Tips jawab biologi kertas 2

8
SEMINAR MENJAWAB KERTAS 2 BIOLOGI SPM TIPS UTK CALON-CALON SPM BIOLOGI

Transcript of Tips jawab biologi kertas 2

Page 1: Tips jawab biologi kertas 2

SEMINAR MENJAWAB KERTAS 2 BIOLOGI SPM

TIPS UTK CALON-CALON SPM BIOLOGI

Page 2: Tips jawab biologi kertas 2

TIPS UTK CALON-CALON SPM BIOLOGI1. Kenal pasti gambarajah yang diberi. Pastikan anda

melabel dengan betul dan tepat.2. Masa untuk menjawab setiap soalan struktur ialah

18 minit. Manakala, setiap soalan esei ialah 30 minit.3. Mulakan dengan soalan yang mudah. Bulatkan

soalan yang sukar dan kembali semula menjawab setelah selesai soalan lain. Elakkan daripada membiarkan soalan tidak dijawab.

4. Baca kehendak soalan dengan teliti atau gariskan/ bulatkan kata kunci soalan.

5. Perhatikan markah yang diperuntukkan dalam setiap soalan kerana panjang- pendek jawapan berdasarkan markah yang disediakan.

Page 3: Tips jawab biologi kertas 2

TIPS UTK CALON-CALON SPM BIOLOGI6. Akur dengan arahan soalan yang meminta anda

menjawab atau menyatakan secara khusus berapa bilangan jawapan yang perlu dijawab. Contohnya, nyatakan dua jenis variasi. Jawab dua sahaja. jika jawab lebih daripada itu, jawapan seterusnya tidak diambil kira.

7. Ada soalan yang bersandar dengan soalan yang sebelumnya. Justeru, pastikan jawapan sebelumnya betul. Jika tak pasti, gunakan huruf yang dibenarkan sahaja.(lihat contoh).

8. Elakkan menjawab dua jawapan untuk soalan yang memperuntukkan 1 markah. Contohnya, nyatakan enzim yang bertindak secara optimum pada pH 7? Sepatutnya anda jawab amilase. Bukannya jawab amilase dan pepsin (markah tidak akan diberi dan dikira sebagai WCR!)

Page 4: Tips jawab biologi kertas 2

TIPS UTK CALON-CALON SPM BIOLOGI9. Sekiranya anda dikehendaki melukis gambarajah,

pastikan anda menggunakan pensil dan melabelkan struktur yang penting. Contohnya, lukiskan sel tumbuhan yang telah mengalami keadaan plasmolisis. Lukiskan struktur vilus. Lengkapkan rajah dengan melukis struktur kompleks molekul enzim-substrat dan hasil. Lukiskan rantai DNA.

10. Perlu diingat semasa melabel, elakkan menggunakan anak panah. Penggunaan anak panah hanya untuk menunjukkan arah. Jangan melabel secara bersilang.

11. Menulis jawapan sewajarnya menggunakan pen hitam atau biru sahaja. sekiranya anda menjawab (menulis) menggunakan pensil, ada kemungkinan jawapan anda tidak jelas dilihat oleh pemeriksa.

Page 5: Tips jawab biologi kertas 2

TIPS UTK CALON-CALON SPM BIOLOGI

12. Pastikan tulisan anda mudah difahami. Tulisan yang kemas dan cantik tidak mempengaruhi pemarkahan tetapi ia mungkin membantu anda memperoleh markah yang lebih baik, apabila pemeriksa dapat membaca jawapan anda dengan jelas dan lancar.

13. Gunakan ruang jawapan yang disediakan sahaja. Jika tersalah, elakkan menggunakan liquid paper. Anda hanya perlu potong jawapan yang salah tersebut dan tulis jawapan baru sama ada di atas dgn simbol tertinggal (λ) atau selepas itu. Penggunaan kertas ujian tambahan untuk soalan struktur amat tidak digalakkan.

Page 6: Tips jawab biologi kertas 2

TIPS UTK CALON-CALON SPM BIOLOGI14. Bagi soalan esei, anda sewajarnya hanya

menjawab dua soalan sahaja. Sekiranya anda berhajat utk menjawab lebih drp dua soalan, pastikan anda menyusun soalan berdasarkan tahap keyakinan anda.

15. Soalan esei perlulah dijawab dalam bentuk perenggan dengan ayat yang lengkap. Anda dibenarkan menjawab menggunakan jadual (soalan perbandingan/perbezaan) atau gambar rajah skema (mekanisme pembekuan darah dan kacukan Hukum Mendel I dan II) atau melukis gambar rajah sel, proses mitosis/ meiosis) berdasarkan kehendak soalan.

Page 7: Tips jawab biologi kertas 2

TIPS UTK CALON-CALON SPM BIOLOGI16. Jawapan esei anda mestilah menjurus kepada

kehendak soalan dan tidak perlu meleret-leret atau terlalu detail. Markah diberi berdasarkan poin yang betul dengan huraian yang betul. Fahami kehendak soalan dengan baik serta cuba drafkan jawapan anda secepat yang boleh. Ingat! Anda hanya ada 30 minit termasuk masa menyemak utk setiap soalan esei.

17. Secara personal, saya lebih menggalakkan calon menjawab soalan no.8 dan no.9 kerana soalan ini lebih mudah utk mendapat markah. Namun, sekiranya calon mempunyai fakta yang kuat, soalan 6 dan 7 mungkin menjadi pilihan. Ianya terpulang kepada anda sendiri.

Page 8: Tips jawab biologi kertas 2

TIPS UTK CALON-CALON SPM BIOLOGI18. Elakkan menjawab secara ringkas atau poin

sahaja tanpa penjelasan.19. Mulakan soalan lain dengan kertas ujian

yang baru. Jangan campur adukkan jawapan drp soalan berlainan dalam helaian yang sama.

20. Susun dan ikat kemas kertas ujian anda bersama-sama dengan soalan struktur.