TINJAUAN MAKLUMBALAS DARIPADA GURU PELATIH UTM … · Laporan kajian ini dikemukakan sebagai...
Transcript of TINJAUAN MAKLUMBALAS DARIPADA GURU PELATIH UTM … · Laporan kajian ini dikemukakan sebagai...
TINJAUAN MAKLUMBALAS DARIPADA GURU PELATIH UTM MENGENAI
KEBERKESANAN BIMBINGAN GURU PEMBIMBING TERHADAP GURU
PELATIH UTM SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR.
NORMAHAJAZRIN SURIA BINTI JAMURI
Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains ).
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2006
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: TINJAUAN MAKLUMBALAS DARIPADA GURU PELATIH UTM MENGENAI KEBERKESANAN BIMBINGAN GURU PEMBIMBING TERHADAP GURU PELATIH UTM SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR.
SESI PENGAJIAN: 2005/2006
Saya, NORMAHAJAZRIN SURIA JAMURI
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengujian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD __________________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: PT 6945, Jalan Toman, Taman Setia Jaya, Prof. Madya Dr. Othman Bin Md Johan 45300 Sungai Besar, Nama Penyelia Selangor Tarikh: 21 APRIL 2006 Tarikh: 21 APRIL 2006 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis ini dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
“Saya akui karya ini adalah hasil kajian saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : .....................................
Nama Penulis : Normahajazrin Suria Jamuri
Tarikh : 21 April 2006
PENGESAHAN PENYELIA
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Normahajazrin Suria Jamuri”.
Tandatangan : .....................................
Nama Penyelia : Prof. Madya Dr. Othman Bin Md Johan
Tarikh : 21 April 2006
PENGHARGAAN
Dimulai dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, bersyukur saya ke hadrat Ilahi
kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, laporan penyelidikan ini dapat disiapkan
dalam tempoh yang ditetapkan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih ditujukan kepada Prof.
Madya Dr. Othman Bin Md Johan selaku pensyarah pembimbing di atas segala teguran,
bimbingan dan nasihat yang diberikan di sepanjang proses menyempurnakan
penyelidikan ini sehingga ia mampu menjadi kenyataan.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu yang disanjungi, Siti
Mariah Kusni, dan suami tercinta Mohd Firdaus Saibani yang tidak putus-putus
memberi sokongan dan dorongan sepanjang tempoh penyelidikan ini dibuat. Terima
kasih atas semangat yang diberikan oleh kalian berdua.
Rakaman terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan
terutamanya Faseeha dan Suryakala kerana sudi memberi bantuan dalam menyiapkan
penyelidikan ini. Dengan bantuan kalian, alhamdulillah penyelidikan ini dapat
disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
Penghargaan juga diberikan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung dalam membantu saya menjayakan laporan penyelidikan ini. Semoga
segala bantuan, jasa baik dan kerjasama yang kalian hulurkan diberkati oleh Allah
S.W.T.
ABSTRAK
Kajian deskriptif ini bertujuan untuk meninjau maklumbalas daripada guru
pelatih UTM mengenai keberkesanan bimbingan guru pembimbing berdasarkan latar
belakang mereka khususnya mengenai kelulusan, pengalaman mengajar, pengetahuan
dalam bidang yang diajar, kemahiran mengajar, dan kemahiran berkomunikasi. Seramai
222 orang guru pelatih yang terdiri daripada pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia terlibat dalam kajian ini sebagai sampel. Borang soal
selidik telah digunakan sebagai instrumen bagi mengumpul data. Data yang diperolehi
telah diproses dan dianalisis menggunakan perisian komputer Statitical Packages for
Social Science Version 10.0 For Windows (SPSS versi 10.0) dan dinyatakan dalam
bentuk kekerapan, peratus dan min. Melalui kajian yang dijalankan , pengkaji
mendapati bahawa bimbingan yang diberikan kepada guru pelatih adalah pada tahap
yang memuaskan. Namun begitu, masih terdapat lagi kelemahan-kelemahan yang
dikenalpasti melalui kajian ini. Bidang tersebut adalah bimbingan dalam pembinaan alat
bantu mengajar yang menarik dan bersesuaian dengan isi pelajaran. Beberapa cadangan
telah dikemukakan untuk mengatasi kelemahan tersebut.
ABSTRACT
The purpose of this descriptive study was to survey the feedback of University
Technology of Malaysia’s trainee teacher about the effectiveness of mentor teacher’s
guidance towards the trainee teacher according to their background namely their
academic and professional qualifications, teaching experience, knowledge of their
majoring subjects, teaching skills, and communication skills. The sample comprised of
222 trainee teachers from University of Technology Malaysia. Questionnaires were
used as instrument to collect data. Data obtained were processed and analysed by using
Statisical Packages for Social Sciences Version 10.0 for Windows software and the
findings were presented in frequency, percentage, and mean. The result of this study
showed that mentors’ teacher guidance for trainee teachers is satisfactory. However,
there are some weaknesses especially in relation to the guidance of the interesting and
silibus-related teaching aid development. Several suggestions were forwarded to
overcome these weakness.
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN PENYELIA
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah. 2
1.3 Pernyataan Masaalah 5
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.6.1 Jawatankuasa Latihan Mengajar 7
1.6.2 Pihak Pentadbiran Sekolah 7
1.6.3 Sektor Pendidikan Negara 7
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Definisi Operasional 8
1.8.1 Bimbingan 8
1.8.2 Guru Pembimbing 9
1.8.3 Guru Pelatih 9
1.8.4 Latihan Mengajar 10
1.8.5 Kelulusan 10
1.8.6 Pengalaman Mengajar 11
1.8.7 Pengetahuan 11
1.8.8 Kemahiran Mengajar 12
1.8.9 Kemahiran Berkomunikasi 12
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Latihan Mengajar 13
2.3 Objektif Latihan Mengajar 16
2.4 Guru pembimbing 17
2.5 Guru Pelatih 19
2.6 Penyeliaan Latihan Mengajar 20
2.7 Objektif Penyeliaan Latihan Mengajar 22
2.8 Bimbingan 23
2.9 Kelulusan 24
2.10 Pengalaman Mengajar 24
2.11 Pengetahuan 25
2.12 Kemahiran Mengajar 28
2.12.1 Kemahiran Membuat Set Induksi 29
2.12.2 Kemahiran Mencipta Analogi 30
2.12.3 Kemahiran Menyampaikan Isi
Pelajaran 31
2.12.4 Kemahiran Menyoal 33
2.12.5 Kemahiran Membuat Penutup 34
2.13 Kemahiran Berkomunikasi 35
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 38
3.2 Reka Bentuk Kajian 38
3.3 Populasi dan Sampel 39
3.4 Instrumen Kajian 40
3.4.1 Bahagian A: Latar belakang
Responden 41
3.4.2 Bahagian B: Soal Selidik Latar
Belakang Guru Pembimbing 41
3.5 Prosedur Mengumpul Data 43
3.6 Kajian Rintis 43
3.7 Analisa Data 44
4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 46
4.2 Analisis Data Bahagian A 47
4.2.1 Analisis Data Bahagian A (i) 47
4.2.1.1 Jantina Responden 47
4.2.1.2 Bangsa Responden 48
4.2.1.3 Kursus Responden 48
4.2.1.4 Bilangan Latihan Mengajar Yang
Telah dijalani Oleh Responden 49
4.2.1.5 Subjek Yang Diajar Oleh
Responden 50
4.2.1.6 Jenis Sekolah Tempat
Responden Menjalani
Latihan Mengajar 50
4.2.2 Analisis Data Bahagian A (ii) :
Latar BElakang Guru
Pembimbing 51
4.2.2.1 Jantina Guru Pembimbing 51
4.2.2.2 Bangsa Guru pembimbing 51
4.2.2.3 Umur Guru Pembimbing 52
4.2.2.4 Opsyen Guru pembimbing 53
4.3 Analisis Data Bahagian B 54
4.3.1 Kelulusan Guru Pembimbing 54
4.3.2 Pengalaman Mengajar
Guru Pembimbing 55
4.3.3 Tahap Pengetahuan Guru
Pembimbing 57
4.3.4 Tahap Kemahiran Mengajar
Guru Pembimbing 59
4.3.5 Tahap Kemahiran Berkomunikasi
Guru Pembimbing. 61
5 PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 63
5.2 Perbincangan Persoalan Kajian 63
5.2.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1:
Kelulusan Guru Pembimbing 64
5.2.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2:
PengalamanMengajar Guru
Pembimbing 65
5.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3:
Pengetahuan Guru Pembimbing 66
5.2.4 Perbincangan Persoalan Kajian 4:
Kemahiran Mengajar
Guru Pembimbing 68
5.2.5 Perbincangan Persoalan Kajian 5:
Kemahiran Berkomunikasi
Guru Pembimbing 69
5.3 Kesimpulan 71
5.4 Implikasi Kajian 72
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 73
RUJUKAN 74
LAMPIRAN 81
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dalam sebuah negara yang sedang pesat mengalami perubahan dan
pembangunan dalam bidang ekonomi, politik, agama, kebudayaan dan kemasyarakatan
seperti Malaysia, pentingnya peranan guru-guru tidak dapat dinafikan. Guru bukan saja
menjadi pendidik,dan pengasas kepada pengetahuan murid-murid, tetapi juga menjadi
pemimpin, penasihat dan agen perubahan dalam masyarakat. Dengan ini nyatalah
bahawa perkhidmatan keguruan adalah penting dalam pembangunan masyarakat dan
negara.
Menurut perangkaan Kementerian Pendidikan Malaysia, terdapat lebih 80,000
orang guru terlatih yang sedia ada di negara ini. Namun begitu, angka tersebut masih
belum dapat menampung keperluan sektor pendidikan negara. Berikutan itu, terdapat
banyak institusi-institusi pengajian tinggi awam dan institusi-institusi pengajian tinggi
swasta yang menawarkan program latihan perguruan ataupun pendidikan.
2
Dalam setiap kursus perguruan yang ditawarkan di institusi-institusi pengajian
tinggi awam dan swasta ini, latihan mengajar merupakan salah satu komponen yang
wajib diambil sebagai salah satu syarat untuk melayakkan penuntutnya menerima ijazah.
Konsep utama latihan mengajar yang diwajibkan ini ialah memberi bimbingan dan
latihan kepada guru pelatih, sekaligus memastikan bakal guru yang akan mendidik anak
bangsa kelak mempunyai kebolehan mengajar dan juga kemahiran-kemahiran lain yang
diperlukan untuk menjadi seorang pendidik.
Latihan mengajar ini juga memberi peluang kepada bakal-bakal guru bagi
mengamalkan teori-teori, kaedah-kaedah, dan pendekatan-pendekatan pengajaran yang
diperolehi daripada pengkuliahan. Segala yang dipelajari daripada pengkuliahan akan
diamalkan oleh guru pelatih dalam situasi pengajaran yang sebenarnya semasa latihan
mengajar, di mana guru pelatih akan berdepan dengan pelajar sekolah yang sebenar. Ini
juga merupakan peluang kepada guru pelatih dan penyelianya melihat, menilai, dan
membuat refleksi terhadap perlaksanaan teori-teori yang telah diajarkan.
Secara dasarnya, latihan mengajar bertujuan memberi pengalaman kepada guru
pelatih tentang situasi sebenar alam pekerjaan sebagai seorang guru. Guru pelatih akan
mendapat pengalaman untuk menguruskan bilik darjah dan sekolah. Tanggungjawab
yang dipegang oleh guru pelatih sepanjang latihan mengajar secara tidak langsung
memberi peluang kepada guru pelatih untuk membina keyakinan diri mereka.
1.2 Latar Belakang Masalah
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan salah sebuah intitusi pengajian
tinggi yang menawarkan kursus perguruan, di mana setiap tahun Fakulti Pendidikan
UTM akan membuat pengambilan pelajar baru untuk jurusan pendidikan. Kursus
pendidikan ini diperkenalkan di UTM pada tahun 1986. Pada peringkat permulaan ia
dilaksanakan di bawah Fakulti Sains, tetapi dengan penubuhan Fakulti Pendidikan pada
3
1993, menyebabkan segala urusan pendidikan diambil alih oleh Fakulti Pendidikan.
Sehinggalah ke hari ini, terdapat tiga program pendidikan peringkat Ijazah Pertama yang
dikendalikan oleh Fakulti Pendidikan, iaitu Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ,
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan dan Komputer, dan Sarjana Muda Teknologi Serta
Pendidikan.
Selain mengambil subjek-subjek kursus yang telah ditetapkan, pelajar jurusan
pendidikan di UTM juga diwajibkan untuk menjalani latihan mengajar sebagai syarat
untuk melayakkan mereka menerima pengijazahan. Pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan
UTM wajib menjalani latihan mengajar selama 12 minggu yang dibahagikan kepada dua
peringkat. Setiap satunya mengambil masa selama enam minggu. Peringkat pertama
ditawarkan pada semester III tahun ketiga pengajian, dan peringkat kedua ditawarkan
pada semester III tahun ke empat pengajian.
Sepanjang tempoh latihan mengajar, guru pelatih akan diselia oleh seorang
pensyarah penyelia yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Latihan Mengajar Fakulti
Pendidikan. Selain penyeliaan oleh pensyarah, guru pelatih juga akan diselia oleh
seorang guru pembimbing yang telah dilantik oleh sekolah berdasarkan kriteria-kriteria
yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Latihan Mengajar Fakulti Pendidikan.
Jawatankuasa Latihan Mengajar Fakulti Pendidikan UTM akan mengadakan satu
taklimat kepada guru-guru yang terlibat dengan bimbingan kepada guru pelatih UTM
semasa latihan mengajar. Taklimat yang diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan
kepada guru-guru ini mengenai tugas dan tanggungjawab mereka sebagai guru
pembimbing. Guru-guru pembimbing ini juga akan diberikan ganjaran berbentuk elaun
untuk perkhidmatan bimbingan yang mereka berikan kepada guru pelatih UTM.
Menurut Jawatankuasa Latihan Mengajar, elaun yang diberikan ini adalah berdasarkan
pekeliling yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, iaitu sebanyak
RM60 sebulan.
4
Bidang tugas guru pembimbing adalah memberikan tunjuk ajar dan menilai
prestasi guru pelatih; merangkumi aspek pengajaran dan sahsiah (Abu Hassan dan Meor
Ibrahim, 1997). Aspek pengajaran yang dimaksudkan adalah kemahiran-kemahiran
yang berkesan dan diperlukan dalam pengajaran. Kemahiran-kemahiran yang terlibat
termasuklah kemahiran mengajar, iaitu kemahiran menyampaikan isi pelajaran dengan
sistematik dan tersusun, kemahiran mengawal bilik darjah, dan kemahiran menyediakan
soalan ujian. Manakala aspek sahsiah pula melibatkan penampilan guru pelatih, dari
segi pakaian, pergaulan, dan cara mereka berkomunikasi.
Guru pembimbing juga bertanggungjawab menilai pencapaian guru pelatih
dengan menyelia pengajaran guru pelatih sebanyak empat kali sepanjang latihan
mengajar berlangsung. Penyeliaan yang dibuat kepada guru pelatih ini tidak terhad
kepada pengajaran guru pelatih sahaja, malahan sahsiah guru pelatih turut dinilai.
Terdapat empat perkara penting yang dinilai oleh guru pembimbing dalam pengajaran
guru pelatih, iaitu objektif pengajaran, perancangan, penyampaian, pencapaian objektif,
dan sahsiah (Mok dan Lee, 1989).
Tugas sebagai guru pembimbing mendesak guru untuk menyediakan satu ruang
masa untuk membuat perbincangan dengan guru pelatih. Tidak dinafikan dengan
adanya guru pelatih, guru pembimbing akan mempunyai sedikit kekosongan waktu.
Namun pada masa yang sama guru-guru pembimbing ini turut dibebankan dengan tugas-
tugas lain seperti mengendalikan kegiatan ko-kurikulum, menghadiri seminar,dan lain-
lain lagi tugas. Tambahan lagi jika guru pembimbing tersebut adalah seorang guru
kanan mata pelajaran, ataupun ketua panitia.
Proses bimbingan menjadi lebih rumit apabila dalam tempoh latihan mengajar
sekolah mengadakan program-program seperti peperiksaan, sukan tahunan, hari
penyampaian hadiah, dan hari kantin. Dalam masa yang singkat guru pembimbing perlu
memastikan penyeliaan dan bimbingan yang diberikan benar-benar dapat membantu
guru pelatih dalam meningkatkan mutu pengajaran dan profesionalisme guru pelatih.
5
1.3 Pernyataan Masalah
Walaupun UTM telah menetapkan kriteria-kriteria yang diperlukan sebagai guru
pembimbing, masih terdengar lagi rungutan daripada sebahagian guru pelatih yang
mendakwa guru pembimbing mereka tidak menjalankan tanggungjawab membimbing
sepertimana yang telah ditetapkan. Rentetan daripada rungutan-rungutan ini, pelbagai
persoalan yang timbul. Apakah punca terjadinya rungutan-rungutan ini? Apakah
kelayakan yang sepatutnya ada pada seorang guru pembimbing? Apakah kelulusan yang
sepatutnya ada pada seseorang guru pembimbing? Apakah kemahiran yang perlu ada
bagi guru pembimbing untuk membimbing seseorang guru pelatih? Berapa tahunkah
pengalaman mengajar yang diperlukan oleh seseorang guru pembimbing?
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui latar belakang guru-guru pembimbing
yang terlibat dengan bimbingan kepada guru-guru pelatih semasa latihan mengajar
khususnya mengenai:
i) Kelulusan
ii) Pengalaman mengajar
iii) Pengetahuan dalam bidang yang dibimbing
iv) Kemahiran mengajar
v) Kemahiran berkomunikasi
6
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian yang dibentuk berdasarkan objektif kajian di atas ialah:
i) Apakah kelulusan yang diperolehi oleh seseorang guru pembimbing?
ii) Apakah pengalaman mengajar seseorang guru pembimbing yang terlibat
dengan program Latihan Mengajar?
iii) Adakah guru pembimbing mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam
bidang yang dibimbing oleh mereka
iv) Apakah tahap kemahiran mengajar guru pembimbing?
v) Apakah tahap kemahiran berkomunikasi guru pembimbing?