TINTA KETUA PUSTAKAWAN - library.kuis.edu.my
Transcript of TINTA KETUA PUSTAKAWAN - library.kuis.edu.my
ii
TINTA KETUA PUSTAKAWAN
Assalamualaikum wbt…
Terlebih dahulu ingin saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah
kasih sayang Nya maka e-Buletin TINTA keluaran Disember 2018 dapat dihasilkan.
Walaupun zaman terus berkembang, perpustakaan senantiasa memegang peranan penting
sebagai sumber ilmu pengetahuan.
Dunia saat ini menghadapi Revolusi Industri 4.0 dan ini tidak memungkinkan perpustakaan
diurus secara konvensional atau tradisional. Artificial Intellegence, Internet of Things serta big
data mula diperkatakan dan memainkan peranan penting dalam berbagai aspek kehidupan
manusia.
Suasana yang digambarkan telah memaksa manusia turut berevolusi dan ianya akan
berkembang menjadi satu bentuk norma yang biasa pada masa akan datang.
Begitu juga dengan perpustakaan. Transformasi perlu dilakukan untuk kekal relevan dan
menjadi tempat sehenti di mana segala maklumat boleh diperolehi di situ.
Manakala pustakawan pula harus berperanan besar untuk menjadi lebih kreatif dan innovatif.
Perubahan dalam pengurusan perpustakaan perlu dilakukan untuk menarik minat ramai
pengguna, khususnya generasi muda mengunjungi dan menggunakan kemudahan yang
disediakan. Penggunaan teknologi perlu diaplikasikan secara maksima bagi membantu
mempercepatkan tugasan bagi memenuhi kehendak semasa.
Sekian, terima kasih.
ANUGERAH KAKITANGAN CEMERLANG 2017
Penerima Anugerah
Anugerah ini diberikan sekali setahun kepada kakitangan perpustakaan yang telah memberikan
perkhidmatan yang cemerlang pada tahun tersebut.
Kakitangan yang disenarai pendek akan diputuskan melalui
perbincangan antara pustakawan gred S 41 ke atas dengan
Ketua Pustakawan. Satu majlis khas akan diadakan untuk
upacara penyampaian hadiah yang akan disampaikan oleh
Ketua Pustakawan.
Tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Haikal Mat Said
kerana telah terpilih sebagai Kakitangan Cemerlang
Perpustakaan Imam Al-Syafi’i bagi tahun 2017. Semoga ianya
menjadi pemangkin kepada beliau untuk terus berusaha meningkatkan prestasi menjadi lebih
cemerlang.
InShaaAllah.
Nama: EN. MOHD HAIKAL BIN MAT SAID
Jawatan: PEMBANTU PERPUSTAKAAN
No. Sambungan : 2113
Emel : [email protected]
1
PENGENALAN.
Sedikit latar belakang berkenaan Bahagian Pengurusan Sumber Maklumat (BPSM) Perpustakaan
Imam Al-Syafi’i, bahagian ini telah diwujudkan semasa penstrukturan semula bahagian dan
seksyen di Pejabat Ketua Pustakawan pada tahun 2015 iaitu dengan penggabungan Bahagian
Pembangunan Koleksi (BPK) dan Bahagian Bibliografik dan Pemprosesan Teknikal (BBPT).
Terdapat tiga seksyen yang menyokong proses kerja di Bahagian Pengurusan Sumber
Maklumat iaitu Seksyen Perolehan, Seksyen Pemprosesan Teknikal & Bibliografik dan Seksyen Aset
& Inventori. Fungsi utama ketiga-tiga seksyen ini adalah melaksanakan aktiviti perolehan bahan
maklumat perpustakaan, pengkatalogan dan pengkelasan selain memastikan pengurusan aset dan
inventori jabatan dilakukan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
Bahagian Pengurusan Sumber Maklumat juga mempunyai lima orang kakitangan iaitu dua
orang Pustakawan (S41), seorang Pembantu Perpustakaan Kanan (S22) dan dua orang Pembantu
Perpustakaan (S17).
DIREKTORI BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MAKLUMAT
PN. NOR HIDAYAH BINTI MAIDIN Pustakawan Ketua Bahagian No. Sambungan : 2113 Emel : [email protected]
SEKSYEN PEROLEHAN
PN. YUHANIS BINTI MOHD YUNUS Pembantu Perpustakaan Kanan No. Sambungan : 2113 Emel : [email protected]
EN. MOHD HAIKAL BIN MAT SAID Pembantu Perpustakaan No. Sambungan : 2113 Emel : [email protected]
SEKSYEN PEMPROSESAN TEKNIKAL & BIBLIOGRAFIK
PN. SYUHAIDAH BINTI SHUKOR Pustakawan Ketua Seksyen No. Sambungan : 3559 Emel : [email protected]
CIK NORHANA BINTI MUSA Pembantu Perpustakaan No. Sambungan : 3314 Emel : [email protected]
SEKSYEN ASET & INVENTORI
EN. MOHD HAIKAL BIN MAT SAID Pembantu Perpustakaan No. Sambungan : 2113 Emel : [email protected]
BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUMBER MAKLUMAT (BPSM)
2
Program Hari Bersama Fakulti (Ziarah Mahabbah) Perpustakaan Imam Al-Syafi’i
Sepanjang tahun 2018, perpustakaan telah mengadakan sebanyak 3 kali program Hari Bersama
Fakulti (Ziarah Mahabbah) Perpustakaan Imam Al-Syafi’i. Program ini bukanlah kali pertama
diadakan kerana telah diperkenalkan sejak tahun 2016.
Objektif utama program ini diadakan adalah bagi mendapatkan kerjasama daripada fakulti
dalam penyediaan bahan rujukan yang berkualiti dan terkini untuk rujukan pengguna
perpustakaan. Ini seiring dengan syarat yang dikehendaki pihak MQA iaitu keperluan
perpustakaan dalam menyediakan bahan rujukan terkini (tempoh 5 tahun terkini) dan
mencukupi.
Dengan sasaran penyertaan melibatkan semua pensyarah KUIS, seramai 227 orang
pensyarah daripada fakulti dan pusat telah menyertai program kali ini. Melalui program ziarah
mahabbah, pensyarah perlu membuat semakan bahan rujukan utama di perpustakaan bagi
memastikan bahan tersedia di perpustakaan. Selain itu, pensyarah juga boleh mencadangkan
pembelian bahan-bahan baharu berbentuk buku dan e-book melalui permohonan pembelian.
Oleh : Nor Hidayah Maidin,
Pustakawan, Perpustakaan Imam Al-Syafi’i, Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Selangor (KUIS).
BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUMBER MAKLUMAT (BPSM)
3
Industri Revolusi 4.0
Revolusi 4.0 ini merujuk kepada kilang-kilang pintar dimana mesin dihubungkan kepada capaian
sesawang kepada sistem yang boleh menggambarkan rantaian pengeluaran keseluruhan dan
membuat keputusan sendiri. Ia mewakili gabungan sistem siber-fizikal, Internet of Things (IoT), dan
Internet Sistem.
Walaupun masih awal untuk membuat spekulasi mengenai keadaan pekerjaan yang menerima
pakai Industri 4.0 di seluruh dunia, adalah selamat untuk mengatakan bahawa pekerja perlu
mempelajari pelbagai kemahiran baru. Ia boleh membantu peningkatan kadar bayaran pekerjaan
tetapi pada masa yang sama mengasingkan pekerja sektor besar. Sektor pekerja yang kerjanya
berulang-ulang akan menghadapi cabaran dalam industri yang sedang berkembang. Bentuk
pendidikan yang berbeza mesti diperkenalkan.
Perpustakaan dan Revolusi Industri 4.0
Perpustakaan merupakan tempat tumpuan pelajar bagi mendapatkan ilmu samada melalui bahan
bacaan bercetak mahupun bahan berbentuk maya. Pertambahan pelajar yang menggunakan
Perpustakaan Imam Al-Syafi’i semenjak 2016 menunjukkan bahawa peri pentingnya perpustakaan
dalam menambahbaik perkhidmatan sedia ada. Selain peningkatan jumlah pengguna, penggunaan
teknologi dalam Revolusi Industri 4.0 merupakan suatu cabaran yang wajar diperhatikan oleh warga
kerja perpustakaan.
Revolusi Industri tidak sewajarnya dipandang dengan pandangan yang negatif sebaliknya perlu
dianggap sebagai satu peluang bagi menambahbaik ilmu sedia ada. Daripada Jabir bin Abdillah,
Rasulullah S.A.W bersabda: “Mohonlah kepada Allah ilmu yang bermanfaat, dan berlindunglah
dengan Allah daripada ilmu yang tidak bermanfaat.” Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah
dalam al-Musannaf 12/605, Ibnu Majah 3843, Abdun bin Humaid dalam al-Musnad ( (,1 /118/
.Fakihi dalam hadisnya 2/24/2. Al-Hafiz Ibn Rajab, al-Hanbali dalam Fadl ‘Ilmu Salaf hal. 8ق
Pada tahun 2019, perancangan telah dilaksanakan untuk menaiktaraf bangunan perpustakaan
sedia ada. Kapasiti pengguna yang asalnya boleh dipenuhi oleh kira-kira 400 pengguna dalam
satu-satu masa akan bertambah kepada 1500 pengguna selepas bangunan siap dinaiktaraf. Selain
itu, dalam konsep penaiktarafan bangunan baharu, beberapa persediaan telah dilakukan dalam
hasrat menambahbaik perkhidmatan teknologi maklumat di perpustakaan. Antaranya, permohonan
pembelian self-check machine dan book drop yang boleh menambahbaik sistem sirkulasi
perpustakaan. Satu sudut di bangunan perpustakaan turut dikhaskan untuk pengguna membawa
laptop sendiri bagi menyokong konsep Bring You Own Devices (BYOD). Bahan-bahan online seperti
e-book, e-journal dan lain-lain turut dijangka akan meningkat dengan perancangan pertambahan
online database pada masa hadapan.
REVOLUSI INDUSTRI 4.0
4
Selain itu, penggunaan laman sosial turut perlu diambil perhatian oleh para warga
perpustakaan. Masa kini, ramai pelajar sudah beralih arah kepada aplikasi atas talian.
Ini merupakan suatu peluang bagi warga perpustakaan memanfaatkan teknologi yang
ada bagi menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan pengguna.
Akhir kalam, perubahan teknologi semasa merupakan suatu perkara yang perlu
diambil berat oleh warga perpustakaan. Semoga dengan ilmu baharu yang dipelajari
dan diaplikasikan dalam kerja seharian dapat memberi manfaat kepada pengguna
seterusnya sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada aspirasi KUIS untuk
melahirkan para Da’i, Ulama dan Umara, InShaaAllah.
Oleh : Mohd Hanafi Mohamed,
Pustakawan, Perpustakaan Imam Al-Syafi’i, Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor (KUIS).
Citation
Zulkifli Mohamad Al-Bakri (2008) Hadis-Hadis Peringatan Buat Umur Insan .
Kuala Lumpur: Telaga Biru
Revolusi Industri 4.0—Adakah Robot AI Akan Ambil Alih? (2018, November 5).
Retrieved from http://library.utem.edu.my/en/archives/exhibition.html?download=188:revolusi-industri-4-0-adakah-robot-ai-akan-ambil-alih.
REVOLUSI INDUSTRI 4.0
5
ARKIB & GALERI
Tanggal 7hb Ogos 2018 bersamaan 25 Zulkaedah 1439M yang lalu, Arkib dan Galeri
Perpustakaan Imam Al-Syafi’i telah di rasmikan oleh YBhg. Prof Dato’ Dr. Ab Halim Bin
Tamuri iaitu Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Peranan arkib adalah sebagai pusat dalam mengenal pasti, pengumpulan serta memelihara
bahan-bahan arkib yang mengandungi nilai-nilai sejarah untuk disimpan serta dijadikan
koleksi arkib untuk rujukan pada masa akan datang.
Terdapat kira-kira 433 buah sumber bahan arkib yang
merangkumi beberapa kategori seperti rekod daftar (perolehan)
perpustakaan, foto album, laporan tahunan terbitan KUIS,
pelan bangunan , CD , buku majlis konvokesyen KUIS dan
sebagainya iaitu yang mempunyai berkepentingan kepada
warga KUIS serta boleh diakses. Kesemua koleksi arkib di
tempatkan di Aras 1, Perpustakaan Imam Al-Syafi’i, KUIS.
Manakala bagi sudut Galeri di Perpustakaan Imam Al-Syafi’i ia
telah menempatkan beberapa maklumat seperti Kronologi
Penubuhan 20 tahun KUIS, foto presiden dan Rektor KUIS iaitu dari
awal hingga yang terkini. Kesemua bahan yang dipamerkan adalah
berdasarkan sejarah dan peristiwa penubuhan KUIS bagi tujuan
mengenali KUIS dengan lebih terperinci.
6
Oleh : Nor Aleyani Jamari,
Pustakawan, Perpustakaan Imam Al-Syafi’i, Kolej
Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
INFO KOLEKSI: keratan akhbar
7
INFO KOLEKSI
Perasmian kisdar &
Masjid
Buku majlis
konvokesyen
8
PROGRAM PERPUSTAKAAN
9
Program Perpustakaan Imam Al-Syafi’i
Sepanjang tahun 2018, pelbagai program dan akiviti yang dijalankan oleh Perpustakaan Imam Al-Syafi’i. Antaranya adalah:
Majlis Bacaan Yasin Dalaman.
Free Food Perpustakaan.
Jom Baca Bersama 10 Minit .
KUIS #QuranHour.
Hari Terbuka Perpustakaan 2018.
Bedah Buku bersama Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.
Slot Bersama Penulis Muda, Nasrullah Amran.
Khidmat Ummah di SRA Jenderam Hilir.
Perlawanan persahabatan bowling bersama Pejabat Bendahari.
Kelas Literasi Maklumat.
Pertandingan Kronologi Fakulti.
Sumbangan buku wakaf ke Taman Mini Ilmu Masjid Al-Azhar KUIS.
Menguruskan lawatan dari Delegasi Muhammadiyah Universiti of Sukabumi, Indonesia dan wakil dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) ke Perpustakaan Imam Al-Syafi’i.
Lawatan sambil bekerja ke Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim, Universiti Pertahanan Negara Malaysia (UPNM).
Pihak Perpustakaan Imam Al-Syafi’i ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang membantu secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga program yang dijalankan dapat memberi curahan manfaat kepada semua warga KUIS yang menyertainya, InShaaAllah.
Ringkasan Program Khidmat Ummah
Pada 1 November 2018 (Khamis) bersamaan 23 Safar 1440 Hijrah, Warga Perpustakaan Imam Al-Syafi’i telah berkunjung ke Sekolah Rendah Agama (SRA) Jenderam Hilir bagi melaksanakan khidmat ummah. Seramai 17 orang kakitangan perpustakaan terlibat dalam menjayakan program tersebut. Program tersebut berakhir kira-kira jam 5.30 petang.
Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah gotong-royong membersihkan pusat sumber sekolah. Susun atur pusat sumber turut dilakukan bagi kemudahan pelajar sekolah terbabit. Selain itu, bahan-bahan bacaan bersesuaian turut disumbangkan bagi kegunaan para guru dan pelajar sekolah. Cikgu yang menguruskan pusat sumber terbabit, Encik Ridzuan, turut diterangkan berkaitan sistem penyusunan buku yang berlabel bagi memudahkan penggunaan dan pengurusan buku.
Semoga Allah memberikan manfaat dan keberkatan kepada para pengguna di Pusat Sumber SRA Jenderam Hilir, InShaaAllah.
KHIDMAT UMMAH 2018
10
LAWATAN UPSI & UMMI
Pada 29 Januari yang lalu satu lawatan benchmarking telah
diadakan oleh Perpustakaan Universiti Perguruan Sultan Idris
(UPSI) ke Perpustakaan Imam Al-Syafi’i KUIS. Lawatan ini bagi
melihat proses inventori, pengunaan hand held scanner dan
proses pelupusan buku yang dilaksanakan oleh KUIS selain sesi
pertukaran idea bagi menambahbaik pengurusan kedua-dua
organisasi.
Manakala pada 7 Februari KUIS telah menerima kunjungan
daripada wakil Universitas Muhammadiyah Sukabumi (UMMI)
bagi menjalinkan kerjasama dengan pihak Perpustakaan Imam
Al-Syafi’i KUIS. Antara pengisian kerjasama adalah sesi
perkongsian ilmu dan pengetahuan di antara pustakawan
kedua-dua belah organisasi serta perkongsian idea berkaitan
dunia perpustakaan.
Delegasi Universitas Muhammadiyah Sukabumi (UMMI)
diketuai oleh Dr. Reny Sukmawani. M. (Timbalan Rektor 1
UMMI), diiringi oleh 7 orang pegawainya. Manakala KUIS
diwakili oleh Dr. Zulkifli Bin Haji Abd Hamid, Timbalan Rektor
Pengurusan Korporat (Pembangunan & Pengantarabangsaan).
Lawatan turut disertai oleh barisan Pengurusan KUIS dan
pegawai-pegawai KUIS.
Diharapkan dengan sesi percambahan idea antara delegasi UPSI & UMMI dapat meningkatkan
lagi mutu perkhidmatan perpustakaan kedua-dua belah institusi dalam usaha memastikan
peranaan perpustakaa sentiasa relevan dengan perkembangan dunia semasa.
11
HARI TERBUKA PERPUSTAKAAN 2018
Pendahuluan
Program Hari Terbuka Perpustakaan merupakan kesinambungan program yang diadakan oleh
perpustakaan semenjak tahun 2007. Program ini diteruskan pada tahun ini dengan mengambil
kira faedah-faedah yang akan diperoleh daripada program ini.
Antara objektif program ini diadakan adalah sebagai salah satu usaha mengeratkan
hubungan antara warga perpustakaan dengan warga KUIS, mempromosikan perkhidmatan dan
kemudahan perpustakaan di kalangan warga KUIS dan menyemarakkan budaya ilmu
di kalangan generasi muda bagi memantapkan lagi pembentukan insan yang berdaya saing.
Pelbagai aktiviti telah diadakan pada hari tersebut seperti perasmian arkib dan galeri oleh
Dato’ Rektor, jualan buku, promosi e-resources, bedah buku bersama Ustaz Don Daniyal, slot
bersama penulis dan beberapa pertandingan individu atau berkumpulan.
12
SLOT BEDAH BUKU
USTAZ DON DANIYAL
ARAS SATU,
PERPUSTAKAAN IMAM
AL-SYAFI’I
7 OGOS 2018
@LIBRARYIMAMALSYAFII
@LIBIMAMALSYAFII
Jom like @ follow:
13
PERSATUAN SAHABAT PERPUSTAKAAN
14
Aktiviti Persatuan Sahabat Perpustakaan (PSP)
Sepanjang tahun 2018, pelbagai program dan akiviti yang dijalankan oleh PSP. Antaranya adalah:
Menguruskan booth PSP di Hari Terbuka Kelab dan Persatuan KUIS di PKK.
Menyediakan Free Food bagi pelajar KUIS (20 Ramadhan 1439 H).
Membantu dalam menjayakan Hari Terbuka Perpustakaan,
Menghulurkan sumbangan kepada Kelab Rekreasi Kembara.
Bedah Buku bersama penulis buku Kutemu Hijrah di Eropah, Sabatini Dzue.
Pengajian Asas Bahasa Arab melalui komunikasi.
Membantu di dalam program Festival Back to Book 2018.
Lawatan ke Perpustakaan Dar Al-Hikmah, Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
Semoga Allah memberi manfaat yang banyak kepada para penyelaras dan warga KUIS yang mengurusakan dan menyertai program-program yang dianjurkan, InShaaAllah.
@libraryimamalsyafii
@libimamalsyafii