TINJAUAN TERHADAP PENGGUNAAN PENGAJARAN … filetinjauan terhadap penggunaan pengajaran berbantukan...

24
TINJAUAN TERHADAP PENGGUNAAN PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAGI MATA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN 4 DI SMK, IPOH, PERAK. PO LAI YIN @ FOO LAI YIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of TINJAUAN TERHADAP PENGGUNAAN PENGAJARAN … filetinjauan terhadap penggunaan pengajaran berbantukan...

Page 1: TINJAUAN TERHADAP PENGGUNAAN PENGAJARAN … filetinjauan terhadap penggunaan pengajaran berbantukan komputer bagi mata pelajaran kimia tingkatan 4 di smk, ipoh, perak. po lai yin @

TINJAUAN TERHADAP PENGGUNAAN PENGAJARAN BERBANTUKAN

KOMPUTER BAGI MATA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN 4 DI SMK,

IPOH, PERAK.

PO LAI YIN @ FOO LAI YIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: TINJAUAN TERHADAP PENGGUNAAN PENGAJARAN … filetinjauan terhadap penggunaan pengajaran berbantukan komputer bagi mata pelajaran kimia tingkatan 4 di smk, ipoh, perak. po lai yin @

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan

Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja

kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: TINJAUAN TERHADAP PENGGUNAAN PENGAJARAN

BERBANTUKAN KOMPUTER BAGI MATA PELAJARAN KIMIA

TINGKATAN 4 DI SMK, IPOH, PERAK.

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya PO LAI YIN @ FOO LAI YIN

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

26,LALUAN KLEDANG UTARA 3,

TAMAN WANG,

31450 MENGLEMBU,IPOH,PERAK.

Tarikh: __29/4/09______ Tarikh:___ 29/4/09______

Page 3: TINJAUAN TERHADAP PENGGUNAAN PENGAJARAN … filetinjauan terhadap penggunaan pengajaran berbantukan komputer bagi mata pelajaran kimia tingkatan 4 di smk, ipoh, perak. po lai yin @

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia / Matematik).”

Tandatangan :

Nama Penyelia: Prof. Madya Aziz Bin Nordin

Tarikh : April 2009

Page 4: TINJAUAN TERHADAP PENGGUNAAN PENGAJARAN … filetinjauan terhadap penggunaan pengajaran berbantukan komputer bagi mata pelajaran kimia tingkatan 4 di smk, ipoh, perak. po lai yin @

i

TINJAUAN TERHADAP PENGGUNAAN PENGAJARAN BERBANTUKAN

KOMPUTER BAGI MATA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN 4 DI SMK,

IPOH, PERAK.

PO LAI YIN @ FOO LAI YIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia/Matematik)

Fakulti Pendidikan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL, 2009

Page 5: TINJAUAN TERHADAP PENGGUNAAN PENGAJARAN … filetinjauan terhadap penggunaan pengajaran berbantukan komputer bagi mata pelajaran kimia tingkatan 4 di smk, ipoh, perak. po lai yin @

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :

Nama Penulis : PO LAI YIN @ FOO LAI YIN

Tarikh : April 2009

Page 6: TINJAUAN TERHADAP PENGGUNAAN PENGAJARAN … filetinjauan terhadap penggunaan pengajaran berbantukan komputer bagi mata pelajaran kimia tingkatan 4 di smk, ipoh, perak. po lai yin @

iii

DEDIKASI

Kepada Tuhan yang Maha Esa dan Maha Kuasa,

Ayah dan ibu yang amat saya hormati,

Foo Kam Chee

Mah Sow Chan

Terima kasih ke atas segala pengorbanan dan didihkanmu.

Kakak dan abang saya yang amat saya kasihi,

Serta rakan-rakan yang memberi dorongan dan bantuan,

Bertuah dan bersyukur dapat mengenalimu.

Page 7: TINJAUAN TERHADAP PENGGUNAAN PENGAJARAN … filetinjauan terhadap penggunaan pengajaran berbantukan komputer bagi mata pelajaran kimia tingkatan 4 di smk, ipoh, perak. po lai yin @

iv

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia saya Prof.

Madya Aziz Bin Nordin atas segala bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar yang

diberikan sepanjang melaksanakan kajian ini. Saya juga ingin berterima kasih

kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah memberi nasihat dan

pandangan kepada saya dalam proses menjayakan kajian ini.

Setinggi-tinggi ucapan penghargaan ini juga ditujukan kepada pengetua,

guru-guru dan semua responden kajian iaitu pelajar-pelajar tingkatan 4 aliran Sains

dari Sekolah Menengah Kebangsaan Menglembu dan Sekolah Menengah

Kebangsaan Buntong, Ipoh, Perak yang sudi memberi kerjasama dan memudahkan

proses pengutipan data.

Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan yang banyak membantu saya

dalam memberi dorongan, semangat dan nasihat semasa menghadapi segala cabaran

dalam penulisan laporan kajian ini.

Selain itu, penghargaan juga tidak lupa berterima kasih kepada ibu bapa dan

adik-beradik yang amat saya sayangi atas sokongan moral dan kewangan yang

diberikan. Akhir sekali, penghargaan juga ditujukan kepada semua pihak yang

terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam usaha membantu saya

menjayakan projek penyelidikan ini.

Sekian, terima kasih.

Page 8: TINJAUAN TERHADAP PENGGUNAAN PENGAJARAN … filetinjauan terhadap penggunaan pengajaran berbantukan komputer bagi mata pelajaran kimia tingkatan 4 di smk, ipoh, perak. po lai yin @

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti maklum balas pelajar aliran Sains

tingkatan 4 terhadap PBK yang dijalankan dalam pengajaran kimia. Selain itu, kajian

ini juga mengenalpasti kekerapan penggunaan PBK dalam waktu pengajaran kimia

dan masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa mempelajari tajuk kimia tertentu

dengan menggunakan PBK. Kajian penyelidikan deskriptif yang berbentuk tinjauan

telah digunakan dalam kajian ini. Seramai 100 orang responden dari 2 buah sekolah

iaitu SMK Buntong dan SMK Menglembu telah terlibat dalam kajian ini. Satu set

soal selidik terdiri daripada tiga bahagian: Bahagian A (Latar belakang responden),

Bahagian B (25 soalan berbentuk Skala Likert berkaitan maklum balas pelajar

terhadap penggunaan PBK dalam mata pelajaran Kimia) dan Bahagian C (Ujian

Kimia) digunakan untuk memperolehi data. Data-data yang diperolehi dianalisis

dengan menggunakan peisian “Statistical Packages For Sosial Science” (SPSS)

version 16 bagi mendapatkan frekuensi, peratusan dan min. Dari segi persepsi pelajar

terhadap penggunaan PBK dalam pengajaran kimia, hasil dapatan menunjukkan

bahawa penggunaan PBK dapat merangsangkan deria pelajar merupakan min yang

tertinggi. Manakala dari segi persepsi pelajar terhadap budaya sekolah pula,

responden bersetuju guru memainkan peranan penting dalam penggunaan PBK.

Kekerapan penggunaan PBK di tempat kajian menunjukkan PBK dijalankan pada

setiap waktu pengajaran mata pelajaran Kimia. Selain itu, masalah yang dihadapi

oleh pelajar ialah masalah guru semasa penggunaan PBK dalam pengajaran tajuk

kimia tertentu. Beberapa cadangan dan cadangan kajian lanjutan telah dikemukakan

dalam kajian ini.

Page 9: TINJAUAN TERHADAP PENGGUNAAN PENGAJARAN … filetinjauan terhadap penggunaan pengajaran berbantukan komputer bagi mata pelajaran kimia tingkatan 4 di smk, ipoh, perak. po lai yin @

vi

ABSTRACT

The purpose of this research was to identify the responses of the form 4

Science stream students toward the usage of the CAI in teaching of Chemistry

subject. The study is also to identify the frequent usage of CAI in teaching Chemistry

and the problem faced by the students while learning a certain Chemistry topic using

CAI. Descriptive research method has been used in this study. 100 respondents from

2 schools which are SMK Buntong and SMK Menglembu had been involved in this

study. A set of questionnaire consisting of 3 parts: Part A (Respondents’ personal

particulars), Part B (25 questions in Likert Scale about the response of the students

toward the usage of PBK in Chemistry subject) and Part C (Chemistry Test) were

given to the respondent in order to get the data. Data was analyzed using computer

software “Statistical Packages For Sosial Science” (SPSS) version 16 to calculate the

frequency, percentage and min. From the perception of student towards usage of CAI

in teaching of Chemistry, the result shows that higher min score was in stimulating

senses. While from the perception of student towards school culture, respondents

agree that teacher play an important role in usage of CAI. CAI was used in classroom

on every period of teaching Chemistry. Besides this, the problem faced by the

student was teacher problem while using CAI in certain Chemistry topic. Several

suggestions and suggestions for future studies were put forward in this research.

Page 10: TINJAUAN TERHADAP PENGGUNAAN PENGAJARAN … filetinjauan terhadap penggunaan pengajaran berbantukan komputer bagi mata pelajaran kimia tingkatan 4 di smk, ipoh, perak. po lai yin @

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS THESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

Page 11: TINJAUAN TERHADAP PENGGUNAAN PENGAJARAN … filetinjauan terhadap penggunaan pengajaran berbantukan komputer bagi mata pelajaran kimia tingkatan 4 di smk, ipoh, perak. po lai yin @

viii

1.6 Rasional Kajian 6

1.7 Batasan Kajian 7

1.8 Definisi Istilah 7

1.8.1 Komunikasi 7

1.8.2 Teknologi 8

1.8.3 Komputer 8

1.8.4 Pengajaran 8

1.8.5 Pelajar 9

1.9 Rumusan 9

2 SOROTAN KAJIAN 10

2.1 Pengenalan 10

2.2 Kelebihan Penggunaan PBK Di Kalangan

Pelajar Kimia 13

2.2.1 Mempercepatkan Pembelajaran Pelajar 14

2.2.2 Merangsangkan Deria Pelajar 15

2.2.3 Memperkayakan Pengalaman Pelajar 16

2.2.4 Menyeronokkan Pembelajaran Pelajar 17

2.2.5 Memudahkan Kefahaman Pelajar 18

2.3 Kelemahan Penggunaan PBK Dalam Pendidikan 19

2.3.1 Budaya Sekolah 19

2.3.2 Peranan Guru Terhadap Penggunaan PBK 21

2.4 Rumusan 23

Page 12: TINJAUAN TERHADAP PENGGUNAAN PENGAJARAN … filetinjauan terhadap penggunaan pengajaran berbantukan komputer bagi mata pelajaran kimia tingkatan 4 di smk, ipoh, perak. po lai yin @

ix

3 METODOLOGI 24

3.1 Pengenalan 24

3.2 Reka Bentuk Kajian 24

3.3 Tempat Kajian 25

3.4 Pensampelan 26

3.5 Instrumen Kajian 26

3.5.1 Bahagian A 27

3.5.2 Bahagian B 27

3.5.3 Bahagian C 28

3.6 Kajian Rintis 29

3.7 Prosedur Kajian 29

3.8 Analisis Data 30

3.9 Rumusan 32

4 PENGANALISAAN DATA 33

4.1 Pengenalan 33

4.2 Analisi Latar Belakang Responden (Bahagian A) 34

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Sekolah 34

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 35

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 35

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Pengredan

Kimia Dalam Pertengahan Tahun 36

4.2.5 Taburan Responden Mengikut Kekerapan

PBK Digunakan Dalam Pengajaran Kimia 37

4.3 Analisis Peratusan Dan Min (Bahagian B) 37

4.3.1 Mempercepatkan Pembelajaran Pelajar 38

Page 13: TINJAUAN TERHADAP PENGGUNAAN PENGAJARAN … filetinjauan terhadap penggunaan pengajaran berbantukan komputer bagi mata pelajaran kimia tingkatan 4 di smk, ipoh, perak. po lai yin @

x

4.3.2 Merangsangkan Deria Pelajar 41

4.3.3 Memperkayakan Pengalaman Pelajar 42

4.3.4 Menyeronokkan Pembelajaran Pelajar 44

4.3.5 Memudahkan Kefahaman Pelajar 46

4.3.6 Peranan Guru 48

4.3.7 Peranan Kemudahan Sekolah 51

4.4 Analisis Data Keseluruhan Persoalan Kajian

(Bahagian B) 52

4.4.1 Aspek Persepsi Pelajar Terhadap

Penggunaan PBK 52

4.4.2 Aspek Budaya Sekolah 54

4.5 Analisis Pencapaian Responden (Bahagian C) 55

4.5.1 Pencapaian Pelajar Terhadap Ujian Kimia 55

4.5.2 Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan PBK

Dalam Mata Pelajaran Kimia 56

4.5.3 Persepsi Pelajar Terhadap Masalah Yang

Dihadapi Apabila PBK Digunakan 56

4.5.4 Persepsi Pelajar Pencapaian Tinggi Dan

Rendah Terhadap Penggunaan PBK 57

4.6 Analisis Data Keseluruhan Persoalan Dari

Pencapaian Pelajar (Bahagian C) 58

4.7 Rumusan 59

5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 60

5.1 Pengenalan 60

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 60

Page 14: TINJAUAN TERHADAP PENGGUNAAN PENGAJARAN … filetinjauan terhadap penggunaan pengajaran berbantukan komputer bagi mata pelajaran kimia tingkatan 4 di smk, ipoh, perak. po lai yin @

xi

5.2.1 Latar Belakang Responden 60

5.2.2 Persoalan Kajian Pertama 61

5.2.3 Persoalan Kajian Kedua 64

5.2.4 Persoalan Kajian Ketiga 64

5.3 Rumusan Dapatan Kajian 65

5.4 Cadangan 66

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 68

5.6 Rumusan 68

RUJUKAN 70

LAMPIRAN A 75

LAMPIRAN B 82

LAMPIRAN C 85

LAMPIRAN D 86

Page 15: TINJAUAN TERHADAP PENGGUNAAN PENGAJARAN … filetinjauan terhadap penggunaan pengajaran berbantukan komputer bagi mata pelajaran kimia tingkatan 4 di smk, ipoh, perak. po lai yin @

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Populasi Kajian Dan Sampel Kajian 26

3.2 Skala Likert 28

3.3 Taburan Item Mengikut Aspek 28

3.4 Markat Skala 3 Mata 31

3.5 Tahap Pencapaian Dengan Peratus Markah 32

4.1 Agihan Permarkahan 33

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Sekolah 34

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 35

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 35

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Pengredan Kimia Dalam

Pertengahan Tahun 36

4.2.5 Taburan Responden Mengikut Kekerapan PBK Digunakan

Dalam Pengajaran Kimia 37

4.3.1 Mempercepatkan Pembelajaran Pelajar 38

4.3.2 Merangsangkan Deria Pelajar 40

4.3.3 Memperkayakan Pengalaman Pelajar 42

4.3.4 Menyeronokkan Pembelajaran Pelajar 44

4.3.5 Memudahkan Kefahaman Pelajar 46

4.3.6 Peranan Guru 48

4.3.7 Peranan Kemudahan Sekolah 51

Page 16: TINJAUAN TERHADAP PENGGUNAAN PENGAJARAN … filetinjauan terhadap penggunaan pengajaran berbantukan komputer bagi mata pelajaran kimia tingkatan 4 di smk, ipoh, perak. po lai yin @

xiii

4.4.1 Analisis Data Keseluruhan Persoalan Dari Aspek Persepsi

Pelajar Terhadap Penggunaan PBK 52

4.4.2 Analisis Data Keseluruhan Persoalan Dari Aspek Budaya

Sekolah 54

4.5.1 Pencapaian Pelajar Terhadao Ujian Kimia 55

4.5.2 Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan PBK Dalam Mata

Pelajaran Kimia 56

4.5.3 Persepsi Pelajar Terhadap Masalah Yang Dihadapi Apabila

PBK Digunakan 57

Page 17: TINJAUAN TERHADAP PENGGUNAAN PENGAJARAN … filetinjauan terhadap penggunaan pengajaran berbantukan komputer bagi mata pelajaran kimia tingkatan 4 di smk, ipoh, perak. po lai yin @

xiv

SENARAI RAJAH

NO. TAJUK HALAMAN

1.1 Komunikasi Antara Guru Dan Pelajar Dalam Bilik Darjah 2

Page 18: TINJAUAN TERHADAP PENGGUNAAN PENGAJARAN … filetinjauan terhadap penggunaan pengajaran berbantukan komputer bagi mata pelajaran kimia tingkatan 4 di smk, ipoh, perak. po lai yin @

xv

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN NAMA PENUH

CAI Computer Aided Instruction

PBK Pengajaran Berbantukan Komputer

P&P Pengajaran dan Pembelajaran

BBM Bahan Bantu Mengajar

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

ICT Information and Communications Technology

EPRD Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan

SPSS Statistical Packages For Social Science

UTM University Technology Malaysia

SMK Sekolah Menengah Kebangsaan

Page 19: TINJAUAN TERHADAP PENGGUNAAN PENGAJARAN … filetinjauan terhadap penggunaan pengajaran berbantukan komputer bagi mata pelajaran kimia tingkatan 4 di smk, ipoh, perak. po lai yin @

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Set Soal Selidik Kajian 75

B Persepsi Pelajar Dari Pencapaian Tinggi

Dan Rendah Terhadap Penggunaan PBK 82

C Surat Pengesahan KPM 85

D Surat Pengesahan Diri Pelajar 86

Page 20: TINJAUAN TERHADAP PENGGUNAAN PENGAJARAN … filetinjauan terhadap penggunaan pengajaran berbantukan komputer bagi mata pelajaran kimia tingkatan 4 di smk, ipoh, perak. po lai yin @

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

“Communication can be concerned with the transmission of information

between people, animals or machine…”

(Philip Hills, 1990)

Komunikasi adalah sesuatu proses yang amat penting dalam kehidupan harian

dan tidak boleh diabaikan. Untuk menghasilkan suatu komunikasi yang berkesan,

terdapat 2 jenis peranan yang penting dalam penghantaran mesej di antara satu sama lain

iaitu penghantar dan penerima di mana penghantar bertanggungjawab menghantar mesej

kepada penerima. Menurut Wan Zah Wan Ali (1986), sebenarnya proses pengajaran

dan pembelajaran (P&P) adalah juga satu proses komunikasi. Suatu komunikasi yang

berjaya hanya akan berlaku bila manusia berkongsi pengertian dan pengalaman yang

sama. Untuk mencapai objektif pengajaran sesuatu subjek, proses P&P yang berlaku

dalam bilik darjah memerlukan komunikasi yang berkesan di antara guru dan pelajar,

iaitu melibatkan penghantaran maklumat daripada guru dan maklum balas daripada

pelajar. Akan tetapi, menghasilkan komunikasi yang berkesan juga mengambil berat

dalam saluran dan jenis sumber yang dihantar daripada guru kepada pelajar.

Page 21: TINJAUAN TERHADAP PENGGUNAAN PENGAJARAN … filetinjauan terhadap penggunaan pengajaran berbantukan komputer bagi mata pelajaran kimia tingkatan 4 di smk, ipoh, perak. po lai yin @

2

Gambarajar: Komunikasi antara guru dan pelajar dalam bilik darjah.

(Philip Hills, 1990)

Pelaksanaan proses P&P yang berkesan dalam bilik darjah, suatu sumber dan

bahan mengajar akan memainkan peranan yang penting. Berbagai-bagai peralatan dan

bahan yang boleh digunakan untuk membantu guru dan pelajar, diantaranya adalah

televisyen, radio, lutsinar, filem, buku, carta, kad dan akhir-akhir ini kegunaan bahan

kursus pelbagai media. Sekiranya bahan dan peralatan ini digunakan mengikut

keperluannya, kelas itu akan dapat berjalan dengan berkesan (Arfah A. Aziz, 1995).

Terdapat satu alat pengajaran yang amat tertekan dalam bidang pendidikan pada masa

kini adalah menggunakan teknologi multimedia dalam proses P&P. Menurut Sandholtz,

et al.(1997):

Technology is a catalyst for change in classroom processes because it

provides a distinct departure, a change in context that suggests

alternative ways of operating. It can drive a shift from a traditional

instructional approach toward a more eclectic set of learning activities

that include knowledge-building situation for students.

Kemunculan teknologi dalam sistem pendidikan membolehkan dunia pendidikan

mengalami pembaharuan dan dapat membantu mencapai matlamat dan tujuan

pendidikan supaya proses P&P boleh dijalankan dengan lebih berkesan dan lancar.

Kaedah

pembelajaran

Pelajar Guru Medium

Sumber

Page 22: TINJAUAN TERHADAP PENGGUNAAN PENGAJARAN … filetinjauan terhadap penggunaan pengajaran berbantukan komputer bagi mata pelajaran kimia tingkatan 4 di smk, ipoh, perak. po lai yin @

3

Dalam hal ini, Arfah A.Aziz (1995) pula mengatakan kemasukan teknologi canggih dan

terkini ke dalam sistem pendidikan kita untuk mana-mana mata pelajaran adalah sebagai

menyahut tuntutan edaran masa dan kemajuan Negara. Tetapi walaubagaimana canggih

pun teknologi yang dimasukkan dalam bidang pendidikan, prinsipnya adalah kegunaan

alat-alat ini untuk membantu guru dan pelajar mencapai matlamat pengajaran.

Untuk membudayakan teknologi dalam pendidikan, para pendidik didorong

dengan melaksanakan pengajaran berbantukan komputer dalam proses P&P. Pengajaran

berbantukan komputer (PBK) merupakan satu pendekatan yang menggunakan komputer

untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. PBK juga dikenali sebagai Computer Aided

Instruction (CAI), Computer Based Instruction (CBI), Computer Assisted Testing (CAT),

Computer Aided Learning (CAL) dan Computer Based Learning (CBL) (Baharuddin,

Rio dan Manimegalai, 2002). Walaupun komputer adalah perkakasan tetapi ia dapat

bersifat sebagai fasilitator dan berinteraksi dengan pelajar.Dengan menggunakan PBK

dalam kelas, guru dapat merancangkan sesuatu isi kandungan mengajar yang berkesan di

mana boleh mempercepatkan pembelajaran pelajar.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kurikulum sains terdiri daripada dua mata pelajaran teras dan empat mata

pelajaran elektif. Diantara mata pelajaran eletif dalam sekolah menengah atas termasuk

fizik, biologi, kimia dan sains tambahan. Kimia ialah satu disiplin dalam sains yang

membolehkan pelajar memahami fenomena alam semula jadi yang berada di sekeliling

kita. Ini disebabkan kimia adalah suatu subjek yang berkaitan dengan jirim dan interaksi

di antara bahan. Oleh ini, kimia mempunyai kaitan yang amat rapat dengan kehidupan

kita.

Walau bagaimanapun, subjek kimia dianggapkan sebagai suatu subjek yang

mempunyai isi kandungan yang susah difahami oleh pelajar kerana kimia melibatkan

Page 23: TINJAUAN TERHADAP PENGGUNAAN PENGAJARAN … filetinjauan terhadap penggunaan pengajaran berbantukan komputer bagi mata pelajaran kimia tingkatan 4 di smk, ipoh, perak. po lai yin @

4

konsep atau teori yang abstrak terutamanya sesuatu perkara yang sukar memberi

gambaran. Menurut kajian Johnstone (1974), di mana melaporkan pandangan-

pandangan dari pelajar dan mengatakan mole, chemical formulae dan equations

merupakan topik yang paling susah difahami dan dipelajari oleh mereka. Oleh itu,

kajian Ghassan Sirhan (2007) telah mengenalpasti punca-punca yang menyebabkan

pelajar kurang menguasai konsep kimia. Antara punca-punca ialah motivasi pelajar

sendiri dan perhatian pelajar dalam pengajaran.

Motivasi merupakan faktor penting yang menpengaruhi pembelajaran seseorang.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Omar (1995) dan Berg (2004), didapati sikap

seseorang pelajar amat bergantung kepada kelakuan motivasi. Pelajar yang bermotivasi

tinggi mempunyai sikap yang positif terhadap pembelajaran manakala pelajar yang tidak

bermotivasi pula menunjukkan sikap yang negatif. Apabila seseorang menjumpai

sesuatu yang berminat, bermakna dan memberi cabaran yang besar, motivasinya akan

dapat dipertingkatkan.

Menurut Fox (1993), perhatian seseorang terhadap sesuatu sebenarnya

dipengaruhi oleh motivasi sendiri. Pelajar dapat menumpu perhatian kepada pengajaran

apabila motivasinya tinggi. Akan tetapi, perhatian pelajar kepada pengajaran juga

bergantung kepada pengajaran di dalam kelas terutamanya teknik mengajar. Datuk Lee

Yee Cheong berpendapat bahawa faktor yang menyebabkan pelajar kurang berminat

dalam mata pelajaran ialah guru-guru masih menggunakan teknik pengajaran yang

digunakan sepuluh tahun dahulu iaitu mengajar dan pelajar hanya mendengar sahaja.

Tambahan lagi, teknik pengajaran perlu sejajar dengan perubahan sains dan teknologi.

Penggunaan alat bantu mengajar yang mudah difahami serta teknik yang membolehkan

pelajar merasai kewujudan sains perlu dipraktikkan. Namun, penggunaan bahan bantu

mengajar (BBM) dan isi kandungan mengajar telah memainkan peranan yang penting

dalam mengajar sesuatu pengetahuan. Untuk menghasilkan proses P&P yang berkesan,

sumber bahan dan isi kandungan mengajar hendaklah dipilih dan dirancangkan dengan

berhati-hati supaya konsep-konsep senang difahami oleh pelajar dan dapat menarik

perhatian pelajar dalam pengajaran (Ghassan Sirhan, 2007).

Page 24: TINJAUAN TERHADAP PENGGUNAAN PENGAJARAN … filetinjauan terhadap penggunaan pengajaran berbantukan komputer bagi mata pelajaran kimia tingkatan 4 di smk, ipoh, perak. po lai yin @

5

Justeru itu, sistem pendidikan telah melaksanakan satu pembaharuan dalam

proses pengajaran iaitu pencantuman teknologi dalam proses P&P. Melalui penggunaan

teknologi dalam pengajaran, proses P&P akan menjadi lebih menarik dan tidak

membosankan pelajar. Ini disebabkan komputer dapat mengintegrasikan teks, grafik,

audio, animasi dan video.

1.3 Pernyataan Masalah

Dengan pelaksanaan PBK dalam proses P&P, teknik pengajaran telah diubahsuai

dari teknik pengajaran tradisional kepada teknik pengajaran yang menggunakan

komputer. Proses P&P dengan menggunakan komputer banyak memberi manfaat

kepada sistem pendidikan. Pelajar boleh lebih memahami sesuatu pengetahuan dan

konsep yang abstrak terutamanya subjek kimia. Penyelidik ingin mengkaji apakah

maklum balas pelajar terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran kimia?

Berapakah kerap PBK digunakan dalam waktu pengajaran kimia? Apakah masalah

yang dihadapi oleh pelajar semasa mempelajari tajuk kimia tertentu dengan

menggunakan PBK?

1.4 Objektif Kajian

Objektif dalam kajian ini khususnya ialah untuk mengenalpasti:

i. Maklum balas pelajar terhadap PBK yang dijalankan dalam pengajaran kimia.

ii. Kekerapan penggunaan PBK dalam waktu pengajaran kimia.

iii. Masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa mempelajari tajuk kimia tertentu

dengan menggunakan PBK.