hanya memberi pulangan dalam bentuk pulangan tetap seperti akaunsimpanan, simpanan tetap, bil Perbendaharaan dan bon.

    Pelaburan yang tidak menjanjikan pulangan secara tetap tetapi dalam bentuk keuntungan modal

    yang tinggi ialah seperti pelaburan emas dan berlian.

    Pelaburan yang bergantung kepada keuntungan modal biasanya memberi pulangan yang tinggiberbanding pelaburan yang memberi pulangan tetap. Bagaimanapun, pelaburan yang memberi

    keuntungan modal sahaja adalah lebih berisiko berbanding pelaburan yang memberi pulangantetap.

    Dalam jangka panjang, pelaburan di pasaran saham terbuka memberi pulangan yang lebih tinggi

    berbanding kaedah pelaburan simpanan akaun tetap.

    Dapatkan Panduan Maybank2u anda,

    www.rahsiawangku.com

    Posted by Maysilzaf at 9:03 PM0 comments

    Friday, October 5, 2007

    Aspek kecairan dalam pelaburan

    MINGGU ini kita membincangkan mengenai aspek kecairan (liquidity) dalam pelaburan. Istilah

    ini bermaksud kemudahan untuk menukar sesuatu bentuk pelaburan kepada tunai di dalamjangka masa singkat tanpa menanggung kos urus niaga yang tinggi.

    Berdasarkan fakta, ramai bakal pelabur lebih suka memilih pelaburan yang mempunyai tahap

    kecairan yang tinggi. Menurut hukum ekonomi permintaan dan penawaran, lebih tinggi tahapkecairan sesuatu pelaburan, maka lebih rendah pulangannya.

    Pelaburan yang mempunyai tahap kecairan yang tinggi seperti akaun simpanan, simpanan tetap

    dan bon, di mana pelabur boleh menunaikan atau menukar pelaburannya pada harga pokokkepada wang tunai dalam kadar segera tanpa membabitkan kos urus niaga yang tinggi.

    Manakala pelaburan yang mempunyai tahap kecairan rendah seperti hartanah atau aset tetap akan

    mengambil masa yang lebih lama dan membabitkan kos urus niaga yang agak tinggi.

    Seseorang mungkin terfikir pelaburan di pasaran saham terbuka boleh diklasifikasikan sebagaimempunyai tahap kecairan yang tinggi kerana saham biasanya boleh dijual atau ditukar kepada

    wang tunai dalam tempoh beberapa hari. Namun, realitinya, saham boleh menjadi satu pelaburanyang tidak mudah cair.

    Antara sebab utama keadaan itu ialah kebanyakan pelabur mungkin dibelenggu oleh `perangkap

  • 8/3/2019 Tips Saham Hari Ini

    6/11

    psikologi'. Pelabur tidak mahu menjual pegangan mereka di bawah paras harga belian sesuatusaham ketika pasaran jatuh.

    Mereka lebih rela menunggu dan berharap pasaran akan naik semula, tetapi jika diteliti, sesuatu

    kejatuhan pasaran (bear market) mungkin mengambil masa sehingga dua hingga tiga tahun.

    Justeru, pelabur berkenaan terpaksa menunggu dalam jangka masa itu untuk melakukan urusniaga dan seterusnya mendapat keuntungan. Antara sebab lain ialah seseorang pelabur itu

    mungkin tidak boleh menjual pegangannya apabila tiba masa untuk menjual.

    Ciri terakhir pula ialah ciri ketidaktentuan (uncertainty) yang mana lebih berkisar kepada faktor`harapan' dan `risiko'. Ini disebabkan sesetengah bentuk pelaburan sukar untuk menjangka

    pulangannya berbanding pelaburan lain.

    Misalnya, simpanan tetap boleh dikategorikan sebagai satu pelaburan yang selamat di dalamkeadaan biasa. Namun begitu, ramai juga pelabur yang terperangkap seperti apa yang berlaku di

    Indonesia di mana beberapa bank dan syarikat kewangan terpaksa ditutup atau diambil alihpengurusannya ekoran krisis kewangan pada 1997.

    Pelaburan di pasaran saham terbuka juga mempunyai tahap ketidaktentuan pulangan yang sangat

    tinggi. Harga saham yang stabil pada hari ini mungkin akan jatuh menjunam pada masa depan,begitu juga sebaliknya.

    Kebanyakan pelabur baru di pasaran saham terbuka tidak memahami konsep ini. Mereka secara

    melulu bergantung kepada remisier atau khabar angin dan seterusnya menjangka pelaburanmereka akan menepati jangkaan dan memberikan pulangan yang besar.

    Seseorang tidak boleh mendapatkan sesuatu tanpa membabitkan kos. Pelaburan saham di pasaran

    bebas hanya memberi pulangan yang tinggi disebabkan ketidaktentuannya.

    Jika anda tidak sanggup menanggung risiko ketidaktentuan ini, adalah lebih baik jika andamemilih pelaburan yang lebih selamat seperti simpanan tetap, amanah saham tertutup dan

    sebagainya.

    Dapatkan Panduan Maybank2u anda,

    www.rahsiawangku.com

    Posted by Maysilzaf at 5:08 PM0 comments

    Mengenali asas pelaburan

    KITA sering mendengar orang ramai bercakap atau berbincang mengenai pelaburan. Isupelaburan kebelakangan ini begitu hangat diperkatakan dan sudah menjadi satu topik perbualan

    umum.

    Justeru, tidak hairan jika ramai menganggap pelaburan dan spekulasi adalah satu perkara yang

  • 8/3/2019 Tips Saham Hari Ini

    7/11

    sama. Bagi mengelak dipengaruhi kegiatan spekulasi berkenaan, pelabur terutama pelabur baruperlu mengenali asas pelaburan.

    Kebiasaannya, sebelum seseorang pelabur khususnya pelabur di pasaran saham memulakan

    pelaburan, dia mungkin tidak mempunyai pengetahuan mengenai selok-belok pelaburan.

    Pelabur berkenaan mungkin bergantung sepenuhnya kepada remisier atau broker saham untukmemberitahunya mengenai prosedur urus niaga dan peraturan pasaran saham.

    Selain itu, kebanyakan pelabur pula mungkin membuat keputusan untuk berurus niaga

    berdasarkan khabar angin dan spekulasi.

    Walaupun, ada antara mereka yang berjaya memperoleh keuntungan segera, namun lama-kelamaan ia bertukar kepada kerugian kerana terus bergantung kepada khabar angin dan

    spekulasi berkenaan.

    Ini disebabkan pelabur kecil terbabit biasanya mempunyai dana yang terhad dan tidak mampubertahan lama di pasaran.

    Secara umumnya, pelaburan boleh didefinisikan sebagai `satu pertukaran wang tunai atau

    pembelian aset dengan harapan bahawa aset itu akan membawa keuntungan pada masa depandalam bentuk faedah, dividen, sewaan atau kenaikan harga'.

    Perkataan `aset' bermaksud aset tetap dan aset kewangan. Aset tetap ialah aset nyata iaitu harta

    yang bersifat kebendaan dan mencerminkan nilai sebenar seperti tanah, rumah, kenderaan danperalatan.

    Aset kewangan pula ialah sesuatu harta yang bersifat tuntutan berdokumen terhadap

    pemilikannya dan agak sukar menentukan nilai sebenarnya seperti saham, simpanan tetap daninsurans.

    Perlu ditekan di sini, perkataan `dengan harapan' bermakna ia membabitkan risiko iaitu

    kemungkinan mengakibatkan kerugian.

    Setiap pelaburan pasti mempunyai risiko. Jika seseorang melabur di pasaran terbuka, risiko yangperlu ditanggungnya ialah perubahan harga sesuatu saham berkenaan.

    Berdasarkan definisi itu, jelas bahawa ada pelbagai bentuk pelaburan. Menyimpan wang di

    dalam akaun simpanan, membeli hartanah dan membeli kenderaan adalah antara contohpelaburan.

    Malah, menyimpan wang dalam `tabung buluh' juga dianggap sebagai pelaburan iaitu memberi

    pulangan atau faedah ketika berlaku deflasi iaitu ketika harga barangan atau perkhidmatan turun.

    Berikutan wujud pelbagai bentuk pelaburan, seseorang pelabur perlu bijak menentukan matlamatpelaburannya. Selain risiko, antara ciri lain yang harus dipertimbangkan ialah bentuk pulangan,

  • 8/3/2019 Tips Saham Hari Ini

    8/11

    kecairan dan ketidaktentuan pasaran saham.

    Bentuk pulangan sesuatu pelaburan biasanya merangkumi pulangan tetap dan keuntungan modal.Sesetengah pelaburan hanya memberi pulangan dalam bentuk pulangan tetap seperti akaun

    simpanan, simpanan tetap, bil Perbendaharaan dan bon.

    Pelaburan yang tidak menjanjikan pulangan secara tetap tetapi dalam bentuk keuntungan modalyang tinggi ialah seperti pelaburan emas dan berlian.

    Pelaburan yang bergantung kepada keuntungan modal biasanya memberi pulangan yang tinggi

    berbanding pelaburan yang memberi pulangan tetap. Bagaimanapun, pelaburan yang memberikeuntungan modal sahaja adalah lebih berisiko berbanding pelaburan yang memberi pulangan

    tetap.

    Dalam jangka panjang, pelaburan di pasaran saham terbuka memberi pulangan yang lebih tinggiberbanding kaedah pelaburan simpanan akaun tetap.

    Dapatkan Panduan Maybank2u anda,www.rahsiawangku.com

    Posted by Maysilzaf at 5:07 PM0 comments

    Pergerakan indeks gambarkan sentimen pasaran II

    BAGAIMANAKAH pengiraan Indeks Komposit BSKL? Setiap indeks mempunyai tahun asas

    masing-masing. Pada tahun asas ini, nilai saham diseragamkan pada 100 mata. Pada akhirNovember yang lalu, IK berada pada paras 725 mata, ini bermaksud nilai saham telah meningkat

    lebih tujuh kali ganda dari tahun asasnya, iaitu 1977.

    Sementara itu, kebanyakan indeks lain menggunakan kaedah purata mudah (simple average)sebagai cara pengiraan, Indeks Komposit menggunakan kaedah purata berwajaran (weighted

    average).

    Kewajaran yang digunakan berdasarkan bilangan saham biasa berbaki (ordinary sharesoutstanding). Sebagai contoh, syarikat gergasi seperti Telekom Malaysia Berhad, Tenaga

    Nasional Berhad dan Malayan Banking Berhad diberi wajaran yang lebih tinggi berbanding

    syarikat kecil lain.

    Kaedah pengiraannya adalah dengan membahagikan agregat pasaran semasa dengan agregat

    pasaran pada tahun asas IK (1977) dan didarab dengan 100.

    Untuk memastikan ketekalannya (consistency), nilai pasaran pada tahun asas boleh diubahsuaijika berlaku perubahan dalam struktur modal komponen indeks seperti tawaran hak baru (rights

    issue) atau kemasukan komponen indeks baru.

  • 8/3/2019 Tips Saham Hari Ini

    9/11

    BSKL membuat pengiraan secara elektronik untuk semua indeksnya bagi setiap minit untuk

    memenuhi keperluan pelabur mengenai prestasi pasaran yang terkini sepanjang masa urusniaga.

    Maklumat mengenai indeks ini disalurkan terus kepada syarikat broker saham dan penguna

    informasi terkini pasaran di laman web tertentu.

    Apakah kepentingan indeks ini kepada pelabur? Sebenarnya pergerakan harga saham komponen

    indeks mempengaruhi turun naik sesuatu indeks bukan sebaliknya. Pergerakan indeksmengambarkan sentimen pasaran. Ia digunakan oleh pelabur bagi menentukan turun atau naik

    pasaran, pasaran aktif atau lembap.

    Dengan adanya pelbagai indeks ini, pelabur boleh menentukan aliran pasaran sama ada pasaranmeningkat (bull market) atau pasaran menjunam (bear market).

    Pelabur juga menggunakannya sebagai perbandingan antara suatu sektor dengan sektor yang lain

    dan juga arah pergerakannya. Bagaimanapun, ini tidak bermakna pelabur boleh mendapatkeuntungan lumayan dengan hanya memerhati pegerakan indeks ini.

    Menjejaki indeks ini hanyalah sebagai satu panduan dalam proses untuk membuat keputusan

    pelaburan. Walaupun pasaran meningkat, pelabur masih perlu bijak memilih atau menilaikaunter yang baik untuk pelaburan.

    Perlu diingat, kaunter saham tidak semestinya bergerak seiring dengan pasaran dan

    pergerakannya juga tidak setara dengan pegerakan pasaran.

    Dalam membuat pemilihan kaunter saham, sesetengah pelabur membuat penilaian berdasarkanrisiko pasaran dan juga risiko spesifik (specific risk).

    Risiko pasaran mengambil kira sebahagian daripada pergerakan harga saham berdasarkan

    pergerakan pasaran secara keseluruhan. Ini bagaimanapun bertentangan dengan risiko spesifikyang mengambil kira pergerakan harga berdasarkan kaunter spesifik saja.

    Dalam pasaran yang meningkat (bull market), pelabur mungkin melihat kaunter yang lebih

    agresif. Lebih tinggi risiko sesuatu kaunter itu, maka lebih tinggi kenaikan harga berbandingindeks pasaran.

    Bagaimanapun, ketika kemelesetan ekonomi, mereka memilih saham lebih selamat dan

    mempunyai tahap risiko yang rendah.

    Dapatkan Panduan Maybank2u anda,www.rahsiawangku.com

    Posted by Maysilzaf at 5:05 PM0 comments

    Monday, September 24, 2007

  • 8/3/2019 Tips Saham Hari Ini

    10/11

    Indeks pasaran tunjuk arah aliran, prestasi urus niaga I

    Kegunaan indeks dan cara pengiraan indeks pasaran terutama Indeks Komposit Bursa Saham

    Kuala Lumpur (BSKL).

    Ingin saya jelaskan di sini bahawa indeks pasaran sudah digunakan secara meluas oleh pemerhatipasaran sebagai satu petunjuk arah aliran dan prestasi pasaran dalam sesuatu jangka masa.

    Indeks pasaran juga dianggap sebagai `barometer' atau kayu pengukur pergerakan harga danjumlah urus niaga saham di BSKL.

    Malah, setiap bursa saham dunia mempunyai indeks masing-masing sebagai panduan

    menentukan arah aliran secara purata bagi setiap hari dagangan.

    Sebagai contoh, Indeks Perusahaan Dow Jones digunakan Bursa Saham New York, IndeksNikkei digunakan Bursa Saham Tokyo dan Indeks Kewangan Times oleh Bursa Saham England.

    Bursa Saham Singapura menggunakan Indeks Perusahaan Straits Times dan Bursa Saham Hong

    Kong dengan Indeks Hang Seng.

    Di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL), indeks pasaran paling diikuti atau yang paling popularadalah Indeks Komposit BSKL dan Indeks Emas BSKL.

    Indeks Emas merangkumi semua kaunter syarikat yang tersenarai di Papan Utama BSKL.

    Ada juga indeks pasaran bagi setiap sektor yang tersenarai seperti Indeks Perusahaan, Barangan

    Pengguna, Barangan Perindustrian, Pembinaan, Perdagangan dan Perkhidmatan, Kewangan,

    Hartanah, Teknologi, SyarikatInfrastruktur, Perladangan dan juga Indeks Papan Kedua.

    BSKL juga sudah memperkenalkan Indeks Syariah pada April 1999 dengan tujuan untukmemperluaskan penyertaan daripada pelabur tempatan dan juga asing yang berminat untuk

    melabur berdasarkan kelulusan prinsip Islam.

    Anda boleh mengikuti atau menjejaki indeks pasaran berkenaan sama ada melalui akhbar danlaman web terutama laman web BSKL (www. klse. com. my).

    Indeks Komposit BSKL (IK) mula diperkenalkan pada 1986 bagi memenuhi keperluan pelabur

    sebagai pengukur arah pasaran saham dan juga ekonomi yang lebih tepat kerana sebelumnyatiada indeks khusus yang mewakili pasaran secara menyeluruh.

    Sebelum Indeks Komposit diperkenalkan, pasaran saham bergantung kepada Indeks Perusahaan

    yang hanya mewakili 30 kaunter syarikat perindustrian.

    Secara umumnya, tujuan IK diperkenalkan adalah untuk menggambarkan prestasi syarikat yangtersenarai di BSKL dengan lebih efektif, seterusnya menjadi lebih sensitif secara umumnya

  • 8/3/2019 Tips Saham Hari Ini

    11/11

    kepada jangkaan pelabur.

    Ia juga adalah kayu pengukur keberkesanan dasar kerajaan di samping bertindak balas terhadapperubahan struktur dalam pelbagai sektor ekonomi Malaysia.

    Dapatkan Panduan Maybank2u anda,www.rahsiawangku.comPosted by Maysilzaf at 6:15 AM0 comments